Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label salahuddin ayub. Show all posts
Showing posts with label salahuddin ayub. Show all posts

Monday, November 25, 2019

KERAJAAN PAKATAN BUAT OPEN TENDER, MENTERI TULIS SURAT BATALKAN KEPUTUSAN, PERDANA MENTERI SETUJU... BILA TERKANTOI, KSU PULA YANG DIPERSALAHKAN?!!!



E-siar tentang gantung kerja atau dalam bahasa lunaknya, kerjanya ditanggung membabitkan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian, Dato' Salehhuddin Hassan sudah tular dan tidak dinafikan oleh Kementerian Pertanian, mahupun oleh menterinya, Salahuddin Ayub.

Sebaliknya Salahuddin Ayub bertaici dan meminta orang ramai bertanya kepada Ketua Setiausaha Negara, mengapa Salehhuddin Hassan dan beberapa orang KSU serta TKSU yang lain dipindahkan atau digantung tugas. (RUJUK SINI)

Menurut Salahuddin, dia tidak tahu menahu berhubung penggantungan tugas Dato' Salehhudin Hassan itu. Bercakap kepada para wartawan selepas Kongres Benih Asia 2019 yang diadakan di Kuala Lumpur, Salahuddin berkata, dia juga tidak mengetahui kedudukan sebenar KSU Kementerian Pertanian itu atau sebarang tindakan telah diambil terhadap pegawai-pegawai kanan kerajaan yang lain.

"Anda sepatutnya bertanya kepada KSN). Saya tidak ada sebarang maklumat tentangnya," katanya.


Semalam, beberapa orang pemimpin PAN yang kelihatan sakit hati selepas terbarainya skandal RM1.4 bilion membabitkan NAFAS yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Ayer Hitam, Wee Ka Siong di Parlimen, menuduh KSU itu telah mensabotaj Salahuddin Ayub dan kerajaan.

Salah seorang anggota jemaah pengarah NAFAS yang juga merupakan pemimpin PAN, Normah Yusof dalam status Facebooknya, menuduh Dato' Salehhudin Hassan telah mensabotaj menteri serta telah memberikan tender serta kontrak NAFAS kepada kontraktor-kontraktor Cina sekaligus boleh menjejaskan kedudukan ribuan pekerja yang berkaitan NAFAS.

Sebelum Jun 2018, NAFAS mengamalkan runding terus bagi pembekalan dan perolehan terutama sekali membabitkan baja dan kerja-kerja pengapuran. Bagaimanapun, sistem runding terus seperti yang diamalkan oleh NAFAS di bawah pentadbiran Barisan Nasional seringkali dikatakan tidak adil serta banyak dipengaruhi oleh korupsi dan salahguna kuasa serta kedudukan.

Jadi pada 24 Julai 2019, satu tender terbuka telah dibuat untuk pembekalan tersebut. NAFAS turut masuk bertanding. Malangnya, panel pemilih telah memilih syarikat-syarikat kontraktor lain yang sudah pasti menawarkan harga yang lebih fleksibel serta perkhidmatan dan jangka masa yang lebih baik.

Dengan kata lain, NAFAS gagal.


Kegagalan NAFAS tersebut telah menyebabkan Salahuddin selaku Menteri Pertanian, telah menulis surat kepada Perdana Menteri untuk meminta campurtangan pada 7 November 2019 bagi membatalkan keputusan tender terbuka yang gagal dimenangi oleh NAFAS. Sebaliknya, Salahuddin meminta agar kontrak tersebut yang bernilai RM1.4 bilion diberikan kepada NAFAS yang telah menjadi sarang PAN melalui perlantikan politik, secara runding terus.

Dan Perdana Menteri yang diketahui tidak ada kuasa melainkan sebagai boneka dan proksi semata-mata itu pun bersetuju untuk memberikan kontrak secara runding terus kepada NAFAS. (RUJUK SINI)

Salahuddin dalam kenyataan terbarunya mengatakan, isu RM1.4 bukanlah skandal. Menurutnya lagi, dana tersebut masih lagi berada pada Kementerian Kewangan dan tidak dimasukkan ke akaun-akaun lain sebaliknya masih berada dalam Akaun Perbendaharaan. (RUJUK SINI)

Salahuddin juga menolak sebarang siasatan kerana isu tersebut bukanlah skandal.


Yang megah nak buat tender terbuka, Kerajaan Pakatan.
Yang batal direct award tender kepada NAFAS... kerajaan Pakatan
Yang henti sementara operasi NAFAS... Kerajaan Pakatan
Yang janji nak buat tender terbuka... Kerajaan Pakatan
Yang buat tender terbuka... Kerajaan Pakatan
Yang batal kemenangan pembida tender... Menteri Pakatan
Yang nak direct award semula... Menteri Pakatan

Syarikat yang menang open tender itu adalah menerusi portal My Procurement Perbendaharan Kementerian Kewangan. Masakan KSU boleh meminta proses open tender Kementerian Kewangan?

Dan seandainya betul KSU melakukan kesalahan tersebut, sepatutnya tindakan diambil terhadapnya kerana pecah amanah dan rasuah. Bukannya sembunyikan KSU itu dalam peti sejuk seperti yang dilakukan sekarang!

Friday, November 22, 2019

NAFAS DIBELA KERANA KUOTA BUMIPUTERA TAPI LTAT ELOK PULA DIJAHANAMKAN!!!




Para penyokong dan tukang propaganda Pakatan sedang bermain dengan isu perkauman dalam isu membabitkan skandal RM1.4 bilion NAFAS. Lebih menarik lagi ialah bilamana Salahuddin Ayub diangkat sebagai pembela kaum peladang kerana skandal RM1.4 bilion.

Alasan mudah yang mereka berikan ialah, MCA sakit hati kerana peruntukan untuk NAFAS itu untuk Bumiputera dan peladang.

Sedangkan Wee Ka Siong ketika mendedahkan di Parlimen pula menyatakan, bukan peruntukan untuk NAFAS yang dipertikaikan, sebaliknya penyalahgunaan dan penyelewengan RM1.4 oleh orang politik dalam NAFAS yang didedahkan.

NAFAS merupakan sebuah agensi yang atau Pertubuhan Peladang Nasional telah dilancarkan pada 31 Mac 1972 oleh bekas Perdana Menteri Kedua Malaysia, Allahyarham Tun Haji Abdul Razak. Agensi yang didaftarkan di bawah Akta Persatuan Peladang 1967 itu bertindak sebagai badan induk kepada peladang-peladang di seluruh negara.

Sehingga 2019, NAFAS telah dianggotai oleh 14 buah Pertubuhan Peladang Negeri, yang dianggotai oleh 279 Pertubuhan Peladang Kawasan, yang dianggotai oleh 921,931 ahli peladang di seluruh negara melengkapkan struktur tiga peringkat pertubuhan peladang.


Sesuai dengan peranan NAFAS sebagai induk Pertubuhan Peladang, NAFAS telah menceburkan diri dalam pelbagai aktiviti perniagaan dan pelaburan khususnya dalam bidang pertanian. Pada awal penubuhannya, NAFAS telah menjalankan perniagaan peruncitan, pemasaran baja dan pemasaran jentera pertanian.

Bagaimanapun, fungsi NAFAS mulai berubah apabila Kerajaan Pakatan Harapan mengambilalih tampuk pentadbiran negara. Dengan menterinya adalah Salahuddin Ayub, NAFAS serta beberapa agensi lain dilihat menjadi tempat meletakkan para pemimpin Parti Amanah Negara atau PAN bagi berkongsi harta rampasan perang.

1 Jun 2018, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di bawah Kerajaan Pakatan Harapan telah menggantung operasi NAFAS di atas dakwaan, wujudnya masalah serius tadbir urus terutama aspek kompetensi, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam barisan kepimpinan. (RUJUK SINI)

Alasan seperti yang diberikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menggantung operasi NAFAS itu, merupakan alasan standard Pakatan Harapan sepertimana yang mereka lakukan terhadap LTAT, Tabung Haji, Felda, Felcra, Khazanah dan pelbagai agensi serta entiti yang berkaitan Bumiputera yang lain.

Dalam bahasa yang lebih mudah, semua syarikat GLC, GIC mahupun GILC semuanya kena tapau atas alasan yang serupa dan menyaksikan perlantikan orang-orang yang tidak berkelayakan tetapi mempunyai kedudukan dalam parti-parti kerajaan.

Contoh terbaik ialah membabitkan kesemua 6 GILC (Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan) iaitu Khazanah, KWSP, Tabung Haji, LTAT, KWAP dan PNB, perlantikan politik merupakan asas dan teras kepada Kerajaan Pakatan, khususnya membabitkan DAP dan PPBM selepas kesemua enam GILC ini dikatakan bermasalah, malahan di dalam Parlimen pun, menteri masih tebal muka mengatakan, kerajaan Pakatan mewarisi masalah creative accounting Kerajaan lalu yang menyembunyikan kerugian dan penyelewengan kesemua 6 GILC itu.


Dalam pendedahan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Ayer Hitam, Wee Ka Siong, 3 isu diperkatakan dalam ucapannya iaitu:

1. Pembatalan beberapa syarikat tempatan yang sebelum ini telah pun dipersetujui sebagai pentender secara item mengikut Zon 1, 2 dan 3 bagi tender membekal, menghantar dan menjalankan Kerja-Kerja Pengapuran Bagi Kapur di bawah Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) untuk tempoh 3 tahun dengan tawaran berjumlah RM52.4 juta menerusi surat bernombor tender QT190000000058589.

2) Isu yang lebih besar hasil rentetan daripada pembatalan pemilihan syarikat disebutkan di atas.

Wee Ka Siong mendakwa terdapat satu surat daripada Menteri Pertanian kepada Perdana Menteri yang bertarikh 7 November 2019 untuk memohon melantik secara RUNDINGAN TERUS bagi pembekalan input pertanian sektor padi kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bagi tempoh 3 tahun iaitu (2020-2022) dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion.

c) Pertanyaan berkenaan tempahan bilik hotel yang direkodkan atas nama NAFAS sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai baru-baru ini. Pimpinan NAFAS yang berpakaian berwarna oren pun turut berkampung di Tanjung Piai sedangkan NAFAS merupakan pertubuhan peladang kebangsaan bukannya pertubuhan milik parti politik

Wee Ka Siong turut mempersoalkan mengapa NAFAS yang sudah kalah di peringkat rundingan terbuka tiba-tiba, mendapat perolehan tender secara terus. Mengapa menganiaya syarikat-syarikat yang telah terlebih dahulu memohon tender dan membatalkan pemilihan mereka selepas dipersetujui Lembaga Perolehan Kementerian, seterusnya menganugerahkan kepada NAFAS?

Umum mengetahui Menteri Pertanian telah menjadikan agensi kerajaan di bawah kementeriannya sebagai lubuk ghanimah PAN.

Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS ialah YB. Dato' Haji Phahrolrazi Bin Mohd Zawawi, Pengerusi PAN Kedah. Selain itu, 4 orang lagi Ahli Jemaaah Pengarah NAFAS ini merupakan pemimpin PAN yang dilantik oleh Menteri;
a) Wan Kharizal Wan Khazim (PAN Perlis)
b) Mohd. Hisyamuddin Ghazali (PAN Kelantan)
c) Normah Yusof (PAN Pahang)
d) YB Muhamad Said Jonit (ADUN PAN Mahkota)

Secara tidak langsung, Wee Ka Siong mendedahkan bagaimana Menteri Pertanian ini menjadikan NAFAS, Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) sebagai kenderaan politik PAN melalui lantikan politik yang dibuat olehnya dapat menguasai secara majoriti pertubuhan peladang tersebut.


Isu yang hampir serupa sebenarnya turut melibatkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang merupakan GILC. LTAT menerusi beberapa syarikatnya seperti Pharmaniaga memperolehi konsesi pembekalan ubatan dan peralatan hospital telah ditamatkan kontrak mereka atas alasan, pembekalan perlu melalui tender terbuka. Kepentingan lebih 150,000 orang anggota tentera berpencen, tidak pula dijadikan sebagai isu sepertimana para penyokong perbuatan dalam NAFAS.

Ironinya, semasa PRU-14, mereka jugalah yang lantang memperjuangkan sistem tender terbuka. Tetapi apabila terkena ke batang hidung sendiri, mereka mempersoalkan Wee Ka Siong dan MCA yang kononnya sakit hati kerana mempersoalkan peruntukan untuk Bumiputera dalam NAFAS. 

Lebih ironi lagi, PERUNTUKAN dengan PENYELEWENGAN pun mereka tak dapat beza.

Thursday, February 14, 2019

MENANGIS KONON!!!! MASA INSENTIF PELADANG, PETANI DAN PEKEBUN KECIL DIPOTONG LIM GUAN ENG, MANA SUARA DAN TANGISAN SALAHUDDIN AYUB?!!!



Dalam kesibukan kempen PRK DUN Semenyih walaupun belum dimulakan secara rasmi, drama air mata sudah mula ditampilkan. Dan memandangkan majoriti pengundi di Semenyih adalah Melayu, maka air mata tersebut kononnya bersimpati dan sayu dengan malang yang menimpa orang Melayu. Biarkan berbeza lokasi, namun liputan dan penyebaran berita propaganda tersebut oleh media, menjadikan lokasi yang berbeza bukanlah satu masalah besar.

Oleh kerana orang Melayu seringkali dikaitkan sebagai petani miskin dan nelayan papa yang perlu mengharapkan bantuan kerajaan, maka Menteri yang paling layak untuk mengalirkan air mata, memburu simpati dan rasa bersalah orang Melayu sendiri adalah Menteri Pertanian.

Menteri Pertanian sekarang adalah Salahuddin Ayub.

Berita Harian Online memaparkan sebuah berita tentang bagaimana sayunya dan tersentuhnya hati Salahuddin Ayub apabila membaca sepucuk surat yang diutuskan oleh seorang petani bernama Ibas Hamud yang merupakan wakil petani dari Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Besar.

Ibas Hamud turut berada di atas pentas bersama-sama Salahuddin ketika Menteri Pertanian itu membaca suratnya.

Dan seperti biasalah, sebagai orang politik yang enggan mengakui kegagalan serta ketidakpekaan dan ketidakpeduliannya, Salahuddin beretorik kononnya dia akan membantu kaum petani dengan seberapa daya yang mungkin.

Sungguh kelakar melihat gelagat Salahuddin Ayub.

Masakan dia baru tahu tentang masalah yang membelenggu kaum petani? Takkan dia sebagai anggota kabinet tidak tahu, dasar-dasar dan polisi-polisi yang diamalkan oleh kerajaannya bukan sahaja cuba membunuh kaum petani malah, melianglahad dan seterusnya memupuskan terus sektor pertanian negara?

Dan lebih ralat lagi, masakan Salahuddin yang mengambil alih jawatan tersebut daripada Ismail Sabri selepas kekalahan BN pada 9 Mei 2019 langsung tidak menyedari bahawa kerajaan BN di bawah Najib Abdul Razak telah menyediakan pelbagai insentif, peruntukan dan bantuan kepada kaum petani. Malahan, kaum petani juga diberikan wang sara hidup bagi tempoh terutama apabila cuaca dan bencana menjadi penyebab mereka kehilangan sumber pendapatan.

Bukankah sebaik-baik sahaja Pakatan mengambilalih kerajaan, perkara pertama dan utama yang mereka lakukan adalah memotong dan melupuskan semua bentuk bantuan tunai kepada petani, nelayan, pekebun kecil dan penoreh?

Bukankah Salahuddin sendiri yang bercakap kononnya ada 3 bilion ikan kembung di laut Malaysia yang tidak sepatutnya menyebabkan nelayan jatuh papa kerana tidak ada bantuan dari kerajaan?

Sekarang, Salahuddin nak raih sokongan dengan air mata seperti yang dilakukan oleh Mahathir? Dia sudah lupa, berapa puluh ribu petani, nelayan, pekebun kecil dan penoreh yang kehidupan mereka sangat-sangat terjejas kerana kepincangan kerajaan sekarang?

Bukankah lebih baik kalau Salahuddin berterus terang sahaja, dia minta maaf kerana dia tidak dapat mempertahankan bantuan kepada petani, nelayan, pekebun kecil dan penoreh getah seperti yang diberikan oleh Najib Abdul Razak, kerana dia sangat takut dengan Lim Guan Eng dan dia sangat takut kehilangan jawatan yang baru dipegangnya!!!


Friday, February 24, 2017

KESIAN SALEHUDDIN AYUB... PARTI DIA SENDIRI DAH NAK GHUYUB DAN HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU, DIA MASIH MEROYANKAN PAS DAN UMNO!!!



Salehuddin Ayub, Timbalan Presiden PAN barangkali mamai atau boleh jadi juga terlebih minum serdak kopi sehingga membuatkan dia mengeluarkan kenyataan yang dia sendiri tahu, boleh menyebabkan kulit mukanya menjadi lebih tebal daripada kebiasaan.

Kata Salehuddin Ayub yang pernah digelar sebagai Salehuddin Puduraya suatu ketika dahulu di kalangan pemain-pemain siber, PAS sedang menghampiri tempoh akhir hayat kerana berbaik-baik dengan UMNO.

Menurut Salehuddin Ayub, PAS telah merelakan diri  mereka menjadi alat dan bantuan pernafasan terakhir kepada UMNO yang sekarang ini sudah berpecah dan sangat lemah ekoran tertubuhnya Cap Bunga.

Dan seperti biasa, makhluk-makhluk dari PAN seperti Salehuddin Ayub akan menggunakan nama Allahyarham Nik Abdul Aziz dan Allahyarham Fadhil Nor tanpa sedikit pun mahu mengaitkan penentangan kedua-dua pemimpin besar PAS itu kepada UMNO mempunyai kaitan rapat dengan Mahathir.

Banyak buku-buku tentang PAS dan sejarah perjuangan PAS mengaitkan keputusan Barisan Nasional menyingkirkan PAS pada tahun 1977 dengan Dr. Mahathir. Pada tahun itu, PAS bukan sahaja disingkirkan dari Barisan Nasional, bahkan kehilangan Kelantan.

Bermula dari tahun 1977 sehinggalah berakhirnya 'pentakhtaan' Mahathir selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO pada tahun 2003, PAS menunjukkan sikap yang sangat keras terhadap UMNO apatah lagi, pentadbiran Mahathir berusaha pelbagai cara untuk mengaitkan PAS sebagai sebuah pertubuhan militan dan menangkap serta menahan tanpa bicara ramai pemimpin muda PAS.

Bagaimanapun, PAS di bawah Abdul Hadi Awang mula menunjukkan sikap yang lebih mesra apabila UMNO dipimpin oleh Abdullah Badawi, bahkan kemesraan itu lebih terbukti apabila Najib Abdul Razak mengambilalih UMNO daripada Abdullah Badawi yang digulingkan oleh Mahathir.

Operasi rahsia yang dilaksanakan oleh sebilangan besar pemimpin-pemimpin kanan PAS yang cukup mudah mendapat pendedahan dan publisiti daripada media-media pro-DAP, memperlihatkan cubaan rampasan kuasa di dalam PAS. DAP enggan melihat PAS mengulangi dan membantu kejayaan besar PRU tahun 1974 yang menyaksikan penguasaan kerusi Parlimen oleh Melayu-Islam dan Bumiputera. Justeru, PAS perlu dipecahkan dan PAS perlu terus berada di bawah tapak kaki Dinasti Lim dengan bantuan daripada para pemimpin PAS pro-Dinasti Lim sendiri termasuklah Salehuddin Ayub sendiri.

Bagaimanapun, kesilapan jangkaan menyaksikan pada tahun 2015, Salehuddin dan konco-konconya termasuklah Mat Sabu yang lebih awal 'makan atas tangan Guan Eng', tidak sahaja gagal memperolehi sebarang jawatan penting di dalam PAS menerusi pemilihan parti sekalipun mereka dibantu secara logistik dan kewangan oleh TAIKO BESAR, tetapi mereka akhirnya terpaksa keluar PAS untuk menubuhkan PAN dengan harapan, ahli-ahli PAS akan beramai-ramai meninggalkan PAS dan mengikut jejak langkah mereka menyertai PAN.

Malangnya, sekali lagi puak PAN tersalah jangka. PAS tidak lemah. Bahkan semakin kuat kerana ramai parasit yang dikeluarkan, sama ada secara sengaja atau kerana keyakinan mereka, PAS tidak akan bertahan lama kerana tiada sokongan DAP lagi.

Salehuddin Ayub sepatutnya mencermati situasi itu kerana ia adalah perkara yang sama berlaku di dalam UMNO. Kekagumannya terhadap Mahathir, Muhyiddin apatah lagi Mukhriz Mahathir, amat keterlaluan sehingga menimbulkan ilusi yang membohongi dirinya sendiri.

Apa yang pasti ialah, hubungan PAS-UMNO yang lebih baik, bukan sahaja akan memusnahkan impian Dinasti Lim untuk menguasai Putrajaya sekaligus mengubah pelbagai teras negara ini seperti yang berlaku di Singapura, bahkan di Pulau Pinang, sebaliknya yang akan pupus tidak berkubur nanti adalah PAN dan Salehuddin sendiri.

Kesian Salehuddin... dalam dia mengqiyaskan hubungan UMNO-PAS sebagai tanda-tanda berlakunya kiamat, dia terlupa bahawa tindakannya dan parti barunya mahu  mengangkat Dinasti Lim untuk menjadi penguasa ke atas Melayu-Islam dan Bumiputera di negara ini, sebenarnya lebih menepati tanda-tanda semakin hampirnya kiamat!!!


Wednesday, May 27, 2015

PECAH RAHSIA!!! SALAHUDIN AYUB TERDESAK DAN FITNAH NIK ABDUH!!!


Sejak 2 hari ni Tok tengok Ustaz Nik Abduh diserang dan difitnah dgn begitu dasyat sekali dgn menggunakan gambar beliau dan Suwardi di Program Pas Perlis...Dan yg amat malang lagi apabila berita itu disahkan oleh Naib Presiden Pas Salahudin Ayub melaui jawapan beliau dalam pertanyaan di Whatsapp.

Sepatutnya Salahudin Ayub menjernihkan keadaan dan memberi pencerahan bukannya dgn memberi jawapan tanpa usul periksa yg hanya akan menyemarakkan lg api fitnah terhadap Ustaz Nik Abduh tanpa usul periksa oleh " JEBON-JEBON WALAUN TULI "

Siapa Suwardi hinggakan banyak jebon kelupoq dan tersentap dgn hanya melihat kelibat beliau???? hampa tanya soalan tu pada jebon,tok gerenti depa pon akan jawab TAK TAU !!! Depa ikut saja apa yg bapak jebon arahkan dan tumpang viral sekali fitnah tersebut..!!

Untuk makluman hampa,ni kisah yg sebenarnya...

Suwardi ni org perlis, anak buah Tuan Guru Dr Haron Din, dan Suwardi ni juga adalah kawan Ust Nik Abduh dan depa berkawan lama dah atas sbb dia rapat dgn Tuan Guru Dr Haron Din . Puak JEBON WALAUN TULI marah pada Suwardi ni sebab dia rapat juga dengan Hasan Ali dan Ustaz Nasha.Tp skrg dia dah tinggalkan depa dua orang tu sbb dia bersama dengan Tuan Guru Dr Haron Din . Mmg Suwardi ni keras lawan puak yg lwn ulamak dlm pas. Kebetulan Program Konvensyen Pas Perlis, Suwardi ajak Ust Nik kenal rumah org tua dia di sana.. TG Hasyim Jasin pun rapat dgn dia..!!!

Jadi kepada JEBON2 WALAUN TULI tolong lah hentikan fitnah yg bangang mcm tu dan kepada BAPAK2 JEBON lain kali gunakanlah saraf yg bersih dan benar utk meraih sokongan,pesanan ni tok tujukan khas kepada SALAHUDIN AYUB dan yg seangkatan dengannya..!!!

Jebon tolong jgn malukan pas dgn fitnah2 bodoh yg mcm tu.

Tuc Tok Usin Ceroi
26/5/2015

Monday, December 29, 2014

PERUNTUKAN BENCANA ALAM LEBIH KECIL DARIPADA PERUNTUKAN PERMATA, KATA SALAHUDDIN AYUB!!!


Sudahlah tidak membantu, sudahlah gagal membantu, sudahlah gagal menghalang banjir, dan sudahlah gagal menggerakkan bantuan awal, sekarang PAS menerusi Salahuddin Ayub sedang berusaha mencari jalan untuk menyelamatkan air muka dan imej PAS yang rosak teruk kerana langsung tidak peduli kebajikan rakyat Kelantan yang dilanda banjir sehinggalah Kerajaan Pusat masuk campur, sedangkan Kelantan diperintah oleh PAS.

Berbanding Perak, Johor, Terengganu dan Pahang di mana Kerajaan Negeri bertindak pro-aktif menyelenggarakan bantuan untuk mangsa-mangsa banjir, Kerajaan Negeri Kelantan benar-benar lumpuh. Bukan sahaja tidak mendapat bantuan atau pun perhatian daripada ADUN-ADUN dan Ahli-Ahli Parlimen Kelantan, bahkan para pemimpin PAS Pusat juga turut MATI, BEKU, BENGONG dan BONGOK.

Sehinggalah kecoh tentang Perdana Menteri, barulah para pemimpin PAS masuk campur tetapi haram tak membantu Menteri Besar Kelantan yang juga pemimpin PAS sendiri. Yang mereka sibukkan adalah mencari-cari jalan memperlekehkan semua bantuan yang diberikan dengan menimbulkan pelbagai perkara yang mereka sendiri tidak terlibat dan enggan terlibat sepertimana yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Kuala Krai yang sehingga kini belum menampakkan muka di kawasan yang paling teruk dilanda banjir itu.

Daripada bantuan asal RM50 juta yang diumumkan oleh Kerajaan Malaysia menjadi RM500 juta selepas Perdana Menteri bertemu Presiden Amerika Syarikat pada Hari Krismas di Honolulu, Pertemuan tersebut yang turut dikesan di padang golf, mendapat perhatian yang sangat luar biasa, walaupun pada masa yang sama, ramai juga yang faham, perayaan Hari Krismas adalah sesuatu yang amat penting kepada Obama melainkan ada 'sesuatu yang amat penting' sehingga memerlukan dia lupakan sejenak Hari Krismas untuk bertemu seorang pemimpin dari Malaysia.

Hari ini, Salahuddin Ayub yang sebelum ini hanya mendiamkan diri dan seolah-olah sudah tertanam enam kaki di bawah tanah, mula bersuara. Perkara pertama yang dipersoalkannya selepas MATI HIDUP SEMULA adalah peruntukan untuk bencana.

Katanya Najib telah melebihkan peruntukan kepada PERMATA berbanding rakyat yang terdedah kepada bencana banjir. Peruntukan sebanyak RM9.3 juta untuk bencana terlalu kecil berbanding RM711 juta untuk PERMATA.

Sekali lagi nampaknya PEMIMPIN BANGANG seperti Salahuddin Ayub cuba mencipta persepsi negatif di kalangan rakyat yang kurang membaca dan lebih mempercayai pembohongan. PERUNTUKAN KHAS UNTUK PERMATA sebanyak RM711 juta sepertimana yang dikatakan oleh Salahuddin Ayub itu tidak wujud.


Sebaliknya Belanjawan tahun 2015 yang memperuntukkan RM711 juta adalah untuk pendidikan awal, termasuklah PERMATA. Selain PERMATA, peruntukan tersebut turut diberikan kepada TADIKA KEMAS, TADIKA PERPADUAN dan PRA-SEKOLAH.

Ketika DAP sedang mempersoalkan PEMUSATAN KUASA, PAS menerusi Salahuddin Ayub pula cuba menghilangkan peranan dan kuasa KERAJAAN NEGERI khususnya PAS yang lepas tangan dalam masalah banjir di negeri berkenaan.

Kerana itulah, apa-apa sahaja yang dilakukan, semuanya dipandang buruk. Salahuddin Ayub nampaknya sudah turut serta dalam ANGKATAN PENFITNAH yang tidak bertanggungjawab menyebarkan pelbagai berita dan maklumat tidak sahih untuk mewujudkan perasaan cemas serta panik di kalangan rakyat, dan seterusnya menjadi modal untuk Pakatan Rakyat.

Betul atau tidak, itu tidak penting buat makhluk-makhluk seperti Salahuddin Ayub kerana yang penting baginya, Pakatan Rakyat dapat untung besar!!!

LOGIK AKAL LA... kalau peruntukan hanya RM9.3 juta, MAI MANA RM550 JUTA yang diperuntukkan sekarang, Salahuddin?

Dari TABUNG MILO ATAU KAMPIT KAIN CERAMAH PASMA?


 
Blogger Templates