Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label faekah husin. Show all posts
Showing posts with label faekah husin. Show all posts

Tuesday, February 27, 2018

FAEKAH HUSIN BOCOR LAGI RAHSIA AZMIN ALI 'RUNDING TEPI' DALAM ISU TANAH IJOK!!!



"Pendekatan ‘runding tepi kerajaan Selangor membuka ruang untuk tawaran di bawah meja. ”

Pada hujung minggu sempat saya membaca tulisan dari Pegawai Menteri Besar Selangor Yin Shao Loong, YB R Sivarasa daripada Tetuan Daim & Gamany serta pemimpin PAN Dr Dzulkifli Ahmad yang cuba menjawab persoalan yang ditimbulkan berkenaan skandal Tanah Ijok.

Selain daripada keterangan mereka bertiga , saya juga sempat membaca komen-komen dalan media sosial yang turut sama mahu memberi penerangan tetapi tidak kurang juga ada leteran serta cacian khusus kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sungguh panjang lebar, terbelit sampai nak terkeliat tulang belakang memberi penerangan, atau lebih tepat mahu menegak benang yang basah.

Dalam kenyataan pegawai MB, nama Tan Sri Khalid disebut sekurang-kurangnya sebanyak 20 kali. Lucu sungguh kerana ianya menggambarkan betapa rendahnya tahap keyakinan sendiri sehingga berhempas pulas cuba menyakinkan diri mereka dan juga rakyat bahawa mereka "lebih pandai" berbanding Tan Sri Khalid.

Malang sekali, di sebalik kenyataan yang berjela-jela serta serangan dan sindiran terhadap mantan Menteri Besar, tiada satupun fakta yang dapat menjelaskan isu pokok yang kita telah ketengahkan iaitu mengapa kerajaan negeri culas, bertindak secara cuai dengan memberhentikan proses mahkamah yang diambil terhadap pemaju curang meskipun Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan memihak kepada kerajaan Negeri?

Kedua, mengapa Menteri Besar memilih jalan yang menguntungkan dua syarikat gagal yang juga penyebab kepada seluruh kemelut tanah di Ijok?

Dua persoalan ini tidak terjawab!

Tindakan runding tepi ini adalah tindakan pengecut dan sangat dikesali. Ia juga satu pengkhianatan “ breach of trust” terhadap amanah yang diberikan rakyat Selangor kepada Pakatan.

Malah tindakan pengecut ini juga telah membina satu "precedent" buruk terhadap intergriti kerajaan negeri. Mana perginya slogan PKR "Lawan Tetap Lawan" yang menjadi pegangan mereka?

Sebagai sebuah kerajaan, kita perlu tegas dan berani dalam melaksanakan undang-undang dan memastikan kepentingan rakyat terjaga. Kita tidak perlu takut untuk menentang dan menghukum mana-mana pihak yang jelas telah melanggar undang-undang dan mencabul hak rakyat dan negeri.

Jika pentadbir negeri takut dan akhirnya tidak bertindak mengikut undang-undang maka selepas ini makin banyak lagi individu yang berani melakukan pelanggaran kerana mereka tahu kerajaan itu lemah dan akan tunduk jika diasak.

Lebih dahsyat lagi jika rakyat berpandangan kerajaan itu bersedia runding tepi dan berkompromi jika kena pada harga dan caranya. Maka akan berleluasa kemungkaran dan kerosakan kepada rakyat dan negeri.

Menteri Besar juga gagal menunjukkan satu elemen utama di dalam mentadbir sebuah kerajaan yang bertanggungjawab iaitu ketelusan.

Mengapa mengambil pendekatan ‘runding tepi” di dalam menyelesaikan masalah tersebut dan sekadar melaungkan bahawa caranya itu adalah yang terbaik tanpa ada rasa tanggungjawab untuk mendedahkan butiran penyelesaian yang diambil.

Cukupkah hanya sekadar memberitahu rakyat bahawa ianya adil dan menang-menang?

Kita bersyukur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mula meneliti dokumen-dokumen penting dan kita berharap SPRM akan membuat penyiasatan terperinci samada berlaku salahguna kuasa dan rasuah dan perlu dilihat juga samada telah berlaku jenayah pecah amanah di dalam kes ini.

Cuma dari butiran kenyataan Shao Loong dan Sivarasa (peguam yang berkepentingan di dalam transaksi tersebut), nampaknya seluruh transaksi yang dilakukan kerajaan negeri ini adalah proses menyelamat atau "White Knight".

Persoalannya, bagaimana di dalam proses White Knight ini kerajaan negeri boleh memainkan peranan yang sangat besar walhal sepatutnya kerajaan negeri hendaklah berkecuali dan tidak boleh terlibat samada secara langsung atau tidak langsung di dalam proses tersebut.

Malah kerajaan negeri juga tidak boleh mendapat sebarang faedah dari proses White Knight. Mengapa penglibatan kerajaan tidak dibenarkan dalam proses White Knight? Ianya kerana kerajaan negeri yang menentukan semua kelulusan berkenaan Pelan Pembangunan, nilai premium tanah dan tukar syarat, kelulusan tanah serta Nilai Kasar Pembangunan ( GDV).

Penglibatan kerajaan negeri memberi persepsi bahawa semua kelulusan pembangunan sudah di atur bagi pihak pembeli yang mereka dakwa sebagai "Pemaju Berwibawa".

Ianya juga membuka ruang kepada penjualan maklumat dalaman dan akhirnya berlaku tawaran di bawah meja.

Apatah lagi di dalam kes ini, dari pengamatan beberapa dokumen yang kita perolehi wujud juga fasal dalam perjanjian persetujuan bahawa tanah 2200 ekar hanya boleh dijual kepada Pemaju Berwibawa tersebut dan tidak kepada pihak lain.

Malah peguam juga ditetapkan iaitu hanya dari Tetuan Daim Gamany sahaja yang boleh bertindak sebagai peguam dalam transaksi penyelesaian tersebut. Banyak persoalan yang perlu diungkai demi ketelusan sebuah kerajaan negeri.

Justeru kita mencabar Menteri Besar Mohamed Azmin Ali mendedahkan semua suratcara, perjanjian persetujuan di antara Peneroka dan Dua Syarikat Pemaju Gagal serta perjanjian di antara Peneroka dan Pemaju Berwibawa yang mereka pilih. Menteri Besar diminta menyahrahsiakan (declassify) semua surat, dokumen berkenaan dan mendedahkan kepada rakyat.

Bukankah Selangor telah meluluskan Enakmen Kebebasan Maklumat 2013 (FOI) di Dewan Negeri. Rakyat berhak mengetahui kerana ia melibatkan 3200 ekar tanah milik rakyat Selangor.

FAEKAH HUSIN
PEGAWAI KHAS 
KEPADA
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM


Wednesday, February 21, 2018

TANAH PENEROKA IJOK: FAEKAH HUSSIN TERAJANG AZMIN ALI DI MUKA!!!



Sekali lagi MB Selangor gagal menjawab isu pengkhianatan Tanah Peneroka Ijok. Meskipun kenyataan cuba dibuat oleh beberapa pegawai dan pimpinan PKR bagi menerangkan isu pengkhianatan Tanah Peneroka tersebut, kita percaya ianya adalah arahan dari Menteri Besar sendiri.

Sudah menjadi rahsia umum Selangor mempunyai Menteri Besar yang kaki taichi terutama yang melibatkan isu integriti dan dakwaan salah laku.

Kenyataan YB Shuhaimi, SU Politik MB langsung tidak menjawab isu pokok yakni mengapa kerajaan negeri berusaha menyelamatkan-bailout pemaju yang curang kepada peneroka, pembeli rumah dan kerajaan negeri?

Sebaliknya beliau lebih kepada membuat serangan peribadi terhadap YB TS Khalid ( TSKI ) malah terhadap saya sendiri. Di sambut pula oleh sekawan kartel yang kini turut merasai bahang dan kepanasan dengan isu yang dibangkitkan.

Nampaknya dengan pendedahan oleh TSKI, ramai pemimpin Pakatan terutamanya PKR telah mula mengulangi tohmahan fitnah yang mereka guna pada Langkah Kajang 2014 dahulu. Justeru, adalah perlu bagi saya mengeluarkan kenyataan ini demi memberi penerangan kepada mereka yang kurang mengetahui apa yang berlaku sebelum, ketika dan selepas Langkah Kajang.

Malah ia juga bagi mengingatkan pemimpin Pakatan khusus PKR jangan ulangi dosa-dosa yang kamu buat dahulu sehinggakan memaksa pemimpin tertinggi kamu melutut di mahkamah memohon kemaafan.

Ketika kempen menjatuhkan TSKI pimpinan PKR telah menjaja setebal 91 mukasurat dokumen fitnah yang kononnya TSKI adalah seorang yang korup, zalim, tidak boleh dipercayaui, tidak bersikat telus, tidak jujur tidak beretika, tidak amanah, tidak berintegriti, telah terlibat melakukan rasuah dan salah laku termasuk dalam kes penyelesaian hutang peribadi dengan Bank Islam dan tidak layak menjadi MB.

Dokumen tersebut disebarluas dan dijaja ke seluruh Selangor dengan ceramah-ceramah perdana, di padang, di Dewan malah di hotel-hotel yang turut dihadiri Pimpinan tertinggi PKR tidak kecuali Presiden mereka yang mahu dijaja sebagai calon Menteri Besar baharu bagi menggantikan TSKI.

Kegiatan fitnah ini mereka lakukan tanpa ada rasa bersalah mahupun menghormati kesucian bulan Ramadhan.


Kecewa dan jelek dengan permainan kotor PKR, TSKI mengambil dua langkah; pertama menyerahkan keseluruhan teks fitnah setebal 91 mukasurat tersebut ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar agensi tersebut menyiasat samada terdapat kebenaran pada segala tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan agar dapat membersihkan nama yang tercalar, hingga menjadikan TSKI pemimpin atau manusia pertama yang secara sukarela meminta dirinya disiasat.

Tindakan kedua yang diambil TSKI ialah membuat tindakan saman fitnah terhadap PKR dan Setiausaha Agung PKR. Pada masa tersebut saya berasa hairan mengapa TSKI tidak turut menamakan Presiden dan Ketua UMum di dalam saman tersebut kerana pastinya mereka juga merestui tindakan fitnah jahat yang dilakukan PKR.

Setahun selepas Langkah Kajang dan Pakatan berjaya menurunkan TSKI secara jahat jijik dan tidak bermoral, TSKI telah memenangi Saman malu terhadap PKR dan SU Agungnya dan menyaksikan SU Agung PKR membacakan permohonan maaf tanpa syarat di mahkamah terbuka dengan mengakui bahawa setiap dakwaan terhadap TSKI adalah tidak benar dan berniat memfitnah bagi menjatuhkan nama baik TSKI.

SU Agung PKR telah membacakan kenyataan berikut;
“Bagi pihak PKR dan secara peribadi kami melahirkan rasa amat kesal dan dengan ikhlas dan sucihati serta TANPA SYARAT memohon maaf kepada TSKI. Bagi pihak PKR dan secara
peribadi, kami juga memberi akujanji kpd TSKI dan mahkamah yang mulia ini bahawa kenyataan tersebut tidak seharusnya dikatakan dan kami akan memberhentikan daripada menyatakan dan tidak akan mengulangi kandungan dan tuduhan dalam dokumen tersebut dan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan dokumen tersebut.”

TSKI menerima permohonan maaf mereka dengan hati terbuka tulus dan ikhlas. Malah demi menghormati semangat Aidil Fitri dan jalinan silaturrahim maka TSKI bukan sahaja menerima permohonan maaf dan penyataan sumpah untuk “bertaubat” mereka tetapi TSKI turut memohon maaf zahir batin kepada seluruh ahli PKR.

Secara peribadi saya kesal dengan tindakan TSKI menerima permohonan maaf dan taubat mereka kerana saya sedikitpun tidak mempercayai tindakan mereka dilakukan secara ikhlas dan suci hati. Namun apakan daya empunya badan berhati mulia dan mahu “move on” dari isu yang memalukan tersebut.

Seperti dijangka dan tanpa perlu menunggu lama, tidak sampai satu jam selepas meminta maaf, pimpinan tertinggi PKR yang diketuai YB Rafizi Ramli terus sahaja memutarbelit kes mahkamah tersebut kononnya TSKI bukan menang kes saman fitnah tetapi kes telah diselesaikan dengan kedua-dua pihak memohon maaf.

Tiada perkataan yang sesuai bagi menggambarkan tindakan mereka ketika itu; dayus, hina, hipokrit tahap dewa.

Penilaian saya terhadap mereka ternyata sangat tepat apabila hari ini mereka mengulangi fitnah-fitnah tersebut tanpa rasa berdosa semata-mata mahu menutup kecurangan mereka terhadap rakyat Selangor yang kini sangat menjolok mata.

Gagal menjawab isu yang di ketengahkan, mereka dengan tanpa rasa malu mengulangi kata-kata fitnah yang suatu ketika dulu, bukan sahaja SU Agung, bekas SU Agong malah Presiden dan Ketua Umum mereka “merangkak” dari Penjara Sungai Buluh ke mahkamah meminta maaf. Mana maruah kamu?

Bagaimana rakyat mahu memberi kepercayaan kepada kamu dan meletakkan nasib untung kehidupan rakyat jika sifat hipokrit kamu sehebat ini. Kepada PKR, jangan menegak benang yang basah, pengkhianatan pemimpian kamu di Selangor tidak boleh lagi ditutup dengan kain yang koyak.

Faekah Husin,
Pegawai Khas kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,

Monday, August 24, 2015

PATUTLAH AZMIN ALI TERKEDU: FAEKAH HUSIN BOCORKAN RAHSIA, SYARIKAT PENGENDALI DEIG HANYALAH SYARIKAT RM2!!!



Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) yang ditubuhkan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali untuk menjaga aset bernilai RM30 bilion hanya mempunyai Modal Berbayar sebanyak RM2.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Permerbadanan Menteri Besar (MBI), Faekah Husin berkata, Modal Berbayar atau Paid Capital menentukan keupayaan dan kekuatan sesebuah syarikat.

“Jumlah Modal Berbayar DEIG setakat ini hanya RM2. Maka jelas DEIG syarikat bernilai RM2,” katanya bagi menjawab fakta yang diberikan oleh DEIG bagi menafikan pelbagai dakwaan yang dilemparkan terhadap syarikat milik penuh kerajaan Selangor itu.

DEIG menjelaskan penubuhan syarikat itu kerana MBI tidak pernah menyumbang dividen kepada kerajaan negeri.

Faekah berkata, MBI adalah syarikat pemegang/induk atau holdings company dan sememangnya mana‐mana syarikat pemegang adalah ‘cost centrebukan ‘profit centre’.

Katanya, untuk mengurangkan kos operasi 12 anak syarikat MBI yang diuruskan DEIG, proses rasionalisasi dan konsolidasi sepatutnya dilakukan bukan menubuhkan syarikat baharu yang bertindak seperti ‘orang tengah’.

“Oleh kerana MBI merupakan badan berkanun (statutory body), ia dikecualikan daripada membayar cukai kepada LHDN.

“Bagaimanakah kerajaan negeri akan mendapat pulangan lebih baik daripada DEIG sekiranya ia wajib membayar cukai bagi transaksi perniagaan sebagai sebuah syarikat yang berdaftar dengan SSM?, tegasnya.

Faekah berkata, MBI telah menjalankan tugas kepada rakyat Selangor dengan baik di bawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tanpa perlunya ‘orang tengah’ untuk mentadbir dan menguruskan pelaburan dan aset negeri.

Katanya, sehingga Disember 2013, MBI telah membelanjakan sejumlah RM1.04 bilion untuk program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) termasuk RM774 juta untuk Skim Air Percuma.

“Ditambah pula projek‐projek rakyat di bawah insiatif Geran Selangorku apabila lebih RM32 juta dibelanjakan dengan memberi tumpuan kepada menaiktaraf kemudahan infrastruktur,” katanya.

Dia juga mempertikaikan bagaimana aset bernilai RM30 bilion hanya sekadar dipantau daripada laporan tahunan dan tiada laporan operasi kerana akaun DEIG disatukan dengan laporan tahunan MBI. (FMT)


Thursday, March 19, 2015

FAEKAH HUSIN KUTUK AZMIN ALI SUPAYA JANGAN BERLAKON MACAM BAGUS TETAPI PERLAKSANAANNYA MACAM HAMPEH!!!



Sesekali terdengar juga suara Faekah Husin, wanita yang paling ditakuti dan dibenci oleh Azmin Ali. Malah wanita yang paling dimusuhi oleh PKR itu, tetap berjaya memalukan Azmin Ali walaupun suaranya tidak lagi sekerap dahulu.

'Kecil' sahaja isu yang dibangkitkan oleh Faekah Husin tetapi sudah cukup untuk menanggalbogelkan Azmin Ali yang terlalu banyak menuntut ilmu lakonan daripada Anwar Ibrahim.

Azmin Ali sewaktu awal perlantikannya sebagai Menteri Besar Selangor bukan main lagi beriya-iya memberikan jaminan, masalah sampah tidak dikutip di Selangor akan selesai dalam tempoh tiga bulan selepas perlantikannya. Untuk menambahkan lagi keyakinan pengundi-pengundi di Selangor, dia mempamerkan nombor telefonnya dan menawarkan peluang kepada sesiapa sahaja yang tidak berpuas hati dengan mutu pungutan sampah untuk berhubung dengannya.



Bagaimanapun, selepas enam bulan, masalah sampah di Selangor tidak selesai. Lakonan Azmin Ali yang sanggup terjun ke dalam tong sampah, tidak berjaya menghapuskan masalah pungutan sampah walaupun kontraktor-kontraktor yang dilantik adalah kroni-kroni PKR dan DAP.

Kerana itulah, Faekah Husin mencuit Azmin Ali menerusi Twitternya. (RUJUK SINI).

Selepas enam bulan Azmin Ali menjadi Menteri Besar Selangor, kesemua masalah yang dibangkitkannya sendiri, tidak dapat diselesaikan. Malah, terbaru, isu air yang melibatkan tanah yang kononnya diperjuangkan oleh Azmin Ali sebagai 'kedaulatan Selangor', turut tergantung dan akhirnya Azmin Ali meminta bantuan Kerajaan Pusat meskipun pada masa yang sama, KEDAULATAN TANAH SELANGOR di Datum Jelatek yang tergadai kepada warga asing, langsung tidak disebutnya. Manakala tanah yang dipertikaikannya pula adalah jaluran untuk penyediaan paip dan saluran air bagi kemudahan rakyat Selangor sendiri.

Elok benarlah Faekah Husin membogelkan Azmin Ali. Sekurang-kurangnya menyedarkan Azmin Ali bahawa lakonan tidak akan menyelesaikan semua masalah dan tidak menjawab pelbagai persoalan!!!


 
Blogger Templates