Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label sivarasa rasiah. Show all posts
Showing posts with label sivarasa rasiah. Show all posts

Thursday, March 1, 2018

ERIC SEE-TO PERSOAL KEINGINAN SIVARASA NAK SAMANNYA... ADAKAH KERANA CUBA ELAK JAWAB TENTANG URUSAN TANAH IJOK?!!!



Dari Lim Sian See:

Siapa bayar Sivarasa Rasiah mewakili para peneroka? Syarikat kroni atau para peneroka? Berapakah bayaran yang telah dibuat kepadanya?

Sivarasa Rasiah, Ahli Parlimen PKR untuk Subang tidak gembira apabila saya bertanya sama wujud kepentingan peribadi apabila dia dilantik sebagai peguam kepada 980 oran peneroka dalam skim Ijok untuk berurusandengan penaju dan Kerajaan Negeri Selangor.

Katanya, dia akan mendapatkan pandangan daripada para peguamnya sekiranya terdapat elemen saya menfitnahnya kerana menurutnya tidak wujud 'conflict of interest' memandangkan dia telah dilantik oleh para peneroka.

Saya tidak fikir Sivarasa faham apa yang saya maksudkan. Tidak kisahlah sama ada peneroka melantiknya atau pun Ratu England melantiknya untuk mewakili kepentingan para peneroka.

Apa yang menjadi persoalan ialah R.Sivarasa merupakan ahli PKR dan Ahli Parlimen dalam Negeri Selangor di mana Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan penyelesaian yang dikendalikan oleh PKR di ana Menteri Besar yang juga merupakan Timbalan Presiden parti yang dianggotai oleh Sivarasa, juga merupakan salah seorang Ahli Parlimen di Selangor.

Dengan kaitan semua ini, sepatutnya Sivarasa tahu, memang wujud 'conflict of interest' dan sepatutnya dia menghindarkan diri daripada menjadi wakil para peneroka.

Apakah sudah tidak ada peguam-peguam lain di Selangor selain daripada peguam-peguam PKR?atau RM500,000 sebagaimana yang kerapkali dibohongi oleh Kerajaan Negeri Selangor.

https://www.facebook.com/EricSeeTo/photos/a.1616864194992633.1073741828.1613712091974510/1882194731792910/?type=3

Anda juga akan dapat melihat bagaimana yuran guaman (point 18, muka surat 3) untuk dokumen perjanjian penyelesaian akan dibayar oleh 'akaun tuan punya tanah yang terdahulu', yang merujuk kepada syarikat-syarikat yang digelarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sebagai 'Kroni BN'. sepertimana yang diterangkan dalam point 20 bahagian B muka surat 4.

Mungkn Sivarasa perlu menjelaskan dan menceritakan kepada kita siapa sebenarnya yang telah melantiknya sebagai peguam para peneroka, siapa yang membayar dan berapa banyakkah yang telah dibayar untuk khidmatnya kepada para peneroka.

Adakah para peneroka membayarnya atau dia sebenarnya dibayar oleh syarikat-syarikat 'Kroni BN' sepertimana yang dicadangkan oleh FAQ?

Adakah syarikat guamannya telah memberitahu para peneroka bahawa tanah mereka akan dijual pada harga RM1.18 bilion dan dua syarikat yang telah gagal menguruskan para peneroka selama 18 tahun akan tetap mendapat bayaran sebanyak RM880 juta manakala para peneroka yang memiliki tanah punya hanya memperolehi RM300 juta?

Adakah firma guaman Sivarasa telah memaklumkan kepada para peneroka bahawa pembeli tanah mereka berniat untuk memajukan projek pembangunan bernilai RM15 bilion di atas tanah mereka?

Maklumat-maklumat seperti itu sepatutnya perlu dimaklumkan kepada para peneroka memandangkan kebanyakan daripada mereka sudah tua dan kurang berpengetahuan, membolehkan mereka membuat keputusan dengan lebih baik sama ada untuk menerima tawaran penyelesaian atau sebaliknya.

Sebaliknya, mengancam untuk menyaman saya dengan saman fitnah, besar kemungkinan hanya menunjukkan kecenderungan untuk lari dan mengelak daripada menjawab semua soalan tersebut.

ERIC SEE-TO


Friday, September 22, 2017

ADIK SIVARASA RASIAH DITANGKAP SPRM SEBAB PAW SYARIKAT BAWA MASUK BURUH ASING!!!



"Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga". Akhirnya media melaporkan SPRM menahan Naveen Kularasa Rasiah yang juga seorang setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah bagi membantu siasatan kes rasuah dalam isu berkaitan imigresen.

Naveen Kularasa Rasiah bersama pembantu peribadi dan kerani Ahli Parlimen Subang itu ditahan kerana dipercayai terlibat dalam perbuatan rasuah membabitkan wang bernilai RM20,000

Naveen Kularasa Rasiah berusia 45 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Kuala Lumpur kira-kira jam 8 malam tadi. Menerusi maklumat awal yang diperoleh, syarikat milik pengadu dikatakan pernah membawa masuk pekerja asing bertaraf buruh menggunakan kelayakan profesional dan diketahui oleh ketiga-tiga suspek.

Pengadu mendakwa diminta menyediakan wang RM55,000 bagi menyelesaikan urusan berkaitan imigresen.

Lambat laun pasti akan tertangkap juga. Masterdedah sebelum ini pernah melaporkan perbuatan rasuah Naveen Kularasa Rasiah dan abangnya Sivarasa Rasiah Ahli Parlimen Subang ini berkenaan sindiket perumahan. Sila baca;



Dokumen yang terdedah menunjukkan syarikat atau kontraktor diminta membayar komisen 1.5% kepada Sivarasa Rasiah yang juga MP Subang melalui syarikat guamannya Daim & Gamany yang dinamakan atas proksi Sivarasa Rasiah iaitu adiknya Naveen Kularasa Rasiah. 





Itu sindiket perumahan. Syarikat diminta memberi komisen 1.5% kepada Sivarasa Rasiah. Jika Projek Rumah Selangor ku Idaman PKNS dibina dengan kos RM200-300 Juta agaknya berapa? Jutaan ringgit diterima oleh Sivarasa Rasiah. Elok SPRM serbu pejabat guaman Daim & Gamany. Banyak dokumen boleh ditemui berkaitan komisen rasuah. 

Urusan imigresen ini mungkin tertangkap RM20k hingga RM55k. Mungkin banyak lagi.


Apapun syabas SPRM!. Ia kerja yang sangat cemerlang!



Friday, June 2, 2017

'YOU'VE CROSSED THE LINE', TITAH DYMM SULTAN SELANGOR KEPADA SIVARASA DI HADAPAN AZMIN ALI!!!!



Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa, berucap dalam Masjid An-Nur di Kampung Melayu Subang, pada 24 Mei lalu, sebagai sudah melampaui batas. 

"You have crossed the line!" demikian titah Sultan Selangor terhadap wakil rakyat PKR itu pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat dan Majlis Perasmian Masjid An Nur Temasya Glenmarie di sini, sebentar tadi. 

Yang turut berkenan hadir Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah. Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa; Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi; dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Haris Kasim. 

Sultan Sharafuddin Idris Shah menyatakan kemurkaan terhadap insiden itu kerana tindakan Sivarasa masih berucap di dalam masjid, walaupun sudah berkali-kali baginda mengingatkan supaya masjid tidak dijadikan tempat berpolitik sama ada yang beragama Islam mahu pun bukan Islam. 

"Beta tidak membenarkan ahli politik berceramah atau berucap di dalam masjid kerana beta tidak mahu ia menjadi punca kepada perpecahan umat Islam. Namun teguran beta nampaknya tidak diendahkan dan beta ingin menegaskan...Ahli Parlimen Subang, Sivarasa, 'You have crossed the line!' 

"Jikalau Ahli Parlimen Subang itu hendak berucap lapan jam atau sepuluh jam di luar dari kawasan masjid, beta tidak menghalangnya, itu semua terserah kepada rakyat sama ada mahu mendengar ataupun tidak, tetapi jangan sama sekali berucap di dalam masjid dan di dalam kawasan masjid," titah baginda. 

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, nazir masjid, imam dan ahli jawatankuasa masjid sepatutnya lebih peka dan mengambil berat terhadap titah baginda serta tidak membenarkan sama sekali masjid dijadikan sebagai tempat untuk berpolitik. 

Baginda turut mengingatkan masjid dan surau perlu digunakan sebagai tempat beribadat serta tempat untuk menuntut ilmu agama, selain tempat untuk mengeratkan silaturahim sesama umat Islam supaya tidak berpecah-belah dan berpuak-puak. 

"Beta memberi kuasa kepada nazir, imam dan ahli jawatankuasa masjid untuk menjaga rumah Allah dan kemuliaan masjid. Maka gunakanlah kuasa ini dengan sebaik-baiknya. 

"Jika ada antara nazir, imam atau ahli jawatankuasa masjid yang hendak aktif berpolitik di masjid, beta titahkan supaya berhenti daripada menjadi nazir, imam atau ahli jawatankuasa masjid dan serahkan tanggungjawab itu kepada orang lain," titah baginda. 

Sultan Selangor juga memberi amaran tidak teragak-agak menitahkan JAIS supaya menamatkan perkhidmatan nazir, imam dan ahli jawatankuasa masjid yang melanggar serta tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. 

"Dalam kes masjid An-Nur Kampung Melayu Subang ini, beta mahu supaya JAIS menyiasat dengan terperinci dan sekiranya ada bukti yang ahli jawatankuasa masjid melanggar peraturan yang sedia ada, tindakan selanjutnya hendaklah diambil terhadap mereka selepas Ramadan," titah baginda. 

Selasa lalu, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa murka dengan tindakan Sivarasa yang memasuki dan memberi ceramah di ruang solat Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang. Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Sulit kepada Tuanku, Datuk Munir Bani kepada Pengarah JAIS.

Thursday, June 1, 2017

SIVARASA NAK SAMAN DYMM SULTAN SELANGOR?



Ahli Parlimen Subang dari PKR yang juga seorang peguam dan pemilik firma guaman, R. Sivarasa akan menulis surat peribadi kepada DYMM Sultan Selangor untuk menerangkan rasional dia berucap di hadapan mimbar di sebuah masjid di Subang beberapa hari lepas.

Sivarasa tetap berkeras dan bertegas mengatakan, dia tidak memberikan sebarang ucapan berbaur politik sebaliknya berkata, kerajaan negeri akan terus 'membimbing' dan membantu institusi masjid serta surau di seluruh Selangor menerusi bantuan kewangan bermusim terutama menjelang PRU.

DYMM Sultan Selangor menzahirkan kemurkaan baginda kerana Sivarasa melanggar perintah agar ahli politik terutama yang bukan Islam, tidak menjadikan masjid sebagai medan berpolitik.

Sivarasa rupa-rupanya tidak faham dan lupa bahawa dia adalah orang politik dan kata-katanya atau ucapan pendek yang dimaksudkannya sebenarnya adalah ucapan politik walaupun sekadar kononnya memberikan sumbangan.

AJK Masjid berkenaan yang pernah terlibat dalam kontroversi yang sama sebelum ini termasuklah membawa Sivarasa dalam sebuah majlis sekolah agama rakyat sehingga menimbulkan kemarahan ibu bapa, sekarang ini sedang berkalih jawap kononnya tidak tahu kehadiran Sivarasa.

Sivarasa sebenarnya tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana dia adalah orang politik yang mahu mengekalkan kuasa sebagai Ahli Parlimen Subang dan kebetulan pula masjid berkenaan di dalam konstituensinya. Yang membuka dan menjemputnya masuk ke dalam masjid untuk berucap walaupun sekadar ucapan pendek di hadapan mimbar, adalah pihak yang diberikan amanah menjaga masjid bagi maslahat jemaah di kawasan terbabit.

Para penyokong PKR pula cuba mengalihkan kesalahan kepada UMNO dan ADUN Kota Damansara yang menurut mereka telah merancang untuk 'mengenakan' Sivarasa. Ironinya, Sivarasa berasa di dalam masjid dan berucap memegang mikrofon dengan gambar publisiti memberikan bantuan bertujuan sebagai propaganda politik bagi pihak PKR dan Kerajaan Pakatan Selangor.

Sedangkan bantuan atau apa-apa urusan sekalipun, boleh diberikan di luar kawasan solat.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah mencabar kewibawaan dan kewujudan DYMM Sultan Selangor sendiri. Dan sedihnya, ia dibuat oleh pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan urusan masjid bagi pihak DYMM Sultan Selangor yang merupakan Ketua Agama Islam Selangor!

Sudah kedengaran berita dan riuh rendah kononnya Sivarasa mahu menyaman DYMM Sultan Selangor kerana isu ini. Sivarasa selaku seorang peguam mungkin mahir dengan bentuk undang-undang, tetapi sudah tentu juga dia tidak akan melakukan sesuatu yang dia sendiri tahu, dia tidak akan boleh menang, apatah lagi memang terang-terang dia berada di dalam kawasan solat, memegang mikrofon, berucap atas kapasitinya selaku orang politik, bukan beragama Islam dan melanggar arahan dan larangan berkenaan dengan penggunaan masjid oleh Ketua Agama Islam dan Hal Ehwal Melayu Selangor.

Persoalan yang perlu dijawab ialah, mengapa tidak dibuat di luar kawasan solat masjid? Mengapa tidak di beranda? Mengapa tidak dianjung? Mengapa tidak di dewan mesyuarat masjid? Apa signifikan buat majlis penyampaian bantuan tersebut di kawasan solat di hadapan mimbar dan kemudian gambarnya dipropagandakan kononnya keprihatinan Kerajaan Pakatan Selangor walaupun Kerajaan Negeri atau Ahli Parlimen Subang itu boleh menghantar wakil seorang yang beragama Islam untuk program di masjid?



Wednesday, March 23, 2016

TERDESAK ATAU BODOH, SIVARASA RASIAH GUNA KULIT DEPAN MAJALAH TIME PALSU UNTUK FITNAH NAJIB ABDUL RAZAK!!!



Rupa-rupanya menjadi peguam dan pemimpin PKR boleh menyebabkan otak dijangkiti virus kebodohan yang terlalu tegar.

Sivarasa Rasiah sebagai contoh, merupakan seorang peguam, Ahli Parlimen dan pemimpin utama PKR. Seringkali bercakap tentang ketelusan, kejujuran, amanah dan sebagainya. Hakikatnya dia sendiri adalah seorang penfitnah tegar yang kerjanya mencari-cari bukti fitnah untuk mengenakan pihak lawan.

Barangkali itu merupakan antara sifat peguam-peguam merangkap ahli-ahli politik sepertinyalah kut... dah jadi darah daging ler katakan.

Terpedaya dengan cerita ciptaan sendiri kononnya, Malaysia dan Najib Abdul Razak terlibat dalam rasuah besar sehingga menjadikan negara ini tersenarai di top 5 negara paling tercemar dek rasuah, kulit muka depan majalah antarabangsa TIME telah dijadikan modal untuk mengukuhkan hujah.

Menariknya, kalau di pasaran, keluaran Mac 2016, lain pula kulit depan majalah tersebut. Sedangkan kulit depan TIME yang digunakan oleh Sivarasa pula amat berlainan sekali. Di bawah adalah perbandingannya.




Mana peguam-peguam UMNO atau Perdana Menteri yang sebelum ini kononnya sudah bersedia untuk mengambil tindakan ke atas sebarang fitnah jahat yang dibuat oleh pihak lawan? Apakah kesemua peguam-peguam tersebut sedang sibuk dengan kes-kes lain atau beranggapan, kes ini tidak lebih berat dan boleh diselesaikan di luar mahkamah sahaja?

Walaupun khabarnya, Sivarasa Rasiah telah memadamkan entry tersebut tetapi sebarannya telah pun dibuat oleh para pembaca laman Facebooknya.

Zaman sewenang-wenangnya menabur fitnah dengan menggunakan gambar, sudah pun berlalu. Trick bodoh menggunakan template dan kemudian menempeknya dengan gambar individu yang disasarkan seperti yang dilakukan oleh Tian Chua dalam kes Altantuya Shiiribu, sudah terlalu mudah untuk dibaca.

Sama ada Sivarasa memohon maaf secara terbuka atau dia memang seorang peguam bodoh spesies mangkuk jamban rabit yang hanya pandai bercakap tentang kebenaran, hakikatnya dia sendiri wujud di dunia ini kerana penipuan dan tipu perdaya!!!


Thursday, October 15, 2015

SIVARASA PULA MAIN KONGKALIKONG... KONON TAK SETUJU DAN CUBA SALAHKAN 'SURAT KERAJAAN PUSAT'!!!



Senang sungguh kalau jadi penentang kerajaan. Mereka hanya perlu membuat tuduhan dan tidak memerlukan sebarang bukti. Cukup dengan segala teori dan kesimpulan mudah, dan akhirnya ia dianggap sebagai satu kebenaran hakiki yang tidak boleh ditolak atau disangsikan.

Itulah perangai yang diamalkan oleh kesemua pembangkang di Malaysia. Walaupun si pembangkang itu menjadi kerajaan di sebuah negeri, perangai hodoh itu tetap diamalkan kerana ia sudah jadi darah daging. Apatah lagi, itu adalah jawapan dan alasan paling selamat yang membolehkan mereka membalikkan kesalahan serta kelemahan mereka kepada pihak musuh.

Pihak musuh dalam isu ini sudah tentulah UMNO-BN yang menjadi Kerajaan Pusat.

Sivarasa Rasiah di sebalik kepetahannya sebagai peguam, ternyata tidak dapat mencari alasan yang lebih kukuh mahupun memanipulasi kepintaran lidah belitnya untuk membela tindakan syarikat konsesi tol di mana dia adalah salah seorang ahli Lembaga Pengarahnya, bertindak menaikkan kadar bayaran tol.

Sebaliknya, Sivarasa mendakwa, kenaikan tersebut dibuat setelah syarikatnya menerima surat daripada Kerajaan Pusat yang Kerajaan Pusat tidak akan membayar pampasan kepada mereka lagi. Dengan itu, SPRINT yang dimiliki oleh GAMUDA (80%) dan Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (20%) dibenarkan menaikkan kadar bayaran tol. (RUJUK SINI)

Sivarasa dilantik anggota lembaga pengarah SPRINT pada Januari 2015 sebagai wakil Kumpulan Perangsang Selangor Bhd. Kumpulan Perangsang Selangor Bhd merupakan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor.


Keuntungan yang diperolehi oleh syarikat hasil daripada pertambahan trafik di lebuhraya, langsung tidak diperkatakan dan disentuh. Sebaliknya yang ditekankan cuma KERAJAAN PUSAT ENGGAN BAYAR PAMPASAN. 

Jadi bila enggan bayar pampasan, ditambah pula dengan kebenaran Kerajaan Pusat, maka WAJIBLAH SYARIKAT menaikkan kadar bayaran tol... kalau itulah yang dimaksudkan oleh Sivarasa Rasiah. 

Syarikat yang di dalamnya ada manusia yang mendabik dada mereka adalah pejuang rakyat dan faham masalah rakyat, tidak boleh berfungsi apabila kerajaan enggan bagi pampasan, kan? Disebabkan itulah, wajib kena naikkan kadar bayaran tolnya...

Begitulah... sangat mudah sebenarnya menjadi pihak yang menentang Kerajaan UMNO-BN. Bagi saja alasan apa pun, mereka akan dipandang sebagai wira dan UMNO-BN juga yang jahat sepertimana yang cuba dilakukan oleh DAP sekarang ini!!!


Tuesday, October 13, 2015

APASAL SIVARASA RASIAH SENYAPKAN ISU KENAIKAN TOL? OOOO... RUPA-RUPANYA DIA SALAH SEORANG LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT KONSESI TOL TERSEBUT!!!



Ini baru namanya hebat!!!

Sendiri punya tembolok buncit macam perut kecacingan, tetapi orang lain yang dimaki dihamun!

Salah sebuah syarikat konsesi lebuhraya bertol, SPRINT yang akan menaikkan kadar tol  pada 15 Oktober nanti, rupa-rupanya mempunyai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah dari puak-puak yang kerap mendabik dada mereka menentang kewujudan tol di lebuhraya (RUJUK SINI)

Sivarasa Rasiah merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah bukan eksekutif dan tidak bebas dalam syarikat-syarikat berkenaan.


Siapa Sivarasa Rasiah?

Dia adalah Ahli Parlimen Subang!

Parti apakah yang dia menjadi ahli?

PKR!

Patut senyap sunyi puak-puak PKR kecuali geng-geng yang tak tahu dan buta perut!!!!


Saturday, February 14, 2015

NURUL NUHA GAGAL MELAWAT ANWAR IBRAHIM DI PENJARA SUNGAI BULUH!!!



Sebenarnya pada 11 Februari lalu, Anwar Ibrahim telah dilawat oleh anak perempuannya, Nurul Nuha dari jam 2:30 petang sehingga jam 5:10 petang. Turut bersama-sama Nurul Nuha adalah Sivarasa Rasiah. Mereka beredar dari Penjara Sungai Buluh pada jam 5:40 petang selepas sidang media di pintu pagar penjara.

Bagaimanapun, hanya Sivarasa Rasiah yang dibenarkan masuk menemui Anwar Ibrahim, manakala Nurul Nuha tersadai di ruang menunggu sahaja. Pertemuan antara Sivarasa dengan Anwar Ibrahim hanya tamat pada jam 5:10 petang.

Alasan Sivarasa untuk bertemu dengan Anwar adalah sebagai peguam Anwar. Sivarasa kemudiannya membuat sidang akhbar di kawasan pintu penjara.

Dalam sidang akhbarnya, Sivarasa memaklumkan bahawa Anwar tidak akan membuat rayuan kepada Yang Di-Pertuan Agong kerana menurutnya tidak timbul isu mendapatkan pengampunan memandangkan walaupun keputusan Mahkamah Persekutuan adalah berdasarkan fakta dan bukti dengan Anwar Ibrahim serta pasukan pembelanya gagal menjawab atau menyanggah, Anwar tetap bertegas dia tidak bersalah, sepertimana kebanyakan banduan lain di semua penjara di seluruh dunia.

Selain itu, perjumpaan dan lawatan itu juga bertujuan untuk berbincang dengan Pengarah Penjara bagi mendapatkan butiran tentang layanan terhadap Anwar Ibrahim. Dan menurut Sivarasa, Anwar Ibrahim dilayan seperti banduan lain dan layanan tersebut merupakan satu kezaliman kepada Anwar. Justeru, dia berjanji akan mendedahkan kezaliman UMNO-BN kepada masyarakat.

Sivarasa juga melahirkan kemarahan kerana Anwar telah dipenjarakan serta dilayan seperti banduan. Dia tetap bertegas yang kes mensabitkan hukuman penjara 5 tahun adalah kes fitnah, sedangkan Sivarasa yang berada dalam pasukan peguambela Anwar Ibrahim, gagal menasihatkan Anwar untuk membuktikan fitnah dengan menyerahkan DNA secara sukarela serta dibenarkan bersoal jawab dengan pendakwa berbanding berceramah politik secara hentam keromo di kandang orang kena tuduh.

Sivarasa turut menuduh badan kehakiman telah diperalatkan walaupun sebenarnya terlalu banyak kes yang dimenangi oleh Anwar Ibrahim berdasarkan bukti dan fakta yang diberikannya di mahkamah, berbanding kes liwat di mana pasukan peguamnya gagal menampilkan walau seorang pun saksi daripada 14 orang saksi yang disenaraikan bahkan berbelit-belit mencari sudut teknikal untuk menang, bukannya menyanggah bukti dan fakta pendakwa dengan bukti dan fakta mereka sendiri.

Contoh terbaik, perbicaraan sepanjang 7 tahun itu boleh disingkatkan dan Anwar Ibrahim boleh dibebaskan seandainya DNAnya diserahkan dan Anwar Ibrahim mahu bersoal jawab dengan pendakwaraya. Malangnya Anwar enggan berbuat begitu. Berbanding pula dengan pengadu (Saiful Bukhari Azlan) yang telah disoalbalas dan menjalani pemeriksaan balas oleh seluruh pasukan peguambela Anwar Ibrahim.

Walaupun Mahkamah Persekutuan telah memutuskan Anwar Ibrahim memang seorang peliwat, nampaknya pasukan Anwar Ibrahim tetap berusaha untuk menyingkirkan 'cop mohor' tersebut. Bahkan memberikan gambaran mereka akan mengeluarkan Anwar Ibrahim dengan sebarang cara dengan mengenepikan semua proses undang-undang di negara ini sebagaimana kenyataan Sivarasa bahawa Anwar Ibrahim enggan mendapatkan pengampunan daripada DYMM Yang Di-Pertuan Agong!

Apa caranya tu?


 
Blogger Templates