Puak Anti-Najib (ANC) cuba meyakinkan kita bahawa Peguam Negara Amerika Syarikat merupakan orang yang paling jujur di dunia. Oleh kerana itu, apa-apa sahaja tuduhan yang dibuat oleh DOJ, maka ia adalah benar. Justeru, sepertimana yang diharapkan oleh ANC, apa-apa sahaja keburukan atau tuduhan terhadap 1MDB, pihak berkuasa Malaysia dan Perdana Menteri, wajib diterima sebagai benar sebenar-benarnya.
Kerjasama antara ANC dengan pelobi-pelobi Amerika Syarikat telah lama terjalin, jauh lebih lama sebelum Khairuddin membuat persembahan antarabangsa. Mereka yang menfailkan aduan di beberapa negara, hanyalah satu persembahan semata-mata. Mereka mahu kita beranggapan, Amerika Syarikat terlibat hanya selepas aduan-aduan difailkan.
Itu jugalah reaksi yang ditunjukkan oleh Abu Kassim selepas konspirasi bersama-sama Amerika Syarikat itu terdedah:
Itu jugalah reaksi yang ditunjukkan oleh Abu Kassim selepas konspirasi bersama-sama Amerika Syarikat itu terdedah:
"Saya telah dinasihati oleh peguam saya untuk tutup mulut." (RUJUK SINI)
Zeti dan Gani mungkin masih lagi mendapatkan pandangan daripada para peguam mereka tentang apa yang harus mereka katakan. Saya pasti, salah seorang atau kesemua mereka akan dimaafkan sekiranya mereka menjadi saksi utama dan mengakui bahawa mereka menerima arahan daripada seseorang yang lain.
Artikel/video ini tiada kena mengena dengan saman DOJ tetapi untuk menunjukkan yang penggubal undang-undang Amerika sendiri pun memperlekehkan Peguam Negara Amerika Syarikat itu.
http://freedomoutpost.com/loretta-lynch-ducks-74-questions…/
Lynch mendakwa dia tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Clinton. Bagaimanapun, dia enggan menjawab sekurang-kurangnya 74 soalan Kongress tentang pertemuan sulitnya dengan bekas Presiden, Bill Clinton dan hubungannya dengan keluarga dan kakitangan Clinton.
"Saya tahu anda (Loretta Lynch) tidak akan menjawab pertanyaan-pertanyaan kami hari ini dan saya minta maaf kerana membuang banyak masa memandangkan ianya benar-benar tidak produktif. Dan saya telah meminta petugas saya untuk mengira berapa banyakkah kenyataan, 'Saya tidak boleh menjawab soalan itu' atau enggan memberikan reaksi sewajarnya. Ianya berlaku sebanyak 74 kali setakat ini." - Rep. David Trott.
Loretta Lynch juga enggan menjawab soalan-soalan daripada Rep. Jason Chaffetz tentang maklumat sulit, sama ada ianya sah dari segi perundangan atau sebaliknya untuk dikekalkan atau sebaliknya. Berbanding memberikan jawapan secara berterus terang, Peguam Negara Lynch juga enggan memberikan jawapan kepada soalan tentang sumpah bohong dari segi perundangan.
Sekiranya Peguam Negara Amerika Syarikat boleh membuat pertemuan dan hubungan sulit, mengapa pula kita terkejut sekiranya ANC turut melakukan perkara yang sama dengan para pelobi Amerika Syarikat atau DOJ dengan harapan tuduhan jenayah dikenakan. Dan sekiranya Peguam Negara Amerika Syarikat sendiri enggan mengesahkan sama ada bersumpah bohong menyalahi atau dibenarkan dalam undang-undang negara itu, bagaimana pula puak zombie boleh mendakwa mereka tidak berbohong di Facebook.
Saya mengharapkan ketiga-tiga Tan Sri itu akan memberikan jawapan yang berterus-terang kepada polis, tidak seperti Tun Mahathir yang enggan menjawab sebarang soalan selain daripada berkata, 'SAYA TIDAK ADA BUKTI'.
Berkemungkinan serangan ANC-US seterusnya ialah mereka-reka tuduhan jenayah yang membolehkan para zombie terus dibuai syok sendiri sekalipun, mereka masih tidak dapat menggulingkan kerajaan sungguhpun menerusi demonstrasi jalanan BERSIH 5.0.
Semoga Allah gagalkan rancangan jahat ANC-US. Amin.
- AA -
- AA -
