Sekaligus berita dan keputusan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu menolak dakwaan dan tuduhan bahawa mahkamah di Malaysia berpihak kepada kerajaan semata-mata.
Muhyiddin Yassin, Presiden PPBM menyambut baik keputusan mahkamah tersebut dan bertakbir di dalam kenyataan medianya dan berkata, hakim telah membuat keputusan atas kepentingan awam. Bagaimanapun, PPBM tetap akan bertanding dalam PRU-14 dengan menggunakan logo PKR selaras dengan keputusan bersama PPBM, DAP, PKR dan PAN. (RUJUK SINI)
Muhyiddin Yassin, Presiden PPBM menyambut baik keputusan mahkamah tersebut dan bertakbir di dalam kenyataan medianya dan berkata, hakim telah membuat keputusan atas kepentingan awam. Bagaimanapun, PPBM tetap akan bertanding dalam PRU-14 dengan menggunakan logo PKR selaras dengan keputusan bersama PPBM, DAP, PKR dan PAN. (RUJUK SINI)
Sementara itu, pertikaian dan perbalahan antara fraksi di dalam PKR membabitkan kumpulan pro-Azmin dan pro-Rafizi, masih berterusan dan menimbulkan rasa jengkel kepada Ambiga Sreevanasan. Media melaporkan, semalam ketika pelancaran pusat operasi PKR Seberang Jaya, Wan Azizah meninggalkan majlis ketika pengacara menjemput Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali memberikan ucapan pada majlis berkenaan.
Wan Azizah kemudiannya meluru ke arah kenderaannya sebelum disusuli Pengerusi PKR Pulau Pinang, Mansor Othman. Ketika ditanya oleh wartawan, Wan Azizah berkata, dia terpaksa pulang ke Kuala Lumpur kerana urusan parti dan perlu menandatangani watikah calon. (RUJUK SINI)
Sebelum itu, beberapa portal berita melaporkan Presiden PKR itu telah menolak lapan nama yang diajukan oleh Azmin Ali sebagai calon di Selangor. Keadaan itulah yang dikatakan punca menyebabkan hubungan kedua-dua pemimpin itu tegang. Salah seorang yang digugurkan adalah Tian Chua. Tian Chua dalam sidang media akhbarnya semalam menasihati kepimpinan PKR lebih berhati-hati dalam pemilihan calon pilihanraya.
Ambiga dalam satu kenyataan berkata, 'perbalahan mengarut dalam PKR tidak boleh dimaafkan'. Perbalahan yang berlaku antara fraksi PKR, begitu mengecewakan, kata Ambiga.
"Saya yakin parti-parti lain juga ada masalah tapi mereka dapat mengatasinya demi rakyat." (RUJUK SINI)
Sementara itu, dua hari lepas, sekumpulan ahli akar umi PKR memberikan tempoh enam hari kepada pucuk pimpinan untuk mengeluarkan nama Tun Dr. Mahathir daripada bertanding pada PRU-14 menggunakan logo parti itu.
Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Bukit Gantang, Muhammad Faisal Zainal berkata, jika tuntutan itu tidak dipenduhi dalam tempoh berkenaan, mereka akan mengambil beberapa tindakan drastik.
Jentera propaganda PKR bertindak pantas dengan mengeluarkan sepucuk surat yang merujuk Muhammad Faisal Zainal ke Jawatankuasa Tatatertib Parti dan dikatakan telah meletakkan jawatan sekaligus keluar dari PKR.
Terdahulu, kira-kira 50 orang ahli PKR dari Perak, Kedah, Johor, Selangor dan Negeri Sembilan berhimpun di hadapan ibu pejabat PKR bagi membantah penggunaan logo PKR oleh Dr. Mahathir. Jentera propaganda PKR menuduh mereka adalah, orang-orang upahan UMNO yang menyamar sebagai ahli PKR.
Kumpulan terbabit berpendapat, PKR ditubuhkan kerana tindakan Dr. Mahathir sebelum ini dan keputusan membenarkan pemimpin tua itu bertanding atas tiket PKR dan mahu melantiknya semula sebagai Perdana Menteri adlah tindakan paling tidak berprinsip.
Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, mungkin akan menjadi pemangkin walaupun Muhyiddin Yassin berkeras yang partinya akan menggunakan logo PKR untuk PRU kali ini.
3 comments:
Ambainga ni mau tanding mana? Ayoo yoo Achii inilah masa terbaik kalau mau tunjuk hebat? Contohilah Raja Bomoh dan sorg lagi selebriti tu yg mau tanding calon bebas, baru hebat, gentleman!!!
Semua ini kerana apa? Kerana rakyat ke? Atau kerana kuasa..
Kerana syiok sendiri
Post a Comment