Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label khairy jamaluddin. Show all posts
Showing posts with label khairy jamaluddin. Show all posts

Wednesday, November 2, 2016

SEKALI KHAIRY JAMALUDDIN PANGKAH KEBODOHAN SADDIQ, TERUS MEROYAN NAK BUAT FORUM DEBAT!!!



Dalam senarai terbaharu yang dikeluarkan dan sedang viral tersiar di media-media sosial, status dan hierarki Syed Saddiq Syed Abdul Rahman jauh lebih tinggi berbanding Khairy Jamaluddin.

Khairy Jamaluddin hanyalah seorang Ketua Pemuda UMNO Malaysia, manakala Syed Saddiq pula merupakan KETUA ARMADA Parti Cap Bunga.

Ketua Armada dalam kata lain, lebih kurang Laksamana jugalah!

Terkenal dengan gelaran, Juara Debat Asia Tiga Tahun Berturut-Turut, Syed Saddiq cuba menagih perdebatan daripada mana-mana pihak menerusi Twitter. Malangnya, kenyataannya disahut dan disambut oleh Khairy Jamaluddin.


Tersentap dengan jawapan yang diberikan oleh Khairy Jamaluddin yang jelas menyebabkan dahinya berkerut dan kebengapannya terserlah, Syed Saddiq kelam-kabut mahu mengadakan forum perdebatan di Facebook dengan Khairy Jamaluddin.

Perlu diingat, Syed Saddiq gagal bahkan enggan berdebat dengan beberapa individu Facebook seperti Azmi Arshad, bahkan bertindak menyekat dan membuang Azmi Arshad daripada membaca tulisannya serta senarai 'friend' di dalam Facebook.

Heran juga, kenapa Syed Saddiq takut sangat dengan Khairy Jamaluddin sampai terkeluar cakapnya, Khairy Jamaluddin mengatanya sebagai 'empty cans' (tong kosong)? Dia faham ke tidak maksud 'tong kosong'? Syed Saddiq yang konon-kononnya canggih tidak faham maksud perumpamaan dalam seni Bahasa Melayu?

Drama apa pulak ler lepas nih!!!


Tuesday, March 22, 2016

RASUAH DI KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN... BUKAN KHAIRY JAMALUDDIN YANG PERLU DIDESAK LETAK JAWATAN TETAPI KSU DAN KSN!!!



Apabila seorang Setiausaha Bahagian sebuah kementerian yang kemudiannya disahkan sebagai Kementerian Belia dan Sukan oleh Menterinya sendiri dan SPRM, ditahan bersama-sama lapan individu lain kerana menerima suapan RM20 juta selain menggelapkan dana kerajaan sebanyak RM100 juta, maka berkokoklah sekalian pembenci agar Khairy Jamaluddin meletakkan jawatan kerana gagal mengetahui ada aktiviti rasuah besar yang telah berlaku di dalam Kementeriannya.

Tidak sahaja dari kalangan pemimpin DAP dan PKR yang mendesak agar Khairy Jamaluddin meletak jawatan, sebaliknya dari kelompok UMNO-BN juga ada yang mendesak agar Khairy Jamaluddin berbuat begitu dengan alasan, Khairy telah gagal menjalankan tugasnya.


Siasatan mendapati SUB tersebut memulakan khidmat di Kementerian berkenaan pada tahun 2010, tiga tahun sebelum Khairy Jamaluddin menjadi Menteri Belia dan Sukan. Jumlah RM100 juta yang digelapkan, tidak dilakukan dalam tempoh yang singkat. Sebaliknya memakan masa yang agak panjang.

Sekaligus si perasuah berkenaan dan konco-konconya memang telah lama buat kerja terkutuk itu.

Seperkara yang lain, si perasuah itu dan konco-konconya terletak di bawah kuasa Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Setiausaha Negara. Kesemua penjawat awam berada di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perkhidmatan Awam, bukannya Menteri dan Timbalan Menteri.

Justeru, sepatutnya yang didesak meletakkan jawatan adalah KSU dan KSN serta mereka yang berada dalam JPA dan SPA. Mereka itu yang lebih layak untuk didesak bukannya Khairy Jamaluddin.


Masalah rasuah dan ketirisan yang berlaku dalam perkhidmatan awam seringkali kita boleh temui dalam Laporan Ketua Audit Negara. Hampir semua Kementerian dan Jabatan berhadapan dengan masalah yang sama, di mana ketirisan berlaku tetapi seperti tiada apa-apa tindakan yang diambil untuk memperbetulkan masalah berkenaan.

Mendesak mana-mana menteri atau timbalannya untuk meletak jawatan kerana penjawat awam dalam kementeriannya melakukan rasuah, ketirisan atau merompak dalam senyap, merupakan perbuatan bodoh kerana yang perlu diperangi adalah di dalam sistem kakitangan awam itu sendiri, bukannya Menteri atau Timbalan Menteri.

Cuma Khairy Jamaluddin tidak sepatutnya melatah seperti yang dilakukannya sekarang. Dia tidak perlu menjadi seorang lagi Lim Guan Eng dengan meroyan dan melocak-locak menerusi Twitter. Sebaliknya dia perlu menjadikan Najib Abdul Razak sebagai contoh untuk terus kekal tenang sekiranya benar-benar dia tidak bersalah.

Gelagatnya sekarang, memperlihatkan seolah-olah dia bersalah pulak... sama macam Lim Guan Eng!!!

Atau barangkali, Khairy boleh memulakannya dengan mengurangkan kadar SELFIE dan mengajak Pemuda UMNO juga mengurangkan SELFIE....


Tuesday, September 22, 2015

MAMPUKAH HARI SUKAN NEGARA BERTAHAN ATAU PUN GHUYUB JUGA MACAM RAKAN MUDA?



Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada setiap Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Pengumumannya telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak pada 24 Mac lalu.

Mungkin ada yang berpandangan, ini merupakan satu lagi tindakan menghabiskan wang rakyat memandangkan sukan di Malaysia, waimma sukan catur dan dam aji sekalipun, tidak pernah mendatangkan pulangan yang baik untuk Malaysia.

Tambahan pula, cerita kartun tentang kekalahan besar pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia baru-baru ini, membuatkan ramai yang bera dan biru muka untuk mengakui, mereka adalah peminat sukan bola sepak di Malaysia. Ditambah pula dengan gelagat penonton dan segolongan manusia yang kononnya menyokong pasukan bolasepak kebangsaan tetapi sebenarnya hanya mencari ruang dan peluang untuk mencipta rusuhan serta kekacauan.

Perlu diakui bahawa Malaysia mengalami kemerosotan dalam semua sektor industri sukan. Walaupun berbangga dengan pencapaian badminton, tetapi Malaysia di bawah BAM, masih juga bergantung sepenuh harapan kepada kuda tua Lee Chong Wei yang kian kendur dan mengalah. Lapisan baru penggantinya masih belum kelihatan walaupun pengurusan dan pentadbiran BAM, terus bermain retorik.

Ia samalah dengan sukan-sukan yang lain.

Sekitar 1960-an dan 70-an, Malaysia menempati banyak acara sukan dunia seperti hoki, badminton, bolasepak, bahkan lumba basikal. Di sebalik kekurangan dari segi infrastruktur sukan dan bantuan kewangan, pasukan bolasepak Malaysia merupakan kuasa yang bukan calang-calang di Asia, setidak-tidaknya. Korea Selatan dan Jepun pada waktu itu pun, berada di bawah telapak kaki Malaysia.

Begitu juga dengan sukan takraw, badminton dan hoki,

Sekarang, fasiliti sukan Malaysia, hebat dan bertaraf dunia tetapi pasukan-pasukan yang dihantar, semuanya bertaraf amatur.


Maka elok benarlah jikalau Hari Sukan Negara dibudayakan bagi mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan secara lebih murah berbanding kaedah yang digunakan sekarang, yang lebih menjurus kepada keuntungan 'sebelah pihak' sehingga ada yang berebut-rebut untuk menduduki jawatan dalam persatuan-persatuan dan pertubuhan-pertubuhan sukan negara.

Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.

Sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air.

Sukan perlu dipupuk dari padang-padang becak atau dari bahu jalanraya. Bakat-bakat baru perlu dicungkil dari ceruk-ceruk perkampungan dan pedalaman. Untuk berjaya, gabungan pelbagai sektor diperlukan, bukannya mewujudkan bengkel seperti yang berlaku pada hari ini dan kemudian memilih atlet-atlet yang sekadar mampu BERJALAN MENGENGKANG DAN MENGAHWINI ARTIS tetapi corak permainannya, mengalahkan kerbau menenggala petak bendang!!!

Cuma satu sahajalah, HARAP-HARAP HARI SUKAN NEGARA, TIDAK MENERIMA NASIB YANG SAMA SEPERTI RAKAN MUDA!!!


Monday, December 1, 2014

PENYOKONG KHAIRY JAMALUDDIN KATA, KENYATAAN KETUA PEMUDA UMNO ITU JANGAN DISALAHERTIKAN!!!



Kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tidak perlu disalah erti kerana mesej tersirat hanya mahu lebih banyak peluang diberi kepada golongan muda terutamanya wanita untuk menonjolkan kebolehan mereka.

Penganalisis dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, kenyataan Khairy yang menggesa Umno mencontohi kejayaan sebuah parti 'cauvinis' adalah sesuatu yang benar kerana realitinya golongan muda kurang diberi peluang dalam BN khususnya Umno.

"Kalau kita lihat peluang diberikan kepada golongan muda puteri, malah Pemuda Umno untuk memegang jawatan ketua-ketua bahagian tertentu atau menjadi calon pemimpin sangat terbatas.

"Berbeza dengan parti pembangkang, ramai golongan muda dari kalangan profesional serta berpendidikan tinggi diberi peluang dan dilantik memegang jawatan dalam parti," katanya, semalam.

Beliau berkata, umpamanya, parti pembangkang turut mengkaji trend jika calon muda dilantik sebagai wakil rakyat.

Menurutnya, lebih 50 peratus pengundi adalah pengundi muda dan mereka cenderung untuk mengundi calon muda yang profesional serta sebaya dengan mereka.

"Dari sudut itu, pembangkang dilihat bijak kerana mereka tahu pemimpin muda mampu menjadi daya tarik kepada sokongan pengundi muda, jelas mereka memahami kehendak rakyat.

"Oleh itu, Umno perlu melihat dari sudut positif bahawa terdapat keperluan untuk mereka memberi peluang kepada golongan wanita muda untuk jadi calon pemimpin bahagian atau cabang supaya peranan golongan itu dapat dilihat dengan lebih berkesan," katanya.

Kelmarin, Khairy dalam ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung Umno menggesa parti mencontohi kejayaan sebuah parti 'cauvinis' dipercayai merujuk kepada DAP yang banyak menonjolkan pemimpin wanita muda Melayu.

“Ada yang tanya kenapa calon tersebut sudah berjaya tarik wanita muda Melayu masuk parti cauvinis itu? Jawapannya mudah iaitu kerana beliau diangkat oleh parti cauvinis itu.

“Dia diberikan harapan oleh parti 'cauvinis' itu walaupun harapan itu palsu,” katanya. (SUMBER)

ULASAN:

KHAKHAKHAKHAKHA...KHAKKKKTUIHHH!!! 

Tuesday, October 21, 2014

SEMUANYA SALAH DAN ANGKARA UMNO, LEE CHONG WEI GAGAL UJIAN DADAH DI KEJOHANAN BADMINTON DUNIA DI COPENHAGEN!!!

Sepatutnya Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin akan melakukan pengumuman khas pada pukul 4 petang ini berhubung kes seorang pemain badminton utama negara yang gagal ujian doping di Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark Ogos lepas, bagaimanapun telah dibatalkan pada saat-saat akhir tanpa sebarang sebab-musabab diberikan.

Keputusan ujian sampel A telah diketahui Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan Khairy sendiri.

Menurut laporan media, kesemua pihak ketika ini masih enggan mengeluarkan kenyataan dan mendedahkan identiti pemain itu kerana dikatakan sedang menunggu keputusan ujian sampel B.

Bagaimanapun, dikatakan pemain itu ialah pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei yang dikesan positif ujian dadah.

Jika bukan beliau, masakan Khairy sendiri akan membuat pengumuman itu.

Menurut laporan media, seorang Pegawai Kanan MSN mendedahkan bahawa keputusan ujian itu diketahui selepas temasya Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan baru-baru ini.

Biasanya, jika sampel A sudah didapati positif begitu juga keputusannya untuk sampel B.

Perkembangan ini pastinya menggemparkan arena sukan tanah air dikala Malaysia dilihat amat bergantung harap kepada sukan badminton dalam membawa pulang pingat emas pada temasya sukan yang berprestij seperti Sukan Olimpik.

Selain menggemparkan, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pasukan pengurusan serta kejurulatihan pasti dipalit imej memalukan kerana perkembangan ini.

Sudahlah prestasi mereka terumbang-ambing, kini terpaksa berdepan dengan kejadian seperti ini.

Dikatakan, pemain itu akan menghadapi hukuman penggantungan selama dua tahun tetapi dia boleh mengemukakan rayuan akibat penggantungan itu.
 
Blogger Templates