Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label prk rompin. Show all posts
Showing posts with label prk rompin. Show all posts

Wednesday, May 6, 2015

KALAU PKR DAN DAP BENAR-BENAR BANTU PAS DI ROMPIN, KEPUTUSAN MUNGKIN BERBEZA!!!



Di Permatang Pauh, PKR dan DAP bersungguh-sungguh mahukan PAS membantu mereka walaupun Saifuddin Nasution, Wan Azizah, Nik Nazmi mahupun Lim Guan Eng melihat serta menganggap para penyokong PAS tidak mempunyai sebarang nilai tambah kerana berkeyakinan tinggi, Wan Azizah akan dapat mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh tanpa bantuan PAS.

Di Rompin, keputusan yang agak 'mengejutkan' telah ditampilkan oleh PAS yang berjuang secara bersendirian. Beberapa kawasan tradisi UMNO khususnya di beberapa PDM Felda, beraya mereka tawan, terutama sekali menerusi Saluran 3 dan 4. Dan kerana itulah, walaupun 73% pengundi yang keluar mengundi, UMNO-BN hanya mampu memperolehi majoriti undi 8000 lebih sahaja berbanding 15,000 lebih pada PRU yang lalu.

Tetapi menang walaupun dengan bermajoriti satu undi pun, tetap menang. Kalah walau hanya satu kertas undi pun, tetap kalah. Dan para penyokong PAS yang sedang berseronok terlupa tentang kekalahan besar mereka di dua PDM bermajoritikan Cina yang pada PRU-13, memberikan kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat.

Hakikat itu tidak boleh diubah walau apa pun teori dan kesimpulan yang dibuat. Pastinya, UMNO-BN akan belajar daripada situasi ini dan memperbaikinya pada PRU akan datang bagi memastikan Rompin kekal sebagai kawasan selamat untuk BN.

Namun situasi itu tidak berpihak kepada PAS. PKR dan DAP sekarang sudah boleh bergelak tawa sambil mengejek-ejek PAS kerana kedua-dua parti tersebut sudah boleh menyatakan bahawa tanpa bantuan mereka, PAS tidak mungkin akan berjaya, walaupun sebenarnya PAS bertanding di kawasan kubu kuat UMNO dengan calon under-dog.

PAS menerusi Suhaizan Kaiat dan beberapa orang pemimpin Pemuda menyatakan, mereka akan tetap membantu PKR dan Wan Azizah bagi mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh di dalam genggaman Pakatan Rakyat. Tetapi di Rompin, PKR dan DAP tidak pula mempunyai semangat yang sama... tiada langsung keinginan PKR dan DAP untuk membantu PAS merampas kerusi Parlimen tersebut dari tangan UMNO-BN.

Walaupun berdasarkan pemerhatian dan maklumat, ada perubahan di kalangan pengundi-pengundi PAS Permatang Pauh, tetapi mengambil kira apa yang berlaku dalam beberapa PRK sebelum ini terutama sekali di Kajang dan Teluk Intan, 'USAHA-USAHA SAAT TERAKHIR' DAP mampu mengubah senario dan pola pengundian memandangkan para pemimpin PAS yang LAPAR KEBULUR akan mendominasi dan memanipulasi para penyokong PAS Permatang Pauh dengan doktrin-doktrin serta dogma-dogma keagamaan bagi mewujudkan rasa bersalah jikalau tidak memilih dan mengundi Wan Azizah.

Bermodalkan HALAL dan HARAM, para pemimpin PAS YANG LAPAR KEBULUR itu akan memutarbelitkan ayat-ayat al Quran dan hadis selain melakukan ijtihad sendiri ke ats para penyokong PAS yang kebanyakannya hanya pandai mendengar dan bercakap tetapi tidak pandai membaca, mengulangkaji atau membandingkan hukum-hakam yang dituturkan.

Walaupun kalah, PAS sebenarnya telah menunjukkan dan membuktikan mereka cukup kuat untuk menyaingi UMNO-BN walaupun hanya menampilkan calon corot dan under-dog. Faktor itu sudah pasti membuka mata PKR dan DAP dan kedua-dua parti tersebut akan meggunakan apa-apa sahaja cari bagi memastikan para pemimpin PAS pro mereka akan berjaya pengundi-pengundi PAS Permatang Pauh memenangkan Wan Azizah!!!


ANALISIS ROMPIN: ANAK VS BN - DARI PERSPEKTIF KONONNYA BEBAS!!! TAK NAMPAK YANG PAS CUMA TAMBAH 80 UNDI SAHAJA!!!



Oleh: Dr Taki (Penganalisis bebas)

PRK Rompin agak menarik untuk di analisis. Khusus nya Parti PAS dan calonnya Nazri Ahmad. Hasil tinjauan 8 hari team kami di Rompin menampakkan seperti berikut.

1. PENANGAN KEMPEN TEAM ANAK iaitu NGO Anak Anak Peneroka FELDA yang mesra PAS pimpinan Mazlan Aliman sangat berkesan. Jika dilihat dari awal kempen, mereka menguasai isu, menguasai program impak tinggi, jentera tersusun dan berjaya membuat kejutan.

 a) Isu - Jika dilihat sejak penamaan calon dilihat seolah oleh Isa Samad (BN) vs Mazlan Aliman@Sachu Sawal (X Bos KPF). Media-media menyiarkan isu-isu tersebut secara baik. Antara isunya FGV, rumah Gen 2, pengurusan ladang dll.

 b) Beberapa program impak tinggi berjaya dibuat: 
i- Himpunan selamatkan FELDA (Keratong 4)
ii- Karnival Rakyat (Keratong 7)
iii- Jamuan Rakyat- Bandar Tun Razak
iv- Program pengisytiharan masuk PAS/ANAK di hampir setiap rancangan FELDA (khabarnya hampir 1000 sertai PAS)
v- Program malam terakhir di FELDA Selendang.

 c) Jentera tersusun- ANAK mempunyai Markaz sendiri di FELDA Keratong 4. Penerangan PRK setiap malam dikuasai oleh lebih 60 peratus penceramah daripada ANAK seperti Mazlan Aliman, Sachu Sawal, Said Jonid, Nasaie Ismail, Rahman Jempol, Noraza Muda, Aris Fezol dll. Dari permulaan hari berkempen. Pembawaan kempen mereka lebih dekat dihati pengundi berbanding lain.

d- Kejutan- Pengistiharan kemasukan Datok Sachu Sawal bekas CEO KPF dan Ghani Mamod bekas VP FGV mengejutkan BN. Dilihat Sachu lebih teruk diserang Cyber Trooper BN berbanding calon BN sendiri. Sachu dan Said Jonid (bekas CEO Felda Plantation) dilihat mempunyai jadual ceramah antara terbanyak mewakilan bekas kakitangan FELDA. Jika biasanya orang politik sahaja turun berkempen tetapi kali ini bekas kakitangan kerajaan.

2. ISU GST: Setiap malam dan setiap penceramah dan risalah diedarkan berkait isu GST dan BN dilihat tidak mampu menjawab isu ini.

3. TIDAK MEMBAWA MASALAH DALAMAN KE ROMPIN Walaupun pada awalnya disebut calon Rompin daripada kumpulan tertentu dalam persaingan muktamar PAS. Namun dilihat tiada boikot memboikot diantara team sepanjang muktamar.

Dewan Ulama dengan aturan kuliah maghribnya setiap malam dan himpunan Hindar di Bandar Muadzam. Manakala team Erdogan turut hadir berceramah dan kebanyakannya hadir 2 pusingan. Nama nama seperti Khalid Samad, Mahfuz Omar, Suhaizan Kayat, Mohammad Sabu, Siti Zailah, Dr Dzulkefli Ahmad dan lain lain nama hadir memberi penerangan sepanjang kempen. Ini tindakan bijak.
Ketepikan soal dalaman dan fokus lawan BN.


Masalah dalaman PAS Rompin juga tidak kelihatan walaupun awalnya cybertrooper BN menyerang hal tersebut. Nuridah Saleh bekas calon juga turun kempen. Mazlan Yasin bekas YDP PAS yang dikalahkan Nazri Ahmad juga berkempen dan menjadi wakil calon kepada Nazri. Nama popular sebagai calon sebelum ini Lowyer Fadhli Ramli juga turut berkempen. Faktor beliau kuat mempengaruhi undi dun Tioman khususnya Bandar Rompin. Fadhli mengetuai kempen di dun tersebut. 

Kesimpulan Keputusan PRK Rompin sangat bergantung kepada isu FELDA kerana 55 peratus pengundinya adalah warga FELDA. Strategi ANAK dan kempen anti GST sangat berkesan. Calon muda dan anak FELDA juga satu kelebihan.


Monday, May 4, 2015

BETUL KER BERITA YANG DIBACA INI ATAU IANYA FITNAH... HASAN MALEK KATA BN AKAN MENANG SEBAB PENDUDUK TERIMA GST!!!



Penduduk di Rompin telah menerima baik pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Keyakinan itu disuarakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata, penduduk di Rompin menerima GST hasil penerangan yang baik dan penuh keikhlasan oleh BN menggunakan pendekatan cara orang kampung.

Hasan berkata, dengan penerimaan baik GST itu memberi keyakinan BN akan berjaya mengekalkan Parlimen Rompin.

“Saya yakin BN akan menang dan mempertahankan kerusinya. Terpulang kepada cara kita untuk menambah undi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran Skim Bazar Ramadhan (SBR) 2015 di Kuala Rompin pada Ahad.

Mengulas lanjut penerimaan GST oleh penduduk di Rompin, Hasan berkata kesimpulan itu dibuat hasil tinjauan di beberapa kampung yang mendapati mereka telah menerima sistem pencukaian baharu tersebut.

“Saya mengakui pada peringkat awal, memang saya meragui dengan pelbagai cerita dan tomahan yang dibuat-buat, direka-reka untuk menunjukkan rakyat rasa gelisah dan risau.

“Tetapi apabila kita turun ke bawah, mereka dapat terima bahawa GST memudahkan mereka berurus niaga dan memberi keyakinan untuk pembangunan yang lebih pesat,” katanya. (SUMBER)



NOTA THE SAVIOUR:

Tak tahulah nak kata apa.... mungkin ianya hasil daripada SYOK SENDIRI menteri terbabit. Atau barangkali untuk menyedapkan hatinya sendiri... atau barangkali juga terlalu banyak elemen LANCAPAN PERIBADI sehingga dia terlupa untuk melihat realiti di akar umbi, atau boleh jadi juga, ianya merupakan satu sabotaj yang mencabar pengundi-pengundi Rompin untuk membuat keputusan sebaliknya. 

Malah mungkin juga satu fitnah portal berita terbabit... kalau ianya fitnah, harap-harap Menteri KPDNKK yang kerap menjadi sasaran selama ini, BERSEGERALAH mengambil tindakan undang-undang ke atas portal tersebut. 

 
Blogger Templates