Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label media prima. Show all posts
Showing posts with label media prima. Show all posts

Sunday, June 18, 2017

HARIAN METRO MILIK MEDIA PRIMA... MEDIA PRIMA MILIK UMNO... TAPI HARIAN METRO PROMOSIKAN KELAB PELAJAR PRO-CAP BUNGA!!!



Parti-parti politik menguasai media-media bercetak, elektronik dan sosial, bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Malahan ia sebenarnya telah menjadi amalan di seluruh dunia terutama sekali di negara-negara kuasa besar dan maju.

Di Malaysia, UMNO merupakan antara pelopor parti politik yang menguasai media cetak dan elektronik selepas merdeka. Sebelum merdeka, bahkan sebelum kewujudan UMNO, parti-parti seperti Hizbul Muslimin, PKMM dan sebagainya, turut mempunyai media cetak sebagai saluran untuk setiap parti menerangkan dasar, polisi dan perjuangan mereka kepada rakyat.

PKR, DAP, PAS, PAN, MCA, MIC dan beberapa parti politik yang lain turut mempunyai media cetak mereka sendiri. Letusan dunia Internet, turut menyaksikan penggunaan media sosial sebagai medium elektronik terbaharu bagi tujuan propaganda dan kempen.

Bukan rahsia lagi apabila Media Prima yang merupakan syarikat media terbesar Malaysia sebenarnya adalah syarikat UMNO. Media Prima menguasai beberapa jenama akhbar dan stesen televisyen serta radio.

Antaranya termasuklah Harian Metro, akhbar tabloid yang pernah menjadi buah mulut kerana tajuk-tajuk muka hadapannya yang sensasi.

Bagaimanapun, berbanding organisasi-organisasi media milik parti lain (kecuali MCA dengan The Star mereka), kekangan terhadap Ketua Pengarang, Pengarang, Editor, Sub-Editor dan wartawan oleh UMNO agak longgar. Bahkan ada kalanya seperti langsung tidak diambil peduli, asalkan akhbar mereka berjaya dicetak dan dijual. Isi kandungannya pula ada kalanya seperti mahu membunuh UMNO sendiri.

Itulah yang diperkatakan oleh Netizen apabila Harian Metro pada keluaran Jumaat lepas menerusi kolum Nuansa menyiarkan dan mengagung-agungkan sebuah kelab pelajar yang diketahui merupakan penyokong kuat Parti Cap Bunga, pimpinan Mahathir dan Mukhriz yang merupakan musuh dan saingan UMNO.

Seorang Netizen, Sabri Daniel mengecam tindakan tidak bertanggungjawab dan sembrono pihak editorial Harian Metro yang bukan sahaja tidak usul periksa, malahan PEMALAS untuk menyelidik latar belakang kelab pelajar yang mereka promosikan.


Menurutnya, sidang pengarang Harian Metro yang cuba berlakon nuetral, dan mencipta headline cover yang lunak, sebenarnya menyembunyikan motif sebenar. Lantas, dia turut bertanya adakah sebenarnya rencana setengah muka surat itu dan tajuknya sengaja dibuat sebagai tanda sokongan secara diam selain cuba menampakkan konon-kononnya ia adalah aktiviti pelajar semata-mata.

Kelab berkenaan sebenarnya merupakan salah satu komponen dalam Parti Cap Bunga.

"Kelab ini adalah di bawah parti pribumi. Kalau bengap sangat atau tak ada internet access, meh saya beritahu, tak payah nak cover dengan headline macam tu kononnya aktiviti student kerana hakikatnya fb mereka hampir setiap hari repost serang kerajaan dan Barisan Nasional," katanya.

"Kalau justifikasi anda kononnya ia adalah aktiviti student, kenapa promote  kelab bunga raya yang ditubuhkan di bawah Parti Pribumi (Cap Bunga)," katanya lagi.

Paparan aktiviti yang dijalankan atas nama kemasyarakatan oleh kelab di bawah Parti Cap Bunga itu, secara tidak langsung mempromosikan kelab pelajar pro-pembangkang berkenaan. Terdapat banyak kelab-kelab pelajar yang lebih neutral di seluruh United Kingdom, tetapi persoalan yang timbul, mengapa sidang pengarang Harian Metro lebih berminat dengan kelab pelajar yang terang-terang menyerang Kerajaan dan Barisan Nasional selain menyokong kuat Parti Cap Bunga serta penggulingan Najib Abdul Razak sebagai Ketua Kerajaan Malaysia.

Lantas persoalan yang lebih besar timbul, apakah Media Prima sebenarnya menjadi sarang penikam belakang parti yang menjadi penaungnya sendiri?


Wednesday, December 21, 2016

PENGERUSI MEDIA PRIMA DITUDUH BUAT FITNAH 'LITTLE NAPOLEON'!!!



Rungutan tentang mutu dan prestasi TV3 sudah lama kedengaran. Begitu juga dengan permainan politik di dalam Media Prima. Baik di kalangan penyokong Kerajaan apatah lagi pembangkang. Bagaimanapun, berbanding penyokong dan pemimpin pembangkang, kebanyakan penyokong dan pemimpin Kerajaan yang tidak berpuas hati dengan organisasi media elektronik UMNO itu, tidak bising-bising secara terbuka, sebaliknya menjadikan bahan perbualan antara mereka.

Dan sudah tentulah yang kerap menjadi bahan perbualan adalah tentang berita TV3, khususnya Buletin Utama.

Biarpun Media Prima Berhad yang memiliki TV3 turut memiliki beberapa stesen televisyen yang lain, namun yang kerap diperkatakan adalah TV3. TV3 adalah tonggak Media Prima. Buletin Utama TV3 pula adalah saluran berita utama yang menjadi tontonan kebanyakan penyokong Kerajaan, mahupun pembangkang sendiri.


Pada 14 Disember lalu, RPK menerusi blognya, Malaysia Today, telah menyiarkan pendedahan Tunku Abdul Aziz Ibrahim membabitkan Pengerusi baru Media Prima, Dato Seri FD Iskandar.

FD Iskandar didakwa cuba menyingkirkan Dato Seri Ashraf Abdullah yang merupakan Editor Urusan Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad.

Dalam usahanya itu, FD Iskandar telah menipu Presiden UMNO yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak menggunakan Tunku Abdul Aziz.

Menurut Tunku Abdul Aziz, FD Iskandar pada pagi 28 November telah BERBOHONG KEPADA PRESIDEN UMNO, kononnya Tunku Abdul Abdul Aziz telah dibenarkan muncul dalam Buletin Utama TV3 selama 12 malam berturut-turut sehingga menyebabkan rating TV3 jatuh merudum.

Sedangkan menurut Tunku Abdul Aziz, dia hanya muncul dalam Buletin Utama pada 18 Oktober, 11 November dan 14 November sahaja, iaitu sebanyak 3 kali, bukannya 12 kali sebagaimana yang diberitahu oleh FD Iskandar kepada Najib Abdul Razak.


Sekaligus membuktikan bahawa Ashraf adalah seorang yang profesional dan mengamalkan etika media yang betul. Apatah lagi Tunku Abdul Aziz hanyalah aktivis sosial yang tidak mempunyai kedudukan dalam kerajaan atau pun politik.

Tunku Abdul Aziz telah menuntut agar FD Iskandar meminta maaf kerana telah menggunakan namanya untuk berbohong kepada Perdana Menteri dalam merealisasikan agenda peribadinya untuk menyingkirkan Ashraf Abdullah. Justeru, dia diberi tempoh selama seminggu untuk berbuat begitu di dalam portal MALAYSIA OUTLOOK.

16 September, sekali lagi RPK menyiarkan pendedahan tentang FD Iskandar dan Tunku Abdul Aziz Ibrahim. (RUJUK SINI)

Apa yang berlaku di dalam salah satu entiti milik UMNO itu sebenarnya bukanlah sesuatu yang asing. Bukan sahaja perebutan kuasa, bahkan memberikan maklumat salah kepada Presiden UMNO dalam usaha individu-individu tertentu menonjolkan diri, tidak sahaja melibatkan FD Iskandar sebagaimana didakwa tetapi juga melibatkan ramai orang lain.

Tuduhan bahawa Fateh Iskandar Mohamed Mansor a.k.a FD Iskandar membohongi Perdana Menteri dan menasihati bagaimana negara ini perlu ditadbir, adalah sesuatu yang amat serius. Nama FD Iskandar telah jadi bahan cerita apabila kerapkali digambarkan dia adalah seorang yang sangat rapat dengan Perdana Menteri, bahkan sarapan dan makan malam pun dengan Perdana Menteri setiap hari.


Begitu juga dengan dakwaan tentang media-media asing yang diberitahu oleh FD bagaimana rapatnya dia dengan Perdana Menteri dan bagaimana Perdana Menteri sangat bergantung dengannya untuk mendapatkan nasihat menguruskan negara ini secara efektif. Tanggapan yang cuba dibuat ialah, tanpanya, Najib tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan negara ini akan bermasalah! (RUJUK SINI)

FD Iskandar perlu melakukan sesuatu. Sama ada meminta  maaf atau pun mengambil tindakan undang-undang ke atas Tunku Abdul Aziz sekiranya tuduhan yang dibuat oleh Tunku Abdul Aziz yang kemudian disiarkan oleh RPK adalah satu fitnah.

Apatah lagi, ianya membabitkan kedudukannya selaku Pengerusi Media Prima yang dikatakan sangat rapat dengan Perdana Menteri dan nasihatnya diperlukan oleh Perdana Menteri.

Tiada gunanya dengan kenyataan 'TERIMA KASIH KERANA ANDA ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA 2 JUTA PENONTON BULETIN UTAMA SETIAP MALAM' sekiranya pendedahan yang amat memalukan ini boleh mengaitkan permainan politik LITTLE NAPOLEON di dalam salah satu entiti terpenting UMNO yang akhirnya keburukannya ditampar ke muka Perdana Menteri sendiri!!!


Thursday, August 13, 2015

JOHAN JAAFAR AKHIRNYA LETAK JAWATAN SEBAGAI PENGERUSI MEDIA PRIMA SEKALIGUS BAKAL MENCETUSKAN SERANGAN BARU KEPADA PENTADBIRAN NAJIB!!!!!



Agak mengejutkan apabila Johan Jaafar, bekas orang kuat DBP dan merupakan salah seorang daripada rakan rapat Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu, meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Media Prima Berhad petang tadi.

Ini adalah kerana tarikh akhirnya kontraknya akan tamat sebagai Pengerusi MPB adalah pada 31 Ogos 2015, lebih kurang 17 hari lagi dari hari ini.

Johan Jaafar merupakan orang yang paling lama berkhidmat sebagai Pengerusi MPB iaitu selama 6 tahun, 4 bulan dan 2 hari sebagaimana yang dinyatakan dalam kenyataan rasminya.

Menurut Johan, perletakan jawatannya itu tidak kena-mengena dengan sebarang tekanan atau paksaan. Sebaliknya sebagai Pengerusi Panel Pencegahan dan Konsultansi Rasuah (PPPR), salah sebuah badan yang kononya bebas yang memantau SPRM, dia akan lebih vokal memperjelaskan pendirian Panel itu dalam beberapa isu, terutama sekali 'campurtangan' ke atas SPRM dan para pegawai serta situasi yang menyebabkan pertukaran dua pegawai kanan SPRM ke Jabatan Perdana Menteri.

Terlalu banyak isu membabitkan Johan Jaafar dan TV3 selama berada di bawah kepengerusian Johan Jaafar. Banyak juga persepsi dibuat, Johan Jaafar menjadikan TV3 sebagai salah satu instrumen yang paling berjaya mewujudkan gelombang kemarahan rakyat kepada kepimpinan hari ini terutama serangan-serangan yang akhirnya meratah punggung sendiri.

Perletakan jawatannya sebelum tarikh akhir ini dan pengumuman yang dibuat, pasti akan mengundang pelbagai persepsi dan teori yang akhirnya, mempersalahkan Kerajaan dan Najib Abdul Razak.

Dengan 'KEBIJAKSANAAN' para theorist FACEBOOK dan MEDIA SOSIAL, sudah tentulah cerita ini akan berkembang dengan amat baik, bahkan akan melindungi perkara sebenarnya!!!


Perhatikan pula bagaimana portal-portal pro-Pakatan menyajikan berita tersebut dengan TAJUK BERITA yang sama sekali memberikan persepsi yang berlainan daripada perkara sebenar terutama bagi mereka yang mudah memberikan impresi berdasarkan pembacaan tajuk!!!

Kita tunggu sajalah, ya...


 
Blogger Templates