Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, December 29, 2017

MAHATHIR SEBAGAI PERDANA MENTERI SEMENTARA, WAN AZIZAH SEBAGAI TPM... KONSENSUS CACA MARBA YANG SUPREMONYA ADALAH DAP!!!



Beberapa portal berita seperti Malaysiakini melaporkan Biro Politik PKR dalam mesyuarat mereka bersetuju untuk mengangkat Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara dengan Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri menerusi beberapa syarat sekiranya Pakatan memenangi PRU-14.

Antara syarat-syaratnya ialah, Mahathir mesti berjanji jawatan Perdana Menteri yang disandangnya hanyalah jawatan sementara. Dia wajib membebaskan Anwar Ibrahim dan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim dalam tempoh 6 sehingga 12 bulan selepas pembebasannya.

Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman penjara selama 5 tahun atas jenayah liwat. Ketua Umum PKR itu dijangka dibebaskan pada penghujung 2018.

Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Perkara 48 Fasal 6, seseorang yang melepaskan keahliannya dalam Dewan Rakyat, hilang kelayakan untuk menjadi Ahli Parlimen selama 5 tahun.

Dalam kes Anwar Ibrahim, dia tertakluk kepada Perkara 48 Fasal 1 (e) yang menyebabkan dia terpaksa melepaskan keahliannya di Dewan Rakyat dan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen kerana telah disabitkan dengan jenayah oleh mahkamah dan telah dihukum penjara lebih setahun.

Tidak dapat dinafikan, PKR sebenarnya sedang dalam keadaan yang sangat terdesak untuk sekurang-kurangnya mengekalkan penguasaan mereka ke atas kerusi-kerusi Parlimen dan DUN pada PRU-13 lalu. Berbanding PRU-13, PKR pada PRU kali ini kelihatan tidak mempunyai arah tujuan. Ketiadaan PAS dalam Pakatan Harapan dan kebergantungan PKR kepada DAP adalah antara punca utamanya.

Walaupun PKR ditubuhkan kerana kebencian terhadap Mahathir tetapi untuk berhadapan dengan Najib Abdul Razak dan bagi merealisasikan cita-cita mereka untuk mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, PKR terpaksa melupakan asas kewujudan dan prinsip mereka sendiri.

Sama ada benar atau tidak keputusan Biro Politik PKR bersetuju untuk mengangkat Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri atas restu Anwar Ibrahim, itu tidak penting lagi. Ia tidak mengubah apa-apa pun kerana selepas dibebaskan, Anwar Ibrahim tetap tidak boleh dilantik sebagai Perdana Menteri atau Menteri mahupun sebagai Ahli Parlimen kerana 'perintah berkurung' lima tahunnya.

Tempoh 6 sehingga 12 bulan yang diberikan kepada Mahathir adalah tempoh mimpi PKR yang menunjukkan kecenderungan mereka untuk menyalahgunakan undang-undang di negara ini bagi kepentingan peribadi walaupun pada masa yang sama, mereka seringkali bercakap tentang sistem perundangan dan mahkamah Malaysia yang kononnya telah dicemari dengan rasuah serta penyelewengan.


Persoalan yang menarik kini ialah sikap para penyokong Mahathir sendiri. Adakah mereka sanggup melihat tokoh pujaan mereka diperbudak-budakkan oleh PKR sedangkan hakikatnya, Mahathir yang telah melantik Anwar Ibrahim bahkan membawa masuk Anwar Ibrahim, mempermudahkan Ketua Umum PKR itu memperolehi pelbagai jawatan penting dan tinggi dalam Kabinet dan kerajaan tanpa memiliki latar belakang akademik dan pengalaman, bahkan mempercepatkan kedudukan Anwar Ibrahim berbanding pemimpin-pemimpin lain yang lebih kanan.

Apatah lagi, tidak ada istilah PERDANA MENTERI SEMENTARA dalam politik Malaysia meskipun ketika negara ditadbir dan diuruskan oleh MAGERAN pada tahun 1969 dahulu. Jawatan Perdana Menteri adalah konsensus daripada parti-parti atau ahli-ahli Parlimen yang membentuk pakatan atau kelompok majoriti di Dewan Rakyat.

Ada benarnya seperti yang dikatakan oleh page Penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Dah jadi Perdana Menteri, bermakna Perdana Menterilah, tidak ada istilah sementara-sementara lagi. Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri telah lama tidak relevan selepas REFORMASI dan LANGKAH KAJANG menemui ajalnya. Untuk Anwar Ibrahim kembali meraih cita-cita sebagai Perdana Menteri, hanyalah menerusi apa yang dilakukannya sebelum itu iaitu berjuang memenangi kerusi majoriti di Parlimen.

Masalahnya, PKR tanpa PAS hanyalah sebuah parti kecil. PKR tanpa DAP, hanyalah sebuah parti picisan sehinggakan Setiausaha Agung PKR sendiri pun terpaksa makan gaji dan menerima arahan daripada Lim Guan Eng!!!


Thursday, December 28, 2017

PAKATAN BERMIMPI INDAH DI KEDAH, PAS DAN UMNO TETAP JUGA SELESA!!!



Bukan lagi satu rahsia bilamana PKR sangat berhajat untuk menguasai Kedah buat kali pertama pada PRU akan datang. Walaupun PKR sekarang ini dilihat seperti menguasai Selangor, hakikatnya Selangor terpaksa dikongsi oleh PKR bersama-sama dengan PAS dan DAP. Dan walaupun PKR perlu akur dengan arahan serta perintah DAP agar memutuskan hubungan dengan PAS, PKR tidak mampu berbuat begitu kerana jikalau PAS keluar dari Pakatan di Selangor, bermakna PKR akan kehilangan segala-galanya.

Dalam keadaan sekarang, terutama apabila PRU semakin hampir, PKR tidak boleh sama sekali kehilangan Selangor. Lebih-lebih lagi apabila pelbagai pendedahan tentang penyelewengan dan skandal di Selangor membabitkan wang Kerajaan Negeri serta tanah sehingga membuatkan Azmin Ali tidak senang duduk.

Sebab itulah, PKR tetap terpaksa menerima PAS di Selangor meskipun pada masa yang sama, terus menerima desakan daripada DAP.

Disebabkan itulah, PKR mahu menguasai Kedah secara total, sepertimana DAP menguasai Pulau Pinang.

Walaupun pada masa yang sama, PKR tahu Kedah juga diintai oleh PPBM menerusi usaha-usaha Mukhriz Mahathir yang mahu kembali menjadi Menteri Besar Kedah, selain PAN yang mempunyai 'dendam peribadi' terhadap PAS di Kedah, manakala DAP pula mahu menambahkan kerusi yang akan ditandingi pada PRU akan datang, PKR sudah mula menggerakkan usaha untuk mencapai matlamat mereka.

Kerusi-kerusi DUN di Kedah Selatan menjadi sasaran utama. Padang Serai, Kulim-Bandar Bahru, Sungai Petani dan Merbok, setidak-tidaknya menjadi pemangkin kepada usaha PKR. Begitu juga beberapa DUN di bahagian utara termasuklah Pokok Sena, Kubang Pasu dan Jitra, turut dirasakan berpotensi untuk PKR.

Pembahagian kerusi antara komponen Pakatan Harapan masih belum dibuat dan diputuskan. Namun itu bukanlah satu halangan untuk cita-cita besar. Pakatan Harapan pastinya akan menemui formula terbaik dalam tempoh singkat untuk menyelesaikan masalah tersebut, lebih-lebih lagi Pakatan yang diketuai oleh DAP akan hanya mengutamakan kepentingan DAP sahaja, manakala parti-parti lain perlu menurut kata-kata DAP, termasuklah di Kedah. Doktrin, 'Tumbangkan UMNO-BN Dengan Apa Cara Sekalipun', pasti akan digunakan sekali lagi.

Jadi, Pakatan Harapan akan mempamerkan kerjasama yang padu sehinggalah PRU-14. Kalau ada pun pergaduhan atau pertikaian, akan hanya berlaku selepas itu. Dan berbanding PAN serta PPBM, DAP lebih berpihak kepada PKR walaupun PKR mungkin akan mencuri ahli, pemimpin mahupun kawasan DAP untuk menang memandangkan kecenderungan PKR untuk meletakkan calon seramai-ramainya di DUN Kedah, sama seperti yang mereka lakukan dalam PRN Sarawak dan di negeri-negeri lain.

Tidak boleh dinafikan, besar kemungkinan taktik dan usaha PKR serta Pakatan di Kedah akan lebih berjaya pada PRU-14 kali ini. Sebabnya, PAS dan UMNO, dua buah parti tradisi yang biasanya saling berlawan antara satu sama lain, sedang berhadapan dengan beberapa masalah tersendiri.

PAS dilihat kehilangan ramai tokoh-tokoh pemimpin dan calon-calon tempatan sama ada kepada PAN, PASMA mahupun kepada PPBM. Pertelingkahan dalaman PAS Kedah terutama terhadap bekas Setpol MB Kedah pada zaman Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, Sanusi Mohd Nor memuncak. Ramai pemimpin PAS Kedah yang tidak berpuas hati dengan Sanusi. Biarpun tidak meluahkan perasaan mereka secara terang-terangan tetapi fenomena, 'pakai baju hijau tetapi perangai oren', semakin berleluasa di Kedah.

Manakala UMNO-BN yang berjaya merampas Kedah dari tangan PAS pada PRU-13 lalu, berhadapan dengan fenomena pemimpin-pemimpin dan calon-calon tua selain beberapa orang ADUN sedia ada yang dilihat gagal menjalankan tugas mereka dengan berkesan di kawasan masing-masing. Setakat ini, belum ada muka-muka baru yang ditampilkan oleh UMNO-BN sebagai pelapis meskipun beberapa nama seringkali disebut-sebut dan 'diperkenalkan' menerusi media namun tidak mempunyai atau mencetuskan sebarang faktor 'WOW'.

Walaupun UMNO-BN Kedah berkeyakinan besar akan mempertahankan kedudukan mereka di negeri itu, namun keadaan di Kedah sebenarnya amat terbuka. Seandainya PKR, DAP, PAN dan PPBM berjaya menyelesaikan atau merundingkan masalah mereka secara lebih teratur, tidak mustahil, PAS dan UMNO-BN akan kembali menjadi pembangkang di negeri Kedah pada PRU-14 nanti.

Dalam tempoh yang amat singkat sebelum PRU-14 diumumkan, sudah tidak banyak yang mampu dilakukan kecuali kempen dan propaganda secara berterusan. Sesuatu yang penting yang perlu dilihat dan diperhalusi ialah sikap para pengundi yang sudah banyak berubah berbanding 10 PRU yang lepas. Kempen dan propaganda semata-mata, sudah tidak laku lagi kerana para pengundi akan turut menilai prestasi wakil-wakil rakyat yang mewakili parti masing-masing di kawasan mereka. Mana-mana parti politik yang mengambil mudah serta bersikap terlalu selesa, pasti akan menempah masalah!!!


TERLAMPAU TERDESAK, PKR BERTINDAK MENCURI PIMPINAN PARTI KAWAN!!!




Tertarik dengan komen beberapa pemimpin PKR mengenai desas-desus yang ditimbulkan oleh portal berita The Malaysian Insight 23 Disember lalu kononnya 10 ADUN PAS di Selangor akan menyertai PKR dan bertanding menggunakan tiket PKR menjelang PRU14.

Pada 25 Disember, Timbalan Ketua Wanita PKR Selangor, Dr Daroyah Alwi, dilaporkan oleh portal berita Sinar Harian sebagai berkata, “jika ada (ADUN PAS di Selangor) yang berminat (menyertai PKR), kita tiada halangan dan menyambutnya dengan berlapang dada”.

Kenyataan Dr Daroyah ini dibuat di sebalik kesedaran beliau bahawa “memang semalam Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad, memberitahu dakwaan itu sebagai khabar angin dan hanya perang siber”, tetapi, mengikut Dr Daroyah, “itu pendapat (Datuk Iskandar) saja”.

Semalam, 27 Disember, Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin, pula, ketika ditanya mengenai desas-desus kononnya ADUN PAS di Selangor akan menyertai PKR, dilaporkan oleh portal berita Sinar Harian sebagai berkata, “jika tiada angin masakan pokok bergoyang”.

Tambah Shamsul Iskandar lagi, “walaupun ada penafian (daripada para pemimpin dan ADUN PAS di Selangor), saya fikir kita mesti beri komen berdasarkan fakta”, dan “kalau ada keseriusan ke arah itu (ADUN PAS di Selangor mahu menyertai PKR), kami alu-alukan”.

Masalah utama dengan kenyataan Dr Daroyah dan Shamsul Iskandar ini adalah bahawa kenyataan mereka ini tidak diasaskan kepada apa-apa bukti yang konkrit, apatah lagi bila telah wujud beberapa penafian daripada para pemimpin dan ADUN PAS di Selangor terhadapnya.

Perumpamaan “jika tiada angin masakan pokok bergoyang” juga tidak boleh dipakai sepenuhnya kerana boleh dihujahkan bahawa, walau tiada angin pun, pokok masih boleh bergoyang juga jika umpamanya di atas pokok itu ada makhluk tertentu seperti monyet yang menggoyangnya.


Pada hemat saya, kenyataan Dr Daroyah dan Shamsul Iskandar ini akan hanya lebih menyerlahkan lagi imej PKR sebagai Pencuri Kepimpinan Rakan setelah ia umpamanya bertindak mencuri Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar, dari PAS pada 11 September 2015.

Sebagai rekod, PKR pernah bergaduh besar dengan DAP sewaktu ia masih bersama dengan PAS, DAP dan PRM di dalam Barisan Alternatif pada awal tahun 2001 dulu kerana tindakan PKR mengambil bekas pemimpin DAP Pulau Pinang, Teoh Teik Huat, menjadi ahlinya.

Ekoran tindakan PKR ini, Pengerusi DAP Pulau Pinang pada waktu itu, iaitu Chow Kon Yeow, mengumumkan, pada 26 Februari 2001, bahawa DAP Pulau Pinang akan menjarakkan hubungan mereka dengan PKR (“will 'loosen' their relationship with PKR) sehingga isu ini diselesaikan.

Begitu juga dengan Pengerusi DAP pada waktu itu, iaitu Lim Kit Siang, yang mengumumkan, pada 27 Februari 2001, bahawa beliau tidak lagi akan menghadiri mana-mana perbincangan dan mesyuarat Barisan Alternatif yang menyentuh hubungan PKR-DAP.

Turut dibangkitkan pada waktu itu adalah mengenai persetujuan Majlis Kepimpinan Barisan Alternatif pada 28 April 1999 bahawa mana-mana parti komponen Barisan Alternatif tidak dibenarkan sama sekali mencuri ahli (atau bekas ahli) mana-mana parti komponen lain.

Bagaimanapun, ternyata hingga sekarang perbuatan mencuri ahli, malah mencuri pemimpin, parti rakan, sama ada sesama parti Pakatan Harapan atau sesama parti pembangkang, terus menjadi amalan di dalam parti yang cogan perjuangannya ialah “Keadilan Untuk Semua” ini.


Wednesday, December 27, 2017

SURAT TERBUKA ORANG KELANTAN YANG TINGGAL DI KEDAH!!!





ASSALAMUALAIKUM WBT.
AMBO banyak berjalan ke serata negeri mutakhir ini atas tuntutan kerja yang amat padat.Dengan memandu kereta, banyak perkara yang mendatangkan idea kepada AMBO untuk berkongsi dan melontarkan sesuatu kepada pembaca untuk sama kita cambahkan pemikiran yang mungkin sekarang sedang berhenti berfikir secara rasional sekarang ini.

Terlalu ramai rakan-rakan AMBO berbicara setiap hari berkaitan kesusahan dan kos sara hidup yang amat menekan dan mendesak sehingga menimbulkan satu sindrom yang amat besar yaitu menyalahkan kerajaan dan perasaan marah meluat dengan kerajaan.Dicampur garam yang ditabur dalam luka oleh pembangkang maka ianya sedang ditahan sakitnya oleh rakyat.

Yang menyalak dan memekik setiap masa di FB atau media sosial lain bahawa susah dan kos sara hidup yang amat gawat akhirnya memuatnaik status pergi holiday dan bercuti dengan family.Yang melalak kata hidup susah akhirnya memuat naik status ride ke Mei Hon Song di Thailand yang menelan kos yang agak tinggi.Yang memekik melolong kata kos sara hidup meningkat memuatnaik status miliki iPhone X yang harganya hampir RM 5k ,miliki Huawei P10 atau Mark10 yang harga melebihi 3k.AMBO mahu percaya rakyat susah skang tapi bila berdepan status-status sebegini apakah salah AMBO untuk tidak percaya kepada momokan bahawa rakyat Malaysia susah?

AMBO dari utara negara menghala ke Kuala Lumpur sudah 2 kali setiap hari AHAD kerana terpaksa untuk menghadiri mesyuarat pada Isnin pagi berdepan masalah kesesakan sepanjang perjalanan yang amat kritikal ratusan kilometer bukan kerana kemalangan tetapi jumlah kenderaan yang amat sesak dan banyak.Kedua-dua kali AMBO lalui lebuhraya Utara Selatan ini masalahnya sama.AMBO berfikiran jika rakyat susah pasti kebanyakan rakyat merancang dengan cermat untuk perbelanjaan perjalanan.Jika balik kampung pun pasti sebulan sekali bukannya setiap minggu kerana kosnya pasti berbeza.Jumlah kereta dan stesen minyak yang penuh tidak menggambarkan kesusahan rakyat malaysia.Jika rakyat susah pasti AMBO boleh melihat ada pemandu atau keluaga yang membawa bekal dan makan di perhentian-perhentian tetapi RnR penuh dengan pelbagai juadah terhidang untuk semua pengguna lebuhraya.Tiada kerusi kosong dan terpaksa menunggu.Yang lagi hebat bila melihat kereta yang berkapasiti tak sampai 2000 cc pun menggunakan minyak hijau yang setiap minggu dimaki dan diluahkan kemarahan hasil naik-turun petrol .

Sempat berborak dengan seorang pemuda yang sama menghisap rokok dibawah pokok.Mereka sekeluarga dari Ipoh ke Kuala Lumpur.Bila ditanya berapa kerap balik Ipoh?? dengan selamba pemuda ni jawab setiap minggu.Atas alasan saja balik kampung.Katanya dekat jer Perak ngan KL ni.Tetapi AMBO cuba berkira-kira kos secara kasar pemuda ini untuk setiap minggu balik ke Perak.RM 200 pergi balik minyak dan Tol lebih kurang RM 60.Maksudnya beliau menggunakan sebanyak RM 1,040 setiap sebulan untuk 4 minggu ulang alik.Ia tidak termasuk belanja runcit makanan di RnR atau apa-apa makanan ringan yang dibeli di stesen minyak.

AMBO tefikir mungkin gaji pemuda ini tinggi tetapi melihat kepada jenis kereta yang pemuda ini bawa saya mengandaikan dia kerja biasa-biasa saja dan tidak terlalu kaya.Tetapi dengan perbelanjaan RM 1040 sebulan hanya untuk minyak dan Toll sudah pasti satu perbelanjaan yang besar yang tidak mungkin mampu oleh orang biasa.

Diperhentian kedua AMBO sempat jumpa sebuah keluarga yang juga berada di pinggir satu “pondok kayu” yang sedang berehat di RnR tersebut.Sempat juga AMBO provok soal kos sara hidup yang amat terok sekarang ini.Maka apa lagi..Tak bebaris la maki hamunnya kepada kerajaan.AMBO sempat tanya dari mana dan kerja dimana.Lihat ditangannya iPhone 7 .Diberitahunya beliau kerja disebuah syarikat swasta di Damansara.Cuma AMBO tertarik bila dalam maki hamun tu dia mengaku bahawa menerima BR1M.”Apalah sangat BR1M yang saya dapat”,,Kos barang semua mahal.Minyak mahal dan bal..bla…”...AMBO cuba lagi mendapatkan detail kewangan keluarga ni.Isterinya kerja kilang dan anak hantar pusat asuhan seramai 2 orang.Ditangan anak ada sebuah Tab sebagai mainan dan sejenama dengan Tab AMBO untuk penulisan..Hebatt...Akhirnya AMBO tunggu aja untuk melihat kerata apa yang mereka naiki.KIA OPTIMA K3 yang berharga dari RM101,000 hingga RM 119,000 yang dinaiki mereka.

Bila saja AMBO melihat mereka menaiki kereta jenama itu maka dari 2 pertemuan itu AMBO bisa membuat kesimpulan yang mungkin tidak tepat tapi AMBO cukup yakin bahawa pandangan AMBO tidak akan banyak lari dan terpesong.Dengan belanja pusat asuhan saja mereka terpaksa menanggung kos lebih kurang RM 700 setiap bulan.Balik ke kampung Di Kedah 2 kali sebulan kos mungkin RM 600 lebih atau kurang.Ansuran kereta dengan harga itu boleh menjangkau RM 1000 sebulan.Berapa agaknya gaji mereka untuk mengadap kos tetap setiap bulan sebanyak RM2,300 tidak termasuk ansuran jika beli rumah dan sewaan rumah.Kos pengangkutan pergi kerja untuk isteri dan beliau sendiri.Tidak termasuk makan minum dan susu juga lampin pakai buang untuk 2 orang anak.Duit dapur dan api air yang sah-sah perlu dibayar setiap bulan.Tetapi yang menariknya beliau penerima BR1M..??? DI TANGAN telepon bimbit yang harga hampir RM 5k .

AMBO bukan penerima BR1M tetapi AMBO tak mampu untuk pakai iPhone 7 mahupun Iphone X.Hanya yang mampu hp biasa untuk perhubungan dan penulisan menggunakan TAB berjenama biasa.Dan tak mampu untuk balik setiap minggu ke kampung.Apatah lagi untuk menggunakan minyak Ron 97 untuk ulang alik balik kampung.

AMBO yakin dan percaya bahawa kita hari ini sedang gagal menilai antara Masalah Kos Sara Hidup dan Masalah Kos Gaya Hidup.Cakap hidup susah tapi lebuhraya sesak.Bilang hidup susah tetapi pantang ada “sale” sah-sah penuh dengan pengunjung.Hidup susah tetapi pantang ada model iPhone atau jenama lain keluaran yang baru pasti beratur menunggu giliran hari pelancaran.Hidup susah tapi tak pernah lengang kedai-kedai makan samaada mahal dan murah.Kerajaan menekan rakyat tetapi bulan disember ni padat dengan jadual cuti dan Cameron Highland,Genting dan mana-mana pusat peranginan penuh sesak sehingga kesesakan berjam-jam.Tak kira di Johor,Gambang Kuantan,Lost World Tambun Perak sehinggalah Port Dickson N9 dan A Farmosa Melaka semuanya penuh sesak dan Fully Book.Tak cukup dengan itu World Disney Singapore penuh dengan orang Malaysia.Di upload gambar berada dibilik hotel yang agak mahal dan bukan hotel bajet.Statusnya “terima kasih Hubby” .Gambarnya berada ditilam empuk kepunyaan hotel bertaraf 4 hingga 5 bintang.Makannya di upload di restoran seafood yang harganya boleh tahan di Langkawi.

Maki hamun kerajaan tetapi anak di universiti dah pakai kereta.Maki hamun kata kerajaan gagal tetapi tukar kereta setiap 2 tahun kononnya dah tak sedap di pandu.Maki hamun kata hidup susah tapi naik kapal terbang tu macam naik bas zaman AMBO ulang alik Kota Bharu-Kuala Lumpur satu ketika dulu.Maki hamun minyak naik tapi siap berjalan tak berhenti pantang ada cuti.Siap pakai minyak RON 97 lagi..Ni la golongan munafik yang sedang mengumpul dosa dan dari caci maki mereka kerana buta dan tuli hasil dari hasutan syaitan bertopeng manusia pihak pembangkang.

Jangan jadi bodoh lah...

APAKAH INI MASALAH RAKYAT MALAYSIA DALAM MENANGANI KOS SARA HIDUP YANG DIKATAKAN GAWAT DAN SUSAH ATAU MEREKA SEDANG BERDEPAN MASALAH GAYA HIDUP YANG MENCARI GAYA KEMEWAHAN WALAU DALAM KETIDAKMAMPUAN???

FIKIR LA…


AMBO Ore kelate duk Kedah..

Tuesday, December 26, 2017

JANGAN HINA ADUN-ADUN PAS SELANGOR!!!!



*Semoga Allah memberi kekuatan kpd ADUN-ADUN PAS Selangor yang teruk difitnah sejak akhir-akhir ini.*

*Mereka dikatakan hendak keluar dari PAS dan menyertai PKR kerana sayangkan jawatan.*
*Saya lihat tidak ramai yang memberi sokongan kepada mereka ketika fitnah ini dilempar.*
*Malah ada yang menempelak kalau hendak keluar, keluarlah.*
*Ada pula yang berkata kalau hendaklah keluar, keluarlah sekarang. Sebelum PRU.*
*Seolah-olah bersetuju dengan berita yang disebar.*
*Kenapa begitu cepat mempercayai fitnah tersebut?*
*Kenapa meletakkan nilai dan integriti ADUN-ADUN PAS ini begitu rendah sehingga mengesyaki 
mereka akan melompat?*
*Sayang ramai yang lupa apa yang telah terjadi ketika berlaku Kajang Move.*
*ADUN-ADUN inilah yang berdiri teguh di belakang Presiden.*
*ADUN-ADUN inilah yang menyokong penuh keputusan Presiden untuk mempertahankan Tan Sri Khalid.*
*Walaupun tekanan dan pujukan diterima amat hebat sehingga 2 ADUN kecundang tetapi 13 ADUN ini tidak berganjak.*
*Kalau hendak dibangkitkan tentang hilang jawatan, kemungkinan kehilangan jawatan ketika itu adalah lebih tinggi.*
*13 ADUN terus istiqomah walaupun ada kemungkinan PAS akan terkeluar dari kerajaan ketika itu.*
*Jika mereka bimbang kehilangan jawatan maka sudah tentu mereka akan menurut jejak Hulu Kelang dan Morib.*
*Tetapi mereka tidak.*
*Mereka terus kekal menyokong keputusan Presiden.*
*Hari ini ramai yang pandai bercakap, "nasi tambah" atau opportunis tetapi mereka tidak pernah walaupun 10 peratus merasai tekanan yang dirasai oleh 13 orang ADUN itu ketika Kajang Move.*
*Bukan mereka sahaja yang terkesan tetapi keluarga mereka.*
*Saya bukan meminta-minta agar jasa mereka dihargai.*
*Saya bukan meminta-minta agar pengorbanan mereka dikenang.*
*Hanya jangan menghina mereka.*

Iskandar A Samad
Naib Presiden Pas

Itu adalah kenyataan terbaharu yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga merupakan salah seorang Exco Selangor, Iskandar Samad. 

Ketika itu, berita yang giat disebarkan menerusi media sosial, kononnya kesemua ADUN PAS Selangor telah bertemu dengan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin dan menyatakan ketidaksanggupan mereka untuk kehilangan jawatan. Sekaligus membuatkan mereka memutuskan untuk meninggalkan PAS dan menyertai mana-mana komponen Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP. 

Konon cerita, 6 orang daripada mereka telah meluahkan perasaan bahawa kesemua calon PAS akan kalah malah akan hilang wang deposit sekiranya bertanding sendiri. Maka, mahu tidak mahu demi meneruskan survival politik, mereka tidak ada pilihan lain kecuali menyertai parti lain. Mereka kononnya tidak boleh lagi berjuang dengan PAS. 

Keenam-enam ADUN PAS yang dikatakan itu adalah Iskandar Samad sendiri (Chempaka), Khairuddin Othman (Paya Jaras), Dr. Shafie Ngah (Bangi), Halimah Ali (Selat Kelang), Hasbullah Ridzwan (Gombak Setia) dan Dr. Rani Osman (Meru). 

Tiga daripada mereka, dikatakan juga lebih berminat untuk menyertai PAN iaitu Dr. Rani, Dr. Halimah dan Khairuddin manakala tiga orang yang lain akan masuk PKR iaitu Hasbullah, Dr. Shafie dan Iskandar sendiri. 


Dari awal semenjak PAS diserang dan kemudian disingkirkan dari Pakatan Rakyat, kemudian Pakatan Rakyat dibubarkan oleh Lim Guan Eng untuk membentuk Pakatan Harapan yang tidak memasukkan PAS, ADUN-ADUN PAS itu telah diserang dengan begitu teruk. Mereka bukan sahaja diserang, bahkan dihalau dari pentadbiran negeri. Bahkan sehingga satu masa, Azmin Ali hampir akur dengan desakan DAP yang tidak mahu lagi PAS berada dalam pentadbiran negeri Selangor. 

Bagaimanapun, titah KDYMM Sultan Selangor merencatkan rancangan DAP. Pun begitu, DAP menerusi konco-konconya seperti PAN dan PPBM tidak jemu-jemu melakukan serangan terhadap PAS. Pelbagai label diberikan. Segala maki hamun dihamburkan walaupun hakikatnya, kehadiran PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor itulah yang telah menyelamatkan Azmin Ali daripada kehilangan jawatan Menteri Besar Selangor dan DAP masih mengekalkan penguasaan majoriti ke atas kerusi-kerusi Ahli-Ahli Majlis seluruh PBT di Selangor.

Nampaknya kali ini, setelah maki hamun dan pelabelan buruk tidak berjaya, DAP dan PKR dengan bantuan PAN dan PPBM menukar taktik. Selain pujukan, mereka mewujudkan cerita-cerita yang boleh memberikan persepsi buruk terhadap PAS di Selangor. 

Sama seperti yang sedang dilakukan oleh PPBM ke atas ahli-ahli UMNO termasuklah pujukan agar ahli-ahli UMNO tidak keluar mengundi kerana kata mereka, kemenangan dalam PRU akan kekal di tangan Melayu meskipun UMNO dan PAS tumbang!



WAJAH SEBENAR DAP: HINA ANGGOTA TENTERA MALAYSIA, HINA NEGARA, KUAT SOKONG ISRAEL TETAPI MEMBISU BILA BABITKAN KEZALIMAN KE ATAS UMAT ISLAM!!!



Ketika hampir seluruh dunia begitu prihatin dan ingin tahu perkembangan terkini yang berlaku di Palestin, termasuk dalam negara kita sendiri, DAP kelihatan berkecuali dengan tidak memberikan sebarang kenyataan bagi menyatakan pendirian mereka dalam isu berkenaan.

Ini agak pelik kerana ketika semua pihak tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan negara mana mereka berada menunjukkan simpati mereka terhadap penderitaan rakyat Palestin terutamanya berkaitan pertikaian ke atas Baitulmaqdis lanjutan dari kenyataan Presiden Donald Trump yang mengiktiraf bandar tersebut sebagai ibu negara Israel, DAP pula memilih untuk berdiam diri.

Apakah DAP tidak terjejas dengan penderitaan rakyat Palestin yang begitu tertekan lanjutan dari kenyataan Trump itu, sudahlah sekian lama dihimpit dengan kekejaman tentera Zionis?

Memang memeranjatkan kerana DAP begitu lantang bersuara apabila ada isu membabitkan 1MDB yang melibatkan kuasa besar seperti Amerika. Lihat sahaja bagaimana DAP cuba menjadi “hero Malaya” apabila DoJ Amerika baru mengeluarkan kenyataan untuk menyiasat 1MDB dan belum pun memfailkan kes siasatan mereka ke mahkamah.

Pada ketika itu, DAP dan rakan sekutunya di dalam Pakatan Harapan seolah-olah menggambarkan Malaysia sudah tergadai akibat penyelewengan palsu yang cuba diwujudkan oleh Pakatan Harapan menerusi “kerjasama” dengan DoJ.

Ajaibnya, apabila membabitkan isu mengenai Palestin mahupun penderitaan etnik Rohingya di Rakhine, Myanmar, DAP secara tiba-tiba menjadi bisu, pekak dan buta. Mereka seolah-olah membayangkan, apa yang berlaku di negara-negara berkenaan bukan masalah mereka.

Agak menarik untuk diperkatakan apabila terdapat laporan mengatakan, Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh ada menyatakan bahawa, Baitulmaqdis itu sememangnya hak milik Israel dan kenyataan ini senada dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Benjamin Netanyahu bahawa Baitulmaqdis adalah milik Israel sejak lebih 3,000 tahun yang lalu.

Hannah bagaimanapun, menerusi Twitter rasminya, menafikan pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.

Walaupun demikian, apa yang dimahukan adalah pendirian jelas kepimpinan tertinggi DAP seperti Lim Kit Siang mahupun Lim Guan Eng berhubung isu ini.

Manakan tidak, kedua-dua individu ini kerap kali mendakwa akan membela nasib umat Islam di Malaysia seandainya berkuasa kelak. Namun dalam isu Baitulmaqdis dan Palestin, kedua individu anak beranak ini senyap membisu seolah-olah isu ini langsuung tiada kait mengait dengan umat Islam di negara ini.

Jika isu seumpama ini hanya didiamkan oleh DAP tanpa sedikit pun ulasan mengenainya, nampak sangat nasib Islam dan kaum Melayu yang majoritinya beragama Islam bakal berhadapan masa depan yang kelam seandainya DAP dan rakan Pakatan Harapannya yang lain membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.

Tulisan :
Beruang Biru
BB714, Selasa
26 Disember 2017


Saturday, December 23, 2017

RAFIZI RAMLI BERCAKAP DENGAN BANGKU KOSONG DI POKOK SENA... 400 ORANG AHLI BARU PKR PUN TAK NAMPAK BATANG HIDUNG!!!



Kalau ikut-ikutkan kepada keazaman yang ditunjukkan menerusi ceramahnya, Rafizi Ramli sangat kuat membantu PKR Kedah merampas Kedah dari tangan UMNO-BN. Apatah lagi dengan ceritanya, konon Pakatan sangat kuat dan PKR pula, selain PAN merupakan parti yang meletakkan calon paling ramai di Kedah setelah PAS bercerai dari Pakatan. 

Malangnya semalam, semasa pelancaran jentera pilihanraya PKR Parlimen Pokok Sena, petunjuk yang diharapkan oleh Rafizi Ramli dan PKR sendiri, terlalu menakutkan. 


Apakan tidak, Dewan Serbaguna Pekan Bukit Payong, Jalan Naka, Pokok Sena, menjadi saksi bagaimana majlis pelancaran jentera pilihanraya PKR Parlimen Pokok Sena selain majlis penyerahan borang ahli baru PKR Cabang Pokok Sena yang disempurnakan oleh Saifuddin Nasution, amat suram dengan kehadiran tidak melebihi 50 orang. 

Kehadiran Rafizi Ramli, Johari Abdul yang merupakan Ahli Parlimen Sungai Petani, Sofee Razak yang merupakan Ketua Penerangan PKR Kedah dan Nurin Aina Abdullah yang merupakan Ketua Wanita PKR Negeri Kedah, gagal menarik kehadiran lebih ramai ahli PKR Kedah ke Pokok Sena.  




Lebih malang lagi, program yang sepatutnya dihadiri oleh ahli-ahli dan penyokong-penyokong Pakatan Harapan Pokok Sena, Kulim-Bandar Bahru, Kuala Kedah, Pulau Pinang dan Kedah itu, seperti telah 'dipulaukan' kerana kehadiran Rafizi Ramli. 

Dalam ucapannya, Johari Abdul berkata, dia sudah 20 tahun berada di dalam parti dan setiap kali PRU, dia dapat melihat peningkatan sokongan kepada PKR. Katanya lagi, dari segi mental, PKR sudah bersedia untuk memerintah, bukan sahaja di Kedah tetapi juga Putrajaya. 

Menurut Johari Abdul lagi, kalau PKR dan Pakatan berjaya menguasai Kedah, negeri itu akan ditukarkan menjadi negeri pertanian. Dengan cara itu, orang kampung akan berpeluang bercucuk tanam dan tiada lagi anak Kedah yang menganggur. Johari Abdul bagaimanapun, langsung tidak menyentuh tentang kebanyakan sektor pertanian, khususnya membabitkan kerja-kerja rencam termasuklah menoreh getah, kebanyakannya menggunakan buruh asing di Kedah. 

Ironinya, Johari Abdul gagal melihat sambutan yang diberikan kepada PKR di Kedah terlalu mengecewakan!


Rafizi Ramli pula dalam ucapannya berkata, sokongan terkini kepada Pakatan daripada semua kaum di seluruh Malaysia adalah 45% berbanding BN 41% manakala selebihnya adalah PAS. Kedah, katanya, Melayu Pakatan mendahului sebanyak 43% berbanding UMNO yang hanya memperolehi sokongan 37%. Undi Cina dan India tetap tidak berubah iaitu kekal menyokong Pakatan Harapan. 

Sama seperti setiap kali dia buka mulut, Rafizi Ramli tidak lekang daripada perbuatan fitnah dan menipu. Katanya, sekarang ini Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah membenarkan apa-apa jenis kad pengenalan (kad kuasa) seperti kad RELA dan sebagainya bagi tujuan supaya mereka boleh mengundi banyak kali. 

Oleh itu, Pakatan memerlukan jentera yang ramai dan terlatih untuk menghalang kerja-kerja jahat UMNO-BN. Malahan Pakatan memerlukan komando-komandi yang boleh membantu jentera pilihanraya. Untuk itu, sukarelawan-sukarelawan perlu dilatih seperti yang sedang dilakukannya kini. 

Dengan kata lain, secara tersirat, Rafizi Ramli meminta agar para penyokong Pakatan menyalurkan sumbangan kepada syarikatnya dengan alasan, sumbangan kewangan tersebut boleh digunakan untuk tujuan-tujuan seperti yang dinyatakannya. 

Dalam majlis yang sama, satu acara penyerang borang-borang penubuhan ranting-ranting baru negeri Kedah turut diadakan kepada Rafizi Ramli. Manakala borang-borang keahlian pula diserahkan kepada Saifuddin Nasution yang merupakan Setiausaha Agung PKR. 


Ranting-Ranting baru yang ditubuhkan itu adalah seperti berikut: 

(a) Bendang Perang yang diketuai oleh Hj Maarof bin Husin, 
(b) Kg. Apil yang diketuai oleh Mohd Ghani bin Jusoh
(c) Jabi yang diketuai oleh Mohd Hisyam bin Yaakob
(d) Kubang Besar yang diketuai oleh Sobri bin Abu Bakar
(e) Bukit Lada yang diketuai oleh Kamarul
(f) Alor Gunong yang diketuai oleh Sofiah binti Long
(g) Kg Padang Serai yang diketuai oleh Mohd Sofie.

PKR selama ini terkenal kerana sokongan golongan muda. Tetapi dalam majlis di Pokok Sena itu, hadirin yang datang majoritinya adalah terdiri daripada golongan berusia 40-an ke atas. Keahlian yang didaftarkan seramai 400 orang kononnya itu, langsung tidak menampakkan impak berdasarkan majlis.
Maksudnya apa?


Thursday, December 21, 2017

SUDAH-SUDAHLAH MENIPU, MAHATHIR!!! BERHENTILAH DAN JADILAH SEORANG NEGARAWAN YANG SEBENARNYA, BUKANNYA BAPA KEPADA MUKHRIZ MAHATHIR SAHAJA!!!



Berikut 7 taktik khusus yang menurut Dr Mahathir, akan dilaksanakan bagi memastikan kemenangan BN.

1. Persempadanan semula. “Sempadan boleh dipindahkan, pusat mengundi boleh diubah dan nama pengundi hilang atau muncul di senarai lain."

Mahathir Menipu : Persempadanan semula mengikut Perlembagaan Persekutuan dan memerlukan persetujuan majoriti 2/3 Dewan Rakyat untuk menambah kawasan Parlimen manakala majoriti mudah untuk mengubah garis sempadan. Peraturan menyatakan sesuatu perubahan sempadan perlu diwartakan dan dibuka untuk bantahan.
2. Rasuah pengundi. “Aduan terhadap pihak berkuasa tidak disusuli tindakan. Selain wang, perkakas dapur dan pelbagai barangan lain akan diedarkan.”

Mahathir Menipu :Bantuan yang diberikan tidak dengan kewajipan untuk mengundi mana-mana parti. Terdapat juga pengundi yang menerima bantuan tetapi tidak mengundi parti yang memberi bantuan tersebut. Amalan bantuan ini dilaksanakan oleh semua prti politik di negara kita dan tidak bersifat rasuah.

3. Gangguan terhadap parti lawan. “Parti pembangkang diganggu, kesalahan dicari dan pendaftaran dilambatkan atau ditolak.”

Mahathir Menipu : Tidak berlaku semasa PRU ke-13 yang mana pembangkang menghantar hampir calon ke semua kerusi parlimen.

4. Sumber dana pembangkang dihalang. “Penderma mereka diancam, dipaksa dengan penambahan cukai dan dituduh dengan pengubahan wang. Wang mereka dalam bank dibekukan supaya mereka tidak dapat menjalankan perniagaan.”

Mahathir Menipu :Kerajaan berhasrat untuk memperkenalkan peraturan bagi setiap parti mendedahkan derma politik tetapi tidak mendapat persetujuan dari parti pembangkang. Sekiranya penderma didedahkan itu adalah tindakan sukarela daripada parti tersebut.

5. Kemudahan awam dihalang. “Dewan milik awam ditutup kepada parti pembangkang. Hotel boleh menafikan kegunaan dewan mereka untuk pembangkang. Pihak berkuasa tempatan tidak memberi permit untuk perhimpunan anjuran pembangkang. Dalam beberapa kes, penggunaan khemah untuk perhimpunan tidak dibenarkan.”

Mahathir Menipu :Selama ini ceramah yang dianjurkan oleh pembangkang tidak pernah dihalang kecuali yang mana tidak mengikut prosedur dan peraturan. Malah ceramah Tun M sendiri di seluruh negara tidak pernah dikhabarkan terdapat halangan.

6. Undi bukan rahsia. “Kerajaan akan menyebar khabar angin yang ia mengetahui pilihan pengundi. Ia menjurus kepada ancaman terhadap penyokong pembangkang yang mereka akan dihukum.”

Mahathir Menipu :Sekiranya ini benar, terdapat ahli parti BN yang mengundi pembangkang sudah tentu dapat dikesan dan tidak perlu jentera parti seperti Wanita UMNO untuk menjalankan JR bagi mengesan pengundi.

7. Penggunaan pegawai kerajaan. “Pegawai di agensi dan syarikat milik kerajaan diberitahu supaya memastikan kakitangan mereka mengundi untuk parti kerajaan. Mereka diugut akan dipecat sekiranya gagal berbuat demikian.”

Mahathir Menipu : Dengan teknologi media sosial seperti apa yang ada pada hari ini, belum terdapat individu yang mendedahkan perkara tersebut secara besar-besaran.
KONKLUSINYA, DR. MAHATHIR BERHENTILAH MENIPU RAKYAT DI NEGARA INI. SUDAH - SUDAHLAH



JUAK-JUAK DAP KETAKUTAN, SOLIDARITI SELAMATKAN BAITUL MAQDIS BOLEH BERTUKAR JADI SOLIDARITI TALKINKAN PAKATAN HARAPAN!!!



Semakin kalut para penyokong dan pendukung Pakatan Harapan, khususnya penyokong DAP dan PPBM serta PAN apabila PAS menerusi Presidennya telah dijemput untuk bersama-sama Perdana Menteri dalam Himpunan Solidariti Palestin di Putrajaya pada 22 Disember nanti.

Kempen-kempen daripada mereka untuk mengingatkan PAS agar membatalkan penyertaan dalam himpunan yang dilabelkan sebagai himpunan UMNO itu sedang aktif dan giat dijalankan menerusi media-media sosial, khususnya group WhatsApp.

Antara hujah yang diberikan ialah, PAS akan kehilangan sokongan daripada ahli-ahli dan pengundi di atas pagar jikalau berterusan menyokong UMNO dan Najib Abdul Razak. Dikatakan juga bahawa PAS sedang berhadapan dengan krisis sokongan apabila Presidennya, Abdul Hadi Awang dilihat semakin rapat dengan Najib Abdul Razak.

Umum mengetahui, selepas PAS diterajang keluar dari Pakatan Rakyat dan Pakatan Rakyat dibubarkan bagi penubuhan Pakatan Harapan yang diterajui oleh DAP, PAS terus diserang oleh DAP dengan hebatnya.


PAS dituduh mengkhianati Pakatan walaupun hakikatnya, PAS yang ditendang oleh DAP menerusi kenyataan-kenyataan Lim Guan Eng selain penentangan keras DAP terhadap RUU355 yang diusulkan oleh PAS di Parlimen.

Sehingga ke hari ini, juak-juak DAP memperolok-olokkan RUU355 yang bertujuan memperkasakan undang-undang syariah di Malaysia. Undang-undang syariah di Malaysia pula hanya tertakluk kepada orang-orang Islam, manakala warga negara bukan beragama Islam, tidak terjejas apa-apa. Bagaimanapun, DAP berjaya menanamkan persepsi bahawa RUU355 adalah permulaan kepada hukuman hudud yang menurut mereka sudah terlalu kuno dan ketinggalan zaman.

Apabila PAS mengumumkan tahaluf siyasi antara parti itu dengan parti-parti yang menyokong PAN diputuskan, yang paling kuat melompat adalah DAP dan juak-juak mereka. Sekalipun DAP sebenarnya yang mengeluarkan PAS dari Pakatan Rakyat, bahkan cuba menghalau PAS dari Kerajaan Negeri Selangor kalau tidak kerana titah KDYMM Sultan Selangor yang jadi halangannya, tetapi akhirnya yang dipersalahkan adalah PAS.

Semuanya kerana PAS memiliki kekuatan yang boleh digunakan oleh DAP, PKR, PPBM dan PAN. Kewujudan PAN oleh DAP ternyata tidak banyak membantu walaupun pada masa yang sama, DAP berjaya mengeluarkan mereka yang dikatakan sebagai golongan profesional dari PAS untuk parti serpihan tersebut, tetapi kewujudan mereka tidak mampu menarik ahli-ahli PAS seramai mungkin seperti yang diharapkan. Malahan PAN berhadapan dengan kepayahan, bukan sahaja untuk mengumpulkan orang mendengar ceramah, tetapi juga untuk mengumpulkan derma dan punca pendapatan sehingga akhirnya terpaksa terus merengek dengan DAP.


Pelbagai usaha digunakan untuk mengugut dan mengancam PAS termasuklah kempen-kempen saraf terutama sekali menerusi laporan-laporan kajiselidik seperti yang dikeluarkan oleh INVOKE Rafizi Ramli beberapa hari lepas.

Hakikatnya, kebimbangan pengulangan Sejarah 1970 yang menyaksikan bagaimana PAS bekerjasama dengan UMNO sehingga menghasilkan kekuatan dan kestabilan politik Melayu, benar-benar mengancam kewujudan DAP sendiri. Itu yang ditakuti dan itulah sebenarnya yang cuba dielakkan sangat-sangat.

Himpunan Solidariti Rakyat Palestin di Putrajaya hanyalah pemangkin kepada PRU-14 nanti. Berjaya menggagalkan himpunan tersebut, bererti berjaya juga menggagalkan dominasi Melayu-Bumiputera-Islam di negara ini dalam pentadbiran negara.

Dan yang pasti, DAP kekal dominan kalau semuanya berjaya!!!


Wednesday, December 20, 2017

PLAN C MAHATHIR SEDANG BERLANGSUNG... KEBANGKITAN KAUM ARTIS DAN PENJAWAT AWAM MENENTANG KERAJAAN UMNO-BN!!!



Akal dan helah Mahathir tidak boleh dinafikan, memang pada kelas yang tersendiri. Bermula dari tahun 1969, kita dapat menyaksikan bagaimana kemarahan orang UMNO kepadanya, berjaya ditukarkan dan akhirnya kemarahan itu dihalakan kepada Tunku Abdul Rahman dengan cerita dongeng Mahathir tentang ketidakpedulian Tunku Abdul Rahman semasa Tragedi Berdarah 13 Mei tercetus. Dan akhirnya Tunku Abdul Rahman terpaksa meletak jawatan dan hidup menjauhi dunia politik walaupun pada 1988, Tunku turut terbabit bersama-sama Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan UMNO88 yang tidak diluluskan pendaftarannya oleh ROS kerana Mahathir mahu menubuhkan UMNO Baru yang akan menghilangkan jejak-jejak penjarahan ke atas harta-harta dan aset-aset tunai UMNO yang telah dibahagi-bahagikan kepada proksi-proksinya sebelum pengharaman UMNO asal.

Sehingga ke hari ini, sebahagian besar proksi-proksi Mahathir yang bermodalkan harta dan tunai UMNO, hidup mewah tetapi berlagak seolah-olah mereka memang lahir di atas talam emas, seperti Zaid Ibrahim dan anak-anak Mahathir sendiri!

Kemudian apabila Anwar Ibrahim mula mengisytiharkan perang terhadap Mahathir apabila menyatakan DANAHARTA dan KHAZANAH ditubuhkan semata-mata untuk bail-out syarikat-syarikat kroni dan anak-anaknya terutama Mirzan, akal dan helah Mahathir akhirnya menyaksikan tilam sebuah bilik di Tivolli Villa diangkut ke mahkamah untuk pembuktian wujudnya air mani Anwar Ibrahim bersama-sama air mani individu lain di atas tilam tersebut.

Kemarahan orang ramai terhadapnya, berjaya dikalahkan oleh akal dan helah Mahathir apabila dia membuat perjanjian gelap dengan Shuqui dan Dong Zhong sehingga menyebabkan sesiapa sahaja yang mempertikaikan kewujudan sekolah-sekolah aliran Cina, akan dikenakan hukuman di bawah Akta Hasutan.


Akal dan helah Mahathir juga digunakan untuk menjatuhkan Abdullah Badawi. Tidak sedikit orang yang percaya bahawa Abdullah Badawi tidak berkeupayaan sebagai Perdana Menteri (termasuklah penulis sendiri) kerana percaya dengan akal dan helah Mahathir. Jambatan bengkok dan keengganan Abdullah untuk meneruskan projek-projek mega Mahathir yang bersandarkan kepada konsep konsesi yang mana rakyat perlu membayar tol dan pampasan yang berjumlah besar pula perlu dibayar oleh kerajaan kepada syarikat-syarikat konsesi, akhirnya menyebabkan Abdullah bukan sahaja tidak popular, tetapi juga dibenci.

Mahathir cuba menggunakan helah dan akal yang sama terhadap Najib Abdul Razak setelah kehendaknya tidak dipatuhi dan dipenuhi. Lebih-lebih lagi selepas anaknya yang langsung tidak berbakat dan tidak mempunyai sebarang kebolehan - Mukhriz Mahathir - gagal dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO mahupun sebagai Naib Presiden UMNO. Kemarahannya semakin bertambah apabila Ketua-Ketua Bahagian UMNO di Kedah bersama-sama ADUN UMNO-BN Kedah sepakat untuk mengundi keluar Mukhriz Mahathir daripada jawatan Menteri Besar Kedah yang digunakan sebagai kenderaan mudah bagi percutian di luar negara bersama-sama kaum keluarganya.


Pelbagai isu telah digunakan oleh Mahathir untuk membangkitkan persepsi dan sentimen kebencian terhadap Najib Abdul Razak. Bermula dengan 1MDB dan akhirnya Mahathir keluar dari UMNO untuk bersama-sama parti yang ditubuhkan oleh Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusinya. Pun begitu, helah dan akal tersebut tetap tidak dapat mewujudkan gelombang besar kebangkitan rakyat seperti yang diharapkan sehingga akhirnya, Mahathir terpaksa tunduk sujud kepada Lim Kit Siang dan DAP bagi memperolehi sokongan undi masyarakat Cina sebagaimana yang dilakukannya ketika PRU 1999 apabila dia bersetuju dengan kehendak Shuqui dan Dong Zhong.

Bagaimanapun, akal dan helah Mahathir itu tidak begitu memberangsangkan apabila DAP dan Pakatan sendiri sedang bergelut untuk menentukan siapakah yang paling dominan apatah lagi masih wujud kebencian besar terhadap Mahathir di kalangan para penyokong DAP dan Pakatan, khususnya PKR sendiri. Malah akal dan helah Mahathir untuk menggunakan pihak asing, termasuklah DOJ dan Sarawak Report yang suatu ketika dahulu merupakan 'musuh utamanya' ketika dia masih menjadi Perdana Menteri, turut tidak menjadi.


Terkini, akal dan helah Mahathir berfungsi lagi. Mahathir mempergunakan golongan artis dan penjawat awam yang memang diketahui sebelum ini bersuara kritis terhadap kerajaan. Jentera propaganda Mahathir menggunakan segala akal dan helah untuk cuba menggambarkan bagaimana kerajaan sekarang tidak berfungsi, zalim dan tidak peduli dengan rakyat kecuali menjerut rakyat dengan pelbagai cukai dan pembayaran yang perlu dilakukan oleh rakyat kononnya untuk membiayai hutang-hutang negara.

Ironinya, ramai yang terpengaruh dengan tohmanan-tohmahan tersebut biarpun pada masa yang sama, pelbagai penjelasan dan penerangan diberikan oleh pihak terbabit. Golongan artis yang ketika zaman Mahathir tidak dapat menikmati 'kebebasan' sebagaimana yang dinikmati pada era Najib Abdul Razak, telah digunakan oleh Mahathir untuk menjadi mesin propaganda bagi pihaknya. Manakala penjawat-penjawat awam yang sekarang ini menikmati faedah dan manfaat yang lebih besar termasuklah kadar upah dan gaji yang lebih tinggi berbanding zaman Mahathir, juga digunakan untuk mewujudkan persepsi bahawa pentadbiran dan pengurusan negara di bawah Najib Abdul Razak sangat teruk.


Kelonggaran undang-undang telah digunakan untuk menjayakan Plan C Mahathir dengan sebaik-baiknya. Kos sara hidup dan gaya hidup menjadi sumber utama serta modal utama untuk Mahathir mempergunakan golongan tersebut bagi menjayakan propagandanya. Pada masa yang sama, golongan artis dan penjawat awam yang terang-terang menyokong Kerajaan pula dilabelkan sebagai pemakan dedak dan penjilat bagi mewujudkan rasa bersalah kerana menyokong dan mendokong Kerajaan sedia ada.

Kita tengok sahajalah sejauh mana Plan C Mahathir berlangsung. Apakah akan berjaya atau nasib seperti yang pernah dihadapi oleh M.Nasir kerana bertanyakan dua patah perkataan, 'SIAPA MAHATHIR' akan dialami oleh golongan terbabit atas nama kebebasan bersuara dan 'mereka pun rakyat Malaysia juga'.


Sunday, December 17, 2017

MINGGU DEPAN, NAJIB DAN ABDUL HADI AWANG AKAN BERSOLIDARITI DI PUTRAJAYA... PAN DAN DAP AKAN KUAT TOHMAH, PAS DAH KENA DEDAK UMNO!!!



Benar seperti yang dikatakan oleh Presiden PAS. PAS tidak boleh bergantung kepada ahli-ahli dan penyokong parti itu sahaja untuk menang, sebaliknya perlu mendapatkan sokongan daripada pengundi-pengundi atas pagar termasuklah ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO.

Oktober lalu, Majlis Syura PAS menentang usul bekerjasama antara parti itu dengan UMNO dengan alasan, kerjasama tersebut akan melemahkan PAS.

Berbanding parti serpihan PAS iaitu PAN, kekuatan PAS yang mempunyai 195 Bahagian atau Kawasan di 222 kawasan Parlimen, tampak tidak terjejas walaupun PAS telah memutuskan hubungan dan kerjasama politik atau lebih dikenali sebagai tahaluf siyasi dengan Pakatan yang terdiri daripada PKR dan DAP.

Antara kelebihan PAS berbanding parti-parti lain ialah gerakan anak muda yang mendominasi akar umbinya. Malahan berbanding UMNO yang masih lagi membariskan kepimpinan yang sudah tua dan renta, PAS sudah mula mentransformasi dan meremajakan parti mereka semenjak beberapa tahun kebelakangan ini bertujuan untuk menarik pengundi-pengundi muda.

Nyata, aktiviti parti yang berterusan telah memberikan kesan yang lebih baik kepada PAS apabila rata-rata akar umbinya yang boleh dikerah secara sukarela, bahkan sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk kepentingan parti, adalah golongan anak muda. Terlalu berbeza berbanding UMNO!

Secara tidak langsung dan secara tidak keterlaluan, jikalau UMNO masih mengekalkan gaya dan taktik seperti sekarang, PAS akan mengatasi mereka dalam tempoh terdekat. Lebih-lebih lagi apabila PAS lebih banyak dibarisi dan dipimpin oleh golongan yang mempunyai latarbelakang akademik yang jauh lebih baik termasuklah golongan profesional.

Tidak seperti tahun-tahun 2013 dan sebelumnya, PAS kali ini lebih senyap walaupun gerak kerja mereka berterusan dan bersifat mikro. Sesekali PAS muncul dengan gerakan makro menerusi Fastaqim, Himpunan RUU355 dan sebagainya.

Kenyataan terbaharu yang dikeluarkan oleh Presiden PAS, sebenarnya mempunyai signifikan yang amat besar. (RUJUK DI SINI)

Sudah pasti yang akan bertepuk tangan dan menyorak adalah puak-puak PAN dan DAP yang pada setiap masa melabelkan PAS sebagai pemakan dedak UMNO. Presiden PAS sendiri pun dituduh sebagai pemakan dedak Najib. Bahkan ditohmah kononnya telah dirasuah RM90 juta oleh Najib Abdul Razak hanya kerana PAS enggan bekerjasama dan menyediakan segala keperluan untuk DAP dan PKR seperti PRU-12 dan PRU-13.

Terbaharu ialah, pada minggu hadapan, Presiden PAS dijangka akan bersolidariti bersama-sama Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden UMNO untuk menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin yang sedang tertindas di Putrajaya.

Program tersebut dijangka akan dilangsungkan pada 22 Disember.

Dilaporkan Najib akan bersama-sama Abdul Hadi Awang untuk mengecam pengiktirafan Amerika Syarikat yang mengiktiraf BaitulMaqdis sebagai ibu negara, negara haram Zionis Israel. Keputusan yang dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump itu telah mencetuskan kemarahan dan kecaman daripada umat Islam seluruh dunia.

Dalam perhimpunan tersebut, Perdana Menteri akan turut membangkitkan keputusan sidang luar biasa Pertubuhan Kerjasama Negara-Negara Islam (OIC) yang telah berlangsung di Istanbul berhubung perkara berkenaan.

Perdana Menteri sekarang masih berada di Manama dalam lawatan rasminya ke Bahrain.

TEAM KARTEL VS TEAM PORNOROGO DI SELANGOR BIKIN KEPALA LIM KIT SIANG MIGRAIN!!!!



Kalau ikutkan kepada akar umbi, memang parti-parti yang membentuk Pakatan Harapan kecuali PAN, berada dalam keadaan yang sangat kuat. Ini adalah kerana kebanyakan ahli dan penyokong akar umbi sudah terlalu lama didakyah dan didoktrinkan agar membenci UMNO dan Barisan Nasional. Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan UMNO dan Barisan Nasional akan dianggap sebagai penyelewengan, rasuah dan salahguna kuasa. Jadi tidak hairanlah jikalau mereka mempunyai pemikiran, 'SEMUA SALAH UMNO'.

Namun bukan juga rahsia bila mana pertelingkahan dalaman melibatkan PKR, PPBM, DAP dan PAN sedang meruncing. Pertelingkahan tersebut berpunca daripada perebutan kerusi-kerusi DUN dan Parlimen antara parti-parti berkenaan. Sehingga ke hari ini, pembahagian kerusi-kerusi antara parti-parti berkenaan masih belum selesai.

PPBM yang dipengerusikan atau lebih tepat lagi diketuai oleh Dr. Mahathir mahu menjadi dominan dengan menguasai Pakatan Harapan dengan matlamat sekiranya Pakatan menjadi penguasa Putrajaya pada PRU-14 nanti, PPBM yang akan menjadi tulang belakang sepertimana UMNO di dalam Barisan Nasional. Dengan kata lain, jawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan beberapa jawatan Menteri Kabinet kanan selain kedudukan dalam GLC akan dipegang oleh orang-orang dari PPBM.

Bagaimanapun, berdasarkan kepada keadaan semasa, PPBM sendiri sedang bergelut untuk menempatkan calon-calon mereka di kerusi-kerusi DUN dan Parlimen. Yang pasti, PPBM akan bertanding di kerusi UMNO. Pada masa yang sama, mereka juga bakal berhadapan dengan PAS kerana sudah menjadi tradisi, di mana UMNO meletakkan calonnya, pencabarnya adalah PAS.

Sedangkan pada masa yang sama, PAN yang ditubuhkan lebih dahulu berbanding PPBM sudah berikrar, mereka akan meletakkan calon di mana PAS akan bertanding. Dengan kata-kata lain, akan wujud sekurang-kurangnya tiga penjuru dengan UMNO mewakili BN, PAS dan PAN merebut kerusi DUN dan Parlimen. Seandainya PPBM juga campurtangan bermakna akan berlaku pertandingan empat penjuru. Sekaligus peluang untuk Pakatan Harapan menang amat tipis.

DAP dan PKR sudah pasti tidak akan sama sekali merundingkan kerusi-kerusi yang mereka tandingi untuk ditawarkan kepada PAN dan PPBM yang dilihat hanya wujud di atas kertas tetapi tidak mempunyai kekuatan.

Sementara itu, Team Kartel yang diketuai oleh Azmin Ali di Selangor sedang giat mengadakan sesi pertemuan dan perbincangan dengan PAS menerusi Gagasan Sejahtera bagi merundingkan tentang agihan kerusi dan bagi mengelakkan pertembungan 3 penjuru di Selangor yang bakal mengakibatkan PKR akan kehilangan lebih banyak kerusi majoriti Melayu.

Rundingan yang dilakukan oleh Team Kartel telah menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan Team Ponorogo yang diketuai oleh Rafizi Ramli. Team Ponorogo buat kali pertama 'diperkenalkan' oleh Latheefa Koya ketika tercetus polemik antaranya dengan Rafizi Ramli. Latheefa Koya secara berterus-terang menuduh Rafizi Ramli merupakan anasir parasit yang sedang menyalahgunakan PKR untuk tujuan peribadinya, terutama menerusi penubuhan INVOKE yang merupakan entiti berasingan dan pesaing kepada AMK dan PKR sendiri.

Team Pornorogo seperti yang diketahui merupakan pro-DAP dan PAN. Team tersebut dikatakan mahu meletakkan alon dan proksi mereka di beberapa kerusi DUN Selangor, sekaligus bakal menyebabkan perpecahan di kalangan kepimpinan PKR.

Kebetulan pula, Azmin Ali sendiri terbabit dalam skandal penyalahgunaan kuasa dan rasuah terutama selepas anak saudara, ipar dan saudara-saudaranya ditahan SPRM kerana skandal pasir Selangor, selain beberapa skandal tanah dan penyelewengan serta rasuah yang lain, yang didedahkan oleh kem PKR sendiri.


Sementara itu, di Kedah, PPBM dilihat cuba merapati dan berkawan dengan PAS Kedah dan telah mengadakan beberapa pertemuan sulit bagi tujuan yang sama. PAS Kedah merupakan kuasa politik kedua terbesar dan terkuat selepas UMNO malah pernah menjadi Kerajaan Negeri pada tahun 2008 selepas berjaya mengalahkan UMNO-BN dalam PRU-12. Bagaimanapun, pada PRU-13, setelah pelbagai skandal dan salahlaku melibatkan kepimpinan negeri yang diterajui oleh PAS, selain kelemahan-kelemahan yang tidak diperbaiki oleh PAS, akhirnya PAS Kedah menerima kekalahan pada tahun 2013 dan kembali menjadi pembangkang sebelum berpecah kepada dua kumpulan utama iaitu PAN dan PASMA.

Pertembungan 3 penjuru di Kedah, sudah pasti tidak akan memihak kepada PPBM, walaupun mereka mungkin dapat mengurangkan majoriti kemenangan sama ada calon PAS atau UMNO. Sebaliknya, PPBM akan gagal menawan mana-mana kerusi serta pengaruh seandainya mereka gagal meraih kemenangan yang meyakinkan pada PRU-14 selepas bercakap besar dan sangat yakin, boleh menumpaskan UMNO dan PAS.

Bagaimanapun, difahamkan siri-siri pertemuan dan rundingan tersebut, tidak mendapat restu daripada DAP dan PAN. Perbalahan pada peringkat kepimpinan Pakatan Harapan mulai tercetus. Team Pro-Mahathir mahukan kerusi DUN di Kedah ditandingi oleh mereka sepenuhnya tetapi Team Pro-Muhyiddin yang turut mahu meletakkan kroni dan proksi mereka setelah mereka 'kalah' dalam percaturan kuasa di Perak.

Seperti yang diperkatakan awal-awal tadi, walaupun perpecahan pada peringkat atasan Pakatan Harapan amat teruk, mereka masih bernasib baik kerana penyokong-penyokong mereka mempunyai satu persamaan iaitu 'SEMUA SALAH UMNO'. Perpecahan dan pergaduhan pada peringkat kepimpinan setakat ini tidak memberikan banyak impak negatif kepada sokongan penyokong kepada Pakatan Harapan.

Justeru, UMNO dan Barisan Nasional tidak boleh terlalu gembira dan meraikan 'kejayaan' itu kerana yang bakal mengundi nanti adalah akar umbi yang jumlah mereka jauh lebih ramai berbanding jumlah pemimpin yang akan bercakar sesama sendiri!!!


Saturday, December 16, 2017

IMAMS: BETUL PUNYA TEMBAK KAKI SENDIRI? KALAU FIKIR NAK TOLONG RAKYAT, BUAT CARA NAK TOLONG, JANGAN DUK TEMBERANG!!!



Akhirnya IMAMS dibatalkan setelah mendapat kecaman teruk daripada kelompok pro-BN sendiri. Rata-rata tidak bersetuju dengan sistem tersebut, bukan kerana sistem itu tidak baik tetapi ramai yang melihat IMAMS hanya untuk mengagihkan keuntungan mudah kepada sebuah syarikat yang menjadikan seorang Melayu sebagai proksi menerusi pemilikan kecil pegangan saham.

Syarikat berkenaan baru sahaja ditubuhkan dan dilihat berupaya menjana pendapatan dan keuntungan yang sangat besar daripada ibadat orang Islam ke Tanah Suci. Sedangkan pada masa yang sama, wujud pilihan lain tanpa perlu memberikan hak mengutip yuran yang dikenakan GST kepada syarikat berproksikan Melayu itu.

Ternyata, ini adalah kali kedua, Kementerian Pelancongan di bawah Nazri Aziz mendapat tamparan hebat. Sudahlah dipertikaikan jumlah pelancong dan pusat-pusat pelancongan yang diabaikan walaupun pada masa yang sama, serata Malaysia mempunyai potensi pelancongan yang sangat besar, keputusan untuk mengenakan cukai pelancongan pula telah menimbulkan kontroversi dengan Sarawak dan Sabah serta beberapa negeri lain di Semenanjung. Akhirnya cukai pelancongan itu dikatakan, dikenakan kepada pelancong bukan warganegara Malaysia.

Sedangkan pada masa yang sama, di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Lim Guan Eng telah memperkenalkan Cukai Katil yang juga merupakan cukai pelancongan tanpa mengira warganegara untuk hasil negeri tanpa sebarang masalah walaupun di negeri-negeri lain, DAP yang paling kuat menyalak menentang cukai pelancongan.

Hari ini, satu lagi catatan sejarah boleh dibuat oleh Kementerian Pelancongan. Mereka yang membenarkan dan memberi mandat kepada sebuah syarikat untuk menguruskan IMAMS bagi jemaah umrah tetapi kemudian, mereka pula juga yang membatalkan keputusan tersebut selepas pecah tembelang.

Kadang-kadang melihat permainan dan lakonan mereka yang berada di atas, memang menggelikan hati. Apakan tidak, mereka seolah-olah berasa mereka terlalu kebal dan tidak mungkin terjejas dengan keputusan-keputusan bodoh yang boleh mewujudkan kesan domino kepada kerajaan sedia ada.

Daripada mereka buat benda-benda mengarut itu, bukankah lebih baik sekiranya mereka berfikir untuk benar-benar menolong rakyat terutama dalam menghadapi kenaikan harga barangan yang dilihat melampau dan tidak dapat dikekang. Alasan dan hujah-hujah kononnya untuk menidakkan kenaikan harga itu, sebenarnya tidak lebih daripada penafian kosong semata-mata memandangkan hakikatnya, kenaikan harga memang berlaku terutama selepas GST diperkenalkan pada Mei 2015.

Kenaikan secara tidak wajar itu sebenarnya adalah bertujuan untuk 'mengajar' kerajaan bahawa yang berkuasa sebenarnya adalah orang tengah dan pemborong serta pemilik-pemilik kilang besar. Namun walaupun telah dikenalpasti masalahnya, tiada sebarang usaha untuk mengekangnya kecuali penguatkuasaan ke atas para peruncit yang harga mereka tertakluk kepada harga yang diberikan oleh orang tengah dan pemborong.

Bukankah lebih baik daripada sekadar  bercakap kemudian buat sesuatu yang bersifat TEMBAK KAKI SENDIRI, kerajaan mengadakan jualan langsung untuk membantu rakyat membabitkan barangan kepenggunaan dan sekolah. Apatah lagi kerajaan mempunyai agensi-agensi yang mencakupi semua sektor berkenaan. Dibiarkan macam sekarang pun, mereka sekadar makan gaji buta semata-mata.

Paksa LKIM jual hasil laut secara langsung dan harganya WAJIB LEBIH MURAH berbanding harga yang ditawarkan oleh pemborong konvensional.

Paksa FAMA jual hasil pertanian secara langsung dan harganya WAJIB LEBIH MURAH berbanding harga yang ditawarkan di pasaran konvensional.

Wujudkan satu badan penguatkuasaan yang memantau agensi-agensi itu berurusan kerana ruang untuk penyelewengan juga sangat besar termasuklah jualan ikan di tengah laut.

Itu lebih baik daripada mencipta masalah baru seperti IMAMS yang akhirnya terpaksa dibatalkan selepas pemilik syarikat tersebut secara tidak 'sengaja' telah menandatangani surat yang menunjukkan dia sangat berkuasa mengutip cukai GST daripada jemaah umrah.

PAKATAN KELAM KABUT DAN MENENTANG KERAS UNDANG-UNDANG BERKENAAN DANA DAN DERMA POLITIK TAPI MENYALAK TENTANG DANA DAN DERMA POLITIK UMNO!!!



Apabila terdedah bahawa Najib Abdul Razak menerima dana politik berjumlah lebih RM2.6 bilion menerusi akaun peribadinya, gegak gempita satu Malaysia. Konon-kononnya Najib Abdul Razak telah menyebat duit 1MDB.

Duit rakyat Malaysia, kata mereka walaupun pada masa yang sama, mereka juga tidak dapat menjelaskan dari mana dan bagaimana 1MDB menjana pendapatan selepas mereka menafikan yang 1MDB adalah sayap pelaburan milik penuh Kementerian Kewangan dan Kerajaan Malaysia.

Akhirnya mereka membuat kesimpulan mudah. Wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun Najib Abdul Razak itu adalah wang songlap daripada 'penjualan-penjualan tanah' dan 'aset-aset' negara kepada pihak asing. Pun begitu, mereka tetap tidak dapat menjawab, mengapa tanah-tanah dan aset-aset yang dikatakan dijual kepada pihak asing itu, bukan sahaja dapat mengurangkan bayaran pampasan bernilai puluhan bilion ringgit setiap tahun, sebaliknya penambahbaikan kepada aset-aset tertentu seperti pangkalan tentera yang lebih luas, canggih dan berteknologi tinggi.

Pusing serata alam semata-mata untuk menjustifikasikan RM2.6 bilion adalah wang rembat walaupun sudah berkali-kali, bahkan telah terbukti bahawa daripada jumlah tersebut, sebahagiannya telah diberikan untuk tujuan kerja-kerja pilihanraya dan parti, manakala sebahagian lagi dipulangkan semula.

UMNO dan Barisan Nasional telah lama mengusulkan agar diwujudkan undang-undang dan akta tentang DANA POLITIK.

Malangnya, usul tersebut bukan sahaja ditentang di Parlimen, tetapi juga dimomok-momokkan kononnya para penaja tidak akan selesa untuk menaja parti-parti politik di Malaysia lagi kerana identiti mereka akan terdedah.

Anehnya, orang yang sama yang memekak, menyalak dan melalak tentang dana politik yang diperolehi oleh Najib Abdul Razak.

Berkata Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad, lanskap politik Malaysia masih belum bersedia untuk implementasi peraturan undang-undang yang berkaitan dengan dana politik. Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, di Malaysia, undang-undang sudah mencukupi tetapi implementasi atau perlaksanaannya menjadi masalah besar.

Kata Khalid Samad lagi, peraturan dan undang-undang berkenaan dana politik hanya boleh dilaksanakan apabila cara berfikir sudah bertukar. Dia turut mengakui, seandainya undang-undang dan peraturan tersebut wujud, barisan pembangkang pada hari ini akan berhadapan dengan tindakan undang-undang. (RUJUK SINI)

"BN pasti akan mengambil peluang ini untuk menuduh pihak pembangkang melakukan rasuah atau menyiasat para penderma yang memberikan sumbangan kepada parti-parti pembangkang. Ini akan menyekat pembangkang daripada memberikan sumbangan kepada parti," katanya lagi.

Oktober lepas, para pemimpin dari Pakatan Harapan (PH) dan PAS menyatakan kebimbangan bahawa dengan meluluskan Akta Derma dan Perbelanjaan Politik (PDEA), yang akan menyelaraskan kewangan politik, akan digunakan untuk menyekat pembangkang.

Akta tersebut telah dibentangkan dengan 32 usul cadangan oleh Majlis Perundingan Kebangsaan untuk Dana Politik yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Paul Low.

Ia tidak membabitkan maklumbalas daripada mana-mana parti politik tetapi sebuah Pejabat Kawalan akan dibentuk untuk memantau derma dan perbelanjaan politik.

Cadangannya termasuklah keperluan bagi mana-mana parti politik untuk mengisytiharkan sumbangan-sumbangan politik bernilai lebih RM3,000 kepada pejabat dengan segala perincian dan identiti penderma kepada awam diwajibkan sebelum PRU-15.

Cadangan pula termasuklah mengharamkan penajaan atau dana politik dari pihak asing, termasuklah mengharamkan firma-firma dan syarikat-syarikat milik negeri atau negara yang menerima kontrak kerajaan daripada memberikan sumbangan kepada ahli politik atau parti politik. 

Nyata, yang benar-benar kelam kabut apabila dana politik diperkatakan adalah pembangkang tetapi mereka juga yang galak menyalak tentang dana politik yang diterima oleh UMNO dan Presiden UMNO!


Friday, December 15, 2017

HELAH APA LAGI YANG AKAN DIBUAT OLEH GUAN ENG DAN PARA PEGUAMNYA UNTUK MENGELAK PERBICARAAN RASUAH PADA JANUARI 2018 NANTI?!!!



Mahkamah Persekutuan telah membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang berpihak kepada Lim Guan Eng sebelum ini apabila mengesahkan peruntukan dalam Akta SPRM, khususnya Seksyen 62.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan memutuskan Seksyen 62 Akta SPRM yang mensyaratkan tertuduh menfailkan pembelaan sebelum perbicaraan adalah tidak sah.

Panel hakim lima anggota yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif semalam, secara sebulat suara memutuskan bahawa peruntukan itu adalah mengikut perlembagaan dan bukannya ultra vires dengan Perlembagaan Persekutuan.

Pengurusan kes rasuah membabitkan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang - yang telah mencabar Seksyen 62 Akta SPRM - diadakan di Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang pada 10 Januari 2018.

Pada 7 Ogos lalu, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan peruntukan Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang menghendaki seseorang tertuduh memfailkan pembelaannya sebelum perbicaraan sebagai tidak sah dan terbatal.

Ketiga-tiga panel anggota yang diketuai oleh Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid sebulat suara bersetuju bahawa Seksyen 62 akta itu bercanggah dengan Artikel 5 (1) dan 8 Perlembagaan Persekutuan.

Seksyen 62 Akta SPRM menyebut bahawa apabila telah berlaku penyerahan dokumen oleh pihak pendakwa mengikut Seksyan 51A Kanun Tatacara Jenayah, tertuduh perlu menyerahkan dokumen berikut kepada pihak pendakwa sebelum perbicaraan bermula:

(a)Suatu pernyataan pembelaan yang menyatakan secara am jenis pembelaan dan perkara-perkara mengenai pendakwaan yang dibantah oleh tertuduh, dengan menyatakan sebab-sebabnya; dan (b)suatu salinan mana-mana dokumen yang akan dikemukakan sebagai sebahagian daripada keterangan bagi pembelaan.

Pada 30 Jun tahun lalu, Guan Eng mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan rasuah berhubung penukaran status tanah daripada pertanian kepada perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Guan Eng, 56, dituduh menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam, iaitu ketua menteri Pulau Pinang, untuk mendapatkan keuntungan bagi diri dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan permohonan penukaran status tanah pertanian kepada kawasan perumahan awam di daerah barat daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Aras 28, Bangunan Komtar di George Town pada 18 Julai 2014.

Pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Guan Eng menghadapi tuduhan kedua iaitu menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan bagi dirinya satu lot tanah dan sebuah banglo di No 25, Jalan Pinhorn, George Town pada 28 Julai 2015 daripada Phang pada harga RM2.8 juta, harga yang didakwanya ketahui tidak sepadan dengan nilai pasaran bagi hartanah berkenaan iaitu RM4.27 juta.

Tuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. (RUJUK SINI




Thursday, December 14, 2017

MAHATHIR SUDAH TERLAMBAT UNTUK GUNAKAN ANWAR IBRAHIM BAGI MEMBEBASKANNYA!!!



Trick Mahathir untuk menarik seberapa ramai massa ke jalan raya bagi membantunya mencapai cita-cita dan impiannya sedang digunakan.

Namun Mahathir sebenarnya sudah terlambat hampir 20 tahun kerana kemuncak daripada kesanggupan orang ramai turun ke jalan raya mendesak Perdana Menteri meletak jawatan adalah pada tahun 1998 iaitu pada zaman dia berkuasa.

Beberapa isu yang membelenggu Mahathir khususnya melibatkan pertentangannya dengan pihak istana Selangor dan Johor, membuatkan diktator tua tua terpaksa mrnggunakan Anwar Ibrahim, nama yang pernah cuba dilianglahadkan pada tahun 1998.

Pada masa yang sama Mahathir mengharapkan persamaan dia dengan Anwar Ibrahim kerana mereka sama-sama terlibat dalam skandal Forex, akan membolehkan para penyokong dan pentaksub Anwar berpihak kepadanya.

Mahathir pada masa yang sama cuba untuk membuatkan orang ramai terlupa bahawa penyokong dan pentaksub Anwar wujud kerana kebencian yang amat keterlaluan kepadanya. Dan walaupun sekarang ini dilihat ada perubahan sikap terhadap Mahathir tetapi majoriti penyokong dan pentaksub Anwar tetap menyalahkan Mahathir kerana menggagalkan usaha Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan memperbaharui hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Israel.

Mahathir sudah jauh ketinggalan dan terlambat!!!


Wednesday, December 13, 2017

RAFIZI KANTOI BERBOHONG LAGI, TAPI PARA PENYOKONGNYA TETAP PERCAYA SEBAB AKAL MEREKA TELAH DILIWAT OLEH RAFIZI!!



Usaha membodoh-bodohkan orang Melayu, khususnya generasi muda sekarang ini telah 'diserahkan' kepada orang Melayu sendiri. Kebetulan pula, ramai anak-anak muda Melayu yang sangat malas mencari ilmu tetapi suka bercakap, malahan sentiasa berlagak seolah-olah mereka terlebih tahu dalam segala hal, menyebabkan hasutan yang mendidik mereka dalam kebodohan menjadi lebih mudah.

Itu yang berjaya dilakukan oleh Rafizi Ramli, Naib Presiden PKR yang hidup dengan melakukan pembohongan, fitnah dan tohmahan.

Contoh terbaik dan terkini ialah bilamana Rafizi Ramli berjaya membodoh-bodohkan sebahagian  besar spesies anak muda Melayu yang bukan sahaja kurang berilmu, tetapi sombong dan angkuh dalam isu harga minyak.

20 jam sebelum itu, Rafizi Ramli cuba menimbulkan gempar dengan mengumumkan bahawa Kerajaan akan menaikkan harga minyak mingguan pada minggu ini kerana katanya harga minyak mentah Brent telah naik ke USD65 setong.

Ramailah pengikut dan pemercaya Rafizi yang turut bersorak dan menyimpan maki hamun masing-masing sehingga kerajaan membuat pengumuman secara rasmi harga baru minyak petrol RON95, RON97 dan diesel.

Namun apabila KPDNKK mengumumkan bahawa harga minyak turun minggu ini (4 sen untuk RON95; 5 sen untuk RON97 dan 1 sen untuk diesel), Rafizi segera membuat u-turn. Daripada kenyataannya bahawa kerajaan akan menaikkan harga minyak, bertukar menjadi marah kerana sepatutnya kerajaan menurunkan harga RON95 kepada 5 sen bukannya 4 sen seperti yang diwartakan.

Sesuatu yang sangat jelas ialah, Rafizi Ramli sebenarnya tidak tahu apa-apa tentang bagaimana mekanisme pengiraan harga minyak dibuat. Apabila dia mengatakan harga minyak mentah BRENT atau WTI, bermakna Rafizi Ramli samalah seperti para pengikut dan pemercayanya yang bodoh, tetapi berlagak macam pandai.

Harga minyak di Malaysia dipengaruhi oleh harga minyak yang telah ditapis dan diproses, Mean of Platts Singapore (MOPS). Ada yang terlebih 'pandai' bertanya, mengapa kita perlu ikut Singapura sedangkan kita adalah pengeluar minyak. Mereka masih tidak faham yang setiap kenderaan di Malaysia tidak dijanakan oleh minyak mentah sebaliknya minyak yang telah diproses.

Tiada Perdana Menteri sebelum Najib yang mahu bersaing dengan Singapura dalam bidang pemprosesan minyak. Dr. Mahathir yang konon-kononnya sangat bijak dan berpandangan jauh itu pun, lebih memilih untuk membiarkan Singapura menguasai sektor tersebut. Kilang pemprosesan dan penapisan minyak Singapura di Jurong kini merupakan hub utama terutama di Asia Tenggara.

Pentadbiran Najib bagaimanapun, cuba mengubah keadaan tersebut dengan RAPID Pengerang. Tetapi nampaknya, ia juga ditentang kuat oleh DAP, bahkan Dr. Mahathir dan para pengikutnya cuba menimbulkan sentimen kononnya Malaysia telah dijual kepada China kerana projek tersebut dibangunkan dengan pelaburan dan tenaga kerja mahir serta separuh mahir dari China.

Rafizi Ramli akan terus berjaya memperbodoh-bodohkan generasi muda Melayu yang sekarang ini melihat media sosial, khususnya FB sebagai medan untuk mereka membuktikan mereka bijak. Sebabnya, hampir kesemua pemercaya Rafizi Ramli bukan sahaja tidak berotak, tetapi mereka hanyalah mayat hidup yang tidak mampu berfikir dengan akal sendiri.


 
Blogger Templates