Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, July 31, 2015

MUHYIDDIN AKUI PERBUATANNYA SENDIRI SEBABKAN DIA DIPECAT!!!


Ringkasan ucapan TSMY di masjid panchor pagoh selepas solat jumaat sebentar td (31 Julai 2015) Isi ucapan TSMY

1. Mengingatkan diri tentang apa yg berlaku ke atas dirinya adalah perkara yg biasa dgn kuasa PM menggugurkan sbgi TPM dan Menteri Pendidikan.

2. Menjalankan tugas tidak berhenti siang dan malam dan akur dgn segala arahan yg diamanahkan.

3. Pandangan yg berlainan dlm 1MDB adalah satu2nya perbedaan yg ketara.

4. Mengingatkan dirinya dll pemimpin adalah sbgi pemimpin yg telah d amanahkan dan d beri tanggungjawab yg betul berdasarkan undang2 n peraturan dunia berdasarkan amal makruf nahi mungkar.

5. Beliau telah memberikan pandangan yg akhirnya mengundang beliau jadi demikian n akhirnya beliau akur n yakin mesti ada hikmah d sebaliknya dgn merasa ringan dengan beban yg telah d pikul selama ini.

6. Merasakan allah telah memberikan rehat yg secukupnya dgn allah telah menentukan segalanya.

7. Beliau merasakan keseronokan yg amat sangat dapat bergaul dgn kuarga n anak cucu.

8. Berjuang d atas landasan yg betul adalah pendiriannya.

9. Orang Pagoh jgn bimbang dan berharap Menteri Pengajian Tinggi meneruskan hub pembangunan d Pagoh.

10. Beliau masih lagi Timbalan Presiden UMNO dan akan meneruskan tanggungjawab membantu Presiden .

11. Melahirkan rasa gusar yg tinggi terhadap trend menyokong kerajaan skrg.

12. Kalau sekiranya pilihanraya skrg ... boleh kalah kita.

13. Ada dua tahun lagi betulkan kedaan suoaya terus mng dan jgn smpi kalah nanti.

14. Terus istiqamah dlm umno dan akan tetap terus turun ke mana2 bhg. dan berdoa agar DSN terus d beri hidayah sementara ada lagi nafas.


MENTERI BARU KPDNKK MENGESAHKAN LAPORAN LOW YAT PLAZA DISERBU DAN RAMPAS BARANGAN TIRUAN HARI INI!!!



Kementerian Perdangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguanaan (KPDNKK) dalam satu serbuan mengejut ke atas premis perniagaan di Plaza Low Yat telah berjaya merampas sebanyak 11,174 aksesori telefon bimbit tiruan bernilai RM150,990.

Serbuan itu dilakukan selepas Menteri KPDNKK yang baharu dilantik, Datuk Hamzah Zainudin telah mengerahkan pihaknya melakukan serbuan di Plaza Low Yat yang sering mendapat aduan mengenai penjualan barang tiruan disitu.

Menerusi Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, pihaknya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen telah membuat pemeriksaan 120 premis dalam operasi bersepadu itu.

Jelas Alias, pihaknya sering mendapat aduan orang ramai mengenai penjualan barangan tiruan disitu, dan pihaknya juga terlebih dahulu melakukan risikan untuk mengenal pasti sebelum operasi bersepadu dilakukan.

Tambah Alias, operasi itu disertai seramai 110 penguatkuasa termasuk wakil pemilik cap dagang yang berdaftar bagi mengesan barang tiruan yang dijual peniaga.

"KPDNKK terlebih dahulu melakukan risikan disitu selepas menerima banyak aduan daripada orang awam sebelum melancarkan operasi bersepadu bagi membanteras aktiviti penjualan barangan tiruan," kata Alias.

Alias memaklumkan, peniaga yang terbabit dengan kesalahan menjual barangan tiruan akan disiasat dan didakwa di bawah Seksyen 8, Akta Perihal Dagangan 2011.

"Semua kes disiasat dibawah Seksyen 8, Akta Perihal Dagangan 2011 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 bagi setiap unit barang rampasan atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi individu yang disabit kesalahan atau denda maksimum RM15,000 seunit barang bagi syarikat yang terbabit," jelasnya.

Menurut Alias, pihaknya akan terus mengadakan operasi seperti ini diseluruh negara terutama di tempat-tempat tumpuan dan tempat yang mendapat banyak aduan bagi memastikan pengguna tidak terus ditipu.

Beliau turut memohon kepada pengguna untuk memberi kerjasama dengan membuat aduan kepada pihaknya bagi membanteras peniaga-peniaga yang mengambil kesempatan dengan menjual barangan tiruan.

"Orang ramai dialu-alukan menghubungi talian 1300-88-6800 untuk menyampaikan aduan atau melalui laman web htpp://eaduan.kpdnkk.gov.my atau datang sendiri ke pejabat kami," katanya.

Dengan serbuan ini, ianya jelas menunjukkan bahawa rombakan kabinet yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah tepat bagi menggantikan Menteri KPDNKK sebelum ini.

Tahniah diucapkan kepada Hamzah atas serbuan yang dilakukan pihaknya walaupun baru memulakan tugas sebagai menteri KPDNKK.

Selain itu, rakyat juga berharap dengan lantikan Hamzah sebagai menteri KPDNKK yang baharu ini dapat meneruskan operasi serbuan ini kepada premis-premis perniagaan yang sering menjual barangan tiruan seperti di Petaling Street, Komplek Pertama dan sebagainya. - Utaranews.com


FITNAH WARAN TANGKAP: SAHIH TAK SAHIH, BELAKANG KIRA... YANG PENTING VIRALKAN DAHULU KERANA IANYA MENENTANG KERAJAAN DAN NAJIB!!!



Ada semacam satu kegilaan dalam masyarakat Malaysia khususnya pengguna-pengguna media sosial masakini. Seumpama pada penghujung 1990-an apabila mana-mana artikel disiarkan di Internet, dianggap sebagai ayat-ayat al Quran yang wajib diimani dan diyakini kebenarannya.

Kata-kata, "Macam mana tak percaya, kat Internet dah keluar dah" merupakan kata kunci azimat yang amat ampuh untuk menafikan sebarang penafian yang dibuat oleh mana-mana pihak pada waktu itu.

Asalkan keluar dari Internet, maka ianya dianggap benar dan tidak boleh disangkal sama sekali.

Rupa-rupanya selepas hampir 20 tahun, ungkapan tersebut tetap terpakai dan relevan.

Buktinya ialah, hampir setiap hari ada-ada sahaja fitnah-fitnah besar yang melanda kepimpinan negara, tetapi ia telah diterima sebagai satu kebenaran hakiki yang tidak disangkal, bahkan disebarkan pula dengan harapan lebih ramai yang akan percaya dengan fitnah-fitnah tersebut.

Terbaru adalah fitnah Sarawak Report.

Walaupun telah diperjelaskan tentang kecacatan laporan tersebut serta grafik deraf waran tangkap yang disiarkan oleh Sarawak Report, namun masih ramai yang tetap percaya bahawa ia adalah satu helah untuk melindungi kerajaan dan Najib Abdul Razak daripada salahlaku yang amat dahsyat.

Rakyat Malaysia ternyata sudah terlalu ekstrem dengan pendekatan politik dan telah menjadikan fitnah sebagai salah satu budaya hidup. Tidak mustahil juga sekiranya, ada rakyat Malaysia yang hidup dengan fitnah dan menjadikan fitnah sebagai kerjaya sepenuh masa sama ada bergaji atau sebaliknya.

Tentu anda masih ingat bagaimana kecohnya apabila Sarawak Report menjadi media yang mempopularkan 40,000 orang warga Bangladesh yang telah didatangkan ke negara ini, menaiki kapal terbang dan kapal untuk menjadi pengundi-pengundi hantu bagi memenangkan UMNO dan Barisan Nasional.

Fakta 40,000 orang warga Bangladesh tersebut tidak pernah dinyatakan secara jelas, tetapi ia telah digunakan sebagai hujah oleh para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya PKR dan DAP. Menariknya, fakta sebenar ialah pertambahan pengundi-pengundi muda dari kalangan masyarakat Cina yang sehingga kini tidak dapat dijelaskan oleh DAP yang begitu mengawal serta mengawasi pengundi-pengundi berkenaan yang dilaporkan tidak boleh berbahasa kebangsaan baik secara lisan mahupun tulisan.

Kini Sarawak Report mengeluarkan satu lagi fitnah besar dan menariknya, ada di kalangan rakyat Malaysia yang tidak mempunyai daya upaya untuk menyelidiki kebenaran tersebut dan menerimanya sebagai satu kebenaran. Asalkan ianya menentang kerajaan dan Perdana Menteri, ia adalah satu kebenaran!!!... malang sungguh!!!

Amat malang, dalam kecenderungan untuk menggunakan media sosial, dan setelah membuang begitu banyak masa dengan media sosial, akhirnya yang terhasil adalah OTAK SEKERAT yang sangat susah untuk mengenalpasti yang mana kebenaran dan yang mana kepalsuan.

Menariknya, golongan ini jugalah yang akan marah-marah dan merungut apabila pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka nanti.


JEMPUT MUHYIDDIN RASMIKAN MESYUARAT, BAKAL CETUS GADUH BESAR DAN PENJELASAN TENTANG 'WANG DERMA' DARIPADA AZALINA OTHMAN SAID!!!



Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berpendapat tindakan beberapa bahagian UMNO membatalkan jemputan Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan mesyuarat bahagian selepas Timbalan Presiden UMNO itu digugurkan dalam kabinet kerana bimbang ia menjadi punca berlaku 'pergaduhan besar' dalam parti.

“Saya pun ketua bahagian. Itu hak saya nak jemput siapa. Sebagai pemimpin di bahagian, saya ada tanggungjawab. Dan saya yakin ramai yang batal kehadiran timbalan presiden kerana ramai yang tidak gemar dengan perangai beliau.

“Tak kan nak jemput Timbalan Presiden yang hari-hari asyik maki presiden parti. Nanti jadi gaduh besar antara ahli pula,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Media Bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) di sini hari ini.

Bagaimanapun, Azalina memberitahu, ia terpulang kepada budi bicara bahagian-bahagian UMNO untuk menjemput Muhyiddin untuk merasmikan mesyuarat bahagian parti masing-masing kerana ia bukan satu halangan.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Penggerang memberitahu, Mesyuarat UMNO Bahagian Pengerang akan dirasmikan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shabery Cheek pada 1 Ogos ini.

Mengenai tindakan Datuk Seri Mukhriz Mahathir melawat Muhyiddin sebaik digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah hak Menteri Besar Kedah itu.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baharu berkata, kunjungan itu berdasarkan kedudukan Muhyiddin yang masih memegang jawatan Timbalan Presiden UMNO.

“Itu hak beliau kerana Muhyiddin masih Timbalan Presiden UMNO. Anwar Ibrahim masuk jel pun ramai orang berkunjung rumah dia. Penjara Kajang pun ramai yang pergi jumpa. Tidak ada masalah.

“Tidak salah tunjuk simpati. Apa yang penting, MB Kedah dilantik atas cadangan Perdana Menteri dan dipersetujui oleh Jemaah Pemangku Kedah. Jadi beliau kena tahu kenapa beliau diletakkan di situ,” katanya sambil mengakui ia akan menimbulkan spekulasi.

Azalina juga memberitahu beliau pelik dengan tindakan Muhyiddin yang berubah memberi kenyataan dan tidak selari ketika sidang akhbar semalam.

“Saya tidak faham siang kata hendak bagi sokongan padu tetapi malam keluar video. Janji nak bantu kukuh parti tapi saya terperanjat dan jadi keliru. Macam inilah, kalau orang derma duit kepada saya untuk jaga tuan-tuan dan puan-puan (rujuk wartawan) dan beritahu simpan duit atas nama saya.

“Itu hubungan saya dengan penderma. Apa yang salahnya? Kecuali duit itu untuk UMNO, Parlimen atau NGO, saya kena ikut cakap penderma. Tapi kalau penderma bagi duit pegang sebagai amanah, itu hubungan saya dengan penderma. Saya cakap isu duit bukan masalah besar.

“Itu budi bicara orang yang menderma duit. Orang kalau amanah kita dengan yang pemberi amanah. Itu saya kata Muhyiddin tidak betul. Mana boleh macam itu. Saya tidak tahulah, agaknya mesyuarat Kabinet banyak kali bincang dan cakap, tak kan luar cakap lain.

"Saya rasa agak sedih kerana kalau ada masalah, bincang elok-elok. Kita ini orang parti. Kalau macam ini tak tahulah. Esok lusa pembangkang pula masuk main isu ini,” katanya. 

Copy Paste Sepenuhnya Dari MALAYSIA GAZETTE


KERAJAAN PULAU PINANG MENERUSI MBPP DIDAKWA MAHU ROBOHKAN MENARA MASJID BATU UBAN!!!



Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim mendakwa kerajaan Pulau Pinang melalui Majlis Bandaran Pulau Pinang (MBPP) bakal mengambil tindakan untuk merobohkan menara Masjid Batu Uban yang dibina beberapa tahun.

Iszuree ketika dihubungi SuaraTV berkata, segala urusan pembinaan menara masjid itu telah diuruskan oleh syarikat Telco.

“Ketika awal 2012 pihak masjid (Batu Uban) ada perancangan untuk membina menara, malah majlis perasmian tersebut turut dihadiri oleh allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan tidak lama selepas itu pihak masjid telah menerima kertas cadangan dari pihak Telco untuk membina menara tersebut dengan kos pembinaan ditanggung sepenuhnya oleh mereka.

“Setelah mengadakan perbincangan, ahli jawatankuasa masjid bersetuju dengan cadangan pihak Telco terbabit dan menyerahkan segala urusan pembinaan, kelulusan dan perkara yang berkaitan dengan pembinaan menara tersebut kepada syarikat terbabit” ujarnya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Menurut Iszuree pihak masjid turut memberi peringatan kepada pihak Telco untuk membuat permohonan dan mendapatkan kelulusan dari kerajaan negeri sekiranya mereka berhasrat untuk memasang pencawang di menara tersebut.

“Setelah menara itu siap dibina, pihak kami langsung tidak mendapat sebarang maklumat mengenai sebarang tindakan yang akan diambil terhadap menara masjid atau pencawang telefon yang dipasang.

“Namun pagi tadi saya mendapat makluman, struktur menara tersebut akan dirobohkan atas alasan ia tidak mendapat sebarang kelulusan dari pihak kerajaan negeri” uajrnya lagi.

Menurut Iszuree pihaknya akan mempertahankan menara tersebut sekiranya pihak kerajaan tempatan berkeras untuk merobohkan menara masjid tersebut.

Iszuree menjelaskan setelah isu tersebut dibangkitkan di laman Facebboknya, pihak telah dimaklumkan, pihak MBPP bakal mengambil tindakan terhadap syarikat Telco dan bukannya menara masjid.

Namun maklumat tersebut masih samar kerana tiada sebarang pengesahan yang dibuat mengenainya.

SuaraTV cuba menghubungi pihak MBPP bagi mendapatkan pengesahan berhubung isu tersebut, namun gagal. (SUARA TV)

Thursday, July 30, 2015

TERDESAK BENAR UNTUK WUJUDKAN KEPERCAYAAN, WARAN TANGKAP SUDAH PUN KELUAR KE ATAS NAJIB!!!


Sarawak Report benar-benar mengotakan dan menunaikan janji mereka untuk muncul sebagai TUKANG FITNAH dan tukang pencipta dokumen-dokumen palsu. Sekaligus membenarkan kenyataan Lester Melanyi, bekas Editor Sarawak Tribune yang mendedahkan bagaimana dia telah diupah untuk memalsukan beberapa dokumen membabitkan 1MDB untuk disiarkan oleh Sarawak Report dan kemudian dianggap sebagai satu kebenaran oleh mereka yang berotak sekerat.

Kini Sarawak Report muncul lagi. Kali ini muncul dengan sesuatu yang disangkakan akan lebih GEMPAK, lebih memeranjatkan dan LEBIH HEBAT!

WARAN TANGKAP KE ATAS NAJIB ABDUL RAZAK!!!


Ketika Sarawak Report mencipta money trail menggunakan Powerpoint sahaja, kali ini waran tangkap pula dicipta dengan menggunakan Microsoft Word!

Ada pembela yang menyatakan Sarawak Report sekadar memaparkan Draft Waran Tangkap bersama-sama Pertuduhan yang boleh digunakan untuk memohon waran tangkap sebenar dari mahkamah. Sekaligus, ini tidaklah boleh dianggap palsu.

Barangkali pencipta waran tangkap atau draf waran tangkap (*mana-mana satu), terlupa bahawa baik waran tangkap, waran geledah mahupun sapina ke mahkamah, yang dikeluarkan oleh mana-mana jabatan untuk pertuduhan untuk pendakwaan, wajib ada nombor kes atau nombor report atau nombor fail. Bukannya kosong sebagaimana yang didedahkan oleh Sarawak Report.


Lebih menarik lagi, ada pula peguam yang kononnya sangat hebat, turut mempromosikan fitnah rekaan Sarawak Report walaupun dia barangkali lebih arif tentang Waran Tangkap dan Kertas Pertuduhan berbanding orang awam. Sekaligus membolehkan kita meneka, apakah motif, apakah matlamatnya mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa.

Dalam hal ini, Sarawak Report sendiri terkeliru antara kertas pertuduhan dengan waran tangkap. Dokumen yang disbarkan itu kelihatan seperti satu kertas pertuduhan dalam bentuk draf. Dan dokumen draf kertas pertuduhan sebegitu boleh dicpita dan direka oleh sesiapa pun yang tahu menggunakan Microsoft Word.

Mudah sangat buat fitnah dan anehnya, ada yang sudah pun terkinja-kinja dan membuat kesimpulan, pendedahan Sarawak Report kali ini adalah paku terakhir di keranda Najib!!!


BANK NEGARA MALAYSIA NAFIKAN ZETY LETAK JAWATAN DAN SAKIT JANTUNG!!!



Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan khabar angin yang tersebar menerusi media tempatan dan pasaran kewangan bahawa Gabenornya, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz telah meletak jawatan.

Apabila diminta memberi komen berhubung perkara itu, jurucakap bank pusat itu berkata: "Ia tidak benar," lapor Reuters.

Ketika dihubungi The Star, jurucakap BNM juga menafikan Zeti, 67 diserang sakit jantung.

"Beliau sihat dan menjalankan tugas seperti biasa," tambah jurucakap itu lagi. (MSTAR)


SALAHKAH SAYA MELAWAT PEMIMPIN YANG BERJASA KEPADA NEGERI KEDAH? - MUKHRIZ MAHATHIR!!!



Dalam sidang media YAB MB Kedah sebentar tadi beliau menegaskan bahawa kunjungan beliau ke rumah Tan Sri Muhyiddin Yassin pada malam tersebut hanyalah untuk berterima kasih atas jasa yang Tan Sri Muhyiddin berikan pada negeri Kedah.

Kemudian beliau memperjelaskan lagi situasi yang berlaku.

Pertama, kita kena ingat bahawa MB Kedah ni suka melawat orang. Sewaktu Almarhum Nik Aziz meninggal pun beliau turut menziarahi jenazah buat kali terakhir, sedangkan beliau tiada hubungan pun. Hanya beliau satu-satunya Pengerusi Perhubungan UMNO negeri yang pergi menziarahi keluarga almarhum Dato Nik Aziz. Jadi, janganlah dipertikaikan kenapa bila seseorang digugurkan jawatan dan beliau pergi melawat.

Kedua, beliau pergi melawat dirumah Tan Sri, jadi takkanlah ada halangan untuk tuan rumah sendiri bercakap. Kita dirumah sendiri pun bercakap macam-macam juga, tetapi ianya dirumah. Cuma bila ianya dirakamkan dan viral tanpa izin dan pengetahuan, ianya bukan salah Tan Sri.

Patutnya ditanya, siapa yg rekod dan kenapa diviralkan, itu yang patut dipersoalkan. Ini dah kali kedua, dulu masa berucap dalam majlis KERIS pun kita tahu, ada org yg rakam ucapan dia, dan tanpa pengetahuan dia, viralkan video tu. Tu pun jadi isu, dan yg ni pun sekali lagi.

Kata Dato Seri Hj Mukhriz,

"Saya hanya mendengar apa yg beliau cakap dan tak tokok tambah apa yg Tan Sri kata hari tu".

sambung beliau,

"Saya tak nampak pulak apa yang saya lakukan itu satu kesalahan. Saya ingat elok jangan tanya saya soalan tu, tanya orang lain la. Apakah patut tindakan diambil keatas saya kerana pergi melawat bekas pemimpin untuk ucapkan terima kasih kepada dia. Saya ingat itu tak salah kot".

Namun Dato Seri kata beliau bersedia,

"Walaupun begitu, ya saya bersedia menghadapi segala kemungkinan sekalipun, iaitu asam garam politik la orang katakan, Kuasa yg ada dalam tangan saya ni diturun dari Allah SWT. Pada bila-bila masa, boleh diambil balik. Kita redhalah dengan keadaan".

Bila ditanya adakah segala kemungkinan, walaupun digugur jawatan MB.

Beliau menjawab,

"Saya sedia menghadapi apa saja kemungkinan sekalipun, tak perlu lah specific sangat kot".

Sidang Media YAB MB Kedah ketika di Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Jerlun sebentar tadi.




DARI MANA DATANG RM2.6 BILION DALAM AKAUN NAJIB DAN MUHYIDDIN TIDAK JUJUR!!!



Dari mana wang RM2.6 Billion yg terdapat didalam akaun Najib?.

1..Perlembagan parti umno perkara 27.2 mewartakan presiden parti boleh membuka akaun amanah bagi memegang dana parti dan DS Najib telah berbuat demikian dengan memberikan kuasa kepada Tun Faisal sebagai pemegang kuasa.
Amalan Presiden memegang wang amanah telah dibuat sejak Perdana Menteri sebelum ini dan dimulai sejak zaman Tun Mahathir lagi.

Ada yg mendakwa itu wang 1MDB yg dicuri oleh Najib.?

2. Laporan Sarawak Report atau pun WSJ ataupun laporan ketua audit negara atau PAC ataupun mana mana sumber tidak pernah menunjukkan ada bukti transaksi dari akaun 1MDB keakan Najib.
Cuma Tun Mahathir yg menyedari kewujudan akaun amanah yg dipegang oleh Presiden mendesak agar Najib menunjukkan akaun beliau dengan tujuan untuk memerangkap Najib dan mengaitkannya dengan kerugian didalam 1MDB.
Amalan Presiden memegang wang amanat telah dibuat sejak beliau (Tun M) menjadi Presiden UMNO.

Bagaimana dengan pendedahan TSMY dalam satu video menyatakan bahawa Najib mengaku memasukkan sejumlah wang berjumlah R2.6 Billion keakaun beliau?

3. Amat mustahil si kaya raya seperti TSMY yg pernah jadi MB Johor dan Timbalan Perdana Menteri dan berbagai jawatan menteri dan pemegang banyak jawatan besar didalam umno sejak berkecimpung dalam umno selama 35 tahun tidak tahu akan perkara ini berhubung akaun amanah dan perkara 27.2 perlembagaan UMNO yg membenarkan Presiden memegang dana parti kecualilah beliau berniat jahat dan ingin menyingkirkan Najib dalam baik..

TSMY dilihat jujur
4.TSMY sering bercakap kononnya berjuang untuk rakyat tetapi kekayaan diri tidak akan habis 7 keturunan. TSMY sebenarnya pepat diluar dan runcing didalam dan beliau politikus yg tidak boleh dipercayai..
Tindakan Ds Najib memecat beliau cukup tepat dan beliau sememangnya tidak layak untuk menjadi seorang Perdana Menteri.


RAHMAN DAHLAN TOLAK DAKWAAN MUHYIDDIN MALAH DEDAHKAN YANG LEMBARAN FAKTA 1MDB DIBENARKAN BAWA PULANG UNTUK DIKAJI!!!



Ekoran kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin bahawa dia tidak begitu maklum dengan isu 1MDB sehingga perlu menyelak dan menyemak The Edge untuk mengetahui perkara sebenar, Rahman Dahlan tampil perkara sebenar.

Menurut Rahman Dahlan yang berjaya membuatkan Lim Kit Siang dan Tony Pua tegak kepala, dakwaan Muhyiddin itu adalah dakwaan liar. Tidak sepatutnya, anggota kabinet mengeluh kononnya tidak diberikan masa yang mencukupi untuk mengkaji lembaran fakta tentang 1MDB, malah maklumat-maklumat yang diberikan juga adalah lebih daripada mencukupi.

Dalam postingnya di Facebook hari ini, Rahman berkata, para menteri telah diberitahu, mereka boleh membaca lembaran fakta tersebut pada bila-bila masa yang mereka suka.

"Fact sheet 1MDB yang dinyatakan oleh Tan Sri Muhyiddin semasa sidang media, tidak diambil balik daripada para menteri. Kesemua menteri kabinet dibenarkan membawa pulang fact sheets itu," kata Rahman yang juga merupakan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan selain Ahli Parlimen Kota Belud.

Dia tidak bersetuju dengan dakwaan Muhyiddin bahawa lembaran fakta tersebut tidak cukup komprehensif malah menyatakan, 'mengandungi banyak maklumat-maklumat berhubung isu-isu panas 1MDB'.


Selain lembaran fakta tersebut, terselit juga sepucuk surat daripada Menteri Kewangan II, Dato Seri Husni Hanadzlah yang meminta mana-mana Menteri Kabinet yang mahu mendapatkan penjelasan lanjut agar menghantar soalan-soalan mereka kepadanya dalam satu format tulisan yang telah disediakan.'

Muhyiddin telah menimbulkan kegempara pada Ahad lalu apabila mendakwa, maklumat-maklumat tidak lengkap dalam lembaran fakta yang diberikan, memaksa dia mendapatkan maklumat daripada sumber-sumber lain untuk isu 1MDB termasuklah daripada The Edge yang kini permit penerbitannya digantung dan kedua-dua pemiliknya, Tong Koii Ong dan Ho Kay Tat sedang disoalsiasat oleh PDRM berhubung tindakan mereka menerbitkan dan menyiarkan artikel dengan mengguna data-data yang telah dicuri dan dipinda daripada seorang lelaki warga Switzerland yang kini sedang menanti perbicaraan di Thailand kerana memeras bekas majikannya, PetroSaudi International.


PENAMATAN KHIDMAT GHANI PATAIL SEBAGAI PEGUAM NEGARA MENGIKUT PERLEMBAGAAN KATA PEGUAM NEGARA YANG BARU!!!



Peguam Negara (AG) yang baharu dilantik, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, penamatan khidmat Tan Sri Abdul Gani Patail dilakukan mengikut Perlembagaan Persekutuan yang tidak memerlukan sebuah tribunal bagi menentukan perkhidmatannya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Mohamed Apandi berkata, artikel dalam perlembagaan yang memerlukan tribunal bagi penamatan khidmat AG telah digantikan dengan klausa baharu di bawah Akta (Pindaan) Perlembagaan dan berkuatkuasa pada 16 September 1963.

"Di bawah Fasal (5) Perkara 145 sedia ada, peguam negara memegang jawatan selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong," kata Apandi.

"Oleh itu cara penyingkiran yang dirujuk dalam klausa 6 Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan tidak terpakai kepada peguam negara yang dilantik selepas 16 September 1963.

"Demi kepentingan pentadbiran keadilan, adalah perlu bagi orang awam tidak dikelirukan hingga menganggap keadaan sebaliknya,” katanya.

"Walau apapun, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak pernah dipecat atau diturunkan pangkat dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan," kata beliau.

Semalam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sr Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan berkata khidmat Abdul Gani selaku Peguam Negara telah ditamatkan berkuatkuasa 27 Julai atas sebab-sebab kesihatan. - Bernama


AHMAD MASLAN SANGKAL DAKWAAN MUHYIDDIN, RM2.6 BILION DIMASUKKAN KE AKAUN PERIBADI NAJIB ABDUL RAZAK!!!



Datuk Ahmad Maslan menafikan dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengakui dana berjumlah RM2.67 billion dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya.

Beliau yang baru dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak benar.

“Tidak betul. Tidak ada pengaliran (wang ke akaun Perdana Menteri) dan sebagainya. Sebenarnya Presiden parti telah berikan taklimat kepada kami Ahli Majlis Tertinggi tentang perkara itu.

“Beliau tidak pernah menggunakan wang 1MDB masuk ke dalam akaunnya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Makan Malam Perdana dan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera di Menara Matrade pada malam Rabu.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan Muhyiddin dalam sebuah video yang mendakwa Najib mengakui RM2.67 billion dimasukkan ke dalam akaunnya.

Dalam masa sama, Ahmad Maslan menyindir Muhyiddin kerana mengatakan Barisan Nasional (BN) akan kalah jika pilihan raya diadakan dalam waktu terdekat.

“Kalau orang tanya saya jika esok pilihan raya boleh atau tidak Barisan Nasional menang, saya menjawab esok tidak lagi pilihan raya..itu jawapan saya.

“Esok persiapan untuk pilihan raya. Kalau ada pimpinan mengatakan, jika esok pilihan raya Barisan Nasional akan kalah, saya berpandangan berbeza. Esok tidak ada pilihan raya. Pilihan Raya mungkin 2018.

“Oleh itu persiapan perlu dibuat dengan pemantapan parti dan jika kita bersatu pembangkang berpecah belah..yang bersatu akan menang, yang berpecah belah akan kalah. Oleh kerana itu jangan kita berpecah belah,” katanya.

Muhyiddin baru-baru ini ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cheras berkata, BN akan tewas sekiranya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diadakan dalam masa terdekat ini.

“Saya nak bercakap benar, memang kalau ikut perkiraan saya, kalau esok pilihan raya, kita tidak mungkin boleh menang, kerana sudah ada kajian yang dibuat oleh banyak pihak,” kata Muhyiddin. (SUMBER)


Wednesday, July 29, 2015

VIDEO BOCOR MUHYIDDIN KATA NAJIB TERIMA USD700 JUTA DALAM AKAUNNYA!!!




Ada semacam usaha untuk mewujudkan pergaduhan besar-besaran dalam UMNO dan permusuhan kekal yang membolehkan UMNO dan Barisan Nasional bercempera kerana permusuhan dalaman.

Malaysiakini memainkan peranan tersebut dengan jayanya hari ini!

Agak menarik kerana klip video 53 saat telah digunakan untuk tujuan tersebut dan ianya diterima sebagai satu noktah dan kesimpulan kekal.

Tidak pula ada yang bertanya, mengapa klip video tersebut terlalu pendek dan tidak ditunjukkan bakinya?

Perbualan tersebut di dalam rumah Muhyiddin. Ia sekadar perbualan biasa, bukannya satu ceramah atau forum terbuka. 

Apa sebenarnya yang dibincangkan oleh Muhyiddin? Apakah mereka membincangkan tentang kegunaan tersebut dan siapa yang memperolehinya selain yang tergambar dan cuba ditekankan Najib telah menerima wang berkenaan? Atau sama ada UMNO atau Barisan Nasional membenarkan Presiden dan Pengerusi menyimpan wang tersebut sebagai satu amanah? 

Siapakah yang memiliki baki rakaman berkenaan? Mengapa tidak disiarkan keseluruhan rakaman? Mengapa hanya 53 saat? Adakah telefon yang merakamkannya telah habis data atau memori?

Kata-kata Muhyiddin terhenti pada 'pengakuan' Najib tetapi kegunaan wang tersebut tidak disiarkan. 

Dalam kontroversi berkenaan wang USD700 juta, Najib menafikan wang tersebut ia adalah dari 1MDB dan digunakan untuk kepentingan peribadi. Kenyataan Najib disokong oleh Reezal Marican dan Tajuddin Abdul Rahman. Malah mereka menegaskan, UMNO-BN tidak memerlukan wang 1MDB untuk membiayai pilihanraya sebagaimana tuduhan Tun Dr. Mahathir, sebaliknya mempunyai sumber-sumber sendiri.

Walau apa pun, ini adalah rakaman kedua yang dibuat secara curi-curi melibatkan Muhyiddin pada bulan ini dan kemudian dibocorkan. 

Sungguh aneh. Pembocoran klip video hanya melibatkannya dan kalau tak salah seorang lagi adalah V.K Linggam. (DI SINI

Orang lain tak ada video ke? Ke orang lain 'terjaga' dan 'berjaga-jaga'? Atau sememangnya ada orang yang sentiasa mengikut Muhyiddin, menunggu dia berbuat silap dan kemudian menghebahkan kesilapannya itu dengan menggunakan medium seperti Malaysiakini untuk cuci diri?

Atau ini sebenarnya adalah bantuan kepada DAP dan PKR yang mahu menuntut agar semua kemenangan UMNO-BN dimansuhkan dan kemenangan diberikan secara percuma kepada mereka, sekaligus membolehkan mereka menjadi pemerintah negara ini dengan cara mudah?

Seandainya, hal ini menjadi perdebatan dan hujah kepada DAP-PKR untuk mempersoalkan kemenangan Barisan Nasional dan UMNO, justeru, pihak berkuasa juga perlu memaksa semua parti politik terutama sekali DAP mendedahkan punca kewangan mereka untuk pembiayaan perjalanan politik, kempen pilihanraya dan program-program kepartian selama ini.

Bagi yang tidak tahu, semasa PRU-13, sejumlah 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN telah dipertandingkan menjadikan jumlah calon Barisan Nasional yang bertanding adalah 727 orang, tidak termasuk penggunaan NGO, pengiklanan di media massa dan elektronik, iklan dalam talian dan sebagainya.

Dan kesemua itu memerlukan modal yang besar!


PENGAGIHAN ZAKAT DI SELANGOR DIPERTIKAIKAN KERANA SANGAT-SANGAT MERAGUKAN!!!



Angkatan Rakyat Sedar (ARAS) membuat laporan polis berhubung laporan media yang mendakwa Kerajaan Selangor mengagihkan dana zakat bernilai RM5 juta di seluruh negara melalui ketua-ketua cabang PKR tanpa melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS)

Ahli Jawatankuasa ARAS, Nasiruddin Mohamed berkata, agihan zakat itu menimbulkan keraguan dan kegusaran dari segi keabsahan senarai penerima iaitu adakah mereka yang menerima zakat itu merupakan golongan asnaf yang benar-benar layak.

“Peranan dan fungsi lembaga zakat negeri dan institusi awam berkenaan diketepikan kerana Lembaga Zakat Selangor (LZS) sendiri dilaporkan tidak dimaklumkan terlebih dahulu sebelum pengagihan ini dibuat

“Kemungkinan, demi mencapai matlamat politik sesetengah individu dan kepentingan kepartian sempit, wujud elemen salah guna dan penyelewengan dana awam serta salah laku lain, bertentangan dengan prinsip-prinsip urus tadbir yang baik merangkumi ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti,” katanya ketika dihubungi FMT.

Laporan polis dibuat di Balai Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada Rabu.

Ahli PKR itu berkata, pihaknya khuatir pengagihan zakat tanpa melalui pihak berwajib melanggar prosedur dan tatacara pengagihan yang ditetapkan mengikut hukum syarak.

“Mewakili rakyat Selangor yang menolak kebobrokan dan kejelekan seumpama ini daripada terus meracuni pentadbiran negeri, saya mohon agar Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan pihak berwajib yang lain segera menjalankan siasatan menyeluruh tanpa rasa takut atau pilih kasih,” ujarnya.

FMT pada 23 Julai lalu melaporkan Penyelaras BN Selangor, Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata cara kerajaan Selangor agih zakat RM5 juta meragukan kerana tidak melalui LZS.

LZS juga mengesahkan pihaknya tidak dimaklumkan tetapi meminta kerajaan negeri atau anak syarikat yang terbabit supaya menghantar laporan penuh.

Agihan zakat sebanyak RM5 juta oleh kerajaan Selangor itu diketahui umum selepas majlis penyerahkan bantuan zakat itu diadakan Pahang. (SUMBER)


BANGUNAN LAMA BUKIT AMAN TERBAKAR!!!











RANI KULOP TUKAR PROFESION, DARI TUKANG REPORT POLIS KEPADA MOTIVASI, PESAN MUHYIDDIN TIDAK EMOSI!!



Abdul Rani Kulup Abdullah menasihatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak bersedih setelah digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan.

Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM) itu berkata, Muhyiddin perlu menerima keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan hati terbuka.

“Terimalah keputusan yang dibuat Perdana Menteri, dia (Muhyiddin) harus bersabar dan jangan bersedih, rileks saja,” katanya kepada FMT.

Abdul Rani juga menasiihatkan Muhyiddin supaya tidak terlalu beremosi di atas apa yang berlaku.

“Setiap benda yang berlaku jangan sampai terbawa-bawa (emosi),” katanya.

Rani Kulup berkata, Muhyiddin meninggalkan banyak jasa sepanjang lebih enam tahun menjadi Timbalan Perdana Menteri.

“Muhyiddin seorang yang berpengetahuan luas serta memiliki idea yang bernas dalam menyumbang untuk pembangunan negara serta membela nasib rakyat,” katanya.

Tambahnya, setelah tidak lagi memegang jawatan dalam pentadbiran negara, Muhyiddin disarankan supaya memberi sepenuhya tumpuan kepada rakyat Johor khasnya di Parlimen Pagoh.

“(Setelah tidak berjawatan lagi) baliklah ke kawasan di Pagoh, jaga elok-elok rakyat Johor dan jaga parti,” katanya. - (SUMBER)


KENAPA PERLU GERAKAN HARAPAN BARU MAT SABU MEMINANG MUHYIDDIN YASSIN?



Kata Najib dah tak kuat dah...

Kata tindakan yang Najib lakukan adalah tindakan yang akan membunuh Najib sendiri dan UMNO pada PRU akan datang?

Kata Najib menguburkan dan mentalkinkan UMNO dan Barisan Nasional dengan tindakan drastiknya...

Tetapi kenapa agaknya, Mat Sabu beria-ia mengajak, mempelawa, memujuk dan meminang Muhyiddin untuk menyertai Gerakan Harapan Baru (GAHARU), malah tuan besarnya, DAP pula meletakkan Muhyiddin sebagai kepala yang akan mengetuai GAHARU sekaligus membenamkan UMNO dan Najib pada PRU akan datang?

Kenapa pula Muhyiddin ditabalkan sebagai ketua yang akan menyatukan semua Ahli Parlimen PKR-DAP dan PAS bersama-sama Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional yang berpaling tadah untuk buat undi tidak percaya kepada Najib pada Persidangan Parlimen akan datang?

Sepatutnya, DAP, PKR dan GAHARU sudah boleh senyum sampai ke telinga sambil garu-garu perut kerana mereka tidak perlu bekerja kuat lagi memandangkan masa hadapan UMNO dan Najib sudah hancur.

Sepatutnya juga apa juga tindakan Najib tidak mendapat perhatian dan diulas oleh mereka kerana semua yang dilakukan oleh Najib termasuklah mengukuhkan pasukan pentadbirannya sendiri, akan menyebabkan PKR dan DAP dengan bantuan GAHARU bakal menang mudah malah dengan majoriti yang sangat besar pada PRU akan datang.

Malangnya itu tidak berlaku, sebaliknya DAP, PKR dan GAHARU sedang berlumba-lumba untuk menjadi batu api. Malangnya juga, ramai juga orang UMNO sendiri yang terkinja-kinja dan melahirkan harapan agar Najib segera tumbang walaupun tanpa sedar, mereka juga akan turut tumbang sekali sekiranya Najib tumbang.

Muhyiddin telah mengulangi ikrarnya bahawa seluruh kesetiaannya adalah bersama-sama UMNO walaupun dia kini tidak lagi berjawatan dalam Kabinet. Setidak-tidaknya dia masih lagi Timbalan Presiden UMNO. Malah dia turut memberikan ikrar akan bekerja kuat untuk memulihkan semula keyakinan serta kepercayaan orang ramai kepada UMNO.

Selain itu, nasihat serta peringatan kepada UMNO Bahagian Pagoh, bahagian yang diketuainya juga tidak mendorong kepada penderhakaan atau sikap besar kepala sepertimana yang ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim sebaik-baik sahaja dia kehilangan jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 dahulu. Tiada ceramah road-tour daripada Muhyiddin dan tiada gesaan atau ajakan Muhyiddin untuk para penyokongnya berdemonstrasi di seluruh negara walaupun pada masa kini, simpati kepadanya sedang membuak-buak.

Kalau betul Najib akan tumbang dan rakyat sedang marah serta tidak sabar untuk menumbangkan Najib kerana keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri itu, puak-puak DAP dan PKR serta GAHARU tidak perlu membuang masa dengan mempelawa atau tebal muka meletakkan wajah atau nama Muhyiddin Yassin dalam senarai kepimpinan agung mereka!!!

Barangkali masalahnya mereka sedar dan tahu, tindakan Najib kena pada masanya. Itulah sebabnya mereka melompat sakan bagaikan kera yang kehilangan pokok!!!


EH, NURUL IZZAH TAK NAK KUPAS DAN ULAS TENTANG PERLANTIKAN ZAHID SEBAGAI TIMBALAN PERDANA MENTERI KE?



Antara yang paling kerap menghentam dan memperlekeh-lekehkan Zahid Hamidi adalah Nurul Izzah, anak perempuan Anwar Ibrahim yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai yang menang dengan cara menfitnah pencabarnya dari UMNO-BN tetapi hanya membuat pengakuan dan memohon maaf selepas diheret ke mahkamah selepas kemenangannya dalam PRU-13.

Kali terakhir Nurul Izzah membuat ulasan tentang Zahid Hamidi adalah pada 13 Jun 2015 apabila bertanyakan di mana reformasi penjara yang dijanjikan.

Seperti biasalah, yang Nurul Izzah mahu nyatakan ialah, bapanya sebagai banduan jenayah, sedang terseksa di dalam penjara kerana penjara di Malaysia tidak mempunyai bilik berhawa dingin, tidak mempunyai kerusi dan tilam empuk, tidak menyediakan perkhidmatan Internet atau massage parlour. Selain itu juga, penjara di Malaysia tidak menyediakan program-program ceramah untuk Anwar Ibrahim melepaskan gian dan menunjukkan kehebatannya.

Perlantikan Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri mula diperkatakan dan diperdebatkan. Puak-puak PKR dan DAP mula mempersoalkannya selain tidak yakin Zahid Hamidi akan bersikap liberal.

Beberapa tindakan penguatkuasaan undang-undang telah dibuat oleh Zahid kebelakangan ini terutama melibatkan penggantungan permit penerbitan The Edge, selain soal-siasat yang dijalankan ke atas Tong Koii Ong dan Ho Kay Tat oleh PDRM.

Hari ini, kedua-dua mereka dipanggil kembali ke Bukit Aman untuk disoalsiasat berhubung penerbitan artikel-artikel 1MDB di dalam The Edge milik mereka.

Dua hari lepas, Zahid menyatakan Malaysia akan mengusahakan ekstradisi ke atas Clare Rewcastle Brown yang kemudian diejek oleh N.Surendran, peguam paling bangang merangkap Naib Presiden PKR yang juga merupakan Ahli Parlimen Padang Serai yang seringkali terlupa di mana duduknya Padang Serai kerana terlalu jarang mukanya dilihat di kawasan yang diwakilinya.

Zahid ketika mengulas perlantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri menyatakan, jawatan yang disandangnya bukanlah untuk sanjungan sebaliknya sebagai satu tanggungjawab yang perlu digalas.

Dengan pertukaran Pengarah Cawangan Khas dan Peguam Negara, ada asasnya mengapa golongan yang kerap melanggar dan menjadikan undang-undang sebagai bahan mainan mereka, berasa gusar dengan kedudukan Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri yang terus mengekalkan portfolio Menteri Dalam Negerinya.

Justeru, tidak hairanlah Tony Pua dan Rafizi Ramli juga senyap sunyi!


PERTEMUAN PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO DI RUMAH MUHYIDDIN YASSIN!!!



Satu perjumpaan antara bekas Timbalan Perdana Menteri dan AJK-AJK UMNO melibatkan Pergerakan Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda UMNO dan Puteri UMNO Bahagian Pagoh di kediaman peribadi Muhyiddin di Damansara telah berlangsung semalam antara jam 4:30 petang sehingga 6:30 petang.

Lebih kurang 50 orang hadir. Antara mereka termasuklah Zaid A.Rahman yang merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pagoh, Datuk Hajah Noriah Mahat yang juga merupakan seorang Senator Dewan Negara, Rohaizah Ahmad yang merupakan Ketua Puteri UMNO Bahagian Pagoh dan Ismail Mohamad yang merupakan ADUN Bukit Serampang merangkap Exco Pertanian Negeri Johor selain sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh.

Dalam pertemuan tersebut, Muhyiddin menyeru agar rakyat dan penyokongnya di Parlimen Pagoh agar bersabar dan tidak menimbulkan sebarang provokasi. Dia juga menasihati para penyokong dan rakyat di Pagoh agar tidak bertindak membuat demonstrasi yang melanggar undang-undang.

Selain itu, dia turut mengarahkan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh mempengerusikan sebuah mesyuarat khas di kalangan AJK-AJK UMNO Bahagian Pagoh bagi menerangkan situasi sebenar yang berlaku dan meminta semua ahli-ahli UMNO Pagoh agar bersabar dengan apa yang berlaku.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh juga telah diarahkan agar mengadakan sidang akbar untuk memberikan penerangan sebenar kepada akar umbi agar tidak timbul sebarang kekecohan.

Selain itu, Muhyiddin juga berjanji akan bertemu dengan AJK UMNO Bahgian Pagoh selewat-lewatnya pada hari Khamis atau Jumaat minggu ini di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh untuk memberikan penerangan tentang pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Muhyiddin disingkirkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam pengumuman khas Perdana Menteri pada jam 1:30 tengah hari semalam dan jawatannya kini digalas oleh Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri.


Tuesday, July 28, 2015

DAP DAH START TUSUK JARUM... PERSARAAN GHANI PATAIL TIDAK MENGIKUT PERLEMBAGAAN KATA GOBIND SINGH DEO!!!



Najib sepatutnya berbincang terlebih dahulu dengan para peguam hebat dalam DAP. Najib tidak boleh membuat keputusan dan kemudian mempersembahkannya kepada DYMM Yang Di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan.

Apa-apa cara pun, Najib kena menghadap DAP terlebih dahulu untuk diberikan perkenan. Kalau tidak, semua tindakan Najib dilihat sebagai tidak berperlembagaan.

Barangkali itulah yang dimaksudkan oleh Gobind Singh Deo yang mengulas perlucutan jawatan Abdul Ghani Patail sebagai Peguam Negara. Katanya perlucutan jawatan tersebut telah melanggar perlembagaan.

Dalam kenyataannya hari ini, Ahli Parlimen Puchong itu berkata, Artikel 145(6) Perlembagaan Persekutuan tidak membenarkan penyingkiran atau pemecatan mana-mana Peguam Negara daripada jawatannya kecuali atas alasan-alasan dan dengan cara yang sama seperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan.

Kata Gobind Singh Deo lagi, Ghani Patail hanya boleh dipecat menerusi sebuah tribunal yang diwujudkan untuk menyiasat layak atau tidak dia dipecat.

Gobind merujuk Artikel 125(3) Perlembagaan Persekutuan yang menjelaskan hujahnya itu.

Khidmat Ghani tidak boleh ditamatkan semata-mata kerana sebab-sebab kesihatan, kata Gobind Singh Deo.

Dan seperti biasalah, Gobind Singh Deo selaku pemimpin kanan DAP akan membuat pelbagai teori dan persepsi berhubung kenyataannya sendiri, terutama sekali yang melibatkan 1MDB.

Dalam pada itu, dia turut mendesak, Peguam Negara yang baru, Mohamed Apandi Ali untuk mendedahkan kepada awam berhubung peranan Special Task Force yang terlibat dengan 1MDB tentang tugas-tugas mereka dan apakah yang telah mereka lakukan.


SHAPIE APDAL BERIKRAR, TIDAK AKAN BERPUTUS ASA SELEPAS DIGUGURKAN DARIPADA JAWATAN MENTERI!!!



Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang digugurkan daripada jemaah Kabinet, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak akan berputus asa.

Sebaliknya akan akan terus menjadi berjuang untuk rakyat.

Katanya, pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak akan membuat beliau berputus asa.

“Never worries, never be sad when you fight for rakyat,” katanya ketika ditemui di kediaman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Bukit Damansara.

Dalam kenyataan sebelum ini, Ahli Parlimen Samporna itu mempertahankan tindakannya dan tidak menolak kemungkinan ia berkaitan dengan pandangannya yang tidak selari dengan Najib dalam beberapa isu.

“Pandangan yang saya berikan adalah demi untuk menguatkan UMNO dan niat ini bertujuan untuk meletakkan negara ke landasan yang sepatutnya,” petik kenyataan itu. (SUMBER)


KENYATAAN BALAS MUHYIDDIN YASSIN BERHUBUNG PEMECATANNYA DARIPADA JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI!!!



Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah. Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri.

Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, namai baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha.

Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.

Kepada Allah saya berserah.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

27 Julai 2015


KENYATAAN MEDIA NAJIB ABDUL RAZAK BERHUBUNG ROMBAKAN KABINET!!!



Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan perenggan (b) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan mengenai pelantikan Menteri Persekutuan dan Fasal (1) Perkara 43A mengenai pelantikan Timbalan Menteri Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan berikut:


Menteri Persekutuan:

(i) YB Datuk Wilfred Madius Tangau;
(ii) YB Dato’ Hamzah bin Zainudin;
(iii) YB Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar;
(iv) YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid;
(v) YB Dato’ Sri Azalina binti Dato’ Othman Said;
(vi) YB Datuk Seri Ong Ka Chuan; dan
(vii) YB Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak

(Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan YB Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak sebagai Ahli Dewan Negara dan beliau akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara dalam masa terdekat).

Timbalan Menteri Persekutuan:
(i) YB Dato’ Wira Mohd Johari bin Baharum;
(ii) YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin;
(iii) YB Datuk Nur Jazlan bin Mohamed;
(iv) YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki;
(v) YB Senator Tuan Chong Sin Woon;
(vi) YB Dato' Seri Reezal Merican bin Naina Merican;
(vii) YB Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakob;
(viii) YB Tuan Masir anak Kujat; dan
(ix) YB Dato’ Johari bin Abdul Ghani.

Rombakan Kabinet hari ini dibuat bagi tujuan memperkukuhkan lagi barisan Jemaah Menteri dalam kita menghadapi cabaran menguruskan negara sebelum Pilihanraya Umum yang ke-14.

Keputusan saya menggantikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, menggugurkan empat orang Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta perubahan portfolio,dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentabiran

Ini bagi memastikan pentadbiran di bawah saya terus komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat pada pilihan raya umum yang ke-13.

Bagi tujuan ini, Jemaah Menteri perlu bertindak sebagai satu pasukan yang jitu dalam apa jua keadaan, melangsungkan agenda pembangunan Negara serta menguruskan isu-isu Negara yang berbangkit agar dapat bertindak dengan berkesan.

Saya boleh menerima perbezaan pendapat dan kritikan sebagai sebahagian dari proses dalam membuat keputusan. Namun, sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap Kerajaan serta Negara. Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama Kabinet (collective responsibility).

Keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin merupakan satu keputusan yang amat sukar, tetapi terpaksa saya lakukan agar Jemaah Menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Tan Sri Muhyiddin. Begitu juga oleh Menteri dan Timbalan Menteri yang kini tidak lagi bersama saya di dalam pentadbiran Kerajaan.

Insha-Allah, saya yakin senarai Kabinet yang baru ini dapat meneruskan hasrat Kerajaan untuk menjayakan segala perancangan yang telah dijanjikan dan meningkatkan keyakinan serta sokongan rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah juga memperkenankan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Baginda diadakan pada Rabu, 29 Julai 2015, jam 10 pagi di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Perdana Menteri
Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak
28 Julai 2015


ANTARA 'PEMECATAN' PEGUAM NEGARA GHANI PATAIL DAN MUHYIDDIN YASSIN SERTA ROMBAKAN KABINET.. HARI INI SEGALA-GALANYA DRASTIK!!!



Berita yang mengejutkan walaupun sebenarnya desakan terhadap isu ini telah lama dibuat, terutama ketika isu perbicaraan liwat Anwar Ibrahim, telah pecah semenjak pagi tadi.

Persaraan bekas Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail berkuatkuasa serta-merta pada hari ini telah memenuhi semua medium media terutama sekali media sosial. Alasan yang diberikan adalah masalah kesihatan.

Tidak ramai yang mengetahui, Ghani Patail menjalani rawatan dialisis. Ada yang memberitahu, dia menjalani rawatan dialisis darah tiga kali seminggu. Sekaligus menunjukkan yang proses tersebut menandakan penyakitnya adalah kronik dan bebanan tugas akan lebih menjejaskan buah pinggangnya.

Serta-merta pula, media berkejar mendapatkan Ghani Patail untuk mendapatkan ulasannya. Grafik di atas adalah jawapan Ghani Patail yang memperlihatkan seolah-olah dia 'terkejut' dengan persaraannya.


Tugasannya sebagai Peguam Negara kini digantikan oleh Tan Sri Apandi, Pengerusi Panel Hakim Mahkamah Persekutuan yang cukup terkenal kerana menolak permohonan HERALD TRIBUNE dalam isu penggunaan KALIMAH ALLAH untuk penerbitan Kristian berbahasa Melayu mereka.

Namun yang sudah pasti ditunggu-tunggu oleh sekalian ramai orang adalah pengumuman penting yang bakal dibuat pada jam 3:00 petang nanti.

Ramai dan banyak pihak terutama media sedang membuat spekulasi tentang pemecatan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri ekoran ucapannya selama 1 jam 8 minit dalam perasmian mesyuarat UMNO Bahagian Cheras dua hari sudah. Terdapat juga beberapa nama Menteri dan Timbalan Menteri yang katanya akan disingkirkan selain beberapa nama lain dinaikkan pangkat menjadi MENTERI PENUH, dan Timbalan Perdana Menteri.


Antara nama-nama yang dikatakan bakal naik pangkat menjadi MENTERI PENUH adalah AHMAD MASLAN, Ahli Parlimen Pontian yang sekarang ini merupakan Timbalan Menteri Kewangan yang banyak bercakap tentang GST dan 1MDB.

Bagaimanapun, ada pula maklumat lain yang menafikan sebarang rombakan kabinet. Walaupun Perdana Menteri dilaporkan bergegas menghadap DYMM Yang Di-Pertuan Agong semalam sewaktu mesyuarat Majlis Ekonomi, tetapi perkara yang dibincangkan dalam penghadapan itu adalah membabitkan Ghani Patail.

Lagipun jawatan Timbalan Perdana Menteri hanyalah Menteri dalam perlembagaan. Itu sebablah perlantikan TPM dibuat tanpa perlu mendapatkan keizinan DYMM Yang Di-Pertuan Agong, sebaliknya upacara angkat sumpah hanya dibuat di hadapan Perdana Menteri.

Apa-apa pun, kita tunggu jam 3:00 petang walaupun pelbagai khabar angin terus bertiup kencang!


Monday, July 27, 2015

AWAS!!! GENG SAMUN EMPAT CINA SEORANG MELAYU NAIK ESTIMA GIAT MEROMPAK, MENYAMUN DAN MENCEDERAKAN MANGSA DI SEKITAR LEMBAH KELANG!!!



Orang ramai diminta lebih berhati-hati dengan kemunculan Geng Samun Dalam Rumah pada siang hari yang menggunakan kereta Toyota jenis Estima berwarna putih.

Jurucakap polis berkata, setakat ini, sembilan kes samun di siang hari telah dilaporkan oleh kumpulan berkenaan termasuk di Rawang, Jinjang, Klang, Puchong dan USJ.

Katanya, modus operandi geng berkenaan ialah menyerbu rumah mangsa antara jam 12 tengah hari hingga tiga petang dengan mengacukan parang dan menggunakan wayar kabel untuk mengikat mangsa.

Katanya, geng samun itu dipercayai dianggotai empat suspek iaitu tiga lelaki Cina dan seorang Melayu dengan memakai topeng ski dan sarung tangan.


Geng itu menaiki kenderaan Estima berwarna putih menggunakan nombor pendaftaran Kuala Lumpur yang bermula huruf ‘W’ yang dipercayai palsu.

Jurucakap polis berkata, suspek cenderung menggunakan nombor pendaftaran Kuala Lupur yang mengandungi angka 8 dan nombor berpasangan (pairing) seperti 88, 66, 22 dan 00. (SUMBER)


HENTIKAN PEMBALAKAN DI SEKITAR TAMAN NEGARA PAHANG!



Sebuah kumpulan pencinta alam dan operator pelancongan telah menggesa agar kegiatan pembalakan di sempadan Taman Negara Pahang segera dihentikan.

Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) menerusi Presidennya, Puan Sri Sharffa Sabrina Syed Akil berkata, aliran sungai ke Sungai Tembeling telah teruk dicemari kesan daripada pembalakan di hutan-hutan Ulu Tembeling.

"Semuanya berlaku dalam tempoh 3 tahun sahaja," katanya.

"Pembalakan ini mendatangkan kerugian jauh lebih besar berbanding keuntungan," kata Shariffa. "Sungai Pengau dan Sungai Lau telah menjadi sangat kotor kerana hakisan dan mendapan lumur yang mengalir ke Sungai Tembeling, sekaligus menyebabkan Sungai Tembeling menjadi cetek," katanya selepas membuat lawatan di tapak pembalakan tersebut.


Shariffa turut menggesa Kerajaan Negeri untuk menghentikan aktiviti pembalakan tersebut, kerana keadaan semakin teruk.

Pengerusi Persatuan Operator-Operator Pelancongan Taman Negara Pahang, Abdul Jalil Rahman pula berkata, sekalipun pembalakan tersebut dilakukan di luar Taman Negara, kesannya pasti akan menghalau kedatangan pelancongan.


"Daripada reaksi yang diterima daripada pelancong-pelancong, mereka telah pun mempunyai tanggapan yang negatif tentang Taman Negara memandangkan mereka melihat terlalu banyak lori-lori mengangkut balak.

"Sekalipun pembalakan tersebut tidak dilakukan di dalam kawasan Taman Negara, aktiviti tersebut benar-benar merosakkan imej Taman Negara," katanya.

Para pelancong turut merungut tentang pembangunan keterlaluan di kawasan tersebut.

"Para pelancong mengharapkan mereka melihat hutan hujan yang asli tetapi mereka kecewa, dan mereka merungut apabila mereka tidak dapat melihat sebarang jenis haiwan di Taman Negara.

"Dahulu, sesetengah pelancongan akan menangis apabila hendak meninggalkan Taman Negara tetapi hari ini, pelancong berulang amat jarang," katanya lagi.



Abdul Jalil turut menambah pembinaan jalan ke beberapa buah perkampungan seharusnya memberi manfaat kepada penduduk tempatan namun daripada bukti yang ada, jalan-jalan tersebut hanya digunakan untuk mengangkut kayu-kayu balak.

Seorang pemandu pelancong, Roslan Abu Kassim, 50, mendakwa, banjir besar di Taman Negara tahun lepas berpunca daripada dasar Sungai Tembeling yang semakin cetek.

"Saya rasa, keadaan akan bertambah teruk tahun ini." (SUMBER)

Masalah pembalakan di kawasan sekitar Taman Negara Pahang sudah banyak kali diperkatakan dan didedahkan, namun tiada sebarang tindakan daripada pihak Kerajaan Negeri Pahang. Persekitaran Taman Negara Pahang sudah semakin terang dan semakin tidak menarik apabila aktiviti-aktiviti penebangan pokok dibenarkan di kawasan sekitar.

Justeru, tidak mustahil suatu ketika nanti, Taman Negara Pahang yang pernah megah di serata dunia suatu ketika dahulu, akan berubah menjadi sebuah Taman Bunga Pahang sahaja!!!

Perhatikan gambar-gambar yang disediakan oleh Sdr. Khaidir Ahmad ini.


 
Blogger Templates