Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, April 23, 2018

KESIAN MAHFUZ OMAR, MAKIN LAMA MAKIN SUNYI WALAUPUN DIA CUBA GUNA MODAL, PAS MAKAN RASUAH UMNO!!!



Mahfuz Omar bukanlah nama yang perlu diperkenalkan lagi. Sama ada dia mengeluarkan kenyataan bodoh yang menunjukkan tahap pemikirannya yang tidak pernah bermutu, atau sekadar berteori dengan sangka-sangkanya sambil cuba menyembunyikan kedangkalannya dalam banyak bidang, khususnya melibatkan kewangan dan ekonomi, Mahfuz Omar tetap dikenali dan menonjol. 

Lebih-lebih lagi setelah dia keluar dari PAS dan kemudian menuduh PAS telah menerima wang rasuah di samping memperkecil-kecilkan sokongan ahli-ahli PAS yang diketahui jumud, ekstrem dan cukup setia dengan parti semata-mata untuk menafikan yang PAS mempunyai wang mereka sendiri hasil tabungan dan derma daripada ahli-ahli serta pensimpati parti lamanya.

Kini Mahfuz Omar berada dalam PAN setelah mengetahui PAS tidak lagi berminat untuk mencalonkannya di Pokok Sena, Parlimen yang telah diwakilinya selama tiga penggal - kali pertama pada tahun 1999, kalah pada tahun 2004 tetapi menang dua kali pada tahun 2008 dan 2013. 

Ketika PAS Kedah di bawah kepimpinan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak bergolak walaupun telah menjadi Kerajaan Negeri Kedah, Mahfuz dikatakan menjadi musuh dalam selimut Allahyarham. Mahfuz cuba menjadi pencatur politik PAS Kedah apabila bersama-sama Phahrolrazi Zawawi melakukan serangan-serangan dari dalam untuk menggulingkan Allahyarham. Mahfuz bertindak pada peringkat Pusat, manakala Phahrolrazi pula bertindak di peringkat negeri. 



PAS akhirnya kehilangan Kedah dalam PRU-13. Hubungan Mahfuz Omar dengan DAP semakin akrab dan Mahfuz banyak bersama-sama DAP berbanding bersama-sama PAS. Lebih banyak mengangguk dengan DAP dan sanggup bertegang urat dengan para pemimpin PAS. 

Justeru tidak hairanlah apabila PAS beberapa kali 'menghalau' Mahfuz agar keluar dari parti tersebut dan langsung tidak mempercayainya lagi. Apatah lagi sebagai Ahli Parlimen, Mahfuz tidak banyak membantu masyarakat setempat yang diwakilinya, malah menentang sebarang perubahan positif termasuklah pembinaan perumahan mampu milik di Pokok Sena. 

20 April lalu, selama sejam, Mahfuz cuba mempengaruhi anak-anak muda Pokok Sena di DUN Bukit Lada, lebih tepat lagi di PDM Jabi, di rumah Mat Gendang, Kampung Jabi bersama-sama PPBM Pokok Sena. 


Program tersebut sebenarnya adalah program kedua Pakatan Harapan di PDM Jabi. Beberapa bulan lepas, program yang sama telah diadakan dan menarik kedatangan ramai orang. Malangnya, program kali kedua, Mahfuz Omar, Abdullah Suady Ramadhan, Azhaily Zainol Abidin dan Juhari Hanafiah gagal menarik kedatangan lebih ramai pengunjung. Kempen dan ceramah yang penuh bersemangat Mahfuz dan Abdullah Suady Ramadhan hanya mampu menarik lebih kurang 20 orang sahaja hadirin dengan 5 orang di bawah khemah dan selebihnya di bawah pokok di luar khemah. 

Walaupun sebelum itu diadakan persembahan silat dan gendang silat, ternyata para pengundi di PDM Jabi kurang berminat dengan Mahfuz dan rombongannya.


Isi kandungan ceramah Mahfuz masih berkisar tentang peri pentingnya Najib dan Barisan Nasional perlu digulingkan. Tentang tanah ATM yang dikatakan oleh Rafidah Aziz telah dijual dan kemudian dijawab oleh ATM sendiri, tentang GST yang kononnya akan dihapuskan, tentang ECRL yang menyebabkan Malaysia dijajah oleh China dan menyelamatkan Kedah daripada Ahmad Bashah. 

Kesian Mahfuz Omar... makin lama, dia semakin ketinggalan dan semakin kuno. Sepatutnya dia menerangkan, apa kebaikan dirinya untuk dipilih bagi penggal keempat sebagai Ahli Parlimen Pokok Sena dan apa sumbangannya kepada Pokok Sena setelah tiga penggal menjadi Ahli Parlimen. Kalau setakat menuduh orang itu rasuah, orang ini rasuah tetapi pada masa yang sama, Mahfuz Omar makan gaji buta sebagai Ahli Parlimen, ia tidak akan membantu rakyat.


2 comments:

Anonymous said...

Mamat ni dah tak laku. Tak dak siapa nak dengar dia lgi.

Prince Righty 1 said...

Laa hidup lagi ke dia ni, aku ingat dah gol dah (politiknya)... 😂

 
Blogger Templates