Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label tony pua. Show all posts
Showing posts with label tony pua. Show all posts

Tuesday, October 24, 2017

TONY PUA KATA BAJET PH LAGI BAGUS BERBANDING 'GULA-GULA NAJIB', TAPI DI PULAU PINANG, LIM GUAN ENG PEKUP TELUR SENDIRI!!!



Menjelang ucapan Bajet 2018 pada Jumaat nanti, Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP mula kelam-kabut. Berbanding sebelum ini, ketirisan maklumat yang membolehkan Pakatan meniru teks dan dokumen Bajet, kini seolah-olah telah berjaya diatasi membuatkan ramai pemimpin DAP terutama sekali Tony Pua tertanya-tanya dan meneka-neka. 

Tony Pua dalam satu kenyataannya, meminta agar Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Kewangan Pertama tidak menyebut tentang Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang jauh meningkat berbanding pembohongan-pembohongan dan tohmahan yang dilakukan oleh Tony Pua dan gerombolan DAP sendiri. Alasan Tony Pua, walaupun KDNK meningkat, ianya tidak memberikan kesan secara langsung kepada rakyat negara ini (RUJUK SINI)

Sebaliknya Tony Pua menuntut Najib bercakap dan membentangkan tentang inflasi yang menurutnya telah meningkat dengan pantas ekoran kejatuhan ekonomi negara, walaupun satu dunia sedang mengalami pemulihan ekoran krisis ekonomi global yang kritikal pada pertengahan 2009. Tony Pua selagi boleh enggan rakyat Malaysia tahu dan sedar, kehidupan di negara ini masih lagi selesa berbanding negara-negara lain walaupun Malaysia mengalami kesan krisis ekonomi global itu menerusi kejatuhan mata wang, pengurangan nilai eksport dan kenaikan kos import dan sebagainya. 

Berbohong menggunakan manipulasi angka merupakan kemahiran Tony Pua. Bagaimanapun, sudah berulang-ulang kali dia disanggah dan dimalukan. Malah dia telah dicabar berdebat oleh Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Eric See-Toh dalam beberapa isu kewangan dan ekonomi. Bagaimanapun, Tony Pua memilih untuk menjadi pengecut dan kemudian berkata, dia tidak akan berdebat dengan Eric See-To yang 'bukan siapa-siapa' sebagai cara untuk menutup malunya. 

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tony Pua itu sebenarnya adalah bertujuan untuk mengalihkan tumpuan dan perhatian seluruh dunia terhadap tragedi tanah runtuh yang berlaku di Pulau Pinang, negeri yang ditadbir oleh DAP. 

DAP di Pulau Pinang sedang sibuk mencari-cari salah pihak lain tanpa sedikit pun mahu menyalahkan diri sendiri berhubung tragedi tersebut. Chow Kon Yeow yang dilihat telah dipaksa oleh Lim Guan Eng untuk bercakap bagi pihaknya walaupun jawatan Exco Kemajuan Tanah dipegang oleh Lim Guan Eng selain pembabitan Betty Chew, isteri Guan Eng secara tidak langsung dalam urusan hartanah di Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang terpaksa menghadap media. 

Dan seperti biasa, Chow Kon Yeow mempertahankan sikap pengecut dan tidak bertanggungjawab Lim Guan Eng dan berkata, desakan agar Lim Guan Eng meletakkan jawatan adalah 'tidak adil'. 

Menurutnya, tragedi yang berlaku pada pagi Sabtu itu, mempunyai kaitan dengan pengurusan tapak pembinaan berbanding pembangunan haram lereng bukit atau mana-mana isu yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak di Pulau Pinang. 

Pelbagai pihak telah menggesa agar diwujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat tragedi tersebut, malahan mengancam akan menarik sokongan mereka terhadap DAP pada PRU-14 nanti. 

Chow Kon Yeow berkata, adalah tidak adil untuk mendesak Lim Guan Eng meletak jawatan sedangkan kemalangan di tapak pembinaan berlaku hampir setiap hari di seluruh negara. Walau bagaimanapun, pembelaan yang dibuat oleh Chow Kon Yeow itu segera disanggah memandangkan kelulusan tapak pembinaan tersebut telah dibuat oleh PBT dan Kerajaan Negeri walaupun tidak mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar.

Kerajaan Negeri DAP cuba menyalahkan pemaju. Bahkan ADUN Seri Delima yang diketahui amat anti dengan Melayu dan Islam bertanya mengapa Perdana Menteri atau menteri-menteri tertentu tidak meletak jawatan apabila Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terbakar di Kuala Lumpur baru-baru ini yang mengorbankan 21 orang pelajar dan dua orang guru. (RUJUK SINI)



Monday, October 9, 2017

ERIC SEE-TO BUKTIKAN TONY-RAFIZI PENGECUT BACUL DALAM CABARAN DEBAT 2 LAWAN 1!!!



Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Eric See-To kepada Rafizi Ramli memberikan tempoh selama 3 hari kepada Rafizi Ramli untuk memujuk Tony Pua bagi sesi perdebatan berhubung isu Projek Terowong Dasar Laut yang bernilai RM6.34 bilion. 

Tony Pua sebelum itu, telah menolak untuk berdebat dengan Eric See-To dan melabelkan See-To sebagai 'Nobody' yang tidak layak berdebat dengannya. See-To kemudiannya membalas dengan menunjukkan dan membuktikan bahawa Tony Pua adalah bekas rakan kongsi yang pernah meminta pinjaman peribadi kepadanya sebanyak RM100,000 beberapa tahun lepas ekoran masalah kewangan syarikatnya.

Keengganan Tony Pua untuk berdebat dengannya, mengundang tempelakan daripada See-To. See-To kemudiannya mencadangkan regu utama Tony iaitu Rafizi Ramli untuk menggunakan INVOKE bagi penganjuran debat terbuka antara mereka bertiga. 

Rafizi Ramli sebelum ini cuba mengelak daripada berdebat secara langsung dengan See-To. 'Serangan-serangan' yang dilakukan oleh See-To kepada Rafizi menerusi media sosial, khususnya Twitter dan Facebook, berhadapan dengan halangan apabila Rafizi Ramli bertindak menghadang akaun See-To daripada menjawab, menyoal mahupun membalas reaksi setiap muatnaiknya.

Dan See-To bukannya seorang yang dihalang oleh Rafizi Ramli daripada mengakses akaun media-media sosialnya. Ramai yang lain turut terkena ulah yang sama, hanya semata-mata Rafizi Ramli mahu membuktikan yang setiap persoalannya tidak dapat dijawab oleh sesiapa pun.

Dalam cabarannya, See-To berkata, sekiranya pujukan Rafizi Ramli masih gagal menarik Tony Pua untuk berdebat dengannya, dia mencabar Rafizi pula untuk berdebat dengannya berkaitan GST, MRT, industri penerbangan dan pelaburan Tabung Haji yang sering diputarbelitkan oleh Naib Presiden PKR yang turut dikenali sebagai PEMBOHONG TERUNGGUL itu.

Ramai sebenarnya yang menantikan acara perdebatan antara Tony Pua, Rafizi Ramli dengan Eric See-To setelah Timbalan Pengarah Komunikasi BN itu kerapkali menyerang dan menyebabkan Tony Pua apatah lagi Rafizi Ramli malu dengan pembohongan mereka sendiri. 


Jawapan awal yang diberikan oleh Tony Pua serta reaksi awal Rafizi Ramli, membuktikan, Tony Pua dan Rafizi Ramli itu hanya berani berkokok di luar gelanggang tetapi tidak berani apabila ada individu yang mahu berhadapan dengan mereka. Walaupun alasan yang diberikan ialah 'NOBODY' atau pun buat-buat pekak bodoh dan hanya memberi reaksi kononnya hendak berdebat dengan orang yang setaraf sehaja, sudah cukup untuk membuktikan betapa gementar dan takutnya Rafizi Ramli serta Tony Pua. 

Selama ini, mereka akan cepat menggelarkan orang lain sebagai pengecut apabila cabaran debat mereka tidak dijawab, tetapi sekarang, apabila mereka sendiri dicabar untuk berdebat menggunakan isu yang mereka sendiri bangkitkan dan menjadi kegemaran, mereka pula tiba-tiba bertukar menjadi bacul. 

Cabaran 2 lawan 1 yang dibuat oleh See-To sepatutnya dipergunakan sepenuhnya oleh Rafizi dan Tony Pua. Selama ini pun kedua-duanya sering bergabung, malah seringkali digambarkan sebagai pasangan yang bijak dan berkarisma. Cabaran oleh See-To itu sepatutnya digunakan oleh kedua-duanya untuk membuktikan mereka benar-benar bijak, berkarisma, angka-angka dan fakta-fakta yang diberikan selama ini adalah tepat dan tidak boleh diragui lagi.

Malangnya, Rafizi dan Tony Pua memilih untuk menjadi PENGECUT!!!


Wednesday, July 26, 2017

MULANYA EJEK, TAPI SEKARANG, DAP DAN TONY PUA MARAH SEBAB PAS NAK BERTANDING DI KERUSI DAP!!!



Tony Pua sangat efektif mempertahankan kepentingan DAP selepas perlantikannya sebagai Pengerusi Biro Penerangan Pakatan Harapan diumumkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Dr. Mahathir Mohamad. Biarpun dia turut membawa sama perjuangan dan aspirasi PKR, PAN dan Cap Bunga, tetapi sama seperti Cina-Cina DAP yang lain, perkara utama baginya adalah kepentingan DAP.

Salah satu perjuangan utama DAP adalah memastikan masyarakat bukan Islam percaya bahawa DAP adalah saviour yang menyelamatkan mereka daripada penguasaan sebarang elemen yang bersangkutan dengan Islam dan umat Islam.

Selain UMNO yang menjadi musuh utama DAP, parti chauvinist yang masih gagal menerangkan tentang dana politik RM1.2 bilion dari Zionis Israel itu turut menjadikan PAS sebagai musuh utama mereka. PAS dimusuhi bukan kerana Islam sangat, tetapi kerana PAS telah menggagalkan usaha DAP untuk menjadikan PAS sebagai biro agama Islam yang mengaut undi dan sokongan masyarakat Islam kepada DAP. Keputusan PAS untuk berpisah dengan DAP, telah menyebabkan kepimpinan tertinggi DAP melancarkan perang habis-habisan ke atas PAS.

Sebelum berseteru, keputusan untuk bertanding di kerusi mana, akan dirundingi oleh PAS dengan DAP. DAP adalah kuasa pemutus yang suara mereka perlu diambil kira dan dijadikan panduan.

Disebabkan itulah, walaupun sudah berpisah, DAP dan sebahagian besar pemimpin DAP masih lagi menganggap PAS perlu ikut kata perintah mereka. Sebelum ini, pengumuman PAS untuk bertanding lebih sedikit kerusi membuatkan DAP dan Pakatan mengejek parti berkenaan.

Kata-kata seperti 'buat apa berpolitik kalau tak nak menang', 'bagaimana nak menang Putrajaya kalau bertanding sikit je,' 'bagaimana nak ada kuasa kalau tak berani nak letak calon di lebih banyak kerusi', dan 'sengaja nak bagi UMNO-BN menang sebab tu tak nak lawan UMNO-BN di semua kerusi'.

Namun apabila PAS mengumumkan hasrat untuk bertanding sekurang-kurangnya 100 kerusi, sekali lagi Pakatan yang diketuai oleh DAP berkokok marahkan PAS. Tetapi suara-suara mengejek masih juga kedengaran seperti "Bertanding 100 kerusi jer, macam mana nak dapat majoriti 2/3 untuk bentuk kerajaan."

Baru-baru ini, PAS mengumumkan pelancaran jentera pilihanraya di Permatang Pauh menjadikan PAS sebagai sasaran kemarahan PKR yang bukan sedikit. PAS dituduh kononnya tidak hormatkan rakan-rakan pembangkang sebab berani menerjah kawasan kubu kuat PKR. PKR terlupa bahawa tahaluf siyasi antara PAS dengan PKR pada tahun 1999 memberikan laluan kepada Anwar Ibrahim dan Wan Azizah untuk bertanding di situ walaupun sebelum 1999, kerusi Parlimen Permatang Pauh ditandingi PAS menentang BN.

DAP pula kalut apabila PAS umumkan, mereka juga akan bertanding di kawasan yang turut ditandingi oleh DAP. Tony Pua menempelak PAS dan menuduh PAS sengaja nak bagi BN menang besar selain menuduh PAS bersekongkol dengan UMNO-BN. (RUJUK SINI)

Tony Pua terlupa agaknya atau buat-buat bodoh barangkali apabila PAN umumkan nak bertanding di Kelantan dan Terengganu membabitkan kerusi-kerusi PAS, Tony Pua bukan sahaja tidak bercakap apa-apa, malahan menyokong kuat keinginan PAN itu. Tidak itu sahaja, DAP menerusi Lim Kit Siang juga telah melantik Husam Musa dari PAN sebagai bakal Menteri Besar Kelantan tanpa peduli pun perasaan PAS yang telah menguasai Kelantan dari tahun 1990 lagi.

Kebijaksanaan DAP ialah cuba menampilkan mereka sebagai mangsa walaupun sebenarnya merekalah pemangsa yang menyamar sebagai mangsa!

Terbaharu ialah apabila Tony Pua diselar kerana bukan sahaja gagal memastikan Lim Guan Eng bersih daripada tuduhan rasuah dan salahguna kuasa, tetapi berusaha menggagalkan fungsi undang-undang di Malaysia menerusi pemanipulasian dan kempen berterusan menentang undang-undang negara.

Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, 'berjaya' mengelak daripada dibicarakan atas tuduhan rasuah dan salahguna kuasa dalam masa terdekat, bahkan berikrar akan memastikan perbicaraan tersebut ditunda dan dilengah-lengahkan.



Wednesday, February 15, 2017

NAJIB SAMAN PUA... ADAKAH PEGUAM NAJIB AKAN ULANGI TREND 'SELESAI KES LUAR MAHKAMAH' DAN 'DENGAN PERMOHONAN MAAF'?!!!



Akhirnya, yang ditunggu-tunggu telah tiba. 

Tony Pua jelas sangat takut dengan saman fitnah ini dan berusaha untuk mengenepikan saman fitnah yang dijadualkan pada 18 sehingga 20 September nanti. Tarikh 3 April nanti, mahkamah telah menetapkan 3 April bagi mendengar permohonan Pua untuk membatalkan saman Najib. 

Ironinya, di sebalik fitnah dan tohmahan yang dilemparkan oleh Tony Pua ke atas Najib Abdul Razak, dia kemudiannya memberi alasan, sekadar bertanya dan bertanya bukanlah satu kesalahan walaupun pada awalnya dengan penuh berani mencabar Najib Abdul Razak agar menyamannya jikalau benar dia menfitnah. 

Najib atas kapasiti peribadi telah menfailkan saman fitnah itu pada 5 Mac tahun lepas dengan menamakan Tony Pua sebagai defendan pertama dan pemilik portal Mediarakyat.net, Chan Chee Kong sebagai defendan kedua. 

Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara itu telah didakwa membuat fitnah berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), akan bermula dari 18 hingga 20 Sept.

Tarikh perbicaraan tersebut telah ditetapkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Roslan Abu Bakar di daam kamarnya dengan dihadiri oleh peguam Nor Hazira Abu Haiyan yang mewakili Najib dan Allif Benjamin Suhaimi yang mewakili Tony Pua.

Dalam pernyataan tuntutannya, Najib mendakwa pada 13 November 2014, Tony Pua yang merupakan penceramah utama pada jamuan makan malam kutipan dana DAP, telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah tentang 1MDB. Rakaman ucapan tersebut kemudiannya dimuatnaik oleh Chan atau agennya dalam laman YouTube Mediarakyat dan laman sesawang Mediarakyat yang didakwa menggunakan tajuk berunsur fitnah.

Ucapan Tony Pua didakwa mengandungi perkataan yang merujuk dan berkaitan dengan dirinya dan memfitnahnya serta individu dikenali sebagai ‘perdana menteri’ dan semestinya merujuk secara spesifik kepada dirinya (Najib).

Najib mendakwa penerbitan perkataan-perkataan fitnah itu telah merosakkan reputasinya kerana rakaman ucapan itu boleh diakses secara meluas dan mudah di seluruh dunia melalui internet, blog, forum dan laman web tanpa sebarang sekatan dan boleh dikongsi semula.

Cuma sesuatu yang agak 'merungsingkan' ialah apabila kebanyakan kes saman fitnah yang melibatkan Najib Abdul Razak dan mempunyai potensi untuk menang besar, ianya akan berakhir dengan PENYELESAIAN DI LUAR MAHKAMAH DAN DENGAN PERMOHONAN MAAF!

Sedangkan manusia seperti Tony Pua perlu diajar dengan gantirugi besar seperti yang seringkali dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Sebarang simpati atau toleransi kepada orang seperti Tony Pua tidak akan mengekang fitnah yang dibuatnya, bahkan menggalakkan lagi sepertimana yang berlaku kepada Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar!


Wednesday, January 11, 2017

TONY PUA KATA, MALAYSIA DAH MATI TAHUN 2009, TAHUN 2017 MALAYSIA TAK MATI, TONY PUA BUAT-BUAT LUPA DENGAN TEORI BANGANGNYA!!!



Pada pertengahan 2010, Tony Pua cuba mengambil kesempatan daripada kejatuhan pelaburan ekoran Kemelesetan Ekonomi Global untuk mendakwa angka bagi 2009 menunjukkan Malaysia sudah ‘mati’ bagi Pelaburan Terus Asing (FDI) dan menyalahkan menteri Barisan Nasional sebagai kerajaan tidak berguna.

DAP kemudian mendakwa kejatuhan ini adalah satu ‘skandal’ dan ‘bukti’ kepada betapa kerajaan tidak boleh diharap.


Tony Pua turut menulis panjang lebar mengenainya dan menunjukkan beberapa carta (termasuk paling teratas) dan ia menjadi satu isu” (RUJUK SINI)

Bagaimanapun, apa yang dibuktikan sejarah, pada tahun sama Tony Pua membuat tuduhan itu, FDI ke Malaysia mencatatkan rekod paling baik (rujuk carta di bawah).

Dan tidak, FDI ke Malaysia tidak bercambah kerana Tony Pua tetapi berikutan rangsangan dan pengurusan baik ekonomi oleh kerajaan Barisan Nasional pada masa itu.

Malangnya, Tony Pua tidak pernah lagi bercakap mengenai ‘isu besar’ yang didakwanya pada 2010 atau mengakui dia salah atau memuji kerajaan kerana berjaya mencatatkan rekod FDI terbaik.

Ini hanya menunjukkan betapa tidak bergunanya puak pembangkang dan akan mengambil kesempatan terhadap apa jua isu untuk menyerang kerajaan, biarpun apa yang diutarakan tidak adil atau tidak benar.

Mengapa mereka menyalahkan kerajaan akibat daripada kemelesetan ekonomi global?

LIM SIAN SEE

Thursday, October 27, 2016

KENYATAAN TONY PUA BAHAWA KAKITANGAN AWAM ADALAH MEMBEBANKAN, PERLU DISOKONG OLEH KAKITANGAN AWAM SENDIRI!!!



“Membenarkan mereka mengambil gaji tanpa bekerja, lebih baik daripada mereka bekerja dan membebankan kerajaan,” kata Tony Pua dipetik Mkini pada forum berbahasa Mandarin bertajuk “Menganalisis Bajet 2017” di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur, semalam.

“Kami menggelarnya ‘berat mati’ yang anda perlu tanggung,” katanya mengulas cadangan mengurangkan lambakan penjawat awam, apabila 36% daripada keseluruhan Bajet 2017 diperuntukkan untuk membayar gaji kakitangan kerajaan.

Walaupun sebahagian besar kenyataan Tony Pua ada benarnya, apatah lagi, ada kalangan penjawat awam yang amat kuat menyokong DAP dan polisi mereka, tetapi dalam isu penjawat awam dan keperluan dalam perlaksanaan pentadbiran dan pengurusan negara dan negeri, kenyataan Tony Pua itu sebenarnya merupakan satu provokasi jelas ke atas Melayu dan Bumiputera. 

Ini adalah kerana Melayu dan Bumiputera merupakan kelompok majoriti dalam perjawatan awam. Dengan kata lain, apa yang dimaksudkan oleh Tony Pua ialah, kakitangan awam merupakan satu bebanan yang tidak seharusnya ditanggung oleh negara. Sebaliknya jumlah mereka perlu dikurangkan secara drastik sekaligus dapat menyelamatkan 36% peruntukan negara daripada 'dibazirkan'. 


Bukan sedikit kakitangan awam yang memberikan sepenuh tumpuan kepada pembentangan bajet 2017 oleh Perdana Menteri minggu lalu semata-mata untuk mengetahui berapa banyak kenaikan gaji dan bonus yang akan mereka perolehi. 

Dan sebaik-baik sahaja pengumuman dibuat, meriah FB dan WhatsApp mengutuk pemberian wang RM500 kepada kakitangan awam dengan cerita bahawa Kerajaan Najib Abdul Razak berlaku zalim dan tidak tahu menghargai kakitangan awam. 

Namun anehnya, reaksi yang serupa atau sebaliknya terhadap kenyataan Tony Pua, tidak pula kelihatan walaupun ianya membabitkan kakitangan awam.

Mengecilkan sektor awam, menurut Tony Pua, akan memberi kesan kepada keseluruhan perkhidmatan awam.

"Contohnya, jikalau kita mengurangkan 5% kakitangan awam, baki 95% tidak akan bekerjasama dengan kita. Dan (potongan) ini tidak akan menjadi langkah realitistik. Sebaliknya ia akan membebankan," katanya dalam forum tersebut. 

Untuk menyelesaikan masalah tersebut, Tony Pua mencadangkan agar beberapa segmen perkhidmatan awam hanya dibayar gaji tetapi tidak perlu bekerja. 

"Di sesetengah negara, kakitangan awam hanya mengambil gaji, tetapi tinggal di rumah berbanding ke pejabat. Ini membolehkan mereka menjimatkan perbelanjaan untuk perjalanan dan masa yang digunakan di pejabat. Membenarkan mereka mengambil gaji tanpa bekerja adalah jauh lebih baik berbanding bekerja dan menyusahkan kerajaan." (RUJUK SINI)

Sebenarnya, pentadbiran Najib sedang mengurangkan jumlah kakitangan awam dalam bentuk yang lebih berperikemanusiaan tanpa melibatkan pembuangan kerja. Kerajaan sebaliknya membekukan pengambilan kakitangan baru, manakala kakitangan yang meletak jawatan secara sukarela atau pencen, tidak digantikan tetapi kenaikan pangkat dibuat dari kalangan kakitangan sedia ada.

Bagi kakitangan awam yang beria-ia sangat menyokong DAP, kenapa tak diperjuangkan usaha Tony Pua ini? Seronok tau, dapat gaji duduk di rumah sahaja walaupun dalam tempoh beberapa bulan kemudian, gaji anda akan diberhentikan kerana anda tidak produktif dan anda tidak lagi diperlukan.

Sokonglah!!!




Wednesday, September 21, 2016

TONY PUA GELARKAN AZMIN ALI 'BODOH' SEBAB TAK MAHU IKUT PERINTAH LIM KIT SIANG!!!



Mentang-mentanglah Cap Bunga sudah bersama-sama mereka, dan mentang-mentanglah juga Tony Pua sudah terdedah sebagai 'planted' bekas Pengerusi Kroni Sdn Bhd yang sekarang ini menjadi Pengerusi Parti Cap Bunga (kroni) ke dalam DAP, secara berterus-terang Tony Pua tidak lagi berselindung menempelak Azmin Ali. 

Azmin Ali dipanggil sebagai BODOH hanya semata-mata kerana enggan mendengar atau mematuhi titah perintah Lim Kit Siang yang membuat keputusan dalam mesyuarat tergempar DAP malam tadi.

Menteri Besar Selangor merangkap Timbalan Presiden PKR itu menolak cadangan untuk membubarkan DUN Selangor bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Negeri Selangor bagi mengelakkan persempadanan semula kawasan-kawasan pilihanraya di Selangor walaupun DAP kurang berkeyakinan untuk meraih kemenangan seperti PRU-13. Namun menurut Tony Pua, adalah satu kebodohan seandainya pilihanraya negeri hanya diadakan selepas persempadanan semula selesai. 

Menurut Tony Pua lagi, DAP akan menghantar cadangan tersebut ke Pimpinan Tertinggi Pakatan Harapan untuk keputusan akhir.

Semalam, Azmin Ali menolak cadangan tersebut dan berkata, Kerajaan Negeri Selangor sedia ada perlu melengkapkan mandat yang telah diberikan oleh rakyat.

Agak menghairankan kerana 'orang pandai' seperti Tony Pua dan Lim Kit Siang seperti tidak faham tentang Akta Pilihanraya. Sebabnya, setiap persempadanan semula sama ada DUN mahupun Parlimen perlu dibawa ke sidang DUN atau Dewan Rakyat terlebih dahulu untuk dibahas dan diluluskan.

Persempadanan semula yang melibatkan pertambahan kerusi, ianya perlu mendapat majoriti 2/3 ADUN atau Ahli Parlimen. Manakala persempadanan semula yang tidak melibatkan pertambahan kerusi, cukup dengan sokongan majoriti mudah ADUN atau Ahli Parlimen sahaja. 

Dalam kes di Selangor, jumlah keseluruhan kerusi DUN adalah 56. BN hanya memperolehi 12 kerusi DUN sahaja, manakala selebihnya dikuasai oleh tiga parti yang menubuhkan Kerajaan Campuran yang dahulunya dikenali sebagai Kerajaan Pakatan Rakyat. 12 Kerusi BN tidak membolehkan ADUN-ADUN BN menyokong atau meluluskan persempadanan semula itu!


Thursday, September 8, 2016

BENARKAH DAKWAAN YANG TONY PUA SEBENARNYA ADALAH KUDA TROJAN MAHATHIR?



Tidak mengejutkan apabila Tony Pua didedahkan sebagai TROJAN HORSE Mahathir.

Putar balik ke tahun 2007 apabila Mahathir mengaturkan Tony Pua sebagai kuda trojannya dan kemudian menyertai DAP. Tony Pua adalah merupakan salah seorang petugas Mahathir, ditanam di dalam DAP bagi tujuan-tujuan yang sangat spesifik. 

Tony Pua meninggalkan syarikatnya yang tersenarai di SESDAQ yang pada ketika itu sudah hampir bankrap. Dia melupuskan semua asetnya dan bersetuju untuk menyertai DAP di bawah naungan Mahathir dan beberapa orang taikun.

Beberapa orang insider DAP telah mengesahkan bahawa Tony Pua adalah agen talam dua muka yang mengambil arahan daripada Mahathir. Beberapa bukti telah didedahkan tentang aktiviti kewangan yang mengaitkan DAP dan DAP semenjak hari pertama dia menyertai parti tersebut. 

Adakah Lim Kit Siang tahu tentang perkara ini?

Sudah tentu dia tahu.

Lim Kit Siang bukan sahaja maklum, tetapi juga sangat tahu dari awal Tony menyertai parti DAP pada tahun 2008. Kit Siang amat berharap, menerusi Tony, beberapa juta daripada perbelanjaan Mahathir dalam perang persepsi ke atas Perdana Menteri waktu itu, Abdullah Haji Ahmad Badawi, akan disalurkan ke peti besi DAP pula. 

Kit Siang juga menanam harapan yang Tony Pua turut membekalkan maklumat dalaman tentang kepimpinan tertinggi dan pembuat dasar UMNO menerusi hubungannya dengan Mahathir. Sebaliknya, pada masa yang sama, rahsia-rahsia besar yang berkaitan dengan dalaman DAP pula mula memenuhi kabinet fail Mahathir. Mahathir kini mengetahui setiap rahsia keji DAP dan Kit Siang yang tersimpan rapi sebelum ini, termasuklah sumber kewangan parti berkenaan. 

Saya tidak akan memberitahu siapa yang membocorkan info kepada Mahathir lagi. Tetapi tidak sukar untuk meneka siapa orangnya. 

Bagaimanpun, saya telah melihat bukti-bukti kukuh dari mana punca sebenar kewangan DAP. Anda boleh menaruh kepercayaan kepada saya bahawa saya akan mendedahkannya dalam tempoh yang terdekat. Saya hanya memerlukan sedikit masa sahaja lagi.



Thursday, July 28, 2016

TONY PUA HANYA BERANI MEMEKAK TENTANG PROJEK ECRL YANG KOSNYA RM60 BILION BERBANDING PROJEK TEROWONG DASAR LAUT YANG JAUH LEBIH MAHAL!!!



Usaha Sarawak Report yang diketahui dibiayai oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan tetapi telah diganggu oleh pentadbiran, polisi dan dasar Najib Abdul Razak untuk menunjukkan betapa teruknya Malaysia di bawah Najib Abdul Razak kerana rasuah, peningkatan harga yang bertujuan sebagai rasuah dan komisyen, penyelewengan kuasa dan pembaziran.

Kerana itulah, dalam serangan seterusnya, Sarawak Report mendakwa Kerajaan Malaysia telah menaikkan harga Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) dari RM30 bilion menjadi RM60 bilion semata-mata untuk bail-out 1MDB.

Menurut Sarawak Report lagi, 'rancangan licik PM' itu membabitkan persetujuan untuk menaikkan harga asal ECRL dari hanya RM30 bilion menjadi RM60 bilion, semuanya dipinjam dari Kerajaan China dalam usaha melindungi bayaran hutang syarikat 1MDB (dan Jho Low).

ECRL merupakan projek jangka panjang yang diletakkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 yang menghubungkan Kuala Lumpur dan tiga negeri Pantai Timur di Semenanjung Malaysia. Jaraknya adalah 620 kilometer membabitkan sejumlah terowong bawah tanah. Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur telah diwujudkan membolehkan landasan kereta tersebut menghubungkan pelabuhan-pelabuhan utama, pusat-pusat perniagaan dan bandar-bandar di Pahang, Terengganu dan Kelantan yang merupakan kunci utama pertumbuhan ekonomi di wilayah tersebut.

Dijangkakan juga, projek tersebut mengambil masa antara 15 sehingga 20 tahun kerana ia membabitkan banyak kerja-kerja di bawah tanah dan pembinaan terowong merentasi Banjaran Titiwangsa.

Terdapat beberapa kekeliruan yang disengajakan dalam pendedahan Sarawak Report iaitu:

(1) Projek tersebut telah pun dijangka akan mencecah kos RM60 bilion (bukan RM30 bilion sebagaimana yagn didakwa oleh Sarawak Report) beberapa tahun dahulu.

There are multiple problems with Sarawak Report's "expose" though. They are:

Berikut adalah beberapa pautan yang berkaitan:

18 April 2013 East Coast Rail Line May Cost RM60 Billion
9 October 2013 Rail-related projects to create oasis of opportunities
16th May 2016 ECRL MAY COST RM70 BILLION

Projek ini juga dibincangkan dengan hebat dalam forum popular seperti LowYat dan Skycraper City pada tahun 2013 dengan kos RM60 bilion menjadi tajuk utama mereka.

Satu lagi masalah ialah, projek tersebut adalah di bawah Inisiatif Pembiayaan Persendirian (PFI) dan didanakan oleh sektor swasta bukannya oleh kerajaan. Jadi, sektor swasta manakah yang dituduh mahu bail-out 1MDB?

(2)  Kos RM60 bilion tidak terlebih seperti yang ditohmahkan oleh Sarawak Report dan Tony Pua. Pada harga RM60 bilion, projek yang berjarak 620 kilometer membabitkan landasan dan prasarana berkaitan, yang merentasi Banjaran Titiwangasa selain pembinaan terowong dan jambatan bernilai lebih kurang RM96.7 kilometer per kilometer, jauh lebih murah berbanding Projek Terowong Pulau Pinang yang berharga RM3.5 bilion untuk terowong dasar laut berjarak 6.3 kilometer, sekaligus menjadikan kosnya adalah RM555 juta bagi setiap kilometer.

Mengorek terowong di bawah laut di mana jauh lebih mudah dan kosnya lebih rendah berbanding mengorek terowong di banjaran gunung yang menjadikan kos RM96.7 juta jauh lebih rendah berbanding RM555 juta bagi setiap kilometer.

Malahan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menganugerahkan RM305 juta hanya untuk laporan kebolehlaksanaan dan rekabentuk untuk terowong dan 3 jalan berkaitan yang jaraknya hanya 20.3 kilometer. Separuh bayaran telah pun dibuat.

Lebih aneh lagi, selain daripada membayar penuh kos pembinaan terowong, Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut menandatangani membenarkan konsesi tol selama 30 tahun yang diberikan kepada syarikat yang sama dan telah dibayar dengan menggunakan wang rakyat.

Hairan juga, mengapa Tony Pua langsung tak nampak perbezaan besar kos ini. (RUJUK SINI)

Segala-galanya cuba dikaitkan dengan 1MDB. Mana-mana syarikat asing yang melabur di Malaysia, akan dikatakan untuk bail-out 1MDB. Sekiranya syarikat tempatan memperolehi projek-projek mega, ia adalah untuk bail-out 1MDB. GST yang dikuatkuasakan juga untuk bail-out 1MDB. Akta Hasutan pun untuk melindungi 1MDB. Lim Guan Eng didakwa atas tuduhan rasuah dan salahguna kuasa pun, untuk selamatkan 1MDB. Ling Liong Sik dan Tony Pua kena saman oleh Najib pun disebabkan 1MDB. Segala-galanya dikatakan untuk melindungi 1MDB.


Wednesday, July 27, 2016

SEKALI LATHEEFA KOYA SUDAH MEMBONGOKKAN TONY PUA YANG TAK FAHAM-FAHAM BAHASA DAN ADAB!!!



Asal kehendak DAP sahaja, PKR mesti kena ikut. Kalau tak ikut, mulalah cop macam-macam. Tapi kehendak PKR kalau tak diikuti oleh DAP pula, keputusan DAP tidak perlu dipertikaikan kerana ianya adalah 'keputusan bersama kepimpinan utama DAP'. 

Dengan kata lain, DAP cuba berlagak sebagai Kepala Kongsi Gelap yang wajib dipatuhi tetapi tidak boleh dicabar. 

Barangkali kerana itulah, hari ini, Latheefa Koya membidas dan menyelar Tony Pua yang cuba menjadi Maharaja Kecil Selangor. 

Katanya, DAP sentiasa berpusing-pusing dan memberikan pelbagai alasan yang berubah-ubah mengapa mereka mahu adakan Pilihanraya Negeri Pulau Pinang.

Aneh juga, takkanlah Latheefa Koya tidak tahu dan tidak maklum tentang perangai tipikal DAP itu. Sama macam Lim Guan Eng jugalah yang kerap berpusing-pusing, berputar belit, menyalahkan orang lain dan mendewakan diri sendiri apabila memberikan jawapan kepada Menteri Kerja Raya  mengapa dia tidak dapat menghantar kajian kebolehlaksanaan bernilai RM305 juta selepas 2 bulan dan selepas 4 peringatan diberikan.

Kalau sesama sendiri pun sukar nak faham, DAP nak sembang apa tentang perjuangan mereka kononnya untuk Malaysia? Sedangkan yang kelihatan dan terbukti sekarang adalah perjuangan untuk DINASTI LIM.

Dalam reaksinya kepada ketua DAP Selangor, Tony Pua, Latheefa Koya berkata, partinya tidak boleh dipersalahkan sekiranya sekutu pakatannya gagal mendapatkan persetujuan mereka. Latheefa Koya turut mempersoalkan, pihak manakah yang mula-mula membuat pengumuman tentang Pilihanraya Negeri selepas butiran tersebut dibocorkan kepada media.

"Siapa yang mengumumkan secara unilateral tentang kematian Pakatan Rakyat? Siapa yang mengumumkan tentang pembentukan Pakatan Harapan, semuanya kepada media sebelum keputusan akhir dicapai," kata Latheefa Koya. 

"Don't strip first and then complain about being left naked," katanya di dalam posting di Facebook.

Sebelum itu, Tony Pua menulis di Facebooknya tentang mereka yang membiarkan rakan-rakan Pakatan mengharungi masa-masa sukar. Bagaimanapun, dia enggan menyatakan sama ada dia merujuk kepada PKR yang masih berpendirian, Pilihanraya Negeri Pulau Pinang adalah satu langkah tidak bijak dan enggan bersetuju dengan kehendak DAP. 

Latheefa yang juga mengetuai biro perundangan PKR turut menyentuh tentang alasan-alasan untuk mengadakan pilihanraya negeri yang kerap berubah-ubah. 

"Mula-mula dikatakan untuk mendapatkan mandat daripada rakyat (agak aneh kerana anda kerap menegaskan bahawa anda tidak pernah kalah). Kemudian anda kata ianya bukan tentang dakwaan rasuah dan salahguna kuasa pemimpin anda (Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng). Dan sekarang anda mengatakan, pilihanraya tersebut adalah tentang referendum menentang Najib berdasarkan kes terbaru membabitkan pendedahan DOJ Amerika Syarikat. 

"Mungkin anda perlu menetapkan pendirian dan fikiran terlebih dahulu dan kemudian menerangkan kepada kami dan meyakinkan kami," katanya tanpa menyentuh tentang DAP atau pun Tony Pua.

Ironinya, Latheefa Koya boleh bercakap, menghentam apa-apa sahaja tetapi akhirnya PKR akan terpaksa menurut kehendak DAP dan Lim Guan Eng. PKR pun bukannya bagus mana... terlalu lemah apabila digertak oleh DAP dan Tony Pua.

Tunggu Tony Pua tunjuk gigi arnabnya kepada Latheefa Koya, tidak lama lagi, Latheefa Koya akan terdiam dan Azmin Ali akan meminta maaf kepada Tony Pua secara diam-diam.

Dah banyak kali sangat dah berlaku!!!


Tuesday, May 10, 2016

TONY PUA HINA RAKYAT SARAWAK... HARAMKAN TERUS DIA DARI MASUK SARAWAK SELAMA-LAMANYA!!!



Nak guna helah dakwat kekal, nampak bodoh sangat...

Nak guna helah pengundi hantu, dari PRU-13 hari tu, tak seorang pun yang berjaya dibuktikan sebagai pengundi hantu dan pengundi import, malahan pengundi yang dikawal DAP pula yang dipersoalkan.

Nak guna helah blackout, macam bangang jer...

Jadi, terpaksalah guna helah WANG sebagai alasan kekalahan DAP memalukan di Sarawak. Sekaligus pada masa yang sama, Tony Pua turut menjelaskan bahawa kemenangan DAP di kerusi-kerusi yang disandang sekarang ini adalah HASIL PEMBAYARAN.


Tidak dinafikan, DAP mempunyai peruntukan besar di Sarawak menerusi Projek Impian Sarawaknya. Segala usaha dan publisiti telah dilakukan untuk menunjukkan betapa DAP boleh menjadi tuan kepada kaum Bumiputera di pedalaman menerusi projek-projek prasarana pacak tiang. Pelaburan besar tersebut tidak mendatangkan hasil yang diharapkan. Bukan sahaja tidak dapat menawan lebih banyak kerusi bermajoritikan Bumiputera tetapi kerusi bermajoritikan Cina pun, 5 yang terbang!

Kekecewaan itu jelas tergambar dalam hamburan maki hamun dan caci nista ke atas pengundi-pengundi Sarawak, meskipun sebahagian daripada mereka masih 'berjasa' kerana mahu keluar mengundi dan membenarkan DAP wujud di Sarawak lagi.

Tuduhan yang dibuat ialah, para pengundi di Sarawak mengundi Barisan Nasional kerana mereka telah disogokkan duit!

Dan sebagai buktinya, grafik-grafik yang menunjukkan duit di dalam sampul dan sebagainya diviralkan secara meluas di Facebook.

Di mata para penyokong dan pemimpin DAP, rakyat Sarawak ADALAH HINA-SEHINA-HINANYA!


Rakyat Sarawak bagi mereka sangat mudah dibodoh-bodohkan, sepertimana harapan DAP, dengan memacakkan sebatang tiang lampu dengan poster Lim Kit Siang padanya, maka seluruh PDM itu akan mengundi DAP. Hanya dengan mengumpan wang ringgit, pendirian rakyat Sarawak mudah berubah dan rakyat Sarawak lebih seronok berada di dalam kemiskinan dan ketinggalan dalam segala sektor berbanding berubah kepada yang lebih maju.

Hanya orang bangang sahaja yang akan percaya kenyataan tersebut!

Hakikatnya, pendapatan negeri Sarawak jauh lebih besar berbanding Pulau Pinang yang terpaksa menjual tanah kerajaan negeri!

FDI Sarawak juga jauh berkali ganda lebih besar berbanding Pulau Pinang mahupun Selangor.

Tony Pua sedar sangat hal tersebut. Tetapi untuk memastikan masa hadapan politik DAP lebih berjalan lancar, persepsi bahawa Sarawak adalah sebuah negeri yang penduduknya tinggal di atas pokok dan masih bercawat serta terpinga-pinga melihat orang asing, adalah perlu diwujudkan pada setiap masa.

Penghinaan seperti yang dilakukan oleh Tony Pua dan para penyokong DAP-PKR tidak boleh ditoleransikan sama sekali. Mereka ini harus dikenalpasti dan mereka juga harus diharamkan daripada menjejakkan kaki ke Sarawak buat selama-lamanya.


Sunday, April 10, 2016

TAN SENG GIAW ARAHKAN TONY PUA BERHENTI BERBOHONG TENTANG 1MDB!!!



Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC), Dr Tan Seng Giaw membidas rakan DAPnya, Tony Pua berikutan pelbagai dakwaan Pua terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut laporan akhbar New Straits Times (NST), Tan berkata apa jua tuduhan diutarakan Pua perlu disokong bukti dan bukan sekadar cakap sahaja.

“Kalau anda tiada bukti untuk menyokong apa yang anda katakan, tak usah bercakap. Jika ada tuduhan, orang yang menuduh itu perlu kemukakan bukti,” katanya kepada NST semalam.

Dr Tan berkata wujudnya jawatankuasa itu adalah bagi mencari kebenaran bersandarkan bukti.

“PAC adalah mencari kebenaran. Jika ada sesiapa keluarkan kenyataan, tunjukkan bukti dan kita akan melakukan siasatan,” katanya.

Pua telah membuat pelbagai tuduhan terhadap 1MDB kononnya tidak telus dalam pelbagai urusniaga dengan kehilangan wang, pecah amanah dan penyelewengan. Pua, sebagaimana disebutkan Dr Tan, gagal mengemukakan sebarang bukti.

Ditanya mengenai pembocoran maklumat PAC kepada media asing, Dr Tan berkata Pua berdepan tindakan undang-undang jika dia melakukan kesalahan itu.

“Jika Pua melakukan jenayah, dia perlu didakwa di mahkamah,” katanya.

Selasa lalu, Dr Tan meminta bukti dikemukakan sebelum sebarang dakwaan dilontarkan terhadap anggota PAC kerana membocorkan maklumat PAC mengenai 1MDB.

Manakala 1MDB pula dalam kenyataan balasnya semalam, menggesa Dr Tan mengamalkan prinsip yang sama terhadap Pua.

“Tindakan Pua mencari populariti ialah mengitar semula segala tuduhan tidak berasas terhadap 1MDB.

“Dan apabila jawapan diberikan bersama fakta, jelas dapat membuktikan tuduhan dilontar Pua adalah salah sama sekali.

“Tetapi Pua tetap tidak mengendahkan fakta, mengubah topik dan berdiam diri untuk seketika sebelum mengitar semula tuduhan yang sama tanpa asas,” jelas 1MDB.

1MDB turut mendesak Dr Tan untuk mengadakan siasatan terhadap tahap kerahsiaan maklumat pada dokumen PAC yang dibocorkan kepada media asing.- My Nation News


Monday, March 21, 2016

ADUN-ADUN PKR PULAU PINANG SEMUANYA BANGANG-BANGANG... TU SEBAB TONY PUA DILANTIK SEBAGAI AHLI LEMBAGA PENGARAH PENANG GOLF RESORT GANTIKAN ADUN PKR YANG DIPECAT!!!



Selepas Anthony Loke dibawa dari Seremban ke Pulau Pinang sebagai pelindung, perisai dan kesatria Lim Guan Eng daripada serangan dalaman DAP Pulau Pinang yang mahu menjatuhkan Lim Guan Eng daripada takhta Ketua Menteri Pulau Pinang sebagaimana yang hangat diperkatakan oleh banyak pihak, kini Lim Guan Eng menambah lagi jumlah pelindung, perisai dan kesatrianya.

Taruhan barunya itu adalah TONY PUA... si mulut lebar yang berjaya menjual syarikatnya yang rugi teruk pada kadar harga tidak munasabah dan kemudian berlagak seolah-olah dia adalah seorang ahli perniagaan dan ahli ekonomi yang berjaya sebelum ini. (RUJUK SINI)

Tony Pua menggantikan ADUN PKR Bukit Tengah Ong Chin Wen yang dipecat pada Februari lepas oleh Lim Guan Eng setelah mereka memilih untuk mendiamkan diri atau berkecuali dalam usul menentang projek penambakan laut yang diusulkan oleh ADUN UMNO.

Lim Guan Eng ketika mengulas tindakannya memecat kedua-dua ADUN PKR tersebut, sekalipun terdapat beberapa ADUN PKR dan DAP lain yang turut mengambil sikap berkecuali seperti Ong Chun Wen, ADUN KEbun Bunga, Cheah Kah Peng, ADUN Penanti Dr Norela Ariffin, ADUN Batu Uban, Dr T Jayabalan, and ADUN MAchang Bubuk Lee Khai Loon berkata,

“Apabila Kita hilang kepercayaan terhadap orang yang pada mulanya bersetuju dengan anda namun memungkiri perjanjian, jadi bagaimana mereka boleh berfungsi secara efektif dan profesional terutama apabila saya sebagai pengerusi.

“Mereka kemudiannya menikam kita dari belakang apabila mereka berkecuali ketika mengundi menentang usul tersebut.”

Perlantikan Tony Pua sebagai Ahli Lembaga Pengarah Penang Golf Resort menggantikan ADUN PKR itu menunjukkan bahawa Lim Guan Eng langsung tidak mempercayai sesiapa pun di Pulau Pinang, terutama sekali anak-anak watan Pulau Pinang dalam Pakatan Harapannya, berbanding kesatria-kesatrianya seperti Tony Pua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara) dan Anthony Loke (Ahli Parlimen Seremban). Walaupun mereka langsung tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Pulau Pinang, nampaknya Lim Guan Eng yang sekarang ini sedang kalut menangani masalah pembelian hartanah pada harga diskaun 60% dan kaitan penjual hartanah tersebut kepadanya dengan tanah kerajaan negeri, lebih memikirkan survival politiknya. 

Jadi, dalam tempoh beberapa hari lagi, kita akan mula mendengar bagaimana Tony Pua sama ada akan membelanya atau pun menimbulkan isu baru yang sangat hangat, sehingga mengalihkan perhatian awam daripada kes yang sedang dihadapi oleh Lim Guan Eng bersama-sama Anthony Loke sebagai menandakan kesetiaan dan terima kasih mereka.

Tunggu sajalah...


Wednesday, November 4, 2015

MENGESAHKAN SIKAP PENAKUT DAN PENGECUTNYA, TONY PUA UMUM TARIK DIRI DARIPADA BERDEBAT DENGAN ARUL KANDA DALAM ISU 1MDB!!!



Beralasankan enggan kehilangan jawatannya dalam PAC, Tony Pua yang sebelum ini begitu lancang, galak dan berlagak mencabar, hari ini mengesahkan penarikan dirinya daripada berdebat dengan Arul Kanda.

Sekaligus menyebabkan para penyokongnya, termasuklah yang berada di dalam UMNO, bersorak sakan sambil menyalahkan UMNO, PAS, Speaker dan Najib Abdul Razak, malah turut menuduh Arul Kanda telah main kotor untuk mengelakkan 1MDB daripada didebatkan secara terbuka.

Semalam, Tony Pua terselamat daripada terpaksa menanggung malu besar seumur hidup, apabila Speaker Dewan Rakyat 'menghulurkan bantuan' menggunakan Peraturan Mesyuarat dan Dewan Rakyat yang tidak membenarkan Ahli Parlimen yang merupakan anggota PAC terlibat dalam perdebatan umum dalam kes-kes yang sedang berada di bawah siasatan PAC.

Menariknya, sepanjang Tony Pua menyalak dan memekak tentang 1MDB sebelum ini, Speaker Dewan Rakyat, tidak pula mengeluarkan sebarang hujah atau larangan, mahupun ancaman untuk meletakkan jawatan seperti yang dilakukannya semalam.

DAP sedang mencipta pelbagai alasan menarik, termasuklah 'perangkap' dan 'permainan kotor BN' dalam usaha untuk menyelamatkan air muka Tony Pua.

Tony Pua ketika berdalih memberikan alasan untuk mengelak daripada berdebat dengan Arul Kanda, memberikan syarat hanya dia sahaja boleh bertanyakan soalan, manakala Arul Kanda tidak dibenarkan bertanya apa-apa kepadanya.

Setiausaha Agung DAP yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merupakan penyelamat terbaru yang muncul untuk menyelamatkan Tony Pua.

Dalam kenyataannya, Lim Guan Eng menyatakan, Tony Pua menarik diri dan tempatnya akan digantikan oleh orang lain bagi mengelakkan Tony Pua hilang keahliannya dalam PAC.

Timbalan Pengerusi PAC adalah Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw yang juga merupakan antara pemimpin utama DAP. Tan Seng Giaw dalam satu kenyataan sebelum ini menempelak Tony Pua kerana membuat tuduhan rambang tanpa disertai bukti dan butiran.

Kedudukan Tony Pua dalam PAC amat diperlukan memandang proses saman Xavier Justo melibatkan Ong Kay Tat dan Tong Koii Ong akan turut menyeretnya sekali. Kedudukannya dalam PAC, diharap dapat menyelamatkan Tony Pua daripada berhadapan dengan natijah undang-undang.

Sekarang ini, DAP sedang mengetuai gerakan untuk menyalahkan Speaker Dewan Rakyat pula!

Bijak permainan DAP!!!


Tuesday, November 3, 2015

TONY PUA TETAP DENGAN KETAKUTANNYA, ENGGAN BERDEBAT DENGAN ARUL KANDA ATAS ALASAN PAC!!!



Walaupun beria-ia mencabar dan kemudian apabila tidak dilayan oleh Arul Kanda, Tony Pua terus terjerit-jerit seperti budak terencat otak, akhirnya setelah cabarannya bersahut, Tony Pua tiba-tiba kehilangan telur dan terpaksa dibantu oleh rakan-rakan sekomradnya seperti Anthony Loke agar dia tidak perlu berdebat dengan Arul Kanda menjadi kenyataan.

Kenyataan Speaker Dewan Rakyat, nampaknya banyak membantu Tony Pua untuk terus menyembunyikan ketakutannya. Beralasankan pengumuman Speaker Dewan Rakyat itu, Tony Pua masih cuba mendabik dada kononnya, dia selaku seorang Ahli Parlimen YANG BERTANGGUNGJAWAB, tidak akan sama sekali melupakan tugasnya demi semata-mata untuk berdebat dengan Arul Kanda.

Katanya, "Sebagai seorang Ahli Parlimen yang bertanggungjawab, saya tidak boleh membenarkan ini berlaku. SAya tidak boleh merosakkan penyiasatan hanya kerana perdebatan. Saya tidak akan menjadi penghalang Arul untuk tidak hadir dalam siasatan PAC kami." (RUJUK SINI)

Cantik tak, alasan yang diberikan oleh Tony Pua, sekaligus untuk membuktikan dia tidak takut, sebaliknya kerana saranan Speaker agar dia meletakkan jawatan dalam PAC terlebih dahulu untuk berdebat dengan Arul. Dan perdebatan itu juga akan menghilangkan kelayakan Arul Kanda daripada menjadi saksi utama dalam siasatan PAC.

Beberapa hari lepas, Tan Seng Giaw, Ahli Parlimen DAP Kepong yang juga merupakan salah seorang anggota PAC menempelak Tony Pua yang terlalu banyak bercakap dan mencari populariti menerusi tuduhan-tuduhan liar, tetapi tidak pernah menghadirkan bukti.

Timbalan Pengerusi PAC itu berkata, Tony Pua seharusnya membawa bersama-samanya bukti bagi menyokong tuduhan-tuduhannya ke atas 1MDB. Sekiranya tiada bukti untuk menyokong tuduhannya, lebih baik Tony Pua tutup mulut. Menurutnya lagi, PAC adalah untuk mencari kebenaran berdasarkan bukti.

Bercakap tentang kebocoran dokumen sulit Parlimen PAC kepada penerbit-penerbit media asing, Tan berkata, Tony Pua akan berhadapan dengan tindakan undang-undang sekiranya dia melakukannya.

"Sekiranya dia (Tony Pua) melakukan kesalahan, dia akan dihadapkan ke mahkamah." (RUJUK SINI)

Mengapa agaknya Tony Pua sangat enggan melepaskan jawatannya dalam PAC bagi membuktikan kebenaran segala tuduhannya? Mengapa agaknya Tony Pua langsung tidak berani membenarkan Arul Kanda mengutarakan pertanyaan kepadanya sebaliknya memberi syarat bahawa hanya dia yang boleh membuat tuduhan?

Apa keistimewaan di dalam PAC yang membuatkan Tony Pua enggan melepaskan jawatannya walhal kalaupun dia lepaskan jawatan, penyiasatan PAC tidak akan sama sekali terjejas kerana PAC mengandungi Ahli-Ahli Parlimen dari PKR, DAP, PAS dan Barisan Nasional? Apakah kesemua ahli PAC itu akan pincang tugas sekiranya tiada Tony Pua?

Atau sebenarnya Tony Pua yang memerlukan PAC untuk terus menghidupkan kerjaya politiknya?

ANTHONY LOKE CUBA SELAMATKAN TONY PUA MENERUSI ORANG LAIN YANG GANTIKAN TONY BERDEBAT DENGAN ARUL KANDA!!!



Kenyataan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa Tony Pua perlu meletak jawatan terlebih dahulu dari PAC dan Arul Kanda pula tidak boleh dijadikan saksi dalam 'perbicaraan' PAC sekiranya perdebatan umum tetap tidak dapat dielakkan, segera diambil kesempatan dengan bijak oleh DAP.

DAP menerusi Anthony Loke segera mengutarakan cadangan agar tempat Tony Pua dalam perdebatan tersebut digantikan oleh seseorang yang lain.


Bercakap semasa sidang media di lobi Parlimen, Anthony Loke menyatakan bahawa mereka akan bertemu dengan 'sahabat-sahabat' mereka dan Ahli-Ahli Parlimen lain untuk membincangkan calon lain bagi menggantikan Tony Pua untuk debat tersebut. Menurut Anthony Loke, pengganti Tony Pua itu tidak semestinya seorang Ahli Parlimen.

Pagi tadi, Pandikar menyatakan dia akan melarang sebarang perdebatan terbuka tentang 1MDB selagi ia berada di bawah siasatan PAC di mana Tony Pua adalah salah seorang ahlinya, kecuali beberapa perkara dan syarat dipatuhi.

Antara syarat-syarat tersebut adalah Tony Pua yang merupakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, meletakkan jawatan dari PAC.


Gesaan agar Tony Pua meletakkan jawatan dari PAC telah dibuat terlebih dahulu oleh Arul Kanda sebagai syarat ketika kali pertama menyahut cabaran Tony Pua untuk berdebat dalam isu 1MDB. Bagaimanapun, gesaan Arul Kanda itu telah diperolok-olokkan oleh Tony Pua dan DAP, malah turut disorakkan oleh para penyokong Pakatan.

Arul kemudiannya menyatakan dia sanggup berdebat dengan Tony Pua tanpa sebarang syarat. Namun sekali lagi Tony Pua berdalih dan bertaichi dengan menyatakan, dia tidak berminat untuk berdebat, sebaliknya hanya bertanyakan soalan dan Arul menjawab setiap soalannya. Tony turut menetapkan syarat yang dia sahaja boleh menyoal, manakala Arul Kanda dalam apa juga keadaan sepanjang perdebatan tersebut tidak boleh bertanya apa-apa soalan kepadanya.


Anthony Loke menuduh, syarat yang diberikan oleh Speaker Dewan Rakyat itu merupakan taktik Barisan Nasional yang telah lama dirancang. Dia turut mempersoalkan keikhlasan Arul Kanda untuk berdebat dengan Tony Pua.

Sudah hilang cerita Tony Pua mencabar Arul Kanda, sekarang ini DAP tengah berputar belit untuk menyalahkan semua pihak, termasuklah PAS dan UMNO yang tidak ada kena-mengena dalam cabarannya kepada Arul Kanda.


Saturday, October 31, 2015

KETAKUTAN, KEBIMBANGAN DAN SINDROM KECUT TELUR BUATKAN PARA PENYOKONG TONY PUA DAN PROTUN SALAHKAN ARUL KERANA BERANI BERDEBAT DENGAN TONY PUA!!!



Sebelum ini berkokok-kokok para penentang Najib dan 1MDB. Apa yang mereka tidak katakan. Apa tohmahan yang tidak mereka lakukan. Apa pembohongan dan putarbelit yang tidak mereka usahakan.

Anehnya pendedahan tentang kolaborasi dan konspirasi melibatkan Clare Brown, Sarawak Report, pembabitan langsung Tony Pua sebagai broker yang membawa Tong Koii Ong dan Ong Kay Tat dalam fitnah dan pembohongan Sarawak Report selain pembabitan beberapa orang pemimpin UMNO seperti yang disebut dalam perbualan antara Justo dan Clare, cuba diselindungi dan kalau boleh dibuat-buat lupa.


Sampai sekarang Tony Pua masih tidak menyaman Melanyi, bekas kakitangan Clare yang mendedahkan pembabitannya dalam konspirasi menfitnah 1MDB dan Najib Abdul Razak.

Tanggungjawabnya sebagai CEO 1MDB membuatkan Arul beranggapan dia tidak perlu mencampuri urusan politik atau terperangkap dengan mainan politik.

Malangnya Arul tersilap tentang hal itu. Dia wajib terjun dalam kancah politik kerana di Malaysia kalau terberak keluar cirit pun, ianya akan dipolitikkan dengan kesalahan diletakkan ke bahu Najib dan UMNO.

Cabar mencabar dan cubaan membuli kerana Arul pada mulanya keberatan untuk bermain politik, akhirnya menyerlahkan siapa sebenarnya yang banyak menipu dan hidup atas penipuan.

Mengapa Tony Pua tidak menbenarkan soalan ditujukan kepadanya, amat mudah. Semuanya disebabkan 3 November yang amat ditakutinya kerana pendedahan di mahkamah Singapura yang membabitkan saman Justo ke atas Clare, Tong Koii Ong dan Ong Kay Tat akan pasti mengheret namanya juga.



Disebabkan itulah para penyokongnya baik yang sememangnya DAP Tulen mahupun golongan dari UMNO yang sebelum ini begitu terlonjak tiba-tiba sahaja bersikap defensif. Sudah ada pula yang menyatakan Arul tidak seharusnya menjawab sebaliknya meneruskan kerja sebenarnya. Ada pula yang berkata, Arul lupa bahawa gajinya dari rakyat Malaysia dan debatnya dengan Tony Pua hanya akan membazir wang rakyat padahal dia digajikan untuk menjaga institusi pelaburan negara.


Dah jadi salah pula... tak jawab dan tak layan cabaran Tony Pua dikatakan Arul tidak berani menjawab dan sedang menyembunyikan sesuatu. Bila Arul setuju nak berdebat, pun salah juga sebab Arul digajikan untuk menjaga 1MDB bukannya untuk berpolitik.

Jadi kesimpulannya mudahlah.. puak-puak yang banyak bercakap dan buat cerita tentang 1MDB dan mendewa-dewakan maklunat dari Sarawak Report sebenarnya amat takutkan kebenaran. Mereka hanya mahukan Najib jadi boneka serta perkakas bekas Perdana Menteri sahaja dan DAP!!!


ARUL KANDA SETUJU DEBAT TANPA SYARAT, DAH TONY PUA PULAK LETAK SYARAT, DIA SAJA BOLEH SOAL DAN ARUL HANYA PERLU JAWAB TAPI TAK BOLEH SOAL!!!!



Permainan kera apakah yang sedang dilakukan oleh Tony Pua?

Adakah ini sebenarnya membuktikan dia adalah seorang penakut yang cuba berlindung di sebalik nama selaku Ahli Parlimen semata-mata?

Arul Kanda dalam satu sidang media hari ini telah menyatakan persetujuan untuk menggugurkan semua syarat bagi perdebatannya dengan Tony Pua yang akan disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan.

Dan sekali lagi, Tony Pua cuba berdalih untuk menggagalkan perdebatan yang dia sendiri cabar agar disahut oleh Arul Kanda.

Ketika sidang medianya, Tony Pua memberitahu, tiada gunanya perdebatan dengan Arul Kanda kerana semua jawapan yang diberikan oleh Arul, sekalipun benar dan tepat, tidak akan mengubah apa-apa. (RUJUK SINI) Sebaliknya peranannya dalam PAC jauh lebih besar berbanding berdebat dengan Arul Kanda, sekaligus tidak membolehkannya meletak jawatan dari PAC semata-mata untuk berdebat dengan Arul.


Kini Arul Kanda telah menggugurkan syarat agar Tony Pua letak jawatan dari PAC terlebih dahulu. Sebaliknya bersetuju untuk berdebat dengan Tony Pua tanpa sebarang syarat.

Malangnya, Tony Pua pula sekali lagi meletakkan syarat.

Syarat yang paling PALAT pernah didengar dan diberikan oleh seorang yang kuat menyalak dan melalak seperti Tony Pua.

Syarat barunya ialah, DIA SAHAJA BOLEH BERTANYAKAN SOALAN, manakala Arul pula HANYA BOLEH MENJAWAB SEMUA SOALANNYA tetapi TIDAK BOLEH MENYOAL BALAS termasuklah bertanya dari mana Tony Pua memperolehi sumber dan maklumatnya.

Bagi menampakkan cantik kepada alasannya itu, Tony Pua menukar perkataan DEBAT kepada SOAL-JAWAB!

Sekaligus mengingatkan kita kepada cabaran Lim Guan Eng kepada mana-mana pemimpin UMNO untuk mendedahkan tentang tempat-tempat maksiat di Pulau Pinang bagi membuktikan pentadbirannya bebas daripada korupsi dan rasuah serta salahguna kuasa. Apabila Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh menyahut cabaran Lim Guan Eng dengan menyatakan, dia boleh memberikan 5 lokasi bahkan boleh menunjukkan buktinya sekali, Lim Guan Eng terus tutup mulut sampai ke hari ini. Sembang besarnya konon dia akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri sekiranya cabarannya disahut oleh orang UMNO, langsung tidak kedengaran lagi!

Itu cerita tahun lepas. Tahun ini, nampaknya Tony Pua pula mengulangi perangai PENGECUT dan PENAKUT Lim Guan Eng!


Kalau setakat bertanyakan soalan, rasa-rasanya budak tadika yang baru mengenal A, B, C pun boleh mengambilalih tugas Tony Pua, apatah lagi dia tidak perlu menjawab dan pihak lawan tidak boleh bertanyakan soalan. Tony Pua mengambil jalan selamat untuk menyelamatkan air mukanya apabila memilih kerja paling mudah iaitu bertanyakan soalan berbanding menjawab soalan kembali.

Itu macam debat ke?

Itu yang dibangga-banggakan oleh puak anti 1MDB?


Friday, October 30, 2015

TONY PUA PENGECUT TAK ADA TELUR... BANYAK PULA ALASAN DAN SONGEHNYA!!!



Mencabar dan terus mencabar, akhirnya Tony Pua sendiri menunjukkan sikap dan keperibadiannya yang tersendiri.

Ia samalah seperti Lim Kit Siang melalak-lalak tentang Malaysian Malaysia dan sayangkan negara tetapi tidak pernah berani menyuruh anak-anak atau saudara maranya menyertai pasukan tentera atau polis, sebaliknya sekadar menjadi peguam yang membela penjenayah. Malah keganasan anggota PKM yang membunuh dan mencederakan para pegawai serta anggota keselamatan juga, tidak mendapat tempat dalam hujah-hujah serta kempen Lim Kit Siang dari zaman awal 1960-an, sehinggalah sekarang. Sebaliknya yang sentiasa bermain di bibir dan tekaknya adalah tentang kuasa Melayu-Bumiputera yang perlu dibahagi-bahagikan sama rata di kalangan rakyat Malaysia, walaupun ketika bermandi darah mempertahankan negara ini, sebahagian besar daripada puak Lim Kit Siang, menyorok dan penakut. Hanya selepas negara aman, barulah mereka bercakap tentang keamanan.

Tony Pua telah lama mencabar Arul Kanda untuk berdebat tentang 1MDB. Pelbagai tuduhan telah dibuat oleh Tony Pua. Pelbagai jawapan juga telah diberikan oleh Arul Kanda namun nampaknya, Tony Pua lebih banyak menang kerana persepsi lebih mudah dibuat berbanding penerimaan kepada jawapan.

Menjelang 3 November di mana Xavier Justo telah menfailkan saman ke atas 'pembeli-pembeli data curi' yang tidak membayar sesen pun kepadanya, Tony Pua kelihatan sangat kelam-kabut bagi memantapkan persepsi yang telah ditanam lebih awal, malah sempat membuatkan ramai orang dan pemimpin UMNO sendiri melompat sakan walaupun mereka tidak dihidangkan dengan bukti-bukti kukuh bagi menyokong persepsi Tony Pua.

Tony Pua sekadar bersandar kepada jawatannya dalam PAC. Justeru, cabarannya untuk berdebat dengan Arul Kanda telah disambut dan dia pula dicabar untuk meletakkan jawatan dalam PAC terlebih dahulu sebelum perdebatan tersebut dilangsungkan.

Maka bermulalah tepis dan tai chi Tony Pua walaupun sebagai salah seorang panel dalam PAC, Tony Pua tertakluk kepada peraturan yang tidak membolehkan dia untuk membincangkan perkara yang dibincangkan oleh PAC kepada umum. Sebagai ahli PAC, Tony Pua juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi.

Justeru, untuk membebaskannya daripada bercakap dan berhujah, dia perlu melepaskan jawatannya dalam PAC terlebih dahulu.

Bagaimanapun, Tony Pua enggan berbuat begitu. Sebaliknya dia mula meroyan menyalahkan semua pihak, termasuklah ahli-ahli PAC lain yang menurutnya tidak banyak bercakap semasa mesyuarat PAC. Malah dia juga menyandarkan kepada hujah, Najib tidak berehat dan meletakkan jawatan walaupun isu 1MDB menjadi isu hangat.


Tony Pua telah diberikan peluang untuk meletakkan paku terakhir ke keranda 1MDB tetapi nampaknya dia tidak berani berbuat begitu. Dia yang mencabar, dia yang mendedahkan, dia yang beria-ia sangat membuka laluan, tetapi akhirnya dia menyalahkan orang lain tanpa mahu melepaskan jawatan yang disandangnya bagi membolehkan dia berdebat.

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh Tony Pua menerusi jawatannya dalam PAC? Kalau lepaskan jawatan, apa sebenarnya yang hilang darinya? Adakah maklumat-maklumat yang dibincangkan di dalam PAC itu merupakan sesuatu yang amat ditunggu-tunggu oleh Tony Pua memandangkan berbanding ahli-ahli PAC yang lain, Tony Pua adalah orang yang paling cepat membuat ulasan dan menimbulkan persepsi negatif.

Bagaimana pula dengan keterkaitannya dengan Claire Rewcastle-Brown, Xavier Justo, Tong Koii Ong dan Ong Kay Tat?

Lebih menarik lagi ialah, sekarang ini komradnya dalam DAP sedang cuba menjadikan isu perdebatan dan perletakan jawatan Tony Pua dari PAC sebagai cubaan menutup mulut whistleblower!!!


8 KERUSI DUN YANG DIMENANGI PAS SELANGOR, AKAN DIRAMPAS OLEH DAP!!!



Kegilaan DAP untuk menguasai Selangor sepenuhnya sekaligus turut menerajang PKR agar terus melutut di telapak kakinya, tidak mampu untuk dibendung dan disorok-sorok lagi. DAP sekalipun bakal terhalang oleh Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor yang tidak membolehkan mana-mana bukan Melayu dan bukan Islam menjadi Menteri Besar, akan berbuat sesuatu, sama seperti yang dilakukan oleh PAP di Singapura sebelum Perlembagaan negara terbabit diubah dan akhirnya Yusuf Ishak menjadi Melayu pertama dan terakhir sebagai Presiden Singapura.

Tidak menghairankan mengapa DAP awal-awal lagi melakukan provokasi ke atas PAS dengan menggunakan isu hudud. DAP sengaja berbuat begitu bagi memudahkan mereka menguasai aliran politik Pakatan, memandangkan DAP sangat yakin, mereka akan menguasai sekurang-kurangnya tiga buah negeri di Pantai Barat pada PRU akan datang.

Perak, Selangor dan Johor sangat diyakini mampu ditawan oleh DAP. Apatah lagi, DAP telah pun menaja dan mengukuhkan parti cap cangkul pimpinan Mat Sabu di ketiga-tiga negeri tersebut. Lim Kit Siang juga amat aktif di Johor dan gerakan mengguling serta menghalau DAP-DAP Johor yang asal seperti Boo Cheng Hau dan Norman Fernandez, mengukuhkan andaian sebelum ini bahawa DAP Pro-Keluarga Lim cuba mencari tapak yang lebih kukuh di Johor.

Hampir kesemua Ahli Parlimen dan ADUN DAP Johor sekarang ini merupakan anggota dalam kem penyembah Tokong Dua Beranak.

Kegagalan menguasai Kerajaan Negeri Perak pada tahun 2008 kerana dihalang oleh Undang-Undang Tubuh Negeri, sekarang ini telah diatasi oleh DAP menerusi pengkaderan dan pembonekaan ke atas beberapa nama Melayu oportunis yang berada di dalam parti tersebut mahupun menerusi 'biro Melayu-Islam' DAP, Parti Amanah Negara, sekaligus memudahkan usaha perampasan daripada pentadbiran ortodoks yang berasaskan Melayu-Islam.

Selangor sudah lama diidamkan oleh DAP. Tony Pua yang merupakan Pengarah Publisiti Kebangsaan DAP telah membayangkan yang DAP akan memperolehi tambahan penguasaan sekaligus menjadikannya sebagai parti tunggal di Selangor yang memperolehi majoriti.

Sekarang ini, DAP menguasai 15 kerusi DUN. Ditambah kerusi-kerusi dari PAN, serta 8 lagi kerusi yang dikuasai PAS untuk dirampas, DAP sekurang-kurangnya akan memperolehi 30 kerusi DUN pada PRU akan datang.

Kemenangan DAP pada 15 kerusi DUN yang dimenanginya sekarang, sudah terjamin. Apatah lagi DAP sudah pun menjalankan kerja-kerja pemindahan pengundi dan para penyokongnya ke kawasan-kawasan yang dijangka menjadi koleksi barunya. Lebihan majoriti besar di beberapa kerusi DUN pada PRU lalu, akan dikurangkan. Lebihan tersebut akan ditompokkan ke kawasan-kawasan di mana DAP melihat peluang untuk menang lebih besar.

8 Kerusi DUN yang akan dirampas oleh DAP pada PRU akan datang adalah Sri Serdang, Dusun Tua, Paya Jaras, Cempaka, Taman Templer, Lembah Jaya, Tanjung Sepat dan Meru. (RUJUK SINI)

Dengan UMNO Selangor yang kelihatan masih bercelaru dan bercempera, manakala PAS Selangor pula masih lagi meratapi perpecahan mereka hasil CAMPURTANGAN BIJAK DAP dan kekalutan fatwa Tahaluf Siyasi, DAP berjaya mencipta lompang yang berjaya dimanipulasi dan diambil kesempatan.


 
Blogger Templates