Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label ketua menteri sarawak. Show all posts
Showing posts with label ketua menteri sarawak. Show all posts

Wednesday, December 16, 2015

KETUA MENTERI SARAWAK CABAR WAKIL DAP BERANIKAN DIRI SOKONG USUL MENGHARAMKAN KEMASUKAN UMNO, PKR, DAP DAN PAS KE SARAWAK!!!



"Sekiranya anda tidak pasti sama ada mahu menghalang UMNO daripada masuk Sarawak itu kekal atau tidak, mengapa tidak kita buat usul di Dewan ini agar mengharamkan terus kedatangan UMNO, DAP, PKR dan PAS. Bolehkah anda memberikan jaminan yang anda akan menyokongnya?"

Sekali lagi Adenan Satem memberikan tamparan paling kasar ke muka wakil-wakil DAP yang hanya pandai bercakap tetapi tidak sedar diri.

Adenan Satem cuba didesak oleh ADUN DAP Dudong, Yap Hoi Liong tentang kedudukan Kerajaan Negeri yang terus menyokong Najib Abdul Razak walaupun Adenan mengulangi kenyataan bahawa UMNO tidak diperlukan di Sarawak.

DAP dan wakil-wakilnya seringkali cuba menggambarkan UMNO adalah ancaman kepada rakyat Sarawak dengan melabelkan UMNO sebagai 'penjajah Malaya' tanpa sedikit pun menyentuh bahawa DAP itu sendiri adalah parti politik dari Semenanjung yang tunjang serta konsentrasi taat setianya adalah kepada Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng. Seluruh DAP adalah berkisar tentang Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, adik beradik Lim Guan Eng, ipar duai dan isteri-isteri keluarga Lim.

Adenan Satem mengulangi penegasannya sebelum ini bahawa Barisan Nasional Sarawak akan terus menyokong Najib Abdul Razak sebagai Perdana Menteri selagi mana Najib tidak didapati bersalah melakukan sebarang penyelewengan dalam 1MDB.

"Najib adalah Perdana Menteri Malaysia dan Pengerusi Barisan Nasional. Kesetiaan saya adalah kepadanya. Dan belum terbukti lagi yang dia telah melakukan apa-apa kesalahan," kata Adenan Satem sewaktu ucaptamanya di DUN Sarawak.

"Saya boleh jamin, sekiranya didapati melakukan kesalahan dalam isu 1MDB, kita akan menimbang semula kesetiaan kita kepadanya," tambahnya. (RUJUK SINI)

Dalam ucapannya juga, Ketua Menteri Sarawak itu berkata, dia telah memujuk UMNO agar tidak masuk ke Sarawak memandangkan parti-parti komponen Barisan Nasional negeri mampu dan berjaya membangunkan Sarawak walaupun UMNO tiada di negeri tersebut.

Pada ketika itulah, Ketua Menteri Sarawak itu berkata, sekiranya ADUN-ADUN pembangkang takut sangat dengan UMNO yang dikatakan akan masuk ke Sarawak memandangkan UMNO adalah parti dari Semenanjung, mereka juga seharusnya bersetuju untuk mengambil tindakan yang serupa ke atas DAP, PKR dan PAS.

Friday, May 15, 2015

DI MIRI, AHLI PARLIMEN PKR KENA BALUN DENGAN KAYU BASEBALL, DI KUCHING, PENGERUSI DAP SARAWAK KENA BALUN DENGAN IDRIS BUANG SEBAB KUAT FITNAH!!!



KUCHING: Komuniti Cina di negeri ini diyakini cukup bijak menilai keikhlasan, kesungguhan dan komitmen Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menambahbaik taraf hidup rakyat semua kaum pelbagai bangsa dan agama termasuk kaum itu semenjak 14 bulan menjadi ketua menteri.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato’ Idris Buang berkata perkara itu dapat dilihat daripada hasil usaha dan tindak tanduk Adenan selama 14 bulan ini. Ini adalah satu fakta yang terbukti dengan sendirinya dari komen-komen rakyat pelbagai kaum termasuk Kaum Cina dalam media massa dan juga laman sosial seperti Facebook di mana rakyat mencurahkan rasa sokongan menghargai tinggi cara kepimpinan dan juga usaha Ketua Menteri didalam banyak perkara termasuk meringankan beban rakyat.
“Saya percaya komuniti Cina di Sarawak cukup bijak menilai usaha dilakukan Ketua Menteri malah menghargainya” .

“Ketua Menteri diterima dengan baik oleh semua kaum, termasuk kaum Cina kerana beliau "walk the talk' atau "bikin apa yang diucapnya" dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai Ketua Menteri Sarawak untuk semua lapisan masyarakat menjaga kepentingaan semua rakyat pelbagai kaum di Sarawak,” ujarnya.

Katanya banyak telah dilakukan Adenan yang memberi manfaat kepada semua rakyat seperti penurunan kadar tarif elektrik domestik, komersial dan industri, memansuhkan tol Jambatan Lanang, mempergiat dan memberi fokus serta impak kepada pembangunan di luar bandar, pembinaan Lebuhraya Pan Borneo dan membenteras aktiviti-aktiviti pembalakan haram dan rasuah. Adenan juga berikrar mahu menjaga kestabilan dan perpaduan semua rakyat negeri ini dengan menjamin kebebasan beragama, budaya dan hidup berkomuniti.

Rakyat sudah melihat dengan mata kepala kita sendiri bagaimana Adenan menangani isu-isu berkaitan Hudud, Kalimah Allah, Bible dan lain lain. Adenan telah bertindak tegas terhadap elemen extremis dan melampau dari luar hingga ramai individu atau personaliti berkontroversi dinyahkan dari memasuki negeri ini.

Adenan juga sudah "mengamuk" pihak Jabatan-jabatan yang mempunyai penguatkuasaan atau "enforcement" seperti Imigresen, Polis dan lain-ain agar negeri ini tidak sewenang-wenangnya dicerobohi pendatang asing tanpa izin (PATI).

Adenan juga mahu semua pihak jangan meniru cara politik jalanan dan songsang ala barat atau yang dibawa oleh parti-parti dari Semenanjung atau Malaya yang bertentangan dengan adat resam serta menjejaskan keharmonian kaum di negeri ini yang jumlah etniknya jauh lebih banyak dari mana-mana negeri dalam Malaysia.

Adenan juga sudah mendapat perhatian dan sokongan kerajaan pusat agar Sarawak diberi keutamaan dalam pembangunan luar-bandar, maka, projek Pan Borneo Highway dilaksanakan permulaannya sudah. Ini akan membuka luas kemasukan pembangunan yang lebih pesat dan baik untuk seluruh negeri ini, dan Sarawak bakal maju berlipat ganda dengan cepat.

Adenan juga sudah mendapat komitmen Pertronas untuk menaikkan secara berperingkat ekuiti Negeri Sarawak dalam projek-projek MLNG yang nyata membawa ratusan juta keuntungan setiap tahun tanpa gagal. Petronas juga sedang meneliti permintaan Adenan mengenai kenaikan kadar royalti minyak kerana perkara ini melibatkan penelitian yang rapi melibatkan perkiraan atau "consideration" yang mengimpakkan perundangan, sejarah, kewilayahan, ekonomi dan banyak lagi. Chong bersuara seolah-olah perkara ini mudah.

Petronas bukan menyedut minyak seakan seseorang menyedut minuman coca-cola dari botol. Ia melibatkan ratusan juta kos dan pelaburan ,explorasi dan eksperimentasi "with trial & error" yang merugikan bertahun-tahun lamanya. Ianya tidak terus menguntungkan seperti sekarang ini. Banyak peristiwa duka dan risiko yang Petronas dan Kerajaan Pusat hadapi untuk menjayakan industri ini hingga Petronas menjadi " an international player" dalam " oil & gas industry".

Adenan juga berjaya mendapat komitment Petronas untuk mengagihkan kontrak-kontrak berjumlah 2.1 Bilion Ringgit untuk syarikat-syarikat anak Sarawak pelbagai kaum. Ini adalah satu kejayaan yang besar yang tidak pernah dimimpi oleh Chong pun.

Bayangkanlah impak positif dari kejayaan ini, dari segi peluang-peluang pekerjaan dan "business spin-offs" kepada rakyat Sarawak. Pasti peniagaan dalam negeri ini bertambah rancak dengan segala bentuk perusahaan baik di bandar mahupun di desa terpanggil untuk menyumbang sesuatu bidang perusahaan atau perniagaan.

Apakah Chong sudah buta hingga gagal atau enggan menghargai semua ini dan ingin rakyat mengikuti kebutaannya? .

Justeru dakwaan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, Chong Chieng Jen mengatakan Adenan tidak banyak memberi sumbangan dan gagal menunaikan janji semenjak menjadi Ketua Menteri tidak berasas langsung. Chong melemparkan tuduhan ini hanyalah untuk menghasilkan persepsi salah dengan hasutan dan permainan politik yang jijik sambil memutar-belitkan isu-isu dari sudut-sudut yang sempit dan berasaskan fakta yang kurang tepat dan sebagainya. Perbuatan Chong adalah seperti apa yang orang sekarang kenali sebagi "spin politik" bermakna " putar alam politik".

Ujarnya lagi dakwaan Chong mengatakan Adenan gagal menunaikan janji berhubung pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersekutu (UEC) adalah tidak berasas kerana pertamanya ialah, aspek pendidikan bukan di bawah bidang kuasa beliau atau kerajaan negeri sebaliknya adalah bidang-kuasa Kerajaan Persekutuan mengikut undang-undang dan Perlembagaan Malaysia.

“Kenapa Ketua Menteri (Adenan) yang dipersoalkan mengenai perkara ini, sedangkan beliau sedia maklum, pendidikan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat dan Kementerian Pendidikan. Kemasukan ke jawatan-jawatan awam di Sarawak pun tertakluk pada undang-undang berkenaan dan syarat-syarat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia, kerana kerajaan negeri menerima dana persekutuan dan lagipun ianya berkaitan nanti dengan perkiraan pencen kakitangan. Kerajaan negeri tertakluk kepada audit oleh Akauntan Negara ("Accountant General"), pastinya pelanggaran-pelanggaran syarat ini nanti akan menimbul masalah baru pula mengenai itu dan ini dalam mutu nilai dan prestasi kakitangan yang kurang syarat jika diambil bekerja tidak memenuhi syarat atau sukatan yang ditetapkan.

“Kenapa tidak beliau sendiri atau DAP mengemukakan isu itu terus kepada Kerajaan Pusat di Parlimen ? Sebagai Ahli Parlimen beliau sepatutnya mengemukakan perkara ini di Parlimen Malaysia, bukan bermain politik di DUN Sarawak” katanya.

Tambah beliau lagi Malaysia mempunyai polisi-polisi yang diguna-pakai dalam semua bidang dan pendidikan tidak terkecuali.

“Untuk masuk ke jawatan-jawatan kerajaan negeri ataupun pusat atau untuk masuk ke universiti tempatan, ada syarat-syarat tertentu perlu dipatuhi selain syarat asas seperti lulus di peringkat SPM, mata-pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan sebagainya. Kalaulah lulusan UEC diterima ke universiti tempatan tanpa kelulusan asas yang ditetapkan oleh dasar-dasar, ia adalah tidak adil (kepada pihak lain) dari kolej-kolej atau persekolahan lain yang ingin juga masuk.

“Syarat-syarat asas pada sesuatu jawatan atau kelayakan kemasukan mana-mana institiusi pun harus dipatuhi, jika tidak, ketidak-adilan dalam bentuk lain akan muncul berlipat-ganda. Inilah apa yang dikatakan "ramifikasi atau komplikasi". Kalau kita cuba menyelesai sesuatu masalah, janganlah cuba menyelesaikannya dengan memasukkan masalah yang lain serta menimbulkan masalah baru yang lain pula. Itu tidak bijak, namanya.

"Do not solve a problem by creating more problems".

Apa yang Chong cuba nak buat, persisnya, adalah untuk menimbulkan masalah baru melanggari dasar-dasar Negara dan syarat yang ditetapkan. Misalnya, dalam pengambilan anggota polis, kalau pemohon tidak cukup tinggi atau kurang daya penglihatan, maka beliau tidak layak, jika diambil juga, itu sudah tidak adil kepada yang lain yang tidak memenuhi syarat tertentu juga. Ia lantas menjadi ramifikasi yang menyusahkan sistem yang ada serta melanggar polisi diguna pakai sebelum ini,” katanya sambil menambah sebagai peguam juga wakil rakyat Chong seharusnya sedia maklum mengenai perkara itu.

"Sebenarnya yang TIDAK JUJUR mengenai isu UEC ini adalah Chong sendiri, kerana dia enggan atau gagal menerangkan kepada mereka yang berkenaan, yang kerajaan pusat selepas dirundingkan oleh Adenan, bersetuju melonggarkan beberapa kriteria tetapi pihak pusat mahu menimbangkan jika syarat yang asas seperti kelayakan lulus diperingkat SPM mata-pelajaran bahasa Malaysia, Inggeris, Sejarah dan Matemetik dan sebagainya hendaklah ada pada "syllabus" atau sukatan pelajaran UEC tersebut.

Mengenai isu tanah 200 lebih ekar untuk projek di Batu Kawa, saya hanya ingin menasihati Chong agar melihat "project proposal" atau cadangan projek tersebut secara lebih luas sebagai satu pakej bukan sahaja komersial tetapi berunsur sosio-ekonomi dan sebagainya dan yang ia telah diteliti oleh semua badan-badan kerajaan secara professional dan berintergriti yang berkenaan. Takkan badan-badan lain yang berkenaan yang bermacam rupa tugasan dan kebertanggungjawabannya semuanya rata-rata bersekongkol untuk menipu kerajaan dan rakyat. Inilah apa yang Chong nak sindirkan dalam video sinisnya itu.

Untuk mengatakan secara "plain" atau mutlak ianya satu projek kroni adalah tidak tepat dan tidak adil. Kalau cara Chong melabelkan apa projek kroni diguna-pakai, sudah tentu sekali kerajaan Pakatan Rakyat di Semenanjung banyak yang akan dipersoalkan. Setiap satu cadangan dari pihak swasta berlandaskan risiko komersial yang besar yang seperti "glut in the housing market" atau situasi terlalu banyak perumahan di dalam pasaran yang sudah ampuh dan sudah padat. Situasi dan risiko ini bukan semua pemaju swasta berani mengambilnya. Lagipun kebertanggungjawaban pemaju untuk membantu menyedia "low cost housing" atau rumah murah yang pasti tidak menguntungkan.

Ramai yang tak berani. Lihatlah di Pulau Pinang dan Selangor, peruntukan untuk menyediakan rumah kos murah atau rendah untuk rakyat kurang berkemampuan susah kita dapati, hingga ramai yang membuat bantahan terbuka tentang ini. Begitu juga dengan penyediaan gerai-gerai serta premis peniagaan untuk orang berkeupayaan sederhana di kalangan Bumiputera misalnya, juga harus di ambil kira.

Jika seperti Chong katakan kos tanah tersebut lebih mahal kira-kira 5 kali ganda untuk kerajaan, maka sudah tentu, projek yang ingin dimajukan menjadi lebih mahal untuk rakyat dan sama sekali tidak ada ruang langsung untuk orang yang berpendapatan rendah sebab rumah-rumah atau premis-premis yang bakal dimajukan harus dijual mahal untuk dapat mengembalikan wang pelaburan. Tentu sekali risiko komersialnya terlalu tinggi, lagipun jika terlalu tinggi hanya golongan tertentu dapat membeli sebahagian kecil dan yang lain akan menjadi "white elephant" untuk tatapan orang macam Chong.

Justeru itu apa yang Ketua Menteri cadangkan kepada Chong untuk mengambil cabarannya mencari pemaju yang sanggup membayar tunai RM550 juta tunai bagi menggantikan pemaju yang sudah ada itu, adalah cabaran yang munasabah. Peliknya Chong walaupun tidak mampu menyahut cabaran dari Adenan itu, sebaliknya cuba bermain politik mengatakan Adenan tidak adil.

Saya lihat sikap Chong hanyalah percubaan untuk lari dari cabaran tersebut, sambil macam seseorang cuba "minum air semasa nak lemas dalam longkang "Pemaju tidak semestinya terus nak dapat untung macam yang Chong bayangkan dalam spin politiknya. Chong harus bersikap secara professional dengan mengambil semua perkara yang munasabah dalam pertimbangannya sebelum mengutara yang bukan-bukan. Lihat apa dah jadi. Dia (Chong) nampak sudah kehabisan modal untuk menyahut cabaran Adenan dan susah nak lari pula dari cabaran itu. Chong harus sedar Pemaju terpaksa mengemukakan ketanda-bolehannya memastikan semua kehendak dan syarat kerajaan untuk kepentingan rakyat di kawasan tersebut. Pemaju berhadapan banyak risiko dan perkiraan , yang adanya luar dari jangkaan di dalam cuaca ekonomi dunia yang tidak menentu. Bukan semua Bank atau institusi kewangan berani membiayai projek ini kalau Pemajunya tidak diteliti kebolehan dan kebertanggungg-jawabannya.Oleh itu Chong, lebih baik menarik balik kata-kata video sinisnya itu terhadap kewibawaan dan keikhlasan Adenan. Nyata yang ikhlas di sini ialah Adenan bukan Chong.

Chong katanya jelas sekali mahu bermain politik sahaja, dengan memainkan sentimen seolah-olah ada "diskriminasi" dengan mewujudkan isu cara yang beliau telah buat dengan harapan akan timbul persepsi negatif rakyat khususnya kaum Cina terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Adenan. Sikap Chong, kalau diikut, hanyalah merugikan kaum Cina, kerana usaha beliau ialah menimbul rasa tidak puas-hati yang tak berasas sahaja.

Bagaimanapun tegasnya, kaum Cina di negeri ini bijak menilai untuk tidak berfikiran sempit seperti Chong. Mereka boleh menilai dengan baik usaha-usaha kerajaan meningkatkan taraf hidup rakyat secara keseluruhannya

DATUK IDRIS BUANG
KUCHING
12 Mei 2015

PERANG PEMBALAK HARAM: KETEGASAN KEPIMPINAN ADENAN SATEM PERLU DIPELAJARI, DIHAYATI DAN DITIRU!!!



375 akaun syarikat dan individu bernilai lebih RM560 juta telah disita dan dibekukan kerana pembabitan mereka dalam pembalakan haram. Turut disita adalah kayu-kayu balak yang telah ditebang, diproses dan diangkut.

Ini operasi besar-besaran membabitkan Kerajan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak di bawah kepimpinan Adenan Satem. Sekaligus menunjukkan bukti bagaimana ketegasan Adenan Satem perlu dicontohi dan djadikan teladan.

Tidak mudah untuk menentang 'golongan perompak yang amat berkuasa' itu melainkan dengan ketegasan seperti yang ditunjukkan oleh Adenan Satem dan pentadbirannya. Ketegasan seperti itulah yang menjadi salah satu faktor rakyat berasa lebih selamat dan lebih selesa menjalani kehidupan seharian!


1. Ops Gergaji, satu operasi bersepadu bagi membanteras kegiatan rasuah, pembalakan dan penebangan hutan secara haram di Sarawak serta perbuatan mengelak cukai kepada kerajaan oleh pemilik syarikat-syarikat pembalakan di Sarawak telah diadakan pada hari ini (12 Mei 2015) mulai jam 9.30 pagi.

2. Operasi bersepadu yang melibatkan sekurang-kurangnya 400 orang pegawai dan anggota dari Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak ini diketuai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak, Polis Diraja Malaysia termasuklah Pasukan Gerakan Am, Jabatan Perhutanan Negeri Sarawak dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

3. Serbuan telah dilakukan secara serentak ke atas 48 lokasi yang disyaki berlakunya perbuatan rasuah, aktiviti pembalakan dan penebangan hutan secara haram serta perbuatan mengelak cukai kepada kerajaan oleh pemilik syarikat-syarikat pembalakan dan kilang papan di Sarawak. Serbuan ini adalah hasil daripada siasatan yang terperinci dan menyeluruh berdasarkan maklumat risikan yang diperoleh oleh SPRM bersama agensi-agensi yang terlibat.

4. Daripada 48 lokasi yang diserbu itu, 27 adalah kilang papan dan logponds, selebihnya adalah premis-premis perniagaan yang terletak di enam (6) kawasan seperti yang berikut-

BIL KAWASAN
Miri: 13
Kuching: 12
Sibu: 12
Bintulu: 6
Bakun: 3
Kapit: 2
JUMLAH: 48 lokasi seluruh Sarawak.


5. Hasil serbuan setakat ini, sebanyak 375 akaun syarikat-syarikat dan individu bernilai lebih RM560 juta telah dibekukan. Dalam pada itu, sebanyak lebih 500 batang kayu balak juga telah disita oleh pihak SPRM. Siasatan lanjut akan dijalankan di bawah seksyen 17(a) dan 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 serta seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

6. Operasi bersepadu ini membuktikan komitmen padu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam memerangi kegiatan rasuah di dalam sektor pembalakan di samping membendung aktiviti pembalakan dan penebangan hutan secara haram yang berleluasa di Sarawak. Adalah dipercayai bahawa perbuatan ini ini telah mengakibatkan kerugian sebanyak berbilion ringgit kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak. Langkah ini juga bertujuan melindungi khazanah alam sekitar Negeri Sarawak.

7. Kejayaan Ops Gergaji ini adalah hasil kerjasama yang erat anggota dan pegawai SPRM, Kerajaan Negeri Sarawak, Polis Diraja Malaysia, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Perhutanan Negeri Sarawak dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Sumber: 
petikan kenyataan DATO’ MOHAMAD JAMIDAN BIN ABDULLAH
PENGARAH BAHAGIAN SIASATAN
SPRM

Wednesday, May 6, 2015

KETUA MENTERI SARAWAK MEMANG 'LEGEND': ADENAN SATEM JUMPA DORIS JONES ATAU DORIS JONES TERJAH ADENAN SATEM TANPA DIUNDANG?!!!



Puak Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) dan Sarawak for Sarawakians (S4S) cuba mensensasikan gambar-gambar pertemuan antara Doris Jones dengan Adenan Satem dalam satu majlis di London. Mereka cuba memberikan gambaran kononnya, Adenan Satem telah bersetuju dengan perjuangan Doris Jones mahu mengeluarkan Sarawak dari Malaysia. Malah mereka cuba menimbulkan persepsi kononnya, Doris Jones dijemput oleh Adenan Satem untuk membincangkan Sarawak keluar dari Malaysia.

Sekaligus, cuba memburuk-burukkan dan menegangkan hubungan antara Ketua Menteri Sarawak itu dengan Putrajaya.

Namun sama seperti FAKTA-FAKTA NEGARA SARAWAK yang mereka reka dan bohongi kepada rakyat peribumi Sarawak, begitu jugalah dengan 'pertemuan' tersebut.

Apa yang berlaku ialah, apabila Doris Jones dan kawan-kawan sekufunya yang cukup takut untuk kembali ke Sarawak kerana gentar dengan Akta Hasutan dan SOSMA mengetahui tentang kehadiran Adenan Satem dalam sebuah majlis pertemuan khas antara Ketua Menteri Sarawak itu dengan pelajar-pelajar dari Sarawak di London, mereka telah menerjah dan jadi tetamu tidak diundang.

Kamera telah disediakan lebih awal dan rakaman diperlukan untuk disebarkan bagi menimbulkan persepsi kononnya Adenan Satem menerima Doris Jones dan rakan-rakan subversifnya dengan 'senang hati'.

Mereka sebelum itu telah meminta izin untuk bertemu dan bergambar dengan Adenan Satem. Rancangan mereka berjaya kerana 'out of politeness' Ketua Menteri Sarawak bersetuju untuk menunaikan hasrat mereka.

Yang tidak diceritakan oleh Doris Jones dan SSKM ialah, dalam pertemuan terjah itu, Ketua Menteri Sarawak SECARA TEGAS menyatakan bahawa 'THERE IS NO SECESSION OF SARAWAK FROM MALAYSIA" (Sarawak tidak akan keluar dari Malaysia). Kenyataan tegas Ketua Menteri itu didengar dan disaksikan oleh ramai pegawai-pegawai kerajaan dalam pertemuan tersebut.

Mujurlah bukan SSKM dan S4S sahaja yang tahu menggunakan Internet sebagai medium publisiti mereka, sebaliknya mereka yang ada di dalam majlis tersebut dan menyaksikan ketegasan Adenan Satem juga pandai menggunakan Internet untuk menyanggah fitnah dan spin murahan Doris Jones dan geng-geng subversifnya!!!


Monday, April 20, 2015

ADENAN SATEM GELAR, USUL UNTUK JADIKANNYA 'PERDANA MENTERI SARAWAK' SEBAGAI BODOH!!!



Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem menggambarkan dua usul yang dibangkitkan oleh ADUN Bebas Sarawak sebagai 'BODOH' dan ianya perlu ditolak oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak yang akan bersidang pada Selasa ini.

"Ini adalah usul bodoh," kata Adenan, mengulas gelaran 'Perdana Menteri Sarawak' yang diberikan kepadanya.

Dua usul yang dibangkitkan oleh ADUN Bebas Pujut, Fong Pau Teck, termasuklah menukar nama Dewan Undangan Negeri Sarawak menjadi 'PARLIMEN SARAWAK'.

"Kami percaya, usul ini tipu helah politik semata-mata. Ia diusulkan untuk mendapatkan publisiti," kata Adenan lagi.

Pada usl ketiga Fong, yang mana melibatkan cadangan untuk 'Akta Referendum' (bagi membolehkan Sarawak keluar dari Malaysia) Adenan berkata, perkara itu adalah akademik.

"Saya percay, perkara ini tidak perlu diperbincangkan lagi," kata Adenan selepas mempengerusikan mesyuarat antara PBB dan Majlis Tertinggi BN di Ibu Pejabat PBB di Jalan Bako.

Fong merupakan bekas ADUN DAP yang disingkirkan dari parti itu pada tahun 2013 menjadikan dia sebagai ADUN Bebas tunggal di DUN Sarawak.

Sementara itu, Adenan berkata, Kerajaan Negeri BN telah bersedia untuk berhadapan dengan segala kemungkinan dan cabaran daripada Pakatan Rakyat, malah mempunyai beberapa kejutan untuk mereka.

"Tidak hanya kita boleh memulangkan perkara yang mereka bangkitkan, kita juga mempunyai kesemua jawapan yang diperlukan," kata Adenan.

Sidang DUN selama tujuh hari bermula 21 April sehingga 29 April akan menyaksikan pembentang Akta Perhutanan yang baru, yang akan memberikan penalti lebih berat bagi kegiatan pembalakan haram di negeri tersebut.

Menurut Speaker Datuk Mohammad Asfia Awang Nassar, pejabatnya telah menerima 335 soalan daripada 39 orang ADUN untuk sesi kali ini.

SUMBER


Saturday, April 18, 2015

SARAWAK FOR SARAWAKIANS FITNAH KETUA MENTERI SARAWAK SOKONG MEREKA BUAT REFERENDUM!!!



Melihat kepada sokongan rakyat Sarawak kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, Sarawak For Sarawakians (S4S) yang berjuang untuk memerdekakan Sarawak dari Malaysia, cuba mengambil kesempatan dengan menggambarkan dan memberikan persepsi kepada para penyokong serta penduduk Sarawak bahawa Ketua Menteri Sarawak itu, menyokong perjuangan mereka.

Dalam sepucuk surat terbuka mereka, dinyatakan bahawa S4S sudah bersedia untuk menggerakkan 300,000 orang rakyat Sarawak bagi tujuan referendum, seterusnya merealisasikan penubuhan NEGARA SARAWAK dan Tan Sri Adenan Satem sebagai pemerintah pertama Negara Sarawak yang diperjuangkan oleh S4S.

S4S telah meuwar-uwarkan kononnya mereka telah mendapat persetujuan daripada Adenan Satem bagi tujuan berkenaan.

Namun Pejabat Ketua Menteri Sarawak telah menafikan wujud persetujuan dan kerjasama antara Adenan dengan S4S. Sebaliknya menurut Pejabat Ketua Menteri, S4S memang ada menghantar surat berkenaan, tetapi Pejabat Ketua Menteri tidak pernah memberikan sebarang respons mahupun melayan surat tersebut.



Dengan kata lain, surat tersebut telah dibakulsampahkan kerana motifnya amat jelas, S4S cuba mengheret Ketua Menteri Sarawak dalam masalah yang lebih besar, sekaligus membuka ruang yang lebih besar kepada DAP dan Pakatan Rakyat di Sarawak.

Walaupun S4S cuba berdalih kononnya mereka tidak memilih mana-mana parti politik, pembabitan beberapa orang pemimpin DAP dan pembangkang tempatan dalam S4S, menunjukkan pergerakan itu sebenarnya tidak lebih daripada salah satu usaha yang memanjangkan hujah Pakatan Rakyat pada tahun 2011 kononnya Sarawak memerlukan lebih autonomi pada Pilihanraya Negeri tahun tersebut.

S4S dan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) diwujudkan selepas ceramah-ceramah agresif yang dilakukan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat termasuklah oleh Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

Kenyataan S4S kononnya Ketua Menteri Sarawak menyokong pergerakan mereka, sekadar menunjukkan dan membuktikan bahawa mereka sebenarnya sudah sangat terdesak sehingga sanggup menipu dan memperdayakan rakyat Sarawak bagi tujuan subversif!


Monday, April 6, 2015

RAKYAT SARAWAK SUDAH TEMUI KETUA MENTERI SEBENAR YANG TIDAK BERLAKON, TIDAK BERETORIK MACAM GUAN ENG DI PULAU PINANG!!!



Sebut sahaja nama Tan Sri Adenan Satem, yang terbayang di kepala kita adalah ketegasannya mempertahankan kepentingan Sarawak dan rakyatnya selain kedudukan Sarawak sendiri di dalam Malaysia yang perlu diberikan perhatian khusus. Terbayang juga kepada kita bagaimana Adenan Satem yang berjuang bukan sahaja untuk Melayu-Melanau tetapi melingkupi semua kaum di Sarawak yang pelbagai dan berbilang.

Sarawak sudah mempunyai seorang Ketua Menteri yang diperlukan. Kerajaan yang boleh disandarkan dan diharapkan selain ketegasan kepala negeri yang mentadbir negeri mengikut keperluan rakyatnya, bukan terlalu terikut-ikut dengan telunjuk atau arahan politik tertentu.

Mungkin bagi kebanyakan orang Semenanjung yang tidak biasa dengan Sarawak, mereka akan sedikit cuak atau kehairanan apabila di dalam sebuah keluarga di Sarawak, terdapat pelbagai agama yang dianuti oleh ahli-ahli keluarganya. Malah Melayu-Melanau sendiri terbahagi kepada tiga jenis penganut agama. Yang terbesar adalah Islam dan Kristian selain masih ada lagi yang mengamalkan agama nenek moyang. Menariknya, mereka masih adik-beradik, masih saudara-mara, masih sedarah sedaging tanpa sebarang berasa terancam disebabkan perbezaan akidah. Dan mereka juga saling menghormati serta memahami keperluan agama saudara-mara mereka tanpa perlu memaksa-maksa saudara yang tidak seakidah mengikut fahaman mereka. Atau berasa jijik kerana saudara-mara yang berlainan agama tidak sefahaman dan seakidah.

Itu adalah Sarawak dari dahulu lagi. Toleransi yang sangat tinggi walaupun seringkali ada yang membayangkan rakyat Sarawak masih bercawat dan tinggal di atas pokok - suatu gambaran yang sama sekali tidak tepat dan benar-benar menghina. Malah dari pelbagai segi, Sarawak sebenarnya jauh lebih maju berbanding Semenanjung terutama dari segi toleransi dan semangat bersatu padu.

Sebelum ini, Adenan Satem menegur sebilangan guru yang berasal dari Semenanjung yang menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak sukanya mereka bertugas di Sarawak sehingga ada kes di mana si pengadu berkenaan menyatakan dia sudah hampir bercerai dengan isterinya kerana tugasannya di Sarawak yang menyebabkan dia terpisah dengan isterinya.


Beberapa hari lepas, Adenan Satem menegur sikap pengecut sebilangan anggota penguatkuasa Imigresen yang memberikan jawapan sambil lewa berhubung penguatkuasaan ke atas imigran Suluk dan Bajau yang datangnya dari selatan Filipina di Miri.

Tegurannya mungkin kedengaran keras bagi sebilangan orang tetapi sebenarnya amat perlu memandangkan Kerajaan ditunjangi dan dasar-dasar sesebuah kerajaan - baik Pusat mahupun Negeri - amat bergantung kepada kakitangan awam. Kegagalan dan kepincangan tugas kakitangan awam, hanya akan membuatkan sesebuah kerajaan kelihatan lemah dan tidak serius.

Apatah lagi apabila melibatkan Sarawak yang garis sempadannya dengan laut serta negara asing begitu hampir dengan sosio budaya juga hampir serupa, memerlukan kakitangan awam yang tegas dalam mempertahankan kedaulatan negeri dan negara.

Apa-apa pun, Sarawak sudah ada pengganti Temenggong Jugah. Sarawak sudah jumpa pengganti Rentap Sungai Sekrang... Sarawak tidak memerlukan golongan beretorik yang berlatarbelakangkan DAP yang jelas cuba menyusutkan semua nilai-nilai positif Sarawak menerusi ancaman anti-agama dan suku kaum tertentu di Sarawak!!!

Cuma yang menariknya, ada pula orang yang melihat Adenan Satem dan menyamakannya dengan gerakan mengeluarkan Sarawak dari Malaysia... mereka ingat Adenan Satem DAP kut?


Sunday, April 5, 2015

KETUA MENTERI SARAWAK MENGAMUK DENGAN IMIGRESEN SARAWAK SEBAB GAGAL JALANKAN TUGAS!!!



Ini kali pertama, mana-mana Ketua Menteri atau Menteri Besar negeri-negeri di Malaysia memperlihatkan tahap ketidakpuasan hati berhubung prestasi kerja agensi-agensi tertentu di negara ini.

Dalam satu pertemuan dan taklimat tertutup di Kuching, Khamis lepas, Adenan Satem menyatakan tidak puas hatinya terhadap pegawai-pegawai penguatkuasa imigresen negeri itu.

Sebuah klip video yang dirakamkan menggunakan kamera telefon dan dirakamkan oleh seorang pegawai dari jabatan tersebut ketika dia dan 20 orang pegawai daripada 20 agensi yang lain - dari negeri dan persekutuan - telah diminta hadir ke bilik operasi negeri di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya.

Selama ini, tidak ramai yang melihat Adenan Satem naik angin walaupun cukup terkenal dengan kenyataan dan reputasinya, 'jangan main-main dengan saya'.


Adenan dilihat hilang sabar kerana kegagalan Jabatan Imigresen untuk menghalang kebanjiran pendatang haram Suluk dan Bajau di Miri.

"Sudah ada 700 Bajau dan 400 Suluk yang mencuri ikan di Miri dan (anda masih kata), anda tidak tahu tentangnya," Adenan kedengaran bersuara di dalam klip video berkenaan.

"Sekarang anda tahu, (anda bagi) alasan biasa, 'tidak cukup tenaga kerja, tidak cukup itu, tidak cukup ini. Stupid, bodoh," katanya Adenan yang jelas marah.

"Saya tidak mahu sebarang alasan berhubung tidak cukup tenaga kerja." Adenan juga berkata, "Separuh kakitangan bertugas di pejabat. Lebih pekerja di pejabat, kurang pekerja di luar."

Dengan melabelkan sesetengah daripada mereka sebagai 'pengecut', Adenan berkata, mereka seringkali memberikan pelbagai alasan untuk tidak mengambil sebarang tindakan ke atas Bajau dan Suluk.

Kaum Suluk yang dimaksudkannya, datang dari selatan Filipinan yang bergolak dan tidak takut langsung dengan anggota-anggota penguatkuasaan dan seringkali bertindak secara agresif ke atas pihak berkuasa.

"Alasan sebenarnya ialah, mereka takut," kata Adenan, yang turut menambah, rakyat mahukan pegawai-pegawai kerajaan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan 'berani, penuh semangat dan berdedikasi'.

"Kita memberi amaran (kepada) pihak imigresen setahun lalu tentang Sulu. Tiada apa-apa yang dilakukan sehinggalah masalah ini menjadi lebih besar. Anda tahu ke berapa ramai imigran haram berada di Sarawak? tanya Adenan kepada pegawai-pegawai yang hadir.

"Pandang rendah. Awak mahu jadi macam Sabah? Saya tak mahu jadi macam Sabah."

Dalam sidang media kemudiannya, Adenan berkata, hanya 150 orang Suluk dan Bajau yang berjaya ditahan dalam operasi terbaru manakala bakinya, 'hilang tanpa dapat dikesan'.

Menurutnya, penempatan-penempatan Bajau dan Suluk di kawasan setinggan telah pun dimusnahkan.

Walaupun dikecam, ucapan Adenan mendapat tepukan daripada para pegawai berkenaan apabila dia berkata, pegawai-pegawai persekutuan yang tidak gembira dengan tempat kerja mereka, bolehlah minta bertukar, dan 'kami akan pastikan anda keluar dari negeri ini dengan secepat mungkin'.

"Mana-mana pegawai persekutuan yang tidak gembira dengan perkhidmatannya dan tidak gembira berkhidmat di Sarawak, beritahu bos-bos anda. Anda boleh minta untuk dipindahkan. Kami akan menyokong pertukaran dan anda tidak akan berada lagi di negeri ini."

Menurut Adenan lagi, bukannya susah sangat untuk mendapatkan seseorang yang lebih berdedikasi untuk berkhidmat di Sarawak.

Ketua Menteri Sarawak yang diterima ramai oleh rakyat Sarawak kerana sikap merendah dirinya serta polisinya yang mempertahankan kepentingan Sarawak, turut menyatakan perkara yang sama kepada kaum guru.

"Mun si maok sitok, ndak ndak sia (kalau tak suka berada di sini, keluarlah). Jangan banyak sangat bunyi. Ada ramai orang lain yang mahu bertugas di sini. Sama ada anda berdedikasi atau sebaliknya." (SUMBER)

 
Blogger Templates