Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label pas-umno. Show all posts
Showing posts with label pas-umno. Show all posts

Tuesday, March 5, 2019

HARI INI DALAM SEJARAH, ROMBONGAN PAS MEMASUKI IBU PEJABAT UMNO DEMI MEMBELA UMAT ISLAM DAN SYIAR ISLAM SERTA HARTA MELAYU-BUMIPUTERA YANG SEDANG DIJARAH PAKATAN HARAPAN!!!



Ketika MCA dan MIC menggunakan nama Setiausaha Agung Barisan Nasional, Nazri Aziz yang juga merupakan Ahli Parlimen Padang Rengas sebagai punca mereka mengambil keputusan untuk berjauh hati dengan Barisan Nasional, satu lagi perkembangan menarik sedang berlaku.

Dari semenjak tahun 1951, PAS yang asalnya hanyalah sebuah Biro Agama dalam UMNO, mengambil keputusan untuk mendaftar sebagai sebuah parti politik yang terasing dari UMNO sehinggalah kemuncaknya pada tahun 1976 apabila PAS memulakan kempen mentakfir UMNO kerana ulah beberapa orang pemimpin utama UMNO khususnya Dr. Mahathir, penghujung 2003 PAS yang dipimpin oleh Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sudah mula memperlihatkan sikap lunak terhadap UMNO yang berada di bawah kepimpinan Tun Abdullah Badawi.


Dan kelunakan serta kemesraan antara PAS dan UMNO semakin terserlah apabila Datuk Seri Najib Tun Haji Abdul Razak mengambilalih tampuk kepimpinan UMNO. PAS dan UMNO cuba melupakan persengketaan silam mereka selain cuba mencari titik persamaan biarpun pada 9 Mei 2018, mereka masih bertanding sesama sendiri dalam PRU-14.

Kesilapan pada PRU-14 menyaksikan kuasa Islam, Melayu dan Bumiputera tergadai. 126 kerusi Parlimen yang sepatutnya dikuasai oleh PAS atau UMNO, akhirnya diserahkan kepada musuh politik mereka, iaitu PKR, DAP, PPBM dan PAN menerusi majoriti kecil kesan daripada pertandingan tiga penjuru.

Bermula 9 Mei 2018, Malaysia berhadapan dengan kehancuran ekonomi dan kewangan yang sangat teruk. Lebih teruk lagi ialah apabila Kerajaan Pakatan Harapan dilihat memangsakan apa-apa sahaja ekuiti, aset dan harta yang berkaitan Melayu-Bumiputera dan Islam. Penjarahan dan penghinaan turut dilakukan secara berleluasa terhadap agama Islam, dan apa-apa sahaja yang berkaitan peruntukan untuk Melayu-Bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Gangguan dan provokasi tersebut akhirnya membuatkan umat Islam dan Melayu mendesak agar PAS dan UMNO memulakan kerjasama secara rasmi dan secara jitu.

PRK Parliman Cameron Highland dan PRK DUN Semenyih yang menyaksikan kemenangan calon Barisan Nasional (UMNO) dalam majoriti yang selesa, merupakan titik mula kepada kerjasama atau penggabungan yang lebih rasmi.




Hari ini, 5 Mac 2018, pada jam 5:00 petang, rombongan jawatankuasa PAS berhubung kerjasama dengan UMNO buat kali pertama melangkah masuk ke Ibu Pejabat UMNO dan bermesyuarat di Menara Dato Onn sebelum membuat sidang media bersama pada jam 5:30 petang.

Sesuatu yang paling ditakuti oleh Pakatan khususnya DAP, kini telah menjadi kenyataan. Sekurang-kurangnya ada dua buah negeri yang sedang terancam apabila PAS dan UMNO bergabung iaitu Kedah dan Perak.


Gabungan PAS dan UMNO di Kedah akan menghasilkan kedudukan kerusi DUN sebanyak 17 (2 UMNO + 15 PAS dengan satu kerusi iaitu Guar Chempedak telah melompat parti pada November 2018 berbanding Pakatan, 18 + 1 kerusi DUN. Manakala gabungan PAS dan UMNO di Perak pula menguasai 30 kerusi DUN berbanding Pakatan yang hanya menguasai 29 kerusi DUN.

Malah lebih daripada itu pula, banyak kerusi-kerusi Parlimen yang dimenangi oleh Pakatan menerusi majoriti mudah akibat pertandingan tiga penjuru membabitkan UMNO-BN, PAS dan Pakatan, turut memperlihatkan ancaman ke arah menjadikan Pakatan Harapan sebagai Kerajaan Sepenggal.




Friday, March 1, 2019

CLARE REWCASTLE-BROWN KANTOI BOHONG, CEK BANK ISLAM PULA TULISAN ANWAR IBRAHIM MEMAKSA RAFIZI CAMPURTANGAN!!!



Semakin dekat dengan hari membuang undi di DUN Semenyih, maka semakin banyaklah drama fitnah dan pembohongan yang disajikan untuk penonton dan orang ramai. Dan memandangkan sekarang ini, kekuatan UMNO dan PAS telah digembelingkan dan kelihatan benar-benar mengancam peluang Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri, maka antara UMNO dan PAS perlu dipecahkan.

Serangan ke atas UMNO telah berjaya menggunakan isu 1MDB, Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor. Kini serangan menggunakan modus operandi yang sama terhadap PAS pula dilakukan.

Rafizi Ramli dilihat mengetuai serangan tersebut dengan memanipulasi gambar sekeping cek dan 'bukti' yang dipaparkan oleh Clare Rewcastle-Brown kononnya Editor Sarawak Report tersebut telah dibayar oleh PAS dan Hadi Awang untuk membubarkan kes saman fitnah di London.

Rujuk:



Berturut-turut kali Rafizi memuatnaikkan status Facebooknya sehingga 'terlupa' sudah masuk waktu Solat Jumaat ketika dia bertekak di ruang komen dengan pengkomen-pengkomen yang mempertikaikan hujah-hujahnya.

Dan seperti biasa, Rafizi Ramli akan cuba menunjukkan dia lebih pandai dari orang lain apabila akaun Bank Islam yang dikatakan menjadi penyalur dana tersebut dimiliki oleh RAMELI BIN MUSA yang baginya merupakan PROKSI PAS dan Hadi Awang untuk pembayaran kepada Clare.

Semuanya bermula apabila netizen mempertikaikan kewujudan akaun tersebut apabila nombor akaun yang dipaparkan oleh Clare, telah dinafikan kewujudannya oleh Bank Islam sendiri.

Paling ketara ialah apabila netizen mempertikaikan mengapa orang yang menandatangani cek tersebut, dihitamkan. Begitu juga dengan tandatangan dan nombor akaun sebenar seperti yang tercatat pada bahagian bawah cek tersebut dihitamkan.

Namun yang paling menarik sekali ialah, tulisan pada cek tersebut dikaitkan secara langsung dengan Anwar Ibrahim. Dan kebetulan pula, Anwar Ibrahim yang beria-ia berucap dalam ceramah PRK DUN Semenyih, dia mempunyai bukti iaitu sehelai kertas hitam yang didakwanya sebagai bukti.


Blogger MINDA RAKYAT turut mempertikaikan kesahihan cek yang ditampilkan sebagai bukti oleh Clare itu.

1) Pelik sungguh .. cek kononnya dari TGHA ialah kepada Tetuan Americk Sidhu bukannya kepada Editor Sarawak Report .. sepatutnya Americk Sidhulah yang membuat pengesahan bahawa cek berkenaan sememangnya dari TGHA untuk tujuan pembayaran penyelesaian kes saman fitnah luar mahkamah antara PAS/TGHA dengan Editor Sarawak Report.

2) Macam mana Sarawak Report boleh dapatkan salinan cek berkenaan sedangkan ianya diberikan kepada Tetuan Americk Sidhu???

3) Mengapa beberapa butiran amat penting dihitamkan dari pengetahuan dan penilaian umum seperti siapa tanda tangan dan nombor akaun bank cek berkenaan??

4) Dimana pengesahan dari Bank Islam pengesahan yang cek berkenaan kepunyaan TGHA dan dibayar kepada Americk Sidhu???

5) Cuba perhatikan tulisan cek berkenaan .. macam pernah kenal dan nampaklah sebelum ini siapa punya tulisan??? Tapi dimana ya??? Tulisan siapa ya???



Kelakarnya, peguam Americk Sindhu yang namanya terpapar pada cek Bank Islam pun tak berapa berani nak defend dan mengaku dia telah menerima wang berkenaan, sebaliknya menyerahkan kepada Maybank pula untuk menjawab bagi pihaknya. 

Sunday, February 17, 2019

PAS TIDAK BOLEH JADI BODOH, MAHATHIR PERLU DIAJAR DENGAN MELAWANNYA BUKAN MEMATUHINYA!!!



Akhirnya petang tadi, PAS menerusi Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hasan terpaksa menjelaskan tentang permasalahan yang melanda parti tersebut kesan dari mulut Mahathir.

Mahathir sempat menggemparkan seluruh negara dan jentera propaganda PAS dan UMNO dengan membuat pendedahan kononnya dalam pertemuannya dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, PAS berjanji tidak akan membantu UMNO BN dalam PRK DUN Semenyih.

Untuk seketika, kecohlah seluruh negara. Kata-kata Dr. Mahathir nyata menjejaskan tumpuan dan perhatian UMNO-PAS dalam kempen di DUN Semenyih. Jentera PAS yang telah bertungkus lumus semenjak kematian penyandang kerusi tersebut dari PPBM, menunggu-nunggu keputusan rasmi dari Presiden atau kepimpinan tertinggi PAS.

Manakala UMNO pula kelihatan sedikit kendur apabila rakan kongsi baru mereka dikatakan akan memboikot dan enggan membantu mereka, tidak sepertimana di Cameron Highland yang menyaksikan UMNO-BN berjaya mengekalkan kerusi Parlimen tersebut dengan majoriti yang lebih besar berbanding semasa PRU-14.


Petang tadi, PAS menerusi Setiausaha Agung PAS telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi yang menafikan sama sekali tohmahan yang dibuat oleh Dr. Mahathir. Pada masa yang sama, terkeluar juga cerita tentang kekalutan Mahathir untuk mempertahankan jawatannya sebagai Perdana Menteri kerana sudah wujud ura-ura yang DAP dan PKR dari fraksi Anwar Ibrahim akan membuat Undi Tidak Percaya terhadapnya di Parlimen nanti.

Takiyuddin dalam kenyataan rasminya berkata, PAS tidak pernah berjanji akan memboikot UMNO dn Semenyih. Sebaliknya bersetuju untuk membantu Dr. Mahathir mengekalkan kuasa sehingga ke PRU-15 atas dasar Melayu dan Islam. Kehadiran dan bantuan PAS di Semenyih juga tidak seperti di Cameron Highland kerana PAS berpendapat, 'pertempuran' di Semenyih adalah antara Melayu dengan Melayu, berbeza dengan di Cameron Highland apabila calon Melayu-Bumiputera berhadapan dengan calon DAP. Kemenangan DAP di Cameron Highland bererti pengukuhan kuasa DAP di Parlimen. (RUJUK SINI)


Pertemuan antara Abdul Hadi Awang dengan Dr. Mahathir telah dimanipulasi sepenuhnya oleh Dr. Mahathir. Abdul Hadi Awang dan PAS cuba diperangkap oleh Dr. Mahathir yang semakin terdesak untuk mempertahankan kedudukan dan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Sejarah politik Mahathir sebenarnya penuh dengan tipu muslihat. Royalti minyak seringkali menjadi senjata utama Mahathir untuk menipu dan memperdayakan PAS. Sama seperti bantuan untuk projek air pada zaman Almarhum Nik Abdul Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan yang akhirnya memberikan kelebihan besar kepada Mahathir dalam proses tarik talinya.

Begitulah juga yang berlaku dalam kes Royalti Petroleum yang sepatutnya sudah pun selesai dan mula dinikmati oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu sekiranya Najib Abdul Razak tidak ditumbangkan dan Barisan Nasional tidak hilang kuasa.

PAS atau Kerajaan-Kerajaan Negeri seperti Terengganu dan Kelantan selain Sabah dan Sarawak sebenarnya tidak boleh berharap dan terus memujuk Dr. Mahathir agar memulangkan hak mereka. Satu-satunya cara untuk membuatkan Mahathir tunduk dan menghormati perjanjian adalah dengan mengalahkannya, bukan dengan menandatangani perjanjian dengannya.

Ini adalah kerana Mahathir terlalu cenderung untuk mungkir janji. Hanya dalam keadaan tersepit ketika dalam kes Al-Maunah, Palestin-Zionis dan serangannya ke atas UMNO, Mahathir akan berpaling mendapatkan bantuan PAS. Bemula dari tahun 1969 selepas dia dibuang dari UMNO, dia  berada di pentas ceramah PAS. Kemudian apabila diterima semula, dia merupakan tenaga penggerak utama untuk  menyingkirkan PAS dari Barisan Nasional pada 1974 dan seterusnya membawa UMNO bermusuh dengan PAS ke tahap paling teruk dalam sejarah peradaban bangsa dengan isu takfir dan kemuncaknya adalah Isu Tragedi Memali.

Dalam keadaan apa pun, untuk mencapai matlamatnya, Mahathir akan menjadikan PAS sebagai mangsa dan batu loncatannya!

PAS sepatutnya sudah masak dengan permainan Dr. Mahathir. PAS sepatutnya membalas balik permainan Dr. Mahathir itu dengan memalukannya kembali. PAS tidak boleh sama sekali berharap yang Mahathir akan mengotakan janjinya walaupun PAS mengotakan setiap janji mereka kepada Mahathir. Royalti minyak dan projek pembangunan di Pantai Timur adalah perkara yang paling dibenci oleh Mahathir kerana dendamnya kepada negeri-negeri Pantai Timur tidak pernah susut dan surut meskipun dia sudah pun berusia 94 tahun.

PRK DUN Semenyih boleh menjadi batu loncatan untuk mengajar ahli politik paling tua di dunia itu tentang politik zaman digital yang sebenar. Kalau royalti minyak dijadikan Mahathir sebagai senjata, justeru PAS dan UMNO sebenarnya boleh menjadikan USUL UNDI TIDAK PERCAYA yang akan dihadapi oleh Mahathir di Parlimen nanti sebagai galang gantinya!

Jentera UMNO dan PAS di Semenyih boleh menarik nafas lega buat masa ini tetapi serangan bawah pinggang akan terus dilakukan oleh Dr. Mahathir dalam usaha diktator tua itu untuk mendapatkan imuniti bagi menjarah dan melelong harta-harta serta rezab Melayu-Bumiputera yang ada.

Thursday, December 28, 2017

PAKATAN BERMIMPI INDAH DI KEDAH, PAS DAN UMNO TETAP JUGA SELESA!!!



Bukan lagi satu rahsia bilamana PKR sangat berhajat untuk menguasai Kedah buat kali pertama pada PRU akan datang. Walaupun PKR sekarang ini dilihat seperti menguasai Selangor, hakikatnya Selangor terpaksa dikongsi oleh PKR bersama-sama dengan PAS dan DAP. Dan walaupun PKR perlu akur dengan arahan serta perintah DAP agar memutuskan hubungan dengan PAS, PKR tidak mampu berbuat begitu kerana jikalau PAS keluar dari Pakatan di Selangor, bermakna PKR akan kehilangan segala-galanya.

Dalam keadaan sekarang, terutama apabila PRU semakin hampir, PKR tidak boleh sama sekali kehilangan Selangor. Lebih-lebih lagi apabila pelbagai pendedahan tentang penyelewengan dan skandal di Selangor membabitkan wang Kerajaan Negeri serta tanah sehingga membuatkan Azmin Ali tidak senang duduk.

Sebab itulah, PKR tetap terpaksa menerima PAS di Selangor meskipun pada masa yang sama, terus menerima desakan daripada DAP.

Disebabkan itulah, PKR mahu menguasai Kedah secara total, sepertimana DAP menguasai Pulau Pinang.

Walaupun pada masa yang sama, PKR tahu Kedah juga diintai oleh PPBM menerusi usaha-usaha Mukhriz Mahathir yang mahu kembali menjadi Menteri Besar Kedah, selain PAN yang mempunyai 'dendam peribadi' terhadap PAS di Kedah, manakala DAP pula mahu menambahkan kerusi yang akan ditandingi pada PRU akan datang, PKR sudah mula menggerakkan usaha untuk mencapai matlamat mereka.

Kerusi-kerusi DUN di Kedah Selatan menjadi sasaran utama. Padang Serai, Kulim-Bandar Bahru, Sungai Petani dan Merbok, setidak-tidaknya menjadi pemangkin kepada usaha PKR. Begitu juga beberapa DUN di bahagian utara termasuklah Pokok Sena, Kubang Pasu dan Jitra, turut dirasakan berpotensi untuk PKR.

Pembahagian kerusi antara komponen Pakatan Harapan masih belum dibuat dan diputuskan. Namun itu bukanlah satu halangan untuk cita-cita besar. Pakatan Harapan pastinya akan menemui formula terbaik dalam tempoh singkat untuk menyelesaikan masalah tersebut, lebih-lebih lagi Pakatan yang diketuai oleh DAP akan hanya mengutamakan kepentingan DAP sahaja, manakala parti-parti lain perlu menurut kata-kata DAP, termasuklah di Kedah. Doktrin, 'Tumbangkan UMNO-BN Dengan Apa Cara Sekalipun', pasti akan digunakan sekali lagi.

Jadi, Pakatan Harapan akan mempamerkan kerjasama yang padu sehinggalah PRU-14. Kalau ada pun pergaduhan atau pertikaian, akan hanya berlaku selepas itu. Dan berbanding PAN serta PPBM, DAP lebih berpihak kepada PKR walaupun PKR mungkin akan mencuri ahli, pemimpin mahupun kawasan DAP untuk menang memandangkan kecenderungan PKR untuk meletakkan calon seramai-ramainya di DUN Kedah, sama seperti yang mereka lakukan dalam PRN Sarawak dan di negeri-negeri lain.

Tidak boleh dinafikan, besar kemungkinan taktik dan usaha PKR serta Pakatan di Kedah akan lebih berjaya pada PRU-14 kali ini. Sebabnya, PAS dan UMNO, dua buah parti tradisi yang biasanya saling berlawan antara satu sama lain, sedang berhadapan dengan beberapa masalah tersendiri.

PAS dilihat kehilangan ramai tokoh-tokoh pemimpin dan calon-calon tempatan sama ada kepada PAN, PASMA mahupun kepada PPBM. Pertelingkahan dalaman PAS Kedah terutama terhadap bekas Setpol MB Kedah pada zaman Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, Sanusi Mohd Nor memuncak. Ramai pemimpin PAS Kedah yang tidak berpuas hati dengan Sanusi. Biarpun tidak meluahkan perasaan mereka secara terang-terangan tetapi fenomena, 'pakai baju hijau tetapi perangai oren', semakin berleluasa di Kedah.

Manakala UMNO-BN yang berjaya merampas Kedah dari tangan PAS pada PRU-13 lalu, berhadapan dengan fenomena pemimpin-pemimpin dan calon-calon tua selain beberapa orang ADUN sedia ada yang dilihat gagal menjalankan tugas mereka dengan berkesan di kawasan masing-masing. Setakat ini, belum ada muka-muka baru yang ditampilkan oleh UMNO-BN sebagai pelapis meskipun beberapa nama seringkali disebut-sebut dan 'diperkenalkan' menerusi media namun tidak mempunyai atau mencetuskan sebarang faktor 'WOW'.

Walaupun UMNO-BN Kedah berkeyakinan besar akan mempertahankan kedudukan mereka di negeri itu, namun keadaan di Kedah sebenarnya amat terbuka. Seandainya PKR, DAP, PAN dan PPBM berjaya menyelesaikan atau merundingkan masalah mereka secara lebih teratur, tidak mustahil, PAS dan UMNO-BN akan kembali menjadi pembangkang di negeri Kedah pada PRU-14 nanti.

Dalam tempoh yang amat singkat sebelum PRU-14 diumumkan, sudah tidak banyak yang mampu dilakukan kecuali kempen dan propaganda secara berterusan. Sesuatu yang penting yang perlu dilihat dan diperhalusi ialah sikap para pengundi yang sudah banyak berubah berbanding 10 PRU yang lepas. Kempen dan propaganda semata-mata, sudah tidak laku lagi kerana para pengundi akan turut menilai prestasi wakil-wakil rakyat yang mewakili parti masing-masing di kawasan mereka. Mana-mana parti politik yang mengambil mudah serta bersikap terlalu selesa, pasti akan menempah masalah!!!


Tuesday, October 10, 2017

PAS-UMNO KERJASAMA... MAKIN BIRULAH MATA PAN, BERCACINGLAH MATA DAP DAN PKR!!!



Bekas Timbalan Presiden Pas Datuk Dr Nasharudin Mat Isa berpendapat kerjasama antara Pas dan UMNO dilihat semakin cerah dan akan memberi manfaat kepada Malaysia sejajar dengan konsep wasatiyyah atau kesederhanaan.

Menurutnya, Pas dan UMNO tidak perlu bergabung tetapi mengadakan kerjasama demi kestabilan politik dengan mengetepikan perbezaan masing-masing.

"Saya optimis kerjasama tersebut dapat menyatupadukan orang Melayu dan rakyat Malaysia ke arah sebuah negara yang aman damai. Saya masih berpegang kepada kaedah kerjasama itu untuk berbincang dan merancang masa depan politik dan melihat sesuatu demi kepentingan negara," katanya.

Nasharudin yang merupakan Pengerusi Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) berkata demikian ketika menjawab soalan seorang peserta yang ingin tahu tahap wasatiyyah diamalkan Pas-UMNO selepas menyampaikan syarahan umum bertajuk 'Gerakan Kesederhanaan Global: Membina Jambatan dan Menghapuskan Halangan Menerusi Kesederhanaan' di Wisma Putra di sini, hari ini.

Katanya perkembangan hari ini menyaksikan Pas yang dipimpin oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memiliki nada yang berbeza dalam isu kerjasama PAS-UMNO berbanding kepimpinan sebelumnya, yang sudi membuka jalan perbincangan kepada Barisan Nasional (BN).

"PAS tidak perlu sertai UMNO dan sebaliknya. Tetapi apa yang penting kedua-dua parti perlu bekerjasama mencari formula terbaik demi kebaikan kedua-dua belah pihak," katanya.

-- BERNAMA


Tuesday, June 21, 2016

SEDAP BUDAK BELAAN DAP BANTAI PAS, WALAUPUN HAKIKATNYA DISOKONG PENUH DAP PUN, PAN TETAP KALAH!!!



PAS dipersalahkan kerana kekalahan calon PAN di Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Suara-suara sumbang terutama daripada kepimpinan PKR membabitkan isu tersebut, semakin lantang kedengaran, seolah-olah PAS terhutang nyawa dengan PKR dan perlu menurut segala kehendak PKR.

Manakala pemimpin PAN seperti Salahuddin Ayub pula mengajak dan memujuk PAS agar bergabung dengan PAN bagi membolehkan DAP menang dan menguasai mudah kerusi-kerusi Parlimen dan DUN di seluruh Malaysia pada PRU-14 nanti.

Seolah-olah PAS adalah parti serpihan PAN yang ditubuhkan oleh DAP selepas kegagalan DAP menumbangkan kepimpinan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dalam pemilihan PAS lalu. Segala bantuan yang diberikan oleh PAS bagi membolehkan DAP dan PKR berdiri megah sekarang ini, telah luput langsung dan tidak dihargai.

PAS bagaimanapun, menyambut sinis pelawaan PAN dan PKR. Sebaliknya bertegas, PAS mungkin akan bekerjasama dengan UMNO pada PRU akan datang.

Pendirian PAS itu, pasti akan membimbangkan PKR memandangkan dari tahun 1999, PKR terlalu bergantung kepada PAS, tidak sahaja sebagai jentera sebaliknya untuk mendapatkan sokongan. Tanpa PAS, PKR sudah lama terkubur.

Berbeza dari sebelumnya, walaupun PAS kalah di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, para pemimpin PAS seperti Nik Abduh Nik Abdul Aziz melahirkan kegembiraan berhubung prestasi parti tersebut dalam kedua-dua PRK. Bahkan terus memberikan semangat walaupun pada masa yang sama, PAS dikhianati oleh para pemimpin yang lahir dalam bedungan PAS tetapi kemudian memilih untuk menyembah DAP.

Itulah yang membuatkan PKR dan DAP serta PAN bertambah risau. Walau kalah pun, PAS tetap bergembira dengan kemenangan UMNO-BN. Keadaan itulah yang menimbulkan syak wasangka dan teori kononnya PAS akan bergabung dengan UMNO bagi mewujudkan sentimen kebencian dan kemarahan di kalangan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS sendiri.

Drama PAS dengan PKR-DAP-PAN masih belum selesai terutama sekali di Selangor. Azmin Ali semasa PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah menyatakan sokongan terhadap PAN walaupun yang menjadi rakan kongsinya dalam Kerajaan Negeri Selangor adalah PAS.

Bagaimana sekiranya, PAS Selangor mengambil keputusan menarik diri daripada Kerajaan Negeri Selangor dan meninggalkan Pakatan DAP-PKR-PAN yang hanya memiliki 27 kerusi DUN berbanding UMNO-BN 12 dan PAS, 13 selain satu Kerusi BEBAS yang dimiliki oleh Khalid Ibrahim?

Bagaimana pula dengan Azmin Ali yang sudah pasti mengetahui kedudukannya sedang diancam oleh LANGKAH KAJANG II yang digerakkan oleh Rafizi Ramli dan Wan Azizah?

Masa masih panjang dan drama kemelut kuasa di Selangor, masih pada peringkat awal....


Thursday, December 17, 2015

MOHON SENTAP DAN MOHON JUGA HASUTAN MELAMPAU!!! NAJIB DAN HADI AWANG DAH DUDUK SEPENTAS!!!



Puak ratib UG dan pemeluk akidah DAP-Kit Siang-Guan Eng, sudah boleh memulakan kerja mereka secara aktif sekarang.

Lim Kit Siang dan fraksi yang bermusuh dengan anaknya, Guan Eng yang diketuai oleh Nga Kor Ming sudah pun sepakat dalam usaha menakut-nakutkan seluruh rakyat Malaysia serta penyokong totok UMNO dan PAS tentang 'bahayanya' penyatuan kedua-dua parti tersebut.

Ditambah api oleh para penyokong Mat Sabu dalam parti cap cangkul, PAN, gambaran yang perang besar akan tercetus dan bukan Melayu serta bukan Islam akan diancam kepupusan selain semua hak mereka dirampas, bagaikan menjadi nyata apabila beberapa pihak dari PAS sudah menyambut huluran silaturrahim oleh UMNO.


Kecuali beberapa pihak PERASAN yang masih berteori kononnya UMNO berada dalam keadaan yang sangat lemah ketika menghulurkan salam perdamaian, tanpa sedar bahawa PAS daripada 20 kerusi sekarang ini hanya tinggal 14 dan kalau ditolak kepada Ahli-Ahli Parlimen PAS yang sebenarnya sudah menyertai PAN tetapi enggan berterus-terang, jumlah kerusi Parlimen PAS tidak sampai setengah daripada jumlah yang ada sekarang.

DAP merupakan pihak yang paling kalut apabila PAS dilihat seperti akur dengan keadaan mereka sendiri. DAP menerusi Lim Kit Siang giat memberikan gambaran kononnya PAS akan ditindas oleh UMNO walaupun di dalam Pakatan Rakyat, DAP bukan sahaja menindas, bahkan telah menjadikan PAS sebagai babi belaan yang hanya dihidangkan dengan sisa-sisa makanan sedangkan makanan sebenar yang berkhasiat dibolot habis oleh DAP.


Gambar Abdul Hadi Awang bersama-sama Najib berkongsi pentas dalam majlis Multaqa Alumni Al-Azhar sepatutnya sudah boleh dijadikan BUKTI oleh puak ratib UG dan pemeluk akidah DAP untuk terus menggemparkan sekaligus mewujudkan gelombang penentangan yang lebih besar dengan berita menakutkan, UMNO akan 'menjajah' PAS atau PAS akan bergabung dengan UMNO.

Mereka bolehlah menghilangkan perkataan KERJASAMA atau buat-buat bodoh serta bangang tolol tentang PENGERTIAN dan definisi KERJASAMA politik bagi membolehkan para penyokong mereka naik angin serta membesar-besarkan cerita tentang PAS telah dikuasai oleh UMNO!!!

Dipersilakan...


Tuesday, December 15, 2015

AKUI PAS MEMANG DAH LAMA KERJASAMA DENGAN UMNO, MENTERI BESAR KELANTAN SERAHKAN KEPADA PAS PUSAT UNTUK TENTUKAN KERJASAMA POLITIK DENGAN UMNO!!!



PAS Kelantan menyerahkan kepada PAS Pusat untuk menentukan kerjasama politik dengan UMNO.

Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Ahmad Yakob, berkata keputusan itu hanya akan diputuskan pucuk pimpinan tertinggi parti dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun, beliau mengakui kerjasama antara kerajaan PAS Kelantan dan Kerajaan Pusat sudah lama berlaku.

Sehubungan itu, katanya, apa yang didakwa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed itu adalah benar.

"Kerjasama dari segi pengurusan perkhidmatan dan tugas kepada rakyat antara dua kerajaan ini sudah lama dan memang wujud dalam perlembagaan.

"Ada Kerajaan Pusat kerana adanya kerajaan negeri, mana boleh kerajaan negeri sahaja. Begitu juga Kerajaan Pusat, mana boleh wujud tanpa kerajaan negeri," katanya ketika ditemui pada Sambutan Hari Integriti Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2015 di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim, Selasa-15/12/2015. (AGENDA DAILY)

Tuesday, November 24, 2015

NAIB KETUA PEMUDA PAS BERTERIMA KASIH KEPADA LIM GUAN ENG DAN DAP SEBAB NAK TENGOK UMNO-PAS BERGABUNG!!!



DPPM mengucapkan setingi-tinggi terima kasih atas sifat “prihatin” Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang tidak pernah berhenti menyatukan PAS dengan UMNO melalui kenyataan-kenyataan beliau. Namun, PAS amat jelas dan faham akan tahap meroyan beliau yang dilihat masih kecewa kerana impiannya untuk melihat Presiden PAS dijatuhkan dalam Muktamar lepas melalui rakan-rakan politiknya dalam parti Amanah sekarang telah menemui kegagalan.

Serangan LGE atas nama DAP kepada PAS bukanlah perkara baru. Malah setiap minggu jika beliau tidak sebut PAS mahu bergabung dengan UMNO memang tidak sah dan nampak pelik. Pemuda PAS sungguh terhibur dengan lawak PAS-UMNO yang tiada berkesudahan sejak 2008. Hampir 7 tahun berlalu, gossip PAS bergabung dengan UMNO dimainkan daripada PAS bersama dalam Pakatan Rakyat hingga bersendirian.

PAS kekal istiqmah dengan perjuangannya tanpa sedikit pun ruang untuk bergabung dengan UMNO seperti yang dicita-citakan oleh LGE. Memang pelik bila DAP lebih bersungguh mahu PAS bergabung dengan UMNO berbanding orang PAS sendiri, mereka pula yang lebih ghairah bermimpi hingga melupakan tanggungjawab mereka dalam menguruskan amanah rakyat dan parti mereka sendiri.

Kini mereka mahu membuang PAS di Pulau Pinang dan Selangor. Sepanjang 7 tahun difitnah, PAS kekal bersama mempertahankan Kerajaan Selangor, berjuang mempertahankan Kerajaan Perak yang digulingkan, menyokong dasar-dasar positif Kerajaan Pulau Pinang.

Namun, semua itu mereka padamkan dari sejarah, hanya kerana dendam selepas PAS menolak calon MB Selangor dari DAP dan PKR. Selepas PAS mengisytiharkan untuk membawa undang-undang hudud Kelantan ke Parlimen. Selepas PAS umumkan sikap berkecuali bagi cadangan Bajet 2016.

DAP memang suka dilihat sebagai parti yang suka cari gaduh dengan rakan-rakan sekutu mereka dan cuba menunjukan perangai “Abang Besar” dalam Pakatan. Tidak cukup dengan PAS, kini DAP mula menyerang PKR di Pulau Pinang pula dan menuduh 5 Adun PKR yang mengambil keputusan berkecuali dari menolak usul tebus guna tanah seluas 2,600 hektar untuk diperdebatkan secara umum. Sekaligus DAP menuduh bahawa 5 Adun PKR ini menyokong dan bersekongkol dengan UMNO yang mengemukakan Usul berkenaan. Asal berkecuali atau tidak menyokong mereka, pasti akan dikatakan menyokong UMNO.

Sebelum itu, pada persidangan DUN Pulau Pinang Mei lepas Kerajaan DAP telah mengugurkan 4 dari 5 usul yang dikemukakan oleh Adun PKR (Penanti), Norlela Ariffin hingga mencetuskan rasa ketidakpuasanhati dan menunjukan sikap ‘double standard’ DAP Pulau Pinang terhadap usul-usul yang dikemukakan oleh Adun-adun selain dari DAP. DAP semakin angkuh khususnya di Pulau Pinang dan cuba membolot semua keputusan-keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri hingga mengenepikan hak parti-parti Pakatan lain untuk bersuara.

Sikap DAP inilah yang merosakkan hubungan Pakatan Rakyat selama ini dan pasti akan terus menjadi duri dalam daging dalam Pakatan Harapan yang menjadi pentas lakonan baru mereka. Mereka sanggup bergabung untuk dapatkan kuasa, dan bila sudah dapat kuasa mereka akan tunjuk perangai besar kepala.

PAS juga mengingatkan agar DAP turut melihat kepincangan dalam organisasi mereka sendiri, di mana amalan demokrasi yang gagal begitu terserlah sebelum mempersoalkan dasar-dasar PAS. Jika pemilihan PAS mengangkat dan menolak pemimpin yang sepatutnya, pemilihan DAP Selangor pula berlaku sebaliknya. Tony Pua yang menduduki carta undian nombor 8, jauh di belakang Gobind Singh Deo diangkat sebagai sebagai Pengerusi DAP Selangor sekaligus menidakkan mandat perwakilan yang memilih pemimpin terbaik mereka. Nampaknya nama parti itu, “DAP - Parti Tindakan Demokratik” perlu ditukar sebagai Parti Tindakan Kuku Besi!

DAP yang juga bangga mencanangkan bahawa parti mereka kini mendapat sokongan masyarakat Melayu ternyata masih gagal menempatkan pemimpin Melayu dalam kalangan kepimpinan mereka melalui proses undian. Tiada satu pun pemimpin Melayu diterima dan diberikan mandat dalam pemilihan DAP Selangor dalam sesi pemilihan baru-baru ini. Slogan DAP ingin membawa perubahan kepada negara ini masih gagal diterjemahkan dalam pemilihan mereka, dan rakyat masih melihat DAP sebagai parti perkauman yang hanya mengunakan segelintir orang-orang Melayu untuk meraih undi bagi kemenangan mereka.

Segelintir pemimpin DAP juga begitu angkuh mengumumkan mahu bertanding di kubu-kubu PAS pada PRU akan datang. Marilah bertanding demi melunaskan dendam kesumat. Penyakit orang gila seperti ini, yang hanya mementingkan diri sendiri hingga membelakangkan kehendak rakyat seperti dalam isu MB Selangor bakal memberikan kerugian kepada diri mereka sendiri dan secara tidak langsung memberikan keuntungan kepada UMNO dan BN. DAP jelas tiada isu hendak dibangkitkan untuk menyerang PAS melainkan gosip PAS bergabung dengan UMNO.

PAS berharap agar pemimpin-pemimpin politik hari ini bersikap matang, dan menjaga parti masing-masing. Carilah isu-isu yang lebih konkrit untuk menewaskan PAS dan bukannya sekadar mengulang-ulang cerita lama yang tiada berkesudahan. Sibuk kata PAS bergabung dengan UMNO, akhirnya bila ombak besar tiba, mereka sendiri tercampak keluar dan hanyut di bawah telunjuk DAP yang koyak rabak dengan pelbagai masalah dalaman. Begitulah hebatnya takdir Allah. Sedikit demi sedikit, kebenaran itu muncul dan memalukan diri mereka. Maka bersabarlah wahai ahli PAS. Allah bersama dengan kita. Biarkan DAP dan sekutunya terus bermimpi PAS Bergabung dengan UMNO. Teruskan bermimpi!

Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar!

Mempersiap Generasi Kemenangan”

Beristiqamah Hingga Kemenangan”

IR. HJ. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN


Tuesday, October 27, 2015

HADI AWANG SIFATKAN AHLI PARLIMEN YANG ANTI-NAJIB DAN DEMO DENGAN PLAKAD SEMASA PEMBENTANGAN BAJET SEBAGAI TIDAK BERTAMADUN!!!



Presiden PAS, Abdul Hadi Awang seperti sedang membakar jambatan sekaligus mencabar kemarahan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng apabila membuat kenyataan yang persis membela Najib Abdul Razak, Presiden UMNO yang amat dibenci oleh Lim Kit Siang dan keseluruhan para pecacainya dari kalangan DAP dan PKR.

Hadi Awang mengutuk Ahli-Ahli Parlimen pembangkang yang membuat demonstrasi dan menjulang plakad semasa pembentangan bajet 2016 minggu lepas.

Menurut Hadi, Ahli-Ahli Parlimen tersebut telah menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab dan bertentangan sebagai manusia yang bertamadun.

Hadi merujuk kepada demonstrasi dalam Dewan Rakyat ketika Perdana Menteri membentangkan Bajet 2016 apabila beberapa orang Ahli Parlimen pembangkang membuat bising sambil mengangkat plakad yang bertulis, 'MANA RM2.6 BILION?'

"Kita mahu proses demokrasi yang dijalankan secara bertamadun dan beretika," kata Hadi.

Ahli-Ahli Parlimen parti perampas, AMANAH, seperti Khalid Samad pula terang-terang menunjukkan sokongan mereka kepada apa-apa sahaja yang dilakukan oleh DAP. Dalam hal ini juga, Khalid Samad menyokong penuh tindakan Ahli-Ahli Parlimen DAP yang menurutnya idak ada yang salah. Sebaliknya beranggapan ia adalah salah satu hak untuk menunjukkan tanggapan masing-masing.

Reaksi yang ditunjukkan oleh Hadi Awang, sudah pasti mengundang kecaman dan serangan bertali arus ke atasnya.

Beberapa orang Ahli Parlimen PAS termasuklah Nik Abduh sebelum ini dikecam oleh Ahli-Ahli Parlimen PKR dan DAP kerana tidak turut serta berdiri dan memegang plakad. Sebelum ini pun, Abdul Hadi Awang dan PAS dikatakan telah bersekongkol dengan Najib dan UMNO.

Monday, February 23, 2015

NAJIB ABDUL RAZAK AKHIRNYA MENCABAR LIM GUAN ENG-KIT SIANG SECARA TERANG-TERANGAN MENERUSI PERTEMUAN DENGAN MENTERI BESAR KELANTAN!!!



Pihak yang paling tidak suka kalau UMNO dan PAS berbaik-baik walaupun tidak duduk dalam satu saf, walaupun sekadar bekerjasama sebagai satu pasukan pro-kontra, adalah DAP!

Sebabnya DAP yang dipimpin oleh Lim Kit Siang dari tahun 1965 dahulu dan sekarang ini diwarisi pula oleh anak lelakinya, Lim Guan Eng, memerlukan keadaan di mana PAS dan UMNO yang mempunyai jumlah pengikut tegar terbesar dari kalangan 64% komposisi penduduk negara ini, berpecah dan saling berbalah.

Perbalahan antara PAS dan UMNO akan menjadikan DAP kuat serta sangat dominan. Disebabkan itulah, DAP kelihatan bersungguh-sungguh membantu dan memujuk PAS dalam Pakatan Rakyat agar meneruskan sistem permusuhan dengan UMNO walaupun pada tahun 2002, Allahyarham Fadhil Nor, bekas Presiden PAS sudah menyatakan tentang 'kerjasama' antara UMNO-PAS menerusi kemunculan serentak di atas pentas solidariti untuk Palestin sebagai simbolik bersam-sama dengan Dr. Mahathir, mantan Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu.

Belang PASMA sudah pun terdedah. Banyak pembohongan mereka yang menggunakan Allahyarham Nik Abdul Aziz sehinggakan orang tua itu terpalit dengan pelbagai tuduhan dan tanggapan tidak sepatutnya kesan daripada hasutan puak-puak PASMA atau awalnya dikenali sebagai PARASIT, kini tidak dapat lagi diteruskan terutama selepas Nik Aziz tidak lagi meneruskan khidmat sebagai Menteri Besar Kelantan dan menyerahkan teraju Kelantan kepada Ahmad Yaakob.


Husam Musa yang ternyata terkejut dengan keputusan tersebut telah melakukan pelbagai 'program' untuk menunjukkan dia adalah calon Menteri Besar Kelantan yang lebih sesuai.

Apabila musibah banjir besar melanda Kelantan pada penghujung tahun lepas, pihak pertama yang bergegas menghantar bantuan adalah UMNO dan Kerajaan Pusat. Selama lebih dua minggu banjir besar melanda disertai dengan bala balak-balak hanyut dari tapak penebangan balak terbesar di Hulu Kelantan yang telah diserahkan kepada sebuah syarikat milik dua orang pemimpin DAP dari Perak, golongan PASMA sekadar menjadi umang-umang dan kura-kura yang menyorok di dalam tempurung masing-masing. Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai, yang sepatutnya lebih terkesan kerana kawasannya merupakan kawasan paling teruk terjejas, hanya muncul seminggu selepas banjir besar dengan alasan dia berada di Makkah melakukan umrah, sedangkan beberapa orang pemimpin UMNO yang tidak mempunyai kedudukan, telah membatalkan aturcara umrah dan ziarah ke Tanah Suci semata-mata untuk bersama-sama rakyat Kelantan yang tegar menyokong PAS!

Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob segera mengakui bahawa Kelantan tidak berupaya langsung. Justeru, bantuan dari Pusat diperlukan. Pencuri-pencuri harta kekayaan dari Kelantan dari Perak, hanya sekadar menyumbang RM50,000 sedangkan jumlah kerugian kesan daripada kerakusan mereka adalah lebih RM1 bilion.

Dua hari sudah, Ahmad Yaakob yang juga merupakan salah seorang pemimpin utama dalam Dewan Ulama PAS Pusat mengisytiharkan PERANG KE ATAS PASMA. Pengisytiharannya itu telah membuatkan PASMA yang sedang mengatur langkah untuk menjahanamkan Hadi Awang pada pemilihan akan datang dan mengatur orang-orang mereka pada semua kedudukan penting kepimpinan parti tersebut, tersentak dan marah. Serangan segera dimulakan bagi menafikan konon-kononnya PASMA akan merampas PAS dan menyerahkannya untuk ditadbir dan diletakkan bawah perintah DAP/Lim Guan Eng.


Hari ini, di sebalik pertemuan Ahmad Yaakob dengan Najib Abdul Razak yang kedua-duanya mengumumkan pertemuan tersebut, turut didedahkan adalah rakaman audio suara BUGHAH Mat Sabu yang menjadi jeneral, mengarahkan agar serangan dipertingkatkan secara agresif agar Hadi Awang boleh diterajang dengan seberapa segera.

Ada sebab dan musababnya, Ahmad Yaakob bertemu dengan Najib Abdul Razak selain daripada untuk RAKYAT KELANTAN. Malah pertemuan tersebut merupakan sebenarnya melibatkan UMAT MELAYU-ISLAM yang diancam pengkhianatan kumpulan-kumpulan penyembah Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim yang terdapat dari Perlis sehinggalah ke Sabah!!!


Monday, January 26, 2015

BUAT ENAM BIJIK, MENYALAK SATU DUNIA... ORANG BUAT BERBARIS-BARIS RUMAH, DENDIAM SAJA!!!


Bukan main bersungguh lagi PAS Bangi (atau sebenarnya pecacai yang tongong) cuba mempopularkan bantuan yang diberikan kepada penduduk Kelantan yang terbabit dalam banjir. Projek rumah pasang siap yang kononnya telah disiapkan dalam tempoh dua hari sahaja, cuba dibangga-banggakan.

Dan yang lebih menarik lagi ialah apabila, ada yang bertanya, mengapa tiada bantuan daripada UMNO dan mengapa tiada kelibat Pemuda UMNO!

Aduhai...

Dari masa mula banjir di Kelantan, UMNO yang paling ke hadapan. Malah dalam pembinaan rumah untuk penduduk yang terjejas banjir juga, UMNO berada di barisan hadapan. Tak perlu bising-bising. Tak perlu letak batu asas. Tak perlu rasmi kerja. Tak perlu pecah tanah. Tahu-tahu dah tengah buat pun.


24 Januari lalu, MUKHRIZ MAHATHIR FC memaparkan gambar-gambar pembersihan serta permulaan pembinaan rumah-rumah untuk mangsa-mangsa banjir di Kampung Karangan, Manek Urai, Kelantan, sekaligus menunaikan janji yang telah dibuat oleh Menteri Besar Kedah itu kepada mangsa-mangsa banjir di kampung berkenaan yang merupakan antara yang paling teruk terjejas.

Tak ada pula bising-bising dan mendabik-dabik dada. Tak ada pula yang bertanya, mengapa Menteri Besar Kelantan tak buat perkara yang serupa, sebaliknya sekadar satu upacara pecah tanah selain retorik Ketua Pemuda PAS yang baru, Suhaizan Kaiat yang mahu memenuhkan dana pilihanraya menerusi tabung mangsa banjir.

Agak menarik untuk kita lihat, mereka yang biasanya buat kerja, tak banyak mulut. Tapi yang tak bekerja tapi baru nak bekerja, yang paling riuh dan berkompang supaya satu dunia tahu, mereka sedang bekerja!!!

Ingatkan banyaklah buah sangat rumah pasang siap yang dimegah-megahkan tuh... rupa-rupanya enam biji sahaja!!!

Ni baru betul-betul BIJIK!


Wednesday, December 3, 2014

AKHIRNYA PAS DAN UMNO BERSATU DI SELANGOR.... HASILNYA, CINA DAP TERKANGKANG DAN MEROYAN!!!


Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS dan Barisan Nasional (BN) menolak cadangan DAP agar diwujudkan jawatan timbalan speaker kedua untuk DUN Selangor.

Portal berita Malaysiakini melaporkan, ADUN Sabak Sallehen Mukhyi berkata jawatan speaker daripada DAP dan timbalannya daripada PAS sudah memadai.

“Keperluan timbalan speaker ini hanya untuk waktu bersidang sahaja. Yang sedia ada cukup efektif dah. Jadi, untuk seorang lagi timbalan speaker tidak perlu.

“Daripada guna duit itu untuk bayar (gaji) timbalan speaker, lebih baik disalurkan kepada rakyat,” Sallehen dipetik sebagai berkata oleh Malaysiakini.

Sementara itu, Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Shamsudin Lias dilaporkan berkata, tindakan DAP menuntut jawatan timbalan speaker menunjukkan parti itu tamak kuasa.

Shamsudin yang juga ADUN Sungai Burong dilaporkan mempersoalkan keperluan mewujudkan jawatan timbalan speaker kedua dan menganggap ia membazirkan wang rakyat.

“Saya nak nyatakan bahawa DAP ini tamak kuasa. Dah ada speaker daripada DAP, nak pula timbalan speaker. Apa lagi dia nak?

“Saya rasa tak perlu (jawatan timbalan speaker kedua). Sebab jika tidak, kuranglah tugas mereka (speaker dan timbalan speaker) sebab nanti akan dibahagi tiga, malah membazirkan wang rakyat,” katanya.

Isu ini timbul selepas Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua menyuarakan hasrat untuk melobi jawatan timbalan speaker kedua selepas PAS memenangi jawatan itu melalui undi rahsia yang dijalankan di DUN minggu lalu.

Sementara itu ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad pula berkata perkara berhubung pertambahan jawatan timbalan speaker tidak pernah dibincangkan sebelum ini.

Nik Nazmi berkata buat masa ini, beliau menyokong jika mengekalkan kuota jawatan yang sedia ada tanpa perlu menambah seorang lagi timbalan speaker.

“Isu itu tidak timbul sebab setakat ini kita tidak ada berbincang untuk perkara itu (jawatan timbalan speaker kedua) diadakan. Buat masa ini kita kekalkan apa yang ada pada hari ini iaitu satu timbalan speaker sahaja.

“Sistem sekarang sudah terbaik. Jadi, pada saya untuk masa sekarang tidak ada keperluan untuk tambah,” katanya.

sumber
 
Blogger Templates