Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label kejahatan dap. Show all posts
Showing posts with label kejahatan dap. Show all posts

Saturday, January 4, 2020

LIM GUAN ENG DAH BAGI 'HINT'... JAWATAN MENTERI PENDIDIKAN, PERLU DIBINCANGKAN DENGAN DAP TERLEBIH DAHULU!!!



Kementerian Pendidikan adalah kementerian kanan dan kementerian utama. Dari kementerian inilah nanti, dasar serta hala tuju negara melibatkan generasi baru akan dibentuk. Nak jadi apa Malaysia ini, Kementerian Pendidikanlah yang akan menggubahnya.

Sebab itulah, DAP dan Lim Guan Eng gila sangat dengan Kementerian Pendidikan. Sama seperti gilanya Lim Guan Eng untuk mengawal Kementerian Kewangan!

Perletakan jawatan Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan sebenarnya tidak memberikan impak yang besar kepada DAP kerana walaupun DAP menerusi wakilnya, Teo Nie Ching hanyalah berjawatan Timbalan Menteri tetapi kuasa serta gelagat Teo Nie Ching menunjukkan dia lebih berkuasa dari Maszlee Malik.


Dan Teo Nie Ching juga bukannya bersendirian. Di belakangnya adalah Kementerian Kewangan yang dikuasai oleh Lim Guan Eng dan Tony Pua. Justeru tidak menghairankan bagaimana Kementerian Kewangan di bawah Lim Guan Eng, memintas kuasa Kementerian Pendidikan dalam penyaluran wang negara kepada kolej-kolej Cina persendirian milik Dong Zong serta sekolah-sekolah vernakular Cina yang juga berada di bawah Dong Zong.


Maka, tidak hairan jugalah bagaimana Dong Zong begitu besar kepala dan menganggap, PERLEMBAGAAN DONG ZONG jauh lebih penting dan lebih besar berbanding Perlembagaan Persekutuan Negara Malaysia. (RUJUK SINI)

Jawi dan Khat telah dijadikan sebagai umpan provokasi oleh pihak-pihak tertentu dalam Pakatan Harapan sendiri. Satu pihak mengumpan, dan satu pihak lagi - sudah tentulah DAP dan Dong Zong - akan menyahut sambil menyerang semahu-mahunya selain memperlekehkan tulisan Jawi sekaligus memperlekehkan Bahasa Kebangsaan selain mempertikaikan kedudukan agama Islam.



Kita dapat melihat sendiri bagaimana reaksi penyokong-penyokong DAP yang mengatakan tujuan mereka menentang Jawi adalah 'bimbangkan Islamisasi'. Dengan kata lain, mereka menggambarkan anak-anak mereka belajar mengenal tulisan Jawi melibatkan tulisan Jawi pada wang kertas Malaysia dan pada jata negara, boleh menyebabkan anak-anak mereka terpengaruh dan akhirnya memeluk agama Islam. (RUJUK SINI) dan  (SINI)

Keghairahan DAP untuk menunjukkan mereka berkuasa serta tiada sesiapa pun yang dapat menghalang atau menyekat mereka, terserlah dalam banyak isu-isu yang melibatkan pendidikan, khususnya melibatkan hubungan antara kaum.



Walaupun DAP seringkali mengaku dan mendabik dada kononnya mereka tidak rasis tetapi hakikatnya apa yang dilakukan oleh DAP terutama menerusi tindakan Lim Guan Eng, menjelaskan tentang matlamat sebenar DAP membumihanguskan negara ini, terutama sekali yang melibatkan teras Melayu-Bumiputera.

Menerusi Kementerian Kewangan, semua aset-aset serta penjana ekonomi dan kewangan Melayu-Bumiputera telah dihancurkan, gerakan seterusnya adalah menerusi pendidikan. Perjuangan mengutamakan UEC dan sekolah-sekolah vernakular aliran Cina mengatasi sekolah-sekolah aliran kebangsaan, sedang dipergiatkan - tidak secara senyap-senyap, bahkan secara terang-terangan!


DAP menerusi Dong Zong telah membuktikan, kuasa mereka menentang apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kedudukan Bahasa Melayu dan Agama Islam, tidak boleh disekat oleh sesiapa pun. Walaupun DAP sebenarnya tidak bijak dan tidak halus atau beradab ketika memberikan alasan menjustifikasikan tindakan mereka, tetapi ketiadaan tentangan daripada masyarakat Melayu-Bumiputera terhadap niat jahat DAP itu, membolehkan DAP serta entiti-entiti yang berlindung serta mendapat bantuan kewangan besar darinya seperti Dong Zong, terus besar kepala dan menunjuk lagak samseng mereka.

Justeru apabila Lim Guan Eng menyatakan, DAP mahu berbincang tentang pengganti Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan, rasa-rasanya ramai yang sudah tahu apa maksud sebenar Lim Guan Eng dan DAP!

UEC dan SJKC!!!



Friday, December 6, 2019

TERLALU KETARA... SELEPAS DAP BERKUASA, SEMUANYA NAK DIPELBAGAI BAHASAKAN TERMASUKLAH LAGU NEGARAKU!!!



Antara alasan yang paling kerap diberikan ketika ditanya mengapa Lagu Negaraku yang merupakan lagu kebangsaan Malaysia tidak dihormati, ada yang menjawab, lagu kebangsaan itu adalah lagu saduran daripada lagu Mamula Moon yang popular pada tahun 1940-an dinyanyikan oleh Felix Mendelssohn dan kumpulannya Hawaian Serenades.

Kali pertama perkara ini disebut ialah pada tahun 2007 oleh Hishamuddin Rais apabila secara keras mengutuk lagu Negaraku yang katanya diciplak daripada lagu Terang Bulan (Indonesia) (RUJUK SINI) sebelum dia memberikan fakta baru tentang Pierre Jean de Berenger (1780-1857) sebagai orang yang mencipta lagu Mamula Moon sebelum dipopularkan oleh Felix Mendelssohn. (RUJUK SINI).

Bagi yang buta sejarah, cerita separuh masak Hishamuddin Rais akan diterima bulat-bulat meskipun pada masa yang sama, mereka juga sedar, Hishamuddin Rais bukanlah sesiapa melainkan seorang gelandangan yang keciciran akademiknya tetapi mempunyai tempat dalam politik negara kerana pembabitannya selaku aktivis. Bermula dengan menentang UMNO dan cuba mempopularkan aliran Marxisme-Sosialis dan kemudian kekal sebagai golongan Reformasi yang menjilat Mahathir, orang yang sama-sama diperanginya pada tahun 1998 di jalanan.


Sepatutnya sejarah lagu Negaraku bermula dengan pembuangan Sultan Abdullah Perak ke Pulau Seychelles setelah pembunuhan JWWW Birch pada tahun 1877. Ketika di Seychelles, baginda yang tinggal di Union Vale, Male, mendengar dan tertarik dengan lagu La Rosalie yang dicipta oleh Pierre Jean de Berenger terutama setelah lagu tersebut kerap dimainkan oleh salah seorang puteri baginda, Raja Hadyah yang merupakan seorang pemain piano handal di Seychelles.


Selepas melawat Raja Abdullah di Seychelles, Raja Chulan telah memperkenalkan irama La Rosalie kepada kekandanya yang juga merupakan anakanda sulung Raja Abdullah iaitu Raja Mansur. Raja Mansur telah mengarang senikata dan akhirnya terciptalah Lagu Kebesaran Negeri Perak iaitu Terang Bulan yang sekarang ini judulnya adalah Allah Lanjutkan Usia Sultan.


Lagu rasmi negeri Perak ini telah dipilih menjadi lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu oleh jemaah hakim yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 5 Ogos 1957. Upacara pemilihan lagu kebangsaan ini berlangsung di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur . Sebanyak 4 buah lagu telah diperdengarkan oleh Pasukan Pancaragam Polis Diraja. Lagu Allah Lanjutkan Usia Sultan telah terpilih. Keputusan jemaah hakim ini kemudian telah dikemukakan kepada Majlis Raja-raja Melayu. Setelah dipersetujui, kerajaan telah mengeluarkan tawaran RM1,000 kepada pengubah untuk mencipta seni katanya. Tawaran ini telah dimenangi oleh Encik Saiful Bahri dan lagu kebangsaan Negaraku gubahan beliau terdapat dalam 3 versi.

Pada tahun tahun 1956 semua negeri di Tanah Melayu mempunyai lagu kebesarannya sendiri. Walau bagaimanapun, belum ada sebuah lagu kebangsaan yang merangkumi bagi seluruh negara. Y.T.M. Tunku Abdul Rahman yang menjadi Ketua Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada ketika itu telah membuat ketetapan agar sebuah lagu kebangsaan dicipta sebelum merdeka. Beliau mencadangkan agar diadakan satu pertandingan mencipta lagu kebangsaan. Hasilnya sebanyak 514 buah lagu telah diterima dari seluruh dunia. Namun demikian tidak ada sebuah lagu dari 514 lagu yang dikemukakan yang dianggap sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan.


Jawatankuasa ini kemudian berpendapat satu cara lagi untuk memperolehi lagu kebangsaan yang baik ialah dengan menjemput beberapa penggubah lagu yang ternama untuk menciptanya. Dengan itu jawatankuasa ini membuat keputusan mempelawa beberapa penggubah lagu yang masyhur bertaraf antarabangsa untuk mencipta khas lagu kebangsaan ini. Mereka yang dijemput khas untuk menggubah lagu kebangsaan ini adalah terdiri daripada Benjamin Britten, Sir William Walton yang menggubah lagu perbarisan untuk permahkotaan Ratu Elizabeth II, penggubah opera Amerika Gian Carlo Menotti dan Zubir Said. Namun, hasil gubahan mereka juga ditolak.

Akhirnya Jawatankuasa ini membuat keputusan untuk mendengar kesemua lagu negeri yang sedia ada bagi mengenalpasti sama ada di antara lagu-lagu kebesaran negeri ini ada yang sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan negara. Setelah mendengar kesemua lagu negeri, Lagu Kebesaran Negeri Perak adalah sangat sesuai untuk dijadikan sebagai lagu kebangsaan negara. (RUJUK SINI)








Walau atas alasan apa sekalipun, lagu Negaraku adalah Lagu Kebangsaan Malaysia. Wujud Akta Lagu Kebangsaan 1968 atau lebih dikenali sebagai Akta 808 yang melarang sebarang pengubahsuaian melodi mahupun liriknya dalam bahasa lain selain Bahasa Melayu. Pihak berkuasa boleh menangkap tanpa waran bagi mereka yang melakukan kesalahan-kesalahan tidak menghormati Lagu Negaraku.





Tular hari ini ialah klip video Lagu Negaraku yang dinyanyikan oleh sekumpulan pelajar yang lirik lagu Negaraku telah ditukar ke Bahasa Cina. Berdasarkan maklumat, klip video tersebut telah dirakamkan pada 26 September 2018 di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Ma Hwa, Kampung Baru Rasah, Negeri Sembilan. (RUJUK SINI)

Turut tular ialah satu lagi klip video lagu Negaraku yang dinyanyikan oleh sekumpulan pelajar Melayu dalam Bahasa Arab. Bagaimanapun, lokasi dan sekolah mana tidak pula dinyatakan oleh pemuatnaik klip video berkenaan.

Sesuatu yang menarik dan perlu diberikan perhatian ialah, selain Hishamuddin Rais yang tumpuannya kepada lagu Negaraku dan Jalur Gemilang, satu lagi pihak yang cukup garang memperjuangkan kepelbagaian bahasa sekaligus menafikan kepentingan dan keutamaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sebagaimana yang termaktub dalam Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan adalah DAP!


Antara yang cukup kuat memperjuangkan persamaan bahasa terutama sekali Bahasa Mandarin dengan Bahasa Melayu adalah Teresa Kok.

Dan kebetulan pula, semua kejadian penukaran lirik Bahasa Melayu dalam Negaraku ini berlaku pada zaman DAP berkuasa sebagai kerajaan. Kalau sebelum itu, perjuangan DAP lebih terarah kepada penggunaan pelbagai bahasa selain Bahasa Melayu pada papan tanda sehingga DYMM Sultan Selangor mengeluarkan titah agar hanya Bahasa Melayu sahaja dibolehkan pada papan tanda jalan (RUJUK SINI) yang kemudian menimbulkan polemik, kontroversi antara Nga Kor Ming dengan Najib Abdul Razak kerana sikap biadap terhadap DYMM Sultan Selangor (RUJUK SINI).


Lebih ketara lagi ialah bilamana semua polemik, kontroversi dan provokasi ini berlaku ketika DAP menguasai Kementerian Pendidikan menerusi Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching yang juga tidak kurang kuatnya mahu memperkasakan Bahasa Cina dan Pendidikan Cina berbanding Bahasa Melayu dan Agenda Pendidikan Nasional. (RUJUK SINI)

Papan tanda walaupun tidak dibenarkan di Selangor, tetapi di Perak, Johor, Pulau Pinang, Melaka malah di mana-mana sahaja Ahli PBT DAP berkuasa, ia sudah menjadi seperti perkara biasa. Bahasa Melayu tidak lagi dianggap dan diiktiraf kerana kebanyakan pemimpin DAP adalah orang Cina yang berbahasa Cina dan latar belakang akademik mereka juga adalah pendidikan Cina.

Untuk tidak kelihatan terlalu rasis, maka digandingkan sekali Bahasa Tamil dan Bahasa Arab pada papan tanda tersebut. Mungkin tidak lama lagi, papan tanda-papan tanda di Malaysia akan turut mengandungi Bahasa Nepal, Bahasa Vietnam, Bahasa Bangladesh dan sebagainya memandangkan sudah semakin ramai orang asing yang bukan sahaja tinggal di Malaysia, bahkan telah menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia!


Menariknya, Kementerian Pendidikan Malaysia segera memberi respons setelah tular berita tentang lagu Negaraku versi Bahasa Cina dengan menyatakan, akan melakukan siasatan terperinci dan mengambil tindakan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab itu. 

Cerita tentang AKAN DISIASAT, DALAM SIASATAN, MENGARAHKAN SIASATAN dan yang berkaitan dengannya pada zaman Pakatan Harapan menjadi Kerajaan ini, hanyalah untuk menggelikan telinga sahaja. 

Nga Kor Ming pun boleh terlepas, bahkan Nga Kor Ming pula dengan bebas cuba menyalahkan Najib Razak yang memetik dari laman page Nga Kor Ming Super Friends sebagai menfitnahnya. Apa sangatlah dengan lagu Negaraku dalam versi Bahasa Cina. 



GENG 24 SUNNY COCO: DAP TIDAK BERSELINDUNG SOKONG KEGANASAN PKM DAN CHIN PENG TAPI SEGERA MENUDUH MCA SEBAGAI PENJAHAT APABILA ADA YANG SUDAH INSAF!!!



Seakan-akan siri penghinaan ke atas Malaysia secara keseluruhannya membabitkan perundangan dan penguatkuasaannya oleh pihak-pihak tertentu sedang berlangsung dengan meriahnya. Salah satu parti politik yang menjadi komponen dalam Kerajaan Malaysia, begitu lantang menyokong mereka yang melanggar undang-undang negara, termasuklah menjadi pendukung kuat Parti Komunis Malaya tetapi apabila membabitkan golongan mereka sendiri yang meninggalkan dunia gelap, pemimpin parti berkenaan akan segera menghalakan kepada MCA!

Bermula dengan pelbagai isu yang membabitkan Kerajaan secara langsung khususnya dalam perlantikan jawatan-jawatan ke GLC, PLC dan sebagainya. Kemudian isu-isu salahguna kuasa dan cubaan kerajaan untuk menutup pendedahan-pendedahan tersebut dengan alasan 'BERITA PALSU', kemudian membabitkan pula Parti Komunis Malaya dan komunis, bermula dengan komik komunis yang dihasilkan oleh Hew Kuan Yau yang dipertahankan dengan kuat oleh para pemimpin kanan DAP, kemudian abu mayat Chin Peng, kemudian pertemuan dan perhimpunan anggota-anggota komunis yang telah pun diberikan kerakyatan setelah Perjanjian Damai Hatyai 1989.


Difahamkan, Hew Kuan Yau menyaman Kerajaan Malaysia Pakatan Harapan dan Kementerian Dalam Negeri kerana tidak membenarkan komik komunisnya diedarkan kepada semua sekolah menengah dalam negara. Hew Kuan Yau menfailkan saman di mahkamah dan menuntut KDN membatalkan pengharaman komik propaganda komunisnya itu.

Antara alasan yang diberikan oleh Hew ialah, komik komunisnya tidak sewajarnya diharamkan memandangkan Dr. Mahathir sendiri pernah menghadiahkan senaskhah komik tersebut kepada Presiden Negara China. (RUJUK SINI)



Terbaru pula ialah, sedang tular klip video Lagu Negaraku yang dinyanyikan oleh pelajar-pelajar sebuah sekolah Cina di Seremban yang liriknya telah ditukarkan ke dalam Bahasa Cina. Alasan yang diberikan ialah, bagi membolehkan pelajar-pelajar berkenaan lebih memahami Lagu Negaraku.

Tidak ada satu negara pun di dunia ini yang membenarkan Lagu Kebangsaan mereka dipermain-mainkan sedemikian rupa walaupun sekadar menukar liriknya. Singapura yang cukup terkenal dengan kiasu dan chauvinist mereka pun, masih dan terpaksa mengekalkan Lagu Kebangsaan negara tersebut, 'Majulah Singapura' yang berlirikkan Bahasa Melayu. 

Perbuatan menghina dan menukar lirik Lagu Negaraku ke dalam Bahasa Cina itu, seolah-olah memberikan petunjuk kepada pelajar-pelajar terbabit bahawa negara ini telah berjaya dijajah oleh mereka!

Namun yang lebih signifikan ialah membabitkan Sunny Coco yang tular dalam sebuah video mengakui dia menganggotai Geng 24 yang mencabar sesiapa sahaja menentangnya kalau mereka berani pada September lalu.




Pendedahan tersebut akhirnya membuatkan polis bertindak memburunya. (RUJUK SINI)

Bagaimanapun, pada ketika itu, polis mengeluarkan kenyataan bahawa Sunny Coco telah melarikan diri ke China sebelum rakaman video itu tersebar di laman sosial. Namun dua bulan kemudian, pihak polis berjaya menahan Sunny Coco selepas dua bulan memburunya. (RUJUK SINI)


Semalam, Sunny Coco yang mengaku sebagai penyokong DAP tegar selain mengakui yang dia adalah sepupu seorang Timbalan Menteri DAP yang kemudian dinafikan oleh Teo Nie Ching (RUJUK SINI), telah membuat pengakuan bersalah dan mengaku bahawa dia adalah salah seorang anggota pertubuhan kumpulan kongsi gelap Geng 24.

Setelah mengambil kira pengakuan bersalahnya, akhirnya mahkamah pun menjatuhkan hukuman denda RM5000 yang dibayarnya secara serta-merta.

Bagaimanapun sebelum itu, pada September 2019, Sunny Coco menjelaskan dalam satu klip videonya bahawa dunia gangster Kongsi Gelap Geng 24 telah lama ditinggalkannya dan dia telah membayar harga yang sangat mahal untuk kesilapannya itu kepada Kerajaan dan rakyat Malaysia. Dia turut menegaskan bahawa dia tidak terlibat dalam sebarang perniagaan haram selepas meninggalkan dunia gangsterisme. Perniagaannya kini adalah taufu-fa (tauhu beku) dan batu landak. Malah dalam beberapa klip video lain di Youtube, ahli perniagaan tersebut banyak memberikan nasihat tentang pentingnya menghormati dan menjaga ibu bapa selain menasihati golongan muda agar tidak terbabit dengan gejala-gejala negatif seperti gangsterisme selain menyatakan dengan tegas, wang bukanlah satu kebanggaan. Kebanggaan sebenarnya ialah tidak membuatkan ibu bapa kita malu. (RUJUK SINI)




Sunny Coco atau nama sebenarnya Seow Chau Pen yang sudah insaf dan menjalani kehidupan yang patuh undang-undang dua tahun sebelum kematian ibunya, mungkin bukan merupakan contoh terbaik bagaimana golongan berkenaan mempersenda-sendakan undang-undang negara.

Keputusan mahkamah juga mungkin mengambil kira banyak perkara baik yang berlaku dan dilakukan oleh Sunny Coco selepas dia menjalani hukuman dan meninggalkan dunia hitamnya.

Anehnya, Teo Nie Ching yang merupakan Ahli Parlimen Kulai langsung tidak cuba mempertahankan Sunny Coco. Sebaliknya cuba menafikan jasa Sunny Coco kepada Pakatan Harapan menerusi sumbangannya kepada Tabung Harapan Malaysia yang Sunny sifatkan sebagai 'bantuan untuk negara' selepas dihasut oleh DAP. 

Teo Nie Ching sebaliknya sekadar mempertahankan dirinya dengan menyatakan, Sunny Coco bukanlah sepupunya sebagaimana yang didakwa, malah turut menegaskan bahawa Sunny Coco pernah membantu MCA-BN dalam kempen PRU tahun 2013.



Agak menarik apabila DAP begitu bangga memperagakan sokongan mereka kepada komunis dengan harapan sokongan orang Cina kepada DAP akan pulih selepas kekalahan teruk Pakatan di PRK Tanjung Piai menerusi pelbagai kenyataan pemimpin-pemimpin kanan parti tersebut. Namun apabila membabitkan seorang lelaki Cina yang telah insaf dan kembali menjalani kehidupan berdasarkan undang-undang, MCA cuba dijadikan mangsa oleh DAP dengan mengaitkan lelaki tersebut berkempen untuk MCA dalam PRU.


Thursday, July 4, 2019

BILA JENERAL PESARA TENTERA JADI TOLOL SEBAB TERLALU KUAT MENJILAT DAP!!!



Penulis: Khairul Ashraf Muhamad

Kelakar juga bila ada askar pencen sampai buat kenyataan akhbar bidas ucapan DS Najib Razak tentang "UMNO angkat senjata melawan komunis", menafikan penglibatan UMNO secara langsung menggalas senjata dalam hutan melawan PKM di Tanah Melayu.

Kononnya dia tak pernah nampak ahli UMNO masuk hutan bunuh komunis, atau terkorban kena jerangkap samar.

Perlu diperjelaskan di sini, UMNO memang secara rasminya, tidak pernah isytiharkan bahawa mereka angkat senjata melawan komunis. Nak lawan angkat senjata macam mana, UMNO memang tak pernah ada sayap bersenjata. Lagipun, tujuan asal UMNO ditubuhkan untuk melawan Malayan Union, dan mendapatkan kemerdekaan dari British.

Jadi jika mereka ada sayap bersenjata, terang-terang angkat senjata lawan komunis dalam hutan, bagaimana nak yakinkan British bahawa bila mentadbir Tanah Melayu merdeka, UMNO boleh diharap jaga keamanan dan keharmonian kaum, dan tidak mentadbir dengan ancaman senjata, dendam dan iri hati yang akan memusnahkan kemerdekaan tu nanti?

Tapi aku ada saudara mara, pangkat datuk saudara, empat lima orang juga yang pernah jadi Home Guard (HG) semasa Darurat tu.

Mereka ini sebahagian dari pasukan HG yang mengawal sekitar Bahau dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan macam di Kg. Batu Kikir, Kg. Padang Lebar dan Kg. Jambu Lapan masa zaman Darurat sekitar lewat 1940-an hingga 1950-an.

Ada mereka dan rakan-rakan yang pernah menetak mati komunis yang datang ceroboh kampung, menyerang dan menjarah untuk curi beras dari kepuk mereka, melawan komunis yang menyamun rumah-rumah untuk wang dan barang kemas serta ubat-ubatan, ada yang pernah menahan komunis yang menyamar dalam kampung serah pada pasukan keselamatan masa tu.

Bukan itu sahaja, rakan-rakan HG mereka sendiri ada yang diculik dan diseksa dalam hutan, dikelar dan dibiar mati komunis, ditembak kerana enggan beri kerjasama. Belum kira rumah kena bakar, kereta kena bakar. Balai dengan surau kena bakar.

Kalau di NS ni, tanyalah veteran HG yang masih hidup sihat tentang tragedi Ladang Geddes, tragedi Felda Bukit Jalor, serangan komunis dekat Bukit Tangga. Tanya mereka bagaimana HG membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan komunis di Bahau dan Jelebu misalnya.


HG ni kalau ada yang tak faham peranan dia masa tu, kalau dalam filem Bukit Kepong, di awal filem ada tahan pensimpati komunis naik basikal seludup beras dalam tin. Kemudian dalam filem tu, kumpulan orang Melayu bersongkok dan bersenjata dari arah kampung yang menyerang untuk membebaskan kepungan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong, tapi ditahan laluan mereka oleh komunis. Itulah dia anggota Home Guard.

Merekalah yang pertama respon, pukul kentong dan beduk supaya kampung-kampung sekitar Bukit Kepong waspada. Siang mereka bekerja biasa, bertani, berladang, jadi nelayan, jadi peruncit dan buat kerja-kerja rencam. Malam mereka pakai toha HG buat kerja kawal kampung, kawal estet, kawal lombong.

Mereka juga bertindak jadi mata dan telinga untuk pasukan keselamatan kerana mereka mahir selok belok geografi kawasan kampung masing-masing, dan cam penduduk di kawasan jagaan masing-masing. Senang kantoi siapa orang kampung, siapa 'acah-acah' orang kampung tapi sebenarnya buat risikan untuk komunis.

Mereka lengkap diberikan senjata, malah dilatih oleh pasukan keselamatan untuk menjaga kampung, mengagalkan sebarang usaha anasir komunis masuk atau pensimpati komunis seludup keluar apa-apa yang boleh membantu komrad mereka.

Sebenarnya, bukanlah penting mana, tapi pasal ada askar pencen persoalkan, saja nak beritahu, jika HG Melayu, mereka ini semua ahli UMNO.

Macam kalau HG di kampung baru Cina, memang MCA yang rekrut. Kinta Valley Home Guard yang terkenal tu misalnya, memang dianggotai oleh ahli MCA semata-mata. Mereka adalah orang Cina yang amat benci dengan komunis.

Cumanya, kisah-kisah HG ni memang tak berapa diceritakan sangat, kerana mereka tidaklah keluar masuk operasi ke hutan, macam pasukan keselamatan tetap masa tu. Tak angkat raifal, tak kena jerangkap samar, tak makan ransum dan angkat beg berat-berat, duduk berbulan-bulan operasi dalam hutan.

Mereka ini asalnya dianggotai oleh kaum-kaum bapa dan ibu dalam kampung. Kalau kampung Melayu zaman tu, kebanyakannya ahli UMNO. Melayu kiri bukannya tak ada jadi HG, tetapi kurang. Melayu kiri ni, mereka sendiri ada yang terpengaruh dengan ideologi komunis, menjadi tali barut komunis, tinggal dalam kampung-kampung ketika itu.

Pada mereka, HG membantu anggota keselamatan yang sebenarnya konon masih berkhidmat demi British semata-mata, sedangkan apa yang HG ini lakukan adalah untuk memastikan keselamatan kampung dan tempat tinggal masing-masing, mempercepatkan proses kemerdekaan ketika itu.

Cuma itulah, askar pencen tu tak nampak benda ni. Pasal bila cerita angkat senjata, dia ingat pasukan keselamatan sahaja yang angkat senjata bunuh komunis tu.

Dia mungkin tak nampak, pasal dia tak cuba lihat. Ataupun ada je depan mata, tapi dia buat-buat buta.

Heeee.

*Gambar adalah keratan dari The Singapore Free Press, bertarikh 12 Julai, 1950.

Tuesday, July 2, 2019

EKSKLUSIF: 400 HARI PAKATAN JUAL LEBIH RM20 BILION ASET NEGARA



Penulis: Abdul Muein Abadi

1. Genap 400 hari Pakatan berkuasa, sekurang-kurangnya lebih RM20 bilion aset negara telah dijual.  Secara purata, setiap hari sebanyak RM51 juta aset negara dijual, bersamaan dengan RM2.1 juta aset negara terjual setiap jam di bawah Pakatan.

2. Kesemua aset ini termasuklah sebahagian pegangan dalam IHH Berhad (RM8.42 bilion), Sapura Upstream (RM3.7 bilion), Acibadem Sigort (RM1.25 bilion), Telco M1 (RM1.65 bilion), saham TNB (RM1.05 bilion), Boustead Plantation (RM1.2 bilion), Axiata Digital (RM0.579 bilion), BDO Unibank (RM0.415 bilion), CIMB (RM0.364 bilion), Hotel Royale Chulan (RM0.197 bilion), dan juga bangunan Konsulat di Hong Kong yang telah pun mempunyai pembeli dari China (RM1.6 bilion).

3. Tidak cukup dengan kadar ini, terbaru portal perniagaan terkemuka The Edge Markets melaporkan bahawa Pakatan kini merancang untuk terus menjual aset-aset Khazanah iaitu UEM Sunrise, UEM Edgenta, UEM Builders, Cement Industries of Malaysia (CIMA), Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), dan juga pegangan dalam Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) serta Malaysia Airlines Berhad (MAB atau lebih dikenali sebagai MAS) (RUJUK SINI)

4. Malah, perkembangan ini selari dengan kenyataan Tun Mahathir susulan pertemuan beliau dengan pelabur dari British dalam satu dialog perniagaan anjuran Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), dengan kerjasama Majlis Perniagaan United Kingdom-Asean (UKABC) dan Maybank baru-baru ini. (RUJUK SINI)

5. Secara terbuka Tun Mahathir mengakui bahawa “Saya berminat untuk menjual beberapa aset sebagai usaha untuk meraih pendapatan...Kita ada banyak aset…kita ada tanah, syarikat milik kerajaan, fasiliti, institusi yang dimiliki kerajaan…dan ada di antara aset-aset ini yang sedang kita pertimbangkan”.

6. Paling menimbulkan persoalan tentulah penjualan IHH Berhad kepada Jepun pada bulan November 2018 dengan harga RM8.42 bilion, sedangkan keuntungan IHH Berhad naik 5 kali ganda untuk suku ke-4 2018 berbanding tahun sebelumnya. (RUJUK SINI)


7. Begitu juga apabila Menteri Kewangan Lim Guan Eng cuba mendakwa bahawa kadar “pelaburan” asing telah meningkat sedangkan ia sebenarnya berpunca daripada penjualan aset negara seperti antaranya penjualan bernilai RM3.7 bilion (50% kepentingan dalam) syarikat Sapura Upstream Sdn Bhd yang dimilik 40% oleh PNB kepada syarikat OMV dari Austria. (RUJUK SINI)

8. Untuk rekod, pada Ogos 2018, Khazanah di bawah Pakatan telah menjual syarikat insurans Turki, Acibadem Sigort dengan harga RM1.25 bilion kepada syarikat UK, iaitu Bupa. (RUJUK SINI).

9. Seluruh pegangan Khazanah melalui Axiata di dalam Syarikat telco M1 juga telah dijual kepada Singapura dengan harga RM1.65 bilion. (RUJUK SINI)

10. Pada April 2019 Khazanah di bawah Pakatan menjual saham TNB sebanyak RM1.05 bilion.

11. April 2019 juga, Axiata di bawah Pakatan telah menjual perniagaan digital mereka (Axiata Digital) kepada Singapura dengan harga RM579 juta.

12. Lebih setengah dari pegangan Khazanah dalam bank Filipina terbesar BDO Unibank Inc telah dijual kepada Filipina dengan harga RM415 juta yang juga di bawah harga pasaran. (RUJUK SINI)

13. DRB-Hicom turut menjual kepentingan 11% dalam Modenas kepada syarikat Jepun, Kawasaki yang kemudiannya membeli saham keutamaan boleh tukar (CPS) Modenas, menjadikan penguasaannya meningkat kepada 48%.

14. Menara FELCRA yang dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Najib Razak turut akan dijual oleh PH, dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) melebihi RM1 bilion. (RUJUK SINI)

15. Pada bulan Disember 2018, Khazanah mula menjual CIMB Bank dengan penjualan 63 juta saham CIMB kepada pembeli-pembeli yang tidak dinamakan pada harga RM364 juta atau harga RM5.78 satu saham. Sebelum PRU14, harga saham CIMB adalah pada harga RM7.30. Sudahlah harga saham merudum, hasil jualan pula kurang RM86 juta.

16. Hotel Royale Chulan Bukit Bintang milik syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings juga dilaporkan telah dijual kepada syarikat Singapura dengan harga RM197 juta. (RUJUK SINI)

17. Boustead Plantations mengumumkan bahawa mereka akan jual tanah miliknya yang berharga RM1.2 bilion pada April 2019. (RUJUK SINI)

18. Selain kesemua penjualan ini, Khazanah juga telah meluluskan penggabungan Axiata (Celcom) dengan Telenor (DIGI) sedangkan dahulu Pakatan akan menuduh langkah sebegini sebagai jual aset negara seperti Proton-Geely.

19. Disebalik kesemua penjualan aset dan kepentingan Khazanah Nasional, ia masih bertindak menjual bon sebanyak RM2 bilion pada Mei 2019.

20. FGV dan Tabung Haji bawah Pakatan juga cuba menjual aset ladang sawit bernilai RM4.13 bilion di Kalimantan, Indonesia (RUJUK SINI).

21. Sebuah bangunan Konsulat Malaysia di Hong Kong 28 tingkat telah diputuskan oleh kerajaan BN dahulu untuk dijual kepada syarikat Malaysia pada harga RM1.1 bilion, sebaliknya kerajaan Pakatan cuba menjualnya kepada syarikat China Kumpulan Evergrande China dengan harga RM1.6 bilion. (RUJUK SINI)

22. Dua projek kerjasama Khazanah dengan Temasek (Singapura) iaitu Marina One dan Duo turut menjadi perhatian seperti mana laporan The Edge Markets berikut: “Another jewel is Khaznah’s 60% interest in the M+S joint venture with Singapore’s Temasek Holdings. The JV developed two projects — Marina One in Marina Bay and Duo in Bugis — that were the result of a 2010 land swap deal between the two governments. According to an M+S statement in January, the two projects had a gross development value of S$11 billion or RM33 billion. The land cost and shareholders injection was around S$4.0 billion and after deducting development costs, it is estimated that the profit could be as much as S$3.0 billion. It is understood that M+S could generate around RM12 billion cash, including a profit of RM5.4 billion, for Khazanah if it sells the 60% stake. Will Khazanah assets be sold to raise cash for the government?” (RUJUK SINI)

23. Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan sendiri pada Mac 2019 tidak menolak “sebarang cadangan penjualan aset sedia ada miliknya termasuk Legoland Malaysia Resort (Legoland Malaysia), jika ia mampu memberi pulangan nilai lebih baik pada masa depan”.  Kenyataan beliau ini sebagai reaksi kepada laporan Bloomberg bahawa Khazanah mempertimbangkan untuk menjual Legoland Malaysia yang dianggarkan bernilai sekitar RM1 bilion (AS$245 juta), termasuk hutang. (RUJUK SINI)

24. Tidak cukup dengan kesemua langkah penjualan aset ini, semalam kita dikejutkan pula dengan pengumuman bahawa Khazanah Nasional telah melantik ahli lembaga pengarah baharu dari China iaitu Prof Xiao’ou Tang (RUJUK SINI).


25. Untuk rekod, pelantikan ini menandakan buat pertama kalinya Khazanah melantik warga asing di posisi yang teramat penting ini.  Malah pelantikan ini dilaporkan secara besar-besaran oleh media seperti South China Morning Post (RUJUK SINI).

26. Prof Xiao’ou Tang ialah Pengasas SenseTime dan pensyarah di Chinese University of Hong Kong.

27. Encik Lau Seng Yee pula ialah Naib Presiden Eksekutif Kanan dan Pengerusi Pemasaran dan Penjenamaan Kumpulan Tencent Holding Company Limited di China. Beliau adalah merupakan warga Malaysia berpangkalan di China.

28. Pelantikan Prof Xiao’ou Tang dilihat susulan daripada lawatan Tun Mahathir ke ibu pejabat SenseTime di Beijing sebelum ini.

29. Untuk rekod, SenseTime sebelum ini bekerjasama dengan syarikat G3 Global Bhd. dan juga China Harbour Engineering Company Ltd. (CHEC) untuk menubuhkan taman kecerdasan buatan (AI) yang pertama di Malaysia dengan pelaburan sebanyak AS$1 bilion (RM4.14 bilion). (RUJUK SINI)

30. Secara ringkasnya, kerajaan Pakatan hari ini bukan sahaja bertindak menjual aset negara secara besar-besaran – terutama sekali kepada pihak asing – tetapi juga melantik pihak asing yang berpengaruh dari kuasa besar ke posisi yang cukup strategik dalam badan pelaburan dan pembangunan ekonomi negara.

31. Dari perspektif geopolitik, kedua-dua langkah ini tidak strategik untuk kepentingan negara dalam jangka masa panjang.  Seperti mana amaran para sarjana seperti Profesor John Ikenberry (Princeton University), Profesor David Lake (University of California), Profesor Michael Mastanduno (Dartmouth College), Profesor Peter Katzenstein (Cornell University), dan juga Profesor Stephen Krasner (Stanford University), negara bukan kuasa besar (seperti kita) perlu berusaha untuk meningkatkan ‘internal mobilization’ dan juga ‘external extraction’.

32. ‘Internal mobilization’ bermaksud ‘the creation of wealth and an investment in power’ (penciptaan kekayaan dan pelaburan untuk membina kuasa) manakala ‘external extraction’ pula ialah ‘state efforts to accumulate resources from outside its borders that can be used in achieving domestic objectives’ (usaha kerajaan untuk mengumpul sumber/pendapatan dari luar sempadannya yang boleh digunakan bagi mencapai objektif-objektif domestik).

33. Sebaliknya, langkah kerajaan Pakatan hari ini dipandu ideologi ekonomi neoliberal yang menitikberatkan pengurangan tanggungjawab dan saiz kerajaan – termasuklah alasan mengurangkan hutang yang sebenarnya tidak menjanjikan kemakmuran – sama sekali tidak mengambil kira kepentingan strategik negara untuk jangka masa panjang.

Kerajaan Pakatan perlu segera menghentikan amalan penjualan aset-aset negara dan menyemak kembali pelantikan warga asing ke posisi strategik seperti di Khazanah.

Ingatlah pesanan peribahasa Melayu berikut:

‘Gunung yang tinggi akan runtuh jika setiap hari digali’.

Abdul Muein Abadi, 
Pensyarah Program Sains Politik 
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Saturday, June 15, 2019

TIBA-TIBA DAP YANG DAHULUNYA GALAK DEDAHKAN KLIP VIDEO DAN RAKAMAN SKANDAL SEKS, JADI SENYAP SUNYI DALAM ISU AZMIN-HAZIQ!!!




Sedar atau tidak, dalam kemelut terbaharu yang menyaksikan Azmin Ali terpaksa mendapatkan bantuan daripada Mufti Wilayah Persekutuan untuk mewujudkan persepsi tidak bersalah dan suci di mata masyarakat terutama sekali di kalangan penyokong dan pengundi Islam, pihak yang paling senyap adalah DAP.

Tidak ada seorang pemimpin DAP pun yang berbunyi apatah lagi mengulas isu ini. Sebaliknya secara diam-diam DAP mengukuhkan kedudukan dan kepercayaan masyarakat Cina terhadap parti tersebut menerusi beberapa tindakan yang perlu disokong isu-isu yang boleh mengalihkan perhatian masyarakat dan penyokong Melayu Pakatan.

Dalam kesibukan kemelut yang sedang melanda, sudah ada desakan yang dimurnikan dengan 'cadangan' agar jawatan Timbalan Perdana Menteri diberikan kepada orang Cina agar UEC dapat diiktiraf sebagai aliran pendidikan kebangsaan.

Dalam kesibukan kemelut yang sedang melanda, desakan agar diwujudkan satu aliran pendidikan di Malaysia sahaja tanpa aliran vernakular dengan tiga subjek bahasa iaitu Mandarin, Tamil dan Arab diajar di sekolah satu aliran selain Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran bahasa teras dan Bahasa Inggeris, berjaya disenyapkan dan tidak dibincangkan secara meluas.

DAP dan pendedahan skandal pita dan klip rakaman seks, bukanlah asing dan baru. Cuma kali ini, DAP seperti cuci tangan dan seperti sudah 'bertaubat'.


Pada tahun 1994, ketika Lim Guan Eng diberi bayangan sebagai pengganti bapanya di Kota Melaka, skandal membabitkan Rahim Thamby Chik yang pada waktu itu merupakan Ketua Menteri Melaka dan salah seorang daripada Team Wawasan Anwar Ibrahim, telah membangkitkan satu isu besar sehingga menjadikan Lim Guan Eng sebagai hero dan pembela.

1997 beberapa bulan selepas majalah Tamadun menyiarkan kenyataan Mat Sabu bahawa Malaysia bakal menerima Perdana Menteri dari kalangan peliwat, DAP menerusi mendiang Karpal Singh mendesak agar siasatan rasmi dilakukan dan 'menteri' berkenaan bukan sahaja dikenakan tindakan tetapi juga perlu melepaskan jawatan. Dalam kempen-kempen dan ceramah selepas itu, DAP memomokkan UMNO sebagai pembela peliwat untuk dijadikan Perdana Menteri.


2009, Mendiang Karpal Singh sejurus sebelum dilantik sebagai peguambela Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan media, mendesak agar Anwar Ibrahim segera bertaubat dan meninggalkan perbuatannya daripada menipu rakyat serta menghuru-harakan Pakatan. (RUJUK SINI)

Awal sebelum itu lagi iaitu pada tahun 1988, DP Vijandran yang pada waktu itu merupakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan dianggap sebagai antara 'bintang masa hadapan' MIC, telah terpalit dengan skandal seks menerusi pita-pita rakaman. Perkara tersebut didedahkan oleh DAP dan DAP bersungguh-sungguh mahukan agar DP Vijandran selain dikenakan tindakan undang-undang turut meletakkan jawatan. (RUJUK SINI)

DP Vijandran merupakan antara pemimpin masyarakat India yang lantang bercakap tentang penghapuskan sekolah vernakular dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Tamil di sekolah aliran kebangsaan dalam usaha mengeluarkan masyarakat Tamil dari kemelut kemiskinan dan masalah sosial serta perasaan rendah diri mereka. (RUJUK SINI)


Begitu juga dalam isu klip video membabitkan bekas Presiden MCA merangkap bekas Menteri Kesihatan, Chua Soi Lek. DAP juga memainkan peranan penting dalam menghebahkan isu tersebut dan kemudian berusaha mewujudkan persepsi negatif terhadap MCA menerusi kempen-kempen berterusan sambil cuba mengaitkannya dengan kepimpinan UMNO (RUJUK SINI)

Pada 27 Julai 2012, dalam isu klip video yang membabitkan Speaker DUN Perak, R.Ganeson yang membabitkan V.Sivakumar (Tronoh) dan A.Sivasubramaniam (Buntong) yang mendakwa mereka telah menerima klip-klip rakaman tersebut menerusi sampul surat dan dihantar oleh orang yang tidak dikenali. (RUJUK SINI)

R.Ganeson kemudiannya mengambil tindakan saman fitnah terhadap Sivakumar, Sivasubramaniam, Datuk Ngeh Koo Ham (ADUN Sitiawan), Nga Kor Ming (ADUN Pantai Remis) dan Lim Pek Her (ADUN Menglembu). Peguam yang mewakilinya adalah Ahmad Bashir. Ganeson dalam writ samannya menuntut RM25 juta sebagai ganti rugi secara bersama dan berasingan dengan injunsi, faedah dan kos. (RUJUK SINI)

30 Mac 2014, R. Ganeson akhirnya menerima permohonan maaf daripada kelima-lima orang wakil rakyat DAP itu berhubung fitnah yang mereka lakukan terhadapnya. (RUJUK SINI)

Agak aneh, DAP yang begitu aktif membuat pendedahan dan menuntut integriti serta moraliti tinggi para pemimpin negara, kini langsung tidak berbunyi tentang kemelut terbaharu. Apakah kerana DAP berasakan, kalau mereka berbunyi sekalipun, ia hanya mengundang kerugian besar kepada DAP?

Atau sebenarnya, DAP memang mengharapkan pengalihan besar seperti isu klip video yang dikaitkan dengan Azmin Ali bagi memudahkan mereka 'bekerja' di Kementerian Kewangan serta beberapa Kementerian utama lain? Justeru, DAP memilih untuk senyap dan tidak lagi bercakap tentang moraliti dan integriti seseorang pemimpin?

Atau DAP sebenarnya takut kalau benda yang sama pula menimpa para pemimpin kanan mereka?


Friday, March 22, 2019

SIAPA UPAH KEENAM-ENAM ANAK CINA INI UNTUK BUAT PROVOKASI DI MAJLIS NAJIB BERSAMA PELAJAR UNIVERSITI MALAYA BAGI MENCETUSKAN PERGADUHAN KAUM?!!!



Apa motif sebenar keenam-enam orang pemuda Cina yang cuba membuat provokasi di majlis sembang santai Najib Abdul Razak bersama-sama mahasiswa di Lembah Pantai tengah hari tadi? Apa hasil yang mereka dapat daripadanya? 

Mereka mengusung plakad RM2.6 bilion dan 'WANG RAYKAT'. Sedangkan penjelasan tentang isu tersebut sudah dibuat berkali-kali dan hari ini, Najib Abdul Razak sekali lagi memberikan penjelasan dengan mengaitkan 'Nabi Besar Orang Cina Malaysia' - Lim Kit Siang. (RUJUK SINI

Sebenarnya tindakan keenam-enam orang anak Cina tersebut merupakan tindakan yang sangat biadap, mengundang bahaya kepada diri mereka dan provokasi agar satu pergaduhan kaum berlaku.

Sedangkan pada masa yang sama, Najib dalam mana-mana keadaan, tidak pernah membuat provokasi sama ada di majlis-majlis orang lain, majlis-majlis PH mahupun majlisnya sendiri. 


Mengapa keenam-enam orang pemuda Cina itu cuba membuat provokasi di majlis Najib? Siapa yang mengupah mereka? Siapa yang membayar mereka? Siapa yang menyuruh mereka mencari jalan bagaimana mereka boleh dicederakan dan kemudiannya dijadikan sebab untuk memulakan sesuatu yang bersifat pergaduhan kaum? 

Siapakah dalang di sebalik keenam-enam orang pemuda Cina itu yang sedang berusaha untuk mencetuskan PERANG ANTARA KAUM bagi menyelamatkan Lim Guan Eng daripada terus diasak dengan pertanyaan, ke mana wang negara telah disembunyikan?

Sebenarnya provokasi ini boleh merebak menjadi insiden pergaduhan malah rusuhan kaum, lebih-lebih lagi yang membuat provokasi adalah satu kumpulan yang terdiri daripada satu kaum kepada majlis yang dihadiri oleh hampir semua orang Melayu yang telah mengundang kemarahan orang-orang Melayu di situ.


Mengikut sejarah, Tragedi 13 Mei 1969 bermula apabila hanya beberapa orang pemuda Cina menyuruh orang-orang Melayu di Kuala Lumpur balik kampung.

Daripada insiden provokasi kecil ia telah merebak menjadi besar yang mengakibatkan ramai orang terbunuh.

Insiden di Lembah Pantai tadi boleh merebak menjadi tragedi yang besar hanya kerana tindakan provokasi beberapa orang yang tidak berakal.

Walaupun isu yang dibawa bukan isu perkauman, namun ia melibatkan provokasi daripada satu kumpulan yang terdiri daripada satu kaum ke atas satu kumpulan kaum yang lain.

Sejarah membuktikan yang hal ini membawa padah dan malapetaka.

Tindakan lima orang pemuda Cina ini adalah satu tindakan yang bodoh dan membahayakan diri sendiri dan orang ramai terutama dalam keadaan sensitiviti kaum yang telah meningkat di kebelakangan ini.

Kita hidup dalam rumah kaca yang berbilang bangsa.

Jangan lontar batu kepada orang lain dalam rumah kaca.

Saya sarankan kepada pihak polis supaya menyiasat siapa yang mengupah atau menyuruh pemuda-pemuda ini untuk melakukan provokasi tersebut - ISHAM JALIL

KEJAYAAN-KEJAYAAN BESAR KERAJAAN SEPENGGAL PAKATAN HARAPAN SELEPAS 10 BULAN MENJARAH DAN MEROMPAK MALAYSIA!!!



▪️PH 10 Bulan Memerintah

JUAL ASET ‼️
1 - IHH Health Dijual juga Murah Pada kroni Jepun
2 - Menara Annexe TM1 TM2 dijual juga pada kroni
3 - Menara Felcra dijual juga  pada kroni
4 - M1 Axiata dijual juga pada kroni Singapura
5 - Legoland Dijual juga pada kroni
6 - Menara 28 Tingkat Di hongkong dijual juga kroni
7 - Hotel Royal Chulan dijual juga pada kroni Singapura
8 - Mas bakal dijual juga pada kroni
9 - Saham Bank Filipina dijual juga pada kroni
10 - Menara Felda juga dijual pada kroni
11 - Aset TH dibawa keluar serah pada SPV milik Kementerian Kewangan senang LGE nak gunakan sbb kuasa Menteri Kewangan pd SPV
12 - *Dijangka 5 - 10 lagi aset negara akan dijual* juga

HUTANG NEGARA‼️
1 - Hutang Negara disahkan oleh BNM , KEM. KEWANGAN DAN BANK DUNIA hanya sekitar RM686.8Billion hujung Tahun Disember 2017 .
*( Fitnah dari PH kata RM1Trillion Tidak Benar )*
2 - Kenaikan dari Mei 2018 - Februari 2019 meningkat Sebanyak *RM768.7Billion kenaikan 81.9Billion*
Jika dicampur dengan Duit Petronas sebanyak *RM82Billion yang dijarah kerajaan PH* maka hutang negara naik ke *RM850.8Billion*

NILAI MATAWANG‼️
1. Ringgit merundum jatuh ke paras $USD1 bersamaan RM4.20 nilai pertukaran . *( Fitnah PH Najib turun Ringgit Naik )* tapi makin lama makin merundum jatuh dari RM3.80 semasa Kerajaan BN.

SAIZ PENJAWAT AWAM‼️
1. PH Menang PRU14 sudah dianggarkan 20ribu telah dibuang kerja akibat penutupan Jabatan Jabatan bagi PH tidak Relevan
2. Dijangka 80ribu kakitangan Awam akan dibuang mulai 2019 - 2021.
*( Manifesto 1Juta Peluang Pekerjaan )* tapi rupa nya buang pekerja .

LAWATAN LUAR NEGARA‼️
1 . Sejak menang siri lawatan ke luar negara telah banyak dibuat *tapi satu pelaburan pun tidak bawa balik ke malaysia*  dianggarkan sebanyak  *puluhan Juta wang rakyat* digunakan utk belanja lawatan luar negara.

ISU PANAS MELANDA‼️
1 . Isu hina islam dan nabi lambat ditangani
2 . Isu LGBT semakin berani Puak ni meraikan dan sampai tahap buat Demo *( belum pernah dlm sejarah negara puak songsang LGBT pernah buat Demo )* tetapi dibawah PH puak ni buat dan makin berani
3 . Isu menteri agama sesuka hati menukar maksud ayat surah Al Baqarah ayat 114 .
4 . Bangsa DAP dengan lantang menuduh kerjasama UMNO+PAS sebagai Istihar Perang pada Bangsa lain dan Malaysia seumpama Taliban Jika UMNO+PAS memerintah *ini statement rasis dan mengugat ketenteraman awam oleh bangsa DAP*  tetapi report telah dibuat tapi tiada satu pun ditangkap *( ASAL MELAYU BUAT CONFIRM LAJU KENA TANGKAP )*
5 . Isu pembunuhan Adib sampai sekarang senyap
6 . Isu Kes rasuah terowong LGE senyap
7. Isu kekecohan Kuil
8. Isu kematian umat islam di new zealand yg pelik PDRM jaga kuil dan gereja , tindakan ini melambangkan dan memberi imei buruk pd islam dimalaysia dunia luar akan beranggapan muslim di malaysia extreme sbb PDRM kena kawal keselamatan gereja dan kuil .
Seluruh dunia polis mereka menjaga masjid
9 . Banyak lagi isu panas sejak PH memerintah yg mana melibatkan ketegangan kaum dengan statement rasis Bangsa DAP baik didalam dewan rakyat atai diluar sini.
10 . Isu Pencemaran udara bahan kimia , tidak bahaya itu lah statement menteri dan Menteri besar Johor
11 . Statute ROM dibuat tanpa dibentang di Parlimen dan Majlis Raja Raja terus Menteri Luar Sign akibat kuasa raja raja akan hilang

PELIK , GILA IDEA MENTERI PH‼️
1 . Menteri kasut hitam , pandai murid² sekolah bermula pada kasut hitam.
2 . Tanaman sawit ditukar pd tanaman buluh
3 . Bekam sunnah rasulullah adalah sia sia
4 . Kereta terbang
5 . Ikan kembong dilaut 7billion ekor
6 . Nelayan tanam nenas
7 . Ladang lembu 70 ladang ada 7 ekor lembu
8 . Pesawat tempur ada 4 shj boleh diterbangkan
9 . Menteri agama kata kita kena jaga semua agama rahmatan lil alamiin
10 . Seseorang gay itu tidak semestinya lakukan perkara songsang
11 . LGBT ada hak di malaysia
12 . Tisu bahu koyak
13 . SST turun harga barang tapi rupanya lagi naik mendadak harga barang
14 . Banyak lagi idea gila benak dari menteri menteri PH.

MANIFESTO‼️
1 . Janji Manifesto PH satu penipuan kepada rakyat . Rakyat kena tipu dengan janji manis PH .
Janji Manifesto Janji kencing Harapan .

Viral kan dan share agar Rakyat tahu kerajaan ph adalah sebuah kerajaan Huru hara , zalim dan kejam dan tidak menjaga kebajikan dan banyak lagi keburukan yg dilakukan* mereka hanya tahu berpolitik dan tahu ckp shj , kerja langsung tidak efesin , kualiti , berintigriti dan sangat memalukan pd dunia antarabangsa .

#KERAJAAN PH KERJAAN SEPENGGAL
#TUMBANGKAN KERAJAAN PH PADA PRU15 NANTI
#KERAJAAN PH ZALIM KEJAM PADA RAKYAT*
#MARI RAKYAT SEMUA KITA SELAMATKAN KEMBALI MALAYSIA DARI REJIM PH

#SOKONG BN+UMNO+PAS+MCA+MIC👍
#KEMBALIKAN KERAJAAN LAMA BN SEBAGAI KERAJAAN BALIK PADA PRU15👍

SUMBER: GROUP WHATSAPP

Tuesday, March 19, 2019

GELAR UMNO-PAS SEBAGAI TALIBAN, BOLEH... TAPI BILA DAP DIGELAR SEBAGAI KOMUNIS, MENGGELINJANG PARA PEMIMPIN DAP TERUS GUNA SEGALA KUASA YANG ADA UNTUK TUTUP!!!



Noh Omar dihalau keluar dari Dewan dan digantung selama tiga hari selepas Nga Kor Ming enggan meminta maaf berhubung kenyataannya mengaitkan UMNO-PAS dengan Taliban.

Nga Kor Ming dan wakil rakyat DAP di Dewan berang apabila Noh Omar mengaitkan Nga Kor Ming dan DAP dengan komunis. Namun yang sangat jelas ialah, sepertimana laporan ASTRO AWANI, Nga Kor Ming ketakutan apabila Noh Omar berterusan menengkingnya, membuatkan Nga Kor Ming terpaksa mematikan mikrofon dan menggunakan kuasanya sebagai Timbalan Speaker untuk menghalau Noh Omar keluar.

Nga Kor Ming dalam usaha melindungi ketakutannya, berkata, tindakan Noh di Dewan Rakyat adalah melanggar Peraturan Mesyuarat Dewan.

"Berdasarkan kelakuan Tanjong Karang yang tidak senonoh dan jelas sengaja melakukan perbuatan yang menghina majlis mesyuarat atau tidak mengendahkan kuasa pengerusi, tohmahan yang dilemparkan menuduh pengerusi tidak layak memegang jawatan adalah satu perbuatan menghina majlis mesyuarat.

"Oleh yang demikian, berdasarkan kuasa yang diberi di bawah Perkara 43 dan 44, saya dengan ini memerintahkan Tanjong Karang keluar dari majlis mesyuarat bagi tempoh bagi tiga hari iaitu hari ini 19 Mac, 20 Mac dan 21 Mac. Saya sarankan Tanjong Karang ambil iktibar tidak ulangi kelakuan menghina majlis mesyuarat pada masa akan datang dan berharap ahli majlis yang lain menjaga tertib," kata Nga Kor Ming tanpa sedikit pun merujuk kepada dirinya sendiri yang menjadi punca Noh Omar naik angin.


Semalam, Noh Omar membangkitkan isu Nga Kor Ming menggelarkan kerjasama antara UMNO-PAS sebagai TALIBAN. Nga Kor Ming didesak meminta maaf tapi dia enggan berbuat begitu. Malahan dengan angkuh berkata, tidak ada sebarang sebab untuk dia meminta maaf.

Dengan kata lain, dia mahu rakyat melihat kerjasama UMNO-PAS sebagai Taliban of Afghanistan dan bukan Islam di negara ini perlu mengisytiharkan perang ke atas umat Islam di negara ini kerana kerjasama tersebut akan menzalimi bukan Islam.

Nga Kor Ming jelas cuba menghasut dan melakukan provokasi perkauman dan agama.

Itu yang cuba ditanya oleh Noh Omar. Namun Nga Kor Ming berbelit-belit dan enggan menjawab pertanyaan Noh Omar sama ada dia ada mengeluarkan kenyataan tersebut atau sebaliknya.

Agak aneh, DAP boleh menggelarkan kerjasama antara UMNO-PAS sebagai TALIBAN tapi apabila DAP dikaitkan dengan KOMUNIS, tahu pula marah. Maknanya, hanya DAP sahaja yang boleh dan bebas menggelarkan atau melabelkan sesiapa sahaja yang tidak mereka sukai dengan pelbagai gelaran, tetapi apabila DAP dilabelkan dengan standard yang serupa, mereka akan menggelinjang kepanasan?

Dan yang paling penting, tahu pula Nga Kor Ming menggunakan kuasa untuk menutup cerita sebenar.

Noh hanya mahu mendapatkan penjelasan Nga, yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan berkenaan laporan kenyataannya yang membandingkan Umno-PAS dengan Taliban. Kalau serang peribadinya (selaku Timbalan Yang Dipertua), bolehlah dianggap menghina Dewan dan guna kuasa dia, tetapi ini mempersoalkan tindakannya di luar Dewan dan tiada kena mengena dengan tugasnya sebagai Timbalan Yang Dipertua.

Nga Kor Ming tidak gunakan kuasa sebagai Timbalan Yang Dipertua untuk mempertahankan tindakan salahnya di luar Dewan.

Tapi bak kata Najib, kita sedar dan iktiraf kuasa besar yang dimiliki oleh DAP sekarang.


Sunday, March 17, 2019

MELAYU-ISLAM PERLU BERPECAH, SUPAYA MUDAH DAP MEROMPAK, MENJARAH DAN KEMUDIAN LARI KE LUAR NEGARA BAWA HARTA RAMPASAN!!!



Dia kata PRK kali ini tidak boleh bagi UMNO menang sebab mesti bagi UMNO lenyap.
Dia kata, kalau PAS dan UMNO bekerjasama, habislah kita. Jika PAS dan UMNO bekerjasama, mereka ada 70% undi orang Melayu. UMNO 40% tambah PAS 30%. Jikalau Kita dapat undi orang cina 95% pun, PH hanya dapat selebih yang 30% undi orang melayu. PRU nanti Kita mesti kalah.
* Bagi ahli PAS yang masih ragu dgn kerjasama PAS dan UMNO, hangpa tak nampak lagi ke? DAP pecah belahkan orang Melayu untuk mencapai matlamatnya.
Kredit dan translate Cine KotaRaja


Hampir setiap masa, DAP terus menggila menyerang PAS dan UMNO demi memastikan perpaduan dan kerjasama antara dua buah parti terbesar Melayu-Bumiputera itu tidak menjadi kenyataan. Pelbagai tohmahan dilemparkan, sehinggakan akhirnya para pemimpin DAP terpaksa menggunakan taktik dan tohmahan Zionis tentang kejahatan umat Islam, digunakan di Malaysia.

DAP secara tidak malu memberikan gambaran, UMNO dan PAS akan menukar negara ini kepada negara Taliban tanpa mereka sedar, 99.9% pemimpin DAP adalah baru satu atau dua generasi imigran di negara ini. Mereka lupa, mak bapa atau datuk nenek mereka berada di negara ini kerana kesudian umat Melayu, Bumiputera dan Islam negara ini. Malah ketika negara-negara lain, enggan memberikan hak-hak yang lebih meluas termasuklah politik dan pemilikan aset, umat Melayu, Bumiputera dan Islam di negara ini bertindak dan bersikap sebaliknya.


Begitu juga ketika Malayan Union 1946, iaitu tidak sampai 15 tahun selepas gelombang besar kedatangan buruh-buruh dari India dan China dibawa oleh British ke negara ini, orang Melayu, Bumiputera dan umat Islam di negara ini tetap tidak melakukan serangan atau pun pengusiran ke atas imigran-imigran tersebut.

Ketika Perang Dunia Kedua, ramai orang bukan Melayu yang dilindungi oleh orang-orang Melayu-Bumiputera di kampung-kampung sehingga wujud anak Cina jadi anak Melayu, anak India jadi anak Melayu.

Begitu juga ketika zaman Darurat. Malahan ketika pengganas komunis yang hampir kesemuanya bukan Melayu mengganas membunuh orang-orang Melayu seperti yang berlaku di Langkap, Teluk Intan, Batu Pahat dan Seri Medan, tidak juga orang Melayu-Islam menghalau dan membalas dendam terhadap kaum bukan Melayu, khususnya orang Cina.


Ketika orang Cina menentang kemerdekaan negara dan mahu kekal berada di bawah penjajahan Inggeris kerana bimbang mereka kehilangan segala harta dan kesenangan di negara ini, tidak juga orang Melayu menghalau mereka secara paksa dan meninggalkan harta benda mereka untuk dirampas. Malahan orang Melayu-Bumiputera dan Islam bersetuju untuk memberikan status kewarganegaraan kepada mereka berdasarkan prinsip Jus Soli.

Dan sekarang, mereka yang berada di dalam DAP menggambarkan Melayu-Islam dan Bumiputera sebagai Taliban dan pengganas agama yang lapar darah bukan Islam sekiranya dibenarkan bersatu dan memerintah negara ini?

UMNO digambarkan sebagai parti kampung yang tidak boleh memajukan negara. PAS pula digambarkan sebagai parti pak lebai yang hanya tahu halal haram. UMNO dan PAS dikatakan tidak mampu memajukan negara ini.


Anehnya mereka lupa, sebelum 9 Mei 2018, parti mana yang telah membangunkan negara ini. Mereka lupa, antara tenaga kerja utama terutama di sektor awam, kaum manakah yang lebih mendominasi. Malahan dalam sektor pertahanan dan keselamatan, kaum manakah yang majoriti sanggup menggalas tanggungjawab mempertahankan keselamatan harta benda dan nyawa penduduk negara ini. Sedangkan golongan yang pandai bercakap sekarang, bukan sahaja tidak pernah bercita-cita untuk mempertahankan negara, bahkan memburuk-burukkan negara di seberang laut sepertimana yang dilakukan oleh Lim Guan Eng ketika dia gila hendak jadi Menteri Kewangan dengan berkempen dan melobi Taiwan dan Hong Kong agar tidak melabur di Malaysia.

Mungkin Lim Guan Eng dan konco-konconya sedar, orang Melayu-Islam dan Bumiputera sudah nampak sekarang. Ketika negara ini dalam keadaan susah dan sukar, orang Melayu-Islam dan Bumiputera yang bersusah payah membangunkan negara ini dengan segala pengorbanan yang perlu mereka lakukan. Dan apabila negara ini sudah berjaya, maka Lim Guan Eng dan konco-konco serta spesiesnya muncul untuk menyelit nama kononnya tanpa mereka, negara ini tidak akan maju.


Yang mereka tidak sebut ialah, bersungguh-sungguh mereka mahu 'menjajah' negara ini hanya untuk mereka menjarah, merompak dan menjual segala harta benda yang ada di negara ini seperti yang sedang berlaku sekarang.

Maka itulah sebabnya, rakyat perlu dimomokkan dan ditakut-takutkan dengan TALIBAN, ISIS, atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan militan Islam agar mereka boleh terus merompak, menyamun dan memufliskan negara ini sebelum mereka bertindak melarikan diri dan menghilangkan diri. Orang Melayu diingatkan supaya tidak bersikap RASIS dengan tidak menyebut langsung tentang Melayu, tentang Islam, malahan tentang Bumiputera.

Berapa ramai golongan atau spesies Lim Guan Eng yang menyedut kekayaan negara ini dan kemudian menumpukkannya di negara luar?

Malahan contoh terbaik adalah Robert Kuok dan Ananda Krishnan mahupun kroni terhebat Dr. Mahathir, AP Arumugam semuanya di luar negara walaupun menyedut setiap sen kekayaan dari Malaysia.
 
Blogger Templates