aku masih terbaca disana sini..isu kekeliruan ni. Usaha utk membezakan agama dan bangsa. Seolah2 mereka yg berusaha atas nama bangsanya bermakna membelakangi agamanya.. begitu sekali kekeliruannya sehingga ia mengaku tidak berbangsa mana2 yakni bangsanya ialah bangsa Islam.
Mungkin tu cakap2 politik..mungkin juga kerana pendekatan dakwah utk menunjukkan Islam ni universal dan tak dibatasi oleh sempadan kaum atau bangsa. Mungkin...
Tapi jika ia berbangsa Islam, apakah dibolehkan dalam Islam bangsa2 Islam ni memperlekeh atau menghina bangsa lain?
Islam tu adalah agama. Bangsa2 ni adalah spt Melayu, Jawa, Boyan, Cina, India, Pakistan, Burma, dll..bangsa2 ni dikenali dan dinamakan ikut tanah asal mereka. Tanah Jawa, Tanah Boyan, Burma, Siam, Vietnam, Cina , India, German, Belanda, Portugis, Pakistan, Nepal, Punjab, Sind, Monggol, Jepun dll. Semua bangsa2 ni ada persamaan dan ada perbezaan..dari segi bahasa, budaya, pemikiran, pemahaman..
Cuma kekadang kerana ceteknya ilmu kita ..kita juga groupkan sesuatu kaum tu pada satu kaum je..semua org dari Benua Besar China, Hong Kong, Taiwan, dan sekitarnya kita kata mereka adalah bangsa Cina..tapi sesama mereka kenal dan dapat bezakan, sapa Hongkies, sapa Cina Great land, sapa hokkien, sapa kek, sapa han, sapa Taiwanes etc.
Gitu juga melayu..ada org pukul rata semua ni melayu..tapi dalam rumpun melayu ni ada jawa, banjar, batak, boyan, mamak, aceh, dsb..malah melayu kelantan, melayu kedah, melayu perak, melayu johor, melayu pahang..semua juga ada perbezaan dari segi bahasa, budaya dan pemikiran malah pemakanan pun ada perbezaan.
Jika perkauman ..sesama kaum dalam Melayu ni juga boleh berlaku. ( memang ada ler) tetapi perbezaan perkauman ditaup dan diikat rapi ngan agama..yakni Islam.
Kaum Arab..juga terbahagi kepada beberapa kabilah/kaum..ikut daerah masing2..sebelum Islam mereka sering berperang sesama sendiri dan sentiasa berbalah. Tapi ngan datangnya Islam, tali2 persaudaraan telah diikat rapi..sehingga seluruh tanah Arab, separuh Afrika, separuh tanah jajahan Rom, separuh tanah jajahan Parsi..mahu dikenali sebagai bangsa ARAB..
walaupun mereka telah memeluk Islam..bahasa mereka jadi bahasa rasmi Islam..bahsa rasmi AQ..bangsa rasmi syurga..bahsa rasmi dalam amal ibadat yg lain..tapi mereka masih dikenali dan mahu dikenali sebagai bangsa ARAB..tidak pula Nabi saw maupun dari kalangan para sahabat ra mahu mereka dikenali sebagai BANGSA ISLAM!!
Salman Alfarisi ra, Abu Zar AlGhifari ra, Abd Kadil Al Jilani, Imam AlBukhari, Daud Alfatani, dll...mereka letak nama kaum/kampung halaman mereka dihujung nama mereka..apakah mereka ni assobiyah kerana membangga2kan bangsa mereka? ishhh takkan begitu mudah kita menghukum!! (pada zaman dulu, boleh dikatakan sesuatu kaum tu dikenali ngan nama kampung trsebut..dan biasanya satu2 kampung hanya ada satu kaum sahaja, lain dari itu adalah pendatang dan nama mereka dikenali ngan nama2 asal kampung mereka atau kaum mereka).
benar...kerana sayangkan bangsa sendiri, kerana ingin mertabatkan dan perkasa bangsa sendiri, dan ingin membawa kemuliaan bangsa sendiri ..tiada jalan lain melainkan mengamalkan Islam spt mana para sahabat ra, yakni kaum Arab dizaman nabi saw!! satu bangsa yg paling dihinakan oleh sekelian bangsa dan tamaddun zaman trsebut menjadi semulia2 bangsa dan dikagumi dengan ISLAM..dan kemuliaan tersebut tiada tandingannya sampai kiamat!!
Tidak salah cintai bangsa sendiri..tiada salah ingin muliakan bangsa sendiri.. tapi yg salah bila cuba melanggar perjanjian!!!
Org2 yahudi dimadinah ..mereka bebas amalkan apa yg mereka percaya, tiada halangan dan diskriminasi. Tapi kerana mereka melanggar perjanjian...tu lah sebab mereka diperangi!!
di Malaysia hari ni..kemarahan org2 Melayu ialah kerana ada sesetengah pihak cuba "melanggari" perjanjian.. tu sahaja. Tiada bangsa lain yg mati kebulur dikampung org2 Melayu..bermakna tiada sekali2 bangsa lain ditindas dan dizalimi oleh org2 Melayu ..dari sejak sebelum merdeka sehingga kini..tapi kerana apa, satu perasaan benci dan ada keinginan utk halau org2 Melayu?
Usah kelirukan rakyat..istilah Melayu dan Islam..seolah2 ianya 1 perkara yg asing2..yg hanya boleh pilih satu sahaja..Melayu atau Islam.
Pilihan agama ialah Islam atau kapir. Bangsa bukannya boleh pilih2..ianya dah ditetapkan. Cuma kelebihan pada bangsa Melayu ni, sesapa leh jadi Melayu bila melengkapi syarat2nya..
Ada ke bangsa sedemikian didunia ni yg begitu flexible?
Bangsa Melayu ada persamaan ngan bangsa Arab..persamaannya ialah dalam satu bangsa tapi ada macam2 warna kulit..
Umumnya tiap2 satu bangsa..mempunyai 1 jenis warna kulit je..(umumnya ler-mungkin ada bangsa2 lain yg ada macam2 warna kulit)
Jika Melayu dikatakan rasis kerana brbeza warna kulit..ishhh salah bebenor ler. Hari ni melayu dikatakan rasis kerana berkata dia adalah Melayu, rakyat asal, dan adalah pendatang ialah mereka yg diberikan kerakyatan ...mmm mujur rakyat Malaysia tak dikatakan oleh dunia sebagai rasis kerana mengatakan pada mereka yg datang tanpa permit dan dokumen perjalanan yg sah sebagai pendatang asing...
hari ni melayu dikatakan rasis kerana dia perkatakan hak2 asasinya spt tertera dalam PERJANJIAN!!
Bukankah ianya satu kebenaran dan fakta serta kenyataan.. mereka adalah pendatang yg diberi kerakyatan ngan SYARAT PERJANJIAN!! Sapakah yg cuba nafikan hal ini?
Tapi sesapa yg berkata sedemikian..jika ianya pegawai kerajaan maka ia akan diambil tindakan tatatertib dan mungkin leh didakwa dan dipecat!! pempin politik akan dituntut utk memohon maaf!!
Ni lah permainan dajjal..perkara yg haq dikatakan batil!!! sedangkan perkara yg batil dipermain2kan dan diperkatakan selalu sehingga ramai yg percaya ianya adalah haq!!
Bangsa Islam tidak wujud..yg wujud ialah agama Islam!! Memeluk Islam bukan bermakna menukar status kaum atau bangsa!! Islam ialah cara hidup yg betul dan haq utk semua kaum dan bangsa yg inginkan kecemerlangan dunia dan akhirat..
-aa