Pascal Najadi menuduh, PDRM tidak langsung melakukan siasatan. Bodoh ke haper mangkuk nih?
Pembunuh upahan yang telah membunuh bapanya, Hussain Najadi telah pun dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah, manakala dalangnya dan orang yang mengupahnya pula telah melarikan diri ke Australia dan kemudian ke China.
Sekiranya tiada siasatan dijalankan, bagaimana si pembunuh tersebut dijatuhi hukuman mati?
Perbalahan tentang jualan tanah tokong telah lama diperkatakan tetapi nampaknya Pascal mahu mencari 'duit' dan 'populariti' lebih dengan cuba mengaitkan kematian bapanya dengan 1MDB sambil cuba menyalahkan Najib Abdul Razak walaupun bapanya sudah lebih 30 tahun tidak berada di dalam Ambank, bahkan langsung tidak terlibat dalam sebarang pengurusan mahupun pentadbiran Ambank.
Mangkuk ini pastinya sama seperti golongan lain yang mencari kesempatan untuk kepentingan diri, seboleh mungkin cuba menegakkan benang basahnya sambil menganggap semua rakyat Malaysia tersangat bodoh dan dungu untuk mempercayai teori bangangnya!!!
Di dalam suratnya kepada The Malaysian Insider dan temuramahnya dengan Sarawak Report, bukan main lagi SYAITAN ni menggelarkan Malaysia dengan pelbagai nama - rasis, zalim, korup, akan bankrap dan sebagainya - status yang sudah lama diperkatakan dan menjadi zikir serta tahlil di bibir para penyokong Pakatan Rakyat yang masih megah berhutang membeli kereta baru walaupun seringkali merungut mereka hanya makan pasir dan rumput.
Kononnya dia lebih selamat berada di Russia berbanding di Malaysia. Padahal dia bukannya rakyat Malaysia, tidak mempunyai status kewarganegaraan Malaysia dan telah dilahirkan di Switzerland selain memegang dua kerakyatan Switzerland dan Britain.
Makhluk asing sepertinya tidak selayaknya bercakap apa-apa tentang Malaysia. Dia sendiri tidak tahu apa-apa tentang Malaysia. Dia tidak layak dan tidak boleh dibenarkan mencerca atau menghina negara ini dengan apa cara sekalipun.
Sepatutnya dia turut menerangkan apa yang dia atau bapanya telah lakukan di Bahrain sehingga mahkamah negara itu membuat keputusan yang memalukannya sehingga perlu mencipta dan mereka fakta sejarah yang baru!!! (BACA DI SINI)
Bayangkanlah manusia yang tidak pernah ada di sisi bapanya, merampas segala-galanya daripada ibu tirinya, sedangkan ibu tirinya itulah yang berada di sisi bapanya, ketika kedua-dua mereka ditembak oleh pembunuh upahan.
Dan sekarang, SYAITAN itu cuba memburuk-burukkan Malaysia dengan fakta bangangnya yang hanya dipercayai oleh golongan berotak sekerat!!!
