Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label gelagat ahli parlimen. Show all posts
Showing posts with label gelagat ahli parlimen. Show all posts

Tuesday, November 21, 2017

HAMPIR SAHAJA NAJIB DIMALUKAN DI PARLIMEN MALAM TADI ANGKARA 80 ORANG AHLI-AHLI PARLIMEN BN!!!



Riuh rendah Dewan Rakyat semalam gara-gara blok Pakatan Harapan (PH) yang cuba membuat serangan hendap, kalah dalam undian belah bahagi ketika proses meluluskan Bajet Peringkat Jawatankuasa KPDNKK semalam.

Kekalahan tipis itu telah mengundang rasa tidak puas hati kebanyakan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan yang sudah berkomplot lebih awal untuk menggagalkan bajet berkenaan.

Keputusan malam tadi, BN 52, PH 51. Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib Abdul Razak bagaimanapun, telah 'diselamatkan' oleh 2 undi PAS yang memilih BERKECUALI. Kalaulah PAS memilih untuk mengundi menentang bersama-sama PKR, DAP, PAN dan PPBM semalam, sudah tentu Najib Abdul Razak, Menteri KPDNKK dan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional tidak ada muka mahu ditunjukkan hari ini.

Telah ramai yang memperkatakan tentang jumlah kehadiran Ahli-Ahli Parlimen untuk bersidang dan bermesyuarat dalam setiap sesi. Jumlah kedatangan terlalu menyedihkan. Kalaulah Dewan Rakyat itu sekolah, sudah lama ditutup kerana kekurangan murid dan pelajar!

Setiap Ahli Parlimen dipilih dan diberi mandat oleh rakyat untuk menyuarakan kepentingan mereka di kawasan masing-masing. Namun apa yang berlaku di Dewan Rakyat adalah, Ahli-Ahli Parlimen berpolitik dan rakyat cuma dijadikan sebagai alasan untuk kehadiran mereka menuntut manfaat yang lebih besar daripada kantung wang negara.

Alasan kononnya ada banyak urusan lain selain daripada menghadiri Sidang Dewan, terlalu menjengkelkan memandangkan sesi mesyuarat di Dewan Rakyat, bukannya sepanjang tahun!

Ketiadakpuasan hati terhadap jumlah kehadiran Ahli-Ahli Parlimen tidak sahaja membabitkan Ahli-Ahli Parlimen Bloc Kerajaan tetapi juga di kalangan penyokong-penyokong pembangkang.

Puak PH menuding jari dan menyalahkan 2 orang Ahli Parlimen PAS yang mengundi BERKECUALI iaitu Idris Ahmad dan Siti Zailah Mohd Yusoff sebagai punca kegagalan komplot Pakatan Harapan di Dewan Rakyat.

Daripada 51 undi yang berpihak kepada PH, 5 undi datangnya daripada Ahli Parlimen PAS termasuk 1 daripada Ahli Parlimen PAS yang tidak lagi PAS, Mahfuz Omar.

Namun sebelum Pakatan meletakkan beban kesalahan kepada Speaker Dewan Rakyat dan 2 orang Ahli Parlimen PAS yang BERKECUALI itu, permasalahan sebenar adalah di kalangan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan sendiri yang ponteng sessi Dewan Rakyat terutama ketika pengundian.

Jumlah Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH): 71 orang.
PKR: 28 orang
DAP: 36 orang
PAN: 6 orang
PPBM: 1 orang
(Jumlah ini tidak termasuk Ahli Parlimen PSM dan Warisan)

Jumlah undi ketika undi belah bahagi adalah 51 undi.

5 undi dari Ahli Parlimen PAS dicampur dengan 1 undi dari Ahli Parlimen PAS yang bukan PAS (Mahfuz Omar): 6 undi
51-6 = 45 undi Ahli Parlimen PH.

Jumlah Ahli Parlimen PH: 71 orang.
71 Ahli Parlimen PH (Keseluruhan AP PH) - 45 Ahli Parlimen PH (hadir mengundi)= 26 AP PH yang ponteng.

Kata para penyokong Pakatan, 26 orang Ahli Parlimen PH yang tidak hadir merupakan jumlah yang cukup besar. Mengapa mereka tidak hadir di sidang Parlimen sedangkan ketika ini banyak proses meluluskan bajet pembekalan Kementerian dijalankan? Ketidakhadiran mereka merupakan satu pengkhianatan kepada bloc mereka sendiri dan para pengundi.

Kekalahan Pakatan adalah berpunca daripada Ahli Parlimen mereka sendiri yang kaki ponteng tetapi seperti biasa mereka lebih gemar menuding kepada pihak lain. Dalam isu ini, mereka menyalahkan 2 orang Ahli Parlimen PAS sebagai punca.

Mengapa mereka tidak salahkan kaki-kaki ponteng di kalangan mereka sendiri atau adakah kerana sindrom ketakutan untuk menyalahkan Ahli Parlimen mereka yang ponteng disebabkan pangkat mereka lebih besar atau takut tidak dicalonkan dalam PRU akan datang sekiranya kaki-kaki ponteng itu dipersalahkan?

Itu perbualan di kalangan para penyokong Pakatan. Bagaimana pula dengan para penyokong bloc Kerajaan?

Daripada 132 orang Ahli Parlimen BN, mengapa hanya 52 orang Ahli Parlimen BN yang hadir semalam?

132 orang - 52 orang = 80 orang Ahli Parlimen BN yang ponteng!!!


Saturday, October 22, 2016

MALANG RAKYAT MALAYSIA APABILA PEMBANGKANG PARLIMEN MALAYSIA ADALAH PEMBANGANG-PEMBANGANG ABADI YANG LAPAR PISANG!!!



Setelah bertungkus lumus menyebarkan cerita yang Malaysia akan bankrap, dengan harapan, pelabur-pelabur asing dan FDI tidak masuk Malaysia, manakala pelabur-pelabur sedia ada di negara ini berpindah beramai-ramai ke negara lain dalam usaha memudahkan penggulingan kuasa menerusi kegawatan ekonomi, pembentangan bajet 2017 telah dijadikan sebagai bahan momokan untuk merealisasikan perancangan mereka.

Pengerusi Cap Bunga, Dr. Mahathir telah memberi gambaran kononnya, Kerajaan tidak akan mampu membayar gaji kakitangan awam bermula 1 Januari 2017 kerana negara ketiadaan duit. Mahathir jugalah yang mempopularkan cerita kononnya Malaysia telah bankrap kerana Najib tidak pandai mentadbir kewangan negara. Selain itu, turut dikaitkan kononnya hutang 1MDB telah menyebabkan negara terpaksa menanggung beban yang berat dan sukar menarik pelaburan luar.

Pembentangan belanjawan 2017 oleh YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan semalam, telah digunakan oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang untuk menunjukkan dan membuktikan tahap KEBANGANGAN ABADI mereka apabila mereka bertindak mengganggu, malah turut melangkah keluar dari Dewan Rakyat.


Alasan yang diberikan ialah belanjawan tersebut tidak realistik.

Tidak realistik yang dimaksudkan ialah, tidak selaras dengan apa yang mereka uwar-uwarkan bahawa Malaysia telah bankrap dan Kerajaan tidak mampu membentangkan belanjawan dengan peruntukan yang sangat besar.

Namun yang pastinya, Ahli-Ahli Parlimen pembangang itu termasuklah 'kononnya totok UMNO' Muhyiddin Yassin, sememangnya sudah bersedia untuk menimbulkan kekecohan dengan menjadikan Dewan Rakyat sebagai sebuah pasar jual DAGING BABI.




Kesemua Ahli Parlimen PAN, PKR, DAP dan Cap Bunga melangkah keluar dari Dewan Rakyat ketika pembentangan belanjawan dibuat. Yang masih tinggal dan tekun mendengar pembentangan bajet tersebut hanyalah Ahli-Ahli Parlimen PAS - kecuali Mahfuz yang memilih untuk bersama DAP, serta Shafie Apdal yang barangkali cuba mendapatkan simpati buat kali terakhir. Alasan Lim Guan Eng ialah, Najib bertalu-talu menghentam bekas Perdana Menteri dan dua bekas Timbalan Perdana Menteri dalam pembentangan bajetnya. Manakala Presiden PKR, Wan Azizah pula menyatakan, pembentangan tersebut hanyalah pembacaan skrip semata-mata sedangkan hakikatnya, Malaysia sudah tidak ada duit.


Malu dan hilang kemaluan, menyebabkan kesemua Ahli Parlimen tersebut terpaksa memilih jalan cerita drama telenovela dan sinetron untuk melakukan minyak angin mereka. Mob flash di luar Dewan Rakyat dengan placard SIAPA MO1 yang turut dibuat di dalam Dewan, cuba menarik perhatian bagi menutup pembaziran wang rakyat yang digunakan untuk membayar gaji dan elaun mereka.

Minggu hadapan adalah acara berbahas sebelum pembentangan bajet tersebut diluluskan atau sebaliknya. Mengapa tidak tunggu sehingga ke minggu hadapan untuk mempertikaikan belanjawan 2017 itu? Mengapa memilih hari yang salah dan waktu yang tidak sesuai semata-mata untuk menunjukkan mereka adalah PEMBANGKANG YANG BANGANG?

Itulah, kalau sudah kuat sangat berbohong sehingga akhirnya tenggelam dan percaya dengan pembohongan yang mereka buat!!!


Wednesday, March 23, 2016

SIDANG PARLIMEN MALAM INI GAMAT APABILA LIM GUAN ENG MALU BESAR KERANA DIGELAR PEMBOHONG DALAM ISU HARGA RM400,000 UNTUK RUMAH MAMPU MILIK!!!



Pada ketika artikel ini ditulis, Lim Guan Eng sedang bertekak dan cuba memaksa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Abdul Rahman Dahlan menarik balik perkataan 'YB BAGAN PEMBOHONG' dalam isu harga rumah kos rendah yang mana Lim Guan Eng berdalih kononnya, harga RM400,000 sebagai harga minima dengan bantuan Ahli-Ahli Parlimen DAP yang lain. Gangguan demi gangguan kepada penjelasan Abdul Rahman Dahlan malah cuba memanipulasi dan mengalihkan isu sebenar dengan menjadikan pembohongan dan pemaksaan mereka sebagai satu kebenaran. (RUJUK SINI)

Menariknya, Noh Omar berulang-ulang kali meneriakkan perkataan 'BAGAN PENAKUT!' tetapi dengan bantuan Gobind Singh Deo dan Kashturi Patto cuba menjadikan Dewan Rakyat sebagai pasar. Abdul Rahman Dahlan yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berulangkali mencabar Lim Guan Eng agar fahamkan konteks 'PEMBOHONG' yang dikatakan kepada Lim Guan Eng membabitkan rumah kos rendah.

Malah Abdul Rahman turut meminta agar Speaker tidak diprovok agar Lim Guan Eng dikeluarkan dari Dewan kerana kehadiran Lim Guan Eng 'amat diperlukan'. Sedangkan Lim Guan Eng dan Ahli-Ahli Parlimen DAP pula terus melakukan provokasi agar Lim Guan Eng dihalau keluar dari Dewan.

Sesuatu yang menarik berbanding Sidang Parlimen siang tadi.

Plot cerita Lim Guan Eng terus berkembang hari ini. Malah, ada-ada sahaja cerita baru yang timbul dan langsung tidak dijangka.

Antara yang terbaru hari ini adalah PEMBOHONGAN BESAR tentang kaitan antara Phang Li Koon, Lim Guan Eng dan Tang Yong Chew, hartanah di Jalan Pinhorn dan KLIDC serta tanah PPRT yang telah dijual dengan harga murah kepada KLIDC.

Siang tadi, Lim Guan Eng lari terbirit-birit tanpa menjawab soalan-soalan daripada para wartawan berhubung pemilikan hartanah di bawah harga pasaran. Ditemani oleh Gobind Singh Deo dan Stephan Wong, Lim Guan Eng hanya mencemik dan kemudian melarikan diri.


Malam ini, dia muncul lagi di Parlimen. Tetapi sekadar untuk mengganggu penggulungan Abdul Rahman Dahlan dan menuntut Abdul Rahman Dahlan meminta maaf kerana menggelarkannya sebagai pembohong.

Lim Guan Eng nampaknya tak jadi pergi ke China malam ini kut dan cuba mengalihkan isu. Sedangkan dia memang sah-sah menipu dan membohong. Bantuan daripada Gobind Singh Deo dan Kashturi Patto, nampaknya tidak dapat menenggelamkan fakta yang dibacakan oleh Abdul Rahman Dahlan berdasarkan minit-minit mesyuarat antara Kementerian dan Majlis Perumahan Negara dengan wakil-wakil Kerajaan Negeri, termasuklah Exco Perumahan Pulau Pinang.

Nampaknya, Lim Guan Eng terperangkap lagi apabila dia tidak habis-habis menyuruh Abdul Rahman Dahlan menarik balik perkataan 'PEMBOHONG' walaupun sebenarnya dia memang berbohong berdasarkan klip video yang telah dimuatnaik oleh Buletin Mutiara pada 13 Mac 2016.


Friday, October 23, 2015

PARA PENYOKONG BERUK MATYEH LAPAR PISANG MARAH BILA HADI AWANG DAN AHLI PARLIMEN PAS ENGGAN SERTAI AKTIVITI PEMBERUKAN DI PARLIMEN!!!



Ternyata, puak-puak penyokong BERUK MATYEH LAPAR PISANG naik angin apabila Hadi Awang, Nik Abduh dan Nasaruddin Tantawi tidak bangun sambil memegang plakad mengejek-ngejek dengan slogan 'MANA PERGI RM2.6 BILION' bersama-sama Ahli-Ahli Parlimen DAP, PKR dan PAN.

Golongan BERUK MATYEH LAPAR PISANG segera membuat asumsi yang Hadi Awang dan bloknya telah menghalalkan RM2.6 bilion yang kata mereka 'itu adalah wang rakyat'.

Mai mana tang wang rakyat itu, itu hanya mereka sahaja yang lebih mengetahui memandangkan mereka tidak dapat menghadirkan bukti dan mereka juga tidak dapat menerima kenyataan daripada penafian SPRM bahawa wang tersebut adalah wang 1MDB atau parking haram di dalam akaun Najib.

Berbeza dengan DEIG yang mana Azmin Ali dan DAP terlibat di Selangor, penafian oleh SPRM, diimani bersungguh-sungguh oleh mereka dan mereka seringkali menegaskan bahawa SPRM telah menafikan sebarang salahlaku atau salahguna kuasa dalam isu DEIG. Bagaimanapun penafian SPRM tentang RM2.6 bilion dan kaitannya dengan 1MDB tidak pula digunapakai.

Nak buat macam mana, BERUK MATYEH LAPAR PISANG ler katakan...



BERUK seringkali mengejek-ngejek makhluk lain. Itu sebab dalam cerita beruk dengan kura-kura, beruk tanam pucuk pisang, sedangkan kura-kura pula tanam perdu pisang dan hasilnya yang berbuah adalah perdu pisang. Bila dah berbuah, beruk teringin nak makan pisang daripada pokok yang ditanam oleh kura-kura dari perdu pisang. Akhirnya beruk mencuri dan kemudian mengejek kura-kura kerana tidak boleh memanjat pokok dan membaling kulit pisang kepada kura-kura. Beruk terlupa, di perdu pokok pisang, kura-kura telah melonggokkan duri dan onak.

Samalah dalam kes ini. BERUK-BERUK MATYEH yang berkot dan bertali leher serta berstatus Ahli Parlimen itu sengaja buat-buat lupa, persidangan di mana mereka menjunjung plakad adalah pembentangan bajet, bukannya perbahasan dan persidangan khas tentang 1MDB atau RM2.6 bilion.

Yang bukan tergolong sebagai BERUK MATYEH sahaja yang tahu hakikat dan mereka tidak akan buat perangai BERUK. Yang sah-sah BERUK MATYEH sudah pasti akan berperangai BERUK walaupun masing-masing menyembur minyak wangi paling mahal atau membuat lilitan tali leher paling sukar.

BERUK MATYEH kekal sebagai BERUK MATYEH.... dek kerana malu nak mengaku mereka BERUK MATYEH, mereka mahu orang lain turut menjadi BERUK MATYEH seperti mereka. Bila orang tak mahu ikut, diejek-ejeknya orang itu seperti yang sedang dilakukan oleh para penyokong BERUK MATYEH ke atas Hadi Awang dan Ahli-Ahli Parlimen PAS.

Thursday, October 22, 2015

HARI INI 27 AHLI PARLIMEN BN TIDAK HADIR UNDI GANTUNG LIM KIT SIANG... SIAPAKAH MEREKA DAN ADAKAH MEREKA JUGA AKAN PONTENG SEMASA PEMBENTANGAN BAJET?



Siapa di kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional yang telah 'berpakat secara sulit' dengan Pakatan Harapan sepertimana yang didakwa oleh Azmin Ali?

Sepucuk surat daripada Wan Azizah Wan Ismail untuk Undi Tidak Percaya kepada Perdana Menteri menjelang pembentangan bajet telah disiarkan oleh pengguna-pengguna Facebook tetapi tidak disertakan nama-nama yang diperlukan oleh Speaker untuk membuat keputusan sama ada usul Undi Tidak Percaya akan mendahului sebarang usul lain atau sebaliknya.

PAS menerusi Takiyuddin Hassan telah mengumumkan PAS akan bersama-sama dengan PKR-DAP untuk membuat undi tidak percaya.


Ada pula yang mengandaikan, blok pembangkang akan meletak jawatan secara keseluruhan dan serentak sekaligus tidak memberikan sebarang pilihan kepada Perdana Menteri, melainkan meminta Dewan Rakyat dibubarkan dan Pilihanraya Umum yang baru diadakan.

Tengku Razaleigh Hamzah yang dikaitkan dengan KUMPULAN 4 juga telah mengeluarkan kenyataan yang Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional boleh memilih untuk mengundi tidak percaya terhadap Perdana Menteri. 4 yang lain adalah Aziz Syeikh Fadzhir, Shapie Apdal dan Muhyiddin Yassin.

Hari ini, satu peristiwa pre-empt kepada sabotaj yang bakal diadakan esok telah ditunjukkan. Walaupun terdapat teori yang menyatakan 10 orang Ahli Parlimen PAS telah 'berpaling tadah' dan menyokong Barisan Nasional dalam mengundi menggantung Lim Kit Siang selama enam bulan, tetapi pada masa yang sama, penjelasan daripada Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan bahawa 27 orang Ahli Parlimen BN tidak hadir dan 10 orang Ahli Parlimen pembangkang hilang lenyap, menjadikan keputusan adalah 107 berbanding 77 dengan Lim Kit Siang (1) berkecuali).


Berapa ramai pula dari kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional yang akan PONTENG atau tidak hadir semasa pembentangan esok dalam usaha sabotaj pembentangan bajet oleh Najib? Atau berapa ramai pula yang telah menandatangani surat usul undi tidak percaya yang disediakan oleh Wan Azizah memandangkan salah seorang daripada 89 yang telah menandatangani surat tersebut adalah Ahli Parlimen Barisan Nasional?

Nampaknya persidangan kali ini, bukan untuk kesejahteraan rakyat tetapi untuk tujuan politik semata-mata. Gelagat anak Karpal Singh yang menjadi wakil rakyat Gelugor melabelkan Ahli-Ahli Parlimen BN sebagai 'BINATANG' selain perangai Anthony Loke yang sengaja menunjukkan kebebalannya terhadap proses sidang Parlimen serta hampir keseluruhan wakil rakyat DAP lebih sibukkan tentang mencetuskan masalah emosi serta tidak menganggap Parlimen sebagai sebuah Parlimen sebaliknya sebagai kedai kopi yang boleh dikendalikan sesuka hati, jelas menunjukkan bahawa Malaysia sudah terpesong daripada arah tujuan sebenar penubuhan negara ini.


Namun yang pasti, DAP bertindak sebagai telunjuk mencucuk mata itu bukannya kosong-kosong kalau tidak kerana sokongan daripada sebilangan Ahli Parlimen Barisan Nasional yang sudah berada di pihak mereka.

Siapakah Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional itu? Kawasan manakah yang telah mereka wakili? Apakah imbalan yang mereka telah terima untuk berpihak kepada DAP?

Kita mengharapkan agar nama Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional tersebut akan didedahkan dalam tempoh yang terdekat ini!


AKHIRNYA KIT SIANG DIGANTUNG ENAM BULAN!!!



Dengan undi 107 berbanding 77 yang menyokong Kit Siang dan 1 Berkecuali, akhirnya FOSSIL JURASSIC TERTUA dalam Parlimen Malaysia, Lim Kit Siang yang merupakan Ahli Parlimen Gelang Patah digantung selama 6 bulan setelah individu yang mempunyai kaitan dengan Tragedi Berdarah 13 Mei 1969 itu, enggan memohon maaf setelah melabelkan Yang Dipertuan Dewan Rakyat sebagai Diktator menarik balik penghinaannya dan meminta maaf.

Drama demi drama telah dibikin oleh puak DAP terutama sekali Lim Kit Siang bagi menghangatkan tekanan kepada Perdana Menteri untuk meletak jawatan.

Anthony Loke dari Seremban mempersoalkan kedudukan Perdana Menteri dan mengapa jawapan diberikan oleh Timbalan Menteri Kewangan. Dengan wajah garang dan bengis, selain bersikap biadap seolah-olah Dewan Rakyat sudah menjadi tempat persidangan gerombolan komunis yang hanya mampu menguasai Tanah Melayu selama dua minggu selepas Tentera Jepun keluar dan sebelum kedatangan Tentera British, Anthony Loke mempersoalkan proses perbahasan di Dewan Rakyat.


Dia barangkali terlupa bahawa di luar Dewan Rakyat, wakil-wakil rakyat DAP, lebih banyak berceramah sedangkan kerja-kerja mereka hanya diwakilkan kepada macai-macai mereka yang tidak boleh berbuat apa-apa. Yang wakil-wakil rakyat DAP sibukkan ialah melalakkan masalah yang sebenarnya bukan masalah di kawasan mereka.

Namun yang menarik dalam drama ini ialah, beberapa portal berita pro-DAP akan menggunakan tajuk atau menggambarkan seolah-olah "1MDB - Kit Siang Digantung 6 bulan." Perkara sebenar yang mengundang natijah penggantungan ke atas FOSSIL JURASSIC TERTUA atau APEK PUAKA itu, langsung tidak akan disebut.

Ketiadaan Ahli-Ahli Parlimen PAS untuk membela atau mempertahankan Lim Kit Siang juga pasti menyentapkan DAP yang sebelum ini yakin, walau apa pun yang mereka lakukan terhadap PAS, akan diterima baik.


Apatah lagi, Azmin Ali yang telah membuat pengumuman tanpa berunding dengan PAS, kononnya PAS akan menyokong Undi Tidak Percaya yang akan dibuat oleh Wan Azizah, sudah pun menggambarkan bagaimana dalam keadaan sekarang, DAP beranggapan mereka sangat kuat dan PAS tidak ada pilihan melainkan bersama-sama mereka. Cuma tukang diarahkan bercakap adalah Azmin Ali, bukannya Lim Guan Eng bagi mengelakkan DAP dipersalahkan kalau PAS mengamuk.

Berapa orang lagi dalam persidangan kali ini terutama menjelang pembentangan bajet, yang akan digantung oleh Parlimen kerana sikap biadap mereka sekaligus menggagalkan cita-cita pihak tertentu yang mahu melihat Najib digulingkan di Parlimen?


Saturday, October 17, 2015

AKHIRNYA PKR FAILKAN USUL UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP PERDANA MENTERI DALAM SIDANG DEWAN RAKYAT BEBERAPA HARI LAGI!!!



PKR kembali berlakon sebagai penentang rasuah dan penyelewengan apabila wakilnya dari Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian telah menfailkan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri. (RUJUK SINI)

Isu undi tidak percaya sekarang ini sebenarnya sudah diperkatakan semenjak dari 'kejayaan' besar PKR-DAP pada 2008 lagi apabila Anwar Ibrahim mendesak Perdana Menteri pada waktu itu, Abdullah Badawi memanggil sidang Dewan Rakyat untuk kumpulannya membuat undi tidak percaya. Malah kemudiannya telah mengisytiharkan 16 September 2008 sebagai tarikh penting peralihan pemerintahan negara daripada UMNO-BN kepada Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, usaha membuat undi tidak percaya tidak berjaya!

Nampaknya kali ini, PKR pula cuba meneruskan tugas Anwar Ibrahim dalam usaha mereka untuk menyelamatkan beberapa orang pemimpin PKR dan DAP yang terlibat dalam kontroversi Claire Rewcastle-Brown, Sarawak Report, WSJ dan pembocoran maklumat dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan yang menguasai kerusi Parlimen secara majoriti berdasarkan transkrip WhatsApp perbualan antara Claire dan Justo.

Cubaan menggulingkan UMNO-BN menggunakan 'undi popular' telah tertolak sebelum ini memandangkan undi popular yang didabik dadakan oleh Pakatan, tidak dijelmakan dalam jumlah kerusi yang perlu dikuasai bagi mengambilalih pentadbiran negara.

Pada masa yang sama DAP yang sedang terdesak sekarang ini, sedang meningkatkan serangan dengan pelbagai cara bagi mengelakkan mereka terus diserang dan dibelasah. Banyak isu yang membabitkan DAP, termasuklah pemilihan parti yang masih lagi berstatus HARAM sehingga kini, selain Tony Pua sendiri gagal mengemukakan sebarang bukti dalam tuduhan demi tuduhannya kepada 1MDB kecuali bersandar kepada laporan Sarawak Report dan Wall Street Journal, gagal dijawab dengan kemas oleh penguasa parti tersebut.

Tony Pua sehingga kini masih tidak dapat menjawab tentang pembabitannya dengan Claire Rewcastle-Brown, Ong Kay Tat dan Tong Koii Ong walaupun beberapa laporan polis telah dibuat tentang pembocoran maklumat, termasuklah minit-minit mesyuarat kepada pihak asing itu. Sebaliknya dia kekal mempertahankan integriti dan kredibiliti laporan Sarawak Report dan Wall Street Journal meskipun Xavier Justo yang merupakan orang hubungan mereka telah membuat pengakuan secara bertulis bahawa data-data yang disiarkan oleh media-media sekongkol merupakan data-data yang telah dimanipulasi, dipinda dan diubah. (BACA DI SINI)

Terbaru, Tony Pua menggesa PDRM agar menghentikan siasatan dan menarik kembali waran tangkap ke atas Claire dengan alasan, Sarawak Report dan Wall Street Journal telah membuktikan yang data-data yang mereka siarakan tidak dipinda atau diubah. (BACA DI SINI)

PKR nampaknya telah mendahului DAP dan PAS untuk membuat undi tidak percaya menjelang perbicaraan rayuan Xavier Justo di Thailand yang telah menyerahkan 59 muka surat bukti penyelewengan data yang telah digunakan oleh pihak terbabit untuk memburuk-burukkan 1MDB.

Semalam, satu lagi laporan polis dibuat oleh NGO PROBN Sabah tentang pembocoran maklumat daripada minit mesyuarat PAC kepada Sarawak Report dan Wall Street Journal. Dalam laporan polis yang dibuat oleh NGO tersebut, mempertikaikan tentang penyaluran dan pembocoran maklumat tersebut memandangkan wujudnya orang yang disyaki menganggotai PAC dan orang yang sama, mempunyai kaitan dengan Claire Rewcastle-Brown, pemilik Sarawak Report.

Persoalan sekarang, berapa ramaikah Ahli-Ahli Parlimen yang akan menyokong usul undi tidak percaya DAP memandangkan jumlah Ahli-Ahli Parlimen Pakatan, tidak mencukupi untuk merealisasikan undi tidak percaya itu?

Bagaimanapun, difahamkan usul berkenaan sudah ada dalam kertas aturan mesyuarat pada Isnin lalu namun ia mungkin tidak terlalu mengujakan kerana ia diletakkan pada susunan ke-25 daripada keseluruhan 28 usul.

Keadaan itu memungkinkan usul berkenaan tidak sempat dikemukakan dalam sidang kali ini.

Ia mengingatkan kepada rang undang-undang persendirian cuba dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Mac lalu bagi membolehkan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Usul berkenaan dimasukkan dalam aturan mesyuarat tetapi gagal dibentangkan sehingga sidang parlimen lalu berakhir.


Thursday, October 15, 2015

RANCANGAN SABOTAJ DAN MALUKAN NAJIB ABDUL RAZAK DI DEWAN RAKYAT BERMULA 19 OKTOBER, DIDEDAHKAN!!!



Usul untuk undi tidak percaya, dikatakan tidak dibuat lebih awal. Ada sumber menyatakan, usul tersebut akan dibuat secara tergempar atau dalam bahasa yang lebih mudah, semasa sidang Dewan Rakyat diadakan. Bagaimanapun, berdasarkan beberapa usul yang sudah sedia menunggu, usul tergempar tersebut akan dipengaruhi oleh kuasa Speaker.

Atau dalam bahasa yang lebih mudah, akan ditolak!

Dipercayai sekurang-kurangnya empat kerusi Parlimen BN akan 'melayang'.

Kerusi-kerusi tersebut adalah Pagoh, Semporna, Gua Musang dan Kulim-Bandar Baru dikatakan sudah tidak selamat dan tidak berpihak kepada Najib lagi. Walaupun tidak keluar UMNO atau Barisan Nasional tetapi pembentangan bajet akan digunakan untuk mewujudkan gelombang dan tekanan agar Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Sidang Dewan Rakyat kali ini akan bermula 19 Oktober sehingga 5 Disember. Lebih tepat lagi selama 25 hari. Pembentangan bajet pula akan dibuat pada 23 Oktober. Perbahasan dijangka berlangsung selama 4 hari bermula dari 26 Oktober sehingga 29 Oktober.

Undian akan dibuat pada tempoh 4 hari inilah!

Dijangkakan kumpulan pro-tun di pihak BN akan menyertai 'pakatan' dengan pembangkang dalam mengutarakan dan menimbulkan pelbagai isu termasuklah membabitkan integriti Najib Abdul Razak, 1MDB dan RM2.6 bilion. Selain itu, mereka juga akan mempersoalkan tentang perlaksanaan undang-undang ke atas Matthias Chang dan Khairuddin Abu Hassan, dua orang co-hort Mahathir di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan dan bukannya SOSMA sambil mempersoalkan intergriti Peguam Negara.

Sebelum ini pun, beberapa Ahli Parlimen BN kecewa apabila rakan-rakan mereka sendiri bertindak 'keluar ikut pintu belakang' apabila sesuatu isu dibangkitkan atau diusulkan. Malahan ada yang datang sekadar untuk mengambil elaun tetapi tidak berada di dalam Dewan untuk berbahas.

Berapa ramai yang akan bertindak enggan mengundi, memulaukan sesi pengundian dan ponteng dalam usaha memalukan Najib Abdul Razak? Berapa ramai pula dari kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional yang akan berpindah meja ke blok pembangkang? Dan berapa ramai pula... TERUSKAN BACAAN DI BULETIN 247


Wednesday, June 17, 2015

HAMBEKK KAU!!! INI MACAM BARU ANAK JANTAN... VIDEO BUNG MOKHTAR MENGAMUK DAN TIAN CHUA TERKESOT TAKUT, SEDANG VIRAL!!!


SYABAS BUNG MOKHTAR!!!

INI SAHAJA UBATNYA UNTUK KEBIADAPAN ZURAIDAH KAMARUDDIN SI LAMPIR DARI AMPANG YANG HANYA PANDAI BERCAKAP DAN BERPOLEMIK TETAPI TIDAK PERNAH PANDAI BUAT KERJA!!!

"KALAU ANAK JANTAN... (tunjuk jalan keluar"

dan TIAN CHUA SEKADAR TERSENGIH MACAM KERANG BUSUK SEBAB DIA SEBENARNYA TAKUT DENGAN KEMARAHAN BUNG MOKHTAR!!!

SEKALI LAGI SYABAS BUNG MOKHTAR!!!

Yang lain-lain, sampai bila nak ambil telur sendiri dan letak di tempat sepatutnya?


Tuesday, March 10, 2015

BOTAKKAN KEPALA, NAJIB TAK LETAK JAWATAN JUGA, ANWAR TAK DIBEBASKAN JUGA.... APASAL AHLI PARLIMEN PAKATAN TAK BUAT MOGOK LAPAR SAMPAI MATI?



Apa yang tidak diusahakan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Ahli-Ahli Parlimen mereka untuk menarik perhatian, sekaligus menyebabkan tekanan kepada Kerajaan Malaysia untuk memaksa perletakan jawatan Najib Abdul Razak sebagai Perdana Menteri dan pembebasan Anwar Ibrahim dari penjara lima tahun?

Semuanya telah mereka lakukan.

Mereka telah berdemonstrasi secara besar-besaran dengan kekuatan 5,000 orang tetapi dibesar-besarkan angkanya sehingga menjadi LAUTAN MANUSIA dan 10,000 orang.

Mereka telah membuat petisyen dan meminta Amerika Syarikat masuk menjajah Malaysia, sekaligus membolehkan Amerika Syarikat membebaskan Anwar Ibrahim.

Mereka juga telah cuba memberikan gambaran buruk tentang betapa korupnya Kerajaan Malaysia dan Najib Abdul Razak khususnya menerusi pemburukan ke atas 1MDB.

Mereka telah memberikan gambaran tentang kemerosotan ekonomi dan kewangan negara menerusi hutang negara dan kejatuhan Ringgit agar golongan yang kurang berfikir, menerima hujah selapis mereka.

Mereka juga telah memutarbelitkan undang-undang dan Perlembagaan Malaysia seperti Artikel 10 dan Artikel 48.

Mereka telah menyalakan lilin dari setiap malam, menjadi dua minggu sekali.

Mereka telah memecah belahkan masyarakat menerusi penekanan ke atas kaum-kaum tertentu seperti yang mereka lakukan di Sabah dan Sarawak sehinggalah ke peringkat menghasut agar Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Dan kini, mereka membotakkan kepala pula untuk mendapatkan simpati.

Menariknya, ramai yang tidak sedar, bahawa ini jugalah yang dilakukan pada penghujung 1990-an dengan gambaran Mahathir akan terpaksa meletak jawatan kerana desakan mereka. Bahkan ketika Al-Gore datang memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim dengan ucapan 'Doi-Moi, Reformasi'nya di hadapan Mahathir sendiri, mereka begitu berkeyakinan, Amerika Syarikat akan masuk campur dan seterusnya menghalau Mahathir duduk di penjara.

Tetapi gambaran dan keinginan mereka sekadar meriah di dalam otak fantasi mereka. Kerajaan Barisan Nasional tetap kekal. Majoriti rakyat Malaysia masih lagi matang dan waras. Segala lakonan murahan dan retorik bajingan seperti yang mereka lakukan sekarang, sekadar dianggap sebagai hiburan semata-mata.

Cuma bab botak tu... yang tu barangkali akan mengancam keselamatan negara. Anehnya, Nurul Izzah dan Zuraidah Kamaruddin tak pula membotakkan kepala mereka. Barangkali mereka membotakkan 'tempat' lain kut... tu pasal tak tunjuk!!!


Tuesday, December 30, 2014

AL-FATIHAH!!! AHLI PARLIMEN DIKHUATIRI DIHANYUTKAN ARUS BANJIR... GERAKAN MENCARI SECARA BESAR-BESARAN SEDANG DIBUAT!!!


Makhluk yang sangat kuat MENGANJING dengan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng walaupun berbaju, berjubah dan berkopiah PAS, dilaporkan hilang dan tidak dapat dikesan sehingga ke hari ini.

Walaupun kawasannya merupakan antara kawasan paling teruk dilanda banjir dengan kemusnahan besar dan kematian berlaku, kelibat serta khabar berita tentangnya langsung tidak diketahui.

Ada khabar-khabar angin yang mengatakan AHLI PARLIMEN KUALA KRAI ini telah dihanyutkan arus banjir ketika gelombang pertama banjir melanda Kuala Krai yang turut menenggelamkan Manek Urai dan mengancurkan Manek Urai Lama.

Justeru, ramai yang menuntut kehadirannya selain menasihatkannya agar bersegera menemui penduduk Kuala Krai yang masih berada di pusat-pusat perlindungan mahupun yang telah pulang ke rumah masing-masing yang telah ranap dan musnah sepenuhnya.

Jadi wakil rakyat apa kalau kebajikan rakyat langsung tidak diambil peduli!!!


 
Blogger Templates