Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label mahathir. Show all posts
Showing posts with label mahathir. Show all posts

Tuesday, August 1, 2017

EJEK ROSMAH MANSOR KONONNYA SAMPAI JAMBAN STADIUM DARULAMAN KENA DIPERBESAR, BOLEH... DEDAHKAN NAMA SEBENAR MAHATHIR, TERUS DIKATAKAN MENGHINA?!!!



Masih tak habis-habis lagi cerita tentang Kerala-Mamak tapi ngaku Melayu demi kuasa, kedudukan dan kemewahan yang tidak berpenghujung yang kemudian 'diperbetulkan' dengan keturunan dari Yaman pula?

Ada pula penyokong yang kelam-kabut buat laporan polis kononnya menghina. Ada yang buat riuh kononnya Zahid Hamidi menyalahgunakan kedudukan dan jawatan dengan membuka rahsia selain melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA). Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Kulai dari DAP turut kelam-kabut menyuruh Zahid Hamidi letak jawatan dan tiba-tiba pula menggambarkan seolah-olah DAP itu suci bersih dan tidak pernah melanggar sebarang akta dan kerahsiaan terutama sekali membabitkan Akta Perlindungan Data Peribadi.


Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan telah mengesahkan bahawa pendedahan yang dibuat oleh Zahid Hamidi itu bukannya satu kesalahan dan langsung tidak tertakluk dengan OSA, memandangkan salinan kad-kad pengenalan para pemimpin terutama Perdana-Perdana Menteri Malaysia sudah pun diketahui umum.

Pendedahan tentang identiti sebenar Mahathir pernah dibuat pada tahun 1988 lagi. Kemudian dipopularkan kembali 10 tahun kemudian oleh Anwar Ibrahim dalam gerakan reformasinya. Pada tahun 2008 sehingga 2013, cerita-cerita tentang betapa Keralanya Mahathir, telah menghiasi pentas-pentas ceramah dan kempen selain pembongkaran bagaimana Mahathir menipu rakyat Malaysia orang Melayu UMNO semata-mata untuk mengkayakan anak-anak, kroni dan proksinya.

Bukan cerita baru pun salinan kad pengenalan Mahathir itu.

Namun apabila Zahid menyentuhnya setelah bertahun-tahun Mahathir dan para pengikutnya memperlekehkan dan mengejek-ejek keturunan, bentuk tubuh badan, fizikal dan keluarga Najib Abdul Razak mahupun Rosmah Mansor, tiba-tiba mereka bertukar sifat menjadi suci murni dan menyalahkan Zahid kerana mendedahkan perkara yang telah pun terdedah semenjak lama dahulu.

Zahid dikatakan menghina keturunan Mahathir dan orang India secara keseluruhannya!

Walhal tidak ada satu pun perkataan di dalam ucapan Zahid yang mempertikaikan status sosial mana-mana kaum, apatah lagi 'Kutty' yang terdapat pada hujung nama Mahathir. Malah Zahid sebenarnya membenarkan apa yang diumumkan oleh Najib beberapa hari sebelum ini bahawa MAMAK BOLEH MENJADI BUMIPUTERA.


Kini mereka yang tidak kering bibir mengata dan mengejek Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor, bertukar menjadi pak lebai dan santo. Mereka yang memulakan, mereka yang memperkembangkan cerita tentang betapa Kuttynya Mahathir, sekarang ini setelah berbaik-baik dengan Mahathir dan mengharapkan Mahathir dapat membantu mereka menawan kerusi-kerusi FELDA khususnya, segala caci maki mereka terhadap Mahathir dan keturunannya, dihumbankan begitu sahaja kepada Zahid tanpa rasa bersalah sedikit pun walaupun Zahid sekadar menyebut nama betul Mahathir?

Dan yang paling lawaknya, Mahathir yang dikatakan sangat genius itu, masih lagi menggunakan taktik lama iaitu melaga-lagakan Najib dan Zahid Hamidi selepas nama sebenar dia didedahkan kepada umum!

Ada lagi yang percaya dengan Mahathir ker?




Friday, March 31, 2017

MAHATHIR LONCAT LAGI BILA 1MDB TIDAK ADA HUTANG BANK TAPI TEKUP TELUR BILA PENDEDAHAN KRONI SAPU UNTUNG BESAR YANG RANAPKAN PROTON!!!



Sebaik sahaja pengumuman dibuat di Dewan Rakyat bahawa syarikat pembangunan stategik kerajaan, 1MDB tidak lagi ada hutang bank atau hutang jangka pendek, terus pengkritik beragenda peribadi Tun Dr. Mahathir Mohamad tampil membuat kenyataan balas dalam blognya.

Begitulah sikap Mahathir, apabila kepentingannya tergugat, beliau akan segera memberi respon.

Perkara yang sama tidak terjadi jika isu tentang dirinya dibangkitkan dan menjadi tular dengan dasyat sekali di kalangan netizen.

Contohnya seperti isu di mana kisah anak buahnya membolot keuntungan dari PROTON. Ia menjadi bualan mulut jutaan netizen tapi Mahathir mendiamkan diri, seperti seorang pekak badak.

Begitu juga apabila ketika kisah lain di mana Mahathir berada di dalam keadaan tersepit, beliau seolah-olah membutakan diri dan enggan mengulas, namun jika kepentingannya tergugat, Mahathir akan melenting.

Kini rakyat sudah faham bahawa 1MDB itu nyawa survival Mahathir. Jika kisah 1MDB selesai maka tamatlah serangan Mahathir terhadap Najib. 1MDB hanya alat sahaja untuk Mahathir menjatuhkan Najib kerana beliau mahu kesinambungan legasi dan menaikkan zuriatnya.

Sebab itulah pihak anti Najib yang diketuai oleh Mahathir masih bergantung harap kepada isu 1MDB. Dalam entri terbarunya bertarikh 30 Mac, Mahathir meletakkan 14 point isu dan persoalan.

Seperti biasa ia masih berbentuk soalan. Dari awal serangan sehingga hari ini masih dalam bentuk soalan dan bukan dalam bentuk pembuktian.

Fahamkah Mahathir, kenyataan yang dibuat di Dewan Rakyat telah direkodkan dalam hansard Parlimen?

Ia tidak boleh lari dari fakta seperti mana isu penyelewengan wang Bank Negara dalam isu FOREX juga. Kes sorok maklumat di bawah karpet seperti kes FOREX kini bakal disiasat.

Sebenarnya Mahathir amat risau beliau akan dilihat sebagai “bodoh” dan “out of tune” jika masih bergantung harap pada isu 1MDB sedangkan ia telah selesaikan masalah hutang jangka pendek dan hutang banknya.

Maka atas sebab itu Mahathir harus terus pura-pura menyoal soalan berprofil tinggi supaya marhaen jalanan yang tidak berapa faham akan percaya kepadanya sambil berkata “jika Tun Mahathir sudah persoal begitu tentulah betul”.

Jika Mahathir menerima hakikat bahawa isu 1MDB telah tamat, ia seperti pengakuan bahawa pelurunya juga sudah kehabisan. Maka orang yang egonya setinggi gunung seperti Mahathir ditambah lagi dengan dendam kesumatnya, ia adalah tamparan yang tidak boleh diterima.

Sebenarnya, Mahathir adalah “the last person” yang layak untuk berbicara berkenaan perniagaan.Di tangannya telah musnah beberapa syarikat termasuklah PROTON.

PROTON yang seusia seorang jekaka 30-an sepatut nya sudah lama bertemu jodoh (auto partner) tetapi atas gangguan beliau, PROTON masih bujang lagi dan tercari-cari teman.

Dan sebagai kejaka berusia 30-an juga PROTON sepatutnya boleh mencari nafkah hidupnya sendiri, tetapi tidak, PROTON masih mengharap wang saku ayahnya (kerajaan), di mana kali terakhir memerlukan RM 1.5 bilion hanya untuk membayar vendor.

Mahathir tahu kerajaan kepimpinan Najib boleh dijadikan bahan kritikan jika tidak membantu PROTON, maka jika rugi pun tidak mengapa asalkan kepentingan “tertentu” kerabat Mahathir tidak tergugat.

Itulah sebabnya Mahathir hilang kelayakan menegur 1MDB. Ini semua belum lagi diambil kira kes kerugian dan kehilangan wang rakyat melalui perniagaan lain yang ada campur tangan beliau sendiri seperti MAS, PERWAJA, MAMINCO dan FOREX.

Semuanya jahanam di tangan Mahathir. Kesimpulannya Mahathir bukan orang yang layak bercerita berkenaan 1MDB kerana seperti ayam jantan yang berkokok ke sana kemari , punggungnya penuh dengan najis, maka begitulah Mahathir sendiri.

Kini hiduplah Mahathir dalam penafian sama seperti pentaksub beliau sendiri, penuh dengan soalan tapi defisit bukti. Rakyat sudah faham, 1MDB itu nyawa Mahathir dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Tanpanya tiada apa lagi yang boleh dikenakan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tulisan :
Beruang Biru
BB358, Jumaat
31 Mac 2017

Wednesday, March 15, 2017

BETUL-BETUL JENIS MAMAK!!! BANYAK PULA PERMINTAAN DAN DESAKAN... KASI MENANG DULULAH WAHAI MAHATHIR!!!



Kekuatan tidak seberapa walaupun Cap Bunga secara keseluruhannya amat yakin mereka boleh menumpaskan sesiapa sahaja. Malah kalau langgar batu pun, batu akan berkecai menjadi debu kerana kekuatan Cap Bunga.

Namun di beberapa buah negeri, bahkan di Kedah dan Johor, dua buah negeri yang kononnya Cap Bunga sangat kuat, pergeseran dalaman berhubung perlantikan ketua dan bakal calon untuk PRU-14 telah menimbulkan masalah baru kepada parti yang baru berusia tidak sampai 6 bulan itu.

Sudah beberapa kali Dr. Mahathir yang merupakan Pengerusi Parti Cap Bunga bertindak sebagai SUPERIOR PAKATAN HARAPAN. Tindakan dan kenyataannya itu seringkali dibalas dengan tanggapan dan reaksi negatif daripada barisan kepimpinan Pakatan Harapan, terutama sekali dari DAP dan geng Reformasi dalam PKR. Bagaimanapun, Lim Kit Siang yang merupakan rakan sekongkol terbaharu Mahathir, tidak begitu banyak memberikan ulasan berhubung kenyataan Dr. Mahathir.

Terbaharu ialah apabila Dr. Mahathir sekali lagi 'MERAMPAS' kedudukan dan kuasa Lim Kit Siang apabila dia menyatakan partinya akan menyertai Pakatan Harapan. Oleh kerana itu, dia menuntut agar Pakatan Harapan menggunakan satu logo dan satu slogan. Sekaligus menutup kelemehan dan kekurangan yang terdapat di dalam Cap Bunga menerusi DAP dan PKR yang terpaksa mengguna satu logo dan satu slogan.

PAN yang sekarang ini sedang sibuk mahu mengenakan PAS, tidak akan pergi jauh kerana berbanding Cap Bunga, Lim Kit Siang memberikan perhatian khusus kepada Cap Bunga. Keutamaan kepada Cap Bunga bukanlah kerana kekuatan, tetapi kerana Dr. Mahathir dan 'rahsia-rahsia' UMNO yang boleh digunakan oleh DAP daripada Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir khususnya.

Jadi, jangan terkejut dan hairanlah kalau perangai mengada-ngada dan meminta-minta serta mendesak-desak seperti yang ditunjukkan oleh Mahathir dalam isu SATU LOGO, SATU SLOGAN itu dipamerkan. Memang itulah Mahathir dan kerana tidak dituruti kehendaknya itulah yang membuatkan Mahathir menubuhkan parti baru dan mula bercakap tentang PERJUANGAN RAKYAT!!!


Thursday, March 9, 2017

MENGAMUKLAH MAHATHIR BILA ANTHONY LOKE KATA WAN AZIZAH CALON PERDANA MENTERI, BUKANNYA SI BOBOI BOTAK!!!



Apalah Anthony Loke dan DAP ni...

Tahulah DAP dan Lim Kit Siang merupakan penguasa sebenar di dalam Pakatan, manakala parti Cap Bunga, PAN dan PKR hanyalah penurut perintah, tapi janganlah memperlekeh-lekehkan si Mukhriz yang sudah sedia lekeh itu.

Cadangan dan kenyataan DAP bahawa sekiranya DAP dan sekongkolnya menang pada PRU-14 nanti, maka calon Perdana Menteri yang mereka persetujui adalah Wan Azizah.

Cadangan dan kenyataan seperti itu sudah tentulah akan menaikkan kemarahan Dr. Mahathir. Walaupun partinya jenis 'cap ayam' dan tidak mempunyai asas, tetapi perasan besar selain sentiasa menganggap rakyat Malaysia masih tidak belum tahu siapa sebenarnya Mahathir dan ahli keluarganya terutama kekayaan yang dibolot oleh anak-anaknya.

Kata Mahathir, keputusan yang dibuat oleh DAP untuk menentukan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri jikalau mereka berjaya merampas Putrajaya dari Barisan Nasional, bukannya keputusan DAP semata-mata.

"Parti-parti lain juga mempunyai hak untuk menyuarakan pilihan mereka sekiranya mereka berasakan seseorang individu itu sesuai untuk jawatan berkenaan. Kami tidak menolak keputusan DAP itu, tetapi ia hanyalah keputusan sebuah parti," katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Sepanjang beberapa tahun Mukhriz atau lebih dikenali sebagai BOBOI terlibat dalam politik, bermula dengan menjadi calon Ketua Pemuda UMNO, kemudian calon Naib Presiden kemudian sebagai Menteri Besar Kedah walaupun dia sebenarnya tidak layak, tidak ramai yang menaruh keyakinan kepadanya. Mukhriz dilihat tidak berbakat langsung sebaliknya terlalu bergantung kepada bapanya.

Sedangkan Mahathir pula akanberusaha sedaya mungkin untuk menaikkan anak lelakinya itu di persada politik negara sebagai salah satu legasinya.


Thursday, February 23, 2017

TITAH KDYMM SULTAN JOHOR KEPADA 'ORANG LUAR' YANG NYANYUK ITU, BOLEH MEMBUATKAN JANTUNGNYA MATI BATERI!!!



Tarikh 23 Februari 1950 akan kekal dalam lipatan sejarah sebagai membuktikan keperwiraan anak bangsa dalam mempertahankan negara ini walaupun terpaksa mempertaruhkan darah dan nyawa sendiri, bahkan keselamatan anak isteri. Serangan segerombolan pengganas komunis yang diketuai oleh seorang lelaki Melayu yang diiktiraf oleh pihak pembangkang sebagai perwira negara, telah mengorbankan 25 orang pejuang tanahair iaitu 19 anggota polis dan 6 orang ahli keluarga. Beberapa orang awam juga turut terkorban dalam serangan yang dilakukan oleh pengganas komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong.

Menariknya, golongan pro-komunis yang berselindung di sebalik parti-parti politik pembangkang di negara ini, melabelkan anggota-anggota polis dan keluarga mereka serta orang awam yang dibunuh komunis itu sebagai TALIBARUT PENJAJAH manakala pengganas-pengganas komunis itu pula adalah PEJUANG NEGARA.


Alasan mereka mudah, anggota-anggota polis kononnya bekerja dengan British dan mempertahankan kepentingan British manakala komunis-komunis itu pula berusha membebaskan negara ini daripada penjajahan.

Hakikatnya, apa pilihan yang ada untuk mempertahankan negara ini daripada serangan asing termasuklah komunis yang mahu menjajah negara ini dan menjadi sebahagian daripada koloni empayar Komunis China selain daripada pasukan keselamatan yang diwujudkan oleh British yang 7 tahun kemudian, menjadi asas kepada pembentukan angkatan keselamatan negara ini?

Hari ini, KDYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri serta jajahan takluk Johor Darul Takzim merasmikan Galeri Darurat Bukit Kepong sempena ulang tahun ke-67 tragedi berdarah tersebut.


Dalam titah ucapan, baginda menekuni jerih payah anggota-anggota polis tersebut termasuklah ketua mereka, Allahyarham Sarjan Jamil Md. Shah yang mengungkapkan ayat yang cukup terkenal, "KAMI ORANG-ORANG POLIS TIDAK AKAN MENYERAH" dan itulah yang dilakukan oleh kesemua mereka biarpun akhirnya mereka mati dimamah peluru komunis.

Baginda juga berharap, sejarah hitam itu menjadi pembakar semangat dan sumber kekuatan kepada semua anggota polis untuk setia berkhidmat dan sedia berkorban demi mempertahankan maruah dan kedaulatan tanahair.

Galeri Darurat Bukit Kepong diharap menjadi satu mercu tanda sejarah dan sebagai ingatan kepada generasi akan datang tentang perjuangan dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh anggota keselamatan pada masa dahulu. Apatah lagi, kepercayaan yang diberikan oleh rakyat dan kerajaan terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia amat tinggi dan mereka sentiasa dihormati serta dianggap sebagai tulang belakang kepada ketenteraman tanahair.

Selain itu, baginda turut bertitah dan mengucapkan syabas kepada Peguam Negara serta pasukannya yang telah berjaya menemui bukti-bukti baru yang amat penting dalam kes TUNTUTAN PULAU BATU PUTIH selain telah menfailkan semakan semula penghakiman kepada Mahkamah Keadilan Dunia (ICJ). Pulau Batu Putih walaupun bersaiz kecil, namun setiap inci tanah Negeri Johor wajib dipertahankan kerana itu adalah lambang kedaulatan negeri Johor dan menjadi sebahagian daripada kedaulatan negara Malaysia, titah baginda. 

Baginda turut menegur ramai pemimpin politik yang mula memainkan pelbagai isu sekaligus menggambarkan PRU sudah semakin hampir. Baginda memberi amaran kepada orang politik dari luar Johor supaya tidak sesekali mencampuri urusan negeri Johor selain jangan cuba mengelirukan rakyat Johor apatah lagi memecah belahkan perpaduan rakyat Johor.

Titah baginda, rakyat Johor tidak memerlukan ORANG LUAR untuk mengajar apa yang patut dibuat oleh rakyat Johor, mahupun menakut-nakutkan mereka dengan cerita-cerita dongeng yang direka-reka.

"Mungkin ORANG LUAR ini telah lupa yang zamannya telah berlalu. Dahulu dia sering menyindir orang Melayu sebagai bangsa yang mudah lupa. Namun hari ini, dia sendiri menunjukkan sifat pelupanya. Dulu dia kata pembangkang itu musuh ketat tetapi sekarang sudah boleh duduk semeja dan menjadi kawan rapat. Dulu dia kata media Barat suka buat cerita, tetapi sekarang, cerita media Barat dikatakannya fakta," titah baginda lagi.


Secara sinis, baginda bertitah, ORANG LUAR itu mungkin bukan seorang pelupa, tetapi besar kemungkinan telah diserang PENYAKIT NYANYUK akibat faktor usia.

"Nasihat saya kepadanya, cukup-cukuplah. Dunia ini ada siang dan malam. Bukan boleh siang berterusan. Jangan sibuk jaga tepi kain orang. Lebih baik betulkan kain sendiri yang telah reput dan koyak."

Baginda turut bertitah, sekarang, di bawah pentadbiran Menteri Besar yang baru, Kerajaan Negeri Johor mempunyai lebihan hasil berbilion ringgit, berbanding dua Menteri Besar terdahulu yang pernah menyebabkan Negeri Johor tidak mampu untuk membayar gaji kakitangan. Kejayaan yang dicapai hari ini adalah kerana adanya hubungan baik antara baginda dengan Menteri Besar, tidak seperti dua Menteri Besar terdahulu yang bersikap angkuhd an sombong dan hanya mengikut telunjuk Kerajaan Pusat.

 Ada yang panas telinga ni... ada juga yang terbakar punggung...

ORANG LUAR?

Rasa-rasanya ORANG LUAR yang dimaksudkan oleh KDYMM Sultan Johor itu mudah ditelah!


Wednesday, February 22, 2017

LUKAKAN HATI RAKYAT MALAYSIA KONON.... SEBENARNYA LUKAKAN HATI KELUARGA MAHATHIR YANG TELAH SEDUT SETIAP KEUNTUNGAN PROTON SELAMA INI!!!



Mungkin masa dia berkuasa dahulu, cakapnya akan ditanggapi dan dipropagandakan sebagai bersifat SANGAT PATRIOTIK!

Main-main ke kalau seorang yang hebat seperti Mahathir melahirkan kerisauannya berhubung sebuah syarikat yang kerapkali dikaitkan sebagai syarikat negara, bahkan menjadi lambang kejayaan industri automotif negara, apabila syarikat berkenaan bakal menjadi milik negara asing.

Tetapi dahululah...

Sekarang, kaedah yang Mahathir gunakan, sudah tidak terpakai. Generasi sekarang bukannya generasi bongok yang menelan bulat-bulat apa yang keluar dari mulut pemimpin terutama sekali apabila lebih banyak rahsia yang selama ini terpendam, sudah pun diketahui.

Kebimbangan yang dilahirkan oleh Mahathir berhubung nasib Proton, dilihat tidak lebih daripada kebimbangannya berhubung keberadaan dan survival syarikat kroni yang menyedut keuntungan Proton selama syarikat itu wujud.

Seperkara yang tidak dikatakan oleh Mahathir ialah, Proton bukan lagi syarikat negara, sebaliknya dimiliki oleh Syed Mokhtar Al-Bukhari menerusi syarikatnya, DRB-HICOM. Mahathir sendiri yang mahukan Proton dimiliki oleh DRB-HICOM. Kemudian, Mahathir sendiri yang mendesak agar kerajaan memberikan geran dan pinjaman mudah yang bernilai berbilion-bilion ringgit untuk syarikat tersebut.

Di dalam blognya, Mahathir kata, dia kecewa Proton akan dijual kepada syarikat asing, sekaligus menyebabkan pembekal barangan (vendors) kepada Proton akan hilang mata pencarian. Mahathir cuba membuat manipulasi kononnya, dia boleh terima Proton mempunyai rakan strategik tetapi kecewa kerana pegangan ke atas syarikat tersebut dijual kepada syarikat asing.

Walhal, seperti yang diketahui, Proton tidak dijual sepenuhnya kepada syarikat asing sebagaimana yang didakwa oleh Mahathir. Malah antara syarat yang diberikan oleh Kerajaan ketika menghulurkan pinjaman mudah sebanyak RM1.6 bilion kepada Proton yang dimiliki oleh DRB-HICOM ialah, mencari rakan strategik bagi memulikan Proton yang telah dirosakkan dengan teruk oleh Mahathir.

Semenjak sepuluh tahun lalu, Proton berusaha mencari rakan strategik. Tujuannya ialah untuk membolehkan Proton menembusi pasaran antarabangsa secara lebih tuntas selain membawa masuk kepakaran automotif yang lebih baik berbanding sekarang.

Barangkali ramai yang tidak tahu bagaimana Mahathir sentiasa mencari jalan menggagalkan kerjasama dengan syarikat asing menerusi pelbagai syarat dan pandangan tidak masuk akal menyebabkan syarikat-syarikat besar termasuklah Volkswagen (2007) terpaksa melupakan Proton. 

Dan bukan juga rahsia, Mahathir sebenarnya tidak pernah berniat untuk mempertingkatkan industri automotif atau memajukan Proton sebaliknya berusaha melindungi syarikat-syarikat kroninya yang telah lama menghisap keuntungan dari Proton. Antara syarikat tersebut adalah Yasmin Jurumuda Sdn. Bhd. yang dimiliki oelh anak saudaranya, Rahmat Abu Bakar yang diberikan konsesi lumayan bermula dari tertubuhnya Proton.

Tulisan Mahathir kononnya vendor dan pembekal komponen akan tutup kedai, selain ramai pekerja yang akan kehilangan pekerjaan dan kapasiti kejuruteraan Malaysia yang akan merosot, adalah cubaan untuk menyelamatkan kedudukan syarikat-syarikat kroninya yang bakal ditendang atau keuntungan mudah mereka dikerat. Kebimbangannya konon, Malaysia akan kekal sebagai negara dunia ketiga tidak ubah seperti sebuah propaganda gagal.

Setelah lebih 30 tahun, Proton masih bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan. Selama lebih 30 tahun juga, Proton tidak memberikan sebarang impak kepada bidang kejuruteraan bertaraf global. Malah selama lebih 30 tahun juga, Proton masih gagal menembusi pasaran antarabangsa. Kalau ada pun, hanya sedikit di sana sini  yang dijual dengan harga di bawah pasaran berbanding harga yang ditawarkan di dalam negara. Tanpa pembelian lokal, Proton barangkali sekarang ini sudah boleh mengira keuntungan daripada jualan besi buruk, sama seperti Perwaja yang juga rosak di tangan Mahathir!

Dan kalaulah tidak dibantu oleh kerajaan, pastinya syarikat-syarikat kroni Mahathir seperti Jurumuda juga sudah lama tutup kedai.

Hakikatnya, kebimbangan Mahathir sebenarnya ialah, kehilangan besar kepada keluarga Mahatir sendiri apabila Proton dipegang oleh syarikat asing. Sudah pastilah, pembekal sedia ada yang tidak kompetitif dan hanya MENTEKEDAGHAH kerana sifat kroninya, akan digantikan dengan syarikat-syarikat baharu yang lebih baik. Inilah sebenarnya yang amat dibimbangi oleh Mahathir.

Ironinya, Mahathir cuba menyalahkan Najib Abdul Razak walaupun Proton adalah milik DRB-HICOM sepenuhnya. Kalau pemiliknya, Syed Mokhtar Al-Bukhari membuat keputusan untuk menjual Proton sepenuhnya, apa kena-mengena dengan Najib pula?

Untung betul sesiapa yang menjadi kroni Mahathir... walaupun negara lingkup dan wang negara diculalangkitkan, mereka tetap terbela dan tidak mengalami kerugian!!!


Thursday, February 16, 2017

BARU BUAT TASK FORCE SIASAT SKANDAL FOREX BNM, PENTAKSUB MAHATHIR DAH JADI MACAM DISERANG PUAKA... KALAU DITUBUHKAN RCI, MUNGKIN BATERI JANTUNG MAHATHIR PULA YANG MATI!!!



Kabinet Najib telah pun menyatakan kesanggupan mereka untuk menubuhkan sebuah Task Force bagi mengumpulkan pelbagai maklumat termasuklah daripada hansard Parlimen, mesyuarat-mesyurat Parlimen, Laporan Ketua Audit Negara dan laporan-laporan daripada agensi-agensi berkaitan.

Maka melalak melolonglah para pentaksub Mahathir seolah-olah Task Force tersebut ditubuhkan semata-mata untuk MEMADAMKAN BATERI JANTUNG Mahathir. Malah, ada yang tongong sudah mula bertanya, mengapa Task Force yang ditubuhkan, mengapa tidak RCI. Mengapa Najib terlalu takut untuk menubuhkan RCI sebaliknya hanya Task Force yang tidak mempunyai kuasa menyiasat dan membentangkan hasil siasatan kepada awam atau pun kepada Parlimen?

Yang tidak mereka sebutkan atau barangkali langsung tidak tahu, RCI tidak boleh ditubuhkan begitu-begitu sahaja. Sebaliknya, beberapa proses perlu dilalui terlebih dahulu, termasuklah penubuhan sebuah pasukan khas yang akan mengumpulkan segala maklumat sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa seperti PDRM dan SPRM bagi proses siasatan selanjutnya. Atau serahan kepada PAC sebelum satu lagi siasatan dijalankan untuk proses seterusnya bagi membolehkan RCI ditubuhkan dengan perkenan DYMM Yang Di-Pertuan Agong.

Sepatutnya para pentaksub Mahathir tidak perlu melatah kalau benar mereka sangat yakin, tiada sebarang salahlaku atau penyelewengan melibatkan wang negara berjumlah lebih RM100 bilion sepanjang 22 tahun pentadbiran Mahathir. Atau mereka tidak perlu gusar apabila sebarang pasukan khas ditubuhkan untuk mengumpulkan pelbagai maklumat termasuklah bagaimana keluarga Mahathir dan Siti Hasmah memperolehi kekayaan luar biasa termasuklah projek-projek mewah kerajaan yang hasilnya boleh mengenyangkan 15 keturunan.


Baru Task Force, dah menyalak melolong macam anjing patah gigi. Agaknya kalau RCI ditubuhkan, dan mula menyiasat semua dakwaan penyelewengan tersebut secara tuntas, mahu ada penyokong Mahathir yang benam kepala dalam tanah dan lubang punggung menadah langit agaknya!

Cuma, alangkah bagusnya kalau semua skandal-skandal kewangan tersebut diselesaikan pada 22 tahun pentadbiran Mahathir dahulu tanpa perlu disorok di bawah karpet tebal pejabatnya. Tidaklah masalah tersebut muncul pada hari ini dan Mahathir sendiri tidak mampu menjawab apatah lagi mnerangkan bagaimana negara boleh hilang duit yang begitu banyak.

Pengalihan dengan menyerang RM2.6 bilion dan 1MDB yang telah melalui fasa siasatan PAC, PDRM, SPRM dan sebagainya, tidak mampu menutup skandal-skandal kewangan besar negara seperti BMF, FOREX BNM, MAS, PERWAJA, PKFZ, MAMINCO dan seribu satu projek penswastaan yang lain!

Monday, February 13, 2017

MAHATHIR TAK MATANG YANG MUDAH DISERANG PENYAKIT GOPOH, KATA KETUA ULAMA PAS, MAHFUZ MOHAMED!!!



22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia dan selama 22 tahun itulah juga, dia menjadi Presiden UMNO sama ada UMNO asal mahupun UMNO yang dia 'pulihkan' mengikut peraturan dan syarat-syaratnya.

Bermula dari tahun 1978, permusuhan PAS dengan UMNO memuncak. PAS yang turut sama mencipta Barisan Nasional walaupun pada tahun 1963, satu dekri atau fatwa telah dikeluarkan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang enggan mengikut ajaran Islam, hubungan antara kedua-dua parti tersebut menjadi sangat renggang.

Namun kerenggangan tersebut masih boleh ditautkan kerana di sebalik fahaman sekularisme yang dipegang oleh kepimpinan lama UMNO yang masih terpengaruh dengan dunia feudalisme, perkembangan Dunia Islam, terutama apabila banyak negara-negara bermajoritikan umat Islam mulai bebas daripada kekangan penjajahan, cuba mengembalikan dan memurnikan ajaran Islam semula.

Revolusi Iran 1979 menyaksikan pengaruh yang sangat kuat ke dalam Dunia Islam. Banyak kepimpinan parti siasah, mula menjadikan Revolusi Iran dengan Ayatullah Khomeini sebagai ikon mereka. Dan tidak keterlaluan kalau di Malaysia, PAS juga dengan sebahagian besar kepimpinannya terutama sekali golongan muda, amat terpengaruh dengan Revolusi Iran dan Khomeini.

Mahathir telah melihat perkembangan itu sebagai sesuatu yang amat merbahaya terutama kepada kedudukannya di dalam UMNO dan kekuasaan. Langkah mengeluarkan PAS dari Barisan Nasional adalah salah satu daripada kaedah yang paling berkesan untuk mengekang pengaruh PAS yang semakin menarik perhatian golongan muda yang mencari-cari arah dalam agama.

Kepimpinan PAS yang diterajui oleh Yusuf Rawa, Abdul Hadi Awang, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Fadhil Noor (sekadar beberapa nama) yang lebih dikenali sebagai golongan Reformis PAS berjaya mengenepikan kepimpinan Asri Muda dan Nakhaie Ahmad.


Demi mengekang PAS yang semakin keluar daripada kelubung nasionalis agamanya. Mahathir mengambil langkah-langkah perlu lain iaitu dengan memasukkan Anwar Ibrahim sebaik-baik dia berkuasa di dalam UMNO. Anwar Ibrahim yang diketahui merupakan seorang Liberalis Agama, diberikan topeng agama untuk mengakali PAS yang semakin teruk dipengaruhi oleh ekstremisme dan kejumudan agama yang bercampur-baur antara ajaran Golongan Tua dan Golongan Muda.

Masa demi masa terus berlalu. PAS semakin berubah. Manakala Mahathir pula, masih kekal dengan akidah politik dan kepercayaannya bahawa dunia belum berubah serta berevolusi termasuklah fahaman dan kecenderungan politik.

Langkah dan tindakan yang diambil oleh kepimpinan utama PAS terutama sekali Abdul Hadi Awang berbaik-baik dengan Najib, bahkan dilihat jauh lebih mesra berbanding tanggapan sebelum ini, dilihat oleh Mahathir sebagai langkah yang amat membahayakan legasinya. Mahathir mahu Najib dan UMNO mengikutnya, tidak meninggalkannya dan tidak memencilkannya dalam catatan sejarah UMNO dan pentadbiran negara.


Itulah yang berlaku apabila Mahathir mengambil langkah drastik membuat pusingan U dalam usahanya untuk menyelamatkan dinasti serta empayarnya yang terdiri daripada anak, kroni, proksi dan kaum kerabatnya yang menggunakan modal daripada harta negara untuk kekayaan serta kemewahan mereka.

Ancaman dan ugutan serta memberi kata dua kepada PAS agar PAS tunduk kepada kehendak dan hajatnya mahu menumbangkan Najib serta Kerajaan UMNO-BN bagi memastikan legasi dan empayarnya tidak terjejas, diberikan reaksi yang amat berbeza. Jauh berbeza daripada yang dijangkakan oleh Mahathir sendiri.

Di sebalik cerita-cerita dan serangan menggila oleh DAP dan PAN ke atas PAS, kepimpinan PAS menunjukkan kedegilan mereka untuk tidak lagi tunduk dengan syarat-syarat yang sudah tentu akan menyakitkan mata dan hati Lim Guan Eng serta Lim Kit Siang.

Dan apabila ditambah dengan ugutan serta kata dua Mahathir kepada PAS, ia tidak menjadi bertambah baik, bahkan bekas Perdana Menteri itu dilihat sebagai orang tua yang sangat terdesak untuk menyelamatkan kerjaya politik anaknya sendiri. Segala penghormatan yang diberikan kepadanya dahulu, hilang ke longkang.

Kecuali di kalangan para pentaksubnya, golongan yang selama ini sekadar menjadi pemerhati dan pengkritik dasar-dasar Mahathir yang bagi mereka merupakan kerosakan jangka panjang yang perlu ditanggung oleh beberapa generasi di Malaysia, mendapat pengesahan tentang teori-teori mereka selama ini. Banyak skandal-skandal yang sebelum  ini disimpan di bawah karpet, mula dikeluarkan dan semuanya menunjukkan bagaimana teruknya Mahathir menguruskan kewangan dan ekonomi negara demi kepentingan segolongan manusia yang pada tahun 1998 dahulu disebut sebagai SUPER BUMIPUTERA yang antara lain termasuklah Vincent Tan, Ananda Krishnan, Arumugam, Francis Yeoh dan sebagainya.

Justeru apabila ada pemimpin PAS yang kata, Mahathir semakin teruk dan semakin tidak dapat menahan sabar sehinggakan tidak dapat menahan diri daripada membuat U-Turn berkali-kali, ia adalah sesuatu yang sangat tepat.

Untuk menggantikan Najib yang dikatakan lemah dan tidak berkeupayaan mengendalikan pentadbiran negara, perlukan seseorang yang lebih baik dan lebih terancang terutama sekali dalam usaha mengembalikan kerugian-kerugian besar wang negara yang terhasil daripada tindakan sembrono Mahathir sepanjang 22 tahun pentadbirannya.


Malangnya, 'Imam Mahdi Malaysia' yang diharapkan oleh ramai rakyat Malaysia, tidak muncul, bahkan TIDAK AKAN MUNCUL SAMPAI BILA-BILA kerana setiap manusia dijadikan serba kekurangan. Najib sebagai Perdana Menteri, mungkin melakukan kesilapan kerana sifatnya sebagai manusia. Namun mengikut kehendak Mahathir untuk menggulingkan Najib dan kemudian mengembalikan semula harta kekayaan negara kepada anak-anak, kroni, proksi dan kaum kerabatnya, adalah sesuatu yang amat tidak patut.

Tindakan PAS menolak Pakatan pembangkang merupakan satu langkah terbaharu terutama membabitkan KERUSI-KERUSI ISLAM yang jauh lebih rendah berbanding KERUSI-KERUSI BUKAN ISLAM dalam Pakatan (89 kerusi Parlimen pada PRU lepas dengan PAS hanya memiliki 39 kerusi Parlimen sahaja). Cadangan untuk menarik 30 kerusi Parlimen Bukan Islam yang mahu ditarik untuk membolehkan Barisan Nasional ditumbangkan dalam satu rancangan besar, membuatkan PAS membuka mata selebar-lebarnya.

Sebabnya kalaulah jadi seperti yang dirancangkan, Kerusi Parlimen Bukan Islam yang menguasai Kerajaan adalah 80 manakala Kerusi Parlimen Islam pula hanyalah 39 sekaligus apa yang berlaku di Pulau Pinang, akan berlaku di Malaysia secara nyata.


Sunday, February 12, 2017

MAHATHIR CIKAI, KATA WAN AZIZAH!!!



Dengan pelbagai cara telah digunakan, termasuklah menggunakan khidmat asing untuk menekan sekaligus memmbolehkan Najib letak jawatan dan kekayaan negara kembali semula dinikmati oleh kaum kroninya, Mahathir masih lagi gagal walaupun jentera propagandanya termasuklah para penyokongnya cuba menggambarkan bahawa Mahathir semakin mendapat perhatian dan sokongan daripada rakyat, terutama sekali golongan muda.

Sembang Mahathir dan orang-orangnya masih lagi berkisar tentang 1MDB dan RM2.6 bilion yang bukan sahaja telah menjalani pemeriksaan bahkan telah disiasat oleh pelbagai agensi, termasuklah SPRM, PDRM, Peguam Negara, PAC bahkan agensi-agensi luar negara, berbanding tidak satu pun yang mampu dijawab oleh Mahathir dan para penyokongnya tentang skandal sepanjang 22 tahun Mahathir berkuasa.

Skandal BMF dan Forex BNM, di sebalik ketar dan kecut, sehingga Azmin Ali terpaksa mencipta pula polemik kononnya ada Menteri Kanan akan letak jawatan disebabkan 1MDB, Mahathir seperti biasa berlagak berani mencabar agar diadakan Suruhanjaya Diraja.

Cabaran seperti itu adalah standard dan seringkali digunakan oleh ahli-ahli politik yang berhadapan dengan masalah undang-undang dengan cubaan permainan psikologi. Kononnya mahu mengancam, mereka akan membuat pendedahan dan menuturkan kebenaran yang selama ini terselindung di mahkamah atau di hadapan Suruhanjaya Diraja. Sekaligus menyebabkan ramailah orang yang berkepentingan terkantoi.

Dengan kata lain, ia adalah isyarat agar Suruhanjaya Diraja tidak perlu disebut dan tidak perlu diwujudkan kerana ia akan membuka lebih banyak kohong, panau, kurap dan kayap Mahathir serta pentadbirannya.

Di FB sekarang, sedang hangat diperkatakan adalah membabitkan syarikat anak saudara Mahathir yang telah mengaut keuntungan berbilion-bilion ringgit daripada PROTON setelah syarikatnya menjadi syarikat tunggal yang memberikan perkhidmatan semburan anti karat untuk setiap kereta keluaran PROTON dari semenjak tahun 1985 sehinggalah sekarang.

Turut diperkatakan juga ialah tentang KASIH SAYANG TERLAMPAU MAHATHIR kepada Vincent Tan yang mengaut pelbagai projek termasuklah projek sungai dan longkang di Kuala Lumpur yang kemudian diisytiharkan rugi sebelum di'bail-out' dengan menggunakan dana awam oleh Mahathir.

Mahathir dan orang-orangnya mungkin tidak pernah menyangka, cerita-cerita yang cuba dihalang terbit dan disiarkan pada penghujung 1990-an dahulu menerusi Akta ISA dan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, kini muncul kembali, bahkan generasi yang bukan sahaja berhingus bahkan membaca pun tidak pandai lagi ketika skandal-skandal tersebut berlaku, bijak memanfaatkan Internet untuk mencari maklumat-maklumatnya.

Mencari sekutu yang dilihat lebih kuat dan lebih berpengaruh, amat penting kepada Mahathir bagi membolehkan anaknya, Mukhriz terus bernafas dan hidup dalam kerjaya politik. Mukhriz sendiri sibuk mempromosikan dirinya berbanding partinya. Di sana sini mukanya dan dirinya selaku Timbalan Presiden Cap Bunga diperkenalkan, bahkan lebih menonjol berbanding Muhyiddin Yassin yang telah membakar jambatan terlebih dahulu.

Gabungan dengan Lim Kit Siang yang mahu menyelamatkan anaknya, Lim Guan Eng daripada hukuman penjara kerana rasuaha dan salahguna kuasa, bersama-sama Wan Azizah dan Nurul Izzah yang masih cuba mengangkat nama Anwar Ibrahim yang dicemari oleh perbuatannya sendiri.

Agak malang kerana Mahathir, di sebalik usaha bersungguh-sungguhnya untuk mengambil hati Lim Kit Siang dan Wan Azizah, dia masih tidak mendapat tempat. Kalaupun ada sedikit tolak ansur kepada partinya, tetapi Mahathir secara peribadi masih diragui.

Itulah sebabnya, Wan Azizah yang suatu ketika dahulu pernah dimalukan oleh Mahathir tentang sepucuk surat 18 muka surat yang merayu dan menagih simpati daripadanya, mengeluarkan kenyataan yang cukup pedih. Disokong pula oleh Azmin Ali, yang merupakan anak angkat Mahathir dan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Mahathir di dalam kelompok Pakatan, Mahathir dikatakan tidak layak menjadi DE-FACTO PEMBANGKANG.

Bahkan Lim Kit Siang secara simboliknya menunjukkan isyarat bahawa orang yang paling layak mengetuai pembangkang adalah Lim Guan Eng, anaknya.

Kenyataan terbaharu Wan Azizah memang menghiris terutama apabila mengenangkan aura dan kredibiliti serta imej negarawan yang sangat hebat pada tubuh badan Mahathir.

"KALAU MAHATHIR BETUL-BETUL HEBAT MENYATUKAN PEMBANGKANG, DIA TAKKAN PERGI BERJUMPA ANWAR." (RUJUK SINI)


Saturday, February 11, 2017

ZUHUDNYA MAHATHIR BERJALAN KAKI NAIK FIREFLY.... KENAPA PERLU BERLAKON KALAU ADA SYARIKAT JET PERIBADI SELAIN NAK TAGIH SIMPATI!!!



Sekeping gambar Mahathir sedang berjalan ke tangga pesawat FireFly, telah digunakan oleh jentera propaganda Cap Bunga untuk menunjukkan penganiayaan yang telah dilakukan ke atas Mahathir. Sekaligus turut memberikan persepsi bagaimana zuhud dan merendah dirinya Mahathir sebagai seorang manusia. 

Ada pula dengan megah berkata, Mahathir sanggup melepaskan segala kemewahan yang dinikmati semata-mata untuk berjuang bersama-sama rakyat.

Tidak kurang juga yang mengatakan, kawan-kawannya yang memiliki jet, enggan lagi memberikan pinjaman jet kepada Mahathir kerana takut kepada Najib. 

Hakikatnya, ia adalah satu pembohongan dan propaganda semata-mata!

Mahathir dan David Chew mempunyai pegangan 50-50 dalam syarikat usahasama yang memiliki semua hak dan pengeluaran ke atas pesawat ringan yang berasal dari Itali di dalam sebuah syarikat bernama Euroala Industries. 




Mahathir juga masih lagi memiliki kepentingan 50% pgangan dan menjadi pengerusi kepada syarikat pembuatan pesawat yang memiliki teknologi dan menjualnya kepada pesawat-pesawat yang dikeluarkan oleh JetFox.

Selain itu, Mahathir juga adalah pengarah dan pemegang saham dalam syarikat penyewaan jet peribadi yang turut dimiliki oleh kroni rapatnya, Lee Kim Yew yang tinggal di Country Height. Dengan kata lain, Mahathir memiliki syarikat jet peribadi!

Lakonan dan kenyataan kononnya Mahathir sudah tidak dapat pinjaman jet daripada kawan-kawannya adalah sesuatu yang amat-amat melucukan kerana Mahathir sebenarnya memiliki jet menerusi syarikatnya sendiri!



Sunday, January 29, 2017

SKANDAL FOREX: PENDEDAHAN BAGAIMANA KERUGIAN BESAR AKIBAT NAFSU MAHATHIR!!!



Oleh: Dr Rosli Yaakob 

Artikel di bawah ini petikan dari ucapan beliau:

Sesudah subuh, hari Jumaat, 1 Jun, dalam hujan yang lebat, kami memandu kereta ke Alor Setar. Program di Alor Setar memang menyemarakkan semangat perjuang tetapi meletihkan. Bila kembali dari Alor Setar pada dinihari, Sabtu 2 Jun, saya menginap di Hotel Penaga, di Hutton Lane. Seawal selepas sembahyang subuh, saya menyambung kerja menyiapkan ppp. Ianya siap pada pukul 12.30 petang dan terus saya emelkan kepada Syed Mikael kerana saya telah berjanji akan emel kepada beliau pada sebelah pagi. Saya terlewat.

Saya tiba di Dewan Sri Pinang pada pukul 2.00 petang. Forum bermula pada kira-kira pukul 3.30 petang kerana DSAI yang berkereta dari Kuala Lumpur terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Utara-Selatan. Perjalanan mengambil masa lima setengah jam berbanding 3-4 jam jika tiada kesesakan.
Kepada kira-kira 400 hadirin dan hadirat di majlis forum itu saya memberitahu ada sekurang-kurang lapan isu utama yang mengundang jawapan berkaitan dengan tajuk forum itu (forum diadakan dalam Bahasa Inggeris). Saya kongsi isu-isu dan jawapan yang saya kemukakan di forum itu dengan pembaca semua.
Pertama, wajarkah Bank Negara Malaysia (BNM) berspekulasi di pasaran pertukaran wang asing?
Tidak. BNM tidak boleh sama sekali terlibat di dalam kegiatan spekulasi di dalam pasaran wang kerana risiko kerugian daripada kegiatan ini amat tinggi. Fungsi sebenar BNM adalah sebaliknya, iaitu, memerangi kegiatan spekulasi. Di dalam pasaran pertukaran wang asing khususnya, fungsi teras BNM ialah menjaga dan melindungi nilai Ringgit Malaysia (MYR) berbanding nilai matawang asing khususnya matawang rakan dagang utama negara seperti Dolar Amerika (USD), Ringgit Singapura, Paun British (GBP), Deutch Mark (DM), Yen, Swiss Franc, French Franc dan sebagainya. BNM mesti melindungi MYR dari serangan spekulatif dan menjaga nilai pertukaran MRY supaya sentiasa stabil dan pasaran wang setiasa cukup kecairan.
Kedua, bilakah BNM mula terlibat di dalam kegiatan spekulasi di dalam pasaran pertukaran wang asing?
BNM mula melibatkan diri di dalam kegiatan spekulasi di pasaran pertukaran wang apabila Tan Sri Jaffar Hussien (arwah) dilantik Gabenor pada tahun 1985. Gabenor-Gabenor sebelum beliau – Tun Ismail Ali (arwah) dan Tan Sri Aziz Taha (meletak jawatan) – semuanya menentang kegiatan spekulasi matawang. Malah, mereka sentiasa mempertahankan BNM sebagai badan yang harus bebas dari campur tangan pemerintahan. Kerana tidak rela dijadikan “budak suruhan” kepada Menteri Kewangan yang mengarahkan Tan Sri Aziz berbuat sesuatu yang bertentangan dengan prinsip dan etika bank pusat, beliau memilih meletakkan jawatan. Mungkin, antaranya, beliau enggan berspekulasi di pasaran wang asing.
Isyarat bahawa BNM akan bersepekulasi di pasaran pertukaran wang asing disebut di dalam satu syarahan yang disampaikan oleh TSJH di Delhi dalam tahun 1989. Beliau menyebut bahawa beliau telah menambahkan dimensi ketiga dan keempat kepada pengurusan rizab BNM, iaitu, mengoptimamkan keuntungan dan membangunkan kemahiran berurusniaga di dalam pasaran wang asing. Sebelum ini, teras utama pengurusan rizab adalah menjaga dan melindunigi nilai MYR dan mengekalkan kecairan di dalam pasaran. Sejak dari itu bermulalah penglibatan BNM dalam kegiatan spekulasi di pasaran wang asing dalam skala besar dengan tujuan menjana keuntangan maksimam sehingga mengkesampingkan teras utama pengurusan rizab.
BNM bukan lagi berspekulasi di dalam pasaran untuk menjaga nilai ringgit tetapi berjudi dengan harapan mendapat untung besar dan segera. Bila ada pihak yang bertanya kenapa BNM berspekulasi secara besar-besaran sedangkan tidak ada mana-mana bank pusat yang berbuat demikian, maka TSJH sering memberi alasan “untuk mempertahankan nilai ringgit dan mengawal inflasi.” Ini terbukti falsu kemudiannya apabila kerugian besar akibat berjudi terdedah dan nilai pertukaran asing MYR merudum dalam tahun 1997-98 diserang spekulator.
Ketiga, Berapa besar dana digunakan BNM untuk berjudi di dalam pasaran pertukaran asing?
Kerana ketiadaan penyiasatan, jumlah dana terlibat sukar diperinci. Tetapi, pakar-pakar pasaran memang mengetahui bahawa pada satu ketika BNM (sebelum skandal terdedah) adalah pemain terbesar di dalam pasaran pertukaran wang asing di dunia. Lawannya hanyalah George Soros, “penyangak matawang.” 

 Akhbar Reuter pernah melaporkan bahawa BNM adalah “sebuah kuasa yang dominan di dalam pasaran pertukaran wang sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bahawa, BNM telah menjana keuntungan yang agak lumayan dari kegiatan itu sejak sebelum tahun 1992-93, telah mendorong BNM untuk bermain di dalam pasaran pertukran asing dalam skala yang semakin besar.”
Pedagang-pedagang matawang asing biasanya berjual beli dalam lot USD1 juta, USD5 juta dan paling tinggi USD 10 juta. Tetapi BNM berniaga dalam lot USD 50 juta dan kadang-kadang dalam lot USD1 bilion (dalam istilah pasaran, ini dipanggil satu ela) dalam sehari. 

Amat jarang sekali peniaga matawang asing berjual beli dalam lot yang besar. Penanding yang paling hampir kepada BNM dalam kegiatan jual beli di dalam pasaran pertukaran asing ini ialah pengurus-pengurus dana Jepun. Itu pun mereka berani bermain paling tinggi dalam lot USD50 juta dan setakat sekali atau dua kali setahun. BNM bermain dalam lot-lot besar ini setiap hari. Ertinya, BNM memang berjudi di dalam pasaran, satu aktiviti yang tidak ada kena-mengena langsung dengan fungsi “mempertahankan nilai ringgit dan mengawal inflasi.”
Strategi BNM ialah membeli dahulu sesuatu matang wang dalam jumlah beberapa bilion USD dan setelah urusan pertama ini selesai (selang beberapa minit sahaja), ia akan membeli beberapa billion USD lagi. Ini menjana kejutan di dalam pasaran dan pedgang-pedagang lain menjadi panik dan akan tergesa-gesa membeli matawang berkenanan. Akibatnya, harga akan naik dan ketika itulah BNM menjual pegangannya dan menjana keuntungan lumayan. Akhirnya, pedagang-pedagang lain akan tahu helah ini dan bila mereka tahu, mereka akan bertindak balas. Maka bertemulah buku dengan ruas.
Dalam tahun 1992, BNM berjudi di dalam Paun British (GBP). Ia membeli dengan jangkaan GPB akan naik nilai. Pada masa yang sama, George Soros membuat “short selling” ke atas GBP (jual dulu dan beli kemudian) kerana dia menjangka nilai GBP akan jatuh di masa hadapan. Jangkaan soros tepat. Nilai GBP jatuh. BNM rugi USD5.5 bilion dan Soros untung USD1.7 bilion. TSJH berbohong dengan mengumumkan bahawa BNM hanya rugi di atas kertas sebanyak RM9.3 bilion. Hanya kemudian (dalam tahun 1993) beliau mengakui BNM rugi RM10.1 bilion.
Pakar-pakar membuat anggaran bahawa kerugian sebesar itu hanya boleh terjadi kalau BNM berspekulasi dalam pasaran sebanyak US27-33 bilion. Jumlah ini 5 kali ganda jumlah rizab BNM pada masa itu dan lebih besar dari nilai asset BNM, iaitu, USD20.7 bilion ketika itu, bermakna BNM sudah bankrap. Ini bukan hendak menjaga nilai ringgit dan mengawal inflasi, ini berjudi sakan.
Perjudian BNM di dalam pasaran pertukaran wang asing ini telah dikesan oleh bank pusat Amerika (Federal Reserve Bank) dan Gabenornya pada masa itu, Alan Greenspan telah menggesa BNM menghentikan segera perbuatan itu. Tetapi, BNM buat pekak badak. Ia terus bermain judi dan akhirnya rugi besar lagi dalam tahun 1993.
Akhbar “Malaysia Business” melaporkan bahawa pada kemuncaknya, BNM pernah berspekulasi di dalam pasaran pertukaran wang asing sehingga RM270 bilion (USD90-100 bilion). Pedagang-pedagang matawang asing BNM amat agresif dan digelar “pembuli pasaran” (market bully). Mereka seolah-oleh diberi oleh bos mereka cek kosong, berbelanja ikut suka. 

Yang sebenarnya, yang berjudi itu seorang sahaja, iaitu Nor Mohamed Yakcop. Khabarnya (berita yang hangat di kalangan kakitangan BNM), apa yang beliau buat ialah beliau berjual beli menggunakan komputer orang lain – pegawai-pegawai di bawah beliau. Beliau akan bergerak dari satu komputer ke satu komputer sehingga pasaran melihat BNM mempunyai ramai pedagang matawang asing yang agresif walhal yang agresif hanya seoarng sahaja. Beliau selalu datang mesyuarat lambat dan ketika mesyuarat sedang berjalan, keluar pergi ke kamar dagangan (dealing room). Beliau membuat laporan palsu kepada Gabenor tetapi kerana dia licik, maka Gebenor percaya semua laporan sehinggalah “nasi telah menjadi bubur” barulah Gabenor sedar orang yang dipercayainya selama ini telah bermain kayu tiga dengan beliau, buat cerita dongeng.
Keempat, berapa besarkah kerugian yang ditanggung BNM akibat dari perjudian itu?
Memang sukar diketahui dengan tepat tanpa penyiasatan. YB Lim Kit Siang pernah menyebut di parlimen bahawa jumlah kesemua kerugian ialah RM30 bilion, satu jumlah yang amat menggerunkan. Inilah jumlah kerugian yang paling kerap disebut di kalangan pemain pasaran.
BNM mengakui kerugian sebanyak RM10.1 bilion dalam tahun 1992 dan RM5.7 bilion dalam tahun 1993. Jumlahnya RM15.8 bilion, kira-kira setengah dari anggaran pakar. Jumlah yang diakui oleh BNM itu memang secara muslihat direndahkan. 

Sebahagian kerugian itu disorokkan melalui menilai semula pegangan emas BNM pada harga pasaran yang telah menjadi lebih tinggi berbanding harga mula-mula ia dibeli dan menilai pelaburan BNM dalam saham tersenarai dan beberapa lagi harta yang lain. BNM juga menggunakan “creative accounting” bagi menyorok kerugian. 

Kerugian telah ditukarkan menjadi “harta” dengan mencipta istilah baru perakaunan, iaitu, “deferred expenditure” atau “perbelanjaan tertunda” – wang telah dibelanjakan dahulu tetapi akan dibayar secara ansuran kemudian. Ini adalah penipuan. TSJH, seorang akauntan bertauliah, telah menderhakai profesyen beliau sendiri.
Kelima, siapakah yang bertangungjawab di atas kerugian?
BNM berjudi sakan di pasaran pertukaran matawang asing semasa Tun Daim Zainuddin (TDZ) menjadi Menteri Kewangan. Semua orang maklum, TDZ ini seorang spekulator besar dalam pasaran saham. Beliau menjana kekayaan melalui spekulasi di pasaran saham. Dengan nada angkuh beliau pernah dilaporkan berkata: “Apa yang saya jana di pasaran saham itu hanyalah duit poket saya.”
Diyakini bahawa arahan “pergi buat duit di pasaran pertukaran asing” kepada BNM datangnya dari TDZ dan tentunya direstui oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad (TMM). Umum mengetahui kedua-dua mereka rapat, bagaikan isu dengan kuku. 

 Arahan itu dilaksanakan kerana BNM memiliki seorang Gabenor yang berwatak “Yes Man” bukan macam Tun Ismail Ali dan Tan Sri Aziz Taha. Harus diingat TDZ – kerana gagal menundukkan Tan Sri Aziz Taha dengan arahan tidak munasabah – telah berjaya menekan Tan Sri Aziz sehingga beliau meletak jawatan. Gabenor TSJH pula mempunyai “Yes Man” lapisan kedua, iaitu, Nor Mohamed Yakcop.
Pada peringkat BNM, kerugian gergasi ini adalah tanggungjawab TSJH dan Nor Mohamed Yakcop sepenuhnya. Mereka, walaubagaimana pun mengambil arahan daripada dan membuat laporan terus kepada TDZ dan TMM mengenai permainan mereka di pasaran matawang ini. Pegawai tinggi BNM yang lain tidak tahu apa-apa. Timbalan Gabenor pada masa itu, Tan Sri Dr. Lin See Yan diketepikan. 

Sesungguhnya, mereka berdua telah terpesong jauh dari batasan (went overboard) dalam memperjudikan harta BNM di pasaran pertukaran asing. Mereka bukan berspekulasi tetapi berjudi secara cuai dan tidak bertanggung jawab dengan tidak mengendahkan langsung tentang keselamatan harta BNM dan harta negara. 

 Mungkin mereka bernafsu besar untuk mengalahkan Goerge Soros yang dikenali sebagai “raja perompak” (robber baron) itu bertujuan memenangi hati bos mereka bahawa mereka mempunyai kepakaran tanpa tolok banding di dalam urusniaga matawang asing.
Jadi, empat orang adalah orang yang harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya di atas kerugian gergasi yang ditanggung BNM akibat perjudian di pasaran pertukaran asing – Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, Menteri Kewangan, Tun Dain Zainuddin, Gabenor, Tan Sri Jaffar Hussein dan Nor Mohamed Yakcop.
Bila Dato Sri Anwar Ibrahim mengambil alih sebagai Menteri Kewangan dalam tahiun 1991, BNM memang sudah terperangkap di dalam perjudian di pasaran. Beliau dinafikan maklumat mengenai keterdedahan BNM dalam pasaran pertukaran asing – berapa besar pelaburan, untung atau rugi, semuanya disembunyikan dari beliau. Beliau mendapat maklumat serpihan dari pihak ketiga.
Beliau, seperti yang diakui. pernah meminta maklumat terperinci dari Gabenor TSJH tetapi beliau disuruh pergi memintanya daripada Perdana Menteri. Bila DSAI dilantik Menteri Kewangan, kerugian telah menggunung – “nasi telah menjadi bubur.” Apa yang boleh beliau buat hanyalah memberhentikan pendarahan dan itu beliau telah berjaya buat.
Beliau “membuang” Gabenor dan Nor Mohamed Yakcop dari BNM pada pertengahan tahun 1994 selepas pembentangan laporan Tahunan BNM 1993 yang mendedahkan kerugian dari spekulasi wang asing itu. Beliau juga melarang sama sekali BNM dari bersepekulasi di pasaran matawang asing. 

Larangan ini berkuatkusa hingga kini.
Penganalisis merasakan beliau akhirnya membayar kos yang tinggi atas tindakan beliau itu – difitnah, dibuang kerja dan dipenjara 6 tahun.
Orang yang memberi arahan supaya BNM berspekulasi di pasaran wang asing adalah TMM dan TDZ dan “kerja kotor” diserahkan kepada TSJH dan NMY untuk melaksanakannya. Jadi, TSJH dan NMY mempunyai pelindung. Sebab itu mereka bebas, tidak didakwa langsung.
Keenam, Kenapakah orang yang bertanggungjawab dibiarkan lepas-bebas?
Nor Mohamed Yakcop dipaksa meletak jawatan pada Julai 1994, satu hukuman yang amat ringan berbanding jenayah yang telah beliau lakukan terhadap negara. Malah, beliau kemudiannya diberi habuan lebih besar – kembali ke BNM dan menjadi menteri kabinet.
TSJH juga dipersilakan meletakkan jawatan tetapi dengan segera beliau dilantik menjadi Timbalan Pengerusi PNB sebagai habuan. Sejak dari itu, beliau hidup murung – jarang mendapat liputan media – dan dua tahun kemudian beliau menginggal dunia akibat penyakit barah.
Perdana Menteri dan TDZ pula tida siapa yang berani sentuh. Buat penyiasatan mereka tidak mahu. Mereka tidak lut undang-undang.
Ketujuh, kenapakah skandal kerugian pertukaran asing BNM tidak disiasat?
Ini adalah kerana, pertama, pemimpin tertinggi negara nampaknya terlibat dan bersekongkol dalam perjudian ini. Kedua, penyiasataan mungkin mendedahkan banyak kepincangan dan perkara buruk yang boleh membawa kacau bilau politik kepada golongan berkuasa. Ketiga, perincian-perincian skandal ini mungkin terlalu mengerikan (too gruesome) kepada umum dan boleh menyebabkan malu besar kepada golongan berkuasa, sekiranya didedahkan. Keempat, wujud unsur-unsur jenayah di dalam skandal berkenaan yang boleh menyebabkan orang bertanggungjawab masuk penjara bukan masuk kabinet seperti yang berlaku sekarang.
YB Lim Kit Siang telah mencadangan di Parlimen supaya Suruhanjaya PenyiasatanDiraja ditubuhkan untuk menyiasat skandal kerugian pertukaran asing ini tetapi cadangan tidak langsung diendahkan.
Kelapan, patutkah PR (jika memerintah) menyiasat kembali skandal ini?
Di Mongolia, dua orang bekas Gabenor dan tiga orang kakitangan bank pusat negara itu telah didakwa dimahkamah atas tuduhan kecuaian dan melebihi kuasa sehingga menyebabkan kerugian USD90 juta di pasaran pertukaran asing. TSJH dan NMY telah melakukan kesalahan yang lebih besar dan menyebabkan kerugian gergasi, maka sudah sewajarnya mereka di bawa ke muka pengadilan. Mereka mestilah disiasat. Jenayah yang terlibat termasuklah kecuaian, menyalahgunakan kuasa, memalsukan akaun, memesongkan maklumat, pecah amanah, konspirasi dan rasuah.
Aktiviti spekulasi yang dibuat sebenarnya berlawan dengan prinsip-prinsip utama bank pusat. Bank pusat sepatutnya membanteras spekulasi. Manakan boleh BNM melibatkan diri di dalam kegiatan spekulasi di pasaran matawang asing secara besar-besaran?

Forum khas bertajuk “Bank Negara Forex Scandal: When Government Becomes Speculator.” 2.30 ptg, Sabtu2 Jun 2012 di Dewan Sri Pinang, Padang Kota Lama, Pulau Pinang. 


NOTA THE SAVIOUR: 

Kerugian wang rakyat terlalu besar untuk dilupakan begitu sahaja. Kerajaan pimpinan Najib Abdul Razak seharusnya menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat skandal ini walaupun ia telah terlewat beberapa dekad. Sekurang-kurangnya masih terdapat watak-watak utama yang terlibat dalam kegiatan perjudian yang merugikan wang negara yang masih hidup dan wajib memberikan keterangan kepada rakyat Malaysia tentang apa yang telah mereka lakukan. 

Apatah lagi sehingga ke hari ini, bukan sahaja wang yang telah dirugikan itu tidak dapat dikembalikan, malah tidak ada sebarang siasatan pun dibuat seolah-olah kerugian menghampiri RM100 bilion itu untuk tempoh yang singkat, bukanlah satu perkara besar.



Saturday, January 28, 2017

MALAYSIA BAKAL BERISIKO DIBOIKOT PELABUR-PELABUR DARI CHINA KERANA MULUT DAN KEMPEN JAHAT MAHATHIR!!!



Mahathir dan para pentaksubnya sekarang ini sedang menghasut rakyat Malaysia agar berperang dengan China. Rakyat Malaysia ditakut-takutkan kononnya Malaysia akan dijajah oleh China dan setiap inci tanah negara ini akan dimiliki oleh China. 

Para pentaksub dan penyokong Mahathir sedang giat menggunakan hujah yang sama di media-media sosial dengan menjadikan Forest City yang merupakan milik mutlak Kerajaan Negeri Johor sebagai sandaran hujah mereka dalam usaha untuk memastikan Parti Cap Bunga mendapat sokongan meluas di negeri tersebut.

Sesuatu yang lebih besar sedang berlaku di Negara China sendiri. 

Akhbar The Global Times merupakan akhbar berbahasa Inggeris terbesar di China. Pembaca atas taliannya sahaja berjumlah 15 juta orang dan edaran cetakannya berjumlah 1.5 juta salinan setiap hari. 

Akhbar berkenaan dimiliki oleh People's Daily yang juga merupakan media utama Kerajaan Negara China. Akhbar tersebut seringkali dilihat sebagai 'suara' Kerajaan China dan menerangkan tentang reaksi Kerajaan dan rakyat China.

Dalam dua artikel yang disiarkan baru-baru ini termasuklah artikel terbaharu bertajuk, "Chinese Net users react with shock after Malaysia ex-PM's anti-China comments' (Reaksi terkejut pengguna Internet China selepas komen-komen anti-China oleh bekas PM Malaysia), menyelar Mahathir kerana mencetuskan isu perkauman. 

Bagaimanapun, perkara yang sangat menarik ialah apabila Global Times juga melaporkan sebilangan netizen mula berkempen untuk memboikot Malaysia. 

"Sebahagian netizen China menyatakan kekecewaan mereka dan berkata, amat mengejutkan bekas pemimpin utama sebuah negara membuat kenyataan sebegitu rupa, manakala sebahagian yang lain pula menyeru agar Malaysia diboikot."

"Perlukah kita memboikot Malaysia," tulis pengguna Internet yang menamakan dirinya sbagai 'Jiemohu' di Sina Weibo.

Seorang lagi pengguna Internet, 'Yuchundaxianglianzhuli' berkata, 'Selepas menjadi sahabat selama beberapa dekad, Mahathir memilih untuk menikam China. Ia adalah satu perkara besar."

Melihat kepada pengaruh besar Global Times, dan People's Daily, artikel-artikel seperti itu amat merbahaya kepada Malaysia. 

Jepun pernah mnerima nasib malang apabila netizen di China melancarkan kempen boikot beberapa tahun lepas, sekaligus menyebabkan jualan produk-produk syarikat Jepun merudum sehingga 60% dalam tempoh tersebut. 

Malaysia juga pernah berhadapan dengan kempen boikot berskala kecil pada tahun 2014 selepas insiden MH370. Walaupun berskala kecil tetapi ianya sudah mencukup untuk menyebabkan jumlah kedatangan pelancong China ke Malaysia pada tahun 2014 dan 2015, merosot teruk apabila pelancong-pelancong China lebih memilih Thailand sebagai destinasi mereka berbanding Malaysia. 

Malaysia kerugian ratusan juta Ringgit kesan pemboikotan tersebut. Hanya pada tahun lepas, jumlah pelancong China ke Malaysia kembali meningkat. 

Kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Malaysia dan rakan niaga terbesar negara ini, China, telah melonjak apabila dagangan tahunan mencecah sekitara USD100 bilion. Ini sekaligs memberikan manfaat besar kepada rakyat Malaysia, termasuklah para penoreh getah dan pengusaha kebun kelapa sawit.

Amat malang apabila orang seperti Mahathir dan para pentaksub serta penyokongnya terus dibiarkan mensabotaj ekonomi negara ini semata-mata keinginan mereka untuk berkuasa dan memenangi kuasa politik.

Malaysia perlu mengambil kira retorik-retorik Mahathir secara serius. Penghujung 2015, pelaburan Malaysia di China berjumlah USD7.4 bilion secara keseluruhannya manakala pelaburan China di Malaysia adalah berjumlah USD2.7 bilion.

Selama bertahun-tahun, Malaysia telah melabur di China jauh lebih banyak berbanding China melabur di Malaysia. Malahan, Malaysia merupakan antara pelabur terawal dan terbesar di China apabila negara tersebut mula membuka pintunya kepada dunia.

Dengan ekonomi yang lebih kukuh dan berkembang, China pula yang melabur di Malaysia. Apabila kempen boikot ini berlaku, ia akan menyumbang kemusnahan kepada ekonomi Malaysia, terutama apabila kebanyakan negara di dunia ini, termasuklah Filipina dan Indonesia berusaha secara giat untuk menarik pelaburan dan perdagangan China ke negara mereka. 

Sementara China dan Amerika Syarikat sedang bersaing hebat, rakyat Malaysia seharusnya berwaspada dengan sebarang berita dan artikel daripada media-media barat, termasuklah dari Singapura yang berterusan untuk mencetuskan dan menghangatkan sentimen dan ketakutan anti-China. 

Di sebalik bertrilian pelaburan China dan Amerika Syarikat di seluruh dunia, sehingga ke hari ini, tidak sebuah negara pun di dunia hari ini yang telah dijajah oleh China atau Amerika Syarikat sebaliknya terjajah kerana jemputan orang-orang seperti Mahathir ke negara mereka seperti yang berlaku di negara-negara Timur Tengah.

Propaganda bahawa pelaburan bermakna negara akan dijajah, tidak lebih daripada sebuah pembohongan dan dongengan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab dan lapar kuasa.

Seperkara yang perlu diberikan perhatian, selain daripada sejumlah besar produk elektronik dan petroleum, China juga merupakan pengimport kedua terbesar minyak kelapa sawit dan getah Malaysia. Sebarang kempn boikot akan menjejaskan 113,000 peneroka Felda dan keluarga mereka yang mana majoriti mereka adalah orang Melayu.

Adakah Mahathir dan Pakatan (terutama sekali DAP) benar-benar mahu bermain dengan permainan rasis ini sekaligus mensabotaj ekonomi Malaysia yang berjumlah ratusan bilion Ringgit pada tahun ini dan menjadikan orang Melayu sebagai mangsa utama mereka, semata-mata kerana mahukan Mukhriz Mahathir dan Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri?

Wajarkah kerana sentimen yang tidak berasas dan hanya bersandarkan kepada hearsay dan kebencian melampau, ekonomi Malaysia dirosakkan dan segala yang dinikmati pada hari ini, dimusnahkan begitu sahaja hanya semata-mata kerana nafsu dua orang ahli politik tua?


Friday, January 27, 2017

DEMI KIT SIANG DAN LIM GUAN ENG, MAHATHIR TIDAK BOLEH WAKILKAN MUKHRIZ UNTUK BERSEMUKA DENGAN HADI AWANG PADA 2 FEBRUARI NANTI!!!



Di tengah-tengah kehangatan isu Skandal BMF dan menyusul pula skandal FOREX yang menyaksikan rakyat Malaysia kerugian lebih RM40 bilion semata-mata kerana nafsu Mahathir yang kemudian dipersalahkan orang lain, Mahathir yang sinonim dengan gelaran U-Turn, cuba mencari kekuatan baru menerusi bantuan PAS.

DAP telah membuktikan, PAS adalah pembantu yang paling berkesan apabila DAP berjaya bertapak dan menghilangkan sebahagian fobia orang Melayu khususnya golongan muda terhadap parti tersebut selepas fakta Tragedi 13 Mei 1969 dan pembabitan langsung Kit Siang dalam tragedi tersebut, berjaya diputarbelitkan.

Walaupun Mahathir pada mulanya sudah putus asa apabila PAS enggan melayannya untuk bekerjasama atau duduk semeja, tetapi campurtangan Kit Siang yang cuba menyelamatkan anak lelakinya yang bakal dibicarakan kerana rasuah dan salahguna kuasa, membuatkan Mahathir tidak punya pilihan, melainkan terpaksa mengikut kehendak Kit Siang.

2 Februari nanti Mahathir dan kepimpinan PAS dirancang untuk duduk semeja bagi mencari jalan penyelesaian untuk berhadapan dengan Barisan Nasional pada PRU akan datang.

Mahathir dan Kit Siang terlalu berharap, PAS akan 'menarik diri' dan membiarkan Cap Bunga dan DAP serta PKR sahaja yang akan bertanding, manakala PAS pula bertanding untuk mencukupkan syarat. Sebaliknya, PAS diharapkan akan menggerakkan angkatan mereka bagi menyokong serta membantu DAP, PKR, Cap Bunga dan PAN  sepertimana yang PAS pernah buat untuk DAP dan PKR sebelum ini sehingga kedua-dua parti tersebut berjaya membentuk kerajaan di Pulau Pinang dan Selangor.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sudah berulang-ulang kali menyatakan pendiriannya untuk tidak bekerjasama lagi dengan DAP yang telah terbukti menjadi musuh Islam dan orang Melayu di negara ini. Presiden PAS itu bersandarkan kepada tindakan dan sikap DAP terhadap RUU355 yang telah menimbulkan fitnah secara menyeluruh sehingga membentuk salahtanggapan dan salahfaham kepada sebahagian besar rakyat Malaysia.

Secara peribadi juga, keluarga Mahathir terutama sekali Marina Mahathir, dua orang anak angkat serta cucunya amat kuat menentang RUU355, sebaliknya menyokong dan memperjuangkan liberalisme dan penghapusan sebarang undang-undang yang berkaitan agama serta akidah.

Nampaknya, cubaan untuk melenyapkan dan melemahkan PAS terpaksa diteruskan apabila rancangan awal untuk melemahkan dan melupuskan UMNO serta Najib Abdul Razak tidak menjadi kenyataan.

Ironinya, perbincangan pada 2 Februari nanti, Cap Bunga hanya akan diketuai oleh Mukhriz Mahathir, bukan Mahathir sendiri tetapi Mahathir berharap Abdul Hadi Awang akan mengetuai PAS untuk bersembang dengan anaknya.

Hebat benar Mahathir dan Mukhriz berbanding Presiden PAS!!!




Wednesday, January 25, 2017

DOKUMEN CIA DIDEDAHKAN UNTUK CEMAR NAMA BAIKNYA, KATA MAHATHIR!!!



Akhirnya Mahathir membuka mulut berhubung pendedahan yang dibuat oleh sebuah portal bebas, Asian Correspondent berhubung beberapa dokumen yang kini boleh dibaca di atas talian yang telah 'dibebaskan' oleh Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA). 

Kata Mahathir, pendedahan tersebut sengaja dibuat untuk mencemarkan nama baiknya. Malahan, katanya lagi, laporan tersebut merupakan balas dendam Amerika Syarikat selepas dia mengkritik dasar-dasar negara tersebut secara keras. 

Mahathir turut mempersoalkan, mengapa dokumen berkenaan hanya disiarkan sekarang sedangkan skandal BMF yang menyebabkan Malaysia kerugian berbilion ringgit, berlaku pada tahun 1980-an. 

"Mereka (CIA) menyerang saya kerana saya tidak pernah berhenti mengkritik mereka. Mereka cuba menakut-nakutkan saya. Mengapa mereka mendedahkannya sekarang? Bolehkah anda membetulkan apa yang telah saya lakukan sebelum ini? Tujuannya hanya politik. Ada orang yang mendapat manfaat daripadanya," kata Mahathir dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini. 

Menurut Mahathir, terdapat beberapa laporan lain oleh agensi-agensi perisikan yang menafikan pembabitannya dengan Skandal BMF. 

Dalam laporan yang merupakan sebahagian daripada 13 juta muka surat daripada dokumen yang telah dinyahklasifikasikan oleh CIA minggu lepas, agensi tersebut berkata, pentadbiran Mahathir terbabit dalam skandal tersebut yang turut mempengaruhi kepimpinan Mahathir dalam UMNO dan Barisan Nasional. 




Tuesday, January 24, 2017

AGENSI PERISIKAN PUSAT AMERIKA SYARIKAT DEDAHKAN DOKUMEN BERKAITAN SKANDAL BMF DAN MAHATHIR!!!



Sekarang terjawablah mengapa Mahathir 'mengarahkan' Khairuddin dan Matthias mendahului isu dengan cubaan menggambarkan kononnya Amerika Syarikat menyebelahinya dalam usaha menjatuhkan Najib Abdul Razak membabitkan isu 1MDB.

Rupa-rupanya ada kalut tertentu yang menyebabkan Mahathir perlu memenangi perlumbaan masa dan persepsi ini. Bukan kerana 1MDB, bukan juga kerana mahu Selamatkan Malaysia sebagaimana yang didakwa. 

Sebaliknya seperti biasa, MAHU MENYELAMATKAN DIRI SENDIRI, ANAK-ANAK LELAKI dan kaum kroninya. 

Skandal BMF tahun 1983 merupakan skandal kewangan terbesar melibatkan sebuah bank milik penuh kerajaan, Bank Bumiputera dan sebuah syarikat dari Hong Kong, Carrian Group. Skandal tersebut berakhir dengan penemuan mayat juruaudit Allahyarham Abdul Jalil Ibrahim dan berkuburnya Bank Bumiputera.

Skandal kewangan tersebut, tidak pernah selesai sehingga kini. Mahathir lepas tangan dan berkata, yang hilang adalah wang bank, bukan wang negara.

Portal Asian Correspondent mendedahkan Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) telah menyahklasifikasikan 13 juta dokumen bagi membolehkan ditatap dan dibaca oleh orang awam di atas talian, termasuklah yang membabitkan SKANDAL BMF yang merupakan antara skandal kewangan terbesar di bawah pentadbiran Mahathir.

Skandal kewangan terbesar lain di bawah pentadbiran Mahathir termasuklah MAMINCO, PERWAJA dan FOREX.

Mahathir tidak pernah menjawab atau memberikan sebarang penjelasan berhubung skandal-skandal kewangan yang dilaporkan bernilai lebih RM100 bilion itu walaupun membuat penafian kosong.



Minggu lepas, CIA mendakwa, berdasarkan dokumen-dokumen yang mereka miliki, dalam tempoh terawal Mahathir berkuasa, Malaysia telah berhadapan dengan masalah rasuah dan salahguna kuasa yang sangat besar membabitkan bank yang dimiliki oleh kerajaan iaitu Bank Bumiputera. Reputasi bank tersebut tercemar dengan operasi yang diragui. (TERUSKAN BACAAN DI SINI).

Justeru tidak menghairankan bagaimana Mahathir menjadi sangat kalut dan membuat pelbagai tuduhan serta dakwaan dengan hanya bersandarkan kepada hujah HEARSAY. Semuanya dilakukan untuk melindungi pendedahan yang dibuat oleh CIA.

Dan tidak menghairankan juga apabila Mahathir mula meniupkan semangat patriotik, sama seperti yang dilakukannya ketika Barry Wain membuat pendedahan menerusi bukunya, "The Malaysian Maverick' tentang pelbagai skandal dan penyelewengan di bawah pentadbiran Mahathir.



Saturday, January 21, 2017

DAH PUAS HASUT MELAYU, SEKARANG HASUT DAN TAKUTKAN CINA PULA KERJA u-TUrN MAHATHIR!!!



Yakin sangat la agaknya yang sebahagian besar orang Melayu telah mempercayai kata-katanya bahawa negara ini dan tanah-tanah Melayu akan tergadai kepada Negara China, kini taktik menakut-nakutkan orang Cina Malaysia pula dibuat secara agresif.

Apatah lagi DAP yang merupakan TAIKO BESAR u-TUrN Mahathir telah pun menzahirkan kebimbangan tentang para pengundi Cina yang mungkin sudah bosan kerana dua kegagalan iaitu pada PRU-12 dan PRU-13 untuk menguasai Putrajaya menyebabkan mereka 'memulaukan' dan malas untuk keluar mengundi pada PRU-14.

DAP sendiri mengakui, lebih 10% pengundi Cina tidak keluar mengundi bermakna mereka akan kehilangan banyak kerusi Parlimen.

Biarpun PKR menerusi Rafizi Ramli cuba menyedapkan hati dengan menyatakan, PAS akan kalah teruk, sekaligus menyediakan banyak kerusi Melayu untuk Pakatan Harapan, tetapi keyakinan tersebut kurang kukuh memandangkan PAS dan para pengikut serta pemimpinnya adalah dari jenis istiqomah dengan perjuangan.

PAS yang sudah biasa kalah masih berpegang kepada pendapat Almarhum Ustaz Fadhil Nor yang mengatakan, kemenangan adalah luar biasa bagi PAS tetapi bukanlah luar biasa bagi sebuah perjuangan seperti yang pernah dan sering dilalui oleh PAS.

Forest City sebenarnya diinisiatifkan pada tahun 1993 dan digerakkan secara agresif oleh Muhyiddin yang merupakan Menteri Besar Johor tetapi kemudian 'tergendala' kerana isu tertentu yang menyebabkan Muhyiddin terpaksa dipindahkan ke Pusat. Apabila Forest City diteruskan dan bahagian-bahagian tertentu untuk puak-puak berkenaan tercantas di bawah pentadbiran Najib dan pengtakhtaan KDYMM Sultan Ibrahim sebagai Sultan Johor, itu yang pakat mengamuk habis terutama sekali Mahathir.

Forest City itulah yang dijadikan modal untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia kononnya negara akan tergadai. Tanah dijual sewenang-wenangnya untuk dimiliki oleh warga asing, walaupun hakikatnya yang terjual dan ditawarkan pemilikan kepada warga asing adalah unit-unit strata, bukannya daratan.

Selepas isu 1MDB yang semakin jauh daripada gapaian untuk menjatuhkan Najib, apatah lagi dengan perubahan besar DOJ yang sebelum ini diharapkan dapat memalukan Najib, tumpuan diberikan kepada Forest City.

Barangkali skopnya lebih besar kerana ia membabitkan hartanah. Apatah lagi kegilaan masyarakat Cina dengan hartanah, mudah dimanipulasikan dengan acuman kononnya, kepentingan mereka akan terjejas dengan kemasukan pemodal-pemodal dan pelabur-pelabur dari China yang bukan sahaja lebih genuine tetapi lebih besar dana yang dimiliki.

Itulah sebabnya, Mahathir langsung tidak berani menyentuh tentang Gold Coast, Australia, Long Beach, Palm Beach di Amerika Syarikat, Dubai dan beberapa hub ekonomi serta 'rumah kedua' di bahagian dunia lain yang dipenuhi dengan expatriate atau pelabur asing yang memiliki hartanah tetapi negara-negara berkenaan tidak pula tergadai terutama kepada pelabur-pelabur dari China sebagaimana yang didakwa berlaku di Malaysia.

Namun, satu kelebihan yang dimanipulasi oleh u-TUrN Mahathir dan DAP ialah kebenakan masyarakat Malaysia dalam menghadam sesuatu isu kerana terlalu bergantung kepada persepsi dan hearsay selain terlalu bersangka buruk dengan sebarang penjelasan dari pihak kerajaan.

Setelah melihat kejayaan menghasut sebahagian besar orang Melayu untuk percaya Kerajaan Najib dan Kerajaan Negeri Johor menjual negara kepada China, menakut-nakutkan orang Cina yang mereka akan menjadi lebih miskin, bahkan harta kekayaan yang mereka kumpul selama ini akan dirampas oleh pelabur-pelabur dari China, dipergunakan dengan sebaik-baiknya.

Pada masa yang sama, kepala DAP, Lim Guan Eng cuba memprovokasi dan memainkan sentimen kemarahan orang Cina terhadap pasukan polis dan kerajaan apabila memberitahu, dia lebih rela ditangkap berbanding memberikan keterangan secara sukarela apabila beberapa laporan dibuat berhubung ucapan Tahun Baru Cinanya yang mengecam RUU355.

Dah habis orang Melayu-Bumiputera dihasut dan hasutan tersebut dilihat berjaya, sekarang orang Cina pula dihasut dan ditakut-takutkan.

'Semoga berjayalah'!

Maka benarlah titah KDYMM Sultan Johor yang u-TUrN Mahathir sememangnya sedang memainkan perkara yang sepatutnya tidak dilakukan oleh orang tua sepertinya iaitu melaga-lagakan kaum di negara ini!


Thursday, January 19, 2017

AKHIRNYA u-TUrN MENGAKU DAP MINTA JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI!!!



Apabila Tunku Abdul Aziz, bekas Naib Pengerusi DAP mendedahkan tentang pakatan sulit antara Mahathir dengan Lim Kit Siang membabitkan jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Mahathir adalah orang yang paling kuat lompat. Lim Kit Siang pun lompat sama. Bahkan Mukhriz Mahathir yang tidak banyak tahu tetapi hanya bermodalkan bapanya pun bukan main lagi melatah.

Setelah puas berkungtau, berkungfu, bersilat dan bersilambam, akhirnya u-TUrN membuat pengakuan bahawa DAP memang meminta jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dengan kata lain, betullah seperti yang didakwa oleh Tunku Abdul Aziz pada 31 Disember lalu walaupun disangkal, bahkan diancam untuk disaman.

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan DAP mahu jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Beliau yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata, hasrat itu disuarakan sendiri DAP yang mahu jawatan kedua tertinggi dalam kerajaan berkenaan diserahkan kepada salah seorang pemimpin parti itu.

Bagaimanapun, beliau menafikan DAP mahukan jawatan Perdana Menteri kerana memerlukan undi daripada orang Melayu yang dilihat sukar berbanding mendapatkan undi kaum Cina.

"Tak mungkin (mahu jadi Perdana Menteri jika menang PRU) kerana kalau DAP nak menang, mereka kena dapat sokongan parti Melayu yang lain.

"Mereka terang-terang kata kepada saya, bangsa Cina ini minoriti dalam negara ini...dan DAP tak pernah minta menjadi Perdana Menteri.

"Tapi kalau timbalan itu, adalah...Yang kata mereka nak jadi Perdana Menteri adalah Datuk Seri Najib untuk menakut-nakutkan orang Melayu," katanya seperti dilaporkan portal Antarapos, hari ini.

Beliau berkata demikian pada program Warga Putrajaya bersama Tun Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, hari ini. (RUJUK SINI)



 
Blogger Templates