Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label anthony loke. Show all posts
Showing posts with label anthony loke. Show all posts

Tuesday, March 28, 2017

SELEPAS DR. MAHATHIR, ANTHONY LOKE MENGANJING-ANJINGKAN PULA MUHYIDDIN YASSIN!!!



Anthony Loke sekali lagi MENGANJING-ANJINGKAN sahaja pemimpin dari parti Cap Bunga. Selepas Dr. Mahathir, kini giliran Muhyiddin Yassin pula, sekaligus menunjukkan dan membuktikan siapa sebenarnya yang lebih berkuasa di dalam Pakatan.

Di sebalik kenyataan Anthony Loke kononnya semua parti di dalam Pakatan Harapan adalah sama, DAP sebenarnya yang membuat keputusan, bahkan pembahagian kerusi pun diputuskan oleh DAP, bukannya secara usahasama atau keputusan bersama.

Jelas dalam memorandum persefahaman yang ditandatangani oleh Presiden PKR dan PAN yang mengapit Setiausaha Agung DAP, parti chauvinist yang sehingga ke hari ini cuba membengkokkan sejarah pembabitan mereka dalam Tragedi Berdarah 13 Mei 1969 mengikut acuan dan retorik mereka sendiri, keputusan diatur dan dibuat oleh DAP.

Pada perenggan terakhir persetujuan tersebut, jelas menyatakan semua kerusi bandar akan ditandingi oleh pemimpin-pemimpin utama DAP. Manakala kawasan-kawasan luar bandar yang akan mendapat tentangan sengit dari PAS dan Barisan Nasional, DAP tidak akan letak calon.

Dengan kata lain, DAP berjaya memaksa Wan Azizah dan Mat Sabu untuk bersetuju bahawa jaminan kemenangan perlu diberikan kepada DAP walau apa cara sekalipun.


Cap Bunga pula, tidak termaktub dalam perjanjian berkenaan. Ini adalah kerana Cap Bunga dilihat sebagai parti yang tidak menentu yang modal hujah tidak boleh keluar dari Najib penipu, Najib perompak, Najib pencuri, RM2.6 bilion dan 1MDB. Manakala pertanyaan balas bagaimana selama 22 tahun Mahathir mengkayakan kroni dan anak-anaknya menggunakan wang negara terutama sekali wang Petronas dan KWSP, langsung tidak dijawab.

Usul daripada Muhyiddin Yassin agar Cap Bunga mengetuai Pakatan Harapan kononnya parti yang berteraskan Melayu akan lebih mudah mendapat sokongan daripada rakyat, sebenarnya sekadar menekan mata keris di punggung sendiri. Sudah pastilah, DAP yang telah menikmati kuasa mengetuai Pakatan semenjak dari zaman Anwar Ibrahim lagi, tidak akan berkompromi dalam hal tersebut. Sedangkan ketika mereka minoriti pun mereka tetap tegas mempertahankan supremacy DAP, apatah lagi ketika mereka sedang kuat sekarang ini.

Amaran Anthony Loke, TIADA ABANG BESAR dalam Pakatan Harapan, bermakna tiada satu pun dari kalangan PKR, PAN atau Cap Bunga yang boleh berangan-angan untuk merampas kuasa DAP!

DAP MEMERINTAH!!!


Thursday, March 9, 2017

MENGAMUKLAH MAHATHIR BILA ANTHONY LOKE KATA WAN AZIZAH CALON PERDANA MENTERI, BUKANNYA SI BOBOI BOTAK!!!



Apalah Anthony Loke dan DAP ni...

Tahulah DAP dan Lim Kit Siang merupakan penguasa sebenar di dalam Pakatan, manakala parti Cap Bunga, PAN dan PKR hanyalah penurut perintah, tapi janganlah memperlekeh-lekehkan si Mukhriz yang sudah sedia lekeh itu.

Cadangan dan kenyataan DAP bahawa sekiranya DAP dan sekongkolnya menang pada PRU-14 nanti, maka calon Perdana Menteri yang mereka persetujui adalah Wan Azizah.

Cadangan dan kenyataan seperti itu sudah tentulah akan menaikkan kemarahan Dr. Mahathir. Walaupun partinya jenis 'cap ayam' dan tidak mempunyai asas, tetapi perasan besar selain sentiasa menganggap rakyat Malaysia masih tidak belum tahu siapa sebenarnya Mahathir dan ahli keluarganya terutama kekayaan yang dibolot oleh anak-anaknya.

Kata Mahathir, keputusan yang dibuat oleh DAP untuk menentukan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri jikalau mereka berjaya merampas Putrajaya dari Barisan Nasional, bukannya keputusan DAP semata-mata.

"Parti-parti lain juga mempunyai hak untuk menyuarakan pilihan mereka sekiranya mereka berasakan seseorang individu itu sesuai untuk jawatan berkenaan. Kami tidak menolak keputusan DAP itu, tetapi ia hanyalah keputusan sebuah parti," katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Sepanjang beberapa tahun Mukhriz atau lebih dikenali sebagai BOBOI terlibat dalam politik, bermula dengan menjadi calon Ketua Pemuda UMNO, kemudian calon Naib Presiden kemudian sebagai Menteri Besar Kedah walaupun dia sebenarnya tidak layak, tidak ramai yang menaruh keyakinan kepadanya. Mukhriz dilihat tidak berbakat langsung sebaliknya terlalu bergantung kepada bapanya.

Sedangkan Mahathir pula akanberusaha sedaya mungkin untuk menaikkan anak lelakinya itu di persada politik negara sebagai salah satu legasinya.


Thursday, November 5, 2015

BILA PEMAKAN BABI DAH MALU BESAR, DIA AKAN KATA ORANG LAIN BABI DAN HINA BABI!!!



Tony Pua tak ada telur!

Tony Pua pengecut!

Tony Pua bacul!

Hakikat itu memang tidak dapat dinafikan walaupun Lim Guan Eng yang bercakap atas kapasiti Setiausaha Agung DAP memberi alasan kononnya, kedudukan Tony Pua dalam PAC jauh lebih pentng berbanding debat, justeru menyebabkan Tony Pua perlu menarik diri dan digantikan oleh orang lain.

Walhal, kalau benarlah Tony Pua berpegang dan percaya dengan pembohongan dan fitnah yang dibuatnya selama ini, dia akan sanggup meletakkan jawatannya dalam PAC dan berhadapan dengan Arul Kanda sebagai anak jantan. Kedudukannya dalam PAC sudah pasti akan diganti oleh Ahli Parlimen DAP yang lain, kerana kuotanya memang untuk DAP.

Bukannya Tony Pua letak jawatan dari PAC, tmepatnya sebagai ahli PAC akan digantikan oleh Ahli Parlimen dari Barisan Nasional.

Namun, isu sebenar tidak langsung disentuh dan DAP yang memang penakut, tetapi berlagak seperti taiko besar, terpaksa terus menipu demi menyembunyikan Tony Pua yang pengecut.

Hari ini, secara rasminya Arul Kanda melabelkan Tony Pua sebagai pengecut dan hanya berani berselindung di belakang jawatannya dalam PAC.

Anthony Loke sekali lagi muncul sebagai SAVIOUR untuk Tony Pua!

Tony Pua sengaja mencari masalah dengan Arul Kanda. Tony Pua yang melabelkan Arul Kanda sebagai pengecut, penipu, penyamun dan sebagainya. Tony Pua yang mencabar Arul Kanda untuk berdebat. Arul Kanda akhirnya bersetuju berdebat, tetapi Tony Pua jadi pengecut.

Keengganan Tony Pua letak jawatan dari PAC adalah punca mengapa debat terpaksa dibatalkan kerana ia menyalahi peraturan Dewan Rakyat.

Sekarang, Anthony Loke berlagak hebat. Perangai chauvinist yang sangat bijak mengambil peluang untuk memperkecil-kecilkan orang lain setelah mereka terbukti sebagai kumpulan pengecut.

Arul Kanda telah menyatakan bahawa perdebatannya dengan Tony Pua telah tamat kerana peraturan Dewan Rakyat. Sekaligus menunjukkan Arul Kanda cukup berani untuk berhadapan dengan siasatan Tony Pua yang berselindung atas nama PAC pula.

Tetapi Anthony Loke memperolok-olokkan Arul Kanda dengan menyatakan Arul Kanda pengecut kerana mahu menarik diri daripada perdebatan. (RUJUK SINI)

Inilah yang dinamakan SEBAGAI PEMAKAN BABI yang sudah malu besar, DIA AKAN KATA ORANG LAIN SEBAGAI BABI dan secara tidak langsung menghina BABI yang dimakannya!!!

Anthony Loke kalau dah hebat sangat, mengapa tidak mencabar Arul Kanda untuk berdebat secara persendirian dan bukannya menyorok di belakang orang lain?

Mengapa hanya berani dengan berbentengkan orang lain?

Tawarkanlah diri untuk berdebat, sudah pasti ramai yang nak tengok sangat SI KIASU yang sombong bodoh ini terkial-kial untuk menjawab dan mencari helah lain pula untuk menutup malu!!!


Tuesday, November 3, 2015

ANTHONY LOKE CUBA SELAMATKAN TONY PUA MENERUSI ORANG LAIN YANG GANTIKAN TONY BERDEBAT DENGAN ARUL KANDA!!!



Kenyataan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa Tony Pua perlu meletak jawatan terlebih dahulu dari PAC dan Arul Kanda pula tidak boleh dijadikan saksi dalam 'perbicaraan' PAC sekiranya perdebatan umum tetap tidak dapat dielakkan, segera diambil kesempatan dengan bijak oleh DAP.

DAP menerusi Anthony Loke segera mengutarakan cadangan agar tempat Tony Pua dalam perdebatan tersebut digantikan oleh seseorang yang lain.


Bercakap semasa sidang media di lobi Parlimen, Anthony Loke menyatakan bahawa mereka akan bertemu dengan 'sahabat-sahabat' mereka dan Ahli-Ahli Parlimen lain untuk membincangkan calon lain bagi menggantikan Tony Pua untuk debat tersebut. Menurut Anthony Loke, pengganti Tony Pua itu tidak semestinya seorang Ahli Parlimen.

Pagi tadi, Pandikar menyatakan dia akan melarang sebarang perdebatan terbuka tentang 1MDB selagi ia berada di bawah siasatan PAC di mana Tony Pua adalah salah seorang ahlinya, kecuali beberapa perkara dan syarat dipatuhi.

Antara syarat-syarat tersebut adalah Tony Pua yang merupakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, meletakkan jawatan dari PAC.


Gesaan agar Tony Pua meletakkan jawatan dari PAC telah dibuat terlebih dahulu oleh Arul Kanda sebagai syarat ketika kali pertama menyahut cabaran Tony Pua untuk berdebat dalam isu 1MDB. Bagaimanapun, gesaan Arul Kanda itu telah diperolok-olokkan oleh Tony Pua dan DAP, malah turut disorakkan oleh para penyokong Pakatan.

Arul kemudiannya menyatakan dia sanggup berdebat dengan Tony Pua tanpa sebarang syarat. Namun sekali lagi Tony Pua berdalih dan bertaichi dengan menyatakan, dia tidak berminat untuk berdebat, sebaliknya hanya bertanyakan soalan dan Arul menjawab setiap soalannya. Tony turut menetapkan syarat yang dia sahaja boleh menyoal, manakala Arul Kanda dalam apa juga keadaan sepanjang perdebatan tersebut tidak boleh bertanya apa-apa soalan kepadanya.


Anthony Loke menuduh, syarat yang diberikan oleh Speaker Dewan Rakyat itu merupakan taktik Barisan Nasional yang telah lama dirancang. Dia turut mempersoalkan keikhlasan Arul Kanda untuk berdebat dengan Tony Pua.

Sudah hilang cerita Tony Pua mencabar Arul Kanda, sekarang ini DAP tengah berputar belit untuk menyalahkan semua pihak, termasuklah PAS dan UMNO yang tidak ada kena-mengena dalam cabarannya kepada Arul Kanda.


Thursday, July 9, 2015

POLIS SIASAT DAN AKAN AMBIL TINDAKAN KE ATAS HASUTAN ANTHONY LOKE NAK BUAT DEMO BESAR-BESARAN KALAU NAJIB TAK LETAK JAWATAN!!!



Arahan siasat daripada Ketua Polis Negara atas hasutan yang dilakukannya, menyebabkan Anthony Loke segera membetulkan semula kenyataannya. Kalau sebelum ini, Anthony Loke bukan main garang menyebut, demonstrasi besar-besaran akan dianjurkan dan dibuat sekiranya Najib Abdul Razak masih lagi menjadi Perdana Menteri dalam tempoh terdekat, hari ini, nadanya berubah sama sekali. (RUJUK SINI)

Hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengeluarkan arahan siasat terhadap pemula mesej amaran demonstrasi besar jikalau Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak meletakkan jawatan. Arahan kepada Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) itu dibuat menerusi Twitter peribadinya semalam.

Sebaik-baik sahaja mengetahui arahan Tan Sri Khalid Abu Bakar itu, seperti para pemimpin DAP yang lain, segera beralih lidah dan memutarbelitkan kata-katanya sendiri. Anthony Loke dalam kenyataan balasnya, cuba menyalahkan Ketua Polis Negar dengan menyatakan, Khalid tidak seharusnya beralih daripada isu asas. Isu asas yang dimaksudkannya adalah wang yang didakwa disalurkan masuk ke akaun peribadi Najib seperti yang ditohmahkan oleh WSJ dan Sarawak Report.

Katanya lagi, "Saya tidak kata akan ada demonstrasi, tapi saya menjawab soalan pemberita yang tanya sama ada akan ada demonstrasi terhadap Najib, saya cakap saya tidak tolak kemungkinan itu."

Amaran Tan Sri Khalid itu bagi Anthony Loke adalah tidak masuk akal kerana mencadangkan demonstrasi dianggap sebagai hasutan. Malahan, Anthony Loke dengan megahnya berkata, tidak salah untuk mengadakan perhimpunan bagi mendesak Najib berundur kerana itu adalah hak rakyat Malaysia.


Menariknya, semasa demonstrasi mendesak Lim Guan Eng menjawab beberapa isu di Pulau Pinang, Anthony Loke adalah antara yang paling terawal meminta polis mengambil tindakan ke atas para pendemontrasi. Tidak pula dia menyatakan bahawa setiap orang ada hak berdemonstrasi untuk mendesak Lim Guan Eng menjawab kesemua isu tersebut.

Seperti mahu mewujudkan persepsi yang PDRM akan melindungi persepsi rasuah dan salahguna Perdana Menteri, Anthony Loke meminta polis menumpukan siasatan mereka terhadap Perdana Menteri dan dakwaan-dakwaan ke atasnya.

Tetapi apabila membabitkan Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang yang seringkali didesak dalam isu penyelewengan dan skandal tanah negeri selain pembabitan dalam Tragedi Berdarah 13 Mei 1969, Anthony Loke adalah yang paling awal melenting dan menentang!!!


 
Blogger Templates