Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label syed mokhtar al-bukhary. Show all posts
Showing posts with label syed mokhtar al-bukhary. Show all posts

Tuesday, March 31, 2015

MENERJAH KEBODOHAN PECACAI DAP YANG CUBA MENFITNAH ROTI GARDENIA DAN SYED MOKHTAR AL-BUKHARY!!!



Puak-puak ini sudah lama geramkan dengan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Syed Mokhtar Al-Bukhari. Sebaliknya untuk pesaing Syed Mokhtar, Robert Kuok yang merupakan orang terkaya di Malaysia tetapi tidak tinggal di Malaysia, semua yang dilakukannya adalah betul.

Antara yang kerap menjadi sasaran adalah roti Gardenia. Suatu ketika dahulu sebelum kempen mereka dibalas dengan 'BUY CHINESE LAST', puak-puak berkenaan telah terlebih dahulu berkempen agar semua produk keluaran syarikat yang ada kaitan dengan Syed Mokhtar Al-Bukhari diboikot oleh pengguna-pengguna Cina. Sehinggakan Petronas yang tiada kena-mengena juga turut mahu diboikot.

Kali ini, admin Suara Rakyat, page Facebook yang sangat pro-DAP dan Anwar Ibrahim cuba melakukan fitnah ke atas Roti Gardenia tanpa mereka sedar yang mereka sebenarnya telah menunjukkan kebodohan dan ketidakfahaman dengan apa yang mereka tuliskan.

Mereka baru sahaja menyiarkan senarai harga Gardenia dan berkata, 'Dulu harga SST (10%) Gardenia Butterscotch RM3.82. BILA DAH GANTIKAN SST (6%) HARGANYA 'JADI MURAH' RM4.45... kan kan kan..."

Dan mereka pun menyiarkan gambar Syed Mokhtar dan berkata, kroni semakin kaya.

Nampak gayanya, orang Pakatan Rakyat memang suka mengambil kesempatan untuk menyebarkan pembohongan dan kebencian ke atas individu sasaran dan kerajaan.

Wahai SUARA RAKYAT YANG BODOH!

'WP' yang ditunjukkan pada harga tersebut bukanlah bermaksud harga sebelum GST dan RRP bukannya bermakna harga selepas GST.

WP bermaksud WHOLESALE PRICE (harga borong). Dalam bahasa yang lebih mudah, harga untuk pemborong dan RRP bermaksud, Recommended Retail Price' atau harga peruncit yang dikenakan kepada pelanggan.

Oleh kerana itu, harga Gardenia Butterscotch tidak meningkat dari RM3.82 kepada RM4.45 seperti yang difahami oleh otak udang admin SUARA RAKYAT. Sebaliknya harga RM3.82 adalah harga yang ditolak pemborong kepada peruncit yang dijangka mengenakan harga RM4.45 (termasuk GST) kepada pelanggan dengan profit margin RM0.42 sen + GST RM0.25.

Harga Gardenia Butterscotch, menjadi produk istimewa untuk diserang kerana ia melibatkan sekelompok pengguna dan dikenakan GST. Harga runcit sebelum ini adalah RM4.20 dan dengan GST 6% bermula esok, ia akan menjadi RM4.45.

Bagi orang kebanyakan yang tahu beza antara roti 'mewah' dan roti 'biasa', tidak akan terkesan langsung memandangkan harga roti 'biasa' Gardenia Original Classic 400g TIDAK AKAN MENINGKAT kerana GST. Ia dibeli runcit pada harga RM2.40 hari ini dan selepas GST dilaksanakan esok, roti tersebut masih lagi dijual pada harga RM2.40.

Inilah masalah kalau pencari besi-besi buruk tidak berpuas hati mengapa dia dan keluarganya tidak boleh beli kereta mercedez sebaliknya hanya mampu naik bas!!!

Lim Sian See

Monday, February 9, 2015

SYED MOKHTAR AL-BUKHARY... MENGAPA DENGKI DAN RASIS?


Setiap kali muncul isu RASIS, EKONOMI dan KEWANGAN, pasti nama Syed Mokhtar Al-Bukhary akan diperkatakan sekali.

Perhatikan apa yang sedang disebarkan oleh para RASIS CHAUVINIST yang juga merupakan penyokong kuat DAP-Lim Guan Eng.

Menariknya, tiada pula sebarang suara daripada MCA atau MIC yang menuntut mereka meminta maaf atau menarik kembali kenyataan-kenyataan bersifat RASIS itu.

Apa yang puak-puak ni, termasuklah yang bernama Melayu-Islam sendiri berdengki hati dengan Syed Mokhtar Al-Bukhary?


Syed Mokhtar Al-Bukhary telah dinamakan oleh Forbes sebagai salah seorang daripada 48 penderma dunia pada tahun 2014. Forbes menganggarkan derma yang telah disumbangkan oleh Syed Mokhtar adalah lebih dari USD500 juta (RM1.8 bilion) setakat ini.

Bayangkanlah jikalau Syed Mokhtar Al-Bukhary mendermakan RM1.8 bilion kepada anda, pasti menjadikan anda sebagai salah seorang daripada 30 orang terkaya di Malaysia.

Syed Mokhtar Al-Bukhary melonjakkan nama Malaysia menerusi kedermawanannya. Dia telah mendirikan kem-kem pelarian di Pakistan, rumah-rumah anak yatim di Guinea dan program-program pemulihan untuk mangsa bencana di China, Indonesia dan Iran. Dia juga telah membuka hospital dan institusi perubatan di Uganda, Afrika Selatan, Nepal dan Australia dalam usaha menyebarkan dakwah Islam. Muzium Kesenian Islamnya di Kuala Lumpur mengadakan lebih banyak pameran dan program, dan menambahkan lagi koleksi untuk pameran. Universiti yang dimulakannya di tanah kelahirannya, Alor Star, tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pelajar-pelajar miskin dari seluruh dunia.

Sepanjang tahun lepas sahaja, derma Syed Mokhtar Al-Bukhary kepada umat Islam dan manusia di seluruh dunia lebih dari USD500 juta. (RUJUK SINI)

Maka timbullah persoalan, mengapa beria-ia sangat DAP marahkan dan menyalahkan Syed Mokhtar Al-Bukhary sedangkan sebahagian daripada keuntungannya disalurkan kembali kepada masyarakat yang memerlukan berbanding Robert Kuok yang cuba menjajah China serta memonopoli segala-galanya demi keuntungan besarnya.

Lebih menghairankan, bagaimana pula umat Islam boleh menentang Syed Mokhtar Al-Bukhary sedangkan orang yang mereka puja, bukan sahaja tidak menyumbang kepada masyarakat dan ummah, bahkan memecahbelahkan lagi agar mudah dijajah dan dikawal oleh orang lain!!!




 
Blogger Templates