Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, March 23, 2019

BOSAN DAN KECEWA DENGAN KEBODOHAN DAN KEBANGANGAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN YANG TERPAKSA BERGANTUNG KEPADA ISU 1MDB, NURUL IZZAH UMUM PENGGAL TERAKHIRNYA SEBAGAI AHLI PARLIMEN!!!



Akhirnya MISTERI MENYEPIKAN DIRI Nurul Izzah Anwar Ibrahim sudah terjawab!

Selepas meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang hanya sehari selepas diangkat ke jawatan tersebut pada November tahun lepas, sekali lagi Nurul Izzah menimbulkan ketidakselesaan dalam blok Pakatan Harapan selepas dia meletakkan jawatan dari PAC selepas tidak bersetuju perlantikan Ronald Kiandee yang melompat dari UMNO ke PPBM.

Dan semalam, Malaymail Online mendedahkan yang Nurul Izzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh menyatakan, ini adalah penggal terakhir dia berkhidmat sebagai Ahli Parlimen. 

Dengan kata lain, dia enggan lagi bertanding dan terbabit dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh Lim Guan Eng berbonekakan Dr. Mahathir. 

Dia dilaporkan memberitahu Straits Times Singapura yang dia amat kecewa dengan pentadbiran Pakatan Harapan yang terlalu perlahan dalam pembaharuan dan polisi. (RUJUK SINI)

"Ini adalah penggal terakhir saya. Dan ini adalah rancangan saya setakat ini," katanya seperti yang dilaporkan. 

Nurul Izzah juga berkata, dia sangat kecewa dengan obsesi Putrajaya terhadap isu 1MDB dan kegagalan Kerajaan Pakatan Harapan terhadap isu yang lebih besar membabitkan perut dan kocek rakyat. 

"1MDB hanyalah isu sementara. Selepas itu, rakyat mahukan kehidupan harian yang lebih selesa dan ada penambahbaikan," katanya lagi. 

Sebelum itu, Nurul Izzah telah menghantar surat perletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusoff, Ketua PAC Ronald Kiandee dan Ketua Whip Pakatan Harapan Johari Abdul. 

Awal minggu ini, dia dan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh membuat protes berhubung perlantikan Kiandee sebagai Ketua PAC selepas melompat dari UMNO ke PPBM. Nurul dan Hannah berpendapat jawatan Ketua PAC perlu dijawat oleh Ahli Parlimen pembangkang.

Menurut Nurul Izzah lagi, dia sangat kecewa dengan skandal lompat parti yang berleluasa selepas 9 Mei 2018. 

"Kita perlu mempunyai pembangkang yang kuat. Keadaan ini amat menyedihkan. Saya percaya, sistem dua parti adalah penting untuk masa hadapan Malaysia," katanya lagi. 

Pada Disember lalu, Nurul Izzah mengumumkan perletakan jawatannya daripada jawatan Naib Presiden PKR apabila isu nepotisme dan pilih kasih menjadi buah mulut orang ramai. 

Anak sulung Presiden PKR, Anwar Ibrahim itu turut melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang selain beberapa jawatan dalam Kerajaan Persekutuan, termasuklah Pengerusi pasukan khas menangani masalah Teknika dan Latihan Pendidikan Vokasional.

Dalam reaksinya, Anwar mendakwa anaknya itu sudah bosan dengan permainan kuasa yang berlaku di belakang tabir yang masih berterusan sekalipun pentadbiran negara sudah berubah.

Friday, March 22, 2019

SIAPA UPAH KEENAM-ENAM ANAK CINA INI UNTUK BUAT PROVOKASI DI MAJLIS NAJIB BERSAMA PELAJAR UNIVERSITI MALAYA BAGI MENCETUSKAN PERGADUHAN KAUM?!!!



Apa motif sebenar keenam-enam orang pemuda Cina yang cuba membuat provokasi di majlis sembang santai Najib Abdul Razak bersama-sama mahasiswa di Lembah Pantai tengah hari tadi? Apa hasil yang mereka dapat daripadanya? 

Mereka mengusung plakad RM2.6 bilion dan 'WANG RAYKAT'. Sedangkan penjelasan tentang isu tersebut sudah dibuat berkali-kali dan hari ini, Najib Abdul Razak sekali lagi memberikan penjelasan dengan mengaitkan 'Nabi Besar Orang Cina Malaysia' - Lim Kit Siang. (RUJUK SINI

Sebenarnya tindakan keenam-enam orang anak Cina tersebut merupakan tindakan yang sangat biadap, mengundang bahaya kepada diri mereka dan provokasi agar satu pergaduhan kaum berlaku.

Sedangkan pada masa yang sama, Najib dalam mana-mana keadaan, tidak pernah membuat provokasi sama ada di majlis-majlis orang lain, majlis-majlis PH mahupun majlisnya sendiri. 


Mengapa keenam-enam orang pemuda Cina itu cuba membuat provokasi di majlis Najib? Siapa yang mengupah mereka? Siapa yang membayar mereka? Siapa yang menyuruh mereka mencari jalan bagaimana mereka boleh dicederakan dan kemudiannya dijadikan sebab untuk memulakan sesuatu yang bersifat pergaduhan kaum? 

Siapakah dalang di sebalik keenam-enam orang pemuda Cina itu yang sedang berusaha untuk mencetuskan PERANG ANTARA KAUM bagi menyelamatkan Lim Guan Eng daripada terus diasak dengan pertanyaan, ke mana wang negara telah disembunyikan?

Sebenarnya provokasi ini boleh merebak menjadi insiden pergaduhan malah rusuhan kaum, lebih-lebih lagi yang membuat provokasi adalah satu kumpulan yang terdiri daripada satu kaum kepada majlis yang dihadiri oleh hampir semua orang Melayu yang telah mengundang kemarahan orang-orang Melayu di situ.


Mengikut sejarah, Tragedi 13 Mei 1969 bermula apabila hanya beberapa orang pemuda Cina menyuruh orang-orang Melayu di Kuala Lumpur balik kampung.

Daripada insiden provokasi kecil ia telah merebak menjadi besar yang mengakibatkan ramai orang terbunuh.

Insiden di Lembah Pantai tadi boleh merebak menjadi tragedi yang besar hanya kerana tindakan provokasi beberapa orang yang tidak berakal.

Walaupun isu yang dibawa bukan isu perkauman, namun ia melibatkan provokasi daripada satu kumpulan yang terdiri daripada satu kaum ke atas satu kumpulan kaum yang lain.

Sejarah membuktikan yang hal ini membawa padah dan malapetaka.

Tindakan lima orang pemuda Cina ini adalah satu tindakan yang bodoh dan membahayakan diri sendiri dan orang ramai terutama dalam keadaan sensitiviti kaum yang telah meningkat di kebelakangan ini.

Kita hidup dalam rumah kaca yang berbilang bangsa.

Jangan lontar batu kepada orang lain dalam rumah kaca.

Saya sarankan kepada pihak polis supaya menyiasat siapa yang mengupah atau menyuruh pemuda-pemuda ini untuk melakukan provokasi tersebut - ISHAM JALIL

PRK DUN RANTAU: LEBIH BAIK PILIH MAT HASAN DARI PILIH CALON YANG NAK CAKAP BAHASA MELAYU PUN TERSANGAT PELAT MENGALAHKAN BARU DAPAT MYKAD!!!



PENULIS: AMIR HAMZAH ABDUL HAMID

HANG TUAH JIWA BESAR DARI NEGERI SEMBILAN

Kalau ingat sebelum nak PRU dengan selepas PRU tahun lepas, aku banyak up posting berkenaan Politik. Aku menolak UMNO PRU lepas secara total. Bukan benci pada UMNO tapi benci dengan pemimpin-pemimpin yang mula sombong di dalam UMNO. Akhirnya UMNO rebah buat pertama kalinya.

Perubahan besar pada UMNO tu sendiri apabila yang sombong dulu mula diserang oleh bawahannya sendiri. Bawahan yang dulu mempertahankan gila-gila, bila dah jatuh, masing-masing mula berani bercakap benar. Akhirnya atasan terpaksa akur untuk diam diri dan letak jawatan. Part ni jangan sembang rakyat kena kencing dulu. Rakyat tak kena kencing, kekalahan UMNO ni beri mesej yang cukup kuat pada semua tampuk pimpinan akan datang, jangan ulangi kesilapan sama. Tiada istilah kencing bagai. Istilah kencing ni cuma marketing parti politik untuk malukan kelompok pimpinan hari ini je. Yelah, dulunya pimpinan hari ni masa di kerusi pembangkang, sembang deras sangat. Semua benda dia boleh buat.

Babi pun dia boleh sucikan. Lebih kurang macam tu lah level deras dia.

Sekarang dah ada dikedudukan yang kau nak, baru kau tahu. Tak rasa, tak duduk di atas, memang boleh cakap apa je pun. Memang boleh hentam apa je pun macam hero, macam cerdik. Bila dah duduk dan berdepan realiti, ternganga. Tak sama rupanya. Lain kali jangan deras sangat. Nanti nak pusing balik bukan senang. Imej tu.

Sepanjang aku mengkritik UMNO sebelum ini, aku selalu fokus pada pimpinan ini di dalam UMNO. Siapa dia? Ni haa, The Legend. Tok Mat Hassan. Salah sorang pemimpin yang berkaliber. Sorang lagi masa tu aku sebut, Khairy Jamaluddin. Walaupun Khairy ni problem dia boleh tahan zaman Pak Lah PM dulu, tapi kita anggap itu sifat normal kerakusan orang muda yang tiba-tiba dapat "payung besar". Sampai satu usia, dia tersedar dan dia cuba baiki semuanya.

Entah. Agak-agak je lah kan.


Tapi ni aku tulis atas pandangan peribadi aku lah berkenaan Tok Mat Hassan ni. Kau punya pandangan, tu kau punya pasal. Aku antara kelompok yang terkesan bila tengok Tok Mat Hassan turut jadi korban pada PRU lepas. Bukan sebab orang Nismilan benci pada Tok Mat Hassan, tapi sebab orang benci dengan Barisan Nasional waktu tu. Nak taknak, UMNO wajib digulingkan supaya UMNO belajar sesuatu. Lalu antara tokoh hebat yang turut merasa tempias ini ialah Tok Mat Hassan. Siapa yang duduk Nismilan waktu tu, mesti sayu tengok gambar Tok Mat Hassan yang tengah berkemas bawa keluar semua barang-barang dari pejabat dia waktu tu.

Yang bersedih ni termasuk kelompok yang tandakan pangkah pada Pakatan Harapan waktu tu. Cuma boleh ungkap dalam hati, "Maaf Tok Mat, kami terpaksa."

Sepanjang karier Tok Mat di dalam Politik, kau boleh tengok Tok Mat ni orangnya santun. Bahasanya penuh dengan nasihat dan bahasa lama. Dia tak menghina orang, dia tak perli pihak lawan. Dia tak beriya nak menyerlah untuk bagi Perdana Menteri nampak dia. Dia cuma cakap apa yang dia rasa betul dan apa yang dia pernah lalu, misi dia besar. Bab jaga hati pun memang dia tak main game-game selamat ni. Sebelum dia masuk politik pun, dia Ahli perniagaan berjaya. Kau boleh tengok setiap soalan yang di tanyakan pada dia, jawapan yang dia bagi tu semua bukan dia hentam semberono. Dia beri pandangan dari pengalaman dia. Lancar dan ikhlas.

Apatah lagi nak tolak salah pada orang. Bukan cara dia. Bagi dia, nak melawan, jangan buat silap dengan berborak benda yang tiada. Kena selalu ukur baju di badan sendiri. Cita-cita kena ada. Misi dia, nak orang Nismilan bahagia, senang, tak rasa terbeban. Ni waktu dia jadi MB Nismilan dulu lah. Dia buat.

Kau try cari isu berkenaan 1MDB. Dengar macam mana Tok Mat berikan penjelasan. Dia cakap yang apa dia faham dan dia beri pula pandangan peribadi dia merangkap bekas ahli perniagaan berjaya sebelum ini. Dia tak hentam orang. Dia tak mengampu sebab takut kena terajang. Ini baru betul pemimpin. Lantang dia berasas. Bukan sebab dia berani, tapi sebab dia pegang prinsip bercakap benar. Pernah tengok Tok Mat Hassan bidas kenyataan YB mana tah di parlimen sebelum ni isu talkin? Dia kupas satu-satu termasuk bab agama. Menggelupur YB tu. Tengok Tok Mat Hassan bercakap isu kandang babi yang nak dibuat di depan lapangan terbang beberapa tahun lepas.

Dia akan kupas satu-satu. Persoalan yang dia bangkitkan pun persoalan yang kemas. Bukan serangan peribadi. Contohnya bab kandang babi tu, dia tanya satu je. Takkan kita nak biar pelancong mendarat je, nak kena mengadap kandang babi? Apa? Khinzir? Ya khinzir tu babi lah.


Di Nismilan sendiri, aku percaya ramai dah rasa Tok Mat ni dah macam Bapak kepada rakyat Nismilan. Dapat feel kasih sayang tu. Negeri mana di Malaysia yang Menteri besar dia beri keizinan untuk melayu berniaga di kaki lima untuk tambah pendapatan? Ini penting tau tak untuk kau ambil tahu permasalahan ni sebelum keluar order kutip. Yelah, cukai sana sini, tapi rakyat nak cari rezeki, kau tak pernah ikhtiar untuk mudahkan. Tok Mat siap warning Majlis Perbandaran waktu tu supaya jangan buat duit dengan orang berniaga. Bantu permudahkan rakyat.

"Saya lombut bukan untuk dipuleh, saya kogheh bukan untuk dipatah. Saya bagi orang nak berniaga, saya bagi orang nak buat apa-apa. Tapi jangan sampai memijak kepala dan terus menyusahkan orang ramai. Ini saya tak benarkan. Di negeri sembilan saya tak benarkan. Tapi dalam masa yang sama, berniagalah. Saya dah posan dekat MPN dengan MPS, orang nak berniago biarlah dio niago. Dio pandai buek nasi lemak biar dia niago bukak mejo depan rumah. Meniago dari pukul 7 sampai pukul 9, apo salah? Nak menambah rezeki, nak menambah pendapatan bantu suami. Yang kau ghoram apasal? Bawak lori nak angkut mejo dengan kosi? Saya dah umumkan, sampai 3 tahun tak payah permit tak payah bayar apo-apo. Tapi jangan lah jual goreng pisang sampai RM10 sekeping. Kalau jual goreng pisang RM10, saya sendiri yang bawa lori angkut meja tuan-tuan.

Saya nak masyarakat Malaysia, masyarakat Nismilan ni hidup dalam keadaan yang ceria, hidup dalam keadaan yang sonang. Siapa yang ada skill, berniago. Berniago lah. Dan PBT-PBT dan Jabatan-jabatan kerajaan, permudahkan.."


Ini antara bait-bait kata yang keluar daripada mulut Tok Mat Hassan bila bicara pasal masyarakat Nismilan yang nak niaga. Power tak? Aku teringat ada waktu tu, Tok Mat Hassan cakap isu pasar malam kalau tak silap aku. Ada penduduk Cina yang beberapa kali hantar surat ke Pejabat MB minta ditutup pasar malam melayu yang berdekatan dengan kawasan rumah diorang. Sebab nak privasi katanya. Tok Mat ceritakan balik berkenaan kes tu.

"Biarlah orang melayu berniaga. Beberapa kali diorang hantar surat pada saya, saya tak layan. Saya tak setuju. Orang kita bukan orang senang. Nak berniaga satu hari je untuk tambah pendapatan, itu pun jam 5 potang sampai 9 malam. Bukannya hari-hari. Dah itu je pun orang melayu boleh buat, apa salah tolak ansur? Dio nak berniago pun kito bagi. Ini tak, habis nak ditutup eh bila orang melayu yang niago. Orang melayu cari makan bukannya untung berpuluh ribu pun satu hari tu."

Apa Tok Mat cakap ni, kau boleh nilai jiwa Tok Mat ni macam mana. Dia pernah lalu hidup susah satu masa dulu. Dia orang kampung je pun. Tengok part hidung pun tau dah totok melayu kan. Dia pernah berjaya. Dan hari ini dia ada di kedudukan yang dia boleh bela bangsa dia, dalam masa yang sama dia tak menidakkan pun hak bangsa lain. Dia selalu ulang, kita di Malaysia ini punyai kepelbagaian kaum. Kita tetap jaga semuanya sama. Tapi kita pegang pada perlembagaan parti. Part ni kena faham. Power lah tu. Apa cina nak, dia bagi. Kalau benda tu boleh melanggar hak atau penting diri, dia halang. Melayu pula bila dia bagi peluang, tapi buat macam taik, dia halang. Inilah pemimpin. Dia buat apa yang dia rasa betul, bukan sebab fikir nak jaga hati siapa-siapa.

Kau percayalah, dalam banyak-banyak pimpinan UMNO, Tun paling seram dengan sorang je. Siapa dia? Ni ha Tok Mat Hassan. Bukan seram apa, Tun Mahathir tahu Tok Mat ni jiwa besar punya pemimpin. Dia berkarisma dan tak banyak permainan. Dia bukan corner-corner punya orang. Kalau kau tipu, dia cakap kau tipu. Dia takda cakap, oh mungkin dia tersilap. Itu bukan Tok Mat. Kau ingat tak seram ke berdepan pihak lawan yang macam tu? Nak kautim pun payah. Tok Mat Hassan ni, rakyat sayang. Jadi, daripada nak risikokan diri lawan dengan Tok Mat, hujung nanti akan ada plan lain untuk menyokong Tok Mat daripada kem Tun Mahathir sendiri. Atas alasan, menyokong pimpinan yang berintigriti dan telus.

Ini bukan status membodek lah, Adul. Ini aku nak meluah betapa aku menghormati Bekas MB Nismilan ni bab menyantuni masyarakat. Kalau kau perasan lah, PRU lepas orang takda point mana pun nak belasah Tok Mat. Satu isu je pun, isu terbalik meja.

Haha.


UMNO akan berdiri gagah dengan Tok Mat Hassan sebagai Presidennya. Kau tenang je. Cuma Tok Mat kalau diizinkan monang bosa nanti, jangan mudah percaya dengan orang bawahan sangat. Esok-esok potensi nak jatuh tersungkur tu ada hanya sebab orang bawahan yang plastik dan gunakan kuasa untuk buat duit bagai nak gila. Bab kerja, haprak. Part ni Tok Mat Hassan kena belajar dengan Tun zaman Tun jadi PM ke 4 dulu. Wujudkan satu team Inteligent untuk fokus pada gerak geri menteri-menteri bawahan. Supaya percubaan sabotaj bagai dari ahli sendiri tu susah nak jadi, sebab segala info sulit menteri bawahan ada pada kita hasil gerak kerja team Inteligent

Semua orang bila dalam kedudukan selesa, dia akan mula panjang langkah. Itu biasa. Contoh menteri lah. Bila dia duduk di kerusi menteri pelancongan lah contoh. Dia kira boss besar. Segala kelulusan atas dia, siapa je akan tahu untuk dia rembat duit orang? Jadi bila dia dalam keadaan tak tergugat, dia akan panjang langkah. Cuba bila dia tahu, ada satu skuad yang Perdana Menteri wujudkan untuk ambik rekod segala gerak geri dan kerja dia untuk dilapor kepada Perdana menteri, kau ingat diorang tak dup dap nak menyamun dan kurang ajo?

Mana berani. Part ni kita salute Tun Mahathir masa jadi perdana menteri ke empat. Diktator dengan caranya tersendiri. Ini yang Tok Mat Hassan takda. Tegas ala-ala Diktator. No is NO. Tapi kita percaya, Tok Mat Hassan punya resepinya tersendiri. Tenang. Tengok macam mana dia menyantuni orang muda. Betapa dia kagumi orang muda.

Apapun, untuk siapa tak kenal Tok Mat Hassan, lapangkan dada kenali jiwa Tok Mat Hassan ni. Anak kampung dari keluarga susah, menjadi pembela untuk bangsanya. Pemimpin yang selalu bercakap tentang realiti kehidupan. Di selit dengan pepatah-pepatah lama yang aku rasa kita orang muda ni pun tak pernah dengar. Belum part agama lagi tau. Orang yang dalam lembut dia ada keras dalam membentengi nasib orang melayu. Dia sedar orang melayu kita masih ramai yang miskin, perlukan jalan, jadi dia ambik pendekatan untuk memudahkan melayu bina pendapatan. Bukan melayu je. Semua bangsa yang ada dekat Nismilan sana. Dalam masa yang sama, dia jadi pembela pada nasib melayu yang tertindas.


Semoga UMNO kembali gemilang dibawah pimpinan Tok Mat Hassan. Digeruni dan dihormati pihak lawan kerana prinsipnya dalam membela rakyat. Akhir sekali, Tun Mahathir akan akur dengan kepimpinan yang dibawa oleh Tok Mat Hassan di dalam UMNO. Percayalah. Tapi make sure UMNO betul-betul dah dibersihkan dari kumpulan haprak yang menjadi liabiliti dalam UMNO.

Sikit lagi bait-bait kata Tok Mat Hassan yang sangat power untuk kita renungkan.

"Kekalahan tempoh hari betul-betul mengajar kita. Jangan lagi bodoh sombong. Dengar cakap orang bawah, bukan kita je betul. Yang paling baik sekali, kita kena sedar diri. Post mortemlah macam mana pun, selagi ada bodoh sombong, kita tak akan kemana. Jangan terlalu ego, bercampur dengan orang. Maaf cakaplah, bila pergi makan dekat kedai, siap hisap cigar, datang naik alphard. Lepas tu bayar meja dia je. Apa salah bayar je untuk semua yang tengah makan dekat situ? Pakcik-pakcik, makcik-makcik yang ada dekat situ. Bayarkanlah semuo sekali. Ini saya cakap betul. Ego. "

Masa dia smash point ni, pimpinan UMNO lain boleh gelak pulak. Padahal point ni bagi aku sangat serius dan penting. Bukan lawak.

Belajarlah dari Tok Mat Hassan. Jangan bodoh sombong. Santuni rakyat. Zaman kau je bercakap dan orang lain dengar tu dah tak relevan, hari ni kau dengarlah pulak. Bagus ke tak bagus tu nombor dua.

Gua yang menulis,
Tuan Amir Danau



P/s : Untuk Rantau, aku nak pesan dekat orang Melayu. Bagilah undi pada Tok Mat Hassan. Dia dah buktikan pun dia jaga Nismilan sebelum ni pun penuh jiwa membela rakyat. Dah terbukti. Jadi jangan buang masa nak ambil calon lain yang cakap melayu pun pelat. Pantang betul aku bab bahasa melayu pelat ni. Lidah macam kena sepit dengan ketam.

KEBODOHAN LIM GUAN ENG MEMANG TIADA BANDINGAN! KEBODOHANNYA MEMUFLISKAN NEGARA INI DAN DITERTAWAKAN SATU DUNIA!!!


1 Disember 2018 - YB LGE dengan bangganya sebut FDI Malaysia pada 2018 telah meningkat sehingga 4 kali ganda, naik 350% jika dibandingkan dengan 3 suku pertama tahun 2017.

Siap sebut ianya adalah kerana Malaysia kini bebas dari genggaman dan belenggu kleptokrasilah, keyakinan pelaburlah terhadap kepemimpinan Tun M lah bagai.

Rujuk gambar 1 atau di:
FDI meningkat hampir 4 kali ganda kepada RM49 bilion - Guan Eng http://www.astroawani.com/…/fdi-meningkat-hampir-4-kali-gan…

Malaysia records 350% increase in FDI this year in first nine months
https://www.thestar.com.my/…/malaysia-records-350-percent-…/
.
Malangnya keseronokan untuk YB LGE 'mendabik' dada 'short-lived' sebab telah disanggah oleh 'Raja Troll' masakini, iaitu DSN apabila beliau telah berkongsikan data dari DOSM dan BNM yang menunjukkan berlakunya kejatuhan/penurunan FDI jika disemak trailing 3Q bagi 2017 vs 2018.

Dan sememangnya kalau kita semak di website rasmi DOSM ataupun di tradingeconomics kita akan dapati bahawa sememangnya FDI Malaysia menurun setakat Q3, 2018.


Rujuk gambar 2-5 atau di:
Malaysia Foreign Direct Investment
https://tradingeconomics.com/mala…/foreign-direct-investment

Quarterly Balance of Payment, Third Quarter 2018
https://www.dosm.gov.my/v1/index.php…
.
Kaget dengan 'Troll' dari DSN tersebut, pada 3 Disember 2018, YB LGE telah buka mulut dan memberikan jawapan bahawa sememangnya angka yang disebut oleh DSN itu benar.


Namun beliau tetap mempertahankan kenyataannya mengenai peningkatan FDI itu apabila berkata bahawa angka yang disebut oleh DSN itu adalah nilai pengaliran sebenar ataupun 'current account surpluses' manakala berbeza dengan beliau yang menyebut mengenai angka 'approved FDI' bagi sektor pembuatan yang dikeluarkan oleh MIDA.

Hairan dan ajaib, satu dunia biasanya orang tengok 'current account/trade surplas' untuk 'measure FDI flow' di negara masing-masing, tiba-tiba YB LGE pula pergi sembang 'approved' FDI, spesifik sektor pembuatan pulak tu.

Apa-apalah YB, janji u happy.

Cuma yang melucukan daripada mendabik dada dua hari sebelum itu, beliau tiba-tiba telah menyalahkan kerajaan lama apabila berkata penurunan trade surplas tersebut adalah cerminan kesan daripada pentadbiran kerajaan terdahulu. 😂

Dan kalau perasaan sesuatu yang telah berubah dari kenyataan beliau dua hari sebelum itu, adalah peratusan peningkatan 'approved FDI' tersebut telah berkurangan sebanyak 100%, iaitu daripada 350% kepada 250%.


Tak percaya? rujuk gambar 6 atau di:
Angka FDI Semakin Menurun Cerminan Kesan Pentadbiran Terdahulu – Lim
http://www.bernamaradio.com.my/…/angka-fdi-semakin-menurun…/
.
Hari ini, 31 Disember 2018, sempena nak masuk tahun baru 2019, tiba-tiba diulang balik lagu FDI naik 250%(bukan lagi 350%) dia tu macam awal bulan tempohari, cumanya kali ini dia dah tak sebut dah cerminan kerajaan lama tapi dia tukar balik bangga kata indikator ekonomi 'very encouraging' pulak. 🤔

Rujuk:
Economic indicators very encouraging - Guan Eng
http://www.bernama.com/en/business/news.php?id=1680137
.
Pening-pening.

Mana satu ni YB?

Naik ke turun FDI Malaysia sebenarnya ni?

350% ke 250%?

Pembebasan genggaman Kleptokrasi ke Cerminan Kerajaan lama ke 'very encouraging economy'?

🤔🤔
.

Saya tak pasti sama ada YB saja buat 'kelakar' sebab nak cover minyak tak jadi turun esok, supaya orang lupa atau memang sebenarnya YB pun confuse FDI ni apa? naik ke turun?ekonomi encouraging' ke ekonomi kelaut?

Kena ingat YB, FDI ni benda serius.. tak boleh main 'hantam' saja tau..

Apapun Happy New Year ok, next year kalau YB nak tengok dan sembang pasal FDI Malaysia, bolehlah rujuk 'current account surpluses' dekat DOSM, link ada kat atas ya. 🤭

Sekian.

KEJAYAAN-KEJAYAAN BESAR KERAJAAN SEPENGGAL PAKATAN HARAPAN SELEPAS 10 BULAN MENJARAH DAN MEROMPAK MALAYSIA!!!



▪️PH 10 Bulan Memerintah

JUAL ASET ‼️
1 - IHH Health Dijual juga Murah Pada kroni Jepun
2 - Menara Annexe TM1 TM2 dijual juga pada kroni
3 - Menara Felcra dijual juga  pada kroni
4 - M1 Axiata dijual juga pada kroni Singapura
5 - Legoland Dijual juga pada kroni
6 - Menara 28 Tingkat Di hongkong dijual juga kroni
7 - Hotel Royal Chulan dijual juga pada kroni Singapura
8 - Mas bakal dijual juga pada kroni
9 - Saham Bank Filipina dijual juga pada kroni
10 - Menara Felda juga dijual pada kroni
11 - Aset TH dibawa keluar serah pada SPV milik Kementerian Kewangan senang LGE nak gunakan sbb kuasa Menteri Kewangan pd SPV
12 - *Dijangka 5 - 10 lagi aset negara akan dijual* juga

HUTANG NEGARA‼️
1 - Hutang Negara disahkan oleh BNM , KEM. KEWANGAN DAN BANK DUNIA hanya sekitar RM686.8Billion hujung Tahun Disember 2017 .
*( Fitnah dari PH kata RM1Trillion Tidak Benar )*
2 - Kenaikan dari Mei 2018 - Februari 2019 meningkat Sebanyak *RM768.7Billion kenaikan 81.9Billion*
Jika dicampur dengan Duit Petronas sebanyak *RM82Billion yang dijarah kerajaan PH* maka hutang negara naik ke *RM850.8Billion*

NILAI MATAWANG‼️
1. Ringgit merundum jatuh ke paras $USD1 bersamaan RM4.20 nilai pertukaran . *( Fitnah PH Najib turun Ringgit Naik )* tapi makin lama makin merundum jatuh dari RM3.80 semasa Kerajaan BN.

SAIZ PENJAWAT AWAM‼️
1. PH Menang PRU14 sudah dianggarkan 20ribu telah dibuang kerja akibat penutupan Jabatan Jabatan bagi PH tidak Relevan
2. Dijangka 80ribu kakitangan Awam akan dibuang mulai 2019 - 2021.
*( Manifesto 1Juta Peluang Pekerjaan )* tapi rupa nya buang pekerja .

LAWATAN LUAR NEGARA‼️
1 . Sejak menang siri lawatan ke luar negara telah banyak dibuat *tapi satu pelaburan pun tidak bawa balik ke malaysia*  dianggarkan sebanyak  *puluhan Juta wang rakyat* digunakan utk belanja lawatan luar negara.

ISU PANAS MELANDA‼️
1 . Isu hina islam dan nabi lambat ditangani
2 . Isu LGBT semakin berani Puak ni meraikan dan sampai tahap buat Demo *( belum pernah dlm sejarah negara puak songsang LGBT pernah buat Demo )* tetapi dibawah PH puak ni buat dan makin berani
3 . Isu menteri agama sesuka hati menukar maksud ayat surah Al Baqarah ayat 114 .
4 . Bangsa DAP dengan lantang menuduh kerjasama UMNO+PAS sebagai Istihar Perang pada Bangsa lain dan Malaysia seumpama Taliban Jika UMNO+PAS memerintah *ini statement rasis dan mengugat ketenteraman awam oleh bangsa DAP*  tetapi report telah dibuat tapi tiada satu pun ditangkap *( ASAL MELAYU BUAT CONFIRM LAJU KENA TANGKAP )*
5 . Isu pembunuhan Adib sampai sekarang senyap
6 . Isu Kes rasuah terowong LGE senyap
7. Isu kekecohan Kuil
8. Isu kematian umat islam di new zealand yg pelik PDRM jaga kuil dan gereja , tindakan ini melambangkan dan memberi imei buruk pd islam dimalaysia dunia luar akan beranggapan muslim di malaysia extreme sbb PDRM kena kawal keselamatan gereja dan kuil .
Seluruh dunia polis mereka menjaga masjid
9 . Banyak lagi isu panas sejak PH memerintah yg mana melibatkan ketegangan kaum dengan statement rasis Bangsa DAP baik didalam dewan rakyat atai diluar sini.
10 . Isu Pencemaran udara bahan kimia , tidak bahaya itu lah statement menteri dan Menteri besar Johor
11 . Statute ROM dibuat tanpa dibentang di Parlimen dan Majlis Raja Raja terus Menteri Luar Sign akibat kuasa raja raja akan hilang

PELIK , GILA IDEA MENTERI PH‼️
1 . Menteri kasut hitam , pandai murid² sekolah bermula pada kasut hitam.
2 . Tanaman sawit ditukar pd tanaman buluh
3 . Bekam sunnah rasulullah adalah sia sia
4 . Kereta terbang
5 . Ikan kembong dilaut 7billion ekor
6 . Nelayan tanam nenas
7 . Ladang lembu 70 ladang ada 7 ekor lembu
8 . Pesawat tempur ada 4 shj boleh diterbangkan
9 . Menteri agama kata kita kena jaga semua agama rahmatan lil alamiin
10 . Seseorang gay itu tidak semestinya lakukan perkara songsang
11 . LGBT ada hak di malaysia
12 . Tisu bahu koyak
13 . SST turun harga barang tapi rupanya lagi naik mendadak harga barang
14 . Banyak lagi idea gila benak dari menteri menteri PH.

MANIFESTO‼️
1 . Janji Manifesto PH satu penipuan kepada rakyat . Rakyat kena tipu dengan janji manis PH .
Janji Manifesto Janji kencing Harapan .

Viral kan dan share agar Rakyat tahu kerajaan ph adalah sebuah kerajaan Huru hara , zalim dan kejam dan tidak menjaga kebajikan dan banyak lagi keburukan yg dilakukan* mereka hanya tahu berpolitik dan tahu ckp shj , kerja langsung tidak efesin , kualiti , berintigriti dan sangat memalukan pd dunia antarabangsa .

#KERAJAAN PH KERJAAN SEPENGGAL
#TUMBANGKAN KERAJAAN PH PADA PRU15 NANTI
#KERAJAAN PH ZALIM KEJAM PADA RAKYAT*
#MARI RAKYAT SEMUA KITA SELAMATKAN KEMBALI MALAYSIA DARI REJIM PH

#SOKONG BN+UMNO+PAS+MCA+MIC👍
#KEMBALIKAN KERAJAAN LAMA BN SEBAGAI KERAJAAN BALIK PADA PRU15👍

SUMBER: GROUP WHATSAPP

Wednesday, March 20, 2019

UNTUK HALALKAN 'ROMPAKAN OLEH TUAN-TUAN BESARNYA' DAN KEGAGALAN PEMBERIAN HIBAH TABUNG HAJI, MUJAHID BERCAKAP TENTANG HUKUM FIQH BERSABIT WAJIB HAJI!!!



Mujahid mula bercakap tentang keperluan fiqh setelah Tabung Haji yang menjadi agensi tabungan jemaah haji Malaysia dirosakkan, dirompak dan dijarah oleh pentadbiran baru Malaysia.

Sehingga kini, Kerajaan Malaysia masih gagal mengumumkan jumlah hibah untuk para pendeposit dan pemilik akaun Tabung Haji.

Tabung Haji menjadi sasaran utama DAP khususnya semenjak sebelum PRU-14 lagi. Apa yang dilakukan oleh DAP ialah, menimbulkan rasa tidak percaya terhadap Tabung Haji di kalangan umat Islam dan pendeposit. Tabung Haji digambarkan sebagai tempat para pembesar UMNO menyonglap duit para pendeposit dan berjoli dengan wang tabungan Tabung Haji.


Bagaimanapun, data-data menunjukkan sebaliknya. Deposit di Tabung Haji telah dilaburkan dalam pelbagai sektor dan Tabung Haji mencatatkan keuntungan besar saban tahun sehinggalah tahun 2018, sekaligus keuntungan besar tersebut membolehkan Tabung Haji dan Kerajaan mengagihkan hibah yang besar kepada para pendeposit.

Sebaik-baik sahaja Pakatan mengambilalih kerajaan, Tabung Haji yang memiliki rezab tunai tinggi dan pelaburan-pelaburan patuh syariah menguntungkan terus dilemahkan. Bermula dengan penukaran kepimpinan Tabung Haji, sehinggalah kepada penubuhan SPV di bawah Kementerian Kewangan bagi mengendalikan syarikat-syarikat pelaburan yang telah memberikan keuntungan besar kepada Tabung Haji dengan alasan, memperbetulkan Tabung Haji.

Dan ternyata, tindakan Kerajaan Pakatan Harapan itu bukan sahaja telah menyusutkan nilai aset Tabung Haji, bahkan pelaburan-pelaburan Tabung Haji mulai merudum. Contoh terbaik ialah IJM yang merupakan antara pelaburan utama Tabung Haji.


Sebelum ini, kerajaan PH tiba-tiba mengumumkan bahawa Tabung Haji (TH) telah mengalami defisit pada akhir tahun 2017 kerana mendakwa TH di bawah kerajaan BN telah bertindak terlalu zalim dengan terlebih bayar dividen kepada pencarum TH untuk 4 tahun berturut-turut.

Dengan menggunakan alasan defisit RM4 bilion, mereka juga mengumumkan bahawa aset TH bernilai RM19.9 bilion akan dijual kepada sebuah syarikat tujuan khas (SPV) di bawah Kementerian Kewangan yang kita sekarang tahu telah mengutip cukai petrol dengan senyap-senyap sejak awal bulan lepas sehingga dibongkarkan oleh saya dan pihak-pihak lain.

Syarikat SPV ini akan meminjam RM19.9 bilion dari TH dengan kadar faedah 2.5% setahun untuk membeli aset-aset bernilai RM19.9 bilion dari TH yang mereka dakwa ialah aset yang tidak baik ataupun aset yang rugi.

Pinjaman TH kepada SPV ini juga tidak dijamin oleh kerajaan.

Walaupun ramai telah menyuarakan kebimbangan dan bantahan terhadap langkah ini, kerajaan PH telah mula menjual aset Tabuhg Haji bernilai berbilion-bilion kepada syarikat SPV semalam.

Antara yang sudah dijual semalam termasuk Malakoff Corporation Bhd (500 juta saham dipindahkan), UEM Sunrise Bhd (348.87 juta saham), IJM Corporation Bhd (227.31 juta saham), Hap Seng Plantations Holdings Bhd (66.07 juta saham), Dayang Enterprise Holdings Bhd (76.37 juta saham) and Pintaras Jaya Bhd (11.35 juta saham).

Syarikat lain pula ialah Naim Holdings Bhd (24.83 juta saham dipindahkan), Integrated Logistics Bhd (20.58 juta saham), Eastern & Oriental Bhd (94.25 juta saham), Pelikan International Corporation Bhd (157.19 juta saham), Icon Offshore Bhd (103.61 juta saham) dan TH Heavy Engineering Bhd (334.16 juta saham).

Saya perhatikan banyak antara syarikat-syarikat yang telah dipindah semalam merupakan syarikat yang mempunyai prestasi keuntungan yang baik dan bukan syarikat yang rugi seperti kriteria diumumkan oleh kerajaan PH.

Satu contoh ialah syarikat IJM Corporation Berhad. Saya tengok harga saham IJM agak stabil untuk tahun-tahun kebelakangan sehingga akhir tahun 2017. Syarikat itu juga tetap membayar dividen setiap tahun.

IJM bukan sebuah syarikat yang rugi tetapi mempunyai prestasi keuntungan yang baik. (RUJUK SINI)




Mujahid Yusof merupakan 'tool' yang dipergunakan untuk menjustifikasikan rompakan terang-terang yang dibuat ke atas Tabung Haji. Mempergunakan Mujahid Yusof atas alasan Mujahid adalah menteri yang ditugaskan menjaga hal ehwal orang Islam, jauh lebih baik berbanding Lim Guan Eng atau Tony Pua tampil menjelaskan tentang perlunya rompakan ke atas Tabung Haji menerusi syarikat SPV.

Semakin ramai yang sedar, Kerajaan Pakatan langsung tidak berkredibiliti untuk menjaga negara. Boleh dikatakan hampir setiap hari, berita-berita tentang penjualan harta-harta negara dilakukan dengan rancak oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Pada masa yang sama, hutang negara juga semakin bertambah, manakala peruntukan untuk rakyat pula telah dilupuskan.

Rakyat sudah mula bertanya, ke mana semua wang berkenaan hilang sedangkan Bajet 2019 yang dibentangkan oleh Lim Guan Eng merupakan bajet yang terbesar dalam sejarah Malaysia!

Setelah didesak tentang hibah yang sepatutnya diagihkan oleh Tabung Haji, Mujahid kini tampil lagi sekali untuk menyelamatkan air muka tuan besarnya, Tony Pua dan Lim Guan Eng.


"Sebagaimana yang kita tahu, kemampuan atau istitha'ah adalah sebahagian syarat untuk kita melakukan haji. Salah satu makna kemampuan ialah dia berupaya dari segi kewangan untuk pergi haji. 

"Kalau dia tak cukup kos yang kita telah tetapkan pada tahun 2019 iaitu RM22,900, maknanya dia tak mampu. Tabung Haji selama 10 tahun kebelakangan ini membantu untuk mengurangkan beban mereka tapi dari sudut keperluan fiqah, kalau ikut betul-betul, dia hanya boleh pergi haji dalam keadaan yang termampu," kata Mujahid. (RUJUK SINI)

Yang tidak dicakapkan oleh Mujahid ialah, kerana ketidakmampuan itulah, Tabung Haji diwujudkan sebagai tempat deposit atau tempat simpanan. Dengan deposit dan simpanan para jemaah yang bercita-cita mahu mengerjakan ibadat Haji itulah, Kerajaan melabur dan sebahagian daripada keuntungan pelaburan disalurkan kembali kepada pendeposit dan penyimpan kerana modal yang digunakan untuk melabur adalah wang mereka.


Dan sekarang, RM20 bilion wang Tabung Haji yang telah disonglap untuk diberikan kepada Lim Guan Eng dan Tony Pua di Kementerian Kewangan, juga merupakan wang pendeposit dan penyimpan Tabung Haji. Sepatutnya, mereka mendapat keuntungan daripada 'pelaburan' itu namun nampaknya, Mujahid memutarbelitkan ajaran agama Islam untuk menghalalkan rompakan yang dilakukan oleh tuan-tuan besarnya!!!

Sejarah pentadbiran Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri sendiri telah membuktikan, Tabung Haji seringkali digunakan untuk bail-out projek-projek kroni sehinggakan Tabung Haji kehilangan berbilion-bilion ringgit sepanjang Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Dan sekarang nampaknya, perkara yang sama sedang berulang.

PRK DUN RANTAU ADALAH MEDAN TERAKHIR ANWAR UNTUK JAWATAN PERDANA MENTERI... SAMA ADA MASIH RELEVAN ATAU SUDAH DINOSAUR!!!



Bersungguh-sungguh Anwar Ibrahim untuk mendapatkan 'haknya' sebagai Perdana Menteri Malaysia biarpun dia terus menjadi penanti yang setia. Walau dengan apa cara sekalipun, Anwar tetap mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia meskipun semakin lama, Anwar semakin tidak relevan dalam politik tanahair.

PRK DUN Rantau merupakan medan terbaik untuk Anwar membuktikan bahawa mati hidup PKR adalah tentang batang tubuh dan jawatan Perdana Menteri yang perlu diserahkan kepadanya.

Disebabkan itulah, Anwar Ibrahim mengambil keputusan untuk berkhemah dan berkampung di Rantau, wilayah yang tidak pernah dijengahnya, malah mungkin dia tidak pernah tahu tentang kewujudan Rantau pun sebelum ini.

Anwar mempertaruhkan bekas calon PKR DUN Rantau sebelum ini, Dr. Streram untuk menentang penyandang, Mohamad Hasan yang juga merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan selain Timbalan Presiden UMNO. Namun sama seperti Dr. Mahathir, Anwar juga terpaksa menggunakan projek-projek yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh Mohamad Hasan sebagai kejayaan Pakatan Harapan sebagai modal untuk menculik hati pengundi seperti contoh PPRT Rantau yang sebenarnya telah dirasmikan dan diwujudkan oleh Mohamad Hasan selaku MB Negeri Sembilan pada 25 Januari 2017.



Biarpun sebelum ini beberapa pilihanraya kecil telah berlangsung dengan PKR berjaya memenangi dua PRK iaitu di Seri Setia dan Sungai Kandis dalam keadaan selesa, tetapi kedua-dua pilihanraya kecil itu berlangsung ketika Anwar masih belum menjadi Presiden PKR.

Persaingan sebenar bukanlah melibatkan Anwar Ibrahim dengan Mohamad Hasan sebaliknya melibatkan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR yang sekarang ini merupakan Menteri Hal-Ehwal Ekonomi.

Sambutan yang diberikan oleh Menteri Besar Kedah kepada Azmin Ali dalam lawatan sehari ke Kedah semalam, telah membuktikan bahawa Azmin Ali lebih mendapat tempat dan kepercayaan Dr. Mahathir untuk mewarisi jawatan Perdana Menteri. Pengumuman tentang lambakan peruntukan segera bertaraf mega kepada Kedah oleh Azmin Ali, juga membuktikan yang Mahathir mahu memastikan Kedah menjadi lubuk penyokong Azmin Ali ketika ura-ura kem Anwar yang diketuai oleh Johari Abdul semakin mendapat sokongan akar umbi untuk mengambilalih jawatan Menteri Besar Kedah dari tangan Mukhriz Mahathir.


Kekalahan calon PPBM dalam PRK DUN Semenyih baru-baru ini, memberikan nyawa baru kepada Anwar Ibrahim memandangkan Mahathir dan Azmin Ali telah menghantar jentera terkuat mereka untuk memenangi kerusi berkenaan. Biarpun Anwar turut sama berkempen di Semenyih, tetapi ramai yang mengatakan, Anwar sebenarnya sekadar ingin melihat dan meninjau kekuatan sebenar Mahathir dan Azmin Ali untuk persediaan peperangan yang lebih besar merebut jawatan Perdana Menteri.

Keputusan PRK DUN Semenyih mencipta ruang yang sangat besar kepada Anwar Ibrahim apabila penolakan pengundi, khususnya orang Melayu terhadap Mahathir dan Azmin Ali sangat besar serta sangat ketara. Biarpun Mahathir seperti biasa, mengarahkan semua kekuatan jentera kerajaan dan agensi-agensi kerajaan termasuklah PDRM untuk memenangkan calonnya, bahkan mempergunakan Suruhanjaya Pilihanraya menerusi Pengerusinya untuk memanipulasi keputusan PRK DUN Semenyih, keputusan akhirnya ialah calon PPBM memang ditolak oleh calon.


Anwar nampak peluang itu. Justeru, PRK DUN Rantau, Anwar cepat-cepat menamakan calon pilihannya walaupun diberitakan mendapat tentangan dari kem Azmin Ali. Walaupun Streram dicalonkan, tetapi yang bertanding sebenarnya adalah batang tubuh Anwar Ibrahim.

Justeru itulah, keputusan Anwar untuk berkhemah, berkampung atau pun bermastautin di Rantau, diumumkan segera.

Cuma agak menakjubkan, setelah dua dekad, Anwar Ibrahim masih lagi mengumpankan jawatan Perdana Menteri yang sepatutnya miliknya kepada para pengundi di Rantau walaupun Anwar juga sedar, dunia sudah berubah dan dia semakin tidak relevan dalam politik tanahair, khususnya dalam PKR.

Tuesday, March 19, 2019

GELAR UMNO-PAS SEBAGAI TALIBAN, BOLEH... TAPI BILA DAP DIGELAR SEBAGAI KOMUNIS, MENGGELINJANG PARA PEMIMPIN DAP TERUS GUNA SEGALA KUASA YANG ADA UNTUK TUTUP!!!



Noh Omar dihalau keluar dari Dewan dan digantung selama tiga hari selepas Nga Kor Ming enggan meminta maaf berhubung kenyataannya mengaitkan UMNO-PAS dengan Taliban.

Nga Kor Ming dan wakil rakyat DAP di Dewan berang apabila Noh Omar mengaitkan Nga Kor Ming dan DAP dengan komunis. Namun yang sangat jelas ialah, sepertimana laporan ASTRO AWANI, Nga Kor Ming ketakutan apabila Noh Omar berterusan menengkingnya, membuatkan Nga Kor Ming terpaksa mematikan mikrofon dan menggunakan kuasanya sebagai Timbalan Speaker untuk menghalau Noh Omar keluar.

Nga Kor Ming dalam usaha melindungi ketakutannya, berkata, tindakan Noh di Dewan Rakyat adalah melanggar Peraturan Mesyuarat Dewan.

"Berdasarkan kelakuan Tanjong Karang yang tidak senonoh dan jelas sengaja melakukan perbuatan yang menghina majlis mesyuarat atau tidak mengendahkan kuasa pengerusi, tohmahan yang dilemparkan menuduh pengerusi tidak layak memegang jawatan adalah satu perbuatan menghina majlis mesyuarat.

"Oleh yang demikian, berdasarkan kuasa yang diberi di bawah Perkara 43 dan 44, saya dengan ini memerintahkan Tanjong Karang keluar dari majlis mesyuarat bagi tempoh bagi tiga hari iaitu hari ini 19 Mac, 20 Mac dan 21 Mac. Saya sarankan Tanjong Karang ambil iktibar tidak ulangi kelakuan menghina majlis mesyuarat pada masa akan datang dan berharap ahli majlis yang lain menjaga tertib," kata Nga Kor Ming tanpa sedikit pun merujuk kepada dirinya sendiri yang menjadi punca Noh Omar naik angin.


Semalam, Noh Omar membangkitkan isu Nga Kor Ming menggelarkan kerjasama antara UMNO-PAS sebagai TALIBAN. Nga Kor Ming didesak meminta maaf tapi dia enggan berbuat begitu. Malahan dengan angkuh berkata, tidak ada sebarang sebab untuk dia meminta maaf.

Dengan kata lain, dia mahu rakyat melihat kerjasama UMNO-PAS sebagai Taliban of Afghanistan dan bukan Islam di negara ini perlu mengisytiharkan perang ke atas umat Islam di negara ini kerana kerjasama tersebut akan menzalimi bukan Islam.

Nga Kor Ming jelas cuba menghasut dan melakukan provokasi perkauman dan agama.

Itu yang cuba ditanya oleh Noh Omar. Namun Nga Kor Ming berbelit-belit dan enggan menjawab pertanyaan Noh Omar sama ada dia ada mengeluarkan kenyataan tersebut atau sebaliknya.

Agak aneh, DAP boleh menggelarkan kerjasama antara UMNO-PAS sebagai TALIBAN tapi apabila DAP dikaitkan dengan KOMUNIS, tahu pula marah. Maknanya, hanya DAP sahaja yang boleh dan bebas menggelarkan atau melabelkan sesiapa sahaja yang tidak mereka sukai dengan pelbagai gelaran, tetapi apabila DAP dilabelkan dengan standard yang serupa, mereka akan menggelinjang kepanasan?

Dan yang paling penting, tahu pula Nga Kor Ming menggunakan kuasa untuk menutup cerita sebenar.

Noh hanya mahu mendapatkan penjelasan Nga, yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan berkenaan laporan kenyataannya yang membandingkan Umno-PAS dengan Taliban. Kalau serang peribadinya (selaku Timbalan Yang Dipertua), bolehlah dianggap menghina Dewan dan guna kuasa dia, tetapi ini mempersoalkan tindakannya di luar Dewan dan tiada kena mengena dengan tugasnya sebagai Timbalan Yang Dipertua.

Nga Kor Ming tidak gunakan kuasa sebagai Timbalan Yang Dipertua untuk mempertahankan tindakan salahnya di luar Dewan.

Tapi bak kata Najib, kita sedar dan iktiraf kuasa besar yang dimiliki oleh DAP sekarang.


Monday, March 18, 2019

BUAT APA MINTA MAAF, KATA NGA KOR MING DENGAN BONGKAK!!!



NGA KOR MING ENGGAN MOHON MAAF KENYATAAN 'NEGARA TALIBAN'

PARLIMEN: 18 Mac - Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming hari ini enggan memohon maaf berhubung kenyataannya sebelum ini yang menyifatkan bahawa negara ini akan menjadi "Negara Taliban" sekiranya pakatan UMNO-PAS berkuasa.

"Apa yang nak dimohon maaf?" katanya ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.

Awal hari ini, Pemuda PAS Selangor berkata, pihaknya akan menganjurkan himpunan besar-besaran jika tiga pemimpin DAP - Nga, Lim Guan Eng, dan Chew Chong Sin - tidak memohon maaf atas kenyataan mereka yang disifatkan sebagai "melampau".

Nga bagaimanapun berkata Pemuda PAS mempunyai hak untuk berhimpun.

"Biar polis yang kendalikan (himpunan itu). Kita hormati kedaulatan undang-undang, dan kita juga hormati kebebasan berekspresi.

"Mereka boleh menganjurkan perhimpunan selagi ia mematuhi undang-undang," katanya.


Nga dilapor bercakap kepada pemberita awal bulan ini sebagai berkata sekiranya pakatan PAS dan UMNO mengambil alih kerajaan persekutuan, Malaysia akan menjadi seperti Afghanistan di bawah pentadbiran Taliban.

Tiga hari kemudian, Lim mengeluarkan kenyataan yang menyifatkan kerjasama Umno-PAS "perisytiharan perang" terhadap golongan bukan Melayu. Beliau kemudian membuat pembetulan dengan menukar frasa "perisytiharan perang" dengan "menyasarkan".

Sekurang-kurangnya 58 laporan polis dibuat terhadap Lim dan siasatan kini masih berjalan.

Sementara itu, Adun Mengkibol Chew Chong Sin berkata serangan keganasan di masjid di New Zealand - yang mengorbankan 50 nyawa - patut dijadikan pengajaran di Malaysia dalam soal isu kaum dan agama dengan menjadikan kerjasama UMNO-PAS sebagai contoh.

Beliau kemudian menarik balik kenyataan itu atas sebab ia telah mengakibatkan "salah faham".

SUMBER

61 TAHUN NEGARA TERUK KERANA AMALAN KLEPTOKRASI, TAPI KERAJAAN PAKATAN HARAPAN SETIAP MINGGU JUAL ASET NEGARA.... DATANG DARI MANA ASET-ASET NEGARA TU?!!!



Sedap dengar pujukan Timbalan Perdana Menteri, Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, Kerajaan Pakatan Harapan adalah Kerajaan yang tidak berpengalaman. Justeru, rakyat perlu memberikan peluang kepada Kerajaan Pakatan Harapan untuk memperbetulkan segala kerosakan yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional sepanjang 61 tahun kewujudan sistem demokrasi di Malaysia.

61 tahun Malaysia telah dirosakkan oleh Barisan Nasional!

Kita tak perlulah menjuzuk-juzukkan setiap pentadbiran sepanjang 61 tahun itu. Namun persepsi yang cuba diwujudkan oleh Wan Azizah ialah sebelum 9 Mei 2018, Malaysia adalah sebuah negara yang sangat mundur, sebuah negara yang penuh korupsi manakala rakyatnya pula sangat kebuluran dan tidak mempunyai pekerjaan. Taraf hidup rakyat Malaysia sangat rendah berbanding negara-negara yang sama usia merdeka dan lepas dari cengkaman penjajahan seperti Malaysia.


Justeru, Kerajaan Pakatan Harapan yang perdana menteri sebenarnya adalah Lim Guan Eng, terpaksa melakukan sesuatu yang sangat drastik bagi memperbetulkan struktur negara ini hasil daripada pentadbiran Barisan Nasional.

Dari awal Pakatan Harapan mengambilalih pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Pakatan seperti anai-anai yang masuk ke dalam setiap khazanah negara, mengubah hierarki kepimpinan dan kemudian mengambil tindakan menjual serta melelong aset-aset negara, terutama yang berkaitan dengan Melayu, Bumiputera dan umat Islam.

Antara kempen agresif Pakatan Harapan adalah tohmahan kononnya pentadbiran Najib Abdul Razak telah menjual aset-aset negara terutama kepada China. Rakyat dimomok-momokkkan kononnya kalau Najib Abdul Razak terus disokong dan dibenarkan menjadi Perdana Menteri, Malaysia akan menjadi wilayah China, manakala rakyat Malaysia pula terpaksa memeluk akidah komunisme.


Serangan Pakatan Harapan turut tertumpu kepada 1MDB, salah sebuah organisasi pelaburan hartanah utama negara selepas Khazanah Nasional Berhad. Semua tentang 1MDB adalah buruk belaka. 1MDB juga didakwa menjadi poket wang yang menyalurkan wang songlap kepada Najib Abdul Razak. Namun akhirnya, Lim Guan Eng sendiri mengakui projek 1MDB seperti TRX, memberikan keuntungan besar kepada negara.

Ramai yang melihat dan menjangkakan, pentadbiran Lim Guan Eng akan menjual menara TRX itu.

FELDA dikatakan rugi dan muflis. FELCRA juga muflis dan rugi. Tabung Haji dikatakan telah dirompak dan rugi besar. Begitu juga dengan LTAT. Paling menarik ialah apabila Khazanah Nasional Berhad dikatakan rugi kesan daripada pelaburan pentadbiran yang lepas walaupun data-data yang dikeluarkan menunjukkan kerugian Khazanah mulai berlaku bermula pada 9 Mei 2018 dan terus rugi sepanjang Pakatan Harapan menjadi Kerajaan Persekutuan.

Hampir setiap bulan, ada-ada sahaja aset negara yang dijual oleh Kerajaan Pakatan Harapan.


Dua minggu lepas, bersungguh-sungguh Mat Sabu, Menteri Pertahanan menafikan dakwaan bahawa Boustead yang dimiliki oleh LTAT menjual Hotel Royale Chulan. Namun penafian orang yang tidak tahu apa-apa, akhirnya dimalukan oleh laporan berita antarabangsa tentang penjualan aset LTAT tersebut.

LTAT kehilangan banyak pelaburan dan perniagaannya selepas Pakatan Harapan menjadi Kerajaan. Antaranya termasuklah PharmaNiaga yang terlibat dalam pembekalan ubat-ubatan kepada hospital-hospital kerajaan. Selain itu, konsesi LTAT menerusi kamera-kamera dan sistem AES juga telah dirampas untuk diserahkan kepada syarikat-syarikat kroni.

Terbaru ialah penjualan dua menara Telekom Malaysia dan rancangan untuk menjual lebih banyak aset Telekom Malaysia (TM) atas alasan; pertama, kerana TM mahu mencairkan aset agar memiliki tunai lebih banyak dan kedua, tidak sanggup menanggung kos yang tinggi.


Sedap dengar cakap Wan Azizah yang mungkin tidak tahu apa-apa sebaliknya sekadar menggunakan naluri wanitanya. Tetapi rakyat sedang melihat, Kerajaan Pakatan Harapan yang dipenuhi oleh Menteri-Menteri yang menipu kelulusan, yang tidak tahu apa-apa tentang pentadbiran dan pengurusan negara, hanya teruja untuk menjual segala aset negara. Hampir setiap minggu, penjualan dilakukan dan Kerajaan Pakatan Harapan masih lagi memberikan alasan, HUTANG NEGARA!

Kalau benarlah 61 tahun pentadbiran Barisan Nasional sangat buruk, bagaimana agaknya selama 10 bulan ini, kerja Kerajaan Pakatan Harapan hanyalah menjual aset-aset negara? Dari mana agaknya datangnya semua sumber kekayaan dan aset-aset tersebut seandainya benar sepertimana yang diperkatakan oleh Kerajaan bahawa Pentadbiran Barisan Nasional selama 61 tahun telah menjahanamkan Malaysia?


Sunday, March 17, 2019

MELAYU-ISLAM PERLU BERPECAH, SUPAYA MUDAH DAP MEROMPAK, MENJARAH DAN KEMUDIAN LARI KE LUAR NEGARA BAWA HARTA RAMPASAN!!!



Dia kata PRK kali ini tidak boleh bagi UMNO menang sebab mesti bagi UMNO lenyap.
Dia kata, kalau PAS dan UMNO bekerjasama, habislah kita. Jika PAS dan UMNO bekerjasama, mereka ada 70% undi orang Melayu. UMNO 40% tambah PAS 30%. Jikalau Kita dapat undi orang cina 95% pun, PH hanya dapat selebih yang 30% undi orang melayu. PRU nanti Kita mesti kalah.
* Bagi ahli PAS yang masih ragu dgn kerjasama PAS dan UMNO, hangpa tak nampak lagi ke? DAP pecah belahkan orang Melayu untuk mencapai matlamatnya.
Kredit dan translate Cine KotaRaja


Hampir setiap masa, DAP terus menggila menyerang PAS dan UMNO demi memastikan perpaduan dan kerjasama antara dua buah parti terbesar Melayu-Bumiputera itu tidak menjadi kenyataan. Pelbagai tohmahan dilemparkan, sehinggakan akhirnya para pemimpin DAP terpaksa menggunakan taktik dan tohmahan Zionis tentang kejahatan umat Islam, digunakan di Malaysia.

DAP secara tidak malu memberikan gambaran, UMNO dan PAS akan menukar negara ini kepada negara Taliban tanpa mereka sedar, 99.9% pemimpin DAP adalah baru satu atau dua generasi imigran di negara ini. Mereka lupa, mak bapa atau datuk nenek mereka berada di negara ini kerana kesudian umat Melayu, Bumiputera dan Islam negara ini. Malah ketika negara-negara lain, enggan memberikan hak-hak yang lebih meluas termasuklah politik dan pemilikan aset, umat Melayu, Bumiputera dan Islam di negara ini bertindak dan bersikap sebaliknya.


Begitu juga ketika Malayan Union 1946, iaitu tidak sampai 15 tahun selepas gelombang besar kedatangan buruh-buruh dari India dan China dibawa oleh British ke negara ini, orang Melayu, Bumiputera dan umat Islam di negara ini tetap tidak melakukan serangan atau pun pengusiran ke atas imigran-imigran tersebut.

Ketika Perang Dunia Kedua, ramai orang bukan Melayu yang dilindungi oleh orang-orang Melayu-Bumiputera di kampung-kampung sehingga wujud anak Cina jadi anak Melayu, anak India jadi anak Melayu.

Begitu juga ketika zaman Darurat. Malahan ketika pengganas komunis yang hampir kesemuanya bukan Melayu mengganas membunuh orang-orang Melayu seperti yang berlaku di Langkap, Teluk Intan, Batu Pahat dan Seri Medan, tidak juga orang Melayu-Islam menghalau dan membalas dendam terhadap kaum bukan Melayu, khususnya orang Cina.


Ketika orang Cina menentang kemerdekaan negara dan mahu kekal berada di bawah penjajahan Inggeris kerana bimbang mereka kehilangan segala harta dan kesenangan di negara ini, tidak juga orang Melayu menghalau mereka secara paksa dan meninggalkan harta benda mereka untuk dirampas. Malahan orang Melayu-Bumiputera dan Islam bersetuju untuk memberikan status kewarganegaraan kepada mereka berdasarkan prinsip Jus Soli.

Dan sekarang, mereka yang berada di dalam DAP menggambarkan Melayu-Islam dan Bumiputera sebagai Taliban dan pengganas agama yang lapar darah bukan Islam sekiranya dibenarkan bersatu dan memerintah negara ini?

UMNO digambarkan sebagai parti kampung yang tidak boleh memajukan negara. PAS pula digambarkan sebagai parti pak lebai yang hanya tahu halal haram. UMNO dan PAS dikatakan tidak mampu memajukan negara ini.


Anehnya mereka lupa, sebelum 9 Mei 2018, parti mana yang telah membangunkan negara ini. Mereka lupa, antara tenaga kerja utama terutama di sektor awam, kaum manakah yang lebih mendominasi. Malahan dalam sektor pertahanan dan keselamatan, kaum manakah yang majoriti sanggup menggalas tanggungjawab mempertahankan keselamatan harta benda dan nyawa penduduk negara ini. Sedangkan golongan yang pandai bercakap sekarang, bukan sahaja tidak pernah bercita-cita untuk mempertahankan negara, bahkan memburuk-burukkan negara di seberang laut sepertimana yang dilakukan oleh Lim Guan Eng ketika dia gila hendak jadi Menteri Kewangan dengan berkempen dan melobi Taiwan dan Hong Kong agar tidak melabur di Malaysia.

Mungkin Lim Guan Eng dan konco-konconya sedar, orang Melayu-Islam dan Bumiputera sudah nampak sekarang. Ketika negara ini dalam keadaan susah dan sukar, orang Melayu-Islam dan Bumiputera yang bersusah payah membangunkan negara ini dengan segala pengorbanan yang perlu mereka lakukan. Dan apabila negara ini sudah berjaya, maka Lim Guan Eng dan konco-konco serta spesiesnya muncul untuk menyelit nama kononnya tanpa mereka, negara ini tidak akan maju.


Yang mereka tidak sebut ialah, bersungguh-sungguh mereka mahu 'menjajah' negara ini hanya untuk mereka menjarah, merompak dan menjual segala harta benda yang ada di negara ini seperti yang sedang berlaku sekarang.

Maka itulah sebabnya, rakyat perlu dimomokkan dan ditakut-takutkan dengan TALIBAN, ISIS, atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan militan Islam agar mereka boleh terus merompak, menyamun dan memufliskan negara ini sebelum mereka bertindak melarikan diri dan menghilangkan diri. Orang Melayu diingatkan supaya tidak bersikap RASIS dengan tidak menyebut langsung tentang Melayu, tentang Islam, malahan tentang Bumiputera.

Berapa ramai golongan atau spesies Lim Guan Eng yang menyedut kekayaan negara ini dan kemudian menumpukkannya di negara luar?

Malahan contoh terbaik adalah Robert Kuok dan Ananda Krishnan mahupun kroni terhebat Dr. Mahathir, AP Arumugam semuanya di luar negara walaupun menyedut setiap sen kekayaan dari Malaysia.

ADUN MENGKIBOL JADI KAMBING HITAM UNTUK ALIHKAN KECAMAN KE ATAS LIM GUAN ENG!!!



Dua hari lepas, ADUN Mengkibol dari DAP, Chew Chong Sin mengeluarkan kenyataan yang benar-benar menyinggung umat Islam di Malaysia susulan insiden serangan pengganas di Christchurch, New Zealand yang mengorbankan puluhan orang yang hendak bersolat Jumaat.

Dalam kenyataan awalnya, Chew Chong Sin berkata tragedi yang menimpa masyarakat Islam di Christchurch, New Zealand, berikutan kejadian tembakan di dua buah masjid di kawasan tersebut harus dijadikan pengajaran agar gejala ekstremis seperti itu dapat dibendung.

Anehnya, kenyataan tersebut disusuli dengan satu rujukan yang tidak masuk akal terhadap permuafakatan politik yang berjaya dikecapi bersama-sama oleh PAS dan UMNO, yang menurut Chew, adalah membimbangkan kerana kedua-dua parti tersebut pekat dengan naratif yang bersandarkan bangsa dan agama.


Chew Chong Sin yang merupakan pemimpin BERSIH yang dipilih oleh DAP untuk menyertai parti tersebut sebagai calon DUN Mengkibol pada PRU-14 lalu, bagaimanapun, memohon maaf dan menarik balik kenyataannya.

Dan seperti biasalah, apabila berlaku keadaan seperti DAP dan para pemimpinnya akan segera berlakon dan berpura-pura kononnya mereka mengecam tindakan Chew Chong Sin. Konon-kononnya mereka tidak pernah terlibat dalam sebarang provokasi melibatkan bangsa dan agama. Malah, semua provokasi agama dan kaum di negara ini, akan mempersalahkan UMNO dan PAS. 

Dengan kata lain, DAP suci murni!

Hakikatnya, Chew Chong Sin sekadar pak turut kepada Lim Guan Eng dan Nga Kor Ming yang lebih awal mengisytiharkan perang ke atas orang Melayu dan menganggap perpaduan umat Islam sebagai perang melibatkan Taliban.


Lim Guan Eng pada 6 Mac menerusi Malaysiakini menyatakan, perpaduan antara UMNO-PAS bermakna perisytiharan perang ke atas bukan Islam. Kenyataan tersebut kemudiannya 'diperbetulkan' beberapa jam kemudian oleh Malaysiakini yang bertajuk baru, 'Perpaduan UMNO-PAS Akan Mensasarkan Bukan Melayu'.

Sama ada tajuknya, Isytihar Perang atau pun Mensasarkan, kedua-duanya membawa maksud negatif yang sama!

Dan Lim Guan Eng sedikit pun tidak meminta maaf. Bahkan tiada seorang pun pemimpin DAP yang pantas mengecam Lim Guan Eng sebagaimana Liew Chin Tong mengecam Chew Chong Sin.


Begitu juga dengan kenyataan Nga Kor Ming pada 8 Mac yang mengaitkan perpaduan UMNO-PAS dengan Taliban. Meskipun teruk dikecam di media-media, bahkan di Dewan Rakyat, Nga Kor Ming sedikit pun tidak meminta maaf mahupun menyatakan kekesalan, sebaliknya cukup bangga kerana kenyataannya itu turut disambut oleh seorang lagi rakannya, Chong Chien Jen, Pengerusi DAP Sarawak yang menyokong penuh kenyataannya.

Dalam usaha untuk menyelamatkan Lim Guan Eng daripada terus menjadi mangsa kecaman masyarakat, Liew Chin Tong yang merupakan pakar strategi DAP cuba mengalihkan perhatian masyarakat kepada Chew Chong Sin. 


Menurut Liew Chin Tong, walaupun Chew Chong Sin telah menarik balik dan memohon maaf sebanyak tiga kali, kenyataannya tetap memberikan kesan yang serius. 

“Nasi sudah menjadi bubur dan saya menegur sikap beliau yang tidak sensitif. Parti ini memandang serius insiden (serangan masjid di Christchurch) ini.
“Kami mengambil pendirian Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mewakili parti itu mengutuk setiap serangan terhadap masjid di Christchurch yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kecederaan kepada ramai pihak.

“Ia bukan hanya satu jenayah ke atas komuniti Muslim di Christchurch, tetapi satu jenayah kemanusiaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Chin Tong berkata, apa yang berlaku di Christchurch adalah perbuatan pengganas dan DAP mengutuk perbuatan itu.

“Tiada agama yang membenarkan keganasan kepada orang yang tidak bersalah dan apa yang berlaku bertentangan dengan ajaran semua agama,” katanya. (RUJUK SINI)

Saturday, March 16, 2019

TERDESAK, PENGERUSI SPR MAHU MEMPERKENALKAN SISTEM E-VOTING UNTUK MEMANIPULASI JUMLAH UNDI DAN KEKALKAN KEMENANGAN PAKATAN HARAPAN!!!



12 Mac lepas, Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Azhar Azizan Harun atau lebih dikenali sebagai Art Harun memaklumkan seramai 3.7 juta pengundi yang belum berdaftar boleh berbuat demikian secara dalam talian dalam tempoh yang terdekat ini.

SPR juga bercadang untuk melaksanakan E-Voting yang menurutnya akan memendekkan masa proses mengundi bagi seseorang pengundi.

Menurutnya, seseorang pengundi mengambil masa dua minit dari masa mereka memeriksa nama dengan pegawai SPR sehinggalah sampai ke tempat mengundi.

"Ada dua kaedah e-voting. Pertama, mengundi di dalam talian di mana pengundi tidak perlu hadir ke pusat mengundi dan satu lagi menggunakan alat elektronik di mana pengundi masih perlu datang ke pusat mengundi. Daripada menggunakan kertas undi, anda menggunakan mesin," katanya (RUJUK SINI)

Pengerusi SPR itu barangkali sudah dapat mengesan kegagalan Pakatan Harapan dan Dr. Mahathir mempertahankan kedudukan Kerajaan Pakatan Harapan apabila semakin besar gelombang penentangan rakyat terhadap Kerajaan yang diterajui oleh Dr. Mahathir.

Lebih ironi lagi, setiap tindakan kerajaan menjual aset-aset negara, semuanya mendapat reaksi buruk dan ditolak oleh rakyat. Malahan dasar dan polisi kewangan serta ekonomi negara, turut memberikan kesan kepada kedatangan pelaburan asing di negara ini sehinggakan kerajaan melihat perlunya menjual segala-galanya yang terdapat di negara ini.


Masakan SPR dan Pengerusi SPR yang hebat serta bijaksana itu tidak tahu bahawa menurut pakar-pakar perlindungan data (RUJUK SINI), e-voting mencabul kerahsiaan pengundian kerana tidak kesemua transaksi boleh difahami oleh pengundi. Sistem yang ada kini tidak boleh melindungi sebarang kerahsiaan dalam persekitaran kepenggunaan, dengan kata lain, komputer yang dijangkiti malware boleh mengubah kerahsiaan sesuatu undian.

Menurut sesetengah pengkritik, masalah terbesar adalah membabitkan risiko keselamatan seperti penggodaman, pembelian undi dan manipulasi-manipulasi lain. Dengan memasukkan virus ke dalam komputer, undi-undi boleh diubah. Sekiranya pilihanraya atau undi boleh dimanipulasi dengan skala besar oleh penjenayah, perkhidmatan atau syarikat perisikan asing, bermakna tiada gunanya melaksanakan demoksrasi atau pilihanraya.

Tidak seperti peti undi fizikal, undi-undi elektronik tidak boleh dikira secara manual. Dengan e-voting, penjumlahan dilakukan secara berpusat. Tidak ada individu yang akan menambah undi atau pun pemantau pilihanraya yang akan memastikan proses pengundi berjalan lancar selain pemeriksaan tidak boleh dilakukan. Dengan kata lain, rakyat dipaksa untuk mempercayai sistem e-voting secara membabi-buta sahaja.

Suatu ketika dahulu, Art Harun merupakan antara mereka yang kuat menentang penggunaan biometrik untuk memastikan hanya rakyat dan warga Malaysia sahaja yang mengundi. Seolah-olah terlalu takut, hanya warganegara Malaysia yang telah disahkan oleh pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara sahaja yang mengundi, sekaligus menyebabkan undi untuk Pakatan Harapan merosot teruk, akhirnya mereka mendesak agar sistem biometrik tidak dilaksanakan, sebaliknya digantikan dengan celup jari ke dalam dakwat.


Alasan utama mereka untuk menolak sistem biometrik ialah, kos yang terlalu tinggi walaupun hakikatnya mereka tidak mahu saringan lebih ketat terhadap pengundi dibuat sehingga ramai pula yang menyaksikan bagaimana mereka yang langsung tidak boleh bertutur dan memahami Bahasa Kebangsaan turut membuang undi sekaligus memberikan kemenangan besar kepada DAP terutama di kawasan-kawasan bandar.

Anehnya, dalam isu e-voting, tidak pula kedengaran tentang kos yang terlalu mahal walaupun sebenarnya kos yang perlu dibelanjakan oleh Switzerland yang merupakan antara negara berpopulasi rendah yang mahu mengadakan e-voting adalah USD736 juta atau RM2.973 bilion. Undi secara elektronik adalah jauh lebih mahal berbanding undi yang dihantar menerusi sampul surat!

Kenyataan Pengerusi SPR untuk memperkenalkan sistem e-voting dalam pilihanraya di Malaysia sebenarnya adalah cadangan terdesak untuk memastikan Pakatan Harapan terus menang dan menjadi Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri. Selepas kelihatan sukar untuk memperolehi majoriti dua pertiga seperti yang dihajatkan walaupun hanya memerlukan sembilan kerusi sahaja lagi, e-voting adalah satu-satunya cara yang paling berkesan untuk memperolehi apa yang dihajati. (RUJUK SINI)

Sebabnya, tiada sesiapa pun yang boleh mempertikaikan e-voting kerana ia bersifat bukan manusia dan mudah dimanipulasikan!!!


 
Blogger Templates