Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label ng suee lim. Show all posts
Showing posts with label ng suee lim. Show all posts

Tuesday, March 28, 2017

SELEPAS TERESA KOK DAN YEO BEE YIN, JAMAL DEDAH PULA SALAHGUNA KUASA DAN SELEWENG DUIT YAWAS OLEH NG SUEE LIM, ADUN DAP SEKINCHAN!!!



Selepas Teresa Kok dan Yeo Bee Yin sehingga membuatkan mereka terpaksa mengangkut fail dan mahu membuktikannya di hadapan wakil media, bukannya kepada SPRM, kali ini Jamal Mohd Yunos menghalakan pula pendedahan ke atas ADUN DAP Sekinchan, Ng Suee Lim.

Pagi tadi, jam 10:20 pagi, Jamal membuat dua laporan polis di Balai Polis Sekinchan berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) yang didakwa dilakukan oleh ADUN Sekinchan itu.

Turut bersama-samanya adalah Penasihat Undang-Undangnya, Mohd Imran Tamrin dan Pegawai Khas Ahli Parlimen Sungai Besar, Ng Boon Kiong. Seramai 200 orang penyokongnya turut mengiringinya.

Menurut Jamal, dia mempunyai bukti-bukti kukuh menerusi dokumen setebal 78 muka surat yang mendedahkan skim khairat kematian yang diberikan kepada waris yang telah meninggal dunia sebanyak RM2500 untuk rakyat Selangor telah disalahguna. (RUJUK SINI)

Perkara tersebut telah berlaku semenjak 9 tahun lalu.

"Ini bukanlah fitnah dan andaian semata-mata. Kami buat laporan berdasarkan dokumen termasuklah laporan buku aliran tunai," katanya. 


Menurut Jamal, terdapat pengeluaran berjumlah puluhan ribu dari Mesin Juruwang Automatik (ATM) pada setiap bulan. Dia turut mendakwa, selama ini dia sering mendapat laporan dan aduan tetapi tidak mempunyai bukti.

"Mereka mengadu menandatangani borang RM1,000 tetapi mereka hanya mendapat RM500... kita ada senarai tersebut," katanya. 

Menurutnya lagi, terdapat puluhan waris yang layak membuat tuntutan tetapi tidak memperolehi manfaat di DUN berkenaan. 

"Saya sendiri menghubungi penama-penama berkenaan dan membawa mereka yang telah disenaraikan namanya untuk membuat laporan polis."

Jamal mendakwa Suee Lim telah mengeluarkan wang peruntukan Yawas puluhan ribu ringgit yang digunakan untuk kepentingan peribadi.

"Saya ingin bertanya kepada Suee Lim mengapa mengeluarkan duit daripada ATM (mesin pengeluaran automatik) bank lebih daripada sepatutnya yang diberikan kepada waris-waris yang meninggal dunia di bawah Skim (Mesra Usia Emas (SMUE).

"Wakil rakyat Ng Suee Lim daripada DAP ini adalah seorang yang tidak amanah dan jujur... saya berani berkata demikian dan saya sedia menunggu surat saman daripada Suee Lim jika saya berbohong," katanya. (RUJUK SINI)

Jamal yang mengakhiri ucapannya itu kemudiannya dilihat masuk ke balai polis dan dijangka sidang media akan diadakan selepas laporan polis dibuat.

Sebanyak dua laporan polis dibuat di balai polis itu kira-kira jam 10.20 pagi tadi.

Jamal berkata, dijangkakan lebih daripada 100 laporan polis akan dibuat di balai polis berhubung penyelewengan yang berlaku di Dun itu dalam waktu terdekat ini.

Thursday, August 4, 2016

MUDAH GAYA KERJA WAKIL RAKYAT DAP... ORANG LAIN BUAT KERJA, DIA BUAT SIAL SAJA!!!



Selama 8 tahun Pakatan memerintah Selangor, Ng Suee Lim sendiri telah menjadi ADUN Sekinchan lebih dari 10 tahun, tetapi akhirnya dia tetap menyalak kepada Ahli Parlimen Sungai Besar dari UMNO, Budiman Zohdi juga agar segera menunaikan janji-janji pilihanraya iaitu menaikkan taraf Pasar Awam Sekinchan.

Belum pun sampai 60 hari lagi Budiman Zohdi menjadi Ahli Parlimen Sungai Besar, Ng Suee Lim yang berasa terancam dengan cara kerja Budiman Zohdi, mula mencari ruang untuk menyelar, mengutuk dan memperlekeh-lekehkan Budiman Zohdi atas nama JANJI PILIHANRAYA. Sedangkan janji-janji yang ditaburkannya selama lebih 10 tahun kepada rakyat Sekinchan, tak pula dia ungkit atau dedahkan.

Keratan akhbar di atas menyatakan, Ng Suee Lim, ADUN Sekinchan berkata MDSB telah memberikan laluan kepada ICU utnuk naik taraf Pasar Awam Sekinchan. Katanya lagi, masalah bumbung bocor pada 24 buah gerai di tepi Pasar Awam, pada mulanya hendak ditangani oleh MDSB memandangkan peruntukan untuk naiktaraf telah diluluskan dan akan dikerjakan dalam tempoh terdekat, tetapi oleh kerana ICU mahu berikan peruntukan untuk kerja-kerja naiktaraf, MDSB berikan laluan kepada ICU. Bagaimanapun, menurutnya, MDSB akan menyelia sewaktu kerja-kerja berjalan dan akan tegur ICU sekiranya kerja tidak ikut perancangan.

Bijak tak otak dalam kepala ADUN yang berwajah seakan-akan pengganas komunis zaman darurat dahulu ni?

Mengetahui Budiman telah membuat permohonan mendapatkan peruntukan daripada Persekutuan dan selepas diluluskan, serta-merta, kononnya MDSB dikatakan telah meluluskan peruntukan untuk naiktaraf Pasar Awam itu. Serta-merta diberitakan, MDSB mahu buat kerja tetapi memandangkan peruntukan Persekutuan menerusi ICU dah sampai, maka MDSB (Majlis Daerah Sabak Bernam) memberi laluan kononnya kerana hormat.

Piiiraaahhhh...

Lebih 8 tahun, dan lebih 10 tahun Ng Suee Lim jadi wakil rakyat Sekinchan, selepas Budiman dapat peruntukan Kerajaan Persekutuan, baru dia muncul sebagai hero dan kemudian mahu buat kerja-kerja penyeliaan dan mandur sahaja?

Kenapa dia tak minta sahaja, calon BN diberikan laluan untuk menang dalam PRU-14 di DUN Sekinchan?

Inilah perangai yang ditunjukkan oleh KESEMUA WAKIL RAKYAT Pakatan di seluruh negara. Bab ceramah, bab kempen, merekalah yang paling wahid. Bab sensasi, bab provokasi, merekalah paling juara, tetapi apabila masalah melibatkan rakyat, mereka akan cuci tangan dan kemudian menyerahkannya kepada wakil-wakil dari UMNO dan BN.

Ironinya, mereka berjaya dengan taktik sebegini. Malah mereka mendapat sokongan yang lebih daripada para pengundi!!!


Thursday, May 12, 2016

NG SUEE LIM ADALAH CALON TERBAIK DAP UNTUK PARLIMEN SUNGAI BESAR WALAUPUN TIDAK DISUKAI KHALID SAMAD!!!



Bukan dalam UMNO sahaja, suara-suara 'sumbang' tentang PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar berbunyi, malah dalam Pakatan Harapan (PKR-DAP-PAN) juga lebih gemuruh bunyinya.

PAS awal-awal lagi telah menyuarakan hasrat mereka untuk meletak calon di kedua-dua kerusi Parlimen tersebut.

Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam mewakili PAN menyuarakan hasratnya agar Pakatan Harapan meletakkan calon-calon dari PAN untuk kedua-dua kerusi tersebut. Modal PAN mudah iaitu semasa PRU-13 lalu, majoriti yang dimenangi oleh calon-calon UMNO-BN amat kecil manakala undi-undi yang diperolehi oleh calon-calon PAS pula meningkat.

Calon-calon PAS yang bertanding di kedua-dua kerusi tersebut pada PRU lalu, dianggap mewakili PAN, bukannya PAS walaupun besar kemungkinan kedua-duanya tidak pun berminat menyertai parti yang dipimpin oleh Mat Sabu itu.

Dengan demografi etnik di kedua-dua kerusi tersebut yang berpihak kepada parti-parti Melayu-Islam, DAP dan PKR tidak berasa ianya merupakan satu halangan memandangkan peratusan pengundi India dan Cina di kedua-dua kerusi Parlimen tersebut boleh menyaingi pengundi-pengundi Melayu.

DAP sebenarnya mempunyai kekuatan tersendiri di Sungai Besar walaupun DAP tidak pernah bertanding di Parlimen Sungai Besar. Ng Suee Lim, ADUN Sekinchan merupakan antara yang cukup berpengaruh di kawasan DUNnya.

DUN Sekinchan merupakan salah satu daripada DUN yang berada di dalam Parlimen Sungai Besar.

Kepetahan Ng Suee Lim berkomunikasi dalam bahasa Jawa, menyebabkan dia dipilih sebagai ADUN Sekinchan untuk dua penggal berturut-turut. Kedudukannya tidak tergugat langsung di Sekinchan. Ramai pengundi yang kagum dan mengundi Ng Suee Lim pada PRU lepas. Ng Suee Lim memperolehi majoriti undi 2,239 berbanding 190 undi pada PRU-12.

Jadi, tidak mustahil sekiranya DAP mencuba nasib dengan Ng Suee Lim yang juga mempunyai potensi besar di Parlimen Sungai Besar, sekaligus memecah tembok penguasaan Melayu semata di kerusi berkenaan selama ini.

Bagaimana pula dengan PKR?

Sudah tentu PKR mempunyai Aziz Bari, bekas pensyarah Undang-Undang di UIA yang dilabelkan sebagai Pakar Perlembagaan walaupun kepakaran yang selalu ditonjolkannya adalah memutarbelitkan Perlembagaan Malaysia.

Itu baru di Sungai Besar, belum lagi di Kuala Kangsar...


Thursday, November 5, 2015

WAKIL DAP TUNTUT TANAH RIZAH MELAYU YANG DIDUDUKI SECARA HARAM, DIWARTAKAN HAPUS DAN STATUSNYA DITUKAR SEBAB DIDUDUKI CINA!!!



ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim telah meminta Kerajaan Negeri Selangor menukarkan status tanah yang diduduki oleh orang Cina di Bagan Nakhoda Omar daripada Tanah Rizab Melayu dan warta tersebut dihapuskan. (RUJUK SINI)

Alasannya, Tanah Rizab Melayu di Bagan Nakhoda Omar itu telah diduduki oleh orang Cina dan jumlah mereka pula adalah 100%!!!

Tidak cukup dengan itu, nama Bagan Nakhoda Omar pula diminta agar ditukarkan menjadi Bagan Nakhoda Chong.

Punyalah kurang ajar!

Kalau Tony Pua berselindung dengan jawatan dalam PAC bagi menyembunyikan sifat penakutnya, Ng Suee Lim pula mengeluarkan kenyataan yang sangat RASIS dan CHAUVINIST itu di Persidangan DUN!

Sebenarnya kejadian sebegini bukanlah perkara baru. Taiping telah ditukarkan dari Klian Pauh kepada nama Cina iaitu Taiping. Pulau Pangkor yang asalnya bernama Pulau Dinding, ditukarkan namanya dengan alasan penghulu Cina di pulau tersebut bernama Ee Pang Kor dan hasilnya Pulau Dinding sekarang ini dikenali sebagai Pulau Pangkor, malah puak mereka mendakwa pula, Pulau Pangkor telah dibuka oleh Cina bernama Pang Kor.

Ng Suee Lim tidak lagi berselindung dengan sikap chauvinistnya. Beranggapan, Melayu di Sekinchan adalah golongan yang lemah kerana terlalu bertolak ansur, Ng Suee Lim memandang mudah dan mahu sejarah tempat tersebut ditukar dan ditipu.

Tanah Rizab Melayu sekaligus menjadikan Cina-Cina yang diwakili oleh Ng Suee Lim untuk perampasan tanah secara biadap dan kurang ajar itu, merupakan penduduk yang telah menduduki tanah rizab Melayu itu secara haram.

Mengapa pula mereka tidak dihalau dari tanah tersebut sedangkan pada masa yang sama, sudah pasti mereka yang tinggal di Bagan Nakhoda Omar itu tidak akan membenarkan sama sekali mana-mana Melayu tinggal di Tanah Rizab Melayu yang telah mereka cerobohi dan duduki secar haram itu!!!


 
Blogger Templates