Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label betty chew. Show all posts
Showing posts with label betty chew. Show all posts

Tuesday, March 21, 2017

RIZAL MANSOR CUNGKIL PEMBOHONGAN YEO BEE YIN BERHUBUNG BETTY CHEW, BINI GUAN ENG!!!



Penulis: Rizal Mansor

ADUN Damansara Utama telah menuduh saya berbohong dan mendakwa kononnya Betty Chew telah menolak tawaran dari PCCCC sebaik saja dimaklum hal itu. Sila rujuk lampiran ‘screenshot’ di bawah di mana nama Betty Chew telah pun tersenarai sebagai ahli di dalam komiti pengurusan dan pembangunan hartanah PCCC. Selepas seminggu dikritik, barulah dimaklumkan yang beliau telah menolak tawaran berkenaan.

Malah, dalam laporan yang disiarkan pada 14 Jan 2015 oleh edisi versi cetak Sin Chew (seperti yang dilampirkan), Datuk Choong Khuat Seng , pengerusi komiti itu telah mengesahkan bahawa Betty pada mulanya bersetuju untuk menerima tawaran jawatan itu.

"Datuk Choong berkata, semasa majlis makan Dewan beliau telah mempelawa Betty Chew untuk menyertai biro dan Betty bersetuju."


Juga telah dilaporkan di Malaysiakini : http://www.malaysiakini.com/news/286222

"When contacted, PCCC property development, construction and management committee convenor Finn Choong Khuat Seng claimed Chew agreed to join the committee when she was approached by the PCCC."

Berdasarkan laporan-laporan media di atas, ia menunjukkan Betty telah bersetuju dengan tawaran jawatan itu dan hanya menolak selepas dikritik hebat . Ia sangat berbeza dengan apa yang dinyatakan oleh Yeo yang kononnya Betty Chew telah menolak tawaran jawatan itu dengan segera sebaik sahaja dimaklumkan mengenainya.

Saya mahu Yeo membuat permohonan maaf atas tuduhan beliau yang mengatakan saya berbohong atau tindakan undang-undang akan diambil.

Yeo seperti tidak memahami peranan panel PCCC itu yang bertujuan membantu memudahkan urusan perniagaan khususnya peniaga-peniaga dari Pulau Pinang dalam bidang pembangunan hartanah . Hal ini jelas menunjukkan ‘conflict of interest’ kerana suami beliau sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap EXCO tanah dalam negeri itu yang memainkan peranan penting meluluskan isu dan hal berkaitan tanah di negeri itu.


Saya berasa pelik bagaimana Yeo boleh membandingkan hal berkaitan peranan komiti PCCC yang membantu peniaga-peniaga dalam urusan perniagaan mereka dan peranan Datin Seri Rosmah sebagai penaung bagi PERMATA yang memberi pendidikan yang lebih baik untuk kanak-kanak? Sekali lagi saya minta Yeo untuk faham apa maksud ‘penaung’ itu sendiri.

Selain itu, saya juga mendapati Yeo langsung tidak menyentuh mengenai pendedahan berkaitan syarikat Excel Property.

Saya masih menunggu komen Yeo untuk persoalan berikut ;

Adakah Betty Chew pernah menjadi pengarah syarikat perunding hartanah Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd bersama Phang Li Koon dan adik beradik Phang?

Syarikat Excel Property ini menyatakan bahawa "nature of business" adalah "Property management and consultancy services".

Bukankah jelas ada 'conflict of interest' di situ di mana Betty ada kepentingan di syarikat yang menjadi perunding kepada pihak pemaju dan hartanah ketika suaminya ialah Ketua Menteri serta EXCO tanah?

Adakah sebab nak menjaga kedudukan dalam parti DAP, YB lebih rela bersikap hipokrit dan berdiam diri dalam hal ini?


Monday, March 20, 2017

YEO BEE YIN ADUN DAP DAMANSARA UTAMA KENA JAWAB, KENAPA BETTY CHEW SYARIKAT DENGAN PHANG LI KOON TAK LAMA SELEPAS PRU-13 YANG DIMENANGI GUAN ENG DI PULAU PINANG!!!



Penulis: RIZAL MANSOR

Saya baca kenyataan balas YB Yeo Bee Yin hari ini yang nampaknya bersungguh benar mempertahankan Betty Chew bila isu kedudukan dalam PCCC dibangkitkan. Katanya Betty menolak tawaran jawatan dalam PCCC itu. Tapi bagi saya, tak salah kalau kita beranggapan tindakan Betty Chew itu pun mungkin setelah dapat kecaman ramai pihak dan liputan meluas media berkenaan hal itu. Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin yang bertiup? Nak nafi kepentingan Betty Chew dalam PCCC? Cuba tengok gambar-gambar beliau dalam laman web organisasi itu.

Sebenarnya, terima atau tolak jawatan dalam PCCC itu bukan soal pokok. Soal pokok yang dibangkit ramai pihak semasa panas isu PCCC itu ialah status Betty Chew sebagai isteri Ketua Menteri Pulau Pinang dan PCCC pula organisasi yang melibatkan perniagaan. Hal ini ada kaitan dengan 'conflict of interest'. Betty sebagai isteri Ketua Menteri dilihat rapat dengan rakan-rakan ahli perniagaan, mungkin sekiranya beliau lebih banyak habiskan masa dalam aktiviti-aktiviti sosial dan kebajikan hal ini tak akan timbul.

YB Yeo Bee Yin cukup kalut mempersoalkan tugas penaung PERMATA yang tak bergaji itu, sibuk cari cacat cela rumah orang tapi cacat cela rumah sendiri pulak mengapa dibiarkan ? Semua dah sedia maklum mengenai soal 'banglo murah' boss YB dan bila dilakukan siasatan 2 nama yang cukup popular ketika isu itu timbul ialah Phang Li Khoon dan Betty Chew. Terima kasih saya ucapkan kepada YB Yeo Bee Yin kerana buka peluang untuk kita bangkitkan semula isu 'banglo murah' Lim Guan Eng yang dilihat sejuk akhir-akhir ni.


Di atas semangat integriti, bersih, cekap dan amanah yang ditunjukkan YB berkaitan soal penaung PERMATA yang tak bergaji itu, saya harap YB juga tunjukkan semangat yang sama dengan hal 'banglo murah' Ketua Menteri Pulau Pinang yang ada kena mengena dengan hubungan beliau dengan Phang Li Khoon . Tak perlu saya ulas panjang-panjang kerana cerita ini dah diperincikan dalam media dan blog-blog cukup dengan surat-surat, gambar dan sijil pendaftaran syarikat.

Saya cuma ingin YB sahkan samada Betty Chew pernah menjadi pengarah syarikat perunding hartanah Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd bersama Phang Li Koon dan adik beradik Phang?

Syarikat Excel Property ini memberi "nature of business" sebagai "Property management and consultancy services".

Bukankah jelas ada 'conflict of interest' di situ di mana Betty ada kepentingan di syarikat yang menjadi perunding kepada pihak pemaju dan hartanah ketika suaminya ialah Ketua Menteri serta EXCO tanah?

Adakah sebab nak menjaga kedudukan dalam parti DAP, YB lebih rela bersikap hipokrit dan berdiam diri dalam hal ini?


Thursday, March 31, 2016

BETTY CHEW AKAN DISOALSIASAT OLEH SPRM BERHUBUNG PEMILIKAN BANGLO DAN HARTANAH DI JALAN PINHORN!!!



SPRM dikatakan akan memulakan soal siasat ke atas Betty Chew, isteri Lim Guan Eng berhubung pembelian banglo yang mendapat perhatian sekarang ini. Banglo itu dibeli pada tahun lepas dengan harga di bawah harga pasaran.

Difahamkan, beberapa orang pegawai dan anggota daripada SKMM akan bertemu Betty Chew hari ini. 

Betty Chew akan disoal tentang kaitannya dengan bekas pemilik banglo, Phang Li Koon. 

Dalam SD yang dibuat oleh Phang Li Koon, wanita tersebut berkata, dia dan Betty Chew adalah kawan baik. Penjualan banglo tersebut telah dipersetujui antara Betty Chew dan Phang Li Koon pada tahun 2012 tetapi hanya tahun 2015 barulah hak milik hartanah tersebut dibeli oleh Lim Guan Eng. 

Phang Li Koon dan Betty Chew juga kedudukan dalam Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang di mana Betty Chew telah dilantik sebagai Pengerusi Biro Hartanah yang kemudian, setelah keadaan kecoh, dia meletak jawatan.

Di dalam Akuan Bersumpahnya, Phang berkata, dia tidak mempunyai sebarang pertalian atau kaitan dengan Lim Guan Eng mahupun Kerajaan Negeri. Dia juga mengaku tidak mendapat sebarang faedah daripada pentadbiran negeri selain berkata, "Ini adalah keputusan saya apa harga yang saya mahu untuk dijual kepada Ketua Menteri."

Bagaimanapun, bukti-bukti yang didedahkan pula, bertentangan daripada apa yang didakwa oleh Phang Li Koon apabilba sekurang-kurangnya di dalam tiga buah syarikat, Phang Li Koon merupakan rakan kongsi kepada Tang Yong Chew.

Tang Yong Chew merupakan pemegang kepentingan 70% di dalam syarikat KLIDC yang telah membeli tanah PPRT Fasa II Taman Manggis. Walaupun Phang Li Koon tidak mempunyai kedudukan atau kepentingan dalam KLIDC, tetapi dalam beberapa syarikat melibatkan Phang Li Koon, Tang Yong Chew dan isteri Tang, Sally Chew, asas perniagaan mereka banyak terlibat dan berkaitan dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.


 
Blogger Templates