Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label pelajar universiti. Show all posts
Showing posts with label pelajar universiti. Show all posts

Tuesday, October 18, 2016

NAK TANGKAP MO1, SEKARANG ANIS SYAFIQAH KENA 'TANGKAP' SURAT TUNJUK SEBAB UM... LIM KIT SIANG DAN AMBIGA BOLEH TOLONG TU, JANGAN RISAU!!!



Surat tunjuk sebab telah dikeluarkan oleh Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya kepada Anis Syafiqah, pemimpin muda tajaan dan ternakan DAP dalam kempen tangkap MO1. Tempoh yang diberikan adalah tujuh hari untuk menjawab surat berkenaan atau Anis Syafiqah akan berhadapan dengan ancaman tindakan tatatertib.

Ianya langsung tidak mengejutkan!

Dan sememangnya itulah yang perlu dilakukan oleh Universiti Malaya yang merupakan salah sebuah universiti tertua dan pernah dianggap sebagai universiti kelas elit di Malaysia suatu ketika dahulu.

Anis Syafiqah bukannya pelajar cemerlang pun. Jurusan yang diambilnya pun, bukanlah jurusan yang mempunyai permintaan ramai. Golongan yang mengambil jurusannya pula sangat ramai. Ditambah dengan ketidakcemerlangan Anis Syafiqah dalam bidang akademik, pembabitannya dalam politik DAP secara terlalu awal, hanya akan memusnahkan masa hadapannya sendiri.

Kecualilah kalau dia percaya bahawa Sekolah Demokrasi dan DAP yang diagung-agungkannya itu mampu memberikan tempat kepadanya untuk berjaya, yang pasti, golongan seperti Anis Syafiqah telah dipergunakan oleh DAP demi kelangsungan politik Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang serta Dinasti mereka.


Agak berbeza pula dengan pelajar-pelajar Cina terutama dari New Era College yang dimiliki penuh oleh DAP, tidak pula muncul seorang pun pelajar mereka seperti Anis Syafiqah serta bekas-bekas pelajar Melayu lain yang giat berpolitik jalanan dan jalangan. Sebaliknya mereka memberikan tumpuan penuh kepada pelajaran masing-masing.

Anda pernah melihat Lim Kit Siang mengheret anak-anak Cina dari New Era College ke demonstrasi BERSIH atau mana-mana demonstrasi jalanan?

Lebih menarik lagi ialah, manusia seperti Anis Syafiqah wujud di universiti-universiti awam yang memberikan kelebihan dan keistimewaan tidak sedikit kepada mereka memandangkan mereka adalah orang Melayu termasuklah melonggarkan syarat dan kelulusan kemasukan selain pemerolehan pinjaman dan pembiayaan pendidikan tinggi.

Pelajar-pelajar Melayu terlalu dimomokkan dengan politik. Mereka acapkali diapi-apikan untuk menentang kerajaan kononnya itu adalah perjuangan dan perjuangan itu pula adalah untuk rakyat dan Malaysia. Sedangkan pada masa yang sama, rakyat dan negara menanggung pelajaran mereka dan mengharapkan mereka menjadi tenaga produktif pada suatu masa nanti.

Malangnya, mereka telah dirosakkan oleh gerombolan politik yang melihat anak-anak muda Melayu lebih mudah dirosakkan dengan politik kebencian tetapi keuntungannya ditangguk oleh orang lain seperti DAP!!!

Apa-apa pun, tahniah kepada Anis Syafiqah dan selepas ini, bolehlah dia terus belajar sepenuh masa di Sekolah Demokrasi yang telah menerbitkannya di jalan raya untuk tangkap MO1, atau dia bolehlah minta bantuan daripada peguam-peguam DAP yang sudah tentu amat menyukai kes-kes sebegini, kalau tidak pun memohon bantuan whistleblower daripada Rafizi Ramli dan  Tun Dr. Mahathir!!!


Friday, September 2, 2016

ADUH!!! KETUA GERAKAN MAHASISWA TANGKAPMO1 RUPA-RUPANYA PELAJAR KECICIRAN!!!



Memang benarlah seperti yang diperkatakan bahawa pelajar-pelajar universiti yang terbabit aktif dalam gerakan anti kerajaan mahupun demonstrasi jalanan, malahan yang sememangnya diketahui 'menyambung pelajaran' di Sekolah Demokrasi DAP, sebenarnya terdiri daripada pelajar-pelajar yang bukan sahaja tidak cemerlang, tetapi selayaknya dibuang daripada IPTA tempat mereka menimba ilmu.

Tempat dan biasiswa atau pinjaman tabung pendidikan PTPTN mereka, seharusnya diberikan kepada pelajar-pelajar lain yang lebih cemerlang dalam bidang akademik, memandangkan universiti bermakna akademik walaupun kegiatan bukan akademik juga merupakan 'pengkhususan sampingan' tetapi tidak diambil kira sebagai kecemerlangan.

Maka tidak hairanlah juga, mereka ini sangat pandai bercakap kerana cakap-cakap pandai sebenarnya boleh digunakan untuk melindungi masalah mereka dalam bidang akademik.


Ironinya, mereka ini cuba menonjolkan diri sebagai barisan pelapis kepimpinan negara. Mereka giat mempengaruhi orang ramai kononnya sebagai mahasiswa mereka sangat tahu tentang apa yang berlaku, walaupun hakikatnya pointer dan CGPA mereka menunjukkan mereka sebenarnya tidak tahu apa-apa, kecuali sebagai burung kakatua yang mengajuk tanpa faham apa yang dituturkannya.

Dalam Gerakan #TANGKAPMO1, ketuanya yang mendapat pujian besar dan hebat daripada taukeh-taukeh besarnya dalam DAP, Anis Syafikah merupakan contoh terbaik untuk menunjukkan bagaimana pelajar-pelajar yang bolehlah dikatakan sebagai keciciran biarpun kursus yang diambilnya hanyalah linguistik, mudah dipergunakan dan dikeledaikan oleh pihak yang berkepentingan untuk mencari pengaruh Melayu-Bumiputera terutama generasi mudanya.



Amat malang, IPTA yang seharusnya menjadi tempat untuk menyaring dan menternak generasi pelajar yang cemerlang, bertukar menjadi kandang pelajar-pelajar yang tidak berminat untuk belajar, tetapi menggunakan label sebagai pelajar-pelajar IPTA untuk bergiat dalam bidang politik, bertentangan dengan aspirasi serta maksud sebenar mereka selaku pelajar.

Gerakan pelajar mungkin akan lebih dihormati sekiranya yang terlibat dan terbabit dalam gerakan tersebut terdiri daripada mereka yang cemerlang latarbelakang akademiknya, bukannya sebagai penumpang di dalam IPTA dan mengharapkan ehsan serta kuota Bumiputera yang kemudian mereka cuba nafikan dan pertahankan diri.

IPTA seharusnya menjadi tempat untuk membiakkan kecemerlangan, bukannya dipenuhi dengan pelajar-pelajar seperti Anis Syafiqah dan kawan-kawannya. Mereka seharusnya dikeluarkan daripada mana-mana IPTA agar mereka boleh menyambung pelajaran ke IPTS pula. Kekosongan yang mereka tinggalkan, membolehkan pelajar-pelajar cemerlang yang tidak dapat tempat di IPTA kerana diisi oleh pelajar-pelajar seperti Anis Syafiqah dan kawan-kawannya.

Tidakkah golongan seperti Anis Syafiqah sedar yang mereka sebenarnya menzalimi dan merampas hak orang lain?


Sunday, January 10, 2016

PELAJAR UNIVERSITI PECAH USUS KERANA TAHAN LAPAR... LAPORAN SENSASI BERLEBIHAN WARTAWAN JADI PUNCANYA!!!


Satu Malaysia kecoh apabila seorang pelajar UKM mengadu mengikat perut kerana tak makan. Kisah ini bertambah menarik apabila ada pula neitezen "yang berbakat besar" menjadi wartawan fitnah menceritakan pula usus pelajar ini pecah akibat kekejaman dan kezaliman kerajaan. Ada juga menambah boleh terburai usus perutnya jika sehari lagi pelajar tersebut tidak diberi makan oleh kerajaan.

Memang sudah menjadi bakat semulajadi agaknya, sebilangan rakyat Malaysia mampu mengarang "novel fitnah" dengan hanya mendapat informasi seringkas sebaris ayat bagi menempah tiket ke neraka. Wal hal, pelajar ini hanya mengadu sakit perut kerana menghidapi gastrik sejak tingkatan satu lagi.


Mudah-mudahan "Wartawan Fitnah" bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Tahniah kepada Saudara Faizal Daud dan team serta KPT mengambil inisiatif untuk mendapatkan kebenaran serta membantu pelajar ini.



Wednesday, January 6, 2016

LAGI CERITA MAHASISWA KURANG MAKAN DAN MINTA DISUAP KERANA MASALAH KOS SARA HIDUP, DIBIDAS OLEH BEKAS PELAJAR YANG JAUH LEBIH TERUK DAHULU!!!



Siswa Makan Sehari Sekali, Tapi Sudah Mengadu Di Media...??

Sedang merayap di sebuah laman portal pro-pembangkang baru-baru ini, penulis tertarik pada satu artikel yang ditulis oleh seorang siswa yang merupakan Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Utara Malaysia (UUM), Muhaiman Aiman Mohd Nazeri.

Dalam artikel yang bertajuk ‘Hati terusik bila siswa makan sehari sekali’, penulis dapat bayangkan bahawa motif penulisan tersebut adalah berkisar tentang kehidupan pelajar di IPT yang kononnya terjejas gara-gara kenaikan kos sara hidup.

Katanya dalam penulisan tersebut, hatinya selaku ketua pelajar ‘terusik’ kerana ada siswa-siswi yang makan sehari sekali. Tapi katanya pula, ada pula pelajar yang hantar wang pulang ke kampung untuk menampung kos sara hidup yang meningkat.

Rata-rata penulisannya menyentuh kesusahan mahasiswa di IPT yang dikatakan terjejas teruk kerana kos sara hidup yang meningkat sekaligus membebankan mereka. Malah meskipun diberi kad siswa dan baucar buku, ia tidak cukup bagi Muhaiman Amin.

Pertamanya, penulis simpati dengan ‘nasib malang’ mahasiswa di zaman ini yang derita gara-gara kenaikan kos sara hidup. Tidak dinafikan, memang ada yang makan sehari sekali, itupun hanya berlaukkan telur dan kuah.

Bukan apa, nasib ‘malang’ mahasiswa zaman sekarang adalah amat berbeza dengan mahasiswa sezaman dengan penulis dulu…

Dulu di zaman 1980’an, sememangnya hidup mahasiswa sangat ‘mewah’. Semua siswa dan siswi diberi biasiswa lumayan. Ada yang dapat ‘RM2 juta’ setahun, namun rata-ratanya terima ‘RM1.5 juta’ setahun. Selain itu, kami semua dulu makan ‘1,000 kali’ sehari. Telur dan kuah? Selalunya kami makan ‘lobster’ dan ‘steak’ setiap hari. ‘Hebatbukan?

Pada pandangan penulis, mungkin Muhaimin baru hendak ‘kenal dunia’. Masih mampu makan sehari sekali, tapi sudah pandai hantar keluhan di media. Kononnya prihatin sebagai ketua? Mahu sokong GAMIS buat ‘demo’?

Untuk pengetahuan Muhaimin, mahasiswa dulu jauh lebih perit kehidupannya. Ada yang ditawar biasiswa yang cukup-cukup makan, ada yang tidak. Yang tidak dapat biasiswa itu sudah tentu lebih perit. Di zaman kami tiada sebarang pinjaman ditawarkan seperti sekarang…

Kami dulu ada yang tidak makan dua tiga hari. Ada yang makan sisa kawan yang bersimpati. Malah ada yang terpaksa berhenti belajar di menara gading kerana tidak mampu membiayai kos hidup sebagai pelajar. Hendak ‘photostate’ nota pun terpaksa tebal muka berhutang pada rakan…

Kami dulu tidak mampu miliki telefon bimbit walau sudah terbit pelbagai model. Hanya telefon awam di lobi kolej yang kami gunakan. Itupun perlu beratur. Data internet? Kami gunakan internet di makmal komputer saja, percuma.

Berapa ramai siswa-siswi yang berjalan kaki dan berpeluh-peluh seperti kami ketika tiba di dewan kuliah dulu? Penulis lihat kini ramai yang berkereta, bermotorsikal dan berbasikal. Kami dulu hendak beli basikal pun tidak mampu…

Berapa kali seminggu siswa dan siswi makan di restoran makanan segera seperti McDonalds, KFC dan Pizza? Berapa kerap menonton wayang dengan awek dan teman lelaki? Nampak asyik sungguh berdua ke hulu ke hilir bersama pasangan dengan kenderaan masing-masing…

Kami dulu tidak sedikit pun mengeluh. Malah kesusahan itulah yang membuat kami lebih akrab membantu antara satu sama lain, susah sama susah, senang sama senang, hingga berjaya menerima segulung ijazah.

Kami tidak pernah merengek-rengek, mengada-ngada meminta itu dan ini. Setakat makan sebuku roti secara berjimat, ia mampu bertahan selama 2-3 hari. Nasi dan telur adalah perkara biasa bagi kami. Kami tidak berdemo kerana nasi dan telur…

Kami tidak menuding jari pada Lembaga Zakat, Kerajaan atau PTPTN. Ada di kalangan kami yang menerima biasiswa yang ditukar kepada bentuk pinjaman di tahun akhir, namun rakan kami itu elok saja lunaskan pinjaman tersebut. Tidak pula dia mengada-ngada minta mansuhkan.

Ada juga rakan kami yang hantar sedikit wang biasiswanya ke kampung untuk menampung kehidupan keluarganya yang miskin. Tapi dia atau kami sendiri tidak pula bising di media tentang kos sara hidup yang membebankan kami ketika itu. Kenapa agaknya?

Majlis Perwakilan Pelajar tiada dana untuk buat program? Mahukan dana? Kami dulu cari sendiri. Jika tiada peruntukan, kami jana sendiri. Kami usahakan menerusi pelbagai kaedah. Ada yang berniaga di kiosk dan ada yang lancar pelbagai karnival untuk menjana pendapatan. Sudah hilang kreativiti mahasiswa di zaman sekarang? Atau memang suka meminta-minta?

Dapat kad siswa dan baucar buku, tapi mahu diperluas kepada peralatan kursus yang lain? Kami dulu tidak dapat kad atau baucar pun, tapi semua elok saja. Macam mana kami buat? Ikhtiarkan sendiri. Tahap IQ mahasiswa perlu pintar menyesuaikan diri mencar jalan, bukan hanya ‘buka mulut minta disuap’ segalanya…

Penulis akui kos sara hidup meningkat. Tapi jika mahasiswa di zaman ini hanya tahu mengeluh, komplen itu dan ini, menyalahkan pihak tertentu dan bersikap seperti ‘anak burung’, tahap IQ sebegitu hanyalah ditahap budak sekolah menengah rendah saja.

Jadi, mungkin kerana itulah ramai yang mengatakan bahawa kualiti mahasiswa di zaman ini hanya tahu ‘bercakap’ dan ‘komplen’ saja, tapi tidak efisien dalam tindakan dan tidak memiliki daya pemikiran yang mematangkan diri, kan? Harap berubah

~ Mahasiswa 80an


Tuesday, January 5, 2016

PELAJAR UIA MENGADU PENGSAN SEBAB TAK MAKAN... KENA BALUN DENGAN PELAJAR-PELAJAR UIA LAIN SEBAB MENGADA-NGADA!!!



Gombak: “Saya pernah pengsan dalam kelas sebab dua hari ikat perut, tak makan, duit belanja langsung tak ada,” kata Ella, 22, (bukan nama sebenar) ketika berkongsi cerita mengenai masalah kekurangan wang.

Katanya, dia lebih rela berlapar kerana malu untuk meminta daripada bapanya yang hanya bekerja kilang menyara isteri dan 10 anak berusia antara 8 hingga 23 tahun.

Katanya, walaupun mendapat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM3,200 setiap semester, namun wang itu tidak cukup untuk menampung perbelanjaannya di universiti.
.
Komentar: banyak lagi saluran wang yang boleh kau cari. Member aku, takde, pergi kerja jadi cashier dan kerja kat Masjid. Kalau tak sempat nak kerja, kau boleh apply zakat. Mengadu je kat 26 orang YB SRC yang ada, sebelum mengadu kat Metro. .
Apatah lagi dengan kenaikan harga barang yang mendadak kebelakangan ini, situasi berkenaan amat memberi kesan kepada pelajar, katanya.
.
Komentar: SEMUA orang hadapi masalah yang sama.
.

Namun sebagai menunaikan tanggungjawab kepada ibu bapa tercinta, dia turut memberikan sebahagian wang PTPTN untuk menampung duit belanja bapanya.

“Ayah hanya kerja kilang yang menyara 10 anak dan ibu pula suri rumah. Semua adik-beradik masih belajar dan bersekolah.

“Selepas ditolak yuran pengajian semester dan asrama, hanya tinggal lebih kurang RM2,000 untuk semua perbelanjaan termasuk membeli buku rujukan, tugasan luar kampus, makan dan minum. Memang tak cukup,” katanya.

Ella yang juga penuntut tahun dua Kulliyah Ekonomi dan Sains Pengurusan Universiti Islam Antarabangsa malaysia (UIAM) berkata, situasi itu sering membuatkan dirinya tertekan.

Bagaimanapun, dia lebih banyak mengadu kepada Allah SWT dengan berdoa supaya urusan pembelajarannya dipermudahkan.
.
Komentar: lastnya mengadu pada Metro.
.
“Saya tidak mahu menyusahkan kawan-kawan, apatah lagi untuk meminjam.
.
Komentar: Masalahnya, kau juga tak nak susahkan pihak Welfare UIA. .
“Kerana itu, saya tidak bercerita dengan mereka, tetapi selepas peristiwa pengsan dalam kelas itu saya mendapatkan bantuan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM melalui Sekretariat Kebajikan dan alhamdulillah mereka membantu saya sebaik mungkin,” katanya.
.
Komentar: Jadi, lepas SRC tolong? Kau teruskan tak untok minta tolong lagi? .
Seorang lagi pelajar, Salmah (bukan nama sebenar) berusia 20 tahun yang turut mengalami nasib sama berkata, dia kerap berpuasa untuk mengehadkan perbelanjaan sehariannya.

Katanya, perkara pertama yang dilakukannya setiap kali mendapat wang PTPTN ialah memberikan sebahagian kepada bapanya di Ketereh, Kelantan.

“Saya rasa malu kalau tak bagi pada ayah,” katanya.
.
Komentar: Dik, bagus kalau kau bagi kat ayah. Tapi benda ni jangan jadikan alasan sebab kau terpaksa berlapar..
Anak keenam daripada 13 adik-beradik berusia antara 29 hingga tujuh tahun itu berkata, dia hanya memperuntukkan wang makan sebanyak RM5 hingga RM7 sehari.
.
Komentar: Makan pagi RM2. Makan tengah hari, ambil suspended meal. Makan malam RM2. Makan roti canai takpun makan roti petak. So, dah jimat RM3 kat situ. .
Pelajar tahun pertama jurusan Bahasa Arab Untuk Komunikasi Antarabangsa berkata, ramai lagi siswa dan siswi mengalami nasib seperti mereka berikutan kesempitan hidup dan latar belakang keluarga yang susah.

“Saya bersyukur MPPUIAM dapat membantu kami, sekurang-kurangnya ada yang prihatin,” katanya.
.
Komentar: Yaaaaa.. Bagus. Memang SRC tolong hang. Tapi hang tahu-tahu je lah Metro bagi berita macam mana. Diorang takkan mention besar-besar yang SRC tolong kau. Dia akan cakap ramai sangat budak UIA hidup susah tanpa bantuan.
.



Monday, December 22, 2014

BUDAK-BUDAK MELAYU BAGHAL (UM8) MULA TAGIH SIMPATI AGAR DIBENARKAN MENERUSKAN PELAJARAN!!!

Solidariti kononnya untuk Fahmi Zainol. Kononnya juga, mereka akan mendapat sokongan daripada para pemimpin Pakatan Rakyat terutama sekali daripada Anwar Ibrahim. Mereka kemudiannya cuba nak menunjuk handal kerana mereka juga sedar bahawa dalam pengurusan dan pentadbiran Universiti Malaya ada penyokong tegar Anwar Ibrahim yang akan sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk membuka jalan demi Anwar Ibrahim. Walaupun tidak secara terbuka tetapi hasutan yang dibuat ke atas pelajar-pelajar untuk menyokong aspirasi keinginan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri menerusi harapan dan asas akademik palsu.

Menariknya, semua pelajar yang dipengaruhi adalah berbangsa MELAYU-BUMIPUTERA-ISLAM-BUKAN ISLAM. Baik tukang hasutnya daripada kalangan Cina-Cina DAP mahupun India-India PKR, yang menjadi wadah dan sasaran audiens mereka adalah MELAYU-BUMIPUTERA. Manakala para pelajar Cina dan India pula, 'tidak digalakkan' berada dalam barisan yang dihasut itu sebaliknya secara senyap-senyap, mereka digesa menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran.

Kumpulan yang bersolidariti dengan Fahmi Zainol yang mahu menabalkan Anwar Ibrahim sebagai raja, telah dikenakan tindakan oleh pihak pengurusan dan pentadbiran Universiti Malaya. Mereka telah didenda, diberi amaran keras dan diancam untuk disingkirkan dari pengajian.

Denda RM1,500 setiap seorang cuba diperlekeh-lekehkan oleh budak-budak Melayu baghal itu. Tidak sahaja mempertikaikan hukuman tersebut bahkan cuba berlagak terlebih pandai dengan pembayaran melalui wang syiling dua puluh sen.

Tindakan tatatertib yang lebih keras telah diambil kepada mereka. Cubaan para pemimpin Pakatan Rakyat seperti Nurul Izzah, Tian Chua dan Khalid Samad menceroboh Universiti Malaya untuk menyampaikan memorandum mendesak pengurusan dan pentadbiran UM menarik kembali hukuman ke atas para pelajar MELAYU BODOH itu, menambahkan lagi masalah.

Berdepan dengan hukuman disingkirkan daripada pengajian di Universiti Malaya, budak-budak Melayu bangang itu mula keluh kesah. Mereka mula melalak-lalak, bercakap tentang kebebasan akademik, bercakap tentang kebebasan bersuara, bercakap tentang hak asasi manusia tetapi haram mereka tak sentuh langsung tentang larangan demi larangan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak agar mereka lebih menumpukan perhatian kepada pembelajaran berbanding politik.

Sekarang, mereka mahu mendapatkan bantuan daripada Menteri Pelajaran pula untuk 'membela' mereka!

Takkanlah Menteri Pelajaran sebangang mereka?

Budak-budak Melayu bangang itu tidak berminat belajar. Buat apa bagi lagi peluang dan tempat kepada mereka. Singkirkan mereka dari pengajian di mana-mana IPTA di seluruh Malaysia. Kalau benar mereka masih berminat untuk belajar, biarlah mereka belajar di IPTS. Tak perlulah diluluskan sebrang biasiswa, bantuan kewangan, dermasiswa mahupun PTPTN kepada golongan ini. Biar mereka rasa sesak dan tahu bersyukur sebagaimana pelajar-pelajar universiti zaman dahulu yang bukan sahaja bersaing merebut tempat yang amat terhad bahkan ada ibu bapa yang terpaksa menjual tanah bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian selain bersyukur apabila mendapat bantuan kewangn daripada kerajaan.

UM8 tidak harus sama sekali diberikan ruang untuk terus berada di IPTA!

Biarkan mereka berada di jalanan kerana itu pun yang mereka hendak!!!

Saturday, December 20, 2014

KERAJAAN BARISAN NASIONAL YANG DIKETUAI UMNO TELAH MEMBAZIR BERBILION-BILION RINGGIT!!!


Dari zaman 3M (membaca, menulis dan mengira) sehinggalah zaman PTPTN, sepatutnya negara ini sudah maju dengan standard pendidikan yang tinggi dan setaraf dengan pendidikan di negara-negara maju. Apatah lagi dengan pelaburan yang dibuat oleh Kerajaan yang telah menjangkau berbilion-bilion ringgit semenjak dari zaman merdeka sehingga sekarang.

Dari sebuah sahaja universiti awam iaitu Universiti Malaya di Singapura, sekarang ini berpuluh-puluh buah universiti membabitkan IPTA dan IPTS berselerak di seluruh negara. Dari universiti sehingga ke kolej komuniti, kerajaan tidak sahaja menjadikan bidang pendidikan sebagai salah satu industri komersial tetapi juga sebagai memenuhi keperluan negara dengan menyediakan tenaga-tenaga mahir dan profesional.

Kalau dahulu, mereka yang ingin melanjutkan pelajaran terpaksa menyembah segala-galanya demi mendapatkan wang yuran pendaftaran sebelum sesetengah daripada pelajar menerima biasiswa yang amat ketat prosedurnya, sekarang ini belum masuk belajar, cek pinjaman yang memudahkan pembelajaran sudah pun tersedia. Daripada ketiadaan dana untuk melanjutkan pelajaran sehingga menyebabkan sebahagian Melayu kehilangan tanah kerana dijual untuk menampung pengajian, sekarang ini kerajaan menyediakan pinjaman untuk pengajian tinggi yang dipanggil PTPTN.

Segala-galanya telah dipermudahkan tetapi sebahagian daripada mereka yang tidak pernah belajar bersyukur dengan kemudahan yang disediakan, bahkan mendesak yang bukan-bukan.

Pelaburan kerajaan ke atas pendidikan nampaknya terjejas ekoran terdapat lambakan lulusan yang sebenarnya sekadar lulus tetapi tidak cemerlang. Dan yang lebih malang, terdapat ramai pula yang berlagak lebih politik dari orang politik. Nama-nama seperti Khalid Ismath, Adam Adli, Fahmi Zainol, Safwan Anang dan sebagainya membuktikan bahawa pelaburan negara dalam bidang pendidikan tidak berbaloi.

Mungkin ramai yang melihat 'kejayaan' Malaysia menghasilkan lulusan universiti atau graduan tetapi ramai pula yang memejamkan mata melihat hasil pelaburan Malaysia yang berjumlah berbilion ringgit sekadar menghasilkan SAMPAH-SARAP yang lebih berminat dengan politik berbanding kecemerlangan akademik!!!

Wednesday, December 17, 2014

HEBAT BUDAK MELAYU!!! KUMPULAN UM8 TANYA BILA NAJIB NAK MATI!!!



Barangkali kerana berasakan mereka menyokong Pakatan Rakyat, dan disokong pula oleh Pakatan Rakyat, maka bebaslah mereka untuk bercakap ap-apa sahaja, atau berkelakuan sekehendak hati. Bila dikatakan bahawa mereka masih mentah, bodoh dan bebal tentang realiti sebenar dunia ini, mereka enggan mengaku sebaliknya menuduh, penasihat pula sebagai golongan berotak jumud yang tidak dapat melihat kebebasan yang diperlukan oleh setiap orang rakyat di negara ini, khususnya warga pelajar.

Sepatutnya mereka boleh berfikir, apatah lagi mereka sendiri mengiktiraf diri sebagai bijak pandai, walaupun mereka adalah penyokong dan penggiat UM8, yang melanggar undang-undang institusi pengajian tempat mereka belajar dan mahu menakluk Universiti Malaya menerusi 'occupy', mereka tidak boleh berkelakuan seperti ini.

Malangnya ego kerana MENYOKONG PAKATAN RAKYAT, mengatasi segala-galanya.

Walaupun kemudiannya, mereka meminta maaf, kononnya berlaku keterlanjuran, tetapi yang pasti ia adalah KETIDAKSENGAJAAN YANG DISENGAJAKAN!!!

ALmaklumlah, mereka adalah penyokong Pakatan Rakyat. Hanya kerana bimbang dikenakan tindakan yang lebih keras ekoran 'ketiadaan pilihan' buat pengurusan dan pentadbiran UM, maka kenyataan 'keterlanjuran' itu dikeluarkan.

Tuesday, December 16, 2014

PELAJAR KECICIRAN UM TAPI GILA DEMONSTRASI, UGUT NAK BUAT BENDA-BENDA PELIK KALAU KUMPULAN UM8 TAK DIBEBASKAN!!!


Kumpulan OUM itu mendakwa ia bertujuan memaksa UM menarik semula hukuman terhadap lapan mahasiswa yang dijatuhkan hukuman ekoran penganjuran pidato

KUALA LUMPUR: “Kami akan buat perkara yang pelik.” Demikian ancaman yang dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Khairul Najib Hisham supaya hukuman ke atas kumpulan pelajar yang dikenali sebagai UM8.

Ancaman tersebut ditujukan kepada Timbalan Naib Candelor HEP, Profesor Datuk Dr Rohana Yusof supaya menerima memorandum yang diserahkan oleh gerakan Occuppy Universiti Malaya (OUM).

Kumpulan OUM itu mendakwa ia bertujuan memaksa UM menarik semula hukuman terhadap lapan mahasiswa yang dijatuhkan hukuman ekoran penganjuran pidato bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 29 Oktober lalu.

Khairul Najib yang juga salah seorang yang digantung pengajian oleh pihak universiti menggesa supaya Dr Rohana menerima memorendum atau: “Jika tidak, kami akan membuat satu perkara pelik hari ini.”

Occupy UM juga memasang khemah di hadapan bangunan HEP UM untuk menunjukkan tanda protes setelah lima hari berkhemah di hadapan pintu pagar UM tanpa dilayan oleh pihak HEP UM.

“Jika khemah kami dirampas hari ini, kami akan memanggil lebih ramai untuk berhimpun di sini. Tambahnya kami komited memintak pihak HEP UM untuk gugurkan tuduhan, tanda kami tidak bersalah,” ujarnya.

Sebelum itu kumpulan pelajar ini berarak dan melaungkan slogan seperti ” Bebas UM8, Tolah AUKU, Tolak HEP”.

Sebelum ini pada 9 Disember lalu UM mengumumkan penggantungan tujuh orang pelajarnya, termasuk bekas Presiden Persatuan Pelajar, Fahmi Zainol.

Pengajian Fahmi digantung selama dua semester dan mendendanya RM600 selepas disabitkan bersalah menganjurkan ceramah tersebut di kampus tanpa kebenaran.FMT. (SUMBER)

Friday, November 14, 2014

IBU BAPA FAHMI ZAINOL PERSOALKAN PENARIKAN BALIK BIASISWA JPA... DUIT RAKYAT KATA MEREKA!!!


Berikutan cadangan pihak JPA yang mempertimbangkan untuk menarik balik biasiswa yang diberikan kepada Presiden PMUM Fahmi Zainol, ibubapa mahasiswa berkenaan berasa agak terkilan dengan tindakan JPA tersebut.

Dalam satu temubual ibubapa mahasiswa berkenaan bersama Utaranews.com, mereka meluahkan rasa terkilan mereka dengan kenyataan JPA tersebut. Tetapi menurut Zainol bin Zakaria, bapa kepada Fahmi.., beliau serta isteri redha jika biasiswa anak mereka ditarik balik.

Mereka menganggap itu bukan rezeki anak mereka dan berkata akan memikirkan cara yang terbaik untuk memastikan anak mereka dapat meneruskan pelajaran sekiranya JPA bertegas untuk menarik balik juga biasiswa berkenaan.

Selain dari anak yang baik, ibu kepada Fahmi iaitu Zuraini Bt Ahmad juga meyifatkan bahawa Fahmi adalah merupakan pelajar yang cemerlang serta pendiam jika berada di rumah. Dan beliau tidak menyangka anaknya akan terlibat didalam politik sehingga ke tahap ini. Bagaimanapun, beliau terima keputusan anaknya untuk berpolitik walaupun masih belajar.

Bapa Fahmi pula menyifatkan bahawa biasiswa adalah duit rakyat dan tidak perlu digunakan sebagai alat untuk mengugut pelajar. "Biasiswa adalah duit semua.., kenapa perlu sekat..? ujar beliau kepada Utaranews.

COPY PASTE UTARA NEWS

Wednesday, November 12, 2014

HANYA 'BERKEMUNGKINAN UNTUK TARIK BALIK BIASISWA'... ITU PUN SEKIRANYA FAHMI ZAINOL GAGAL JAWAB SURAT TUNJUK SEBAB!!!


KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkemungkinan akan menarik balik biasiswa yang diberikan kepada Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Ruziah Shafei dalam surat bertarikh 6 November berkata, tindakan Fahmi melanggar terma perjanjian biasiswa yang ditandatangani pada 2011.

"Kegagalan saudara mematuhi surat ini menyebabkan penajaan saudara boleh ditamatkan serta merta dan tuntutan terhadap saudara dan penjamin akan dilakukan oleh jabatan ini," menurut surat itu.

Fahmi diberi tujuh hari untuk mengemukakan tunjuk sebab bertulis kenapa pembatalan itu tidak boleh dibuat dan kenapa tuntutan ganti rugi tidak boleh dibuat.

Jumaat lepas, Fahmi dilaporkan turut menjadi sebahagian daripada penganjur himpunan mahasiswa dihadapan pintu pagar utama Universiti Islam Malaysia (UIA) yang sedang menjalani pilihan raya kampus.

Himpunan itu menyebabkan pentadbiran UIA menutup bekalan elektrik UIA dan menutup pagar institut itu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Fahmi bersama tujuh lagi rakannya sedang menghadapi tindakan tatatertib daripada UM selain turut dikenakan pendakwaan mengikut Akta Hasutan kerana menganjurkan pidato Ketua Umum PKR: 40 Tahun Dari UM Ke Penjara, meskipun dilarang pentadbiran UM.

Ahad lalu Fahmi di tahan di balai polis Kota Kinabalu, Sabah ketika sedang berucap dalam satu himpunan tanpa kebenaran di Jalan Gaya.

Esoknya pula beliau sekali lagi ditahan daripada memasuki Universiti Malaysia Sabah (UMS).

 
Blogger Templates