Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label jpj. Show all posts
Showing posts with label jpj. Show all posts

Friday, April 21, 2017

KONTROVERSI SURAT SOKONGAN MENTERI PENGANGKUTAN UNTUK JAWATAN KETUA PENGARAH JPJ YANG BARU!!!



Tersiarnya dua pucuk surat dengan salah satunya adalah 'SOKONGAN MENTERI' kepada Perdana Menteri bagi jawatan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan bagi menggantikan Ketua Pengarah sedia ada di media sosial, menimbulkan beberapa persoalan yang selama ini acapkali disebut dan bukan lagi menjadi rahsia.

'SOKONGAN MENTERI' bagi jawatan yang kini disandang oleh Datuk Nadzri Siron, membuka mata banyak pihak selepas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dipersoalkan berhubung perniagaan nombor pendaftaran selain undang-undang cermin gelap yang tidak seragam.

Ada pihak yang mengandaikan wujudnya konspirasi dalaman JPJ yang bertujuan menjatuhkan Ketua Pengarah JPJ sekarang. Beberapa nama turut dikaitkan, termasuklah pegawai yang dikatakan sedang melobi untuk jawatan tersebut.

Dalam dunia tanpa sempadan dan maklumat di hujung jari, integriti Jabatan Pengangkutan Jalan, menjadi taruhan yang tidak boleh dipandang ringan. Persoalan tersebut bermula dari dalam Jabatan sendiri sebelum dipanjangkan menerusi WhatsApp dan akhirnya diangkat oleh Netizen ke Facebook.

Dari semalam lagi, isu ini dilihat muncul di Facebook apabila Rafi Awang Kechik memuatnaikkan surat-surat tersebut dan mempersoalkan kewajaran Menteri Pengangkutan campurtangan dalam hal tersebut.

Menurutnya, surat sokongan daripada Menteri terbabit ditafsir sebagai mempunyai kepentingan besar bagi kedua-dua belah walaupun pada masa yang sama, menyalahi Peraturan Penjawat Awam.

Bagaimanapun, Netizen juga berbelah pendapat berhubung perkara ini kerana jawatan Ketua Pengarah JPJ bukanlah jawatan yang mengganggu sebarang kepentingan agenda Bumiputera.

Seperti biasa, kewajaran pendedahan tersebut mempunyai kaitan dengan penyalahgunaan kuasa. Walau apa pun ceritanya, ia hanyalah menjadi sebab untuk pendedahan tersebut dibuat.


Yang pasti, persoalan utama yang menjadi perdebatan di kalangan netizen ialah tentang MUDAHNYA KEBOCORAN MAKLUMAT serta surat-surat penting dari Pejabat Perdana Menteri dan Pejabat Menteri sehingga membolehkan ia disebarkan.

Lebih menarik lagi, jejak-jejak penyebar pertama telah ditutup menerusi penggunaan WhatsApp dan Telegram kerana sebaran menggunakan kedua-dua medium tersebut jauh lebih pantas sebelum diangkat ke Facebook sebagai arkib.


Tuesday, December 29, 2015

PENGARAH JPJ PULAU PINANG KENA JAWAB: LELAKI BERANG, KERETANYA YANG TELAH DISITA DAN SEPATUTNYA DILUPUSKAN OLEH JPJ, KINI DIGUNAKAN OLEH ORANG LAIN DAN DIA TIDAK BOLEH PERBAHARUI CUKAI JALAN KERETA BARUNYA!!!




Marah betul abang dalam klip video yang sedang viral di Facebook ini. 

Individu yang tidak dikenali itu berang apabila percubaannya untuk menghidupkan cukai jalan, tidak dilayan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan kerana sebuah keretanya yang telah dirampas kerana masalah nombor chasis pada tahun 2001 telah disita oleh JPJ, 'wujud' kembali di jalanraya.

Lelaki berkenaan telah membuat siasatan dan mendapati kereta tersebut sememangnya digunakan oleh individu tertentu semenjak dari tahun 2013. Segala butiran telah diberikan untuk tindakan lanjut, tetapi menurutnya, pihak berkenaan memberi alasan, mereka tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menahan kenderaan tersebut serta pemilik barunya. 

Dia mendakwa, sepatutnya selepas disita, kereta berkenaan telah dimusnahkan. Namun pihak tertentu di dalam Jabatan Pengangkutan Jalan telah mengeluarkan kereta tersebut, sehingga akhirnya mendatangkan masalah kepadanya. 

Menurutnya, kalau sekiranya individu yang menggunakan kereta tersebut melakukan kesalahan dan jenayah, dia yang akan menanggung akibatnya memandangkan namanya sebagai pemilik asal kereta tersebut masih belum dipotong dan dihapuskan.

Bagaimana agaknya, perkara seperti ini berlaku?

Tidakkah ini menganiayai orang awam?


Jabatan Pengangkutan Jalan dan Kementerian Pengangkutan serta SPRM perlu memberikan reaksi dan bertindak dengan sewajarnya, apatah lagi, terdapat banyak kes 'kereta-kereta hantu' yang melibatkan penggunaan satu nombor pendaftaran seperti yang didedahkan oleh media. (RUJUK SINI


Saturday, July 11, 2015

PEMANDU MENGADU ANGGOTA JPJ BERSIKAP RASIS DAN BERLAGAK SEBAGAI POLIS!!!



Seorang jurutera mempersoalkan tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menahannya ketika dia sedang memandu kereta.

Kesal dengan kejadian pada 20 Jun lalu, Mazlan Mahmud cuba mendapat maklum balas daripada pihak berkenaan.

Bagaimanapun lebih dua minggu insiden berlaku, dia mendakwa tidak menerima sebarang respon.

Bagi membela haknya, Mazlan kemudian menghantar email kepada FMT dan menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku dekat Kampung Kenanga, Rawang.

Jelasnya, anggota JPJ telah bertindak menghimpit keretanya seolah-olah dia seorang penjenayah yang sedang melarikan orang.

Menurutnya, selepas ditahan, salah seorang anggota JPJ menanyakan soalan yang didakwanya bersifat perkauman.

“Pertanyaan bersifat perkauman, adakah saya seorang berbangsa CINA!,” katanya menerusi email yang dihantar.

Mazlan mendakwa, selain cukai jalan, anggota JPJ turut memeriksa computer ribanya dengan mengambil masa amat lama.

Katanya lagi, keadaan itu menyebabkan dia terpaksa menanggung malu.

“Setelah itu, memulangkan lesen memandu saya tanpa sebarang kekesalan dari pihak anggota-anggota JPJ yang ditunjukkan diatas apa yang berlaku, ucapan minta maaf pun tiada,” ceritanya.

Dakwanya lagi, anggota JPJ terbabit juga mengambil gambarnya seolah-olah dirinya seorang penjenayah.

Dalam kiriman emailnya juga, Mazlan turut menyertakan maklum balas daripada Unit Pengurusan Aduan, Bahagian Integriti JPJ, Mazlini Yusof.

Dalam kiriman balas berhubung aduan yang dikemukakan, Mazlini berkata bahawa bahagian tersebut telah menerima aduan yang dikemukakan Mazlan dan sedang dalam penelitian

“Untuk makluman, Bahagian Integriti, Ibu Pejabat JPJ telah menerima aduan tersebut dan sedang dalam penelitian sewajarnya.

“Sehubungan itu, bahagian ini merakamkan ucapan terima kasih di atas aduan yang dikemukakan,” katanya. (SUMBER)


Saturday, January 24, 2015

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) BUAT LAPORAN POLIS ATAS FITNAH ASTRO-AWANI!!!


KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menafikan laporan yang mengatakan empat individu maut selepas kereta yang mereka naiki dirempuh akibat diburu JPJ.

Berikut adalah kenyataan penuh JPJ yang dimuatnaik menerusi laman rasmi Facebook jabatan tersebut:

"Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil serius laporan berita tidak sahih yang dikeluarkan oleh salah sebuah media tempatan.

"Di dalam laporan tersebut menyatakan bahawa kemalangan yang berlaku di Melaka pada 23 Januari 2015 pukul 4.15 petang adalah disebabkan proton perdana dari arah Merlimau yang diburu pasukan JPJ sehingga memasuki jalan bertentangan berlangar dengan produa kancil dan menyebabkan 4 maut di tempat kejadian.

"Ibu Pejabat JPJ telah menerima laporan penuh daripada JPJ Negeri Melaka berhubung dengan situasi sebenar yang berlaku iaitu, 4 anggota JPJ yang sedang menjalankan tugas rondaan terserempak dengan sebuah kemalangan dan telah memberi bantuan yang sewajarnya sementara menunggu pihak polis sampai ke tempat kejadian.

"Berikutan dengan itu, laporan Polis telah dibuat oleh anggota yang berada di tempat kejadian bagi menjelaskan situasi sebenar dan menafikan laporan berita yang dikeluarkan oleh media tempat tersebut.

"JPJ melahirkan rasa kecewa dengan laporan berita yang ditulis tanpa membuat rujukan sahih daripada pihak jabatan.

"Siasatan sedang dibuat berhubung dengan laporan berita tersebut."
 
Blogger Templates