Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label tun mahathir. Show all posts
Showing posts with label tun mahathir. Show all posts

Sunday, February 12, 2017

BARU BAGI AMARAN KEDUA, SEKALI HADI AWANG KATA, 'BLAHLAH KAU, MAHATHIR!!!



Mahathir bagi amaran kepada PAS, PAS hanya ada sebulan sahaja untuk membuat kputusan sama ada nak menyertai Pakatan Harapan atau sebaliknya.

Ini adalah kali kedua Mahathir bagi amaran keras kepada PAS.

Kali pertama Mahathir bagi amaran kepada PAS, PAS buat tak reti sahaja. Bila Muhyiddin campurtangan, akhirnya PAS bersetuju untuk duduk berbincang dengan Cap Bunga. Para pencacai Cap Bunga bersorak dan mengatakan PAS sudah pun membuat keputusan untuk menjalin kerjasama dengan Cap Bunga, walaupun tiga daripada syarat-syarat yang diberikan oleh PAS jelas menunjukkan parti tersebut menolak Cap Bunga mentah-mentah.

Mengamuk sakan Lim Guan Eng apabila PAS memberitahu umum bahawa perbincangan dengan Cap Bunga sekadar perbincangan bukannya buat keputusan. Bahkan keputusan masih belum wujud kerana ia memerlukan perbincangan lanjut menerusi Jawatankuasa Teknikal melibatkan kedua-dua parti.

Guan Eng kemudiannya tidak berhenti-henti menyerang PAS terutama PAS Kelantan yang disifatkannya sebagai gagal, walaupun hakikatnya, Pulau Pinang tanpa penjualan tanah sudah lama menjadi negeri bankrap walaupun ketika mengambilalih pentadbiran daripada Barisan Nasional pada tahun 2008 dahulu, Pulau Pinang adalah sebuah negeri makmur dan berpendapatan tinggi.

Semuanya kerana kegagalan Mahathir dan Cap Bunga menambat PAS sedangkan DAP amat memerlukan PAS bagi menghadapi PRU-14 nanti.

2 Februari telah berlalu tanpa Jawatankuasa Teknikal yang sepatutnya diwujudkan. Mahathir sama seperti sifatnya masa muda, gelojoh dan tidak dapat menahan sabar. Berasakan dia masih berkuasa, masih lagi ditakuti dan masih lagi mampu menghempas fail di atas meja sebelum berbual dengan orang yang mahu digertaknya, Mahathir kembali lagi dengan ugutan dan arahannya.

PAS PERLU BUAT KEPUTUSAN DALAM MASA SEBULAN!

Jawapan dan reaksi yang diberikan oleh PAS, amat menarik.

BERHENTI MELAYAN PAS SEPERTI BUDAK KECIL! (RUJUK SINI)

Itulah kata dua yang diberikan oleh Idris Ahmad, Naib Presiden PAS yang turut mengingatkan Mahathir, PAS sudah lama menentang Mahathir. Jadi, ugutan dan kata dua yang diberikan oleh Mahathir sebenarnya tidak berkesan langsung.

Bahkan dalam keadaan Cap Bunga dan Mahathir yang semakin terdesak ekoran konsesi ASTRO yang bakal berakhir pada April nanti manakala syarikat dari China sudah bersetuju untuk membeli sejumlah kepentingan di dalam PROTON, sekaligus akan menjejaskan kepentingan kroni-kroni Mahathir yang telah lama bersarang dalam PROTON menyedut segala keuntungan demi kekayaan dan kemewahan mereka, kehadiran dan sokongan PAS amat diperlukan bagi mempertahankan legasi yang semakin dihancurkan oleh kepimpinan Najib Abdul Razak.

Namun kenyataan terbaharu Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, semakin membuatkan Mahathir kelam kepala. Apa tidaknya, di sebalik harapan tinggi agar PAS segera tunduk, Presiden PAS yang sangat menyakitkan mata dan hati Lim Guan Eng pula berkata, PAS akan mengkaji hubungan dan kerjasamanya dengan PKR selewat-lewatnya April ini, memandangkan PKR masih belum memutuskan hubungan dengan DAP. (RUJUK SINI)

Malah, kenyataan sinis Hadi Awang yang mengingatkan Mahathir agar sedar diri tentang kedudukan dan kerealitifannya dalam politik negara, sepatutnya dilihat secara serius.

“Kita sudah ada dasar, tidak bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan DAP dan Amanah. Kita tidak ada hubungan dengan mereka (PPBM).

“Jadi, tidak perlu tunggu kerana apabila sudah ada hubungan dengan DAP dan Amanah, maka habislah,” katanya sewaktu ditemui pemberita di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya, hari ini.

Ia juga sekali gus menjelaskan mengenai kenyataan Dr Mahathir yang menyatakan keengganan Hadi Awang bertemu Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin. (RUJUK SINI)


Monday, October 17, 2016

PROTON RUGI RATUSAN JUTA RINGGIT SETAHUN, SYARIKAT PEMBEKAL ANAK SAUDARA MAHATHIR PULA CATAT UNTUNG BERATUS JUTA DARI PROTON!!!



MALAYSIAKINI juga tidak mahu ketinggalan mengingatkan tentang kedurjanaan Mahathir dalam 'mencuri' dan 'merompak' hasil negara untuk dibahagi-bahagikan sesama ahli keluarganya. Walaupun Malaysiakini dikenali sebagai salah satu media pro-DAP, tetapi nampaknya dendam lama tetap tidak dapat dihilangkan. (RUJUK SINI)

Dalam salah satu artikelnya, Malaysiakini menyiarkan tentang ahli-ahli keluarga Mahathir yang telah memperolehi berbilion ringgit dari Proton sahaja.

Artikel berkenaan bagaimanapun, tidak merujuk kepada mana-mana daripada tiga orang anak lelaki Mahathir. Ketiga-tiga orang anak lelaki Mahathir berakhir dengan menjadi pemilik majoriti dalam syarikat-syarikat senaraian awam berlainan dengan kekayaan peribadi bernilai ratusan juta ringgit kalau tidak pun berbilion ringgit.

Syarikat senaraian awam seperti OPCOM (Mukhriz), merupakan pembekal kabel fiber optik kepada Telekom. Manakala Konsortium Perkapalan (Mirzan) merupakan pengangkutan utama bagi Perwajar, Tenaga Nasional dan Petronas manakala Kencana Group (Mokhzani) secara eksklusif berurusniaga dengan Petronas.

Hampir keseluruhan perniagaan mereka adalah dengan kerajaan atau dengan GLC.

Bagaimanapun, Mahathir menafikan terlibat dalam semua urusan ini dan hanya mendakwa, ketiga-tiga orang anaknya adalah ahli perniagaan yang berbakat dan berjaya tanpa sebarang bantuan daripadanya!!!

Anehnya, anak-anak bekas-bekas Perdana Menteri lain, tidak mempunyai bakat sebesar anak-anak Mahathir. Terpilih sungguh anak-anak Mahathir!

Salah sebuah syarikat yang dirujuk oleh Malaysiakini yang mempunyai kaitan dengan Proton adalah Yasmin Group yang bermula sebagai pembekal tunggal anti-karat kepada Proton semenjak bermulanya operasi Proton. Kedudukan tersebut kekal sehingga ke hari ini.

Sebagai komponen utama, produk anti-karat mereka digunakan pada setiap kereta dan model Proton selain dijual.

Ini yang terdapat di dalam laman sesawang Yasmin Group.

"Apabila Malaysia memulakan projek kereta nasionalnya pada tahun 1982, Dato' Paduka Rahmat Abu Bakar melihat potensi untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif pelopor ini. Pembabitan firma ini dengan Proton Holding telah berlangsung selama lebih 20 tahun, menerusi Yasmin Jurumuda (sebelum ini dikenali sebagai Jurumuda Sdn. Bhd), syarikat utama anti karat Malaysia."

Yasmin Group dan syarikat-syarikat berkaitan dengannya menjadi konglomerat multi-million yang sangat berjaya dengan catatan perolehan tahunan berjumlah RM228 juta dan menyasarkan peringkat antarabangsa sebagai entiti perniagaan utama.

Pengasas dan pemilik Yasmin Group adalah Rahmat Abu Bakar yang berasal dari Kedah. Dia adalaha menantu Puan Rafiah Mohamad, kakak sulung Tun Dr. Mahathir.

Selain daripada Rahmat Abu Bakar, Timbalan Pengerusi Yasmin Jurumuda adalah Kias bin Rahmat.

Kias bin Rahmat adalah orang kedua dalam Proton ketika Proton di bawah Hicom dan ketika Proton bermula. Dia merupakan pengurus kilang dan dianggap sebagai salah seorang eksekutif pengasas Proton.

Kias kemudiannya diangkat menjadi orang nombor dua dalam Proton sebagai Pengarah Eksekutif tetapi meletakkan jawatan pada tahun 2006 ketika Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri. Dia kemudiannya menyertai Yasmin Group sebagai Penasihat Kumpulan dan juga sebagai Timbalan Pengerusi.

Masihkah boleh dinafikan, yang Yasmin Group mendapat manfaat besar daripada bapa saudara pengasasnya, Tun Dr Mahathir, malah jauh lebih besar daripada Proton yang saban tahun mencatatkan kerugian beratus juta setahun sedangkan syarikat yang menjadi pembekal tunggal anti-karatnya pula mencatatkan keuntungan ratusan juta ringgit? (RUJUK SINI)


Wednesday, August 3, 2016

MARI KITA TOLONG PUBLISITIKAN PRA PENDAFTARAN PARTI BARU MAHATHIR!!!



Geng-geng kecewa merebut jawatan dalam UMNO suatu ketika dahulu kerana tidak mendapat sokongan akar umbi, sekarang ini bergebang tentang RAMAINYA ORANG YANG MAHU menyertai parti baru yang bakal ditubuhkan oleh Mahathir. Konon-kononnya sudah tidak sabar-sabar lagi untuk menyertai parti tersebut dan kemudian menumbangkan UMNO-BN pada PRU akan datang.

Selamat datang kita ucapkan kepada satu lagi parti politik di negara ini. Lagi banyak lagi bagus. Nanti kita boleh pilihanraya setiap hari macam di Indonesia. Tak maju tak mengapa, asalkan politik boleh terus dilagukan dan didendangkan demi perut dan tembolok orang politik kesayangan. Rakyat pula akan terus digula-gulakan dengan PERJUANGAN RAKYAT walaupun hakikatnya, golongan kecewa tersebut mahu kembali menguasai kemewahan dan kemudahan yang mereka perolehi atau paling tidak pun yang mereka idam-idamkan selama ini.


Tapi tak mengapalah... demi menyokong penubuhan parti baru yang berteraskan BERHALA bernama Mahathir, blog ini menyokong sepenuhnya, bahkan memberikan ruang untuk mempublisitikan pra pendaftaran yang diusahakan oleh salah seorang penjilat tegar Mahathir yang kecewa setelah gagal merebut jawatan dalam UMNO Langkawi pada pemilihan lepas.

Anina Saaduddin menggerakan inisiatif yang barangkali 'tidak pernah terfikirkan' oleh sesiapa pun bagi menunjukkan keupayaannya sebagai seorang tenaga penggerak parti paling utama. Apatah lagi tatkala kebanyakan yang sekarang ini baru muncul menyokong Mahathir terutama selepas muncul cerita kononnya FBI mahu memberkas Najib dan dikukuhkan pula dengan pengumuman DOJ Amerika Syarikat akan saman sivil ke atas mereka yang dikatakan menyonglap duit 1MDB, selain pensimpati dan penyanjung buta kayu ke atas batang tubuh Mahathir yang gagal menonjol sebagai pemimpin antarabangsa dan disegani sepertimana yang diuwar-uwarkan oleh para pemujanya.

Pada tahun tahun 1990, idea penubuhan EAEC oleh Mahathir, gagal total selepas Jepun enggan menyertai gagasan tersebut. Jepun langsung tidak tertarik dengan idea ala TPPAnya walaupun memberi alasan enggan menyertai EAEC kerana ianya tidak melibatkan negara-negara pedagang Barat. Sedangkan Jepun yang 'dimiliki' Amerika Syarikat, tidak tertarik dengan idea Mahathir yang hanya bertujuan untuk memastikan penguasaan kroni-kroninya yang digelarkan sebagai SUPERBUMIPUTERA sepertimana yang membabitkan Halim Saat dalam cubaan pembelian dan penguasaan National Steel Company (NSC) di Filipina sepertimana yang dilaporkan oleh KITAB PALING TERPERCAYA oleh golongan ProTun iaitu WSJ pada 17 Mac 1999 walaupun syarikatnya, RENONG, mempunyai hutang yang sangat besar dan sedang dilanda krisis kewangan yang SANGAT TERUK.



Bagaimanapun, inisiatif Anina Saaduddin yang barangkali terangsang dengan kenyataan GKCM tentang 'tidak sabarnya rakyat Malaysia' untuk menyertai parti baru Mahathir, nampaknya tidak begitu menarik perhatian sebahagian daripada para penyokong Mahathir sendiri. Anina disifatkan sebagai MANGKUK TAMBAH atau MANGKUK TINGKAT walaupun semasa Mahathir mula-mula melancarkan serangan ke atas Najib dahulu, Anina yang paling terawal memaki hamun Najib.

Mungkin inisiatif Anina itu terlalu 'ke hadapan' sehingga melanggar undang-undang dan boleh menyebabkan natijah undang-undang sekiranya ada pihak yang membuat laporan kerana penganiayaan mental dan fizikal, terutama apabila butiran-butiran peribadi termasuklah nombor kad pengenalan dan alamat serta nombor telefon disiarkan secara terbuka, sekaligus mengundang penyalahgunaan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan-tujuan jenayah dan penipuan.


Tetapi apa pun, kita tetap bantu untuk promosikan apa yang dikatakan oleh Anina sebagai PRA PENDAFTARAN (apalah nasib budak-budak yang diajarnya semasa di UM dahulu). Beberapa kenyataan termasuklah daripada Khairuddin Abu Hassan telah meminta agar pendaftaran tersebut dihentikan sehinggalah keputusan oleh PROTEM terlebih dahulu.

Nampak dan macam gelojoh sangat puak-puak ni!

Nampaknya melepaslah jawatan Ketua Wanita parti Mahathir itu dari tangan Anina kalau tidak pun jawatan sebagai Naib Presiden kerana telah disailang awal oleh LISTEN! LISTEN! LISTEN! dan juara selfie depan pejabat pihak berkuasa di luar negara!!!


Monday, June 13, 2016

ZAHID PUJUK MAHATHIR MASUK BALIK UMNO ATAU SEBENARNYA BAGI ISYARAT, MAHATHIR SUDAH NYANYUK?



Kenyataan Zahid bahawa UMNO bersedia untuk menerima kemasukan Tun Dr. Mahathir semula ke pangkuannya, sebenarnya cukup menggambarkan besar hati para pemimpin UMNO masakini terhadap orang tua itu, meskipun pada masa yang sama, Tun Dr. Mahathir mahu menjahanamkan UMNO dan Barisan Nasional dengan sokongan tidak berbelah bahaginya kepada PAN dan Mat Sabu.

Bagi yang mengingati semula sejarah Zahid sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'dimalukan' dengan penyenaraian nama-nama syarikat yang dimilikinya ketika Mahathir bergelut untuk mengekalkan kuasa selain memancung sesiapa sahaja yang menentangnya, pasti beranggapan Zahid sepatutnya menyimpan dendam terhadap Mahathir.

22 tahun Mahathir memerintah negara ini. Seluruh UMNO dikerah memberikan taat setia kepadanya Perlembagaan UMNO dan undang-undang pemilihan parti dipinda dan digubal bagi memberikan kelebihan kepada Mahathir agar kedudukannya tidak terancam. Sesiapa sahaja yang mahu mencabar kedudukannya sebagai Presiden parti perlu terlebih dahulu melepasi undi bonus yang sudah sedia ada untuk Mahathir sebelum mendapatkan undi-undi soheh daripada perwakilan.

Mujurlah, Najib mengubah UMNO menjadi lebih demokratik walaupun masih berbaur kapitalis tetapi yang pasti, jauh lebih demokratik berbanding pada zaman Mahathir sebagai Presiden dan Perdana Menteri Malaysia.

Sebenarnya, sama ada Mahathir berada di dalam UMNO atau berada di luar UMNO, tiada bezanya. Mahathir mungkin mempunyai pengaruhnya yang tersendiri. Jasa-jasanya kepada pembangunan negara, tidak boleh dinafikan dan ditolak walaupun sebahagian besar daripada jasa-jasa pembangunan tersebut dibayar oleh rakyat Malaysia menerusi sistem konsesi yang amat kejam.

Zahid mungkin berbahasa kepada orang tua seperti Mahathir. Namun isyaratnya amat jelas bahawa UMNO dan Barisan Nasional, bahkan parti-parti lawan perlu bergerak ke hadapan dengan meninggalkan Mahathir yang masih lagi terigau-igau dengan kekuasaannya sebagai orang yang paling berkuasa di negara ini selama 22 tahun.

Pengalaman Mahathir mungkin berharga tetapi mendepani permasalahan pada masa kini, pengalaman Mahathir itu tidak ubah seperti kitab buruk yang disimpan hanya sebagai kenangan dan nostalgia bukannya untuk dikaji ulang atau disemak.

Yang pasti, Mahathir tidak berhadapan dengan masalah yang dihadapi oleh Najib sekarang ini. Zaman Mahathir adalah zaman kertas dan pen, televisyen dan radio serta media cetak yang memerlukan masa untuk diterbitkan dan disiarkan. Zaman Najib adalah zaman hujung jari yang mana belum sempat Najib habis bercakap, beritanya sudah terpampang dan viral di dalam dunia maya.

UMNO dan kepimpinan perlu menghapuskan cita-cita atau lebih tepat lagi angan-angan untuk melihat Mahathir merujuk semula kepada UMNO walaupun pada masa yang sama, mereka juga amat sedar, untuk tujuan itu, rakyat akan disembelih lagi semata-mata untuk memastikan kroni-kroni Mahathir akan mendapat projek-projek besar kerajaan atau konsesi-konsesi yang projek mereka dibiayai oleh wang rakyat seperti ERL, diberikan pampasan bernilai berbilion ringgit setiap tahun.

Biarkan Mahathir di luar UMNO. Mahathir berkongsi penyakit dengan budak didikannya iaitu Anwar Ibrahim. Mereka tidak boleh tidak ada kuasa atau pengaruh di kalangan masyarakat kerana ketiadaan kuasa dan pengaruh atau lebih tepat lagi kehilangan populariti boleh menyebabkan mereka jatuh sakit kalau tidak pun sakit jiwa.

Justeru, kenyataan Zahid itu sebenarnya mengandungi makna-makna tertentu yang lebih mengarah kepada pemantapan UMNO untuk mendepani cabaran semasa, bukannya menangani masalah yang ditimbulkan oleh bekas Presidennya yang sakit hati kerana arahan dan suruhannya tidak dipatuhi oleh Presiden masakini.


Monday, May 23, 2016

RPK KATA, MAHATHIR SEMAKIN MENUNJUKKAN TANDA-TANDA TERDESAK!!!



Bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad mula menunjukkan tanda-tanda terdesak dalam usahanya untuk menggulingkan Perdana Menteri, Najib Razak.

Menurut Raja Petra Kamaruddin dalam laman sesawangnya, Malaysia Today, Mahathir mula menjadi defensif dan kurang keyakinan, berbeza dengan keyakinan tinggi serta hidung tinggi yang ditunjukkan sebelum ini yang kononnya diia bercakap dari sudut ketinggian moral. 

Raja Petra mengulas tentang posting terbaru bekas Perdana Menteri itu di dalam blognya di bawah tajuk, "The Citizens vs Najib."

"Mahathir tahu, keadaan sudah bertukar dan bagi menyelamatkan dirinya, dia perlu menukarkan situasi menjadi 'rakyat melawan Najib' berbanding 'Mahathir melawan Najib.

"Mahathir kini cuba berselindung di belakang rakyat, golongan yang dihinanya sepanjang 22 tahun kekuasaannya," kata RPK. 

Blogger yang berpangkalan di Manchester itu mendakwa, Mahathir tahu dia perlu melakukan sedikit 'jual beli' tetapi masyarakat tidak lagi mudah digula-gulakan sebagaimana sangkaannya setahun lalu.

Menurut RPK lagi, mesej utama Mahathir di dalam blognya ialah, dia kononnya bercakap bagi pihak rakyat Malaysia dan kepentingan negara, namun Mahathir tidak mempunyai 'hak moral' sebenarnya untuk berbuat begitu. 

Ini adalah kerana Mahathir telah membazirkan lebih RM200 bilion wang rakyat, separuh daripadanya Mahathir letakkan di bawah pemegang amanah, penama dan proksi.

"The Islamic State (IS) juga mendakwa mereka bercakap mewakili satu bilion orang Islam walaupun mereka membunuh orang Islam atas nama musuh Allah.

"Mahathir mewakili 30 juta rakyat Malaysia seperti mana IS mewakili satu bilion orang Islam di seluruh dunia," katanya lagi. 

Raja Petra turut menekankan tentang kontradiksi kata-kata Mahathir sendiri, apabila bekas Perdana Menteri itu berkata, dia cuma menjatuhkan Najib dan bukannya kerajaan, tetapi pada masa yang sama berkata, untuk menjatuhkan Najib, UMNO dan Barisan Nasional perlu ditumbangkan terlebih dahulu.


Tuesday, May 17, 2016

MAHATHIR PECAH BELAHKAN PAKATAN UNTUK KUATKAN UMNO-BN? JANGAN JADI BODOHLAH... MAHATHIR NAK BUAT TEAM DIA SENDIRILAH!!!



Para pemuja Tun Dr. Mahathir berkata, bekas Perdana Menteri itu sudah berjaya memecah belahkan Pakatan Harapan apabila PKR yang merupakan parti paling terkesan, memperlihatkan fraksi-fraksi yang selama ini saling bergasak sesama sendiri mencari dan meraih kuasa.

Mungkin betullah tanggapan dan kebanggaan mereka itu.

Namun, pada masa yang sama, mereka terlupa bahawa Tun Mahathir yang dikatakan mempunyai pengaruh dan pengikut yang ramai dalam UMNO, terkapai-kapai mencari sokongan dan kekuatan. Jangkaan dan cakap besar awal kononnya ramai orang UMNO, Ketua Cawangan, Ketua Bahagian, ADUN dan Ahli Parlimen akan bersama-sama Mahathir, ternyata meleset jauh.

Program-program menentang Kerajaan dan Perdana Menteri, tidak mendapat sambutan dan cukup menyedihkan bagi bekas Perdana Menteri yang pernah hanyut dengan sokongan besar menerusi SEMARAK yang pernah diadakan di seluruh negara bagi menzahirkan sokongan kepadanya menentang Tengku Razaleigh Hamzah.

Anwar Ibrahim yang begitu rapat dengan Mahathir, sedar bahaya Mahathir kepada pasukannya. Dek kerana itulah, dia menulis secara panjang lebar dengan istilah-istilah bombastik dalam 8 muka surat untuk sepucuk surat yang diseludup keluar dari Penjara Sungai Buloh kepada kepimpinan utama PKR.



Beberapa orang pemimpin PKR memberikan reaksi yang berbeza-beza. Ada yang segera menafikan ketulenan surat 8 muka surat tersebut bagi melindungi konco-konco di Penjara Sungai Buloh yang memberikan pelbagai keistimewaan dan kemudahan berbanding banduan-banduan lain.

Mahathir terdesak untuk mendapatkan pasukannya sendiri. Pasukannya yang sedia ada terdiri daripada bekas-bekas PEMAKAN DEDAK atau lebih dikenali sebagai AYAM DAGING yang hanya tahu tentang projek, laba projek, konsesi mahupun proksi. Mereka bukan sahaja tidak mampu bergerak secara lebih agresif sebaliknya seringkali terhina kerana memaparkan kebodohan dan ketaksuban sendiri terhadap bekas Perdana Menteri yang cukup terkenal dengan PROJEK PENSWASTAAN KONSESI yang mewajibkan setiap rakyat Malaysia menanggung kekayaan dan keuntungan proksi-proksinya.

Terbahaginya PKR dan DAP sekarang ini gara-gara kehadiran Mahathir menunjukkan nafsu kuasa Mahathir yang masih tidak berkurangan walaupun dia sudah lama menjadi mantan. Terbahaginya juga PKR dan DAP, langsung tidak menguntungkan UMNO dan Barisan Nasional walaupun ada yang begitu teruja kononnya, ia akan menambahkan kekuatan UMNO dan Barisan Nasional.

Sama ada mereka sedar atau sebaliknya, Mahathir sebenarnya sedang mewujudkan pasukannya sendiri yang terdiri daripada penentang-penentang tulen kerajaan dengan merampas ahli-ahli dan para pemimpin pembangkang daripada parti mereka sendiri. Kesemua mereka akan dikumpulkan di bawah satu jenama, bukannya untuk menguatkan UMNO dan Barisan Nasional sebagaimana yang didakwa oleh para penyokong Mahathir sebaliknya, untuk memastikan perancangan besar Mahathir membabitkan proksi-proksi dan anaknya akan berjaya!!!


Friday, April 1, 2016

PENTAKSUB MAHATHIR PASTI TAK SUKAKAN REALITI INI... TAPI INILAH HAKIKAT YANG PERLU DITELAN!!!


Mahathir untuk dikenang?

Tiada sesiapa pun yang dapat menafikan sumbangan besar yang diberikan oleh Mahathir kepada negara ini sepanjang 22 tahun pentadbirannya. Walaupun semenjak dari tahun pertama dia menjadi Perdana Menteri, sudah ada gerakan untuk menggulingkannya dan tidak berpuas hati dengannya kerana dia melangkau senioriti serta terlalu diberikan keistimewaan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, namun hanya pada tahun ke-6 pentadbirannya sahaja, Mahathir benar-benar berhadapan dengan cabaran getir yang menyaksikan, dia hampir kehilangan jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO kalau tidak kerana taktik 'blackout' semasa pengiraan undi pemilihan Presiden UMNO yang menyaksikan dia menang dengan majoriti yang sangat kecil.

Selama 22 tahun, Mahathir mendapat sokongan penuh daripada ahli-ahli dan akar umbi UMNO walau apa pun yang dilakukannya kerana dia adalah Presiden parti dan Perdana Menteri. Walaupun beberapa keputusannya terutama sekali yang membabitkan krisis dengan istana, tidak disenangi, tetapi ahli-ahli dan akar umbi UMNO tetap menyokongnya... hanya kerana dia adalah Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Namun selepas dia menjadi pesara Perdana Menteri, Mahathir seperti terlupa, segala sokongan tersebut akan berubah kepada penggantinya. Dia berjaya ketika 'mengenakan' Abdullah Badawi tetapi kepada Najib Abdul Razak, seperti pepatah Arab yang mengatakan, orang bodoh sahaja yang jatuh ke dalam lubang ular sebanyak dua kali.


Pengulangan yang dilakukan oleh Mahathir dengan bersandarkan kepada 'SINGAPURA' sebenarnya tidak lebih daripada satu alasan yang terlalu kecil kalau dibandingkan dengan kekecewaan taukeh-taukeh konglomerat yang hilang satu persatu sumber kekayaan mudah mereka yang diperolehi pada zaman Mahathir memerintah.

Pun begitu, Mahathir cuba mengelabui hakikat dengan mengatakan, dia tidak mempunyai tentangan keras sepanjang 22 tahun memerintah Malaysia. Satu pembohongan yang jelas terang dan nyata!!!


Antara faktor penentangan besar ke atas Mahathir adalah BMF-CARRIAN, MEMALI, CAMPURTANGAN DALAM SISTEM PERUNDANGAN, KRISIS PERLEMBAGAAN MELIBATKAN ISTANA dan beberapa isu lain sehingga menimbulkan suasana tidak senang dan tenang selain wang PETRONAS yang sangat besar dalam projek-projek mega.

Wang besar Petronas, KWSP, Tabung Haji dan sebagainya, akhirnya 'lenyap' begitu sahaja kerana yang mendapat laba besar selepas itu adalah syarikat-syarikat kroni termasuklah 4 taukeh konglomerat yang setiap projek mega negara, nama syarikat mereka pasti mendahului.

Selepas itu, Mahathir menggunakan dan berselindung di belakang undang-undang untuk menyenyapkan penentangan. Operasi Lalang dan beberapa operasi lain, walaupun bagus untuk mententeramkan negara ini daripada gangguan orang politik, namun pada masa yang sama, menimbulkan kocakan besar pada peringkat atasan.


Gabungan Mahathir-Anwar menambahkan lagi perisa dan garam kronisme, korupsi dan nepotisme. Kedua-duanya saling berlumba untuk membela kroni masing-masing, sehinggakan orang seperti Vincent Tan boleh makan dua kolam - satu kolam Mahathir dan satu lagi kolam Anwar.

Negara berhutang besar dengan taukeh-taukeh konglomerat ini. Rakyat dipaksa menanggung hutang negara menerusi konsesi dan pertambahan kadar kos dari semasa ke semasa menerusi perjanjian-perjanjian berat sebelah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun yang menjadi Kerajaan walaupun selepas Mahathir reput dan hanya tinggal tulang cenonggeng di liang lahad.

Jasa-jasa Mahathir sebenarnya telah dibayar oleh rakyat Malaysia menerusi pertambahan kadar tol lebuhraya, pertambahan tarif air dan elektrik, pertambahan kesukaran mendapatkan biasiswa untuk pelajar-pelajar Melayu-Bumiputera walaupun Perlembagaan Persekutuan menyatakan, biasiswa adalah hak istimewa Melayu-Bumiputera, malah pertambahan kos sara hidup memandangkan kartel-kartel dan sindiket-sindiket yang menguasai serta mengawal pasaran, mendapat layanan baik pada zaman Mahathir.

Sepanjang 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri, rakyat Malaysia beberapa kali pernah berhadapan dengan ketiadaan bekalan gula dan tepung serta minyak masak! Malah bekalan daging ayam juga sengaja direndahkan, dengan peristiwa anak-anak ayam dibakar bagi menaikkan harga dan mewujudkan tekanan pengurangan bekalan di pasaran.




Kalau nak ungkit soal jasa bina Putrajaya, KLCC etc....sampai bila2 pun tak habis. 22 tahun memerintah negara kalau tak buat pembangunan, itu bodoh namanya. Sedangkan DS Najib 6 tahun memerintah pun dah buat UTC seluruh negara, MRT serba moden, Greater KL, keretapi elektrik Padang Besar ke KL, Jambatan Kedua Penang etc. Tun bina KLCC dan Putrajaya bukan pakai duit kocek beliau. Sebaliknya menggunakan duit Petronas. Kalau nak cakap pasal jasa, Petronas ni bapak Najib yang dia maki hamun tu yang buat. Tak malu ka? So sampai bila nak ungkit jasa? (ABDUL RAHMAN KADIR)
😏

Friday, December 18, 2015

SURAT TERBUKA KEPADA TUN MAHATHIR... LEBIH BAIK TUN JAGA PROTON YANG SEDANG ANIAYAI VENDOR DARI MENYIBUK HAL 1MDB DAN JATUHKAN NAJIB!!!



YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad,

Asalamualaikum wbt Tun. Saya mendoakan agar Tun sentiasa diberikan kesihatan dan hidayah oleh Allah SWT. Pada mulanya, saya ingin menulis surat ini di dalam Bahasa Inggeris, tetapi biarlah saya meneruskan tulisan dengan bahasa ibunda kita agar ramai dapat membaca dan memahami surat ini.

YABhg Tun, sejak kebelakangan ini saya lihat Tun sangat aktif berada di pentas politik untuk mendesak DS Najib meletakkan jawatan. Tun menghabiskan banyak masa menghadiri forum, bual bicara, program dan perjumpaan tertutup untuk meluahkan ketidakpuasan hati Tun mengenai pengurusan kerajaan dibawah pimpinan DS Najib. Sudah tentu, topik 1MDB merupakan topik yang paling utama dalam setiap ucapan Tun.

Tetapi disebalik semua ini, adakah Tun sedar bahawa Tun merupakan pengerusi Proton dan Proton sedang menghadapi masalah yang sangat besar. Saya tidak menulis surat ini berdasarkan kata-kata orang atau cakap-cakap pasar, tetapi sebagai salah seorang vendor Proton.

Kami tahu Proton sedang mengalami masalah yang sangat besar kerana Proton sudah mula tidak membayar kami. Proton sedang cuba membuat satu solusi bodoh dengan menawarkan kereta-kereta yang tidak terjual sebagai ‘contra’ bayaran untuk kami. Adakah Proton sedar bahawa kami ini bukan salesman kereta tetapi kilang komponen kereta.

Selain 6000 pekerja Proton, terdapat beratus vendor Tier 1, 2 dan 3 dan puluhan ribu pekerja yang bekerja dengan syarikat-syarikat vendor ini. Masalah 1MDB (yang dilihat kini mempunyai jalan penyelesaian selepas penjualan Edra) tidak akan membuatkan puluhan ribu rakyat tiba-tiba hilang pekerjaan serta merta. Tetapi masalah Proton akan mengakibatkan jutaan ringgit kerugian pada usahawan bumiputera dan puluhan ribu pekerja hilang punca pendapatan dalam masa 2-3 bulan sahaja lagi. Tun perlu ingat, operator-operator kilang ini datang dari keluarga susah dengan pendapatan RM900 sebulan sahaja!

Saya mohon pada Tun, janganlah dibazirkan masa Tun sendiri dan orang Melayu dengan politik. Pilihanraya lambat lagi, pemilihan UMNO pun lambat lagi, kalau Tun ceramah hari-hari pun DS Najib tak akan letak jawatan. Lebih baik Tun ambil berat masalah Proton yang sedang nazak, lebih nazak daripada 1MDB.

Terlalu banyak kesilapan yang dibuat oleh Proton, sebelum dan selepas Tun jadi Pengerusi. Kami lihat sejak Tun jadi Pengerusi keadaan lebih teruk. Jangan disalahkan kerajaan kerana tidak memberi bantuan RM3 billion kepada Proton untuk R&D. Itu adalah alasan bodoh bagi kami, kerana kami tahu setakat mana kemampuan Proton untuk menggunakan wang RM3billion itu sebaiknya untuk R&D setaraf pengeluar kereta asing. Kalau ‘drawing simple part’ pun boleh bertukar-tukar sampai berkali-kali dan akhirnya technician saya yang cuma lulusan SPM pun lebih bijak dari engineer Proton.

Sekarang ini Proton sedang kelam kabut dengan development Persona R, Saga R dan Perdana Baru. Kerja Proton memang kelam kabut, suka buat kerja saat-saat akhir dan suka tukar keputusan. Nak mass production untuk Persona bulan 1, sampai hari ini banyak keputusan belum diselesaikan. Saga R mass production bulan 4 tetapi design part pun belum confirm! Kalau Perodua, tahun depan nak mass production, tahun lepas sudah selesai semuanya.

Bercakap pasal Perdana pula, saya tak tahulah ini ego Tun atau ego Proton nak buat Perdana baru. Adakah Tun atau Proton terlalu naif untuk fikir bahawa Perdana tersebut tidak akan dapat dijual? Sedangkan model Preve dan Suprima yang kononya bakal mencecah jualan ribuan unit sebulan sekarang cuma terjual 100-200 unit sahaja. Bagaimana Perodua boleh menjual Myvi (6000 unit sebulan), Alza (3000 unit sebulan), Axia (12,000 unit sebulan)? Jawapanya mudah, ianya mampu milik! Jika harga Proton sudah cecah hampir RM70-80k, orang Malaysia sudah tentu lebih berminat beli kereta import seperti honda atau toyota walaupun 2nd hand.

Padanlah sampai sekarang pun ramai vendor menolak untuk mengambil kontrak Perdana. Berapa juta Proton habiskan untuk beri kepada syarikat Dream Edge untuk reka Perdana baru? Kenapa tidak guna duit itu untuk beri kepada R&D Proton untuk develop kereta yang mampu milik seperti Perodua. Nanti kalau Perdana tak dapat jual, Tun akan paksa kerajaan beli, kalau kerajaan tak beli (sebab baru ganti perdana lama dengan perdana kahwin honda), Tun akan marah DS Najib lagi.

Eloklah Tun luangkan masa untuk Proton. Lihatlah bagaimana pengurusan Perodua baik daripada pihak Malaysia dan juga pihak Daihatsu. 2-3 orang Jepun di Perodua lebih cekap daripada 2-3 ratus pekerja di Proton. Lawatan Tun ke Perodua pun menjadi bahan ketawa kepada mereka semua. Tun tidak harus menyalahkan kerajaan sikit pun atas kegagalan Proton, kerana Perodua juga syarikat Malaysia tetapi mampu bersaing dan mampu maju tanpa bantuan kerajaan.

Lihatlah pada pengurusan Proton, mereka tidak kompeten, tidak cekap dan ada yang tidak amanah. Tun fikirlah bagaimana Perodua boleh memperolehi harga komponen dengan lebih murah, tetapi komponen yang sama bila ke Proton menjadi lebih mahal. Makna, banyak ketirisan terjadi dalam Proton. Saya akan menceritakan ketirisan-ketirisan ini dalam surat saya yang kedua, bagaimana ada beberapa orang dari pihak pengurusan dan pembelian Proton yang tidak amanah.

Kalau bab berlagak dan bodoh sombong bila datang ke tempat vendor, serahlah pada Proton. Memang berlagaknya nombor 1, mengalahkan Perodua, Honda, Volkswagen dan lain-lain OEM yang volumenya jauh lebih tinggi dari Proton dan paling penting, mereka semua bayar supplier!

Jika Proton tidak berubah dalam masa terdekat ini, mungkin vendor-vendor akan sepakat untuk memberhentikan supply kepada Proton. Production line Proton akan terhenti dan Proton tidak akan ada kereta untuk dikeluar dan dijualkan. Jangan salahkan kami, kerana hutang Proton kepada kami vendor-vendor bumiputera ini dah cecah ratusan juta! Banyak lagi cerita buruk Proton yang kami dengar dan kami tahu. Ada yang kata Proton membayar sewa tanah bernilai jutaan ringgit sebulan pada ahli keluarga Tun. Benar atau tidak, itu kami tak kisah jika Proton mampu menjalankan perniagaan dengan baik.

Kami merupakan antara usahawan yang paling cekal di Malaysia. Saya mempuyai beberapa syarikat lain yang menceburi bidang construction, trading, development dan macam-macam lagi. Tetapi bidang automotive manufacturing ini adalah yang paling mencabar kerana memerlukan sistem, kualiti, ketepatan masa dan pengurusan yang sangat cekap seperti syarikat Jepun.

Kepada mereka yang tidak mempercayakan surat ini, boleh pergi mana-mana kilang pembuatan komponen automotif dan tanya, ‘Bagaimana Proton?’. Anda akan dengar caci, maki, kutuk, kisah teraniya, ditipu dan macam-macam lagi. Jika tanya, ‘Bagaimana Perodua?’ anda akan dapat jawapan ‘sangat mencabar, tetapi payment tak pernah lambat, volume sentiasa tinggi’. Walaupun berurusan dengan Perodua lebih memeningkan kepala kerana terpaksa mengikut standard yang tinggi yang diletakkan oleh Jepun dari Daihatsu, ianya lebih berbaloi. Jepun Daihatsu akan datang ‘spot check’ kilang kami secara mengejut pada jam 7.30 pagi untuk memastikan operasi kami sentiasa dalam keadaan yang memuaskan!

Nasihat saya pada Tun, tengoklah Proton. Janganlah buang masa dengan Khairuddin, Anina, Amidah dan kawan-kawan Tun lain yang asik nak berpolitik sahaja! Buat malu je bangsa Melayu dengan Jepun-jepun dekat Perodua tu. Kalau perlu RM3billion nak bayar hutang, cakap lah terus terang dekat kerajaan, mana tahu mereka boleh bantu beri pinjam. Jangan berselidung disebalik alasan R&D, memang tak munasabah.


Ariff Abd. Md




Sunday, September 27, 2015

PROTON TAK BOLEH JADI PRO-TUN YANG HIDUP DALAM EGOISME... DARI TAHUN 1985, TAKKAN MASIH NAK BERTONGKAT JUGA?



Tun Mahathir dalam temubualnya dengan The Edge Digital yang dimiliki oleh Tong Koii Ong dan Ong Kay Tat menyatakan, Proton sedang berhadapan dengan masalah kerana kerajaan tidak lagi melindungi Proton, malah menuduh kerajaan 'menentang Proton'.

Bagaimanapun, Mahathir tidak pula menerangkan apakah perlindungan dan bantuan spesifik kerajaan kepada Proton. Tidak pula Mahathir memberitahu, apakah yang perlu kerajaan lakukan untuk membantu Proton sebagaimana yang dihajatinya.

Menurut artikel tersebut, penyata kewangan terakhir pada 2013 menunjukkan Proton kerugian RM821 juta dengan jualannya adalah RM7.7 bilion. Penyata Kewangan tahun 2014 bagaimanapun, tidak diperolehi dan diberikan.

Proton kini telah dimiliki oleh DRB Hicom. Pembabitan kerajaan di dalam syarikat automotif negara itu hanyalah dalam bentuk GOLDEN SHARE.

Rengekan Tun Mahathir itu sebenarnya menunjukkan Proton semakin tidak berdaya saing. Rata-rata rakyat Malaysia bangga dengan Proton walaupun sebahagian daripada mereka, tidak menggunakan, membeli atau pernah memiliki kereta yang dihasilkan oleh Proton walaupun mereka menyalak-nyalak menyokong Proton. Dan lebih ramai yang memperkatakan tentang Proton, yang menggunakan kereta-kereta Proton sebagai kereta pertama, kedua atau ketiga.

Untuk kenderaan-kenderaan asing yangdibawa masuk dan dijual di negara ini, kerajaan telah mengenakan cukai eksais, eksais import, dan GST. Perlindungan apa lagi yang diperlukan oleh Proton sebagaimana maksud kenyataan Mahathir?

Antara dua fungsi Proton iaitu membolehkan rakyat negara ini memiliki kereta atau mencatatkan keuntungan, ke mana arah sebenar Proton? Kalau benar Proton ditubuhkan untuk mencatatkan keuntungan, seharusnya inovasi dan kreativiti pentadbiran dan pengurusan Proton sekarang, mengatasi EGOISME besar yang mereka anuti.

PERODUA, yang orientasinya sama dengan Proton - Proton dengan Mitsubishi manakala Perodua dengan Daihatsu - mampu mencatatkan keuntungan dari setahun ke setahun. Mengapa pula Proton tidak boleh? Apakah alasan, lebih ramai pengganggur yang akan dihasilkan menerusi pemotongan kos, menyebabkan Proton menerusi Penasihatnya, merengek-rengek yang kerajaan tidak membantu Perusahaan Otomobil Nasional itu?

Kalau kerana tanggungjawab sosial sepertimana yang diumumkan ketika pelancaran Proton Saga pada tahun 1985 dahulu, mengapa pula merungut tentang kerugian?

Proton tidak boleh mengikut jejak langkah MAS yang telah sekian lama mencatatkan kerugian tahun demi tahun.

EOGISME MEMBUNUH!!!

Berbanding model-model sebelum ini, Proton mempunyai kereta-kereta yang lebih baik seperti Preve, Suprema dan Iriz. Sekaligus menunjukkan Proton mempunyai masa hadapan dan berdaya saing, ditambah pula dengan dasar kerajaan ke atas penjualan kenderaan-kenderaan asing di negara ini.

Takkanlah Mahathir juga sama seperti Lim Guan Eng yang beranggapan dan sentiasa mendabik dada, peruntukan daripada Kerajaan Pusat adalah PROFIT ENTITI?


Tuesday, August 11, 2015

REHATLAH TUN, PANDANGAN TUN BUKAN PANDANGAN MENENANGKAN TETAPI PANDANGAN MENGHANCURKAN!!!



Kami terima sebuah e-mel panjang lebar daripada salah seorang pembaca The Saviour. Jadi, kami copy-paste bulat-bulat tanpa sebarang tapisan atau suntingan tulisan pembaca yang menamakan dirinya sebagai AYOB TUAH kecuali sedikit pembetulan ejaan.

E-mel:

Ke hadapan Tun Mahathir, bekas Perdana Menteri Ke-4 Malaysia.

Tulisan Tun di blog Tun telah menghilangkan saki baki hormat saya kpd Tun. Tun tidak lagi menegur mahupun dalam mode game divertion spt yang banyak diperkatakan orang tapi lebih bersifat seperti mencabar undang2 yang membabitkan hasutan.

Apa yang sudah berlaku kepada seorang negarawan yang berpandangan jauh suatu waktu dahulu? Apakah disebabkan hasutan daripada kwn2 dan bekas-bekas financier yg hilang byk kepentingan termasuklah IPP dan projek2 kerajaan lain, menyebabkan Tun jadi sebegini rupa?

Tun berckp tentang derma RM2.6 bilion sebagai bullshit. Seingat2 saya perkataan 'shit' merupakan label penghormatan yang diberikan oleh Sasterawan Negara yang juga merupakan Profesor Emeritus USM, Shahnon Ahmad kepada Tun sndiri. Ia adalah perkataan taboo buat Tun. Perkataan yang menghiris-hiris penarafan dewa yang diberikan kepada Tun oleh golongan pengampu dan penjilat pada ketika Tun berkuasa dahulu. Perkataan yang dianggap sebagai merendah-rendahkan seorang pemimpin yang dikatakan amat mempengaruhi dunia oleh seorang penulis novel yang tidak lekang bercerita tentang nostalgia persekitaran pada zaman 50-an.

Kata Tun, mustahil ada pihak yang bermurah hati menderma sebanyak itu. Tapi Tun buat-buat lupa, masa Tun membantu negara-negara Islam termasuklah selatan Mindanao, adakah Tun korek duit tabung sendiri? Bukankah Tun juga memperolehi dan menggunakan sumbangan daripada beberapa buah negara termasuklah dari Arab Saudi dan Brunei untuk penghantaran bantuan kecemasan kepada umat Islam di Bosnia-Herzegovina, Kosovo, Palestin, selatan Thailand, Chechya dan sebagainya?

Mengapa keadaan yang sama tidak Tun gunakan dalam keadaan masakini? Zaman Tun, NED, OSI, NSI dan sebagainya tidak bermaharajalela di Malaysia. Zaman Tun, gerakan menumbangkan dan menghumbankan UMNO dan Barisan Nasional tidak sehebat mana selain modal yang digunakan pun hanyalah air liur. Anwar Ibrahim takut untuk menunjukkan wajah sebenarnya kerana bimbang kehilangan jawatan. Selepas hilang jawatan dan kedudukan pada tahun 1998, barulah Anwar Ibrahim menunjukkan siapa dia sebenarnya menerusi kedatangan Al-Gore yang menghitambirukan muka Tun secara berdepan-depan dalam ucapan yang terkenal memalukan itu? Selepas Anwar Ibrahim dipecat dan disingkirkan, barulah modal-modal besar dari Amerika Syarikat dan Jerman masuk ke negara ini secara terang-terangan.

Berapa banyak pula belanja yang telah dikeluarkan untuk menghitamkan watak Anwar Ibrahim sepanjang 1998 sehingga 2003? Adakah semua usaha tersebut diberikan secara percuma?

Benar, ia tidak mungkin keluar dari kocek peribadi Tun tetapi sudah tentu pengampu-pengampu projek kerajaan yang bernilai berbilion ringgit seperti Vincent Tan, Tiong Lay dan sebagainya amat bermurah hati untuk membantu. Yang Tun pertikaikan adalah mengapa akaun peribadi Najib dan Tun bandingkan dengan diri Tun yang tidak mampu dapatkan derma atau sumbangan daripada negara-negara Arab untuk mendirikan Universiti Islam Antarabangsa dan Pusat Islam Oxford.

Negara Arab mana yang berani menderma kepada Tun pada waktu itu? Kekaguman Arab kepada Malaysia hanya berlaku pada penghujung hayat Tun sebagai Perdana Menteri Malaysia, bukan antara tahun 81 sehingga 93. Negara Arab hanya pandang Tun dan Malaysia setelah kedatangan Allahyarham Yasser Arafat, pemimpin PLO Palestin ke Malaysia. Arab hanya menghormati Malaysia dan Tun hanya selepas kedatangan Aliya Izetbegovic, pemimpin Islam Bosnia. Kiblat Arab adalah Amerika Syarikat dan Eropah. Hanya selepas pemimpin-pemimpin baru Arab berkuasa dan melihat sendiri kemusnahan wilayah Arab menerusi perbuatan Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Arab Spring, barulah mereka ada otak dan cuba mencari jalan keluar agar tidak terus dicengkam oleh Amerika Syarikat. Mereka memerlukan sebuah negara yang baik dengan semua kuasa besar seperti China dan Russia untuk membantu mereka mengekalkan kuasa daripada dijatuhkan oleh rakyat sendiri.

Tun,

Tun mengulangi semula kisah 1MDB walaupun telah diterangkan berkali-kali oleh pengurusan dan CEO 1MDB. Tun berkali-kali bercakap tentang anak tiri Najib yang merupakan produser film. Tun berkali-kali bercakap tentang gaya hidup mewah Najib dan isterinya. Sekaligus mengingatkan saya kepada pembohongan berulang-ulang Anwar Ibrahim sehingga pembohongannya diterima sebagai satu kebenaran.

Tapi Tun lupa, projek perkampungan filem, perkampungan buku dan pelbagai projek perkampungan yang diwujudkan pada era Tun, berakhir tanpa nisan. Begitu juga dengan projek-projek mega yang akhirnya dikuasai oleh bukan Melayu, bukan Bumiputera. Melayu dan Bumiputera masih kekal berkolar biru. Kalau ada pun yang bernasib baik, mereka dilantik sebagai kepala GLC yang kemudian lupa diri dan lupa bahawa modal untuk menjutawankan mereka adalah dengan mengorbankan jutaan Melayu dan Bumiputera yang lain selain aset-aset Melayu dan Bumiputera seperti tanah. Ke mana pergi kesemua duit tersebut? Adakah ianya bersifat percuma juga seperti politik Tun sepertimana yang Tun dakwa?

Tun lupa bagaimana anak-anak Tun sendiri tidak hidup dengan menoreh getah atau mengerat padi. Pada kemuncak zaman reformasi, apabila kekayaan anak-anak Tun dipertikaikan dan punca kekayaan mereka, apa jawapan yang Tun berikan? Tun permainkan daya fikir rakyat Malaysia pada waktu itu dengan mengatakan, mereka berniaga dan tidak boleh makan gaji dengan kerajaan. Tetapi Tun tidak pernah menerangkan bagaimana perniagaan anak-anak Tun begitu berjaya dalam tempoh yang amat singkat dan kesemua perniagaan mereka pula berkaitan dengan projek kerajaan. Tun cuba membuatkan generasi saya melupakan skandal MISC yang diterajui oleh salah seorang anak lelaki Tun.

Najib juga sama seperti Tun. Sama-sama datang dari UMNO. Sama-sama berkuasa pada zaman masing-masing. Apa yang Tun racaukan sekarang, Tun tidak praktikkan pada zaman pentadbiran Tun. Tun hanya mahu Najib ikut acuan Tun tetapi ketika Tun memerintah dahulu, Tun pun tak ikut acuan yang diperkatakan sekarang sebaliknya menggunakan undang-undang sebagai perisai untuk terus berkuasa.

Saya tidak berminat untuk membela Najib daripada segala tuduhan Tun tetapi melihat kepada keadaan negara yang semakin kacau bilau dan dengan DAP yang bijak mengambil kesempatan memecah belahkan Melayu dan Bumiputera di negara ini bertitik tolak daripada permainan Tun, saya rasa jengkel yang amat sangat. Dengan tempoh berbaki masa 2 tahun, apa yang Tun dan juak-juak Tun lakukan sekarang adalah untuk memindahkan kuasa dari tangan Melayu dan Bumiputera kepada kelompok 16% penduduk rakyat negara ini.

Tak payahlah cerita tentang ketirisan wang negara kerana ketirisan lebih banyak berlaku pada zaman Tun. Golongan yang menentang Tun pada waktu itu masih hidup pada hari ini. Tulisan-tulisan dalam akhbar dan tabloid seperti Watan yang Tun haramkan dengan kuasa KDN, masih boleh dibaca dan disalin. Begitu juga dengan buku-buku politik yang tidak dibenarkan jualan atau dirampas, masih boleh diperolehi dengan mudah sama seperti buku-buku politik yang dibenarkan jualan atas nama mempertahankan kerajaan Tun.

Lebih baik Tun berehat daripada mengeluarkan pandangan. Tun memang hebat dan terbilang pada zaman Tun. Sama macam T-Rex terbilang dan terhebat pada zaman Jurasic. Sekarang adalah zaman haiwan-haiwan seperti singa, harimau dan jerung. T-Rex hanyalah fosil dan dipamerkan di muzium. Singa, harimau dan jerung masih lagi makhluk hidup dan merupakan apex rantaian makanan zaman kini.

Tak perlulah menggunakan nama Melayu dan negara lagi kerana apa Tun lakukan sekarang pun, lebih meranapkan negara dan Melayu berbanding yang Tun salakkan.

Saya hanyalah orang kecil tetapi saya adalah golongan yang cukup setia beratur pada awal pagi untuk memangkah mana-mana parti politik yang saya rasakan mampu menjaga negara ini, kalau tidak pun menjaga survival saya dan anak cucu saya pada masa hadapan. Tidak perlulah mengajar dan menyuruh kami berbuat itu ini hanya untuk memenuhi keegoan seorang bekas Perdana Menteri. Kami sudah cukup matang untuk membuat penilaian kami sendiri, sama ada untuk menyokong Najib atau menolak UMNO atau Barisan Nasional pada PRU akan datang. Kalau terjadi sesuatu yang buruk ke atas negara ini, orang seperti Tun dan keluarga, mahupun Najib dan keluarga atau golongan pemimpin lain, akan mudah melarikan dan menyelamatkan diri. Yang akan berhadapan dengan segala macam natijah dan kesan buruk adalah kami di bawah ini yang cuba dicorakkan oleh orang seperti Tun.

Justeru, berehatlah daripada terus mengeluarkan pandangan termasuklah gesaan untuk berdemonstrasi. Rehatlah yang serehat-rehatnya. Tun tidak perlu menyertai Anwar Ibrahim atau Lim Kit Siang untuk memporak-perandakan negara ini. Kalau betul Najib dan UMNO hendak diajar, biarkan kami yang mengajarnya, bukannya seorang negarawan yang bercakap dari bilik berhawa dingin dan di atas berkerusi empuk yang dikelilingi oleh taikun-taikun berperut gadang dan bernafsu besar selain tukang-tukang penyampai yang berlagak sebagai pencatur politik walaupun untuk minum teh bersama pembesar negara, mereka tidak ubah seperti ulat gonggok.

Pada zaman Tun, Tun telah menghasilkan budi kepada rakyat negara ini walaupun sebenarnya pada waktu itu, semua usaha Tun dipertikaikan sehingga timbul istilah KKN (Korupsi, Kronisme dan Nepotisme). Hanya selepas bertahun-tahun Tun tidak lagi sebagai Perdana Menteri, maka Tun dianggap sebagai Super Dewata Raya yang tiada cacat cela. Samalah seperti Allahyarham Nik Aziz dan Fadhil Noor, samalah seperti Burhanuddin Helmi, Pak Sako, bahkan Chin Peng dan seribu satu macam nama yang lain. Jadi, biarlah Najib turut menempa situasi yang sama kerana lama selepas dia tidak berkuasa nanti, Najib juga akan digambarkan sebagai Perdana Menteri yang banyak berbudi kepada Malaysia.

Tak perlulah menjadi pencatur otak rakyat Malaysia.

Terima Kasih.

Ayob Tuah
Jalan Kampung Haji Manan,
Kluang, Johor
10 Ogos 2015


Sunday, August 2, 2015

TUN MAHATHIR BUAT U-TURN DAN TIDAK PASTI AKAN TULIS LAGI TENTANG 1MDB!!!



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seolah-olah membuat pusingan 'U' apabila beliau kini tidak pasti sama ada mahu terus menulis tentang isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di blognya pada masa akan datang.

Beliau berkata, pada masa ini membincangkan tentang isu 1MDB telah dianggap sebagai satu jenayah dan tidak mustahil beliau akan dipanggil oleh polis jika terus menulis mengenai 1MDB.

"Saya tak tahu…saya kena fikir tentangnya kerana ia sangat serius.

"Saya mungkin akan dipanggil oleh polis untuk beri keterangan…saya tak rasa mereka akan masukkan saya dalam penjara lagi, tapi ada kemungkinan akan ditanya kenapa saya berkata begitu (tentang 1MDB)," katanya pada sidang media selepas melancarkan buku ‘Mahathir Bukan Kawan saya’ di sini, Sabtu.

Dr Mahathir berkata sebagai rakyat Malaysia beliau akan akur kepada pendapat bahawa sebarang perbincangan tentang 1MDB adalah satu jenayah.

"Saya tak suka lakukan jenayah," katanya.

Pada 24 Julai lalu, Dr Mahathir berkata bahawa beliau akan terus menulis tentang 1MDB di blognya walaupun menyedari terdapat sekatan terhadap media, khususnya yang melaporkan tentang isu 1MDB.

Beliau berkata demikian selepas laman Sarawak Report disekat aksesnya oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan akhbar The Edge digantung permitnya selama tiga bulan kerana berterusan memainkan isu 1MDB dalam laporan-laporannya.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai perbezaan kebebasan media ketika zaman pentadbirannya dengan zaman pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, beliau mengamalkan kebebasan media pada zamannya tetapi terdapat media yang dilihat seolah-olah menyekat diri mereka sendiri daripada menulis secara bebas.

"Seolah-olah mereka tak nak menyakitkan hati pemimpin, ini tabiat (media) yang kita dapati di Malaysia.

"Media arus perdana selalu berhati-hati, berfikir tentang apakah pemerintah suka atau tidak tulisan mereka," katanya.

Jelasnya, sama ada media itu menyokong kerajaan atau sebaliknya, pembaca boleh membuat satu penilaian antara pemikiran pemberita dan rakyat terhadap kerajaan.- MSTAR ONLINE


Wednesday, March 11, 2015

TUN MAHATHIR GESA NAJIB BATALKAN GST ATAU SEBENARNYA THE MALAYSIAN INSIDER YANG MANIPULASI TAJUK ARTIKELNYA?!!!



Ini bukan kali pertama, The Malaysian Insider atau Malaysiakini memutarbelitkan kenyataan Tun Mahathir. Kedua-dua portal Zionis yang pro-Pakatan itu amat setia dan sangat kreatif dalam mencipta polemik dan provokasi sekaligus mewujudkan persepsi kononnya Tun Mahathir sedang menyerang Najib Abdul Razak.

Dalam artikel terbaru The Malaysian Insider, kita dapat lihat dengan jelas bagaimana tajuk yang digunakan telah dimanipulasikan untuk tujuan persepsi negatif. Tajuknya menggambarkan yang Tun Mahathir mengecam polisi GST yang akan dikenakan oleh Kerajaan di bawah pimpinan Najib dan ancaman yang Kerajaan Barisan Nasional akan kalah teruk pada PRU-14 kerana GST. (RUJUK DI SINI)

Bagaimanapun, membaca keseluruhan isi kandungan artikel tersebut, sangat jelas bagaimana Tun Mahathir menyebut tentang kos perubatan yang semakin tinggi dan pembiayaan tinggi yang perlu dikeluarkan oleh kerajaan untuk rakyat.

Tun Mahathir turut menyatakan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia sebenarnya cukup kaya kerana ramai yang mendapatkan rawatan di hospital-hospital swasta yang mengenakan bayaran tinggi. Justeru, tindakan memprotes yang dilakukan itu sebenarnya hanyalah merupakan salah satu daripada sikap rakyat Malaysia yang 'enggan membayar apa-apa'.


Kerajaan memberikan subsidi dan bantuan perubatan kepada rakyat miskin terutama yang menggunakan perkhidmatan hospital-hospital kerajaan. Walaupun pembayaran masih perlu dibuat, tetapi jumlah pembayarannya terlalu kecil jikalau dibandingkan dengan bayaran yang dikenakan oleh hospital-hospital swasta.

Menyentuh tentang insuran premium perubatan, Tun Dr. Mahathir menyatakan, Kerajaan di bawah pimpinannya pernah berusaha untuk mewujudkan sistem tersebut, terpaksa mengambil kira pandangan 'rakyat Malaysia yang enggan membayar apa-apa', atau dalam bahasa kasarnya, semua hendak percuma sahaja, terpaksa menangguhkannya.

Justeru bekas Perdana Menteri itu menyatakan kehairanan dan keajaiban bagaimana Putrajaya di bawah pimpinan Najib Abdul Razak masih dapat mengekalkan perubatan percuma pada ketika kos perubatan di seluruh dunia, termasuklah di negara-negara membangun lain, meningkat secara drastik dan rakyat terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk menanggung kos tersebut.

Lain yang dicakap oleh Tun Mahathir, lain yang dikilas atau difahami oleh The Malaysian Insider dan Malaysiakini. Tidak hairanlah mengapa Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pernah menyelar seorang pemberita Malaysiakini yang tidak faham Bahasa Kebangsaan setelah meminta Mahyuddin menterjemahkannya ke dalam Bahasa Inggeris.

Malanglah bagi sesiapa sahaja yang membaca tajuk atau perenggan pertama artikel yang disiarkan oleh portal-portal berkenaan atau menonton klip video KiniTV yang dimiliki oleh Malaysiakini yang hanya menyedut bahagian yang mereka sukai dan membuang bahagian yang menerangkan maksud sebenar pemutarbelitan mereka!!!


 
Blogger Templates