Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label kerajaan malaysia. Show all posts
Showing posts with label kerajaan malaysia. Show all posts

Monday, March 18, 2019

61 TAHUN NEGARA TERUK KERANA AMALAN KLEPTOKRASI, TAPI KERAJAAN PAKATAN HARAPAN SETIAP MINGGU JUAL ASET NEGARA.... DATANG DARI MANA ASET-ASET NEGARA TU?!!!



Sedap dengar pujukan Timbalan Perdana Menteri, Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, Kerajaan Pakatan Harapan adalah Kerajaan yang tidak berpengalaman. Justeru, rakyat perlu memberikan peluang kepada Kerajaan Pakatan Harapan untuk memperbetulkan segala kerosakan yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional sepanjang 61 tahun kewujudan sistem demokrasi di Malaysia.

61 tahun Malaysia telah dirosakkan oleh Barisan Nasional!

Kita tak perlulah menjuzuk-juzukkan setiap pentadbiran sepanjang 61 tahun itu. Namun persepsi yang cuba diwujudkan oleh Wan Azizah ialah sebelum 9 Mei 2018, Malaysia adalah sebuah negara yang sangat mundur, sebuah negara yang penuh korupsi manakala rakyatnya pula sangat kebuluran dan tidak mempunyai pekerjaan. Taraf hidup rakyat Malaysia sangat rendah berbanding negara-negara yang sama usia merdeka dan lepas dari cengkaman penjajahan seperti Malaysia.


Justeru, Kerajaan Pakatan Harapan yang perdana menteri sebenarnya adalah Lim Guan Eng, terpaksa melakukan sesuatu yang sangat drastik bagi memperbetulkan struktur negara ini hasil daripada pentadbiran Barisan Nasional.

Dari awal Pakatan Harapan mengambilalih pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Pakatan seperti anai-anai yang masuk ke dalam setiap khazanah negara, mengubah hierarki kepimpinan dan kemudian mengambil tindakan menjual serta melelong aset-aset negara, terutama yang berkaitan dengan Melayu, Bumiputera dan umat Islam.

Antara kempen agresif Pakatan Harapan adalah tohmahan kononnya pentadbiran Najib Abdul Razak telah menjual aset-aset negara terutama kepada China. Rakyat dimomok-momokkkan kononnya kalau Najib Abdul Razak terus disokong dan dibenarkan menjadi Perdana Menteri, Malaysia akan menjadi wilayah China, manakala rakyat Malaysia pula terpaksa memeluk akidah komunisme.


Serangan Pakatan Harapan turut tertumpu kepada 1MDB, salah sebuah organisasi pelaburan hartanah utama negara selepas Khazanah Nasional Berhad. Semua tentang 1MDB adalah buruk belaka. 1MDB juga didakwa menjadi poket wang yang menyalurkan wang songlap kepada Najib Abdul Razak. Namun akhirnya, Lim Guan Eng sendiri mengakui projek 1MDB seperti TRX, memberikan keuntungan besar kepada negara.

Ramai yang melihat dan menjangkakan, pentadbiran Lim Guan Eng akan menjual menara TRX itu.

FELDA dikatakan rugi dan muflis. FELCRA juga muflis dan rugi. Tabung Haji dikatakan telah dirompak dan rugi besar. Begitu juga dengan LTAT. Paling menarik ialah apabila Khazanah Nasional Berhad dikatakan rugi kesan daripada pelaburan pentadbiran yang lepas walaupun data-data yang dikeluarkan menunjukkan kerugian Khazanah mulai berlaku bermula pada 9 Mei 2018 dan terus rugi sepanjang Pakatan Harapan menjadi Kerajaan Persekutuan.

Hampir setiap bulan, ada-ada sahaja aset negara yang dijual oleh Kerajaan Pakatan Harapan.


Dua minggu lepas, bersungguh-sungguh Mat Sabu, Menteri Pertahanan menafikan dakwaan bahawa Boustead yang dimiliki oleh LTAT menjual Hotel Royale Chulan. Namun penafian orang yang tidak tahu apa-apa, akhirnya dimalukan oleh laporan berita antarabangsa tentang penjualan aset LTAT tersebut.

LTAT kehilangan banyak pelaburan dan perniagaannya selepas Pakatan Harapan menjadi Kerajaan. Antaranya termasuklah PharmaNiaga yang terlibat dalam pembekalan ubat-ubatan kepada hospital-hospital kerajaan. Selain itu, konsesi LTAT menerusi kamera-kamera dan sistem AES juga telah dirampas untuk diserahkan kepada syarikat-syarikat kroni.

Terbaru ialah penjualan dua menara Telekom Malaysia dan rancangan untuk menjual lebih banyak aset Telekom Malaysia (TM) atas alasan; pertama, kerana TM mahu mencairkan aset agar memiliki tunai lebih banyak dan kedua, tidak sanggup menanggung kos yang tinggi.


Sedap dengar cakap Wan Azizah yang mungkin tidak tahu apa-apa sebaliknya sekadar menggunakan naluri wanitanya. Tetapi rakyat sedang melihat, Kerajaan Pakatan Harapan yang dipenuhi oleh Menteri-Menteri yang menipu kelulusan, yang tidak tahu apa-apa tentang pentadbiran dan pengurusan negara, hanya teruja untuk menjual segala aset negara. Hampir setiap minggu, penjualan dilakukan dan Kerajaan Pakatan Harapan masih lagi memberikan alasan, HUTANG NEGARA!

Kalau benarlah 61 tahun pentadbiran Barisan Nasional sangat buruk, bagaimana agaknya selama 10 bulan ini, kerja Kerajaan Pakatan Harapan hanyalah menjual aset-aset negara? Dari mana agaknya datangnya semua sumber kekayaan dan aset-aset tersebut seandainya benar sepertimana yang diperkatakan oleh Kerajaan bahawa Pentadbiran Barisan Nasional selama 61 tahun telah menjahanamkan Malaysia?


Tuesday, February 12, 2019

SELEPAS MAJLIS 'ORANG TUA-TUA', MAHATHIR TUBUHKAN PULA MAJLIS TINDAKAN EKONOMI SEMATA-MATA KERANA MENTERI KABINETNYA MEMALUKAN DAN TIDAK TAHU BUAT KERJA!!!



Selepas Council of Elders yang 'dibintangi' oleh Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Zeti, Robert Kuok, Prof Jomo K.S dan Tan Sri Hasan Merican, kni Dr. Mahathir menubuhkan satu lagi majlis yang dikenali sebagai Majlis Tindakan Ekonomi yang senarai ahli majlisnya lebih panjang termasuklah Azmin Ali dan Lim Guan Eng, selain Rafidah Aziz.

Gambaran-gambaran dan kempen-kempen sebelum PRU-14 kononnya Malaysia sedang berhadapan dengan kemuflisan, akhirnya benar-benar menjadi kenyataan. Pun begitu, Mahathir dan kerajaannya masih juga menyalahkan Najib dan pentadbiran Barisan Nasional yang mereka tumpaskan pada 9 Mei 2018.

Dan yang paling kerap menjadi momokan adalah 1MDB. Di mana-mana, dan lebih-lebih utama dari mulut Lim Guan Eng, 1MDB adalah penyebab kepada hutang negara yang banyak.

Anehnya, dalam berita yang dipaparkan oleh media, Lim Guan Eng kelihatan sangat berbangga dengan pelaburan yang masuk menerusi Bandar TRX.

Rujuk:
http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/the-exchange-trx-terima-pelaburan-rm2-15-bilion-1.839228

Dan sudah pastilah, sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan 1MDB akan tahu, siapakah sebenarnya pemilik The Exchange TRX.


Berbeza daripada momokan Lim Guan Eng dan Mahathir, 1MDB tidak pernah cuba dilupuskan dan aset-asetnya dicairkan untuk membayar hutang-hutangnya yang kononnya membebankan negara. Sebaliknya sebaik-baik sahaja memegang jawatan Perdana Menteri, perkara pertama yang dilakukan oleh Mahathir adalah memasukkan orangnya ke dalam 1MDB.

Pengerusi 1MDB sekarang adalah Asri Hamidon.

Rujuk: 
http://www.theedgemarkets.com/article/1mdb-gets-new-chairman-exco-run-daily-ops

Penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi secara tidak langsung menunjukkan Pakatan Harapan sebenarnya telah gagal dalam mentadbir dan menguruskan negara ini walaupun dibekalkan dengan rezab tunai yang cukup banyak dan prasarana pelaburan yang cukup besar oleh pentadbiran Najib Abdul Razak.

Suku Ketiga 2018, data-data ekonomi termasuklah pengeksportan, kemasukan pelaburan, pembuatan dan sebagainya menunjukkan penurunan yang sangat ketara.

Rujuk:
https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=100&bul_id=NUtDV2RPTktsZXRjMlcxWXpHS0RYZz09&menu_id=TE5CRUZCblh4ZTZMODZIbmk2aWRRQT09


Justeru tindakan Dr. Mahathir menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi yang mana dia sendiri adalah Pengerusinya, mungkin gambaran sebenar tentang kegagalan kerajaannya. Barisan menteri kabinetnya sekarang bukan sahaja telah memalukan Dr. Mahathir ke serata dunia dengan kepandiran mereka, tetapi juga penipuan kelulusan akademik mereka, yang mana beritanya turut dipetik oleh pelbagai agensi berita asing, ditambah pula dengan kegagalan Peguam Negara pilihan Dr. Mahathir dan Lim Guan Eng, Tommy Thomas dalam beberapa kes Najib, bakal menjadikan Kerajaan Malaysia di bawah Mahathir lebih ditertawakan berbanding tuduhan KLEPTOKRASI.

Mahathir nampaknya tenggelam dalam cerita-ceritanya sendiri. Lim Guan Eng dan DAP serta Azmin Ali yang sebelum ini bercakap hebat tentang betapa teruknya ekonomi Malaysia di bawah pentadbiran Najib, kini terpaksa bergelut untuk mempertahankan apa yang telah dilakukan oleh pentadbiran Najib sekurang-kurangnya untuk ekonomi dan kewangan Malaysia.


Bagaimanapun selepas 9 bulan menjadi Kerajaan, apa yang rakyat dapat saksikan ialah kemelut ekonomi yang semakin teruk melanda semua sektor. Kos sara hidup tidak berkurangan, bahkan semakin naik. Semua janji Pakatan hanya tinggal janji. Malahan, gaji minima dan peluang pekerjaan yang dijanjikan pun, hilang entah ke mana.

Yang rakyat khususnya orang Melayu nampak sekarang ialah, betapa kalutnya Lim Guan Eng, Azmin Ali dan Kerajaan Pakatan mencairkan aset-aset entiti yang berkaitan Melayu, Bumiputera dan Islam. Malah lebih teruk dari itu, di sebalik alasan negara tidak ada wang, boleh pula Lim Guan Eng tanpa menggunakan saluran Parlimen, menyalurkan bantuan dan peruntukan berbelas-belas juta kepada sekolah-sekolah persendirian dan kolej-kolej swasta Cina!

Mungkin inilah KUALITI KERAJAAN yang diterajui oleh para pemegang ijazah palsu!


Kata Penasihat Media Perdana Menteri, A.Kadir Jasin, "Penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan kegagalan Kabinet dalam menangani isu ekonomi, kewangan dan kebajikan rakyat, kata Datuk A Kadir Jasin.

Penasihat khas media dan komunikasi kepada perdana menteri itu berkata, selepas 8 bulan Pakatan Harapan (PH) menerajui Putrajaya, pentadbiran 4 parti itu belum menampakkan hasil yang boleh dirasai rakyat.


 
Blogger Templates