Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, May 29, 2018

BANYAK AGENSI ISLAM DITUTUP DAN SEMAKIN RAMAI ORANG MELAYU ISLAM DIBUANG KERJA!!!




Dalam satu surat pembaca di portal Malaysiakini, sudah dinyatakan ura ura kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan menutup lebih banyak agensi di bawah kementerian tertentu dengan alasan untuk melaksanakan penjimatan perbelanjaan kerajaan.

Ada cadangan melalui surat itu untuk menutup atau menggabungkan sesebuah kementerian dan agensi serta ada juga agensi yang dicadangkan untuk diletakkan di bawah agensi lain yang akan ditubuhkan kemudian. Agensi yang besar seperti Lembaga Tabung Haji (TH), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga mungkin akan ditutup.

Penulis surat itu, Gerard Lourdesamy mencadangkan agar agensi berkaitan agama Islam di bawah kerajaan ditutup dan dipindahkan di bawah kementerian berbeza kononnya untuk memudahkan pengurusan kementerian berkenaan dilaksanakan. Dengan Kementerian Kewangan kini diketuai oleh pemimpin dari DAP, kemungkinan ia strategi licik untuk memansuhkan perkara berkaitan hak keistimewaan orang Melayu.

Menurutnya, selepas 13 kementerian sudah diumumkan oleh Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, kini ada baki 11 kementerian yang wujud di zaman pentadbiran Barisan Nasional (BN) masih tidak diumumkan pelantikan Menterinya. Baki kementerian itulah yang dicadangkan untuk diubahsuai pentadbirannya.


Dia mencadangkan supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang sudah sekian lama mengawal selia perkara berkaitan umat Islam di negara ini terutamanya dari aspek pensijilan halal dipindahkan di bawah satu entiti baru iaitu Bahagian Hal Ehwal Islam (IAD).

Ia tidak akan lagi diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) seperti dahulu yang mana Perdana Menteri berkuasa dalam menentukan perkara berkaitan agama Islam ketika zaman pentadbiran BN. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan juga dicadangkan untuk diletakkan di bawah IAD.

Jabatan-jabatan besar yang menguruskan hal ehwal orang Islam akan diletakkan di bawah satu unit atau bahagian yang lebih kecil serta akan dikawal dengan lebih ketat lagi oleh IAD dan bukan lagi di bawah JPM. Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) juga akan diletakkan di bawah IAD.

Dalam surat itu, dia mencadangkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pun akan diletakkan di bawah IAD. Bayangkan dek kerana mahu perubahan dengan undi PH, kini umat Islam menanggung akibatnya dan kesannya. Jika ia dilaksanakan, habis jabatan dan agensi milik umat Islam akan dihapuskan atau kuasa mereka akan menjadi lebih terhad.

Seperti yang dimaklumkan tadi, TH yang menjadi tempat simpanan pendeposit yang hendak pergi menunaikan haji yang berjumlah berbilion akan dipindahkan ke bawah IAD. Entah ada entah tidak Tabung Haji selepas ini. Bagaimana jemaah haji dari Malaysia hendak pergi menunaikan ibadah itu di Tanah Suci.


Peruntukan khas Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri juga akan dipindahkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Ini cadangan yang melampau kerana mahu bertindak tanpa rujuk terlebih dahulu pada Raja Raja Melayu.

FELDA juga yang banyak membantu orang Melayu akan dipindahkan kuasanya di bawah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, iaitu Azmin Ali. Amanah Raya Berhad (Amanah Raya) tempat orang Melayu buat wasiat juga akan dipindahkan. Ini adalah satu bencana besar untuk orang Melayu dan Islam jika ia benar benar berlaku.

Ingat balik apa yang Penang Institute dan DAP pernah cakap dulu sebelum mereka berkuasa. Mereka hendak buang penjawat awam. Ramai tidak percaya. Kini bukan sahaja penjawat awam Melayu yang ramai kena buang pada bulan Ramadhan ini, institusi berkaitan Islam juga mahu dibuang oleh kerajaan PH.

Ternyatalah apa yang DAP hendak diikutkan sahaja. Benarlah kata Hew Kuan Yaw, Supermaan DAP bahawa DAP mahu perkudakan Tun Mahathir sahaja.

17,000 kena buang, 3,600 guru agama kena buang dan semua ketua ketua kampung di seluruh negara turut kena buang.

Selepas ini Tok Imam, Tok Siak dan bilal masjid pula menunggu masa. Entah entah kami pun tidak dapat elaun lagi kerana kerajaan PH hendak berjimat. Ikut sangat cakap DAP sampai habis orang Melayu kena buang.

#rakyatbangkit

Rasa Hati,
Tok Siak Masjid.

2 comments:

Anonymous said...

Mustafa kamal Ataturk dah jatuhkan kjaan khalifah islam dan sistem khalifah dah tak wujud lg smpi hr ni.. Mahadey pula telah jatuhkan pemerintahan kjaan melayu islam apakah ia akan blh wujud lg.. Umat islam yg ada hr ni rindu kpd sistem khalifah begitu juga bangsa melayu akan rindu kpd umno beratus thn akan dtg.. Umat islam plg ramai dlm dunia tp dihina, ditindas, dibunuh, dirogol, diperlakukan sesuka hati tanpa rasa takut berbanding semasa rasul n sahabat masih ada.. Begitu juga yg akan terjd kpd bangsa melayu 100 thn lg walaupun plg ramai dlm negara ttp takda power.. Hr ni org melayu pengundi PH ketawa berdekah2 beratus thn akan datang keturunan mrk pula yg akan menangis air mata darah.. Mrk cuba bangkit ttp sia2 saja..soalan kpd umat islam adkh islam lbh hebat selepas kjaan khalifah jatuh? Itu jugalah yg akan jd pd bangsa melayu.. Atuk dah tua atuk akan pergi pandai2 la korang jaga diri ye..

Anonymous said...

rasakanlah melayu baru nak sangat perubahan

 
Blogger Templates