Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label hishamuddin hussein onn. Show all posts
Showing posts with label hishamuddin hussein onn. Show all posts

Friday, June 2, 2017

HISHAMUDDIN HUSSEIN ONN IKRAR, TIADA SESIAPA AKAN TERLIBAT AKAN TERLEPAS SELEPAS INSIDEN KEMATIAN PEGAWAI KADET TLDM DI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA!!!



Sedih dan pilu mendengar berita kematian Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman bin Zulkarnain pagi ini. Terutama tatkala kita sedang fokus menjalani ibadah puasa dan ada sebilangannya pula sudah membayangkan persiapan menyambut hari lebaran.

Tidak terbayang di benak saya keadaan keluarga arwah ketika menerima berita duka ini. Jauh di sudut hati saya berdoa agar mereka diberikan kekuatan dan ketabahan oleh Allah SWT atas kehilangan insan tersayang. Berat mata kita memandang, berat lagi bahu mereka yang memikul.

Insiden kematian arwah Zulfarhan mengimbau peristiwa pahit ketika saya mengangkat sumpah sebagai Menteri Pelajaran pada tahun 2004 dahulu. Ketika itu seorang pelajar di Negeri Sembilan meninggal dunia akibat dibuli rakan sekolah. Peristiwa itu masih segar di fikiran saya dan memberi kesan yang besar. Kerana selepas kejadian itu, saya dan Kementerian Pelajaran bertungkus-lumus membanteras gejala buli di sekolah.

Barangkali peristiwa pada tahun 2004 berbeda dengan insiden yang menimpa arwah Zulfarhan. Namun, atas apa jua alasan, siapalah kita untuk mengambil tindakan melampau sehingga mengakibatkan kematian. Saya sama sekali tidak boleh menerimanya.


Sehubungan itu, saya telah mengarahkan pihak Angkatan Tentera Malaysia dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia untuk menjalankan siasatan dengan kadar segera bagi mengetahui punca sebenar sekali gus mengenal pasti siapa yang terlibat.

Saya konsisten sejak dulu bahawa tiada sesiapa akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah dalam kejadian seperti ini. Marilah kita sama-sama doakan semoga roh adik Zulfarhan dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan yang diredhai Allah SWT. Al Fatihah.

Thursday, April 13, 2017

MENGGELITIK SUNGGUH PEMIMPIN PAN DAN PKR BILA HISHAMUDDIN HUSSEIN DILANTIK MENTERI TUGAS-TUGAS KHAS!!!



Berlumba-lumba para pemimpin Pakatan, khususnya PAN dan PKR membuat pelbagai andaian dan spekulasi berhubung perlantikan Hishamuddin Hussein Onn sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri selain jawatan yang disandangnya, Menteri Pertahanan.

Mahfuz Omar, Salehuddin Ayub dan Rafizi Ramli sepakat mengatakan perlantikan Hishamuddin itu merupakan isyarat kepada Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO untuk diundurkan.

Mahfuz Omar dalam analisis bijaknya mengatakan Najib Abdul Razak dalam keadaan kelam-kabut dan terpaksa memilih Hishamuddin Hussein Onn sebagai pelindung sekaligus memberi isyarat bahawa Najib sudah tidak dapat menahan tekanan, dan bakal meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dalam tempoh terdekat.

Salahuddin Ayub pula mengatakan Najib tidak mampu lagi berselindung dan terpaksa akur dengan tekanan rakyat supaya meletak jawatan.

Tetapi yang paling menarik, sudah tentulah ulasan daripada Rafizi Ramli, individu yang sedang menangguhkan hukuman penjara 18 bulan, 5 kali berturut-turut didapati bersalah oleh mahkamah kerana menfitnah dan sedang berhadapan dengan berbelas-belas tuduhan melakukan fitnah dan hasutan.

Kata Rafizi, perlantikan Hishamuddin bukanlah sesuatu yang baik untuk perkembangan kerjaya politik Ahmad Zahid. Sekaligus Najib memberi isyarat bahawa Zahid tidak lagi diperlukan oleh Presiden UMNO itu.


Hakikatnya, perkembangan yang berlaku di seluruh dunia dengan Malaysia sendiri terlibat terutama dalam pengekangan pengaruh militan, selain kekacauan terbaharu di beberapa buah negara dalam tempoh terdekat, memerlukan satu tindakan pro-aktif yang lebih berkesan bagi membolehkan kerjasama yang lebih erat untuk melindungi Malaysia, rakyat serta penduduknya.

Perlantikan seorang Menteri Kabinet sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas, bukannya pertama kali berlaku. Hishamuddin Hussein Onn bukanlah Menteri Kabinet pertama yang dilantik sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas. Najib Abdul Razak bukanlah Perdana Menteri pertama yang melantik salah seorang Menteri Kabinetnya sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas.

Dari tahun 1960 lagi, sudah ada Menteri yang turut menyandang jawatan Menteri Tugas-Tugas Khas. Antara mereka termasuklah Ghazali Shafie yang selain menjadi Menteri Penerangan, juga adalah Menteri Tugas-Tugas Khas. Begitu juga dengan Asri Haji Muda, selain Menteri Kemajuan Tanah, juga menyandang tugas sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas. Lim Kheng Yaik, di samping tugas hakiki sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dia juga adalah Menteri Tugas-Tugas Khas. Malah Daim Zainuddin, selain tugas utamanya Menteri Kewangan, juga dilantik sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas.

Menteri Tugas-Tugas Khas adalah 'perwakilan kuasa' kuasa-kuasa Perdana Menteri kepada seorrang menteri bagi menjalankan misi atau tugas yang menjadi tanggungjawab Perdana Menteri sepertimana yang termaktub dalam Akta Tugas Menteri 1960.

Menteri Tugas-Tugas Khas juga boleh mempengerusikan mesyuarat bagi pihak Perdana Menteri dan membuat keputusan tanpa merujuk kepada Perdana Menteri dan Kabinet. Tugasnya hanya dalam satu misi yang diberikan oleh Perdana Menteri, bukan sebagai 'rakan kongsi' Perdana Menteri untuk keseluruhan fungsi dan tugas Perdana Menteri.

Dalam keadaan negara dan perkembangan di seluruh dunia sekarang, Hishamuddin Hussein Onn dilihat sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas bagi hal-ehwal keselamatan, bekerjasama dengan Menteri Dalam Negeri yang juga Timbalan Perdana Menteri secara lebih erat.

Hanya katak di bawah tempurung sahaja yang tidak tahu apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka dan sentiasa berasakan mereka selamat sehingga membuatkan mereka melihat perlantikan Hishamuddin Hussein Onn sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas hanya berkisar tentang permainan politik kepartian semata-mata!


Sunday, September 4, 2016

BANTAI DULU, DAPAT SOKONGAN DULU, KEMUDIAN BILA DIKANTOIKAN, MINTA MAAF... SELESAI PERKARA!!!



Inilah yang sedang berlaku di Malaysia...

Demam media sosial menyebabkan hampir kebanyakan rakyat Malaysia berasakan mereka lebih bijak daripada orang lain, walaupun sebahagian besar daripada mereka, merupakan CACAT AKADEMIK semasa di bangku sekolah. Malah ada juga yang nak mengeja nama sendiri, walaupun dah tua bangka, masih tergagap-gagap tetapi bercakap perihal orang yang mereka benci, cukup lancar, lebih lancar dari air yang mengalir di sungai berjeram.

Berbekalkan LIKE dan SHARE serta komentar-komentar yang sama sejenis, Facebook merupakan medium terbaik walaupun amat diketahui bahawa medium tersebut amat terdedah kepada awam sekaligus mendorong pelbagai persepsi negatif terbina selain fitnah-fitnah yang mudah dicipta.

Seorang wanita yang suaminya adalah seorang pegawai tentera yang terkorban dalam satu bencana di Amerika Syarikat, menggunakan Facebook untuk mencipta persepsi dan tanggapan kononnya dia dan anak-anaknya tidak dipedulikan oleh Kerajaan Malaysia atau lebih tepat lagi Kementerian Pertahanan Malaysia.

Tulisannya menggambarkan kekejaman, penyelewengan dan penindasan serta kezaliman ke atas dirinya dan arwah suaminya. Komen-komen yang diberikan oleh mereka yang mengikuti postingnya, juga amat menarik.

Barangkali 'kesilapannya' ialah apabila dia membuat tuntutan daripada Menteri terbabit.



Dan Menteri itu pun memberikan jawapannya sekaligus mendedahkan bahawa wanita berkenaan telah menerima lebih dari SUKU JUTA RINGGIT daripada kematian suaminya.

Sokongan dan simpati yang diterimanya sebelum itu segera bertukar reaksi. Wanita berkenaan dilihat seperti seorang yang mengada-ngada dan keterlaluan apatah lagi dengan tulisannya yang memang mencari sokongan menerusi pembantaian ke atas Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Malaysia.

Suku juta ringgit, masih tidak cukup?

Yang dicakapkannya ialah pencen bernilai RM916.75 yang dikatakan tidak cukup untuk ketiga-tiga orang anaknya dan dia sendiri. Tetapi dia langsung tidak bercakap tentang lebih RM274,000 yang telah dibayar oleh Kementerian Pertahanan kepadanya.

Bila dah terkantoi, cepat-cepat keluarkan kenyataan minta maaf dan berharap isu itu tidak lagi dipanjang-panjangkan. Namun pada masa yang sama, masih lagi cuba menegakkan benang basah, kononnya dia cuma menuntut hak tanpa sedikit pun berasa kesal dengan pembohongan dan fitnah yang dibuat, bahkan tidak berterima kasih langsung dengan pampasan lebih suku juta ringgit yang telah diterimanya.


Thursday, March 24, 2016

HISHAMUDDIN ARAH PEGUAM-PEGUAM LTAT SAMAN FITNAH KE ATAS RAFIZI RAMLI!!!



Menteri Pertahanan, Hishamuddin Hussein membidas fitnah liar yang dibuat Rafizi Ramli ke atas Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Menurutnya Rafizi Ramli telah melakukan putar belit politik dengan cuba mengaitkan LTAT dengan 1MDB. Hishamuddin turut mengarahkan agar para peguam LTAT untuk mengambil tindakan saman fitnah ke atas Rafizi kerana tuduhan tidak berasas dan fitnah jahat.

"Tolong jangan beritahu saya, LTAT terpaksa memberikan jawapan kepada Rafizi. Setiap kali jawapan diberikan, tiang gol berubah lagi supaya isunya tidak akan berakhir, " katanya dalam satu sidang media di Kementerian Pertahanan hari ini.

Rafizi awal hari ini mengancam untuk mendedahkan dokumen rahsia kerajaan sekiranya LTAT tidak mendedahkan pembayaran gratuitinya. Dia juga menuntut pendedahan sepenuhnya senarai bayaran 1MDB kepada anak-anak syarikat LTAT, Perbadanan Perwira Hartanah Malaysia (PPHM) dari tahun 2013 sehingga 2016.

Isnin lepas Rafizi mendakwa urusniaga antara PPHM dengan 1MDB merupakan punca utama kelewatan pembayaran gratuiti kepada bekas anggota tentera tidak berpencen. Sebelum itu, Rafizi juga mendakwa terdapat percangahan kepentingan apabila Pengerusi 1MDB , Lodin Wok Kamaruddin yang juga merupakan Pengarah Eksekutif LTAT.

Dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini, Rafizi Ramli menuduh Lodin telah mengheret LTAT ke dalam masalah 1MDB dan telah menyebabkan bekas-bekas anggota tentera tidak memperolehi pencen mereka. Rafizi turut mendakwa mempunyai bukti dalam bentuk dokumen rahsia kerajaan tentang hal tersebut.

Justeru, Hishamuddin mencabar Rafizi untuk membawa perkara itu ke mahkamah seandainya benar dia mempunyai bukti wujudnya conflict of interest berkenaan kedudukan Lodin dalam kedua-dua entiti.

"Bawa ke mahkamah dan biarkanlah mahkamah buat keputusan. Apa yang salahnya kalau dia pegang dua kedudukan? Haram ke?" tanya Naib Presiden UMNO itu lagi.


Monday, March 7, 2016

PERHATIAN TERARAH, HISHAMUDDIN DILIHAT SEBAGAI NAIB PRESIDEN YANG BOLEH MENJADI 'PENYELAMAT' UMNO!!!



Antara 3 Naib Presiden UMNO, yang paling tidak banyak bercakap, kurang publisiti tetapi lebih banyak menumpukan kepada pekerjaaan, tugas dan tanggungjawabnya adalah Hishamuddin Hussein Onn.

Kesalahan keterujaan pada peringkat awal terutama pada ketika dia menjadi Ketua Pemuda UMNO, kini mula ditutup dengan kerja-kerja matangnya selaku Menteri Kabinet, Ahli Parlimen dan Naib Presiden UMNO.

Satu-satunya berita tentang Hishamuddin membabitkan UMNO yang agak 'kontroversi' adalah pada malam penggantungan jawatan Timbalan Presiden UMNO Mahyuddin Yassin memandangkan Hishamuddin dilantik sebagai jurucakap MT UMNO yang telah membuat keputusan.

Dan selepas itu, hanya berita-berita Hishamuddin dengan tugasnya sebagai Menteri Pertahanan yang lebih banyak menguasai berita menerusi beberapa inisiatif kebajikan kepada anggota dan bekas anggota tentera Malaysia.


Sepanjang sejarahnya sebagai Naib Presiden UMNO, dua kali Hishamuddin melepasi ranjau. Dan ranjau terakhir adalah antara penyebab kemarahan Mahathir kepada Najib apabila Mukhriz kalah di tangan Hishamuddin yang dianggap sebagai under-dog dalam pertandingan itu.

Perkembangan terbaru di dalam UMNO terutama desakan ke atas Mahyuddin, Mukhriz dan Shafie Apdal untuk melepaskan kedudukan serta keahlian mereka di dalam UMNO setelah mereka duduk sebaris dengan barisan pembangkang mendesak perletakan jawatan Najib menerusi Deklarasi Anti-Najib yang diketuai oleh Mahathir pada Jumaat lepas, mengalihkan tumpuan dan fokus luar biasa kepada Hishamuddin.

Hishamuddin yang dilihat sebagai pemimpin 'selamat' UMNO masih tidak memberikan sebarang reaksi kecuali satu kenyataan keras tentang pengkhianatan para pemimpin UMNO tersebut. Kalau Mukhriz diserang kerana dia adalah anak Mahathir, Hishamuddin pula akan dijadikan sasaran kerana dia adalah sepupu Najib dan berada dalam kedudukan lebih selesa di dalam UMNO.

Sekarang ini pun, sudah ada teori-teori pembelaan yang mengatakan, kejatuhan Najib akan memberikan keuntungan besar kepada Zahid Hamidi yang sedang menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan pemangku Timbalan Presiden UMNO. Usaha-usaha sedang dilakukan untuk melaga-lagakan Najib-Zahid sebagaimana yang dilakukan ke atas Najib-Muhyiddin sehingga Muhyiddin akhirnya berada bersama barisan pembangkang.


Namun pada ketika para penyokong UMNO sendiri merupakan kelompok skeptikal yang sebahagian besarnya telah keluar daripada kepompong kepercayaan dan doktrin 22 tahun Mahathir sebagai Perdana Menteri hebat, perlagaan-perlagaan seperti itu pasti akan menarik lebih banyak masalah.

Hishamuddin Hussein Onn sedang berhadapan dengan masalah tersebut sama ada dia sudah bersedia atau sebaliknya terutama dalam keadaan di mana ahli-ahli UMNO memerlukan seorang SAVIOUR atau PENYELAMAT yang lebih kuat bekerja untuk rakyat dan bukannya berpolitik pada sepanjang masa.

Mampukah Hishamuddin Hussein Onn?


Sunday, December 13, 2015

HISHAMUDDIN HUSSEIN ONN PULA JADI MANGSA FITNAH... ITULAH YANG KITA DAPAT LIHAT SEPANJANG SEMINGGU PAU!!!



Tak kisahlah anda sokong Muhyiddin Yassin, pentaksub Mahathir-YTL atau anda menyokong Najib Abdul Razak...

Dan tak kisahlah sama ada orang UMNO totok, UMNO jelmaan, UMNO sekutu, mahupun UMNO Jadi-Jadian...

Yang pasti, anda tentu nampak dan tahu apa yang berlaku sepanjang minggu di PWTC, terutama sekali yang melibatkan usaha-usaha memecahbelahkan UMNO dengan mendendangkan fitnah-fitnah popular dengan alasan-alasan tersendiri. 

Antara fitnah 'terbaik' yang dibuat menjelang berakhirnya PAU pada tahun ini adalah melibatkan Hishamuddin Hussein Onn, Naib Presiden merangkap Menteri Pertahanan Malaysia.

Semuanya bermula apabila Hishamuddin Hussein Onn kononnya menjadi suara yang menyampaikan keputusan Majlis Tertinggi UMNO kepada Muhyiddin yang tidak membenarkan Muhyiddin Yassin bercakap dalam ucapan penggulungan. Kononnya Muhyiddin Yassin mengamuk dan mencarut, Hishamuddin pula dituduh sebagai penyambung cerita tersebut untuk membesarkan lagi permusuhan dalam kem Najib-Muhyiddin.

Esoknya, dipetik pula Hishamuddin sebagai berkata, Muhyiddin perlu meminta maaf kepada Najib dalam usaha mewujudkan perdamaian. 


Dan seperti biasalah, para pentaksub atau lebih tepat lagi BATU API mula berpencak dengan menggunakan segala medium dan hujah untuk memberitahu BETAPA TIDAK MALUNYA Najib kerana menghulurkan perdamaian kepada Muhyiddin setelah Muhyiddin dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri. 

Barangkali kerana Hishamuddin Hussein Onn kurang menampilkan diri terutama dalam 'krisis' Najib-Muhyiddin maka dilihat sebagai satu peluang keemasan untuk mewujudkan gelombang kebencian kepada kepimpinan UMNO yang diketuai oleh Najib Abdul Razak. 


Menariknya baik Muhyiddin mahupun Shafie Apdal, memberi reaksi kepada fitnah tersebut yang direkacipta oleh si BATU API dengan memberitahu, mereka tidak punyai sebab untuk meminta maaf kepada Najib kerana mereka tidak melakukan kesalahan peribadi kepada Najib sebaliknya hanya berdasarkan prinsip dan dasar sahaja. 

Klip video di atas menceritakan apa sebenarnya yang berlaku, sekaligus memberitahu kita betapa terdesaknya dan jahatnya golongan pembuat fitnah yang mahu terus menghancurkan UMNO dengan jentera-jentera fitnah mereka. 

Hishamuddin Hussein Onn sendiri memberitahu, TIADA SEBARANG SEBAB UNTUK DIA MEMINTA DAN MENYURUH MUHYIDDIN YASSIN MEMINTA MAAF KEPADA NAJIB ABDUL RAZAK!

Ini hanyalah salah satu daripada cebisan fitnah yang berlangsung sepanjang PAU tahun ini. Hisamuddin Hussein Onn yang sebelum ini dilihat lebih banyak bekerja memperbaiki UMNO dan tugas-tugas rasmi Kementeriannya, tiba-tiba sahaja dikaut dalam usaha menjatuhkan dan memalukan Najib Abdul Razak. 


Naib Presiden UMNO sekarang ada tiga orang iaitu Shafie Apdal, Zahid Hamidi dan Hishamuddin sendiri. Siapakah sebenarnya yang lebih beruntung setelah Zahid Hamidi selain Hishamuddin turut dituduh terlibat dalam usaha menjauhkan Muhyiddin daripada jawatan Timbalan Presiden?

Apakah kerana Hishamuddin tidak terlibat dalam kemelut antara Najib-Muhyiddin, menyebabkan dia perlu diseret sekali?

Apakah kerana Hishamuddin Hussein Onn dilihat berupaya menjadi pendamai memandangkan dia mempunyai hubungan baik dengan Najib dan Muhyiddin, maka dia juga perlu digambarkan sebagai oportunis yang mahu mengambil peluang?

Penafian yang dibuat oleh Hishamuddin sendiri nampaknya kurang menarik minat dan perhatian berbanding fitnah yang mengatakan dia mengarahkan Muhyiddin dan Shafie Apdal meminta maaf kepada Najib.

Kumpulan-kumpulan penyokong Muhyiddin dan Mahathir-YTL, masih lagi memperolok-olokkan Hishamuddin sekalipun telah dijelaskan bahawa semua itu hanyalah fitnah dan mainan BATU API sahaja. 



Tuesday, October 6, 2015

TAK WAJAR ANGGAP MAHATHIR SEBAGAI PENGKHIANAT UMNO, KATA HISHAMUDDIN!!!



Tidak wajar menganggap Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengkhianat kepada UMNO walaupun beliau membuat pelbagai kritikan terhadap parti itu.

Perkara itu ditegaskan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang turut mengakui tuduhan dan kritikan Dr Mahathir bukan sesuatu yang baharu.

“Kalau dari segi parti tidak ada (pengkhianatan). Juga tuduhan Mahathir juga bukan suatu perkara baru,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Majlis Pra-Pelancaran Malaysia United Run, pada Selasa.

Hishammuddin bagaimanapun berkata, kritikan Dr Mahathir terhadap pemimpin dan UMNO boleh memecah belahkan parti.

“Ini (kritikan) tidak patut diteruskan sebegitu rupa atau tak patut dilayan oleh pihak-pihak yang berkenaan.

“Ini kerana ia boleh memecah belahkan kita. Lebih-lebih lagi dalam parti. Kalau tanya dia memburukkan keadaan di parti, setakat ini saya rasa tidak,” katanya.

Hishammuddin berkata, walaupun kritikan Dr Mahathir boleh memberi kesan kepada parti, tetapi ia tidak berlaku setakat ini.

“Sebelum ini pun ada banyak tuduhan yang dilontarkan kepada Presiden kita, tapi tidak pecah jugak parti,” katanya.

Ditanya adakah wajar Dr Mahathir diambil tindakan tatatertib, Hishammuddin berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada parti. 

“Terpulang kepada parti,” tegasnya. (FMT)


NOTA:

Betullah apa yang dikatakan oleh Hishamuddin Hussein Onn... orang tua tu tidak wajar dilayan pun. Semakin dilayan semakin merepek-repek dan mengarut-ngarut rengekannya. 

Kesian...

Rupa-rupanya hormat Hisham kepada Mahathir masih tidak luntur walaupun semakin lama, Mahathir semakin mengarut di bawah cucukan orang di sekelilingnya yang cuba mempertahankan kepentingan atau mencari kuasa di dalam UMNO atau kepentingan mereka terjejas selepas tindakan-tindakan drastik Kepimpinan Najib.

Cakap-cakap orang politik seperti Hishamuddin perlu dinilai dari sudut yang lain sama. Jangan pandang sebaris atau sehala. Namun yang pastinya, antara lain kesimpulan yang boleh dibuat daripada kenyataan Hisham itu ialah...

PEDULIKANLAH MAHATHIR... Biarkan dia mengaruk sengsorang bertemankan orang-orang di sekelilingnya yang menyalak sebab tulang dah hilang!

Bila tidak lagi dipedulikan, dan kata-katanya tidak dihiraukan, apatah lagi, setelah berhempas pulas, tiada juga konsekuens besar yang wujud kepada Najib seperti yang dijangka oleh kumpulan penyokongnya dari awal lagi.

Jadi, biarkanlah Mahathir agar dia dapat menghabiskan sisa-sisa masanya di dunia ini untuk kehidupan yang lebih kekal abadi.

Para penyokongnya sekarang pun, sekadar berperangai seperti lalat taik... hilang taik, maka lalat-lalat itu akan mencari taik-taik atau bangkai-bangkai yang lain pula untuk dihurung....


Saturday, May 9, 2015

HISHAMUDDIN HUSSEIN ONN DESAK SUPAYA DIPERCEPATKAN PROSES SIASATAN KE ATAS KEWANGAN 1MDB!!!



9 Mei 2015
Isu 1MDB merupakan isu hangat yang menjadi perhatian dan tumpuan rakyat Malaysia ketika ini. Justeru, bagi saya kerajaan sememangnya harus menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan untuk menangkis persepsi negatif berkenaan syarikat pelaburan ini.

Selaku Menteri Kabinet dan Naib Presiden UMNO, saya berdiri teguh dengan pendirian saya sebelum ini yang menegaskan bahawa jika ada sebarang salah laku dalam isu 1MDB, tindakan undang-undang harus diambil dengan segera.

Saya berkongsi kegelisahan masyarakat tentang satu pendedahan baru-baru ini berkenaan transaksi hartanah yang signifikan di antara 1MDB dan Tabung Haji Properties di Tun Razak Exchange (TRX). Lembaga Tabung Haji merupakan salah satu institusi yang dihormati, justeru, integriti dan nilai pelabuhan pencarum Tabung Haji perlu dilindungi dan ini seharusnya menjadi prioriti kerajaan. Saya yakin, Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji mengambil kira risiko perniagaan dan berusaha untuk memastikan kepentingan terbaik pencarum dari segenap lapisan masyarakat dijamin setiap masa.



Namun demikian, kita perlu segera memadam persepsi negatif dan syak wasangka di pasaran dan pandangan masyarakat bahawa penjualan hartanah 1MDB ini merupakan simptom beban kewangan yang dihadapi oleh syarikat pelaburan tersebut.

Justeru, kita seharusnya mempercepatkan proses untuk mengetahui kedudukan kewangan sebenar 1MDB. Kita tidak seharusnya menunggu sahaja hasil siasatan Ketua Audit Negara. Dalam konteks ini, saya menggesa Ketua Audit Negara segera mengemukakan laporannya dan memanjangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Dan demi menjaga reputasi syarikat pelaburan ini serta menjawab persoalan umum, saya mencadangkan agar lembaga pengarah 1MDB melantik satu lagi firma audit antarabangsa yang bebas untuk memeriksa, memberi verifikasi dan mendedahkan kepada umum nilai semua aset, liabiliti syarikat serta status portfolio pelaburan dan kedudukan aliran tunai. Firma audit ini juga seharusnya melaksanakan audit forensik kepada semua transaksi 1MDB sejak penubuhannya untuk membantu 1MDB menjawab segala isu yang dibangkitkan. Saya yakin hasil audit bebas ini berserta siasatan Ketua Audit Negara akan dapat membantu 1MDB meyakinkan rakyat tentang status kewangan syarikat pelaburan tersebut.

Dato Seri Hishammuddin

Thursday, March 19, 2015

KEUPAYAAN HISHAMUDDIN HUSSEIN ONN MEMBELI KERETA BERHARGA LEBIH RM300 RIBU DIPERSOALKAN!!!!



Awal pagi tadi, pecacai Pakatan Rakyat menyebarkan salinan bil yang menunjukkan Hishamuddin Hussein Onn, Menteri Pertahanan membeli sebuah kereta mewah berharga lebih RM300 ribu. Harapan mereka, rakyat akan marah dan melihat pemimpin UMNO sebagai korup, pembazir, pemboros dan menggunakan wang rakyat secara sewenang-wenangnya untuk kepentingan peribadi.

Mengambil kira Hishamuddin Hussein Onn sendiri dan latar belakangnya, sebelum menjadi ahli politik, dia sudah pun memiliki dan berjaya dalam syarikat guamannya. Apatah lagi latar belakang keluarganya sendiri sudah cukup untuk dia membeli bukan sahaja sebuah kereta mewah, bahkan banglo yang dibina di puncak bukit sekalipun.

Dengan kata lain, harta peninggalan keluarganya pun, makan tak habis.


Hishamuddin Hussein adalah anak Allahyarhamah Tun Suhaila Noah. Manakala bapanya, Allahyarham Tun Hussein adalah anak Allahyarham Datuk Onn Jaafar, salah seorang pembesar Istana Johor.

Penjelasan daripada Hishamuddin ialah, kereta yang baru dibelinya adalah menggantikan kereta lamanya yang telah dijual dan wang tersebut digunakan sebahagiannya untuk membayar tunai kereta dari jenis yang sama, tetapi lebih baharu.

Tiada apa-apa yang menghairankan dengan keupayaan Hishamuddin Hussein Onn membeli kereta jenama itu pada harga sebegitu jikalau dibandingkan dengan Rafizi Ramli yang belum pun sepenggal menjadi Ahli Parlimen, belum pun berusia 40 tahun, tidak mempunyai sebarang syarikat yang berjaya tetapi masih mampu menyimpan tunai dan aset bernilai lebih RM2 juta dalam masa yang sangat singkat.

Malah jauh lebih menghairnakan bagaimana Nga Kor Ming mampu membina Rumah Putih di Ipoh walaupun baru sahaja menjadi Ahli Parlimen Taiping selama dua penggal selain memiliki kenderaan-kenderaan mewah yang berbaris-baris di rumahnya.

Kalau pemimpin UMNO, laju nak komplen dan menimbulkan keraguan tetapi kekayaan luar biasa dan gaya hidup mewah yang dijalani oleh para pemimpin Pakatan Rakyat, mengapa tidak dipersoalkan?


 
Blogger Templates