Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label permata negara. Show all posts
Showing posts with label permata negara. Show all posts

Monday, August 21, 2017

WALAUPUN TERKANTOI MENIPU SAMAKAN MAKMAL AUTISME UKM DENGAN PERMATA PINTAR, PENULIS PRO-DAP TEGAR SERANG ROSMAH MANSOR!!!



DAP dan Pakatan berusaha sedaya mungkin untuk memburuk-burukkan PERMATA NEGARA dan Rosmah Mansor. Serangan ke atas Rosmah Mansor bukannya baru, sudah terlalu lama. Sehinggakan bekas Perdana Menteri Malaysia yang cuba menggulingkan Najib Abdul Razak, turut menjadikan Rosmah Mansor sebagai sasaran menaikkan sentimen kebencian dan persepsi buruk terhadap Najib Abdul Razak.

Itu belum lagi dari mulut Mukhriz Mahathir yang tidak sedar, isterinya jauh lebih teruk berbanding Rosmah Mansor!

DAP menggunakan media alternatif sebagai bahan kempen berkesan mereka. Trend membaca masyarakat Malaysia yang lebih terarah kepada media alternatif digunakan sebaik-baiknya oleh DAP untuk menusukkan jarum hasutan dan fitnah. Ditambah pula dengan sikap sembrono kebanyakan rakyat Malaysia yang hanya membaca tajuk atau sebahagian artikel sebelum membuat kesimpulan dengan pantas tanpa sebarang rujukan lain, memudahkan banyak kerja DAP.




Portal pro-DAP terbaharu, Malaysian Insight memuatkan pandangan daripada seorang pro-DAP kental yang sangat membenci PERMATA dan Rosmah Mansor. Penulis artikel berkenaan yang menggunakan nama Fa Abdul, bukan sahaja menfitnah PERMATA KURNIA, tetapi sengaja mengelirukan fakta antara Makmal Autisme UKM dengan Permata Kurnia. (BACA DI SINI)


Makmal Autisme UKM bukanlah Permata Kurnia tetapi merupakan starter kepada Permata Kurnia. Seorang ibu yang anaknya adalah salah seorang pelajar di Makmal Autisme UKM berkata, sebagai ibu bapanya, mereka mengharapkan anak mereka dapat peluang ke Permata Kurnia, namun amat faham peluang dan jumlah penyertaannya amat terhad. Ini adalah kerana Permata Kurnia bukan sekadar menyediakan tempat untuk anak-anak austisme belajar tetapi juga peluang ilmu kepada ibu bapa, guru-guru dan juruterapi untuk mendidik anak-anak austisme dalam pelbagai cara.

Dengan sengaja menyeleweng dan mengelirukan pembaca tentang Makmal Autisme UKM dengan Permata Pintar, penulis artikel di portal pro-DAP itu, cuba membangkitkan tentang peruntukan dan wang negara yang diberikan kepada Permata. Dia cuba menggambarkan bahawa peruntukan tersebut adalah untuk kegunaan Rosmah Mansor dan Permata Kurnia (atau Permata secara keseluruhannya) adalah sebuah program yang gagal sepenuhnya.

Paling menarik ialah apabila penulis artikel berkenaan menghina tahap kecerdikan dan kewibawaan guru-guru di Makmal Autisme UKM yang kemudian mengundang jawapan balas daripada Profesor Dr. Hasnah Toran, Pengarah Pusat Permata Kurnia.


Di bawah adalah jawapan balas Prof. Dr. Hasnah yang disalin terus dari Facebooknya.

Saya faham skrg musim pilihanraya...gendang2 sudah mula dipalu. Disebabkan negara kita demokrasi...nak palu gendang tu palulah. Tapi palulah dgn betul. Kalau dah sumbang tu sakit telinga yg mendengar...

Sy nak jelaskan:

1. Tiada Permata Kurnia di UKM

2. Yg ada Makmal Autisme

3. Sy tak pasti penulis ni bila tahun dia dtg ke Makmal Autisme utk buat dokumentari.. tetapi jika Makmal daif... itulah tempatnya kita mulakan perjuangan kita utk masa hadapan yg lebih cerah utk anak2 isi syurga kita. Kami sangat bersyukur UKM beri bangunan dan letrik air utk kami beroperasi. Cik penulis banyak komen...sy nak tanya...pernah tak menyumbang semasa team Makmal perlu mencari rm13k setiap bulan utk survive? Cikgu2 yg dia kata tak reti berbahasa penjajah tu jugalah yg bertungkus lumus tulis buku...jual buku..utk memastikan kelangsungan makmal autisme.

4. Sebenarnya di Makmal...ada cleaner datang tiap2 hari mencuci. Cleaner yg digajikan oleh UKM
5. Wah penulis bukan shj speaking English very tall (pinjam ayat Adibah Noor... yg juga graduan Fakulti Pendidikan UKM) penulis juga sangat pandai mengajar anak2 autisme. Sekali dia beri tunjuk ajar (gunakan stool di sinki) miraculously budak2 di makmal boleh buat semua tugasan secara berdikari. Errr...bukan sebab cikgu ajar tiap2 hari eh? Oooo.... kena tunggu org dokumentari tunjuk ajar baru budak2 semua jadi pandai.

Yg mana dah lama mengikuti FB sy...tentu tahu...saya tak pernah komen ttg politik. Sy bukan org politik. Sy ibu dan cikgu. Maka saya tulis tentang anak2 dan ttg pelajaran esp Pend Khas. Tapi disebabkan penulis ni kutuk Permata Kurnia dan Makmal Autisme... sy perlu pertahankan. Susah payah kita pergi belajar...buka makmal ...tlg buka PK....senang2 dia komen itu ini.

Dan yang paling sy tak tahan bila dia komen ttg cikgu2 kami yg tak pandai cakap omputih dan pengotor. Awak tahu dah brp org anak yg mereka didik dari pakai lampin sampai mampu ke bilik air sendiri. Dari tak pandai cakap hingga pandai membaca. And here you are highlighting the importance of pronouncing anchovies vs ancovies.

You mess with our teachers ...means you mess with me, mak cik!

Ps: Inilah sebabnya knp kami screen habis2 org2 yg nak buat research...nak buat observation...nak buat filming kat PK. Pun kena juga...ini cerita lain kali.

Tuesday, May 9, 2017

RUGI BESAR PENGUPAH-PENGUPAH SARAWAK REPORT APABILA YANG DIHANTAR HANYALAH BERUK-BERUK BERKULIT PUTIH!!!




Sebuah klip video yang memperlihatkan gelagat tiga orang kulit putih yang dipercayai dari Sarawak Report, sedang terlompat-lompat di luar pagar Royal Society dan cuba mengganggu Rosmah Mansor, menjadi tular di media-media sosial.

Clare Rewcastle-Brown dalam satu kenyataan, menafikan telah menghantar ketiga-tiga ekor monyet putih itu untuk mengacau Rosmah Mansor. Namun yang pastinya, ketiga-tiga ekor monyet putih tersebut pasti diupah oleh satu atau dua pihak untuk membodoh-bodohkan diri mereka sendiri.

Mengulas berhubung klip video berkenaan, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Keruak menerusi blognya, sskeruak.blogspot.my berkata, gelagat orang dari Sarawak Report itu amat menjijikkan dan menggambarkan betapa rendahnya akhlak mereka, apatah lagi diketahui Sarawak Report hanyalah sebuah media Internet yang berasaskan kepada 'UPAH PALING BESAR, itulah tuan mereka'.

Sarawak Report memulakan pemberitaan negatif tentang negara ini dengan isu BAKUN dan masyarakat Penan. Bruno Manser, seorang aktivis dari Switzerland yang juga merupakan seorang pemburu orkid liar eksotik bernilai tinggi berhadapan dengan masalah untuk membawa keluar benih orkid yang diperolehinya dari hutan di Sarawak. Dan kebetulan pula, projek Empangan Bakun yang sebenarnya merupakan sebuah projek pembalakan besar-besaran yang cuba ditutup dengan pemberian kontrak pembinaan kepada sebuah syarikat pembinaan yang tidak berkeupayaan dari Eropah, sedang dijalankan.

Bermula dari situlah, Sarawak Report menyerang Malaysia terutama yang membabitkan alam sekitar. Sarawak Report turut memberikan 'bantuan' secara tidak langsung mempublisitikan DAP Sarawak sebagai juara alam sekitar tempatan. Dan apabila isu membabitkan 1MDB diperkatakan, Sarawak Report adalah perintis kepada pendedahan-pendedahan tersebut setelah mengubahsuai laporan-laporan yang diseludup keluar oleh Xavier Justo, eksekutif PetroSaudi yang kemudiannya menjalani hukuman penjara kerana ugutan di Thailand.



Daripada Xavier Justo, kaitan antara Sarawak Report dengan beberapa orang pemimpin pembangkang di Malaysia termasuklah Nurul Izzah Anwar Ibrahim, terdedah. Justo mendedahkannya menerusi transkrip perbualan WhatsApp yang menunjukkan bagaimana dia bukan sahaja telah ditipu oleh dua orang taikun media pro-DAP yang dihubungkan menerusi Tony Pua dan pengarang Sarawak Report, Clare, tetapi juga bagaimana dia menolak tawaran RM2 juta dalam bentuk kontrak dan tender jikalau Pakatan berjaya menumbangkan Najib Abdul Razak menggunakan dokumen-dokumennya yang telah diubahsuai dan dipinda.

Benarlah seperti yang dikatakan oleh Salleh Keruak, pengacau-pengacau dari Sarawak Report itu jelas sangat biadap dan berasakan mereka lebih mempunyai hak untuk berlaku biadap sekaligus menunjukkan mereka sebenarnya terdiri daripada golongan manusia yang tidak ada standard.

"Kita menjangkakan orang yang konon-kononnya dari England menunjukkan sdikit hormat kepada isteri Perdana Menteri negara lain tetapi nampaknya diplomasi hanya untuk diamalkan untuk kalangan mereka sahaja."

Menurut Salleh, perbuatan menjerit dan membuat tuduhan liar yang berasaskan kepada pembohongan yang telah dibuktikan berkali-kali sambil memberi alasan itu adalah kebebasan bermaklumat, menunjukkan dengan jelas motif sebenar Sarawak Report yang perlu berbuat apa-apa sahaja demi upah yang diterima. Malahan, pertanyaan salah seorang daripada wartawan Sarawak Report itu, mengapa Rosmah datang ke United Kingdom sekiranya tidak mahu diekori, juga menunjukkan mereka sebenarnya tidak ada apa-apa hujah fitnah lain kecuali melakukan serangan peribadi terhadap Rosmah Mansor.

Sarawak Report sebelum ini enggan menyahut cabaran mendedahkan punca kewangan mereka yang mendorong mereka melakukan serangan ke atas Malaysia serta Najib Abdul Razak. Malahan Sarawak Report enggan mendedahkan atau menyiarkan laporan kewangan mereka walaupun didesak berbuat demikian.

Sarawak Report telah membuat beberapa tuduhan liar berhubung lawatan Rosmah Mansor dan PERMATA ke United Kingdom. Delegasi Permata Negara yang diketuai oleh Rosmah Mansor itu dalam rangka lawatan tujuh hari semenjak Khamis lalu sehingga 10 Mei bagi mengembangkan lagi program PERMATA terutama membabitkan University of Oxford dan University of Cambridge, dua buah universiti terkemuka dunia yang berpangkalan di United Kingdom.


Monday, May 8, 2017

KOO JIA HUI, GRADUAN PhD BIOKIMIA DI UNIVERSITY OF OXFORD, BUKTI KEBERKESANAN PERMATA... YEO BEE YIN DAN RAFIZI RAMLI PASTI TAK NAMPAK!!!!



Yeo Bee Yin meneruskan legasi serangan DAP ke atas PERMATA. Manakala Rafizi Ramli menyerang peribadi Rosmah Mansor, Penaung PERMATA dalam usaha mereka untuk meruntuhkan dan menggagalkan PERMATA sekaligus menimbulkan persepsi bahawa PERMATA hanyalah salah satu daripada saluran 'halal' untuk melarikan wang negara sepertimana yang dilakukan oleh pentadbiran lalu menerusi pelbagai syarikat-syarikat proksi yang kini sudah pun berkubur dengan alasan untuk memajukan negara, tetapi sebenarnya hanya untuk mengkayakan segelintir kecil jumlah manusia sahaja.

Pada peringkat awal, PERMATA digambarkan sebagai sebuah institusi yang hanya membazirkan wang negara. Peruntukan untuk PERMATA, diragui dan dipersoalkan bagi menghasut sentimen dan kemarahan orang ramai.

Dan mereka berjaya.


Untuk tempoh beberapa tahun, malahan sehingga kini, PERMATA dilihat hanyalah sebuah institusi yang tidak diperlukan. Alasannya, sudah banyak institusi pembelajaran di negara ini. Justeru, Kerajaan tidak perlu membazir wang pembayar cukai dengan mewujudkan sebuah lagi institusi yang dikenali sebagai PERMATA dan kemudian dinaungi pula oleh isteri Perdana Menteri.

Tidak ada satu pun kejayaan PERMATA yang diperkatakan atau disentuh oleh DAP mahupun Rafizi-PKR. Sebaliknya mereka cuba menggambarkan PERMATA adalah sebuah institusi yang telah gagal tetapi masih terus dibiayai dan dibenarkan wujud oleh kerajaan kerana Najib terlalu sayangkan Rosmah dan Rosmah boleh menggunakan wang PERMATA untuk berjoli sakan dan membeli-belah di luar negara.

Itulah yang cuba digambarkan oleh Rafizi menerusi MOMOKAN-MOMOKANNYA terhadap Rosmah Mansor. (RUJUK DI SINI)



Tidak ada berita atau sebutan langsung dari mulut atau jari Rafizi Ramli, apatah lagi Cina DAP seperti Yeo Bee Yin yang hanya pandai bercakap tetapi tidak pernah berbuat apa-apa untuk DUN yang diwakilinya melainkan menonjolkan diri dengan publisiti murahan agar dia dipilih lagi sekali apabila KHOO JIA HUI, 22 tahun, yang merupakan anak kelahiran Pulau Pinang meraih manfaat daripada program PERMATA dan kini sedang melanjutkan pengajian peringkat PhD di University of Oxfored dalam bidang Biokimia.

Sedangkan pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP dan Ketua Menterinya adalah Lim Guan Eng - pemimpin agung yang dipuja oleh Yeo Bee Yin dan rakan-rakannya - langsung tidak membantu walaupun Koo sangat memerlukanbantuan untuk menyambung pengajian ke universiti ternama itu.


Begitu juga dengan usaha kerjasama antara PERMATA dengan Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS), Universiti Oxford yang bersetuju untuk menerokai peluang bagi mewujudkan kerjasama bagi melahirkan pelajar-pelajar pintar yang mampu mencapai taraf cendekiawan.

Yang dipertikaikan oleh DAP dan PKR adalah, lawatan seminggu Rosmah Mansor dan rombongan PERMATA ke United Kingdom sehingga 10 Mei nanti yang dikatakan satu pembaziran.

Selain mengadakan perbincangan dengan Universiti Oxford, Rosmah Mansor atas kapasiti sebagai penaung dan pencetus idea penubuhan PERMATA, turut mengadakan perbincangan dengan Universiti Cambridge bagi mewujudkan kerjasama membangunkan Program Permata Pintar dan Permata Insan.

Rosmah juga telah merasmikan majlis Nobel Minda atau Nobelist Mindset iaitu sebuah program anjuran Permata Pintar dengan Royal Society of London hari ini. Program yang dimulakan pada 2012 bersama New York Academy of Sciences, Amerika Syarikat itu, kini diperluaskan ke UK dengan kerjasama Royal Society of London dan University of Cambridge.

Untuk program di United Kingdom ini, seramai 32 orang pelajar dari Kolej Permata Pintar, Kolej Permata Insan, Kolej MARA, sekolah menengah kebangsaan dan universiti awam serta enam orang guru telah menyertainya. Penyertaan mereka inilah yang dipertikaikan oleh para penyokong DAP dan PKR.


Antara lain, Program Minda Nobel itu bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar pintar dan berbakat menjalankan aktiviti berasaskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik atau STEM di beberapa buah universiti seperti University of Cambridge, London College University dan Imperial College London.

Apa yang dibuat oleh Rafizi ialah memomok-momok aduan Rosmah Mansor tentang anak-anak muda yang lebih gemar menunggang motosikal dan memekak di jalan-jalanraya kerana masa mereka tidak terisi dengan perkara yang lebih manfaat kerana ketiadaan peluang untuk mengembangkan bakat dan kebolehan mereka.


Matlamat sebenar Rafizi Ramli dan DAP ialah untuk membiarkan generasi muda terus bodoh dan bodoh agar lebih mudah dicucuk hidung mengikut apa-apa sahaja tohmahan dan fitnah mereka.

Jadi, tidak hairanlah mengapa sebahagian besar anak muda yang mengikut dan menyokong mereka sangat teruja dengan data-data dan angka-angka yang dituturkan oleh Rafizi Ramli sehinggakan apabila disanggah dan dibuktikan Rafizi Ramli berbohong atau fitnah, mereka tetap juga tidak percaya kerana fakta-fakta tersebut telah diterapkan ke dalam otak mereka dan mereka sendiri malas mengkaji dan membaca!


Wednesday, March 15, 2017

SARANAN KEPADA YEO BEE YIN, KELUAR DARI KEPOMPONG CINA-DAP DAN BELAJAR LAGI SUPAYA TAHU, BUKAN CINA-DAP SAHAJA YANG PANDAI!!!



ADUN Damansara Utama Yeo Bee Yin adalah SEORANG CINA-DAP. Sebagai Cina-DAP, dia akan memandang sesiapa sahaja yang bukan dari klansnya sebagai GOLONGAN KUCING KURAP yang tidak ada kebolehan, tidak ada kepandaian dan tidak ada keistimewaan. Malahan, kalau ada Cina yang tidak sependapat dengannya juga, Cina juga dipandang lekeh.

Jadi apabila Yeo Bee Yin mengatakan dan mendesak isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor meletak jawatan sebagai Penaung Program PERMATA Negara (PERMATA), ia adalah sikap dan ciri-ciri khas seorang CINA-DAP.

Menurut Yeo Bee Yin, Rosmah tidak berkelakayakan menerajui PERMATA. Rosmah dilihat sebagai seorang perempuan tua yang hanya tahu membaca dan menulis sahaja. Malah Rosmah hanya dilihat sebagai seorang wanita Melayu yang gemar berbelanja besar dan boros tanpa sebarang kebolehan melainkan mempergunakan segala kedudukan yang ada. 

Sebagai Cina-DAP, Yeo Bee Yin tidak akan peduli sama sekali kelulusan dan latar belakang pendidikan Rosmah Mansor yang jauh lebih tinggi berbanding dirinya, apatah lagi Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP yang bakal berhadapan dengan proses mahkamah kerana rasuah dan salahguna kedudukan pada penghujung bulan nanti.

Rosmah Mansor adalah lulusan Sarjana Muda Pengajian Sosiologi dan Antropologi. Malah dia juga pemegang Sarjana dalam bidang Sosiologi. Kepakarannya dalam bidang sosiologi itu sudah cukup untuk menggambarkan kemampuan Rosmah untuk membawa PERMATA ke arah kecemerlangan. 

Berbeza dengan Lim Guan Eng dan Betty Chew, isteri Guan Eng yang berkelulusan rendah tetapi memegang banyak jawatan sebagai Pengerusi GLC termasuklah sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang. Dikatakan, Guan Eng adalah seorang akauntan tetapi dalam beberapa masalah 'kira-kira', keputusan CEC parti pun bercelaru dan Lim Guan Eng hanya mampu menyalahkan 'EXCEL'.

Seperti yang dikatakan oleh Dato' Rizal Mansor, pegawai khas kepada isteri Perdana Menteri, Yeo Bee Yin sepatutnya diajar atau mendaftarkan diri di dalam kelas PERMATA agar dia boleh menjadi lebih faham tentang istilah dan fungsi PENAUNG di dalam sesebuah organisasi, seperti kedudukan Rosmah di dalam PERMATA. Malahan Rizal turut menasihati Yeo Bee Yin agar lebih banyak membaca agar tidak menjadi pemimpin yang cetek ilmu.

Atau lebih tepat lagi, sekadar berbangga-bangga kerana dia adalah CINA-DAP walaupun hakikatnya CINA-DAP terlalu bengap dalam banyak hal!

Penaung dalam sesebuah organisasi tidak mempunyai sebarang kuasa eksekutif atau membuat keputusan. PERMATA adalah sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang mempunyai peraturan dan syarat-syarat ketat untuk sebarang urusan keluar masuk peruntukan serta diaudit saban tahun.

Rizal Mansor mungkin melakukan satu kesilapan apabila Yeo Bee Yin yang telah dibawa melawat, diberi penjelasan, bahkan dihidangkan pelbagai fakta, mungkin sengaja atau buat-buat tidak faham!

Sebenarnya Yeo Bee Yin berperangai begitu kerana dia adalah CINA-DAP. Sebagai CINA-DAP apa-apa sahaja yang melibatkan bukan dari kalangan mereka, termasuklah dari kalangan Cina-Bukan DAP akan diperlekehkan dan dianggap tidak berguna. Hanya yang dibuat oleh CINA-DAP seperti di Pulau Pinang itu sahaja yang dianggap sebagai satu kejayaan walaupun hakikatnya satu kerugian besar kepada rakyat, seperti mana yang dibuktikan oleh Lim Guan Eng!


Monday, October 24, 2016

RM85 JUTA PERUNTUKAN UNTUK PERMATA... LEBIHKAN SEGERA OPERASI PERMATA DI KAWASAN-KAWASAN PENYOKONG KERAJAAN PULA!!!



Isu PERMATA muncul lagi. Dan seperti yang dilakukan oleh DAP dan PKR sebelum ini, isu PERMATA digunakan untuk menimbulkan kemarahan dan persepsi menerusi pembohongan dan penipuan fakta.

Mungkin sekali imbas ianya kelihatan seperti mahu menggagalkan PERMATA dan program-programnya tetapi hakikatnya ialah, DAP dan para penyokong mereka sebenarnya sedang melakukan desakan agar PERMATA dikuasai sepenuhnya oleh golongan mereka sepertimana mereka menguasai banyak operasi dan kemudahan GLC termasuklah SME Bank.

Hanya setelah mereka menguasai sepenuhnya, maka barulah mereka berhenti melalak.

Yeo Bee Yin, wakil rakyat DAP cuba melakukan 'serangan' tersebut dan Ong Kian Ming yang bersama-samanya ketika berhadapan dengan Jawatankuasa PERMATA, dimalukan apabila penyebutan tentang statistik kemasukan pelajar-pelajar SJKC ke Program PERMATA menggambarkan satu bentuk rasisme yang dilakukan secara senyap-senyap dan cuba disembunyikan oleh DAP.

Suka atau tidak, hakikatnya, program PERMATA lebih banyak beraktiviti di bandar-bandar besar. Daripada 50,000 orang pelajar yang terbabit dengan PERMATA, sudah ramai yang mempersoalkan, berapakah pecahan komposisi mengikut kaum memandangkan yang bijak mengambil kesempatan dan memberikan imej buruk kepada PERMATA adalah pihak yang dilihat seperti menentang dan memperlekeh-lekehkan PERMATA? Berapa pula peratusan yang diperolehi oleh orang-orang Melayu di kawasan luar bandar yang setia memberikan undi kepada UMNO-BN walaupun kebanyakan pembangunan lebih tertumpu kepada kawasan DAP dan PKR?


Pembentangan Belanjawan 2017 dengan peruntukan tertentu untuk PERMATA sekali lagi digunakan sebagai senjata ampuh untuk memberikan gambaran bahawa ada penyelewengan yang cuba dilakukan oleh pentadbiran negara menerusi PERMATA.

Pertambahan jumlah peruntukan dipersepsikan sebagai 'upah untuk Rosmah berjoli katak' dengan menggunakan media-media sosial. Apatah lagi dengan kewujudan PERMATA di kawasan-kawasan bandar yang sememangnya dari segi politik, tidak akan membantu sama sekali, sebaliknya akan dijadikan sebagai bahan sesahan terhadap Rosmah Mansor, Najib Abdul Razak dan Kerajaan Malaysia.

Bayangkanlah kalau PERMATA hanya diwujudkan di kawasan-kawasan di mana UMNO dan Barisan Nasional menang sahaja!

Seharusnya, dan dalam apa keadaan sekalipun, Kerajaan Malaysia yang didokongi oleh UMNO mendahulukan kawasan-kawasan yang dimenangi. Anak-anak orang UMNO dan yang mendokong kemenangan Barisan Nasional perlu diberikan lebih perhatian, bukannya sibuk cuba mengambil hati di kawasan-kawasan yang diketahui gelap gelita dan terlalu taksub kepada DAP dan PKR.

'BELA ANAK SENDIRI JAUH LEBIH BAIK DARIPADA BERI MAKAN ANAK ORANG YANG AKAN BUNUH KITA.'

Sudah sampai masanya untuk PERMATA atau mana-mana program pendidikan Kerajaan, diberikan keutamaan kepada kawasan-kawasan luar bandar yang sentiasa menjamin kewujudan kerajaan di bawah UMNO-BN. Sampai juga sudah masanya untuk peruntukan bernilai lebih RM87 juta itu untuk membangunkan anak-anak di kawasan luar bandar yang lebih berkehendakkan perkhidmatan pendidikan pra dan awal pembelajaran seperti PERMATA memandangkan di kawasan-kawasan bandar, terlalu banyak perkhidmatan seperti itu disediakan.


Mulut-mulut celupar pro-DAP mendakwa PERMATA mendapat peruntukan sebanyak RM711 pada tahun 2015. Hakikatnya tuduhan tersebut tidak benar sama sekali. Tiada permohonan maaf. Tahun ini pula, tuduhan dibuat ialah peruntukan PERMATA telah meningkat kepada RM85 juta.

Lebih menarik lagi ialah, puak-puak pro-DAP itu, cuba menimbulkan kemarahan dengan menyatakan peruntukan PERMATA ditambah dengan cara mencantas peruntukan perbelanjaan universiti-universiti awam.

Peruntukan PERMATA bukan sekadar belanja untuk menguruskan program-program PERMATA sedia ada, tetapi juga membabitkan keseluruhan pembangunan sistem pendidikan awal kanak-kanak termasuklah penubuhan Pusat Kecemerlangan 'Top STEM Talent' di Akademi Sains Negara. Selain itu, turut termasuk adalah kerja-kerja ubahsuai untuk menjadikan Institut Pendidikan Guru Raja Melewar di Negeri Sembilan dan kampus Tuanku Bainun di Pulau Pinang kepada Pusat Permata Pintar dan Berbakat.


Jadi, memandangkan terlalu banyak cakap dan bunyi walaupun hakikatnya, jumlah permohonan dari SJKC untuk menyertai PERMATA sangat tinggi, eloklah sekiranya, PERMATA dipindahkan ke kampung-kampung. Setidak-tidaknya ibu bapa di kampung-kampung bukan sahaja tidak banyak bunyi, bahkan akan bersyukur kerana penyediaan pendidikan awal pembelajaran yang jauh lebih baik berbanding cuma mengharapkan KEMAS semata-mata.

Atau pun PERMATA bekerjasama dengan KEMAS di kampung-kampung terutama di kawasan-kawasan kemenangan UMNO-BN untuk memastikan, anak-anak penyokong kerajaan mendapat kelebihan tersebut berbanding dengan menompokkannya di bandar-bandar yang ibu bapa kanak-kanak berkenaan sentiasa beranggapan Kerajaan mentekedaghah duit walaupun anak-anak mereka mendapat pendidikan percuma dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan!



Thursday, October 20, 2016

PATUTNYA TANYA, BERAPA RAMAI ANAK-ANAK CINA DAP BERBANDING MELAYU UMNO/PAS DALAM PERMATA PINTAR NEGARA!!!



Pastinya berita yang disiarkan ini dianggap sebagai mengada-ngada dan menunjuk-nunjuk.

Namun ia merupakan salah satu bukti keberkesanan pengesanan bakat dan kebolehan kanak-kanak dari peringkat lebih awal yang membolehkan pasukan pendidik menfokuskan keupayaan dan kebolehan mereka.

PERMATA PINTAR mendapat kecaman teruk daripada DAP dan PKR. Walaupun pada masa yang sama, jumlah permohonan kemasukan pelajar-pelajar dari aliran Cina bertambah saban tahun, bahkan menguasai PERMATA PINTAR, namun demi politik dan kepentingan sempit, DAP berusaha memburuk-burukkan PERMATA sebagai salah satu entiti yang membuang duit rakyat.

Gambaran yang diberikan adalah PERMATA merupakan 'tabungan' Rosmah Mansor yang menjarah wang rakyat Malaysia untuk keseronokannya.

SINAR HARIAN melaporkan seramai 732 orang pelajar telah menerima tawaran untuk memasuki Kolej PERMATA PINTAR bermula dari tahun 2011 sehingga 2016 dan seramai 415 orang pelajar telah berjaya menamatkan pengajian mereka di Kolej PERMATA PINTAR. Pelajar-pelajar tersebut juga sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah dalam dan luar negara.

Itu jawapan yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said di Parlimen, yang turut menyatakan semenjak tahun 2009, Pusat PERMATA PINTAR NEGARA telah mengenalpasti seramai 5330 orang pelajar yang boleh dikategorikan sebagai 'genius' atau pintar pada tahap yang berbeza-beza.

Pelajar dari kumpulan pertama iaitu seramai 115 orang telah berjaya menamatkan pengajian mereka di peringkat Sarjana Muda dan sebahagian daripada mereka pula telah berjaya mendapatkan tempat untuk melanjutkan pelajaran di institusi-institusi pengajian tinggi awam ternama di dalam dan luar negara.

Lebih menarik lagi ialah, 95% daripada pelajar-pelajar tersebut belajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), manakala selebihnya adalah dalam bidang sains sosial.

Salah seorang daripada pelajar PERMATA PINTAR juga telah diterima bekerja dengan APPLE INC. sebaik-baik sahaja tamat pengajiannya dari University California, Los Angeles.

Kolej Permata pintar adalah sebuah institusi pendidikan sekolah menengah yang diberi taraf sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada bulan April 2014.

Kolej ini mula mengambil pelajar yang pertama pada tahun 2011.

Perhatikan... 

Ketika DAP bersungguh-sungguh menternak dan mengkaderkan pelajar-pelajar Melayu terutama dari aliran Sains Sosial dari universiti-universiti awam, mereka pada masa yang sama, amat menyokong kemasukan puak mereka ke dalam PERMATA PINTAR. Walaupun pada masa yang sama, mereka sering melalak dan menyalak tentang meritokrasi dan bukannya kuota, atau lebih tepat penguasaan majoriti sesuatu kaum, penguasaan anak-anak mereka dalam PERMATA PINTAR pula dianggap sebagai sesuatu yang sangat wajar.

Berita sebegini sudah tentu akan disenyapkan oleh para penentang PERMATA. Namun pada masa yang sama, mereka tidak akan mati akal untuk terus mencari helah dan fitnah-fitnah baru yang boleh memperlekehkan PERMATA dengan mengaitkannya sebagai satu pembaziran walaupun pada masa yang sama, yang banyak menikmati kemudahan tersebut adalah puak mereka sendiri.

SAMALAH MACAM PERKHIDMATAN HOSPITAL KERAJAAN... pergi tengok sendiri, siapa yang paling ramai menggunakannya... nak lebih yakin, masuk ke wad dan tengok majoriti mereka dan bagaimana mereka menjadikan jururawat dan kakitangan wad sebagai kuli tebusan yang bukan wujud manusia dengan lagak seolah-olah mereka adalah tuan besar yang boleh memerintah sesuka hati!!!


Saturday, October 8, 2016

KANTOI BODOH, DAP CUBA BERLAGAK SEBAGAI PEMERIKSA AKAUN PULAK DAH... CUBA AMBILALIH TUGAS JABATAN AUDIT NEGARA!!!



Dua hari sudah, dua orang Ahli Parlimen DAP iaitu Yeo Bee Yin dan Ong Kian Ming menerima jemputan Dato' Rizal Mansor melawat Tadika Permata. Ketika sidang media dan sesi soal jawab, Ong Kian Ming terkantoi bodoh apabila dia bertanyakan soalan, bagaimana Facebooker lebih mengetahui tentang PERMATA terutama sekali nisbah kemasukan pelajar-pelajar dari SJKC ke Tadika PERMATA.

Jawapan yang diberikan amat mudah iaitu butiran tentang nisbah tersebut terdapat di laman sesawang PERMATA.

Ternyata Ong Kian Ming yang merupakan Ahli Parlimen Serdang, tidak pernah membuat semakan dan pemeriksaan tetapi menghentam secara melulu hanya kerana hasad dengki dan busuk hati terhadap usaha-usaha kerajaan meningkatkan mutu pendidikan asas kanak-kanak awal pra-sekolah.


Dalam sidang media tersebut, bagi mengelakkan dimalukan dan dikantoikan, wakil-wakil DAP itu bercakap lunak dan memuji PERMATA kononnya program tersebut memberikan manfaat kepada masyarakat. Lebih lunak lagi ialah, kononnya colour-blind dan tidak mengira warna kulit.

Tetapi apabila berada dalam kumpulan mereka sendiri, lain pula cakapnya.


Suara DAP, Roketkini mengambil kesempatan untuk melakukan penipuan dan putarbelit yang amat dahsyat bagi mengelakkan mendapat malu besar di kalangan ahli-ahli mereka yang tidak akan membaca selain daripada Roketkini apabila mengetahui perkara sebenar.

Sesi yang dihadiri oleh kedua-dua orang Ahli Parlimen DAP itu sebenarnya adalah sesi penerangan program dan kejayaan PERMATA yang dibuat oleh pengurusan PERMATA. Turut dibentangkan ialah perbelanjaan program PERMATA termasuklah jumlah perbelanjaan dan bagaimana perbelanjaan tersebut diagihkan.

Namun, dasar bodoh sombong yang sukar memahami Bahasa Kebangsaan yang digunakan dalam sesi semalam, Roketkini telah menukarkan sesi penerangan tersebut kepada sesi pengauditan akaun. Sedangkan kerja-kerja pengauditan membabitkan akaun agensi persekutuan seperti PERMATA, diteliti penuh oleh Jabatan Audit Negara yang juga dimasukkan ke dalam Laporan Ketua Audit Negara pada setiap tahun.


Semenjak bila pula, DAP bertukar menjadi juruaudit? Dan sejak bila pula PERMATA mengaudit dirinya sendiri?

Terkantoi apabila tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada Program PERMATA, bukan sahaja meleset, bahkan mereka sendiri hanya berpandukan kepada maklumat syok sendiri, DAP cuba menjadikan masalah audit pula sebagai isu utama. DAP menerusi Roketkini cuba menyalahkan PERMATA kononnya tidak menyerahkan akaun untuk diaudit oleh DAP bagi memastikan ketelusan dan kejujuran serta tiada kepincangan pengurusan dan kewangan program yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri itu.


Macamlah DAP pandai sangat buat kerja audit. Atau kerana terlebih pandai itulah, pengiraan undi dalam CEC DAP dahulu dipertikaikan oleh penyokong sendiri sehingga Setiausaha Agung yang melantik dirinya sendiri dengan sokongan bapa serta konco-konconya terpaksa menggunakan alasan, kesalahan Excel bagi membela diri.

Terlebih pandai audit itulah juga yang menyebabkan Setiausaha Agung DAP kini berhadapan dengan dua tuduhan rasuah dan salahguna kuasa dalam pembelian hartanah di bawah harga pasaran selain kegagalan DAP menjelaskan tentang pembayaran lebih RM300 juta hanya untuk kertas laporan terowong dasar laut yang belum dibina sehingga sekarang, sekalipun pembayaran telah pun dibuat.

Rakyat memerlukan pembangkang yang boleh menegur dan mengkritik kerajaan secara sihat serta membina, bukannya pembangkang yang main hentam keromo dan menjadikan setiap isu sebagai isu politik.

Tetapi DAP boleh bezakan pembangkang dengan subversif atau tidak?


Thursday, October 6, 2016

AHLI PARLIMEN DAP BUKTIKAN, BUKAN SAHAJA DIA BODOH, MALAHAN TIDAK FAHAM MEMBACA TULISAN DALAM BAHASA MELAYU DAN INGGERIS!!!



Yeo Bee Yin pergi melawat Tadika PERMATA sebagai menyahut cabaran pembantu khas Rosmah Mansor, Dato' Rizal Mansur. Dan seperti biasalah, apabila berhadapan dengan realiti sebenar, dia akan bercakap selunak-lunaknya walaupun berbanding Ahli-Ahli Parlimen DAP yang lain, Yeo Bee Yin lebih lunak terhadap PERMATA dan sistem pendidikan awal yang melibatkan Program PERMATA.

Apabila seorang Facebooker bersoal jawab dengan Yeo Bee Yin sambil menyatakan tentang kadar kemasukan dan permintaan pelajar dari SJKC yang jauh lebih tinggi untuk menyertai PERMATA, Ong Kian Min, Ahli Parlimen Serdang segera melenting. 

Sikap suka memandang rendah terhadap orang yang bukan sejenis dan sebangsa dengannya, terlalu menebal di hati Ahli Parlimen DAP itu. Namun tanpa disedari, dia sebenarnya sekadar menunjukkan bahawa KETONGONGAN, KEBODOHAN, KEBEBALAN di sebalik warna kulit dan bangsa dirinya, terlalu melampau-lampau. 

Pertanyaannya bagaimana Facebooker lebih tahu tentang nisbah tersebut sedangkan dia dan DAP tidak tahu, dijawab spontan oleh Datuk Seri Siti Azizah, Pengerusi Jawatankuasa PERMATA bahawa segala butiran tersebut terdapat di dalam laman sesawang PERMATA.

Serta-merta cerita daripada DAP ialah 'mereka semua adalah colour blind'.

KEPALA HOTAK KAUORANG LER colour blind.


Kalau colour blind sangat, apahal tak ada sebarang bunyi pun tentang pentadbiran Lim Guan Eng, pembohongan RM305 juta hanya untuk kertas laporan Terowong Dasar Laut, konsesi 30 tahun untuk tol terowong dasar laut walaupun pembiayaannya dibuat sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan menggunakan wang cukai?

Itulah tahap kepandaian DAP yang dipuja-puja sangat oleh PUAK CAP BUNGA termasuklah oleh PRESIDEN dan PENGERUSINYA!!!


Friday, September 30, 2016

BILA ADUN DAP BELA PERMATA YANG DIKECAM DAN DIGELAK-GELAKKAN RAMAI MELAYU!!!



Yeo Bee Yin, wakil rakyat Damansara Utama dari DAP, membela PERMATA dengan mengatakan, pelaburan kerajaan untuk penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak (ECCE) memberi manfaat kepada pembayar cukai.

Menurutnya lagi, ECCE mempunyai matlamat yang sangat baik iaitu mengurangkan kos kebajikan sosial, menurunkan jenyaah, menambah hasil negara dan memperolehi pulangan tertinggi dalam pembangunan sumber manusia.

"Justeru, sebarang usaha kerajaan membangunkan ECCE, termasuklah PERMATA, tidak harus ditolak terus hanya kerana orang yang mendokongnya tidak disenangi," kata Yeo.

Bunyi macam indah, kan?

Atau barangkali juga, Yeo Bee Yin sengaja mencabar kewibawaan perintah daripada puncak kuasa dalam DAP iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng apabila memberikan kredit kepada PERMATA.

Dan apabila menyebut PERMATA, bererti mahu tidak mahu terpaksa menyebut juga Rosmah Mansor.


Memuji PERMATA serta tujuan penubuhannya yang murni membawa maksud, memuji Rosmah Mansor dan memperakui usahanya dalam membina generasi baru yang lebih stabil minda serta utuh diri.

Habis tu, mengapa pula PERMATA dikecam bertalu-talu oleh para pemuja DAP sedangkan pada masa yang sama, para pemimpin dan sesetengah wakil rakyat DAP pula memuji keberkesanan PERMATA, malahan kepentingan untuk penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak di negara ini?

Atau adakah kerana Yeo Bee Yin bimbang sekiranya, komposisi kaum yang tidak seimbang di kalangan kanak-kanak PERMATA akan bertukar berbanding sekarang, membuatkan dia ditolak ke hadapan oleh pucuk pimpinan DAP memberikan pujian untuk memastikan komposisi tersebut tidak berubah atau pun ditambah lagi?

Adakah Yeo Bee Yin mahu mengekalkan status quo di kalangan kanak-kanak PERMATA, membuatkan dia terpaksa dan melembutkan lidahnya memberikan pujian kepada program kerajaan itu?

Pastinya ada muslihat tertentu apabila tiba-tiba sahaja wakil rakyat DAP menjadi baik dan memuji-muji sedangkan seperti yang diketahui, tiada apa-apa yang baik pada mereka tentang negara ini, melainkan diri dan organisasi mereka sahaja!


Saturday, September 24, 2016

ANTARA PEMAKAN DEDAK, NAK COVER MALU ATAU MEMBETULKAN KEADAAN, PERMATA SEBENARNYA TAK PERLUKAN PUJIAN UNTUK HEBAT!!!



Cerita Rosmah 'ditarik' anugerah oleh UNESCO, begitu menyeronokkan untuk disensasikan. Dan pelbagai teori kita boleh baca, jumpa dan menggeleng-gelengkan kepala kerana lebih banyak tidak masuk akal berbanding fakta.

Ketua UNESCO, Irina Bokova dilihat cuba 'mententeramkan' keadaan selepas anugerah yang sepatutnya diterima oleh Rosmah Mansor, ditunda ke tahun hadapan hanya semata-mata diprovokasi oleh WSJ dan NYT.

Pujian-pujian yang diberikan oleh Irina Bokova kepada PERMATA dan peranan Rosmah Mansor, sebenarnya tidak diperlukan. Apatah lagi, Rosmah sendiri telah menolak pencalonan dan penerimaan anugerah tersebut.

Justeru, Irina Bokova yang membuat cadangan nama Rosmah Mansor tetapi majlis tersebut terpaksa ditunda kerana 'campurtangan' WSJ dan NYT, terpaksa melakukan sesuatu untuk 'membetulkan' keadaan.

Di sinilah masalah yang perlu diatasi segera.


Pengiktirafan telah lama diperolehi oleh PERMATA. Walaupun di dalam negeri, PERMATA dikutuk, dihina dan dicerca, jumlah penyertaan atau lebih tepat lagi penguasaan jumlah murid di bawah 5 tahun yang diambil oleh PERMATA, menceritakan perkara sebenar.

Tatkala orang Melayu dimomok-momokkan tentang keburukan PERMATA, orang lain pula berlumba-lumba mahu memasukkan anak mereka ke dalam institusi PERMATA. Walaupun mungkin sebahagian tadika PERMATA berada bersama-sama Tadika KEMAS di sesetengah tempat di kawasan bandar, komposisi kaum di dalam PERMATA dan KEMAS pula menceritakan hakikat sebenarnya.

Yang sering mereka pertikaikan adalah mengapa PERMATA wujud sedangkan sudah ada Tadika Perpaduan, Tadika KEMAS dan Pra-Sekolah. Yang mereka tidak tahu ialah, PERMATA mensasarkan kanak-kanak awal pembelajaran di bawah umur 5 tahun. Dan program PERMATA mendapat pengiktirafan, bahkan ditiru oleh banyak negara di dunia ini walaupun di Malaysia, orang Melayunya memandang sinis dan terus membiarkan mereka dimomok-momokkan oleh pihak tertentu agar PERMATA dimonopoli oleh sesuatu pihak sahaja.


PERMATA tidak perlukan pujian atau pengiktirafan menggunung kerana pujian dan pengiktirafan sebenarnya tidak mendatangkan keuntungan besar pun. Lainlah kalau PERMATA merupakan sebuah agensi pengiklanan.

Apa yang pasti ialah, PERMATA sebagai sebuah institusi yang melibatkan murid-murid awal pembelajaran, perlu membuktikan secara ketara tentang keberkesanan kewujudannya, bukannya sekadar pujian dan pengiktirafan menggunung sahaja.

Friday, May 27, 2016

NEGARA LUAR IKTIRAF PROGRAM PERMATA, DALAM NEGARA MENCEMUH DAN MENFITNAH PERMATA... ELOK PROGRAM PERMATA DIEKSPORT KE NEGARA ASING SAHAJA!!!



Pendidikan secara formal untuk memupuk bakat serta meningkatkan perkembangan kanak-kanak masih lagi dilihat terau asing di negara ini walaupun kita sudah berdekad-dekad merdeka, malah kebanyakan rakyat negara ini cukup pandai bercakap terutama sekali apabila mereka menggunakan media sosial seperti Facaebook.

Apa yang terlintas di fikiran mereka hanyalah, sebarang program untuk kanak-kanak adalah satu cara kerajaan untuk mengapur peruntukan dari wang negara untuk kepentingan diri.

Itulah yang berlaku kepada PERMATA. Program PERMATA kalau ditanya kepada kebanyakan orang 'pandai' di FB, pasti kita akan bertemu dengan jawapan dan teori tentang pencurian wang negara.

Anehnya, di sebaliknya pelbagai tohmahan, fitnah dan caci nista tentang PERMATA, negara-negara luar mengiktiraf PERMATA sebagai program yang terbaik untuk kanak-kanak di negara mereka. Pengiktirafan dan sanjungan diberikan kepada program yang ditentang kuat oleh 'orang-orang pandai' di Malaysia.

Terbaharu adalah, PERMATA diumumkan sebagai pemenang anugerah '3G Children Welfare Award' dalam majlis Global Good Governance Award 2016 di Istanbul, Turki semalam.

Para pembenci Rosmah dan PERMATA, tentu sekali muncul dengan idea dan teori mereka, kononnya penganjur majlis penganugerahan tersebut telah dibayar dan dirasuah agar PERMATA diberikan kemenangan. Dan 'pengiktirafan' seperti itu daripada rakyat Malaysia yang berasa mereka terlalu 'pandai' bukanlah sesuatu yang menganehkan.

Alasan mereka, Malaysia sudah ada TADIKA dan pusat-pusat asuhan kanak-kanak yang lain. Kerajaan telah membazir wang rakyat Malaysia untuk kanak-kanak walaupun pada masa yang sama, mereka tidak pernah mahu tahu atau mengkaji mengapa PERMATA diwujudkan.

Pengiktirafan antarabangsa ini bukanlah satu-satunya. Sebelum  ini, beberapa negara Arab lain turut mengiktiraf kemajuan dan kewujudan PERMATA, malahan meniru program tersebut untuk diaplikasikan kepada kanak-kanak di negara masing-masing.

Penaung program PERMATA, Rosmah Mansor berkata, anugerah tersebut akan menginspirasikan mereka untuk bekerja lebih keras dan mewujudkan sektor-sektor baru bagi program tersebut di Malaysia.

Mengapa Rosmah perlu bersusah payah untuk memajukan program yang banyak menimbulkan fitnah dan tohmahan di kalangan rakyat Malaysia yang berasa lebih pandai daripada segala makhluk lain di dunia ini?

Mungkin ada baik baiknya jikalau program tersebut dieksport di negara-negara asing agar implementasi Program PERMATA membantu menyelesaikan masalah sosial mahupun mewujudkan generasi muda yang lebih berinovasi dan kreatif berbanding di Malaysia. 

Malaysia sudah tidak memerlukan program-program sebegitu. Kecuali program-program yang membolehkan generasi muda bermulut lancang, kuat mempercayai fitnah, sentiasa menganggap orang lain rasuah manakala pemimpin pujaan seperti Tun Dr. Mahathir bukan sahaja bebas daripada rasuah dan penyelewengan kuasa, tetapi juga sangat maksum  kerana tidak pernah mengakui wang negara yang dibalun menerusi proksi dan kroni menerusi pelbagai projek penswastaan masuk ke akaunnya dan anak- beranaknya yang lain.

Kalau negara lain begitu teruja untuk berkongsi 'rahsia' program PERMATA, seelok-eloknya, PERMATA dilaksanakan di negara luar dan bukannya di Malaysia kerana kejayaan PERMATA selepas itu, akan lebih membuka mata, memandangkan rakyat Malaysia amat menyanjung berita-berita dari luar negara yang disifatkan lebih jujur berbanding berita-berita yang dilaporkan dalam negara yang ditakrifkan sebagai sudah dibeli dan dirasuah.

Negara-negara luar yang mengadaptasi program PERMATA, memberikan penekanan dan perhatian bukan sahaja kepada kebajikan kanak-kanak tetapi juga perkembangan mental di mana bakat-bakat mereka dipupuk serta dikembangkan dari usia yang masih muda. 

Selain PERMATA yang menerima anugerah '3G Children Welfare Award', Malaysia turut menggondol empat lagi anugerah daripada 24 anugerah sepanjang majlis. 

Penerima-penerimanya adalah Universiti Teknologi Mra (UITM) dengan '3G Critic's Choice Good Governance Award' dalam bidang pendidikan 2016; Amanah Ikhtiar Malaysia (3G Women Empowerment Award 2016); Agro Bank (3G Financial Services ward 2016) dan PEMANDU (3G Best Public Sector Reforms Programme 2016.

Anugerah 3G dibangunkan oleh Cabmridge IF Analytic, sebuah badan perisikan perkhidmatan kewangan, yang mengiktiraf kerajaan, badan korporat dan bukan kerajaan yang cemerlang dalam ketelusan, ditadbir urus dengan baik dan menjalankan tanggungjawab sosial dengan baik.


Tuesday, December 9, 2014

EH EH, TIBA-TIBA HANIZA TALHA ADUN TAMAN MEDAN JADI MALAIKAT SUBUH LER!!!

Haniza Talha yang telah dilaporkan polis oleh PERMATA kerana membuat fitnah, sekarang ini sedang menggelabah sangat-sangat. Walaupun telah terbukti yang dia mengeluarkan kenyataan fitnah dan memutarbelitkan jumlah peruntukan Kementerian Pelajaran yang turut membabitkan PERMATA, Tadika Kemas dan Tadika Perpaduan, berkat ilmu pembelit dan pembohong yang dipelajari daripada Anwar Ibrahim, Haniza Talha cuba menegakkan benang basah. (DI SINI)

Menariknya, kenyataan yang dikeluarkannya, dipetik dan disiarkan oleh Keadilan Daily yang sudah tentu dimiliki oleh PKR dan portal The Malaysian Insider yang sangat pro-Pakatan Rakyat TIDAK MUNGKIN telah diputarbelitkan oleh UMNO-BN sebagaimana yang cuba ditimbulkan oleh Haniza Talha.

Haniza Talha kemudiannya cuba memintas dan mendiamkan serangan ke atasnya setelah dia terkantoi dengan menyatakan, dia tidak menuduh sebaliknya sekadar bertanya.

Apakah Haniza Talha tersangat bodoh kerana tidak dapat membezakan tuduhan dengan pertanyaan?

Atau adakah Haniza Talha cuba menarik orang lain dan keseluruhan rakyat Malaysia untuk jadi bodoh sepertinya sehingga tidak dapat membezakan tuduhan dengan pertanyaan?

Hari ini, Haniza Talha membuat kenyataan selamat. Dia tidak akan membuat sebarang ulasan berhubung siasatan Akta Hasutan ke atasnya sebaliknya dia hanya akan menjawab di mahkamah. Dia tidak akan menjawab sebarang pertanyaan polis kerana katanya, dia bimbang kenyataannya kelak akan diputarbelitkan oleh polis untuk mengenakannya di mahkamah.

Perangai buruk, hati busuk, Haniza Talha menyertai gerombolan yang cuba menghina dan memperlekehkan pihak polis. Dia yang mengeluarkan kenyataan tetapi polis yang dipersalahkannya.

KECUALI MAHKAMAH yang banyak memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat, nampaknya Haniza Talha cukup yakin, mahkamah akan berpihak kepadanya, mengalahkan pihak polis, mengalahkan orang dan pihak yang difitnahnya, malahan mengalahkan majoriti rakyat Malaysia yang jauh lebih bijak berbandingnya!!






 
Blogger Templates