Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label banjir di selangor. Show all posts
Showing posts with label banjir di selangor. Show all posts

Wednesday, April 22, 2015

BANJIR DI KAJANG, ADUNNYA SIBUK MENGANGKANG DI PERMATANG PAUH!!!



Seperti biasa, setiap kali musibah melanda di kawasan yang diwakilinya, setiap kali itulah juga Wan Azizah Wan Ismail, ADUN Kajang tidak akan muncul. Dia lebih sibuk dengan urusan lain walaupun sebelum menjadi ADUN Kajang, dia juga yang berkempen dengan pelbagai gambaran hebat-hebat tentang dirinya, tentang perjuangannya dan tentang segala-galanya.

Bila dah dapat jadi ADUN, Wan Azizah buru pula kerusi yang lain. Walaupun dia dikatakan telah bersedia untuk menjadi calon PKR bagi PRK Permatang Pauh, tetapi memandangkan amaran serta kata dua yang diberikan kepadanya, membuatkan Wan Azizah memilih untuk mengumumkan pencalonannya pada saat-saat akhir.

Pencalonannya atau anaknya...


Wan Azizah sudah lupa janjinya dengan penduduk dan pengundi Kajang. Dia hilang dan terus menghilang apabila masalah melanda. Untuk cover-up, yang mampu dilakukan oleh Wan Azizah ialah muncul bersama-sama jurugambar dan kemudian berlakon seolah-olah dia sedang bekerja untuk rakyat. Selepas gambar dirakamkan, selepas disiarkan di Twitter dan Facebook peribadinya, Wan Azizah hilang seperti biasa.

Hari ini, banjir muncul lagi di Kajang. Dan seperti biasa, kalau didesak, kesalahan akan diletakkan kepada Barisan Nasional walaupun yang beria-ia berjanji dan kemudiannya menceritakan peruntukan itu ini, sebanyak itu ini adalah dari PKR.


Tapi nak buat macam mana. Kajang memang bakal ditenggelamkan dan kalau terus dibiarkan Kajang berada di bawah Wan Azizah dan PKR, besar kemungkinan Kajang akan bertukar menjadi tasik besar tidak lama lagi.... sama seperti Soddom dan Gomorrah kesan daripada kemurkaan Allah Taala kepada penduduknya yang suka mengamalkan serta membudayakan seks sejenis!!!

Tanda-tanda Kajang bakal menjadi tasik mati, sudah semakin ketara.

Harap-harap Permatang Pauh tidaklah mengalami nasib yang sama seperti Kajang selepas mereka memilih Anwar Ibrahim sebagai wakil rakyat mereka dan kemudian isterinya.


Friday, December 26, 2014

AMARAN AWAL DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR... BANJIR SUDAH MULA MELANDA!!!


Berhadapan dengan bencana banjir, ramai yang melihat negeri-negeri di Pantai Timur tetapi terlupa bahawa negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung seperti Kedah, Perak dan Selangor sudah mula diancam banjir. Begitu juga di Tenom, Sabah, banjir sudah pun dilaporkan.

Kelantan dan Terengganu bakal berhadapan dengan banjir gelombang ketiga dan pihak berkuasa sudah pun mengeluarkan amaran kepada orang ramai tentang hal tersebut.


Semalam, sekitar Jalan Ipoh-Jalan Tun Razak berhampiran Hotel Dynasty sudah mula dilanda banjir. Bagaimanapun, dalam tempoh terdekat banjir itu surut semula. DBKL pada masa yang sama, mengisytiharkan yang mereka sudah pun bersiap sedia untuk berhadapan dengan banjir di Kuala Lumpur.

Lain pula ceritanya dengan Selangor. Selangor belum mengumumkan apa-apa, manakala Menteri Besarnya pula lebih sibukkan hudud di Kelantan. Masalah banjir di Selangor nampaknya belum lagi mencecah sel-sel otaknya untuk berhubung.

Ini berita yang diterima tengah malam tadi... berita ini bagaimanapun, disahkan sebagai palsu.

"Kerajaan Negeri Selangor telah melepaskan air Empangan Batu yang terletak ke arah Ulu Yam ekoran paras air empangan meningkat secara mendadak. Kerajaan Negeri Selangor telah membuat keputusan dengan melepaskan air empangan sehingga takungan menjadi suku...Kerja-kerja menampal rekahan Empangan Batu sedang dilakukan kerana terdapat rekahan yang ketara...

"Bagi penduduk di Bandar Baru Selayang, Kampung Sungai Kertas, Kampung Nakhoda, Kampung Laksamana Selayang dan Gombak diminta berjaga-jaga ketika air dilepaskan dan memindahkan anwa ke kawasan yang tinggi... sebarkan..."








 
Blogger Templates