Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label krisis bekalan air selangor. Show all posts
Showing posts with label krisis bekalan air selangor. Show all posts

Thursday, March 8, 2018

RM14 BILION PUNYA PUKULAN, BEKALAN AIR BERMASALAH LAGI DI SELANGOR... SEHINGGA KE HARI AHAD!!!



Janjinya 10 jam sahaja bekalan akan terganggu. Tetapi berdasarkan pembohongan dan penipuan yang dilakukan oleh pihak berkuasa air negeri Selangor yang diterajui oleh SPLASH, ramai yang dapat menjangkakan bahawa sekurang-kurangnya 3 hari rakyat Selangor dan Lembah Kelang akan keputusan bekalan air bersih.

Dan itulah yang berlaku!

Para penyokong Pakatan khususnya PKR sentiasa bercakap besar kononnya Kerajaan Negeri Selangor sahaja yang memberikan AIR PERCUMA kepada rakyat. Bagi yang kurang membaca, kurang mengkaji dan hanya tahu mendengar cerita di kedai kopi, keabsahan cerita tersebut tidak pernah dipertikaikan.

Hakikatnya, AIR PERCUMA yang dibangga-banggakan itu adalah AIR PERCUMA KERAJAAN PERSEKUTUAN!!!

Ini adalah kerana Kerajaan Pusat telah melaburkan sejumlah RM22.3 bilion kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk menyelesaikan masalah air yang sekian lama menjadi masalah kepada penduduk Lembah Kelang. Namun apa yang Azmin Ali buat?

Azmin Ali lebih mementingkan populariti dan penipuan! Dia melengah-lengahkan pembinaan loji baru dan pembelian SPLASH selain menggunakan wang tersebut sebanyak RM14 juta setiap tahun untuk memenuhi janji populis 'AIR PERCUMA'nya.


Hanya bermodalkan pembohongan AIR PERCUMA 20 METER PADU, akhirnya keseluruhan rakyat Selangor berhadapan dengan masalah ketiadaan bekalan air.

Selangor telah dibangunkan dari zaman Barisan Nasional sebagai salah satu nadi ekonomi negara selain Pulau Pinang. Di Selangorlah, Kerajaan Barisan Nasional telah meletakkan pelbagai kemajuan dan kecanggihan sistem termasuklah yang terbaru, MRT bagi memastikan ekonomi terus dipacu dan taraf hidup rakyat berkembang. Dari Selangor, barulah negeri-negeri lain mendapat tempias.

Itulah kesilapan besar Barisan Nasional ketika berkuasa di Selangor dahulu. Penumpukan sepenuhnya kemajuan di Selangor dan Pulau Pinang akhirnya mengenepikan negeri-negeri lain, terutama sekali Sabah dan Sarawak. Dan sekarang, Pakatan mendabik dada kononnya merekalah yang memajukan Selangor dan Pulau Pinang walaupun hakikatnya, sebelum mereka mengambilalih pentadbiran, Selangor dan Pulau Pinang jauh lebih maju berbanding di tangan mereka.

Kembali semula kepada penstrukturan air, Kerajaan Pusat yang diterajui oleh Barisan Nasional telah menyerahkan RM14 bilion untuk skim penstrukturan semua industri bekalan air di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006 (Akta 655).

Sama seperti dalam beberapa kes, Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui oleh Azmin Ali cukup hebat dan bijak dalam mencuri dan merompak wang rakyat. Sepertimana pentadbirannya menghilangkan peruntukan MARRIS bahkan menggunakan peruntukan tersebut untuk menyelenggara pangsapuri kos rendah di Selangor.

Kerajaan Selangor menerima RM416,971,395 pada 2012, RM498,033,994 (2013), RM523,486,773 (2014),RM468,774,527 (2015), RM496,900,998 (2016) dan RM546,591,098 (2017) untuk MARRIS atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalanraya Malaysia. Pertanyaan di DUN Selangor tentang peruntukan MARRIS yang telah disalahguna dan tidak diisytiharkan, tidak pernah dijawab oleh Azmin Ali sehingga ke hari ini kecuali membuat penafian kosong semata-mata. (RUJUK SINI

Sepatutnya pelaburan RM14 bilion yang disalurkan oleh Kerajaan BN Pusat akan membolehkan rakyat Selangor menikmati 99% akses kepada bekalan air bersih dengan kadar tarif domestik yang rendah iaitu hanya 57 sen bagi 20 meteri padu pertama atau kira-kira RM11.

Peruntukan telah diberi untuk mengambilalih semua aset air namun apa yang berlaku ialah, Azmin Ali sendiri menaikkan harga dan kos pengambilalihan selepas berjaya menggulingkan Khalid Ibrahim kepada angka 10 kali ganda lebih besar daripada yang ditetapkan oleh Khalid Ibrahim dan dipersetujui oleh SPAN.


Sepatutnya juga, selepas ambilalih SPLASH, Kerajaan Negeri mewujudkan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd (AIS). Namun sehingga ke hari ini AIS tidak diwujudkan walaupun wang RM14 bilion sudah pun HILANG, sedangkan antara lain tugas AIS yang dimiliki 100% oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah membayar semula RM700 juta setahun kepada Kerajaan Pusat sebagai bayaran semula peruntukan penstrukturan air.

Apa yang dilakukan oleh Azmin Ali ialah cuba untuk melengah-lengahkan pembayaran tersebut dengan mengorbankan lebih setengah juta pengguna air di Lembah Kelang. Ketiadaan bekalan air, perkhidmatan air yang teruk, dan alasan-alasan seperti kos penggantian batang paip, akan dijadikan alasan mengapa hutang tidak boleh dibayar. Akhirnya RM14 bilion akan hilang di bawah karpet Azmin Ali!

Bijak tak?

Sebenarnya masalah gangguan bekalan air membabitkan 427 kawasan di Selangor serta Lembah Kelang akhirnya membuka kepada persoalan tentang sejauh mana keberkesanan dan kemampuan pengurusan Kerajaan Negeri pimpinan Azmin Ali apabila kerosakan di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) sebenarnya sudah berlarutan semenjak Disember 2016.

Amat mustahil Kerajaan Negeri tidak mengetahui masalah tersebut. Ke mana wang peruntukan Kerajaan Pusat untuk perkhidmatan air? Kenapa loji-loji pam air bersih di SSP3 yang menjadi antara nadi utama penduduk Lembah Kelang dan Selangor tidak diperbaiki segera, sebaliknya pembaikan tersebut hanya diberikan kepada kontraktor pada Januari lalu? Apa permainan Azmin Ali? Atau selepas sembang besar tentang rezab tunai Selangor yang sangat hebat itu, akhirnya masalah air menunjukkan sebenarnya perbendaharaan Selangor telah kering kontang dikerjakan Azmin dan suku-sakatnya?


Wednesday, July 1, 2015

SELURUH SELANGOR DAN LEMBAH KELANG SEMAKIN KERING AIR, KERAJAAN NEGERI SELANGOR PULA TERUS BERMAIN POLITIK... BARU NAK KAJI PERJANJIAN AIR!!!

Mungkin disebabkan kawasan rumahnya tidak berhadapan dengan catuan bekalan air, atau Azmin Ali serta seluruh pentadbiran negeri Selangor tidak perlu berbaris dengan timba atau tong menantikan kedatangan lori SYABAS, maka masalah air yang semakin meruncing di seluruh Selangor, langsung tidak diberikan perhatian.

Yang disibukkan oleh PKR dan DAP ialah gesaan agar Azmin Ali meletak jawatan atau desakan DAP agar Azmin Ali memilih antara DAP atau PAS untuk meneruskan Kerajaan Negeri Selangor.

Masalah air langsung tidak dibincangkan... langsung tidak dipentingkan dan langsung tidak disuarakan.

Elizabeth Wong yang mengetuai kumpulan yang mahukan SYABAS melepaskan pegangan ke atas bekalan air bersih di seluruh Lembah Kelang pun, turut mendiamkan diri dan tidak berani langsung bercakap tentang masalah air di Selangor.

Kerajaan Persekutuan pula yang terhegeh-hegeh menghulurkan bantuan kepada Kerajaan Negeri Selangor tetapi bantuan dan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan pula digunakan sebagai 'keuntungan negeri' tanpa sebarang pulangan kepada rakyat dalam bentuk akses air bersih.

Semalam, sekali lagi Kerajaan Negeri pimpinan Azmin Ali memberikan jaminan, penstrukturan industri bekalan air negeri akan diputuskan dalam tempoh terdekat.

Punyalah terdekat, masalah ini sudah berlarutan lebih dari 6 tahun. Tidak ada pula Exco atau ADUN Pakatan yang sanggup minum air lombong atau air banjir kerana itu adalah hujah mereka enggan menerima Projek Langat 2. 

Walaupun bekalan air semakin meruncing dengan sesetengah kawasan sudah dua minggu terputus bekalan air bersih, Azmin Ali menyatakan, masih terdapat satu lagi isu yang perlu diselesaikan antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan selepas perbincangan dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pada minggu lepas.

Bagaimanapun, Azmin Ali tidak menjelaskan masalah yang dimaksudkannya walaupun turut memberitahu, dia telah bertemu dengan Menteri berkaitan iaitu Maximus Ongkili dan Perdana Menteri.

Pada 17 Jun lalu, Kerajaan Persekutuan mendesak Kerajaan Negeri Selangor untuk meneruskan kerjasama bagi implementasi penstrukturan dan projek Loji Rawatan Air Langat 2 serta sistem pengedaran air sebagaimana yang diputuskan menerusi kepimpinan negeri yang lepas.

Menurut Ongkili, sekiranya penstrukturan industri air di Selangor masih juga tidak dapat diselesaikan, Kerajaan Persekutuan boleh mengambilalih kawalan operasi pengagihan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berdasarkan Seksyen 114 Akta Perkhidmatan Industri Air 2006.

Inilah yang dibangga-banggakan sangat oleh para penyokong Pakatan Rakyat. Inilah perubahan besar yang dimahukan oleh para penyokong Pakatan Rakyat. Dah tak ada air pun, Kerajaan Pakatan Rakyat tetap yang terbaik.

Cuba kalau Kerajaan Negeri Selangor yang serba culas dan lemah ini adalah Kerajaan Barisan Nasional, rasa-rasanya penuh jalanraya dengan manusia yang berarak dengan timba dan hanya bertuala sebagai tanda protes dan marah kerana terputus bekalan air!!!


 
Blogger Templates