Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label ng wei aik. Show all posts
Showing posts with label ng wei aik. Show all posts

Thursday, August 18, 2016

ASAL BOLEH MENGHENTAM DAN MENIMBULKAN PERSEPSI, NG WEI AIK TUNJUKKAN KEBODOHAN SENDIRI!!!



Satu perkara yang memang menjadi kesukaan para pemimpin DAP mahupun para pengikut dan penjilat mereka ialah, dapat menghentam kerajaan atau apa-apa entiti yang berkaitan dengan kerajaan sekaligus dapat mewujudkan persepsi negatif yang boleh disensasikan.

Itulah yang dilakukan oleh Ng Wei Aik ketika sebahagian besar rakyat Malaysia sedang menunggu-nunggu perlawanan beregu campuran yang melibatkan pasangan dari Malaysia, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menentang pasangan Indonesia, Ahmad Tontowi-Liliyana Natsir.

Tak tahulah sama ada Ng Wei Aik nak cuba buktikan yang dia sangat patriotik atau sebenarnya dia terlalu bangang kerana tidak tahu langsung tentang acara yang berlangsung sebelum perlawanan melibatkan pasangan beregu campuran Malaysia.

Dia marah kerana dia tidak dapat menonton perlawanan pasangan beregu Malaysia sebaliknya menyangkakan RTM1 (dan stesen-stesen televisyen lain) menayangkan perlawanan melibatkan perseorangan lelaki England menentang perseorangan lelaki Denmark. Walhal perlawanan yang ditunggu-tunggunya itu belum pun berlangsung lagi pada waktu itu.

Menariknya, para pengikutnya yang lain turut menyorak membenarkan kejahatan Ng Wei Aik. Mereka juga sama bodoh sepertinya. Barangkali memang benarlah, kalau menyokong pembangkang sahaja, WAJIB JADI BODOH DAN BANGANG!

Asalkan dapat membangkang!




Friday, March 25, 2016

RAHMAN DAHLAN BERAKSI LAGI... BULLDOG DIBELASAHNYA DENGAN FAKTA KHIR TOYO HANYA DOKTOR GIGI!!!



Di sebalik desakan Guan Eng agar Abdul Rahman Dahlan meminta maaf kepadanya kerana menggelarkannya sebagai PEMBOHONG di dalam Dewan Rakyat, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu tetap aktif beraksi dan membalun semula kepala Guan Eng dan konco-konconya.

Kalau sebelah pagi tadi Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik atau gelaran yang banyak diberikan, bulldog kerana layanan serta air muka yang ditunjukkan tatkala mengangkut tong gas seorang peniaga reatoran muslim yang bukan sahaja dihalau tetapi restorannya cuba disita pada tahun 2010, memberikan alasan dan hujah bangang, sebelah petang pula, kebangangan si bulldog disindir Abdul Rahman Dahlan yang kini dijadikan sasaran serangan Guan Eng kerana pendedahan dan serahan bukti kepada SPRM bukan sahaja bakal memanaskan punggung Guan Eng malah bakal membuka pintu penjara buat kali kedua untuk anak lelaki Lim Kit Siang itu.

Alasan 'terbaik' yang mampu diberikan oleh Wei Aik adalah mengulangi bahawa Guan Eng tidak mengetahui nilai hartanah yang dibelinya kerana dia hanyalah akauntan dan Ketua Menteri bukannya agen hartanah. Fakta tentang jawatan Exco Tanah yang disandangnya tidak disebut langsung.

Kata Abdul Rahman Dahlan, sepatutnya Khir Toyo juga tidak didapati bersalah kerana Khir Toyo hanyalah seorang doktor gigi serta Menteri Besar malah Khir Toyo juga bukanlah Exco Tanah seoerri Guan Eng.

Awal hari ini, Ng Wei Aik menggesa rakyat Pulau Pinang agar berdiri teguh menyokong Lim Guan Eng dan tidak mempercayai segala yang didedahkan oleh Barisan Nasional yang dianggap sebagai propaganda tidak berasas.

Rahman Dahlan menolak hujah Ng Wei Aik dan merujuk kepada kes bekas Menteri Besar Selangor yang sedang menjalani hukuman penjara selama setahun oleh Mahkamah Persekutuan pada September tahun lepas kerana membeli dua lot tanah dan banglo di Shah Alam dengan harga RM3.5 juta pada tahun 2004 daripada sebuah syarikat yang telah membayar RM6.5 juta untuk hartanah berkenaan.

"Menurut AP Tanjung, LGE adalah seorng akauntan bukannya penilai atau agen hartanah. Menariknya Ketua Menteri seperti tahu nilai semua tanah-tanah yang lain kecuali rumahnya!

"Saya mahu bertanya kepada AP Tanjung, bolehkah Khir Toyo kita katakan tidak tahu nilai sebenar rumahnya memandangkan dia hanyalah seorang doktor gigi?" Tanya Rahman Dahlan lagi.

"AP Tanjong seharusnya mengingatkan LGE tentang salahlaku. Malah dia juga seharusnya  memberitahu LGE agar tidak sewenang-wenangnya menggunakan nama rakyat Pulau Pinang (untuk menutup perbuatan curangnya)," katanya lagi.


SI BULLDOG PEMBENCI PENIAGA ISLAM AKHIRNYA SALAHKAN UMNO KERANA DEDAHKAN SKANDAL GUAN ENG!



Kalau penyokong dan pengkagum Lim Guan Eng selain pemuja DAP terpaksa mencari pelbagai alasan demi mempertahankan jubor Guan Eng, konco-konco Guan Eng pula seperti Ng Wei Aik pula cuba mencari jalan menyalahkan UMNO dan BN kerana skandal dan penyalahgunaan kuasa serta penipuan Lim Guan Eng serta Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah DAP terdedah kepada umum.

Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik yang juga merupakan bekas SETPOL Lim Guan Eng hari ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi. Wei Aik yang lebih dikenali sebagai bulldog kerana air mukanya, dalam kenyataan yang dikeluarkan, berusaha mempertahankan LGE.


Dia memberikan alasan SUPER BANGANG untuk tujuan itu. Kononnya LGE tidak mengetahui nilai pasaran untuk hartanah yang dibelinya kerana LGE hanyalah seorang akauntan dan Ketua Menteri dan bukannya penilai hartanah.

Tiba-tiba sahaja seorang Cina yang sangat mementingkan keuntungan, tidak tahu tentang nilai hartanah sedangkan untk membeli hartanah, biasanya itulah yang dibuat terlebih dahulu biarpun Cina itu seorang penanam sayur!

Apatah lagi LGE sendiri selain menjadi Ketua Menteri, merupakan Exco Tanah Pulau Pinang... tidakkah ULTRA BANGANG alasan yang diberikan oleh si Bulldog dalam usaha menyelamatkan LGE dan masa hadapan DAP di Pulau Pinang?


Bulldog turut menyalahkan UMNO-BN kerana pendedahan skandal banglo dan tanah Taman Manggis selain turut mendedahkan kewujudan Phang Li Koon.

Kata Ng Wei Aik, semua itu adalah konspirasi jahat UMNO. Dengan kata lain, UMNO-BN telah memperdayakan LGE untuk beli hartanah itu pada harga rendah, mempengaruhi LGE untuk merampas tanah PPR di Taman Manggis untuk dijual kepada KLIDC pada harga RM11.5 juta manakala KLIDC adalah sebuah syarikat UMNO yang berproksikan seorang Cina yang menggunakan seorang wanita bernama Phang Li Koon unyuk memikat dan mengenakan Lim Guan Eng. UMNO-BN juga telah menggunakan tipu perdaya ketika menawarkan pembelian tanah Taman Manggis itu pada kadar harga RM22.4 juta supaya projek PPR Taman Manfgis Fasa II boleh diteruskan dengan mempengaruhi LGE untuk menolak dan sebaliknya menjual tanah tersebut kepada KLIDC dengan kadar lebih rendah.

UMNO-BN juga telah memperdaya dan memaksa LGE membeli hartanah di No.25, Jalan Pinhorn tanpa mengetahui nilai pasaran dam harganya 3 kali lebih rendah berbanding jiran sebelah dan harga kaki persegi yang jauh lebih murah berbanding rumah mampu milik yang enggan dibina oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

UMNO-BN juga secara rahsia telah menaikkan harga rumah-rumah lain di Jalan Pinhorn sekaligus menyebabkan hartanah yang dibeli oleh Guan Eng mengalami pemerosotan nilai yang amat ketara.

Pastinya seorang akauntan akan tahu bagaimana hendak membahagikan harga dengan kaki persegi dan mengesan sesuatu yang tidak kena. Atau sebenarnya LGE memang buta kayu tidak tahu mengira tanpa MS EXCEL? Ataupun LGE tidak tahu keluasan hartanah yang dibelinya semenjak dia jadi Ketua Menteri dan akaubtab dan bukannya penilai hartanah?

Dakwaan si bulldog kononnya UMNO cuba membunuh karektor LGE, dilihat sebagai usaha terdedak Ng Wei Aik menaikkan sentimen para penyokong untuk mempertahankan LGE.

Hakikatnya si bulldog terlalu bimbang LGE dan seluruh puaknya akan tumbang menyebabkan ratusan juta kalau tidak berbilion keuntungan akan hilang begitu sahaja, meskipun sudah ada depan mata.

Tuesday, June 16, 2015

NG WEI AIK ENGGAN TERIMA SURAT TUNTUTAN REEZAL MARICAN SELEPAS GAGAL KEMUKAKAN DOKUMEN SOKONGAN ATAS TUDUHAN KONONNYA AMANAH RAYA BAIL-OUT 1MDB!!!



Pengecut juga si Rottweiler ni apabila enggan menerima surat saman...

Reezal Merican Naina Merican telah memberikan masa selama tujuh hari kepada Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik untuk memohon maaf secara terbuka dan menarik kembali tuduhannya bahawa Amanah Raya Berhad (ARB) telah memberikan pinjaman sebanyak RM2 bilion kepada 1MDB.

Ahli Parlimen BN Kepala Batas itu berkata, dia telah menghantar surat tuntutan kepada Ng Wei Aik semalam di Parlimen tetapi Ng Wei Aik enggan menerimanya.

Surat tuntutan tersebut kemudiannya dihantar ke pejabat Ng.

Turut menerima surat tuntutan adalah dua portal berita atas talian, The Malaysia Insider dan Free Malaysia Today yang turut melaporkan perkara yang sama.

"Dia telah membuat tuduhan yang serius kononnya ARB membuat bail-out 1MDB. Ini adalah fitnah, tuduhan liar yang langsung tidak berasas. Tuduhan ini telah memberikan tanggapan seolah-olah saya orang jahat. Tuduhan Ng sangat jahat dan ia tidak boleh dibenarkan tanpa sebarang tindakan undang-undang," tegas Reezal di lobi Parlimen hari ini.

Dengan menyebut kononnya 'maklumat rahsia tahap tertinggi' dari 'orang dalam', Ng Wei Aik pada 10 Jun menuduh ARB telah meluluskan pinjaman sebanyak RM2 bilion selepas Reezal Marican dilantik sebagai Pengerusi ARB pada 1 Januari tahun lepas.

Menurut Ng juga, bekas eksekutif ARB iaitu bekas Pengerusi Datuk Dusuki Ahmad dan bekas Pengarah Urusan Datuk Ahmad Rodzi Pawanteh telah 'dipaksa' untuk meletak jawatan kerana mereka enggan memberikan pinjaman kepada 1MDB. Sebaliknya pinjaman tersebut diluulskan selepas Reezal Merican dilantik sebagai Pengerusi.

Bagaimanapun, sehingga kini, Ng Wei Aik gagal mengemukakan sebarang dokumen untuk menyokong tuduhannya.

Harap-harap, surat tuntutan itu berkesudahan dengan saman ke atas Ng Wei Aik. Jangan pulak nanti, berlaku penyelesaian di luar mahkamah dan Ng Wei Aik bebas dengan hanya meminta maaf sedangkan tuduhannya telah pun dibuat, telah pun tersebar, telah pun diketahui dan telah pun mewujudkan persepsi jahat berdasarkan fitnahnya.

Permohonan maaf Wei Aik - kalaupun dibuat - tidak seharusnya menghentikan tindakan saman ke atasnya.


Thursday, June 11, 2015

TAKKAN PENJELASAN MEDIA SAHAJA YANG MAMPU DIBERIKAN AMANAH RAYA ATAS FITNAH NG WEI AIK? TAKKAN TAK SAMAN?



Ng Wei Aik, si ROTTWEILER yang pernah terkenal dengan sikap rasisnya apabila menghalau pemilik restoran mamak agar pulang ke India sepatutnya dikenakan tindakan undang-undang jikalau benar penjelasan seperti yang diberikan oleh Reezal Marican, dia telah melakukan fitnah ke atas Amanah Raya Berhad.

Dalam fitnahnya, Ng Wei Aik yang hanya bergantung kepada 'maklumat dalaman yang boleh dipercayai', berkata Amanah Raya Berhad telah memberikan pinjaman kepada 1MDB sebaik-baik sahaja Reezal Marican dilantik sebagai Pengerusi Amanah Raya Berhad.


Ini bukan kali pertama para pemimpin DAP seperti Ng Wei Aik membuat fitnah tetapi kerapkali bebas kerana tiada tindakan undang-undang susulan atau tindakan undang-undang terlalu lambat diambil.

Sekadar memberikan penjelasan menerusi media, tetapi tindakan undang-undang tidak diteruskan terutama apabila fitnah tersebut boleh menyebabkan ketidakpercayaan luar kepada Malaysia berhubung pelaburan dan ekonomi, bolehlah dianggap membuang masa.

Sudah terlalu banyak kes-kes fitnah yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat, dibiarkan begitu sahaja. Kononnya dengan membiarkannya, ia akan senyap dan hilang begitu sahaja.


Malangnya, sudah terlalu lama tanggapan tersebut tidak pernah dibuktikan betul, sebaliknya yang berlaku adalah fitnah telah dianggap betul kerana tiada sebarang tindakan yang lebih tegas.

Kalau betul seperti yang dikatakan, heret Ng Wei Aik segera ke muka pengadilan. Tak perlu tunggu lama-lama. Kalau setakat buat kenyataan media tetapi kemudian, Ng Wei Aik dibiarkan begitu sahaja, lebih baik duduk dediam dan biarkan masalah berlarutan seperti yang berlaku kepada 1MDB dan beberapa entiti lain.

Belajarlah daripada DAP bagaimana mereka menguruskan pembohongan, fitnah dan sebarang usaha menelanjangkan pembohongan mereka sendiri!!!


Friday, February 27, 2015

SUNGGUH KESIAN WEI AIK, SURAT JEMPUTANNYA TIDAK SAMPAI DAN GAMBAR GUAN ENG PULA DICAMPAKKAN KE DALAM TONG SAMPAH!!!


Semalam adalah perayaan ulang tahun Jade Emperor bagi masyarakat Hokkien dan ia merupakan sambutan Tahun Baru bagi masyarakat Cina dari suku Hokkien.

Kebanyakan masyarakat Hokkien kalau di Malaysia bermastautin di bahagian Utara Semenanjung termasuklah di Pulau Pinang.

Semalam juga, telah diadakan sambutan ulang tahun Jade Emperor di Pulau Pinang. Sambutan besar-besaran turut dibuat di Chew Jetty di Parlimen Tanjong, kawasan yang kononnya sarang terkuat Ng Wei Aik yang sebelum ini merupakan ADUN Komtar dan cukup terkenal menerusi tindakannya menghalau para peniaga dari suku Malabari atau Melayu Peranakan, 'pulang' ke India. Dia pernah terlibat dalam kes tong gas sebuah restoran mamak.



Yang datang ke majlis tersebut adalah pemimpin-pemimpin Cina dari Barisan Nasional. Kelibat Ng Wei Aik dan Lim Guan Eng, langsung tidak kelihatan. Lebih malang lagi, gambar-gambar Lim Guan Eng yang tergantung telah diambil oleh sebilangan hadirin dan dicampakkan masuk ke tong sampah!

Rupa-rupanya Ng Wei Aik tidak mendapat jemputan. Ternyata dia begitu kecewa kerana tidak dijemput dan kekecewaannya itu diluahkan menerusi kenyataannya di media sosial.


Ng Wei Aik cakap.... Saya nak buat umuman di sini. bukan saya tak nak hadir majlis sembayang di chew jetty,sebagai mp tanjong, saya memang harap sertai majlis mlm ini. tetapi sampai hari ini, saya belum terima sebarang jemputan atau telephone dari pemimpin chew jetty. mereka bukan saja tak mau wang diberi oleh kerajaan negeri, tetapi juga tak peduli cm dan wakil rakyat yg dipilih oleh rakyat penang. wat kind of thinking they hv? (Tan Khai Beng)

Sampai terpaksa guna modal, PERUNTUKAN KERAJAAN NEGERI. Malah terpaksa mengungkit yang dia adalah wakil rakyat kawasan tersebut. Paling menyedihkan sekali ialah apabila dia turut mengungkit, perayaan yang begitu besar dan amat penting kepada masyarakat Hokkien tersebut turut mengenepikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng!

Tak kesian ke kat Ng Wei Aik yang mendapat jolokan ROTTWEILER di kalangan masyarakat Cina Pulau Pinang tu?


 
Blogger Templates