Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label latheefa koya. Show all posts
Showing posts with label latheefa koya. Show all posts

Friday, January 10, 2020

RAKAMAN SUARA LATHEEFA KOYA SEBENARNYA NAK TUTUP PENGKHIANATAN BESAR-BESARAN MELIBATKAN PEMIMPIN PAKATAN, YANG BERJAYA DIRAKAMKAN BADAN PERISIKAN NEGARA, KAN?



Pendedahan yang dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya membabitkan 9 rakaman suara kepada media dan awam atas alasan kepentingan awam, ternyata memberikan impak yang sangat besar kepada negara walaupun sebenarnya pendedahan tersebut bertujuan untuk terus menekan Najib Abdul Razak dan isterinya, Rosmah Mansor ketika Peguam Negara, Tommy Thomas dan pendakwaraya ad-hoc Sittambaram dalam kes perbicaraan 1MDB dan SRC International kelihatan kebuntuan sehingga memerlukan bantuan hakim untuk menangguhkan perbicaraan bagi membolehkan mereka mencari hujah-hujah baru yang lebih baik.

Namun, pendedahan menerusi sidang media yang dibuat oleh Latheefa Koya akhirnya menjadi back-fired apabila komuniti perundangan di negara ini sendiri terutama sekali dari kalangan yang dikenali sebagai penyokong Pakatan mahupun yang rapat dengan Mahathir, mengecam tindakan Latheefa yang mencari publisiti murahan bagi mewujudkan persepsi negatif terhadap Najib Razak dan Rosmah Mansor, sekaligus cubaan mempengaruhi perbicaraan-perbicaraan kes mereka.

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Latheefa Koya dan media-media pro-Pakatan untuk menjustifikasikan tindakan sembrono Latheefa Koya dan SPRM, banyak pihak melihatnya sebagai usaha-usaha terdesak yang bukan sahaja untuk mengenakan Najib Abdul Razak, tetapi yang lebih besar lagi ialah meruntuhkan integriti badan-badan perisikan negara seperti Cawangan Khas dan MIO ATM. Pada masa yang sama, turut bertindak sebagai penyelamat atau pelindung kepada rakaman-rakaman rahsia lain yang jauh lebih merbahaya berbanding skandal 1MDB dan SRC International yang membabitkan para pemimpin DAP, contohnya!


Kalau rakaman perbualan antara Najib dan isterinya, atau rakaman perbualan antara Najib dengan Putera Mahkota UAE wujud, bagaimana pula dengan rakaman suara antara Tony Pua, Tong Koii Ong, Ho Kay Tat dengan Justo atau dengan Clare Rewcastle-Brown?

Tidak mustahil, rakaman mereka juga ada dalam simpanan tetapi tidak pernah disiarkan kepada awam sepertimana yang dilakukan oleh Latheefa Koya membabitkan rakaman antara Najib Razak dengan Rosmah!


Apakah sebenarnya penyiaran rakaman suara yang dibuat oleh Latheefa Koya dan SPRM itu sebenarnya bertujuan untuk mengalihkan perhatian daripada pengkhianatan yang jauh lebih besar dan lebih merbahaya dari pengetahuan rakyat Malaysia?

Bekas Pegawai Khas Lim Guan Eng yang tidak pernah berani disaman oleh DAP, Razali Abdul Rahman pada tahun 2011 yang membuat pelbagai pendedahan tentang niat dan kegiatan jahat DAP, telah menimbulkan kegemparan di dalam DAP. Malahan DAP terlalu kelam-kabut untuk memburuk-burukkan Razali Abdul Rahman yang kononnya membuat pelbagai pendedahan tersebut kerana kononnya telah masuk UMNO. (RUJUK SINI).


DAP terutama sekali Lim Guan Eng yang akan segera menggunakan sistem perundangan negara untuk membuat saman fitnah, langsung tidak menyaman Razali Abdul Rahman walaupun bekas pegawai khasnya itu menyebut secara terang-terangan 'fitnah' yang dikatakan oleh DAP.

Pakatan dalam usaha merompak aset-aset berharga yang membabitkan masyarakat Melayu-Bumiputera dan Islam, seringkali menggunakan alasan 'RUGI', ' PENYELEWENGAN', dan sebagainya bagi membolehkan mereka melakukan rompakan secara besar-besaran seperti yang kita dapat lihat menerusi kemelut yang melanda Tabung Haji, LTAT, Khazanah, Sime Darby, Felda dan banyak GLC lain yang sebelum 9 Mei 2018, mencatatkan keuntungan dan berdaya saing.

Pada masa yang sama, pendedahan yang dibuat oleh Latheefa Koya itu juga bertujuan untuk menghancurkan terus integriti dan kewibawaan pasukan keselamatan dan perisikan negara seperti Cawangan Khas dan MIO.

Maka tidak mustahil jugalah, perkara yang sama, sedang dilakukan oleh Pakatan untuk mengalihkan tumpuan memandangkan rakyat Malaysia majoritinya terlalu sukakan sensasi dan tidak dapat berfikir secara waras dan bijaksana.

Saturday, June 8, 2019

"KALAU MEREKA BOLEH PILIH MAHATHIR, KENAPA PERTIKAIKAN MAHATHIR LANTIK LATHEEFA KOYA?" - TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG, PRESIDEN PAS



Isu perlantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM masih belum selesai. Isu tersebut masih terus diperkatakan dan masih terus memaparkan perbezaan pendapat di kalangan Pakatan Harapan sendiri. Malah lebih teruk lagi, isu perlantikan Latheefa Koya telah menonjol dua kelompok berkepentingan di dalam PKR yang selama ini bijak menutup persengketaan mereka daripada dilihat oleh akar umbi.

Satu petisyen atas talian telah dibuat untuk mendesak Latheefa Koya meletak jawatan. Turut menandatangani petisyen tersebut adalah Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju, Tan Yee Kew. Beberapa orang Ahli Parlimen PKR yang lain seperti Nik Nazmi turut meragui dan mempersoalkan perlantikan Latheefa Koya.

Yang tidak banyak komplen malahan menyokong kuat perlantikan Latheefa Koya adalah Azmin Ali dan bloknya.


Sementara PAS menerusi kenyataan Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan berkata, PAS menyokong penuh perlantikan tersebut. Malahan Takiyuddin Hassan dalam kenyataan rasminya selaku Setiausaha Agung berkata, PAS memberikan keyakinan penuh, Latheefa Koya dapat menjalankan tugasnya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM dengan berkesan, berintegriti dan tidak berpihak. (RUJUK SINI)

Manakala Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man pula mencadangkan, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam digantung sehinggalah Pakatan Harapan menghormati janji-janji mereka sendiri.


Menurutnya lagi, perlantikan Latheefa Koya sudah jelas menunjukkan bahawa jawatankuasa tersebut sebenarnya langsung tidak berfungsi.
“Malangnya di dalam episod ini, PH sekali lagi memahat ke sanubari rakyat bahawa janji mereka tidak boleh diambil secara serius,” katanya. (RUJUK SINI)
Sementara itu, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pula mempertikaikan sikap segelintar Ahli Parlimen dan pemimpin PKR yang mempersoalkan perlantikan Latheefa Koya yang dipilih oleh Dr. Mahathir menerusi kuasa prerogatifnya sebagai Perdana Menteri.

Menurutnya, terpulanglah kepada Perdana Menteri untuk memilih sesiapa sahaja untuk mengisi jawatan-jawatan seperti Ketua Pesuruhjaya SPRM.

"Kalau kepimpinan Pakatan Harapan boleh pilih dia (Mahathir) sebagai Perdana Menteri, mengapa pula, Perdana Menteri tak boleh pilih Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM?" katanya. (RUJUK SINI) 


Sementara itu, DAP menerusi Ramkarpal Singh yang merupakan Ahli Parlimen Gelugor pula berkata, perlantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah sesuatu yang amat membimbangkan kerana Mahathir langsung tidak meminta pandangan daripada komponen dalam Pakatan Harapan.

"The whole point of Pakatan Harapan’s election manifesto promise is to ensure a check-and-balance, and transparency in such appointments by setting up a Parliamentary Select Committee on Public Appointments." (RUJUK SINI)

Gobind Singh Deo pula walau bagaimanapun, cuba melindungi isu sebenar tentang perlantikan Latheefa Koya iaitu manifesto dan janji Pakatan sendiri dengan berkata, Latheefa Koya merupakan calon yang paling sesuai untuk jawatan tersebut. 

Katanya, dia telah mengenali Latheefa kerana masing-masing menjadi pengamal guaman dan berharap bekas Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty itu diberi masa untuk melakukan yang terbaik dalam tugas baharu itu.

"Saya tidak terkejut dengan pelantikannya... beliau pasti seorang yang berkebolehan, berpengalaman dan mempunyai pemahanan dan pegangan mengenai perundangan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Kompleks Seri Perdana. (RUJUK SINI)

Manakala Aziz Bari, orang yang beria-ia mahu menjadi Menteri Besar Perak pula berkata, perlantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin dibuat tanpa perbincangan bagi mengelak perlantikannya menjadi sukar.

Abdul Aziz Bari dengan mengambil contoh cadangan pelantikan bekas Ketua Pengarang The Rocket iaitu media DAP, Wan Hamidi Hamid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Menurutnya, apabila ada perbincangan untuk pelantikan Wan Hamidi, ia akhirnya gagal kerana penglibatan Wan Hamidi dalam akhbar The Rocket diperbesar-besarkan.

"Apakah trick (helah) itu diambil untuk memastikan Latheefa berjaya dilantik (sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM) dan tidak gagal seperti Wan Hamidi?" katanya (RUJUK SINI)

Ironinya, beberapa orang pemimpin UMNO pula kelihatan seperti terpinga-pinga dan tidak tahu atau lebih tepat lagi tidak faham isu tentang perlantikan Latheefa Koya. Ada di kalangan mereka yang mempersoalkan tentang kedudukan dan keberadaan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru menggantikan Shukri Abdul dan mempertikaikan keputusan Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri meskipun sebenarnya mereka juga tahu bahawa kuasa melantik Latheefa Koya adalah kuasa prerogatif Perdana Menteri.

Lebih malang ialah melihat tahap jentera propaganda dan perang saraf Pakatan Harapan, khususnya yang menggunakan medium Bahasa Melayu apabila kritikan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Wee Ka Siong, Presiden MCA dibalas kononnya, MCA takut dengan penguatkuasaan dan ketegasan Latheefa Koya walaupun sebenarnya yang dipersoalkan bukanlah Latheefa Koya, sebaliknya aku janji dan manifesto Pakatan Harapan sendiri yang mahukan jawatan-jawatan seperti Ketua Pesuruhjaya SPRM berada di bawah kuasa Parlimen.

Dengan kata-kata lain, mereka sendiri pun tidak tahu bagaimana hendak membalas, menjawab dan mematahkan kritikan bertali arus berhubung keputusan kuku besi Mahathir dari segenap penjuru termasuklah dari kalangan mereka sendiri!

Friday, June 7, 2019

WAKIL RAKYAT PKR SIFATKAN LATHEEFA KOYA KHIANATI PERJUANGAN MEREKA APABILA MENERIMA PERLANTIKAN SEBAGAI KETUA PESURUHJAYA SPRM!!!



Tepat sebagaimana yang dijangkakan, bukan PAS, bukan UMNO, bukan Najib Abdul Razak tetapi Wakil-Wakil Rakyat PKR yang membuat petisyen mendesak Latheefa Koya meletakkan jawatan, sekaligus memberikan isyarat kepada Mahathir bahawa dia tidak lagi boleh berbuat sesuka hati walaupun tidak bersalahan dengan undang-undang serta akta sedia ada.

Malah mereka memberikan isyarat bahawa, Mahathir sekalipun Perdana Menteri dan mempunyai kuasa prerogatif untuk melatik Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, tetapi selepas dia menjadi Perdana Menteri dengan bersandarkan kepada logo PKR pada PRU-14 lalu, dia tertakluk kepada PKR untuk sebarang keputusan melibatkan pentadbiran.

Atau dalam bahasa yang lebih mudah, PKR mahu Mahathir akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh Pakatan Harapan.

Sudah pastilah, keputusan PKR untuk membuat petisyen tersebut, merupakan keputusan belah bahagi dengan sebahagiannya menyokong petisyen tersebut yang memberikan kelebihan kepada Anwar Ibrahim, manakala sebahagian lagi menyokong penuh keputusan Mahathir untuk melantik Latheefa Koya kerana ia akan memberikan banyak kelebihan kepada Azmin Ali.

Laporan Malaysiakini menyebut, Wakil Rakyat PKR terbaharu yang menyertai lebih 1000 orang menandatangani sebuah petisyen atas talian yang mendesak supaya Latheefa Koya berundur dari jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah Ahli Parlimen Wangsa Maju, Dr. Tan Yee Kew.


Petisyen tersebut telah dianjurkan oleh Change.org bermula semalam. Petisyen itu turut dikongsi oleh Dr. Tan di Facebook miliknya.

Menurut Dr. Tan, dia menggesa penyokong Pakatan Harapan dan orang ramai supaya menandatangani petisyen itu sebagai isyarat pendirian tegas.

"Ia tidak ada kaitan dengan integriti dan keupayaan Latheefa. Dia bersama-sama kami (PKR) selama lebih dua dekad dalam meneruskan pembaharuan institusi. Tetapi lantikannya sendiri bertentangan dengan pembaharuan institusi yang kami ditolak," katanya sambil menambah Latheefa telah mengkhianati perjuangan mereka.

Latheefa Koya telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu berkuatkuasa 1 Jun lalu menggantikan Mohd Shukri Abdul yang memilih untuk memendekkan kontrak perkhidmatannya. Perlantikannya telah diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri sebelum Aidil Fitri.



Pada masa yang sama, Latheefa Koya dalam satu kenyataan berasingan berkata, menyatakan dia tidak peduli dengan kritikan, persoalan mahupun pendapat sesiapa pun kerana katanya, dia hanya mahu menjalankan tugas untuk mambanteras jenayah rasuah di mana-mana sahaja.

Malah menurutnya, dia melihat kepada tindakan jangka panjang termasuk juga pendidikan bagi mewujudkan satu budaya yang tidak bertoleransi kepada rasuah. Katanya, adalah hak asas setiap rakyat Malaysia untuk dibenarkan hidup, bekerja dan makmur dalam satu persekitaran yang bebas rasuah.


YANG PATUT MEROYAN ADALAH UMNO-BN, PAS DAN NAJIB, TAPI YANG PANAS PUNGGUNG SEKARANG ADALAH ANWAR IBRAHIM DAN BUDAK-BUDAKNYA!!!



Situasi yang agak aneh sebenarnya...

Perlantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM dilihat para penyokong Pakatan sebagai tindakan lebih berkesan membuktikan rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Manakala para penyokong UMNO dan PAS pula melihat perlantikan Latheefa Koya sebenarnya menunjukkan Syukri Abdul, Tommy Thomas dan Mahathir telah gagal sebelum ini untuk membuktikan segala tuduhan ke atas UMNO-BN, Najib dan PAS walaupun setahun sebelum ini mereka menyatakan keyakinan penuh yang segala kes jenayah Najib, UMNO-BN dan PAS amat mudah diselesaikan kerana 'BERTIMBUNNYA BUKTI'.

Namun yang sangat jelas kini ialah, bukan UMNO-BN, bukan Najib Abdul Razak dan juga bukan PAS yang melompat meroyan dengan perlantikan Latheefa Koya itu, sebaliknya PKR sendiri!

Sesuatu yang sungguh menakjubkan bilamana PKR sebelum 9 Mei 2018 begitu gah dan bersetuju untuk mengangkat Mahathir setelah dua dekad menyerang, memusuhi, memaki hamun dan membuat pelbagai pendedahan tentang Mahathir, anak-anaknya, kroni-kroninya, bahkan skandal-skandal kewangan Mahathir yang turut melibatkan sekutu paling rapatnya, Daim Zainuddin, bahkan beberapa siri demonstrasi jalanan yang menggerakkan massa dalam jumlah yang sangat besar menentang Mahathir juga, telah dibuat oleh PKR.


Namun akhirnya, kehadiran Mahathir dan Siti Hasmah dalam demonstrasi BERSIH 4.0 di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur pada November 2016 telah menghapuskan semua caci maki PKR terhadap Mahathir. Malahan, Mahathir telah mula dianggap sebagai sebahagian daripada PKR semata-mata kerana Mahathir menentang dan mahu menjatuhkan Najib serta Kerajaan UMNO-BN.

Langkah malang PKR lebih ketara apabila bersetuju dengan perlantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara Wan Azizah yang pada waktu itu sebagai Presiden PKR pula hanya sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam usaha Pakatan untuk menang pada 9 Mei 2018. Seronok dan bangga PKR kerana akhirnya Mahathir terpaksa menggunakan logo PKR semasa PRU-14, bagi merupakan adalah penundukan Mahathir kepada Semangat Reformasi dan kekejamannya sendiri sewaktu dia menjadi Perdana Menteri.

Yang mereka tidak tahu, Mahathir hanya menggunakan PKR dan menggunakan Anwar Ibrahim untuk dia mencapai maksud dan cita-citanya untuk membuat 'pembersihan' sekali lagi apabila Najib berjaya meningkatkan rezab negara jauh berkali-kali ganda berbanding yang ditinggalkan oleh Mahathir pada tahun 2003 dahulu.

Dan kini Mahathir bukan sahaja menguasai SPRM menerusi Latheefa Koya, sebaliknya Mahathir turut melantik Ketua Polis Negara, Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Ketua Hakim secara bersendirian sebelum akan mula meletakkan orang-orangnya dalam GLC-GLC penting seperti Tenaga Nasional (TNB) dan Telekom Malaysia (TM). Dalam bahasa yang lebih mudah, Mahathir telah menguasai kesemua jawatan-jawatan penting dalam kritikal menerusi orang-orangnya.

Dengan GLC dan entiti berteraskan ekonomi dan kewangan umat Islam, Melayu dan Bumiputera sudah pun dikuasai oleh DAP dan Azmin Ali (bukan PKR), yang tinggal sekarang untuk Anwar Ibrahim dan orang-orangnya hanyalah bahagian protokol dan hal ehwal orang Melayu-Bumiputera dan Islam yang tidak melibatkan kewangan dan ekonomi.



Kenyataan Anwar Ibrahim bahawa Mahathir perlu diberikan masa dan peluang untuk membuat penjelasan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan berhubung perlantikan Latheefa Koya, sudah cukup menggambarkan kekalutan Anwar Ibrahim dengan tindak-tanduk Mahathir. (RUJUK SINI)

Lebih-lebih lagi apabila Menteri Undang-Undang VK Liew pula menyatakan, Mahathir tidak melakukan sebarang kesalahan dengan melantik Latheefa Koya secara bersendirian tanpa melalui Jawatankuasa Khas Parlimen mahupun berunding dengan Majlis Presiden Pakatan Harapan apatah lagi dengan Kabinet. (RUJUK SINI)


Kata VK Liew, tindakan dan keputusan Mahathir itu adalah selari dengan undang-undang seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 5(1) Akta SPRM 2009.

Namun Anwar Ibrahim menerusi 'suaranya' Nik Nazmi, mempersoalkan perlantikan tersebut sebagai tidak menepati aspirasi PKR yang mahu melakukan perubahan dan reformasi dalam sistem pentadbiran negara.


"Kita dipilih atas platform berani untuk mereformasikan institusi dan ekonomi. Kegagalan kita dalam kedua-dua hal ini amat membimbangkan," katanya sepertimana yang dipetik oleh THE STAR ONLINE.


Mahathir ketika menjawab menyatakan, dia tidak memerlukan persetujuan dari mana-mana pihak untuk melantik Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru. Malah Mahathir turut berterus-terang bahawa perlantikan tersebut tidak pernah dibincangkan dalam Kabinet.

"Saya tak payah tanya Kabinet, saya tanya orang-orang lain yang mempunyai pengetahuan tentang karakter-karakter orang ini dan tak perlu Kabinet buat keputusan (kerana) kalau Kabinet buat keputusan, ia menyekatkan (keputusan) saya. Jadi, saya bebas untuk menilai sesiapa yang dicadang dan saya pilih," katanya.
Ditanya mengapa Latheefa dipilih, beliau berkata: "Sebab dia sangat tegas terhadap apa dilihat benar...kita perlukan seseorang yang mempunyai karakter yang sangat tegas," katanya. (RUJUK SINI)
Ternyata, walaupun yang dihebohkan adalah tentang Najib, tentang UMNO-BN dan PAS, tetapi ternyata yang sangat panas punggung sekarang adalah Anwar dan saki-baki penyokongnya dalam PKR.

Thursday, June 6, 2019

BUKAN DALAM UMNO DAN PAS SAJA MAHATHIR TERNAK 'TROJAN HORSE', DALAM PKR PUN BERSEPAH!!!



Kisah Latheefa Koya, antara pemimpin kanan PKR dan juga aktivis Lawyers for Liberty, sebuah badan aktivis yang sangat terkenal dengan gelagat serta kenyataan-kenyataan polemik Eric Paulsen, diangkat menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru menggantikan Syukri Abdul, menjadi topik perbualan hangat pada sambutan Aidil Fitri tahun ini.

Latheefa Koya yang sebelum ini dilihat sangat tegas, malahan sanggup menyerang Presiden, isteri Presiden, anak Presiden dan orang kuat Presiden partinya sendiri, akhirnya menyerlahkan bahawa kedudukan, pangkat dan kuasa mengatasi segala-galanya. Segala prinsip perjuangan dan aktiviti serta ketegasan perjuangannya sebelum ini, boleh dihilangkan dalam sekelip mata menerusi satu lantikan oleh Dr. Mahathir sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.


Selepas perlantikan tersebut didedahkan kepada umum, maka bermulalah drama-drama yang cukup menarik untuk kita tonton.

Sebahagian pemimpin Pakatan cuba berlagak naif dengan mengeluarkan kenyataan, perlantikan Latheefa Koya di luar pengetahuan mereka. Yang menguasai Parlimen pula, cuba mengurangkan persepsi negatif masyarakat dengan mengatakan, perlantikan tersebut tidak menerusi Parlimen walaupun Pakatan dalam manifesto  mereka menjanjikan beberapa perlantikan termasuklah sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM perlu melalui Parlimen.

Namun paling menyeronokkan dan menghiburkan ialah bilamana para penyokong dan jentera propaganda Pakatan Harapan terpaksa bertungkus lumus memusingkan fakta dengan menyatakan, perlantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM amat menggentarkan dan menakutkan para pemimpin pembangkang.


Mereka terlupa bahawa ketika Syukri Abdul dipanggil balik untuk dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, Syukri Abdul diberikan pendedahan media yang cukup besar. Liputan berita dan kenyataan-kenyataan Syukri Abdul yang dia telah dianiayai oleh pentadbiran sebelum itu, turut diberikan harapan besar oleh para penyokong Pakatan sendiri, dendam dan impian mereka akan dilunasi dengan segera oleh Syukri Abdul.

Namun akhirnya Syukri Abdul dipecat ketika kontrak perkhidmatannya masih lagi berbaki lebih 12 bulan dengan kes-kes 1MDB, SRC, RM2.6 bilion dan RM90 juta dari UMNO kepada PAS yang masih gagal menemui konklusi!!!


Ramai melihat perlantikan Latheefa Koya sebenarnya bukanlah tentang UMNO-PAS mahupun pemimpin kedua-dua parti tersebut. Sebaliknya, mengesahkan bahawa Mahathir sudah lama menyimpan trojan horse dalam PKR, parti yang ditubuhkan untuk memperjuangkan Anwar Ibrahim. Ditambah pula, Latheefa Koya merupakan antara peguam peribadi Anwar Ibrahim yang sudah pasti mempunyai pelbagai maklumat-maklumat sulit berkenaan Anwar Ibrahim yang disabitkan kesalahan jenayah liwat sebanyak dua kali di mana kedua-dua jenayah liwat tersebut membabitkan Mahathir secara langsung.


Apabila Mahathir dalam usahanya mempertahankan tindakannya melantik Latheefa Koya secara prerogatif tanpa konsensus dengan Parlimen mahupun blok-blok yang menjadi sekutunya dalam Pakatan Harapan, berkata perlantikan tersebut tiada salahnya kerana Latheefa Koya telah meletakkan jawatannya dan keluar dari PKR selain enggan menjadikan jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM sebagai monopoli pihak-pihak tertentu sekiranya dilantik dari kalangan pegawai-pegawai kanan SPRM sendiri. (RUJUK SINI)

Hujah yang sama jugalah diberikan oleh para penyokong Pakatan. Walaupun dalam kes Tan Sri Apandi Ali, merekalah yang paling kuat menyalak serta mendesak Apandi Ali melepaskan jawatan kerana pernah menjadi orang UMNO, tetapi dalam kes Latheefa Koya lain pula pandangan mereka.

Apandi Ali memang terlibat dalam UMNO tetapi dia kemudiannya melepaskan keahliannya. Lama kemudian dia dilantik sebagai hakim. Setelah lama sebagai hakim, barulah dia dilantik sebagai Peguam Negara. Sedangkan Latheefa Koya pula, lama menjadi ahli dan pemimpin PKR, hanya melepaskan jawatan dan keahliannya dalam PKR setelah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.


Dua keadaan yang sama sekali berbeza.

Namun walau apa pun yang dialasankan, atau dihujahkan, yang pasti, perlantikan Latheefa Koya ini sebenarnya merupakan satu lagi drama yang diarahkan oleh Mahathir dalam usahanya mengukuhkan kedudukannya.

Mahathir pernah buat dulu dan skripnya sama seperti perlantikan Latheefa Koya juga.

Cuma kali ini Mahathir mungkin terlepas jangkaan tentang reaksi masyarakat terutama apabila perlantikan itu menjadi topik perbincangan hangat dari mulut ke mulut atau dari medium maya ke medium meja kedai kopi sepanjang musim cuti perayaan ini. Ia tidak lagi sama seperti ketika dia memecat hakim-hakim mahkamah dahulu....


Thursday, September 7, 2017

LATHEEFA KOYA LEPAS GERAM DENGAN PENDEDAHAN TERBAHARU TENTANG PERANGAI BURUK RAFIZI RAMLI!!!



Menerusi laman Facebook peribadinya, Latheefa Koya meluahkan kemarahan dan kejengkelannya terhadap Rafizi Ramli.

Menurut Latheefa, dia cuba mengelak daripada bercakap bagi mengurangkan pandangan negatif masyarakat terhadap PKR. Bagaimanapun, keadaan yang sama tidak dilakukan oleh Rafizi Ramli.

Menggelarkan Rafizi Ramli i pengamal strategi Ponorogo, Latheefa menyelar tindakan Rafizi Ramli yang berterusan mengeluarkan kenyataan-kenyataan media, sekaligus melanggar disiplin parti dan merosakkan imej PKR secara menyeluruh. Latheefa turut kagum bilamana Rafizi mendapat tempat dalam slot utama Buletin Utama TV3 sepanjang minggu lepas. Menurutnya lagi, tiada mana-mana parti politik yang dapat bertolak ansur dengan elemen-elemen pengkhianatan seperti itu.

Justeru, dia mengambil keputusan untuk mendedahkan kebenaran tentang Rafizi Ramli. Kebenaran yang hampir kebanyakan rakyat Malaysia tidak tahu.

Latheefa memulakan pendedahan dengan LANGKAH KAJANG.

Menurutnya lagi, arkitek Langkah Kajang itu sedang cuba menyalahkan orang lain terutama sekali Ambiga yang sebenarnya menentang langkah tersebut.

"Dia tidak boleh memperbodoh-bodohkan saya... saya berada di situ sepanjang episod berlangsung."

Menurut Latheefa lagi, Langkah Kajang berlaku kerana Rafizi mahu memastikan Azmin Ali yang ketika itu seorang ADUN tidak boleh menjadi Menteri Besar Selangor. Katanya, kalaulah Langkah Kajang dapat dielakkan, sudah tentu Anwar Ibrahim masih bebas dan bersama-sama PKR.

Sebaliknya, Rafizi dan orang-orangnya telah merancang langkah tersebut secara senyap-senyap. Rafizi juga langsung tidak membawa perkara tersebut untuk dibincangkan dengan Biro Politik PKR. Rafizi meyakinkan Anwar kononnya kedua-dua parti iaitu DAP dan PAS telah bersetuju untuk sama-sama melaksanakan Langkah Kajang.

Walhal PAS langsung tidak bersetuju!

Rakan kolobarasi Rafizi kemudiannya ke Kelantan dan mendakwa telah berjumpa serta mendapat restu daripada Nik Aziz. Hakikatnya, Nik Aziz telah meminta fakta dan hujah mengapa Khalid Ibrahim harus digulingkan. Sebaliknya, Rafizi dan orang-orangnya telah membuat ceramah jalanan untuk memperkuatkan tuntutannya agar Langkah Kajang dilaksanakan dan Khalid Ibrahim digulingkan. Akibatnya, rakan kolobarasi Rafizi telah disaman dan terpaksa meminta maaf di mahkamah.

Namun kata Latheefa lagi, satu perkara yang amat pasti ialah, Presiden PAS tidak pernah setuju dengan Langkah Kajang dan rancangan menggulingkan Khalid Ibrahim. Apa yang dilakukan oleh Rafizi seterusnya ialah, dengan pantas dia mendedahkan kononnya sewaktu PRU-13, Abdul Hadi Awang tidak pernah mahukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, sebaliknya menyokong Ku Li untuk jawatan tersebut.

Itulah yang membangkitkan kemarahan Abdul Hadi Awang. Dan dari situlah bermulanya hubungan buruk antara PAS dengan Rafizi.

Satu forum telah diadakan di UBU membabitkan puak Pro-Langkah Kajang dan puak anti-Langkah Kajang, termasuklah dari PSM. Sekalipun tidak dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin PKR yang lain, atas nama semangat kepartian, mereka turut sama bersolidariti untuknya.

Latheefa Koya mendedahkan, Rafizi gagal meyakinkan penonton dan mula menangis. Selepas forum, mereka bersesi teh tarik di Devi's Corner di Bangsar. Di situlah, dia bertanyakan Rafizi, bagaimana sekiranya Anwar Ibrahim didapati bersalah memandangkan pada ketika itu, rayuan pendakwaraya terhadap kes Anwar masih lagi ditetapkan untuk pengurusan kes.

Jawapan yang diberikan oleh Rafizi jelas menunjukkan dia tidak acuh dan tidak peduli.

"OOPS! Didn't think of that!"

Pada ketika itu, Ambiga secara terbuka telah mengkritik Langkah Kajang dan menasihati agar ia dibatalkan. Rafizi kemudiannya berpura-pura meminta maaf secara terbuka dan mendakwa dia akan menerangkan kepada orang ramai.

"Sekarang, nada itu telah berubah. Seperti seorang yang licik, dia mendakwa Ambiga turut memberikannya beberapa dokumen untuk menunjukkan kononnya Ambiga juga mengambil bahagian dalam penyingkiran Khalid Ibrahim, sedangkan dia tahu, Ambiga tidak pernah terlibat dalam Langkah Kajang atau sebarang perancangan mahupun agenda parti."

Sunday, September 3, 2017

RAFIZI KATA, ANWAR IBRAHIM DITIPU LATHEEFA KOYA, N.SURENDRAN DAN SIVARASA RASIAH!!!



Kemelut dalaman PKR semakin memuncak. Semuanya berpunca dari PAS. Kerana PAS, Rafizi Ramli juga mengambil keputusan untuk menderhakai parti yang disertainya semenjak 2012.

Peperangan antara Rafizi Ramli sebenarnya lebih tertumpu dengan Azmin Ali. Bagaimanapun beberapa orang pemimpin PKR menyertai pertempuran itu mempertahankan Azmin Ali dan menyerang Rafizi Ramli.

Dua hari lepas, Rafizi Ramli memdesak agar PKR mengambil tindakan terhadap '2-3 orang dalam Biro Politik PKR' yang gemar membocorkan rahsia kepada media dan memutarbelitkan fakta.

Kenyataan Rafizi Ramli itu sudah tentu didorong oleh satu siaran berita yang bersumberkan 'dalaman' Biro Politik PKR kononnya Rafizi Ramli telah diberikan amaran dan besar kemungkinan akan dipecat.

Kemudian keluar satu surat yang kononnya datipada Anwar Ibrahim yang mengatakan idea kerjasama dengan PAS datangnya daripada Anwar sendiri. Anwar yang meminta Azmin Ali untuk berusaha dengan cara apa pun mendapatkan kembali PAS sebagai pembantu PKR dalam PRU akan datang.

Bukan main bangga Azmin Ali dengan surat tersebut yang membuktikan dia lebih superior berbanding Rafizi Ramli.


Bagaimanapun Rafizi hari ini menegaskan Anwar sebenarnya telah diberikan maklumat yang salah oleh peguam-peguamnya. Dia menamakan peguam-peguam tersebut sebagai Latheefa Koya, N.Surendran dan Sivarasa Rasiah.

Anwar katanya, hanya mendapat maklumat terhad daripada mereka yang merupakan penyokong kuat kerjasama dengan PAS.

Ketiga-tiga peguam Anwar itu yang juga merupakan pemimpin utama PKR amat terpengaruh dengan rancangan untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru.

Thursday, May 4, 2017

KERANA LOGO 'BURUK DAN MEMALUKAN', LATHEEFA KOYA KEMBALI BERGASAK DENGAN RAFIZI RAMLI!!!



Logo Pakatan Harapan yang ramai mengatakan, diciplak daripada logo jenama kacang goreng terkenal, 'Ngan Yin' mendapat kecaman daripada netizen. Malah dua lagi rekabentuk logo Pakatan Harapan yang dimuatnaik oleh Rafizi Ramli turut menerima kritikan dan sindiran tajam.

Tiga logo tersebut dikatakan telah disenarai pendek oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan minggu lepas.



Teruk dikecam dan malu, Rafizi kemudiannya menafikan dia sebenarnya yang merekabentuk ketiga-tiga logo Pakatan Harapan itu. Malahan dia cuba meletakkan kesalahan kepada Fahmi Fadzil, Sim Tze Zin, Syed Ibrahim dan pasukan rekabentuk yang mencipta ketiga-tiga logo 'teruk dan memalukan' itu. Sebaliknya kata Rafizi, walaupun dia mempunyai kuasa untuk menolak, dia telah berkeras untuk menunjukkan kepada netizen bagi mendapatkan persetujuan.

Apa yang berlaku selepas itu adalah sesuatu yang memalukan Rafizi sendiri!

Kerana logo 'BURUK DAN MEMALUKAN' itulah, Latheefa Koya yang sudah sekian lama tidak menyerang Rafizi Ramli,


Latheefa Koya mengungkit tentang jutaan ringgit yang telah dikutip oleh Rafizi Ramli, tetapi hasil daripada jutaan ringgit tersebut adalah tiga buah logo yang sangat buruk dan langsung tidak layak dipanggil logo. 

"You hav collected millions from the public and you dare come up with this awful looking design- the cheek! putting it for the people's vote? Embarassing!"


Permusuhan peribadi antara Latheefa Koya dengan Rafizi Ramli bukannya baru. Pada Mei 2016, Rafizi telah melabelkan Latheefa sebagai 'peguam bacul' dalam satu pertengkaran di WhatsApp. (RUJUK SINI)

Screenshot pertengkaran di WhatsApp itu telah didedahkan kepada awam sekaligus telah membuktikan bahawa antara permusuhan antara Rafizi Ramli dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR itu memang wujud. 

Rafizi difahamkan telah mencabar Latheefa untuk berdebat dalam group WhatsApp Majlis Pimpinan Pusat (MPP). Sebelum itu, Ahli Parlimen Pandan itu juga melabelkan Latheefa sebagai 'peguam bacul' kerana keengganannya untuk berdebat di khalayak ramai. Kata Rafizi, Latheefa sepatutnya dibiarkan 'MENYALAK' seorang diri. 

Bagaimanapun, Latheefa membalas balik dengan berkata, Rafizi sebenarnya yang telah menarik diri daripada perdebatan tersebut. Latheefa kemudiannya mengarahkan Rafizi untuk menganjurkan satu majlis debat antara mereka. 

Pertengkaran tersebut adalah kemuncak daripada pengakuan Rafizi bahawa mesej di WhatsAp yang mendakwa rasuah dalam Kerajaan Negeri Selangor, adalah miliknya. 

Mesej tersebut bocor daripada sebuah grup tertutup yang terdiri daripada ahli-ahli parti dan penyokong Reformasi, yang mengancam untuk mendedahkan dakwaan bagaimana wanita dan wang merupakan sebahagian daripada urusniaga rasuah di dalam Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Azmin Ali. 


Sama seperti sebelumnya, Latheefa Koya menjadi mangsa serangan 'budak-budak' Rafizi di media sosial. Latheefa Koya dimaki sebagai 'kaki kecoh, kaki lawyer, kaki skandal, betina sial, poyo betina kartel' dan pelbagai gelaran yang cukup menjijikkan.

Hanya kerana tiga biji logo yang sebenarnya TEPAT SEBAGAIMANA YANG DIKATAKAN LATHEEFA KOYA - buruk dan menjijikkan! - wanita yang cukup terkenal dengan garang dan agresif itu tidak bertangguh-tangguh memalukan Rafizi Ramli sehinggakan manusia yang cuba berlagak genius itu, malu sendiri dan akhirnya terpaksa menyalahkan orang lain kononnya dia tidak tahu apa-apa tentang rekabentuk ketiga-tiga logo yang hodoh itu!


Wednesday, July 27, 2016

SEKALI LATHEEFA KOYA SUDAH MEMBONGOKKAN TONY PUA YANG TAK FAHAM-FAHAM BAHASA DAN ADAB!!!



Asal kehendak DAP sahaja, PKR mesti kena ikut. Kalau tak ikut, mulalah cop macam-macam. Tapi kehendak PKR kalau tak diikuti oleh DAP pula, keputusan DAP tidak perlu dipertikaikan kerana ianya adalah 'keputusan bersama kepimpinan utama DAP'. 

Dengan kata lain, DAP cuba berlagak sebagai Kepala Kongsi Gelap yang wajib dipatuhi tetapi tidak boleh dicabar. 

Barangkali kerana itulah, hari ini, Latheefa Koya membidas dan menyelar Tony Pua yang cuba menjadi Maharaja Kecil Selangor. 

Katanya, DAP sentiasa berpusing-pusing dan memberikan pelbagai alasan yang berubah-ubah mengapa mereka mahu adakan Pilihanraya Negeri Pulau Pinang.

Aneh juga, takkanlah Latheefa Koya tidak tahu dan tidak maklum tentang perangai tipikal DAP itu. Sama macam Lim Guan Eng jugalah yang kerap berpusing-pusing, berputar belit, menyalahkan orang lain dan mendewakan diri sendiri apabila memberikan jawapan kepada Menteri Kerja Raya  mengapa dia tidak dapat menghantar kajian kebolehlaksanaan bernilai RM305 juta selepas 2 bulan dan selepas 4 peringatan diberikan.

Kalau sesama sendiri pun sukar nak faham, DAP nak sembang apa tentang perjuangan mereka kononnya untuk Malaysia? Sedangkan yang kelihatan dan terbukti sekarang adalah perjuangan untuk DINASTI LIM.

Dalam reaksinya kepada ketua DAP Selangor, Tony Pua, Latheefa Koya berkata, partinya tidak boleh dipersalahkan sekiranya sekutu pakatannya gagal mendapatkan persetujuan mereka. Latheefa Koya turut mempersoalkan, pihak manakah yang mula-mula membuat pengumuman tentang Pilihanraya Negeri selepas butiran tersebut dibocorkan kepada media.

"Siapa yang mengumumkan secara unilateral tentang kematian Pakatan Rakyat? Siapa yang mengumumkan tentang pembentukan Pakatan Harapan, semuanya kepada media sebelum keputusan akhir dicapai," kata Latheefa Koya. 

"Don't strip first and then complain about being left naked," katanya di dalam posting di Facebook.

Sebelum itu, Tony Pua menulis di Facebooknya tentang mereka yang membiarkan rakan-rakan Pakatan mengharungi masa-masa sukar. Bagaimanapun, dia enggan menyatakan sama ada dia merujuk kepada PKR yang masih berpendirian, Pilihanraya Negeri Pulau Pinang adalah satu langkah tidak bijak dan enggan bersetuju dengan kehendak DAP. 

Latheefa yang juga mengetuai biro perundangan PKR turut menyentuh tentang alasan-alasan untuk mengadakan pilihanraya negeri yang kerap berubah-ubah. 

"Mula-mula dikatakan untuk mendapatkan mandat daripada rakyat (agak aneh kerana anda kerap menegaskan bahawa anda tidak pernah kalah). Kemudian anda kata ianya bukan tentang dakwaan rasuah dan salahguna kuasa pemimpin anda (Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng). Dan sekarang anda mengatakan, pilihanraya tersebut adalah tentang referendum menentang Najib berdasarkan kes terbaru membabitkan pendedahan DOJ Amerika Syarikat. 

"Mungkin anda perlu menetapkan pendirian dan fikiran terlebih dahulu dan kemudian menerangkan kepada kami dan meyakinkan kami," katanya tanpa menyentuh tentang DAP atau pun Tony Pua.

Ironinya, Latheefa Koya boleh bercakap, menghentam apa-apa sahaja tetapi akhirnya PKR akan terpaksa menurut kehendak DAP dan Lim Guan Eng. PKR pun bukannya bagus mana... terlalu lemah apabila digertak oleh DAP dan Tony Pua.

Tunggu Tony Pua tunjuk gigi arnabnya kepada Latheefa Koya, tidak lama lagi, Latheefa Koya akan terdiam dan Azmin Ali akan meminta maaf kepada Tony Pua secara diam-diam.

Dah banyak kali sangat dah berlaku!!!


Friday, November 20, 2015

LATHEEFA KOYA SAMAKAN NURUL IZZAH-JACEL KIRAM DENGAN NAJIB-NETANYAHU!!!



Nampaknya, para pemimpin PKR sudah mati akal untuk menjawab dan membela Nurul Izzah yang terkantoi bermesyuarat, makan semeja dan diraikan membabitkan Jacel Kiram yang sedang berkempen untuk menjadi Senator di Filipina.

Teresa Kok dalam pembelaannya ke atas Nurul Izzah menyatakan bahawa isu serangan lanun-lanun Sulu ke atas Sabah dan Jacel Kiram sebagai jurucakap kumpulan penyerang Sabah, adalah 'isu lama' serta bukannya sesuatu yang serius. (BACA DI SINI)


Hari ini, Latheefa Koya pula masuk campur. Dan pembelaannya atas nama seorang peguam, jauh lebih 'hebat' dan langsung tidak terjangkau dek akal sesiapa pun.

Latheefa Koya sifatkan pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel Kiram sama seperti pertemuan antara Najib Abdul Razak dengan pembunuh umat Islam Palestin, Benjamin Netanyahu! (BACA DI SINI)


Kata Latheefa Koya lagi Nurul Izzah telah dilayan secara double standard. Hanya kerana dia berjumpa dengan Jacel Kiram, maka Nurul Izzah telah diserang bertalu-talu. Sedangkan Najib bertemu dengan Netanyahu tiada sesiapa pun yang kisah walaupun telah didedahkan.

Nurul Izzah dalam kenyataan membela diri semalam berkata, dia tidak menjemput Jacel Kiram tetapi sebaliknya dia dan Jacel Kiram telah dijemput oleh penganjur majlis. Bagaimanapun, sesuatu yang amat menarik untuk diperhatikan ialah, adakah bergambar bersama-sama dengan pemidang 'BEBASKAN ANWAR' itu juga merupakan penganjur punya kerja juga?



Berbanding Najib-Netanyahu, Nurul Izzah-Kiram bersama-sama dalam satu majlis yang dianjurkan, makan bersama, berbincang dan kemudian sama-sama bergambar yang gambar-gambarnya telah dimuatnaikkan oleh Jacel Kiram ke laman Facebook peribadinya.

Manakala Najib pula terserempak dengan Netanyahu setelah 'menyekolahkan' Zionis dengan petikan daripada Torah tentang kekejaman yang sedang dilakukan oleh Zionis ke atas umat Palestin. Tiada gambar bersama dalam satu majlis kecuali di kaki tangga pintu masuk bangunan PBB di New York.


Terserempak dengan duduk sekali, pun tak boleh nak beza ka?

Kesian Latheefa Koya!


Thursday, September 17, 2015

LATHEEFA KOYA DAH START MELALAK DAH SEBAB POLIS CARI NURUL IZZAH BERHUBUNG PENDEDAHAN JUSTO!!!



Bila Latheefa Koya mula bersuara, maka faham-fahamlah, ianya adalah isu yang sangat serius dan mempunyai kecenderungan untuk kantoi besar. Sesuatu itu sebenarnya jauh lebih besar kalau Latheefa Koya bergabung dengan N.Surendran untuk mengeluarkan kenyataan bersama.

Transkrip pengakuan Xavier Justo yang di dalamnya turut melibatkan nama Nurul Izzah, mula mendapat perhatian daripada peguamnya, Latheefa Koya yang juga merupakan antara pemimpin PKR dan Lawyers for Liberty yang menghalalkan apa-apa sahaja yang boleh menentang Najib Abdul Razak dan Kerajaan Malaysia, termasuklah membela LGBT.

Menurut Latheefa Koya, polis telah mencari Nurul Izzah berhubung dakwaan yang dia terlibat dalam usaha pembelian data-data curi bagi menghancurkan imej Najib Abdul Razak. Bagaimanapun, Nurul Izzah tidak berada di Malaysia kerana dia masih melancong di Amerika Syarikat dengan alasan untuk mendapatkan bantuan dan sokongan bagi PAPA JAHATnya yang dilaporkan sedang SAKIT BAHU PARAH.

Nurul Izzah akan disiasat di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan.

"Polis mencarinya semalam (Selasa) tetapi dia tiada. Nurul akan balik pada hari Isnin hadapan." (RUJUK SINI)

Nurul Izzah akan disiasat selepas bekas eksekutif PetroSaudi yang sedang menjalani hukuman penjara selama tiga tahun di Thailand kerana cubaan memerasugut bekas majikannya, mengakui yang Nurul Izzah sanggup menawarkan kontrak kerajaan masa hadapan sebagai pertukaran untuk mendapatkan data-data curi membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PSI.

Bagaimanapun, Nurul Izzah menafikan pembabitannya dan turut menafikan dia pernah bertemu dengan Justo.

Para peguamnya telah membuat prosiding undang-undang ke atas dua akhbar harian iaitu The News Straits Times dan Berita Harian kerana menyiarkan artikel yang memperincikan tentang rundingan antara Justo dengan Nurul Izzah.

Nurul Izzah dan para peguamnya mendakwa, laporan tersebut adalah cubaan terdesak media yang dikawal oleh Barisan Nasional untuk mengalihkan perhatian daripada isu utama iaitu skandal hutang RM42 bilion 1MDB yang sibuk diperkatakan sekarang.


Tuesday, March 24, 2015

AMBOI, SEDAPNYA MULUT LATHEEFA KOYA KUTUK HADI AWANG DAN TUDUH, HUDUD CIPTAAN PAS!!!



Sebagai peguam Lawyers for Liberty yang mendapat mandat daripada NED untuk mencetuskan ketidakpercayaan kepada sistem perundangan di negara ini selain mewujudkan persepsi kecelaruan di minda masyarakat Malaysia, Latheefa Koya telah berjaya memainkan peranannya.

Gabungannya dengan Eric Paulsen dan N.Surendran boleh dilihat dalam banyak isu-isu sensitif terutama sekali membabitkan agama Islam dan umat Islam di negara ini.

Pembentangan undang-undang syariah (II) Kelantan baru-baru ini di DUN Kelantan dan kemudian diluluskan sebulat suara termasuklah oleh wakil tunggal PKR, menyebabkan Latheefa Koya melenting.

Hujah-hujah politik UMNO dan Barisan Nasional dalam memperkatakan tentang kelemahan pentadbiran PAS yang cuba membuktikan masyarakat dan rakyat Kelantan masih belum bersedia untuk perlaksanaan hudud, telah digunakan semula oleh Latheefa Koya.

Bagaimanapun, Latheefa Koya pergi lebih jauh dari hujah-hujah UMNO atau dengan kata lain, telah 'menambahbaikkan' hujah-hujah tersebut bersandarkan kepada identitinya selaku peguam. Menggunakan juga hujah-hujah golongan anti-hadis, Latheefa Koya cuba menjustifikasikan hukuman hudud Kelantan mengikut persepsinya bahawa ia hanyalah ciptaan PAS Kelantan semata-mata, bukannya bersandarkan kepada al Quran.

Di dalam Islam, perundangannya berasaskan kepada Al Quran, Hadis atau Sunnah, Ijmak, dan Qiyas. Dalam beberapa keadaan pula, ia turut mengambil pandangan 'Uruf atau Adat.

Barangkali Latheefa Koya tidak menemui buku-buku agama terbitan golongan mamak Selangor Mansion yang memperkatakan tentang hal berkenaan. Atau barangkali juga, dia tidak ke tingkat 1 Wisma Yakin, melawat sebuah toko yang banyak memasarkan buku-buku dan kitab-kitab agama aliran Salafi yang lebih keras dan dikatakan lebih 'berciri-cirikan' Al Quran, kut?

Namun kemarahannya kepada hudud sebenarnya lebih bersifat 'MENYAYANGI' dan cuba menyelamatkan Pakatan Rakyat kerana beranggapan hudud yang dibentangkan oleh PAS sebenarnya adalah 'KERJA PERPADUAN' antara PAS dengan UMNO. Dan lebih menarik lagi, peguam PKR itu juga sempat pula mengeji Abdul Hadi Awang kerana di bawah pemerintahan PAS pun, jenayah masih wujud.


Menariknya, dia juga terlupa bahawa walaupun terdapat ramai peguam dan sistem perundangan di negara ini, termasuklah dengan peruntukan hukuman mati, tetap juga berlaku jenayah dan perlanggaran undang-undang, termasuklah di kalangan ahli-ahli politik Pakatan Rakyat sendiri, dan itu tidak bermakna, rakyat Malaysia perlu berputus asa terhadap kedaulatan undang-undang sehingga memutuskan untuk menghapuskan segala macam undang-undang sedia ada, agar tiada lagi rekod dan kadar jenayah di negara ini sebagaiman yang dituntut oleh Pakatan Rakyat!!!

Latheefa Koya cuba bercakap tentang undang-undang Allah?

Macam lawak sahaja bunyinya... bukan kerana kelulusan atau pengetahuannya, tetapi setakat ini kes-kes yang melibatkannya lebih kepada pembelaan ke atas kesalahan yang diputarbelit sebagai kebenaran sepertimana dalam kes liwat Anwar Ibrahim, bukannya di atas kebenaran hakiki!!!


Tuesday, January 13, 2015

SEPERTI YANG DIJANGKA, LATHEEFA KOYA MEROYAN MACAM BETINA LAPAR JANTAN!!!


Berderai tawa masing-masing apabila Latheefa Koya selaku peguam Eric Paulsen mengeluarkan kenyataan. Ada yang tepuk dahi kerana kehilangan wang pertaruhan apabila sekali lagi mereka tersalah bertaruh yang Latheefa Koya tidak akan menyalahkan Ketua Polis Negara, sebaliknya melihat dari sudut lain sebagai seorang peguam bagi menunjukkan niat jahat PDRM yang cuba dikaitkan sebagai ANJING UMNO.

Itu situasi yang berlaku di pejabat kawan penulis!

Pemimpin Lawyers for Liberty dan PKR, Latheefa Koya dilaporkan tidak gembira kerana Eric Paulsen telah diberkas oleh polis malam tadi dan menuduh Ketua Polis Negara mempunyai agenda peribadi kerana penangkapan tersebut.

Bangang juga rupa-rupanya wanita bermulut longkang ini... Padahal bukan KPN sahaja yang 'mempunyai agenda peribadi', tetapi juga PAS, Timbalan Perdana Menteri, JAKIM, berpuluh-puluh NGO, laporan-laporan polis dan ratusan ribu rakyat Malaysia yang mahu melihat PDRM mengambil tindakan ke atas Eric Paulsen yang sudah lama lepas bebas dan bermaharajalela dengan hasutan serta penghinaan yang dibuatnya ke atas Islam dan umat Islam dengan berselindung di sebalik statusnya sebagai peguam.

Sepatutnya Latheefa Koya bersyukur dan berterima kasih kepada PDRM kerana penangkapan dan penahanan Eric Paulsen bukan sahaja untuk keselamatannya tetapi berjaya juga mengekang kemarahan orang ramai yang sudah tidak dapat menahan sabar dengan kerenah serta kesombongan yang ditunjukkan oleh Eric Paulsen.


Kalau Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng yang merupakan ketua Eric Paulsen sendiri serta rakan-rakannya gagal mempertahankan Eric Paulsen selain menutup mulut masing-masing kerana bimbang sesuatu seperti di Perancis membabitkan akhbar satira berdanakan Zionis Israel, Charles Hebdo, berlaku di Malaysia, mengapa pula Latheefa Koya berkokok dan meroyan apabila PDRM bertindak 'menjaga' Eric Paulsen?

Adakah Latheefa Koya ternampak-nampak masalah, terutama pendedahan membabitkan dana yang diterima oleh Lawyers for Liberty dari NED yang sudah mula dibuat di media-media sosial, akan menyukarkannya dalam melakukan pembelaan sepertimana gagalnya dia memenangkan Hishamuddin Rais, SI ATHEIS TUA yang telah didapati bersalah oleh mahkamah kerana melakukan hasutan pada minggu lepas?

Apatah lagi dia dan Eric Paulsen sememangnya mempunyai peranan langsung dalam Lawyers for Liberty!!!

Sekarang, siapa sebenarnya yang mempunyai agenda peribadi?


 
Blogger Templates