Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label ananda krishnan. Show all posts
Showing posts with label ananda krishnan. Show all posts

Thursday, August 4, 2016

KRONI KESAYANGAN MAHATHIR, ANANDA KRISHNAN DIWARANTANGKAP CBI INDIA, RAKYAT MALAYSIA BAKAL DISUSAHKAN!!!



Sudah menjadi satu pemandangan biasa dan telah menjadi objektif dari awal penubuhannya lagi, boleh dikatakan hampir setiap rakyat Malaysia menggunakan ASTRO sama ada menggunakan pakej termahal apatah lagi pakej tercikai, Njoi. Yang pastinya, kalau di bandar, jarang sangat kita melihat rumah yang tidak ada piring satelit ASTRO terngadah ke langit.

Pembolotan atau monopoli ke atas pasaran perkhidmatan televisyen berbayar, membuatkan ASTRO yang dimiliki oleh Ananda Krishnan sangat bermaharajalela dan berbuat sesuka hati mereka, termasuklah menaikkan harga dan servis perkhidmatan yang seringkali menjadi rungutan terutama pada hari hujan. 

Begitu juga dengan MAXIS, salah satu TELCO yang turut mendapat rungutan daripada para pelanggan kerana mempunyai bil-bil terselindung. Rungutan paling amat ketara di kalangan mereka yang menggunakan prepaid MAXIS yang seringkali merungut, data Internet mereka cepat benar kehabisan walaupun mereka sekadar menggunakan WhatsApp tanpa menonton YouTube atau bergayut sepanjang masa di Facebook menggunakan telefon pintar.

Kini, pemilik ASTRO dan MAXIS, Ananda Krishnan yang dipercayai hanya berstatus warganegara Malaysia tetapi lebih banyak berada dan tinggal di London, sedang berhadapan dengan tindakan undang-undang daripada Biro Siasatan Persekutuan India (CBI). CBI telah mengeluarkan waran tangkap ke atasnya kerana didakwa terlibat dalam satu kes penggubahan wang haram hampir setengah bilion Ringgit yang turut melibatkan bekas Menteri Telekom India, Dayanidhi Maran dan saudara lelakinya, Kalanithi Maran. 

Pada Ogos 2014, CBI telah mendakwa adik beradik Maran, Ananda, Marshal dan empat syarikat dalam kes ini. Dayanidhi didakwa telah memperolehi ‘sogokan’ berjumlah Rs742.58 crore (RM451 juta) dan wang itu ‘disimpan’ dalam firma adiknya, Kalanithi. CBI mendakwa Dayanidhi telah ‘memberi tekanan’ serta ‘memaksa’ pemilik syarikat telekomunikasi berpangkalan di Chennai, C Sivasankaran untuk menjual sahamnya dalam Aircel dan dua anak syarikat telekomunikasi kepada firma Malaysia, Kumpulan Maxis pada 2006 termasuk sogokan dalam bentuk pelaburan daripada kumpulan Maxis pada 2011.

CBI mendakwa kerajaan India kerugian USD4.6 bilion (RM18.64 bilion). Penguatkuasa India pada 25 Mei 2016 mengeluarkan saman di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram bagi menyiasat Ananda.

Dalam apa-apa keadaan sekalipun, seorang pemilik entiti yang memonopoli perkhidmatan yang diperlihatkan sebagai perlu dimiliki oleh rakyat, pasti akan memindahkan bebannya kepada para pengguna atas nama rasionalisasi harga atau peningkatan mutu perkhidmatan.

Dan seperkara yang menjadi persoalan, kalau di negara leluhurnya pun, Ananda didakwa terlibat dengan penggubahan wang haram, tidakkah perkara yang sama juga berlaku di Malaysia?

Tidak adakah siasatan ke atas Ananda yang gah dengan gelaran orang kedua terkaya di Malaysia daripada pihak berkuasa Malaysia?

Atau pihak berkuasa Malaysia takut untuk memulakan siasatan walaupun selepas dipicu oleh CBI kerana ada nama-nama lain yang berkait rapat dengan Ananda Krishnan?


Monday, January 11, 2016

HEBAT CARA ANANDA KRISHNAN BERNIAGA SAMPAI BOLEH BELI HARTANAH SELUAS DUA KALI GANDA SUBANG JAYA DI AUSTRALIA!!!



Rakyat Malaysia rata-rata mengenali Ananda Krishnan, kalau tidak pun tahu tentang salah satu produknya yang paling terkenal, ASTRO atau MAXIS. Tetapi tidak ramai yang dapat melihat, bertemu atau mendengar khabar Ananda Krishnan kerana dia sangat jarang berada di khalayak ramai di Malaysia. Malah tidak banyak yang mengetahui tentang kekayaan sebenar Ananda Krishnan yang merupakan orang kedua terkaya di Malaysia, yang muncul dan mendapat pelbagai projek mewah pada zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir.

Ananda Krishnan kembali diperkatakan ekoran cubaan 1MDB untuk mengambilalih salah sebuah IPP miliknya yang kemudian, dijadikan hujah kononnya, 1MDB terpaksa meminjam RM2 bilion daripada Ananda Krishnan untuk tujuan tersebut. Malah golongan yang tidak bersetuju 1MDB mengambilalih IPP yang telah diberikan kepada Ananda Krishnan oleh pentadbiran Mahathir, beranggapan dan menjaja cerita kononnya 1MDB telah membeli IPP tersebut pada harga yang lebih tinggi sedangkan ianya sudah tamat tempoh dan hanya berstatus besi buruk.

Malaysia Today telah mendedahkan sesuatu yang amat menarik tentang Ananda Krishnan, salah seorang anak emas Tun Dr. Mahathir yang sentiasa dipertahankan oleh bekas Perdana Menteri itu dalam apa juga keadaan termasuklah perlindungan kepada pemonopolian ASTRO selaku stesen televisyen berbayar di negara ini.

Menurut Forbes, nilai kekayaan bersih Ananda dianggarkan bernilai RM44 bilion pada Mei 2015 dan dia merupakan orang keenam terkaya di Asia.

Terkenal kerana memiliki kediaman bernilai puluhan juta dollar di atas sebidang tanah seluas 1,800 hektar berhampiran dengan Scone, lebih kurang 330 kilometer dari Sydney, Australia dan pernah memenangi Anugerah Tahunan Housing Industry Association Hunter Home 2006.

Juga terkenal kerana memiliki pesawat Gulfstream IV yang dikatakan, dikongsi dengan Dr. Mahathir dan juga dikatakan turut dimiliki dan dibayar sebahagiannya oleh Petronas.

Ramai yang tahu tentang pembabitan langsung Tun Dr. Mahathir dalam menjadikan Ananda Krishnan sekay sekarang, dan 'lembu' yang diperah susunya untuk tujuan tersebut adalah Petronas. Cuma ramai yang tidak tahu, Ananda telah memindahkan beberapa bilion ringgit daripada kekayaannya ke India untuk membiayai projek-projek kaburnya.

Disebabkan projek-projeknya itulah, Ananda berhadapan dengan masalah undang-undang di India. Kerajaan India mahu menangkap dan mendakwanya, dan besar kemungkinan mahu melihatnya berada di penjara. Satu-satunya manusia yang boleh menyelamatkannya daripada masalah itu adalah Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak, bukannya Tun Dr. Mahathir.

Justeru, itu dikatakan antara punca utama Ananda memberikan pinjaman RM2 bilion setahun lalu kepada 1MDB walaupun ditentang keras oleh Tun Dr. Mahathir. Ananda sebenarnya tidak punya banyak pilihan untuk menyelamatkan dirinya sendiri kecuali menerusi Najib Abdul Razak.

Ada pihak yang berkata, Dr. Mahathir sekadar bermain wayang dan berpura-pura yang dia tidak gembira dengan tindakan Ananda memberikan pinjaman sebanyak RM2 bilion kepada 1MDB. Apatah lagi, Ananda tidak akan pernah melakukan apa-apa yang tidak digemari oleh Dr. Mahathir, terutama sekali dalam bab 'menyelamatkan' 1MDB. Tetapi Dr. Mahathir juga tidak mampu membantu Ananda daripada mengelak diekstradisi ke India dan diperosokkan ke dalam penjara.

BACA SETERUSNYA DI SINI TERUTAMA MEMBABITKAN SKANDAL ANANDA DI INDIA




 
Blogger Templates