Setelah lebih 8 bulan tidak menulis tentang politik negara menggunakan blog, hari ini penulis terpanggil untuk kembali atas permintaan kawan-kawan dalam usaha menghidupkan sesawang ini walaupun di media sosial lain, penulis sebenarnya tidak pernah berhenti.
Semalam, PRK Cameron Highland telah menghasilkan keputusan. Walaupun Najib Abdul Razak tidak bertanding sebaliknya bekas pegawai kanan polis yang pernah menjawat jawatan sebagai Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan merupakan dari suku Semai yang dikenali oleh penduduk Asli Cameron Highland, namun sepanjang kempen 14 hari oleh Pakatan, hanya Najib yang diberikan tumpuan dan sasaran serangan.
Pakatan masih beranggapan, Najib adalah modal terbaik mereka untuk terus meraih kemenangan seperti 9 Mei 2018. Para pemimpin Pakatan, khususnya Mahathir, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim, malahan Mat Sabu memberikan tumpuan sebesar-besarnya kepada Najib Abdul Razak walau di mana pun mereka berceramah.
Sedangkan pada masa yang sama, Najib yang turut berkempen, kelihatan sangat santai dan langsung tidak tertekan walaupun Mahathir 'terpaksa' menyewa sebuah helikopter milik sebuah syarikat yang memperolehi kontrak dari Kementerian Pertahanan untuk ke Felda Sungai Koyan semata-mata untuk memburuk-burukkan Najib.
Semua orang tahu apa yang berlaku di Cameron Highland, termasuklah ulah SPR dan perlanggaran-perlanggaran semua undang-undang membabitkan calon DAP. Namun sesuatu yang pasti ialah, Cameron Highland merupakan pertembungan sebenar antara pasukan Melayu-Bumiputera-Islam menentang pasukan DAP yang mengetuai Pakatan Harapan.
Hasilnya, keputusan PRK Cameron Highland menyebabkan Lim Guan Eng malu besar. Calon DAP, M.Manogaran menyalahkan perkauman sebagai punca kekalahannya buat kali ketiga berturut-turut. Namun kalau diperhatikan trend jumlah undi untuk Manogaran dalam ketiga-tiga pilihanraya, menyaksikan penurunan jumlah pengundi yang amat ketara walaupun untuk menyedapkan hati, Lim Guan Eng mengatakan undi untuk DAP naik 7%.
Analisa II pecahan undi PRK CH
PRK 2019
BN - 11,381
Melayu - 72%
Cina - 1%
India - 2%
Lain2 - 35% (Orang Asal)
PH - 7,182
Melayu - 8%
Cina - 82%
India - 4%
Lain2 - 6% (Orang Asal)
Pakatan silap besar!
No comments:
Post a Comment