Nawawi Ahmad akan mempertahankan kedudukannya walaupun dicabar oleh Dr. Mahathir, orang yang dikatakan merupakan arkitek kemajuan Langkawi.
Selama 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri, tumpuan Mahathir hanyalah kepada Langkawi. Pun begitu, kemajuan dan pembangunan Langkawi sebagai pusat pelancongan dan pulau bebas cukai, lebih banyak dinikmati oleh kaum kroninya semata-mata. Manakala penduduk tempatan, hanyalah berpeluang untuk bekerja rencam sehinggakan ada cabaran untuk tunjuk dan sebutkan nama seorang pengurus hotel lima bintang anak tempatan di Langkawi memandangkan kebanyakan kakitangan eksekutif di pulau tersebut datang dari luar.
Penduduk Langkawi sebaliknya lebih banyak kehilangan tanah atas nama pembangunan walaupun pada masa yang sama, mereka sekadar mampu berbangga dengan melihat kemewahan yang bukan milik mereka.
Era Mahathir telah berlalu. Era hanya berbangga dengan pembangunan dan kemewahan orang lain, sedangkan diri sendiri makan hampas, juga telah berlalu. Pentadbiran Najib Abdul Razak dilihat bersungguh-sungguh untuk membersihkan dan membetulkan semula kepincangan zaman Mahathir.
Justeru, pada zaman dialah, 768 buah rumah dan keluarga di pulau nelayan, Pulau Tuba menikmati bekalan elektrik secara berterusan 24 jam sehari. Tidak lagi bergelap dan bekalan elektrik terpadam dua kali sehari kerana kehabisan minyak memandangkan bekalan elektrik tersebut datangnya dari janakuasa.
Persetujuan Najib untuk menyalurkan bantuan sebanyak RM50 juta telah membolehkan penduduk Pulau Tuba memperolehi submarin cable untuk bekalan elektrik yang lebih stabil. Bekalan elektrik yang berterusan telah membolehkan ekonomi penduduk setempat turut berkembang pesat.
Selain bekalan elektrik yang lebih stabil, bantuan untuk penduduk memperbaiki rumah di seluruh pulau juga turut disalurkan. Projek tersebut sedang dalam tindakan Pejabat Daerah Langkawi.
Kini Mahathir sedang berkempen untuk menjadi Ahli Parlimen Langkawi. Setelah peluang diberikan kepadanya selama 22 tahun dan Mahathir mengabaikan Pulau Tuba yang merupakan sebahagian daripada Pulau Langkawi, kini Mahathir melaung-laungkan yang dia boleh mengubah keadaan yang lebih baik berbanding apa yang diberikan oleh Najib kepada penduduk Pulau Tuba dan Langkawi secara keseluruhannya.
1 comment:
Dulu malaysia ada 4 negeri ja..
KL selangor putrajaya dan tanah besar langkawi..
Post a Comment