Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label bolasepak. Show all posts
Showing posts with label bolasepak. Show all posts

Thursday, December 22, 2016

NAJIB NAK SELAMATKAN SUKAN BOLASEPAK MALAYSIA YANG MEMBOSANKAN INI? BAIK RENTIKANLAH!!!



Ura-ura Selangor dan Kelantan untuk menarik diri daripada Liga Bolasepak Malaysia menjadi tajuk-tajuk berita utama. Dan seperti biasa, pro dan kontra pun berdebat. Seperti biasa juga, sentimen mengatasi realiti. Sikap bertongkat menjadi darah daging dan sukar untuk dihapuskan bahkan beranggapan, mereka perlu terus disuap dan diurut perut masing-masing selepas kenyang.

Kenyataan Perdana Menteri yang kesal dengan apa yang berlaku kepada pasukan bolasepak Kelantan sehingga memaksa KAFA memberikan kata dua untuk menarik diri daripada terlibat dengan Liga pada tahun hadapan, sebenarnya tidak mendatangkan sebarang faedah pun.

Status SEMI-PRO diberikan pada pertengahan 1980-an, kemudian liga profesional diperkenalkan pada awal 90-an, mutu dan tahap bolasepak negara tidak pernah berubah, tidak pernah meningkat bahkan tidak pernah mendatangkan sebarang keuntungan dalam apa-apa aspek sekalipun di negara ini. Sebaliknya berbekalkan glamour yang dibuat-buat daripada publisiti murahan, pelbagai gambaran hebat dibuat untuk menarik perhatian peminat.

Yang pasti, kemajuan sukan bolasepak Malaysia yang telah disuap pelbagai kemewahan, tidak ke mana pun. Bahkan menurun dengan teruk sehinggakan pasukan-pasukan belasahan dahulunya seperti Kemboja dan Myanmar pun jauh lebih baik daripada pasukan Malaysia.

Najib mungkin berniat baik apabila menyatakan Kerajaan pimpinannya akan cuba membantu persatuan-persatuan bolasepak negeri yang bermasalah kewangan memandangkan bolasepak adalah sukan nombor satu rakyat Malaysia.

Namun ada pula yang menyatakan, Najib sekadar bermain politik kerana seperti mereka, Najib juga tahu sukan bolasepak negara ini tidak akan ke mana-mana pun, sebaliknya sekadar syok sendiri.

Seharusnya, persatuan-persatuan bolasepak di negara ini yang sudah bergelar profesional, apatah lagi perbelanjaan pengurusan melebihi pencapaian, seharusnya mencari jalan dan memecahkan kepala sendiri bagaimana mahu menjanakan pendapatan untuk persatuan masing-masing.

Sudah sampai masanya kerajaan menarik diri daripada terus menyuap dan memberikan tongkat untuk pasukan-pasukan tersebut. Dan seharusnya juga keupayaan dan pencapaian perlu dijadikan sandaran berbanding

Prasarana sukan di negara ini berkelas dunia, tetapi mutu sukan di negara ini, majoritinya berkelas amatur.

Daripada Najib membazirkan ratusan juta untuk sukan bolasepak yang tidak ke mana-mana pun, apatah lagi sekadar untuk mengenyangkan dan membuncitkan pegawai-pegawai persatuan, lebih baik Najib gunakan peruntukan tersebut untuk masyarakat di luar bandar, terutama golongan petani!

Lagipun, masing-masing berebut nak jadi pegawai persatuan, biarlah mereka berebut-rebut pula memecahkan kepala mencari dana untuk persatuan masing-masing. Kalau perlu mereka menjual kacang putih untuk mencari dana, biarkan sahaja....

Yang pasti, sukan bolasepak di Malaysia sudah sampai ke TAHAP YANG PALING MEMBOSANKAN!



Monday, August 8, 2016

BOLASEPAK DI MALAYSIA SEMAKIN HODOH... KENAPA PEMBESAR FAM TAKUT SANGAT DENGAN THUMBDRIVE SAMPAI TAK BERANI AMBIL TINDAKAN?


Video di atas adalah melibatkan pergaduhan antara para penyokong JDT dan Perak dalam salah satu perlawanan bolasepak di Malaysia semalam.

Isu keganasan bolasepak nampaknya sudah menular ke negara ini walaupun standard permainan bolasepak Malaysia masih terlalu jauh daripada bagus. Apakan tidak, main pada peringkat Asia Tenggara sahaja, Malaysia sudah tercungap-cungap dan berhempas pulas untuk tidak dikalahkan - selalunya kalahlah!

Glamournya sukan bolasepak di Malaysia, hampir setara dengan Liga-Liga Bolasepak Utama dunia. Cerita-cerita tentang bolasepak di Malaysia, mengalahkan ceritera-ceritera hikayat bagaimana anak raja terpaksa bertarung dengan bota, gergasi, jin, ifrit dan sebagainya untuk merampas puteri raja yang berkesudahan dengan perkahwinan dan happily ever after. Bagaimanapun, pencapaian paling tinggi dan yang paling dibangga-banggakan pun, hanyalah Piala Suzuki AFC. Selain daripada itu, Malaysia hanya bermimpi dan terus berangan-angan sambil memberikan alasan, 'MENCARI PENGALAMAN'.

Dah tua berbulu pun, masih lagi mencari pengalaman. Entah bila betul-betul main tanpa mencari pengalaman pun, tiada seorang pun yang tahu.

Apa yang dibanggakan daripada sukan bolasepak Malaysia?

Apa yang boleh dibanggakan kepada maskot Harimau Malaya yang disinonimkan dengan Pasukan Kebangsaan?

Apa yang boleh dibanggakan dengan para pemain Malaysia yang minta dilayan seperti lima bintang tetapi permainannya seperti tidak ada bintang?

Dengan gelagat dan kelakuan para penyokong, khususnya membabitkan JDT - paling banyak bermasalah - seelok-eloknya, Liga Bola Sepak Malaysia dan Persatuan Bola Sepak Malaysia, perlu melakukan sesuatu yang lebih drastik tanpa perlu peduli dengan thumbdrive yang konon-kononnya terdapat bukti rasuah atau penyelewengan di dalamnya. Malahan badan induk bolasepak negara itu juga perlu melakukan transformasi yang lebih telus, bukannya sekadar retorik yang tidak berkesudahan. Pegawai-pegawai yang sudah berpuluh-puluh tahun di dalam FAM itu, eloklah direhatkan atau dibersarakan. Sama seperti pemain, pegawai-pegawai tersebut juga tidak mendatangkan hasil sebaliknya hanya membuang hasil!

Kalau UMNO dikatakan Mahathir sebagai busuk dari kepala ke usus, FAM juga nampaknya lebih sesuai untuk perumpamaan itu. Bukan sahaja busuk dalam pentadbiran, nampaknya jauh lebih teruk lagi busuk dan buruk membabitkan penonton dan para pembesar bolasepak di seluruh Malaysia juga.

Inikah standard bolasepak Malaysia?

Atau sememangnya kumpulan-kumpulan hooligans yang hanya wujud di Amerika Selatan, Eropah dan England, sudah ditiru bulat-bulat oleh manusia berkulit sawo matang, berhidung peset dan berbadan katik?

Yang peliknya, mengapa pula kali ini FAM tidak mengenakan tindakan larangan ke atas pasukan yang memiliki hooligans itu daripada bertanding? Bukankah lebih baik mana-mana pasukan yang para penyokongnya gagal dikawal dan bertindak seperti samseng, dilarang daripada terbabit dalam mana-mana sukan bolasepak di negara ini?

Namun apa-apa pun, klip video di atas menunjukkan sekumpulan hooligans yang berpakaian hitam menyerang seorang jurugambar sebuah media arus perdana di stadium. Dalam kejadian tersebut, jurugambar itu bukan sahaja dipukul tetapi juga kameranya telah dirampas tetapi berjaya ditemui oleh polis di tengah padang.

Dalam klip video di atas, tertera jelas wajah salah seorang samseng yang memaksa si jurugambar memadamkan rakamannya.


Saturday, May 7, 2016

NYATALAH, MAT BASHAH TAK TIDUR DAN MAT BASHAH TAHU KONG-KALI-KONG URUSAN PENAJAAN BOLASEPAK KEDAH!!!



Keputusan Persatuan Bola Sepak Kedah dan Presidennya, iaitu Ahmad Bashah Mohd Hanipa enggan melayan penguasa produk kecantikan 'TERLAJAK LARIS', akhirnya membuka rahsia yang selama ini kurang diperkatakan iaitu membabitkan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh KFA.

Dan sudah tentulah syarat yang paling besar adalah membabitkan penyerahan tanah sebagai tukar milik dengan penajaan ke atas sukan yang paling tidak menguntungkan di Malaysia iaitu BOLA SEPAK.

Bola Sepak di Malaysia, sekalipun popular tetapi tidak pernah mendatangkan keberuntungan dan keberhasilan. Kebanyakan pemain, penyokong mahupun pasukan pengurus syok sendiri. Walaupun liga profesional telah diwujudkan lebih dari dua dekad di Malaysia, hakikatnya mutu permainan tidak pernah lebih baik daripada permainan robust di atas padang becak yang asalnya adalah petak bendang.

Dalam hal Kedah dan D'Herbs Holdings (M) Sdn. Bhd, tanah yang diperkatakan adalah seluas lebih 60 hektar di Jabi tidak jauh dari Pokok Sena. Nilai tanah tersebut sebenarnya jauh melebihi nilai yang digunakan untuk menaja pasukan bola sepak Kedah yang diwujudkan hanyalah untuk 'syok-syok' sahaja.

Adakah wajar urusan yang sekadar bersifat syok-syok sendiri seperti bola sepak, mahu ditukarganti dengan tanah yang merupakan modal ekonomi yang utama? Kecualilah bola sepak merupakan salah satu industri utama yang membawa pulangan dan hasil kembali kepada kerajaan negeri, maka urusan seperti itu bolehlah dibincangkan.

Penolakan tawaran oleh D'Herbs untuk menaja pasukan bola sepak Kedah, mengundang permusuhan dan rasa tidak puas hati terutama sekali dari pemilik D'Herbs itu sendiri. Menggunakan media sebagai senjata utamanya, beberapa fakta nampaknya cuba ditegakkan tetapi pada masa yang sama, fakta penting terutama sekali membabitkan tanah berkeluasan lebih 60 hektar di Jabi sebagai pertukaran untuk nilai penajaan, tidak pula disentuh.

Siapakah yang berurusan dengan Alif Syukri sebelum ini sehingga menyebabkan dia bersetuju untuk menaja pasukan bola sepak Kedah?

Mukhriz Mahathir?

Atau atas nama projek terbengkalai iaitu Bandar D'Herbs?

Agak menarik situasi ini... Kedah ada pasukan bolasepaknya, Kedah ada prasarana bola sepaknya, Kedah ada tanah dan Kedah hampir segala-galanya. Alif Syukri pula hanya ada RM beberapa puluh juta dan sedang mengintai modal paling utama iaitu TANAH.

Budaya SWAP TANAH dengan modal dalam bentuk wang telah diamalkan secara meluas semenjak zaman Mahathir Mohamad lagi sebagai Perdana Menteri. Justeru apabila jalan mudah yang diambil oleh bekas Menteri Besar Kedah terdahulu untuk membawa pelabur ke kawasan yang terbengkalai menerusi TUKAR TANAH UNTUK TAJA SUKAN, ia bukanlah sesuatu yang luar biasa atau menganehkan.

Apatah lagi dalam semua sidang media, Alif Syukri sendiri tidak menafikan bahawa masalah pokok yang muncul dalam urusniaga antara D'Herbs dengan KFA adalah TANAH. Bezanya, Alif Syukri enggan mengakui bahawa permintaannya untuk mendapatkan tanah lebih 60 hektar adalah perampasan hak rakyat Kedah.

Mat Bashah pula dilihat bertindak secara sembrono dan bersendirian dengan membuat keputusan untuk tidak meneruskan lagi rundingan dengan D'Herbs dan berterus-terang bahawa urusniaga dengan D'Herbs akan merugikan rakyat Kedah.

BERI SEJUMLAH WANG dan kemudian MINTA TANAH!

Ini bukan benda baharu. Begitulah cara-cara taikun besar mendapat tanah termasuklah tanah-tanah kerajaan di lokasi-lokasi strategik di Bandaraya Kuala Lumpur.

Jadi apabila 'syarikat penaja' yang mahu menaja KFA RM30 juta kemudian meminta tanah di kawasan Jabi, Pokok Sena yang bernilai lebih RM80 juta, itu tidaklah menghairankan sama sekali. Malah jikalau diteruskan, ia samalah seperti pembelian tanah di bawah harga pasaran. 

KFA akan mendapat RM30 juta dengan pelbagai syarat yang perlu dipatuhi manakala Kerajaan Negeri akan kerugiaan lebih RM50 juta.

Alasan membantu ekonomi dan menyediakan pekerjaan kosong kepada rakyat, sebenarnya adalah alasan-alasan retorik. Yang marah sangat sekarang ialah TANAH... dan ianya tidak lebih daripada TANAH yang ingin dikuasai.

Cuma satulah dalam kemelut ini yang kita boleh nampak terang dan jelas... bekas Menteri Besar Kedah terdahulu, sekalipun dipenuhi aura dan cerita-cerita dongeng tentang betapa berkilatnya otak dia, rupa-rupanya jenis BENGAP, dan TIDUR sampai tidak sedar, sedang menggadaikan tanah kerajaan negeri demi mencari jalan mudah untuk mentadbir. 

Manakala Menteri Besar Kedah yang baru, yang diberikan pelbagai label buruk dan serba negatif, nampak lebih cerdik dan lebih terbuka matanya apabila dapat melihat, menghidu dan menjangkakan apa sebenarnya urusniaga membabitkan KFA dan D'Herbs itu.

Nampak gayanya ada orang melalak dan gigit kuku jugalah ni... sebabnya satu lagi projek besarnya berkomisyen tinggi berjaya dicantas oleh Ahmad Bashah dan Ahmad Bashah pula berterus terang bahawa urusniaga KFA dengan D'Herbs membabitkan tanah-tanah kerajaan negeri!




Monday, December 21, 2015

SAYA HANYA MENENTANG SISTEM!!! - TENGKU MAHKOTA JOHOR



Saya tidak tahu mengapa ada sesetengah pihak memperbesarkan hal ini. Pertama sekali, saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan anugerah ini. Saya berbangga dengan para pemain saya dan semua pemenang, walaupun saya tidak mengiktiraf anugerah tersebut. Saya cuma berkata sedemikian kerana saya tahu akan sistem yang wujud semenjak dulu hingga sekarang, dan saya mengenali ramai yang merupakan sebahagian daripada sistem tersebut. 

Hari ini, Kevin Ramalingam mengeluarkan kenyataan dalam akhbar Berita Harian bahawa mungkin TMJ telah keliru. Saya akan membiarkan orang ramai yang menentukan. Bagaimana saya boleh keliru sedangkan saya tahu apa yang sebenarnya berlaku, dan anda, Kevin, merupakan sebahagian daripada sistem ini? 

Saya tahu di mana letaknya kesetiaan anda, dan anda dibayar setiap bulan oleh FMLLP, dan tidak silap saya, dibayar setiap bulan oleh FAM. Anda juga telah mengaku kepada saya sewaktu pertemuan kita di hotel Thistle bahawa FAM akan membolot sebahagian besar dana penajaan, yang kononnya digunakan untuk pengurusan liga dan diagihkan kepada pasukan-pasukan yang bertanding. Oleh itu, saya tidak faham mengapa mereka perlukan belanjawan yang lebih besar, sedangkan mereka tidak lagi perlu menguruskan Harimau Muda, liga ataupun pengadil.

Jadi sebelum anda mengeluarkan kenyataan bahawa saya keliru, lebih baik berfikir panjang kerana tiada penaung atau presiden kelab bolasepak lain yang turun padang lebih daripada saya. Saya tidak keliru bahawa anda dibayar setiap bulan, saya tidak keliru berkenaan di mana letaknya kesetiaan anda, saya juga tidak keliru apabila anda menjelaskan berkenaan agihan dana dan ke mana ianya akan disalurkan mulai 2016. 

Percayalah, SAYA TIDAK KELIRU. 

Berfikirlah sebelum anda mengeluarkan kenyataan sebegitu, kerana ianya tidak masuk akal. Berikan sebab mengapa Mehmet Durokovic tidak dicalonkan? Beliau telah menjulang Piala Malaysia! 
Berikan satu lagi sebab, saya sangkakan pembakaran suar tidak dibenarkan, tetapi penyokong Pahang menerima anugerah sedangkan mereka kerap kali membakar suar? 

Saya tidak kisah, dan saya tiada sebarang masalah dengan penyokong Pahang, saya tiada sebarang masalah dengan Pahang, saya juga mempunyai keluarga daripada Pahang, tetapi di sini saya cuma menjelaskan perkara prinsip. 

Tidak kiralah dari negeri mana, tidak kira negara atau kelab mana, perkara yang salah tetap salah. Sesiapa yang layak diberikan penghormatan, sepatutnya diberikan kepadanya, tetapi anda perlu telus dan adil. Panel hakim seramai 72 orang pun dipilih oleh anda. 

Saya tahu anda hanya menjalankan tugas anda, dan anda perlu melindungi orang atasan anda atau sistem ini, kerana inilah sumber kewangan anda, tetapi tak usah cuba menyalahkan saya dengan mengatakan saya keliru. Percayalah, bukan saya seorang yang berpandangan seperti ini. Mungkin saya selalu bersuara mengenainya, tetapi ramai yang berkongsi pandangan saya bahawa bolasepak Malaysia masih amat korup. 

Saya juga ingin menyeru kepada segelintir penyokong bolasepak tanahair supaya membuka minda anda dan jangan terlalu mengikut emosi. Ada diantara anda semua tahu bahawa FAM tidak telus tetapi anda terus menyokong FAM disebabkan anda cemburu akan pencapaian organisasi bolasepak yang saya bangunkan. Anda tak perlu bersetuju dengan semua kenyataan saya, kerana ini bukan tentang saya tetapi berkenaan bolasepak negara ini.

Kepada Kevin Ramalingan, jika anda benar-benar ingin membantu bolasepak Malaysia, mudah sahaja. Pertama sekali, tangani gejala mengatur perlawanan. Kedua, pengadil mestilah diuruskan badan bebas dan dipantau oleh SPRM; dan akhir sekali, setiap pasukan bertanding mestilah menerima bahagian mereka secara adil daripada hasil penyiaran, supaya mereka tidak terbeban. Pastikan perkara-perkara ini dilaksanakan terlebih dahulu, daripada cuba mengampu orang atasan dan pergi ke percutian berbayar kelas pertama, sedangkan orang lain bergelut setiap hari dengan sistem ini, berhadapan dengan orang seperti anda dan sekutu-sekutu anda.

Jangan risau Kevin. Saya bukan menentang anda, saya hanya menentang sistem yang sedia ada.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, 
 
Blogger Templates