Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label rosmah mansor. Show all posts
Showing posts with label rosmah mansor. Show all posts

Thursday, April 26, 2018

NAK DAPAT PERHATIAN, SEKALI LAGI ROSMAH MANSOR JADI INDIVIDU YANG PERLU DIFITNAH DAN DITOHMAH!!!



Tidak seperti Siti Hasmah mahupun Betty Chew yang terselamat daripada serangan peribadi, Rosmah Mansor pula menjadi figur yang cukup diminati oleh para penyokong dan pemimpin Pakatan seandainya mereka tidak mempunyai isu-isu sensasi untuk diketengahkan. Pelbagai cerita-cerita negatif tentang Rosmah Mansor diuwar-uwarkan dalam pelbagai versi dan al-kisah. Sehinggakan apabila kita kompilasikan kesemua cerita berkenaan, kita boleh gambarkan Rosmah sebagai susuk raksasa bermata merah berkepala botak, berperut buncit, berkulit hijau, berbadan setinggi 12 kaki dan kegemarannya adalah makan budak!

Rosmah adalah figur atau tokoh yang telah dihitam, sehitam-hitamnya oleh para penyokong dan pemimpin pembangkang. Semuanya kerana mahu menyerang Najib Abdul Razak dan kemudian mengaitkannya dengan UMNO serta Kerajaan Barisan Nasional. 

Beberapa isu sebelum ini yang berkaitan Rosmah, telah dibawa ke mahkamah. Orang seperti Rafizi Ramli, Nga Kor Ming, Tian Chua, Tony Pua dan beberapa orang yang lain, telah menyatakan kekesalan mereka dan berjanji tidak akan mengulangi tohmahan terhadap Rosmah Mansor. Mereka disaman tetapi kemudian, mereka dimaafkan oleh Rosmah Mansor setelah menyatakan permohonan maaf dan kekesalan. Malahan Dr. Mahathir ketika diseret ke mahkamah pun, sekadar berkata, dia tidak ada bukti melainkan hanya mendengar cakap orang lain!


Rafizi Ramli sebagai contoh adalah orang yang paling lantang mentohmah dan menfitnah Rosmah Mansor khususnya dalam isu cincin RM24 juta. Akhirnya ketika di mahkamah, dia memberitahu yang dia 'CUMA BERGURAU'. 

Isu menfitnah Rosmah Mansor nampaknya berterusan dan menjadi trend yang paling disukai. Terbaharu adalah pendedahan yang dibuat oleh Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor. Penafian dan penjelasan kemudiannya dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO). 

Fitnah berkenaan diedarkan dalam klip audio WhatsApp mengenai dakwaan perbelanjaan kerajaan yang melampau untuk Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri. 

Dalam rakaman berkenaan, seorang individu telah membuat tuduhan tidak berasas dan liar tentang perbelanjaan kerajaan yang membabitkan Rosmah. Menurutnya, perbelanjaan yang amat tinggi dibuat oleh kerajaan bagi kek sambutan harijadi isteri Perdana Menteri dan kos pemasangan dua buah kamera litar tertutup (CCTV) di pejabat Rosmah di Putrajaya. 

Kononnya, sumber berita berkenaan datangnya daripada seorang rakannya yang bertugas di Kementerian Kewangan. Dia juga mendakwa kononnya kutipan GST berjumlah RM70.1 juta sehari telah habis dicuri dan tidak ditemui dalam Perbendaharaan Negara.


Turut menjawab tuduhan tersebut, Rizal Mansor mencabar pembuat fitnah tersebut menunjukkan di mana kek berharga RM75 ribu itu dibeli. 

Menurut Rizal lagi, Rosmah bukanlah isteri Perdana Menteri pertama yang ada pejabat di Putrajaya. Sebaliknya dia adalah isteri Perdana Menteri pertama yang tidak mempunyai pejabat di Putrajaya. Ruang pejabat yang disediakan untuk isteri Perdana Menteri yang pernah digunakan oleh Siti Hasmah dahulu, kini telah diubahsuai untuk dijadikan ruang kerja pegawai.

Menjawab tuduhan tentang 2 buah CCTV berharga RM7 juta, Rizal menyifatkan tuduhan tersebut sebagai memperkecil-kecilkan kebijaksanaan dan akal rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia yang masih waras menurutnya, pasti sedar, bahawa ia adalah perkara yang langsung tidak masuk akal. Apatah lagi, Rosmah sendiri tidak mempunyai pejabat di MOF mahupun di PMO, di manakah dua CCTV tersebut dipasang. 

Wang kutipan GST dimasukkan ke Kumpulan Wang Disatukan. Semua perbelanjaan dan pengurusan negara menggunakan wang itu. Tuduhan mengatakan wang GST telah habis dicuri dalam tempoh sehari, adalah sesuatu yang amat tidak masuk akal memandangkan pengeluaran wang negara bukanlah seperti mengeluarkan wang dari tabung gajah. 



Sebenarnya si penfitnah itu cuba untuk menggambarkan kononnya negara sudah kehabisan wang kerana terpaksa digunakan untuk menampung perbelanjaan boros Rosmah Mansor. Namun pelbagai data dan fakta kewangan negara menunjukkan yang sebaliknya, sehinggakan pelbagai bentuk pembangunan infrastruktur seperti lebuhraya TANPA TOL di Kelantan yang dikenali sebagai Lebuhraya CSR (Merapoh-Kubang Rusa) selain Lebuhraya Pan Borneo yang juga dibina TANPA TOL.

Difahamkan, PMO telah membuat laporan kepada polis dan SKMM berhubung fitnah berkenaan. Individu yang terlibat dalam pembuatan dan penyebaran berita palsu ini boleh disiasat di bawah Akta Antiberita Tidak Benar 2018. Jika sabit kesalahan tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali.


Wednesday, February 14, 2018

ROSMAH MANSOR NAIK JET KERAJAAN... INI JAWAPAN KEPADA MAHATHIR!!!



11 fakta isu Datin Seri Rosmah Naik Jet Kerajaan - Jawapan Kepada Tun Mahathir

1. Sebuah laman Facebook yang digunakan sebagai satu platform pemujaan Tun Mahathir Mohamad telah menaikkan satu video ucapan Tun M pada tahun 2016. Dalam video tersebut Tun Mahathir telah menuduh bahawa kerajaan Malaysia telah membelanjakan sebanyak RM86 juta untuk menyewa jet peribadi bagi kegunaan Datin Seri Rosmah ke luar negara.

2. Tuduhan ini bersifat jahat kerana Tun Mahathir cuba memesongkan pandangan rakyat bahawa Isteri Perdana Menteri sedang melakukan pembaziran kerana menaiki pesawat peribadi yang disewa oleh kerajaan dan tidak menaiki pesawat komersil.

3. Sebenarnya, kerajaan tidak menyewa pesawat tersebut KHUSUS untuk Datin Seri Rosmah Mansor. Pesawat ACJ319 No. Pendaftaran A6-CJE adalah pesawat gantian yang disewa oleh Kerajaan Malaysia bagi kegunaan kenamaan-kenamaan Negara termasuk Yang Di Pertuan Agong, Permaisuri Agong dan lain-lain kenamaan.

4. Kiraan kos sewaan sebanyak RM86 juta juga adalah tidak benar sama sekali dan sengaja dibuat untuk megelirukan rakyat. Ia hanyalah anggaran yang dibuat oleh YB Rafizi Ramli. Kiraan tersebut adalah tidak masuk akal kerana YB Rafizi mengambil kiraan kos penerbangan sebanyak RM60,000 sejam x 24 jam x 60 hari. Sudah tentu pesawat tersebut tidak terbang 24 jam setiap hari selama 2 bulan.

5. Pesawat tersebut disewa oleh Kerajaan Malaysia untuk sementara waktu dalam tempoh 2 bulan (Mei dan Jun 2016) sebagai gantian kepada pesawat ACJ320 yang pada masa itu sedang dalam proses penyelengaraan.

6. Datin Seri Rosmah telah menaiki pesawat tersebut untuk ke Istanbul, Turki bagi menerima anugerah “3G Children Welfare Award” bagi pihak PERMATA Negara di dalam Majlis Global Good Governance Award 2016.

7. Tanpa disangka, program PERMATA Negara yang diilhamkan oleh Datin Seri Rosmah telah terpilih untuk menerima anugerah tersebut. Ini melambangkan bahawa kejayaan program PERMATA diiktiraf masyarakat antarabangsa sekaligus menjadi satu tanda kebanggaan negara. Keputusan anugerah tersebut hanya diketahui beberapa minggu sebelum majlis penyampaian anugerah berlangsung.

8. Datin Seri Rosmah telah bertolak ke Istanbul pada jam 12 tengahari, 25 Mei 2016 dan tiba di Istanbul pada jam 8 malam waktu tempatan hari yang sama. Pada keesokan harinya, 26 Mei 2016, Datin Seri Rosmah telah menghadiri majlis penyampaian anugerah dan terus bertolak balik pada jam 11 malam untuk menghadiri Mesyuarat Agong Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang akan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di Langkawi.

9. Melihatkan kepada jadual yang padat ini, tidak mungkin Datin Seri Rosmah boleh menaiki pesawat komersil. Kebetulan pula, pada ketika itu pesawat yang disewa oleh kerajaan ini tidak dipakai oleh sesiapa.

10. Sepertimana yang diterangkan sebelum ini, beg-beg yang kelihatan dibawa naik ke atas pesawat bukanlah beg Datin Seri Rosmah seorang. Beg-beg tersebut adalah termasuk beg penumpang yang lain. Ruang bagasi pesawat yang disewa tersebut telah diubahsuai untuk menambah kapasiti minyak. Dan ruang yang ada dimuatkan dengan peralatan dan kostum anak-anak PERMATA Seni yang akan membuat persembahan.

11. Bagaimana seorang negarawan boleh mendengar dan percaya kepada khabar angin ‘hearsay’ sebegini. Sebagai seorang negarawan, Tun M seharusnya menyemak dan menyelidiki terlebih dahulu sesuatu perkara sebelum membuat tuduhan. Jangan letak kepentingan politik mengatasi hukum dan adab sehingga menimbulkan fitnah.

Rizal Mansor


Monday, August 21, 2017

WALAUPUN TERKANTOI MENIPU SAMAKAN MAKMAL AUTISME UKM DENGAN PERMATA PINTAR, PENULIS PRO-DAP TEGAR SERANG ROSMAH MANSOR!!!



DAP dan Pakatan berusaha sedaya mungkin untuk memburuk-burukkan PERMATA NEGARA dan Rosmah Mansor. Serangan ke atas Rosmah Mansor bukannya baru, sudah terlalu lama. Sehinggakan bekas Perdana Menteri Malaysia yang cuba menggulingkan Najib Abdul Razak, turut menjadikan Rosmah Mansor sebagai sasaran menaikkan sentimen kebencian dan persepsi buruk terhadap Najib Abdul Razak.

Itu belum lagi dari mulut Mukhriz Mahathir yang tidak sedar, isterinya jauh lebih teruk berbanding Rosmah Mansor!

DAP menggunakan media alternatif sebagai bahan kempen berkesan mereka. Trend membaca masyarakat Malaysia yang lebih terarah kepada media alternatif digunakan sebaik-baiknya oleh DAP untuk menusukkan jarum hasutan dan fitnah. Ditambah pula dengan sikap sembrono kebanyakan rakyat Malaysia yang hanya membaca tajuk atau sebahagian artikel sebelum membuat kesimpulan dengan pantas tanpa sebarang rujukan lain, memudahkan banyak kerja DAP.




Portal pro-DAP terbaharu, Malaysian Insight memuatkan pandangan daripada seorang pro-DAP kental yang sangat membenci PERMATA dan Rosmah Mansor. Penulis artikel berkenaan yang menggunakan nama Fa Abdul, bukan sahaja menfitnah PERMATA KURNIA, tetapi sengaja mengelirukan fakta antara Makmal Autisme UKM dengan Permata Kurnia. (BACA DI SINI)


Makmal Autisme UKM bukanlah Permata Kurnia tetapi merupakan starter kepada Permata Kurnia. Seorang ibu yang anaknya adalah salah seorang pelajar di Makmal Autisme UKM berkata, sebagai ibu bapanya, mereka mengharapkan anak mereka dapat peluang ke Permata Kurnia, namun amat faham peluang dan jumlah penyertaannya amat terhad. Ini adalah kerana Permata Kurnia bukan sekadar menyediakan tempat untuk anak-anak austisme belajar tetapi juga peluang ilmu kepada ibu bapa, guru-guru dan juruterapi untuk mendidik anak-anak austisme dalam pelbagai cara.

Dengan sengaja menyeleweng dan mengelirukan pembaca tentang Makmal Autisme UKM dengan Permata Pintar, penulis artikel di portal pro-DAP itu, cuba membangkitkan tentang peruntukan dan wang negara yang diberikan kepada Permata. Dia cuba menggambarkan bahawa peruntukan tersebut adalah untuk kegunaan Rosmah Mansor dan Permata Kurnia (atau Permata secara keseluruhannya) adalah sebuah program yang gagal sepenuhnya.

Paling menarik ialah apabila penulis artikel berkenaan menghina tahap kecerdikan dan kewibawaan guru-guru di Makmal Autisme UKM yang kemudian mengundang jawapan balas daripada Profesor Dr. Hasnah Toran, Pengarah Pusat Permata Kurnia.


Di bawah adalah jawapan balas Prof. Dr. Hasnah yang disalin terus dari Facebooknya.

Saya faham skrg musim pilihanraya...gendang2 sudah mula dipalu. Disebabkan negara kita demokrasi...nak palu gendang tu palulah. Tapi palulah dgn betul. Kalau dah sumbang tu sakit telinga yg mendengar...

Sy nak jelaskan:

1. Tiada Permata Kurnia di UKM

2. Yg ada Makmal Autisme

3. Sy tak pasti penulis ni bila tahun dia dtg ke Makmal Autisme utk buat dokumentari.. tetapi jika Makmal daif... itulah tempatnya kita mulakan perjuangan kita utk masa hadapan yg lebih cerah utk anak2 isi syurga kita. Kami sangat bersyukur UKM beri bangunan dan letrik air utk kami beroperasi. Cik penulis banyak komen...sy nak tanya...pernah tak menyumbang semasa team Makmal perlu mencari rm13k setiap bulan utk survive? Cikgu2 yg dia kata tak reti berbahasa penjajah tu jugalah yg bertungkus lumus tulis buku...jual buku..utk memastikan kelangsungan makmal autisme.

4. Sebenarnya di Makmal...ada cleaner datang tiap2 hari mencuci. Cleaner yg digajikan oleh UKM
5. Wah penulis bukan shj speaking English very tall (pinjam ayat Adibah Noor... yg juga graduan Fakulti Pendidikan UKM) penulis juga sangat pandai mengajar anak2 autisme. Sekali dia beri tunjuk ajar (gunakan stool di sinki) miraculously budak2 di makmal boleh buat semua tugasan secara berdikari. Errr...bukan sebab cikgu ajar tiap2 hari eh? Oooo.... kena tunggu org dokumentari tunjuk ajar baru budak2 semua jadi pandai.

Yg mana dah lama mengikuti FB sy...tentu tahu...saya tak pernah komen ttg politik. Sy bukan org politik. Sy ibu dan cikgu. Maka saya tulis tentang anak2 dan ttg pelajaran esp Pend Khas. Tapi disebabkan penulis ni kutuk Permata Kurnia dan Makmal Autisme... sy perlu pertahankan. Susah payah kita pergi belajar...buka makmal ...tlg buka PK....senang2 dia komen itu ini.

Dan yang paling sy tak tahan bila dia komen ttg cikgu2 kami yg tak pandai cakap omputih dan pengotor. Awak tahu dah brp org anak yg mereka didik dari pakai lampin sampai mampu ke bilik air sendiri. Dari tak pandai cakap hingga pandai membaca. And here you are highlighting the importance of pronouncing anchovies vs ancovies.

You mess with our teachers ...means you mess with me, mak cik!

Ps: Inilah sebabnya knp kami screen habis2 org2 yg nak buat research...nak buat observation...nak buat filming kat PK. Pun kena juga...ini cerita lain kali.

Thursday, July 13, 2017

'PENUMPANG FEEDER BUS MRT' KECAM FITNAH MALAYSIAKINI KONONNYA PENUMPANG DIHALAU KE BELAKANG BAS UNTUK BAGI RUANG NAJIB DAN ROSMAH!!!



Malaysiakini dan kecenderungannya untuk menghasilkan berita-berita yang memperlekehkan Malaysia, khususnya dan menimbulkan kemarahan orang ramai terhadap kerajaan, bukanlah sesuatu yang luar biasa. Malaysiakini dalam setiap pemberitaannya akan cuba menyelitkan nilai-nilai ini seboleh-boleh mungkin walaupun berita yang dilaporkan itu hanya dua perenggan.

Semalam, Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan isteri bersama-sama anggota rombongan mencuba laluan MRT terbaru. Dan salah satu acara adalah dengan menaiki feeder bus.

Malaysiakini dalam laporannya menyatakan, ahli-ahli rombongan telah diminta mengosongkan kerusi pada bahagian hadapan bagi membolehkan Perdana Menteri dan isterinya menaiki bas tersebut.

Dengan kata-kata lain, persepsi yang diberikan oleh Malaysiakini ialah Najib dan Rosmah bermuka-muka dan tidak dipedulikan oleh pengguna-pengguna bas yang lain. Malaysiakini turut memberikan gambaran bahawa bas yang dinaiki oleh Najib dan Rosmah itu adalah bas awam yang berkhidmat sebagai feeder bagi perkhidmatan MRT. (RUJUK SINI)

Hakikatnya adalah amat berlainan daripada gambaran yang diberikan oleh Malaysiakini. Apatah lagi program berkenaan adalah program tertutup dan tiada media yang dipelawa bersama-sama.

Fitnah yang dilakukan oleh Malaysiakini, kemudiannya dibidas oleh seorang Netizen yang juga merupakan salah seorang daripada anggota rombongan di dalam bas berkenaan. 


Memperkenalkan dirinya sebagai William Cheah, dia mengakui, dia bukannya seorang yang berminat dengan politik tetapi amat benci dengan berita palsu semata-mata untuk mensensasikan sesuatu isu.

Menurutnya, dia dan isterinya, Yilyn Chan berada di dalam bas itu. Malah, dia juga merupakan 'komuter' yang telah ditempatkan di kerusi belakang sekiranya itulah yang cuba diberitahu oleh portal berusia 18 tahun itu yang mendapat dana daripada George Soros, bahkan salah seorang pegawai Soros turut ditempatkan di dalam Malaysiakini bagi memantau aktiviti Malaysiakini agar selari dengan kehendak Soros Foundation. 



William Cheah menambah, orang yang menulis berita tersebut barangkali tidak tahu atau sengaja cuba mengelirukan pembaca. Ini adalah kerana bas berkenaan adalah sewa khas dan semua kerusi telah ditulis nama. Semuanya telah dirancang dengan teratur. William dan isterinya memang ditempatkan di kerusi belakang tetapi mereka gembira kerana serba-serbinya selesa. 

Tiada sesiapa pun yang menolak mereka ke belakang hanya untuk memberi ruang kepada Perdana Menteri dan isterinya, sepertimana yang cuba ditohmahkan oleh Malaysiakini. 

Menurutnya lagi, Najib dan Rosmah adalah hos yang terbaik. Ketika William melintasinya dan terhoyong-hayang, Najib telah memegangnya dan bertanya sama ada dia tak apa-apa. Najib juga menyapa dan bertanya pendapat dengan semua orang di dalam bas tersebut. Malah turut memainkan lagi Ed Sheeran menerusi Spotify untuk menghiburkan mereka semua.

William turut menyindir Malaysiakini agar mencari fakta sahih terlebih dahulu. Ini adalah kerana laluan MRT yang dicuba itu belum dibuka kepada pihak awam lagi. Sebaliknya hanya tetamu yang diundang!

"So what phantom commuters are you talking about??? Like the 40K Bangladeshi voters you can't seem to find or the Blackout that never happened? Or seriously...A Kajang Move that was so full of holes that even a whale could swim through? This is #therealkajangmove." 

Menurutnya, dia gembira dengan pengalaman berharganya bersama-sama Perdana Menteri mencuba satu lagi sistem pengangkutan awam yang menjadi mercutanda kejayaan Malaysia. Namun apa yang dilakukan oleh Malaysiakini, amat memalukan dan tidak seharusnya dilakukan oleh sebuah portal berita yang kononnya memberikan maklumat kepada rakyat.

"Never have I been so disgusted by media than today. You don't deserve to live beyond 18 years. I wish I could say you were low class but then that would be complimenting you. You don't have any class whatsoever."
William Cheah mengakhiri rasa meluatnya terhadap sikap Malaysiakini dengan berkata, rakyat dan masyarakat pembaca sebenarnya mahukan pihak media yang akan menyalurkan maklumat-maklumat benar bagi membolehkan rakyat membuat pilihan. Namun apabila media seperti Malaysiakini memilih berita palsu, mereka sebenarnya telah mengkhianati semua orang.

Setiap orang, terutama media bertanggungjawab untuk berlaku jujur atau sekurang-kurangnya tidak berbohong sewenang-wenangnya.

Thursday, June 22, 2017

KETIKA SITI HASMAH DAN WAN AZIZAH DIGELAR SEBAGAI WANITA TABAH KERANA SUAMI MEREKA, ROSMAH MANSOR PULA MEMPERJUANGKAN HAK ASASI KANAK-KANAK YANG LANGSUNG TIDAK DIPEDULIKAN SELAMA INI!!!!



Terpandang kulit majalah yang kecenderungan politik pemilik produksi tersebut seringkali diperkatakan. Gambar Siti Hasmah dan Wan Azizah. Tajuknya adalah DUA ORANG WANITA TABAH.

Tak tahulah di mana tabahnya mereka.

Wan Azizah dikatakan tabah sebab suaminya dipenjarakan atas kesalahan sendiri iaitu JENAYAH LIWAT. Siti Hasmah pula dikatakan tabah kerana sanggup bersama-sama suaminya menongkah arus dan menyokong perjuangan suaminya untuk kembali menjadi Perdana Menteri sekaligus membela kepentingan kroni-kroni yang banyak terjejas semenjak Najib Abdul Razak menjadi Perdana Menteri.

Berdasarkan pembabitan kedua-dua wanita tersebut, mereka sebenarnya kurang diserang oleh pihak lawan. Wan Azizah, meskipun menjadi Presiden PKR, Ahli Parlimen dan ADUN, serangan ke atasnya hanyalah kerana lakonannya yang tidak menjadi atau kerana dia tidak bertanggungjawab dalam menjalankan amanah, tugas seperti kepercayaan yang diberikan oleh para pengundinya. Manakala Siti Hasmah pula, seringkali diberikan gambaran yang baik-baik walaupun kerapkali juga cerita-cerita bagaimana dia mempengaruhi suaminya yang merupakan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada waktu itu, menjaga kepentingan ahli keluarganya, termasuklah sanak saudara, sepertimana yang berlaku di PROTON.

Ketika Anwar Ibrahim mahupun Dr. Mahathir diserang oleh pihak lawan, isteri-isteri mereka tidak terjejas langsung. Serangan hanya ke atas batang tubuh Anwar Ibrahim dan Dr. Mahathir sahaja. Wan Azizah hanya 'ditegur' apabila dia cuba berbohong bagi pihak suaminya dalam kes jam tangan Omega yang sehingga ke hari ini tidak pernah dibuktikan, masih berada dalam simpanannya sebagaimana didakwa.


Berbanding Syarifah Rodziah, Toh Puan Rahah, Toh Puan Siti Suhaila, Siti Hasmah, Jeans Abdullah dan Endon Mahmud, Rosmah Mansor merupakan Wanita Pertama yang menjadi mangsa serangan semenjak suaminya masih lagi bergelar Menteri Pertahanan. Malah serangan ke atas Rosmah Mansor semakin menjadi-jadi ketika suaminya bergelar Timbalan Perdana Menteri, apatah lagi setelah Najib Abdul Razak menjadi Perdana Menteri.

Pelbagai tuduhan dibuat ke atasnya. Daripada tuduhan tentang jam tangan berharga mewah sehinggalah tuduhan yang lebih berat iaitu membunuh seorang model yang mempunyai hubungan skandal dengan Razak Baginda yang kemudian ditukarkan menjadi Najib Abdul Razak.

Kesemua tuduhan tersebut adalah tuduhan-tuduhan liar, termasuklah tuduhan terbaharu, kononnya dia diberikan hadiah barangan kemas permata berlian berwarna merah jambu yang sangat 'rare' dan berharga tinggi.

Dengan kata lain, Rosmah Mansor sehingga ke hari ini, tidak terbukti berbuat sebagaimana yang diuwar-uwarkan melainkan hanyalah dijadikan modal dan sasaran dalam serangan yang sepatutnya ditujukan secara langsung kepada suaminya, Najib Abdul Razak.

Muhyiddin Yassin dan Dr. Mahathir juga menyertai kumpulan DAP, PKR dan PAN menyerang Rosmah Mansor dengan membuat tuduhan-tuduhan yang mereka sendiri tidak sertakan sebarang bukti bagi meraih sokongan yang lebih padu daripada rakyat. Anggapan mereka, Najib akan lebih dijatuhkan sekiranya Rosmah Mansor dimusnahkan.

Di sebalik pelbagai tohmahan, fitnah mahupun cerita-cerita buruk tentangnya, Rosmah Mansor tetap memperjuangkan kebajikan golongan kanak-kanak.

Malaysia yang suatu ketika dahulu pernah diselar dunia khususnya dari negara-negara maju kerana tidak mempunyai undang-undang yang melindungi golongan kanak-kanak secara khusus dan tegas, di bawah pentadbiran Najib, Akta Kanak-Kanak diperkukuhkan termasuklah yang terbaharuAkta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Bermula dengan PERMATA NEGARA yang menjadi program ikutan beberapa buah negara, termasuklah mendapat kerjasama daripada University of Cambridge dan Oxford, Rosmah Mansor juga merupakan penggerak utama Kempen dan Seminar Jenayah Seksual Kanak-Kanak pada Mac lalu.


Kempen dan Semintar Jenayah Seksual Kanak-Kanak itu menyaksikan Najib Abdul Razak mengutarakan ideanya untuk penubuhan sebuah mahkamah khas iaitu Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak ketika merasmikannya.

Hasilnya pada 22 Jun 2017, majlis perasmian Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Istana Kehakiman di Kuala Lumpur telah disempurnakan.

Penubuhan mahkamah khas tersebut adalah bertujuan untuk mempercepatkan tempoh pelupusan kes dan mempercepatkan giliran bagi perbicaraan kes jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak.

Selain itu, mahkamah tersebut turut memberikan tumpuan kepada kes-kes bagi mangsa jenayah seksual kanak-kanak seperti aktiviti pengantunan kanak-kanak (child grooming), pornografi kanak-kanak dan serangan seksual selaras dengan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhada Kanak-Kanak 2017.


Mahkamah itu merupakan yang pertama di Malaysia bahkan di Asia Tenggara.

Mahkamah ini bagaimanapun, berbeza dengan Mahkamah Kanak-Kanak sedia ada kerana kes-kes bagi pesalah kanak-kanak dan isu penjagaan kanak-kanak akan didengar di Mahkamah Majistret manakala Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak akan didengar di Mahkamah Sesyen.

Ketika Rosmah Mansor terus menjadi mangsa serangan dalam usaha musuh-musuh politik Najib mahu menjatuhkannya kerana beranggapan, Rosmah adalah sisi paling lemah Najib, nampaknya Rosmah Mansor pula terus berjalan ke hadapan terutama dalam memperjuangkan generasi awal dan kanak-kanak untuk masa hadapan yang lebih baik tanpa menghiraukan segala luka-luka dan kecederaan pada tubuh badan mahupun hatinya sendiri.





Tuesday, May 9, 2017

RUGI BESAR PENGUPAH-PENGUPAH SARAWAK REPORT APABILA YANG DIHANTAR HANYALAH BERUK-BERUK BERKULIT PUTIH!!!




Sebuah klip video yang memperlihatkan gelagat tiga orang kulit putih yang dipercayai dari Sarawak Report, sedang terlompat-lompat di luar pagar Royal Society dan cuba mengganggu Rosmah Mansor, menjadi tular di media-media sosial.

Clare Rewcastle-Brown dalam satu kenyataan, menafikan telah menghantar ketiga-tiga ekor monyet putih itu untuk mengacau Rosmah Mansor. Namun yang pastinya, ketiga-tiga ekor monyet putih tersebut pasti diupah oleh satu atau dua pihak untuk membodoh-bodohkan diri mereka sendiri.

Mengulas berhubung klip video berkenaan, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Keruak menerusi blognya, sskeruak.blogspot.my berkata, gelagat orang dari Sarawak Report itu amat menjijikkan dan menggambarkan betapa rendahnya akhlak mereka, apatah lagi diketahui Sarawak Report hanyalah sebuah media Internet yang berasaskan kepada 'UPAH PALING BESAR, itulah tuan mereka'.

Sarawak Report memulakan pemberitaan negatif tentang negara ini dengan isu BAKUN dan masyarakat Penan. Bruno Manser, seorang aktivis dari Switzerland yang juga merupakan seorang pemburu orkid liar eksotik bernilai tinggi berhadapan dengan masalah untuk membawa keluar benih orkid yang diperolehinya dari hutan di Sarawak. Dan kebetulan pula, projek Empangan Bakun yang sebenarnya merupakan sebuah projek pembalakan besar-besaran yang cuba ditutup dengan pemberian kontrak pembinaan kepada sebuah syarikat pembinaan yang tidak berkeupayaan dari Eropah, sedang dijalankan.

Bermula dari situlah, Sarawak Report menyerang Malaysia terutama yang membabitkan alam sekitar. Sarawak Report turut memberikan 'bantuan' secara tidak langsung mempublisitikan DAP Sarawak sebagai juara alam sekitar tempatan. Dan apabila isu membabitkan 1MDB diperkatakan, Sarawak Report adalah perintis kepada pendedahan-pendedahan tersebut setelah mengubahsuai laporan-laporan yang diseludup keluar oleh Xavier Justo, eksekutif PetroSaudi yang kemudiannya menjalani hukuman penjara kerana ugutan di Thailand.



Daripada Xavier Justo, kaitan antara Sarawak Report dengan beberapa orang pemimpin pembangkang di Malaysia termasuklah Nurul Izzah Anwar Ibrahim, terdedah. Justo mendedahkannya menerusi transkrip perbualan WhatsApp yang menunjukkan bagaimana dia bukan sahaja telah ditipu oleh dua orang taikun media pro-DAP yang dihubungkan menerusi Tony Pua dan pengarang Sarawak Report, Clare, tetapi juga bagaimana dia menolak tawaran RM2 juta dalam bentuk kontrak dan tender jikalau Pakatan berjaya menumbangkan Najib Abdul Razak menggunakan dokumen-dokumennya yang telah diubahsuai dan dipinda.

Benarlah seperti yang dikatakan oleh Salleh Keruak, pengacau-pengacau dari Sarawak Report itu jelas sangat biadap dan berasakan mereka lebih mempunyai hak untuk berlaku biadap sekaligus menunjukkan mereka sebenarnya terdiri daripada golongan manusia yang tidak ada standard.

"Kita menjangkakan orang yang konon-kononnya dari England menunjukkan sdikit hormat kepada isteri Perdana Menteri negara lain tetapi nampaknya diplomasi hanya untuk diamalkan untuk kalangan mereka sahaja."

Menurut Salleh, perbuatan menjerit dan membuat tuduhan liar yang berasaskan kepada pembohongan yang telah dibuktikan berkali-kali sambil memberi alasan itu adalah kebebasan bermaklumat, menunjukkan dengan jelas motif sebenar Sarawak Report yang perlu berbuat apa-apa sahaja demi upah yang diterima. Malahan, pertanyaan salah seorang daripada wartawan Sarawak Report itu, mengapa Rosmah datang ke United Kingdom sekiranya tidak mahu diekori, juga menunjukkan mereka sebenarnya tidak ada apa-apa hujah fitnah lain kecuali melakukan serangan peribadi terhadap Rosmah Mansor.

Sarawak Report sebelum ini enggan menyahut cabaran mendedahkan punca kewangan mereka yang mendorong mereka melakukan serangan ke atas Malaysia serta Najib Abdul Razak. Malahan Sarawak Report enggan mendedahkan atau menyiarkan laporan kewangan mereka walaupun didesak berbuat demikian.

Sarawak Report telah membuat beberapa tuduhan liar berhubung lawatan Rosmah Mansor dan PERMATA ke United Kingdom. Delegasi Permata Negara yang diketuai oleh Rosmah Mansor itu dalam rangka lawatan tujuh hari semenjak Khamis lalu sehingga 10 Mei bagi mengembangkan lagi program PERMATA terutama membabitkan University of Oxford dan University of Cambridge, dua buah universiti terkemuka dunia yang berpangkalan di United Kingdom.


Tuesday, January 17, 2017

HARAP-HARAP PEGUAM ROSMAH MANSOR TIDAK SEPERTI PEGUAM NAJIB YANG CENDERUNG BUAT PENYELESAIAN DI LUAR MAHKAMAH!!!


Satu kenyataan media telah dikeluarkan oleh firma guaman yang mewakili Rosmah Mansor.

Isunya ialah, Rosmah Mansor difitnah sebagai orang yang telah menandatangani sekeping cek mewakili Eric Tan yang dikatakan adalah Jho Low, figura yang menjadi momokan kaum Pakatan dan pentaksub Mahathir.

Nama Rosmah Mansor dikaitkan apabila Fakta Kenyataan dibuat oleh oleh Pendakwaraya Singapura dalam kes menentang Jens Fred Sturzenegger pada 10 Januari 2017.

Walaupun nama Rosmah Mansor langsung tidak disebut oleh Pendakwaraya Singapura, namun beberapa pihak tidak bertanggungjawab dan cuba mencari kesempatan di Malaysia telah menggunakan media sosial untuk menfitnahh isteri Perdana Menteri itu.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Firma Noorhairan Mohd Noor ini sepatutnya segera disusuli dengan tindakan menyaman mereka yang melakukan fitnah berkenaan dan tidak lagi bertindak sebagai penasihat serta pencerah ilmu seperti yang dilakukan sebelum ini.

Dalam beberapa kes sebelum ini, Rosmah Mansor difitnah secara berterusan dan sistematik. Bagaimanapun, apabila kenyataan media dilakukan oleh peguam yang mewakili Rosmah Mansor, para penfitnah tersebut segera memadamkan posting masing-masing dan memohon maaf.

Mereka kemudiannya lepas bebas begitu sahaja.



Barangkali kerana terlalu senang itulah, mereka kembali bebas membuat fitnah ke atas Rosmah Mansor. .

Dalam isu ini, mengapa tindakan tegas seperti yang dilakukan oleh Lim Guan Eng tidak dicontohi?

Walaupun Lim Guan Eng memenangi kebanyakan kes saman fitnahnya secara teknikal, tetapi kemenangan tersebut memberikan gambaran, bahkan ditanggapi sebagai kebenaran berpihak kepadanya.

Rosmah Mansor sudah sepatutnya menghentikan sikap keibuannya dan mudah memberikan maaf seperti yang ditunjukkan dalam banyak kes sebelum ini. Sikap keibuan dan mudah memberikan kemaafan, tidak akan membangkitkan kesedaran kepada golongan penfitnah, sebaliknya membuatkan mereka bertambah galak dan semakin kreatif untuk mencipta fitnah yang lebih besar.

Harap-harap jugalah, peguam yang mewakili Rosmah Mansor tidak mengulangi sikap dan kaedah yang digunakan oleh peguam yang mewakili Najib Abdul Razak yang lebih cenderung untuk membuat penyelesaian di luar mahkamah!


Monday, October 10, 2016

BEZA ANTARA HO CHING (ISTERI PM SINGAPURA), BETTY CHEW (ISTERI KM PULAU PINANG)... TETAPI YANG DIPERLEKEHKAN ROSMAH MANSOR DAN PERMATA NEGARA!!!



Ho Ching adalah isteri Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Long. Ho Ching juga adalah CEO Temasek Holdings, syarikat pelaburan dana negara Singapura. Malah Ho Ching juga merupakan antara kunci utama perumahan dan hartanah di seluruh Singapura.

Laporan kewangan suku tahunan sehingga 31 Mac 2016 menunjukkan Temasek Holdings telah kerugian lebih SD24 bilion (RM72.48 bilion). Entiti pelaburan dana persaraan CPF negara itu kerugian 9.02% dan kerugian tersebut hanya diumumkan tiga bulan kemudian iaitu pada 7 Julai.

Sekaligus sehingga tahun lalu, Temasek Holdings telah menokok kerugian dari SD242 bilion (RM730.84 bilion) menjadi SD266 (RM803.32 bilion).

Walaupun jumlah kerugiannya sangat besar, namun Singapura tidak bankrap. Tidak muflis dan tidak menunjukkan tanda-tanda kegoncangan politik. Bahkan isteri Perdana Menteri Singapura tetap terus memegang jawatan sebagai CEO Temasek Holdings biarpun pada masa yang sama, dia enggan mengulas berhubung kerugian besar Temasek Holdings dan hanya dijawab oleh Pengarah Urusan Temasek Holdings, Michael Buchanan bahawa kerugian tersebut adalah disebabkan oleh 'volatility' pasaran dunia.

Di Pulau Pinang, isteri Ketua Menterinya, Betty Chew menuruti jejak Ho Ching dengan penguasaan ke atas hartanah, pelaburan dan perumahan di negeri tersebut. Kes yang paling menjejaskan Lim Guan Eng adalah kes membabitkan pembelian sebuah rumah banglo yang asalnya dimiliki oleh Phang Li Koon yang merupakan 'sahabat karib' Betty Chew.

Kes tersebut menyebabkan Lim Guan Eng diheret ke mahkamah atas dua pertuduhan rasuah dan salahguna kuasa. Pada masa yang sama, beberapa isu membabitkan penggunaan wang cukai rakyat Pulau Pinang yang telah digunakan untuk pembiayaan projek terowong bawah laut yang sehingga ke hari ini tidak dibangunkan walaupun pembayaran telah dibuat untuk kertas laporan kajian kebolehgunaan yang mencecah ratusan juta ringgit.

DAP yang paling kuat menyalak tentang ketelusan dan rasuah, tidak berbunyi langsung walaupun pada masa yang sama, mereka cukup bangga membandingkan 'kejayaan' Singapura dengan Malaysia yang pada mereka jauh ketinggalan dalam serba-serbi terutama sekali pentadbiran dan pengurusan kewangan.


Beberapa hari lepas, Yeo Bee Yin dan Ong Kian Ming, dua orang Ahli Parlimen DAP telah melawat Tadika PERMATA. Mereka mempersoalkan mengapa program Permata Pintar diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan bukannya di Kementerian Pelajaran Malaysia. Mereka juga cuba berlagak seolah-olah mereka adalah auditor dan memberikan gambaran seolah-olah akaun PERMATA tidak diaudit walaupun hakikatnya, setiap sen perbelanjaan dan wang masuk di PERMATA akan diaudit oleh Jabatan Audit Negara dan laporannya terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Prof Datuk Dr. Noriah Mohd. Ishak, Pengarah Pusat PERMATA Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia menjelaskan, memang sepatutnya program seperti PERMATApintar yang menyediakan pendidikan untuk pelajar pintar dan berbakat diletakkan di bawah KPM. Namun terdapat kelompongan dalam polisi pendidikan yang tidak menjelaskan keperluan pendidikan pintar dan berbakat di Malaysia sehingga menyebabkan ramai antara keluarga yang mempunyai anak pintar dan berbakat mencari jalan keluar untuk mendapatkan pendidikan yang sepatutnya di negara lain.

Bilangan dan kewujudan pelajar pintar dan berbakat adalah agak besar, 1 dalam 10,000. Jika mereka berterusan meninggalkan negara kita ini akan mengakibatkan negara kehilangan "the best brain" . Sedar dengan masalah ini, isteri Perdana Menteri Datin Paduka Seri Rosmah Mansor sedar akan masalah ini dan telah berjumpa dengan sebahagian besar anak-anak pintar dan berbakat ini di rumahnya pada tahun 2008.

Dari perjumpaan itu, dia secara serius telah mencadangkan supaya program pendidikan untuk pelajar pintar dan berbakat diadakan di Malaysia kerana sedar bahawa pelajar pintar dan berbakat memang ada di negara kita dan sebahagian mereka tinggal di luar bandar tanpa menerima sebarang sokongan dalam aspek pendidikan yang boleh melonjakkan potensi mereka.

Usaha telah dilakukan secara bersungguh-sungguh bagi memastikan program ini dapat dilancarkan dengan jayanya. Ini tidak akan mudah berlaku jika program ini diletakkan di bawah mana-mana kementerian.


Sehingga kini PERMATApintar telah berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kebolehan kognisi yang tinggi. Mereka kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah di universiti terkemuka di luar dan dalam negara. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor sentiasa prihatin dengan perkembangan setiap pelajar PERMATApintar.

Dia juga sentiasa berusaha membantu pelajar yang mempunyai masalah kewangan untuk membayar yuran dan tidak keperluan asas pembelajaran di PERMATApintar. Menurut Prof. Dr. Noriah, program itu dapat bergerak dengan pantas kerana ianya diletakkan di bawah JPM. Ini sama dengan program pendidikan pintar dan berbakat di Singapura yang meletakkan isteri Perdana Menteri Singapura sebagai penaungnya.

Dan rakyat Singapura begitu bersyukur kerana dengan adanya isteri Perdana Menteri Singapura sebagai penaung ia telah dapat bergerak dengan pantas demi membantu ramai pelajar pintar dan berbakat di negara tersebut untuk mendapat pendidikan yang terbaik.

Agak pelik kenapa pula di Malaysia ianya dipertikaikan sedangkan Rosmah Mansor telah membantu tanpa mengenal anak siapa. Bagi memastikan kesinambungan wujud dalam menyediakan pendidikan untuk anak-anak pintar dan berbakat, kini Kolej PERMATApintar UKM didaftarkan sebagai sekolah bantuan kerajaan dan diaudit oleh KPM.

Kita patut lihat negara sekeliling kita yang telah ada program pintar dan berbakat jauh lebih lama dari kita dan lihat peranan isteri ketua negara dalam membantu memastikan "the best brain" adalah kepunyaan negara tersebut.

Tidak salah seorang isteri ketua negara membantu suaminya memastikan negara menyediakan pendidikan terbaik untuk rakyat negaranya. Apatah lagi Rosmah Mansor belum lagi tercatat sebagai isteri Perdana Menteri yang telah merugikan wang negara walaupun ada pihak yang cuba mengaitkannya dengan 'kerugian' 1MDB walaupun mereka sendiri tidak tahu, kerugian apa yang mereka maksudkan dan wang mana dari kantung negara yang telah dihilangkan.


Wednesday, September 21, 2016

LEBIH MEMALUKAN SEKIRANYA, ROSMAH MANSOR TUNDUKKAN KEPALA KEPADA ROTHCHILD KETIKA TERIMA ANUGERAH UNESCO BERBANDING NAMANYA DITOLAK PENCALONAN!!!



Kegilaan untuk mendapatkan pengiktirafan dunia atau melaporkan pengiktirafan yang bakal diperolehi, juga sebenarnya boleh memakan diri. Lebih-lebih lagi apabila pembatalan pada saat-saat akhir, akan ditokok tambah oleh pembenci dan dipersepsikan sehingga terkeluar dari fakta sebenarnya, sekaligus menghilangkan kewarasan dan menimbulkan cerita yang langsung tidak sepatutnya wujud.

Barangkali itulah yang boleh diperkatakan dalam isu UNESCO vs Rosmah Mansor.

Para pembenci Rosmah yang terkekek-kekek ketawa dan mengejek kononnya, Rosmah Mansor dikecewakan pada saat-saat akhir kerana dia tidak layak dan kerana menjadi ikon kebencian rakyat Malaysia mendakwa, penarikan balik anugerah tersebut adalah sesuatu yang wajar.

Manakala mereka yang sedikit waras pula membalas kembali dengan menyatakan bahawa, cerita Rosmah akan menerima anugerah UNESCO hanyalah sekadar satu cadangan dan ia belum diisukan kepada Rosmah, malah Rosmah pun belum memberikan sebarang keputusan.



Dengan kata lain, pencalonan tersebut yang dimaklumkan menerusi surat oleh Ketua Pengarah UNESCO, Irina Bokova kepada Perdana Menteri, isteri Perdana Menteri dan Menteri Luar pada 8 September 2016, telah mendahului keputusan Profesor Tudor Parfitt, Pengerusi Lembaga Penasihat Akademik Jawatankuasa Penganjur Penghormatan Kepada Wira-wira Dalam Kempen Global Menentang Keganasan pada 18 September 2016. Profesor Parfitt menyatakan bahawa anugerah itu akan ditangguhkan ke 2017 kerana apa yang beliau kenali sebagai "campur tangan" dari Wall Street Journal dan The New York Times mengenai pembiayaan PERMATA.

Apa yang dimaksudkan dengan 'campurtangan' Wall Street Journal dan The New York Times?

WSJ dan NYT merupakan antara 'seteru' utama Najib dan Kerajaan Malaysia. Kedua-dua media tersebut selain Sarawak Report banyak membuat laporan tentang 1MDB dalam usaha untuk mewujudkan persepsi bukannya bukti bahawa 1MDB merupakan satu instrumen yang digunakan oleh Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor untuk mengeringkan perbendaharaan wang negara.
Sa bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir tetapi kedua-dua media yang berpangkalan di Amerika Syarikat tersebut masih gagal membuktikan bahawa wang negara telah disalahgunakan oleh Najib. Walaupun cuba membuat kaitan dengan kaitan tetapi kesemua wang yang disebutkan oleh kedua-dua media berkenaan tetap bukan daripada perbendaharaan Malaysia, bahkan 1MDB masih berjaya mengecilkan jumlah hutang-hutangnya melalui pembayaran berperingkat dan tidak melanggar jadual atau garis masa yang ditetapkan.


Pemilihan Rosmah Mansor dan PERMATA untuk menerima anugerah daripada ERIC ROTHCHILD yang merupakan PRESIDEN MEMORIAL SHOAH, mendapat perhatian luar biasa daripada WSJ dan NYT setelah hebat benar cerita kononnya, FBI, CIA, NS dan sebagainya mahu menangkap Najib dan Rosmah sekiranya mereka menjejakkan kaki ke Amerika Syarikat sebelum dihadapkan ke mahkamah dan kemudian dijatuhi hukuman penjara.

Memorial Shoah merupakan sebuah muzium tentang dongeng dan fantasi HOLOCAUST kaum Yahudi pada Perang Dunia Kedua di Jerman dan Eropah.

WSJ dan NYT mempersoalkan tentang pembiayaan PERMATA menerusi persepsi yang PERMATA adalah milik Rosmah dan sebahagian daripada wang 1MDB telah dicuri oleh Rosmah Mansor menerusi pembiayaan ke atas PERMATA yang dijadikannya sebagai proksi.

PERMATA merupakan program pendidikan awal kanak-kanak dan penjagaan yang berkualiti. Dalam bahasa yang lebih mudah, PERMATA merupakan sekolah untuk kanak-kanak sebelum memasuki fasa sistem pra-sekolah. PERMATA dibiayai sepenuhnya oleh peruntukan kerajaan bersama-sama dengan pra-sekolah. Semua perbelanjaannya diaudit oleh Jabatan Audit Negara dan direkodkan.

Mungkin bagi kebanyakan orang, berita penarikan semula pencalonan tersebut adalah sesuatu yang memalukan. Mungkin sesetengah orang pula menyalahkan UNESCO yang tiba-tiba sahaja membatalkan pencalonan tersebut hanya kerana desakan dan pertanyaan yang ditimbulkan oleh WSJ dan NYT yang memberikan persepsi negatif tentang PERMATA dan Rosmah Mansor sendiri. Dan tidak kurang juga yang tidak berasa apa-apa terutama apabila mengambil kira perjalanan politik negara yang sekarang ini menerima campurtangan luar yang sangat besar terutama selepas KEBEBASAN yang dituntut oleh pihak-pihak tertentu ditunaikan oleh kepimpinan Najib Abdul Razak!

Atau sebenarnya Rosmah Mansor perlu berterima kasih kepada WSJ dan NYT kerana telah 'menyelamatkannya' daripada mengiktiraf Zionis dan pembohongan mereka tentang HOLOCAUST?

Adakalanya kita tidak mampu mrnjangkau perancangan-Nya yang lebih besar.

Friday, August 5, 2016

PENJELASAN ROSMAH MANSOR BERHUBUNG BEG TANGAN, BERJOLI KE LUAR NEGARA DAN BERGAYA DENGAN PERHIASAN MEWAH!!!



Penjelasan Rosmah Mansor Isteri Perdana Menteri Berhubung Fitnah Keatasnya Termasuk Beg Tangan Mewah Yang Digunakan

1 Berjoli di luar negara

Kebanyakan lawatan saya ke luar negara kerana mengiringi suami menjalankan tugas.  Selain itu, saya juga menerima jemputan untuk menyampaikan ucapan oleh negara yang berminat untuk berkongsi apa yang Malaysia lakukan.

Memang kebanyakan negara yang saya dekati ialah negara Dunia Ketiga dan Timur Tengah. Ini kerana negara-negara inilah yang memerlukan pendekatan yang saya katakan tadi. Negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jepun dan Korea sudah maju dan kaya. Jika mahu berbakti, sudah tentu kita mendekati masyarakat atau negara yang memerlukan idea kita. Kita mahu buat kerja, bukan glamour.

Saya pernah dijemput memberi ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke12 di Riyadh tahun 2011. Saya juga menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).

Bagi saya ini adalah pengiktirafan terhadap wanita Islam yang mempunyai pandangan sederhana tetapi moden dan pada masa yang sama tidak melanggar adab kesopanan wanita Timur.  Untuk seorang wanita diterima di kalangan pemimpin-pemimpin dunia lelaki terutamnya di Timur Tengah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi mereka sering memandang rendah kepada wanita.
Apabila wanita Islam mempunyai buah fikiran yang boleh dikongsi bersama dan buah fikiran itu sememangnya untuk manfaat rakyat maka mereka memberi penghargaan dengan cara menjemput kita ke negara mereka untuk menyampaikan ucapan. Masakan saya sempat untuk berjoli?  Lagipun, saya tidak minat berjoli.

2. Pembaziran Projek Permata

Sejarah membuktikan bangsa yang tiada pendidikan akan terus ditindas.  Saya percaya orang yang mempunyai pendidikan akan lebih berjaya.  Sebagai anak bekas guru, saya faham tentang bagaimana pendidikan berfungsi untuk membentuk keperibadian manusia. Pendidikan harus bermula daripada awal. Justeru, saya mencadangkan penubuhan Permata.Ini idea baru.  Tidak apalah, kalau idea baru memang agak sukar diterima oleh semua orang kerana mereka tidak memahami apa sebernarnya yang ingin kita sampaikan.

Satu lagi masalah ialah sikap penyokong politik yang taksub, kita yang tidak dapat membezakan kerja kemasyarakatan dengan politik. Semuanya mereka satukan. Agak malang apabila kerja-kerja kemasyarakatan seperti Permata dijadikan motif politik.Saya tidak faham mengapa orang mempertikaikan tentang Permata sedangkan program tersebut adalah untuk kebaikan generasi akan datang.  Ada yang marah-marah apabila kerajaan mengumumkan bajet yang besar untuk Permata sedangkan tidak ada satu sen pun duit itu masuk ke poket saya.

3 Bergaya dengan perhiasan mewah

Seperti kebanyakan isteri pemimpin, saya juga mengiringi suami ke beberapa negara kerana urusan negara.  Ada juga yang menjemput saya atas kapasiti sebagai isteri Perdana Menteri. Mereka mahu saya memberi ucaptama tentang pengalaman masyarakat Malaysia terutama yang berkaitan wanita dan pendidikan awal kanak-kanak.

Apabila saya ke negara tersebut, mereka menyambut kami dengan mesra sebagaimana kita melayan mereka apabila mereka ke negara kita. Itulah adab sopan melayan tetamu. Sebagai meraikan kehadiran tetamu, kebiasaannya mereka memberikan cenderamata sebagai kenang-kenangan. Antara cenderamata tersebut termasuklah cincin, jam, bag tangan, perhiasan diri dan sebagainya. Ada yang diberi itu mahal harganya dan ditempah khas terutama negara negara Timur Tengah.

Apabila orang memberi kita sesuatu, sudah tentu tidak manis untuk menolaknya.  Kita mesti menjaga hati mereka apatah lagi kita adalah tetamu.  Bagaimana perasaan kita apabila pemberian kita ditolak orang lain? Tentu kita akan tertanya-tanya dengan pelbagai soalan dan merasa kecil hati. Dan, apabila telah diberi, saya pun memakainya.  Tak kan nak simpan saja dalam peti besi sedangkan barang-barang yang diberikan itu dengan ikhlas, cantik dan sesuai untuk digunakan.  Adalah satu pembaziran jika ia di simpan 'kaku' dalam kotak simpanan. Saya sedar ramai mata yang memerhati setiap apa yang saya lakukan dan setiap apa yang saya pakai.  Itu hak mereka. Saya tidak boleh menghalang. Tetapi, malangnya mereka ini bukan saja memerhati malah memfitnah saya dengan perkara-perkara yang tidak masuk akal.

Pendek kata, saya tidak mampu memuaskan hati setiap orang.  Yang penting, saya percaya pada apa yang saya lakukan


Thursday, August 4, 2016

PENTAKSUB ANGKATAN FITNAH ROSMAH AMAT KAGUM DENGAN BEG TANGAN PASAR MALAM ISTERI PERDANA MENTERI SINGAPURA!!!



Selepas gagal menfitnah Rosmah Mansor bermanja dengan KDYMM Sultan Pahang, selepas sekali lagi gagal membuktikan yang Rosmah Mansor menggunakan telefon bimbit mahal berjenama VERTU (admin sendiri pun kali pertama mendengarnya) sebaliknya mereka yang pernah menemui dan duduk semeja dengan Rosmah Mansor pasti akan mencebik dengan telefon-telefon era dinosaur berjenama Samsung dan Nokia yang budak-budak sekarang, tak teringin nak memilikinya pun kerana tidak mempunyai akses Internet mahupun di bawah label telefon pintar, menjadi milik Rosmah Mansor, puak yang menjadikan Rosmah Mansor sebagai sasaran serangan untuk menggulingkan Najib Abdul Razak sekali lagi menggunakan isu beg tangan.

Bezanya kali ini, mereka menggunakan gambar isteri Perdana Menteri Singapura untuk dijadikan perbandingan. 

Hari ini termasyhur gambar yang amat membanggakan puak-puak tertentu apabila isteri Perdana Menteri Singapura membawa beg tangan berharga RM40. Mereka segera membandingkan dengan beg tangan Rosmah Mansor yang kononnya berharga puluhan ribu ringgit.


Barangkali mereka tidak tahu yang isteri Perdana Menteri Singapura merupakan CEO Temasek Holding. Di bawah kepimpinan isteri Perdana Menteri Singapura itu, Temasek Holding mengalami dua kerugian besar iaitu kali pertama pada tahun 2009 dengan kerugian terkumpul adalah USD40 bilion atau RM160 bilion. Manakala kerugian kali kedua adalah pada tahun 2015 sebanyak SGD2 bilion bersamaan dengan RM72.3 bilion. 

Untuk menyedapkan cerita, kononnya Rosmah Mansor mempunyai peranan besar dalam 1MDB dan 'kerugian' 1MDB adalah RM42 bilion dengan RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri. Sumbernya adalah Sarawak Report dan Wall Street Journal yang kemudian dikompangkan oleh Mahathir Mohamad yang terpalit dengan pelbagai skandal kewangan sehingga kehilangan ratusan bilion ringgit atas nama penswastaan dan bail-out ketika berkuasa selama 22 tahun.

Sekadar kompang dan berita tidak sahih, tetapi amat dipercayai dan Rosmah Mansor serta suaminya digelarkan sebagai perompak, lanun dan penyangak wang rakyat.


Bayangkanlah seandainya Rosmah Mansor adalah CEO Khazanah (entiti yang hampir serupa dengan Temasek Holding) atau 1MDB dan membuat kerugian seperti yang dialami oleh Temasek Holding. Barangkali kiamat sudah Malaysia ini walaupun di Singapura, rakyatnya yang totok PAP, tidak pula mengutuk dan mendesak Lee Hsien Long dan isterinya meletak jawatan kerana telah memindahkan beban kerugian Temasek Holding dalam bentuk cukai kepada rakyat - berdasarkan andaian puak-puak PROTUN dan Pakatun.

Bila isteri perdana menteri Singapura memakai beg tangan berharga rm40, maka riuh rendah la mereka membandingkan dengan Rosmah Mansur. Anehnya, mengapa pula rakyat Singapura yang disifatkan lebih bertamadun, lebih bijak dan lebih hebat daripada rakyat Malaysia, tidak bersuara dan membuat desakan serupa seperti puak pembangkang dan pembenci Najib-Rosmah di Malaysia?

Lebih kronik, mereka yang sanggup mencari ruang untuk menfitnah dan membelasah Rosmah Mansor, tidak pula berkata apa-apa kepada Betty Chew, isteri Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga menguasai jaluran penguasaan hartanah di seluruh Pulau Pinang (RUJUK SINI) sepertimana yang berlaku dalam kes pembelian banglo di Jalan Pinhorn, Georgetown membabitkan Phang Li Koon dan Lim Guan Eng.

Kenapa yer?

Barangkali kerana Rosmah Mansor adalah 'sitting duck' dan barangkali juga kerana mereka tidak tahu tentang pasaran serta jualan beg tangan 'berjenama' di Korea Selatan!!!


Monday, August 1, 2016

SILA BETULKAN SERANGAN KE ATAS 1MDB SEMULA, TAKTIK MENFITNAH ROSMAH MANSOR DAN KDYMM SULTAN PAHANG DAH MAKAN DIRI BALIK!!!



Puak ProTun sepatutnya hanya menumpukan pada satu-satu isu sahaja terutama sekali isu 1MDB, Jho Low dan Riza Aziz. Nak lagi sedap, patut juga berterus-terang bagaimana 1MDB telah menyebabkan taukeh-taukeh kapitalis yang menjadi pengugut kepada kerajaan Malaysia, tersangat sakit hati memandangkan 1MDB telah mencantas dan merampas kebahagiaan dan kemewahan mereka sebelum ini.

Dan elok juga puak ProTun terangkan kerugian yang dialami oleh 'rakyat' daripada 'skandal 1MDB' terutama yang membabitkan SUPERBUMIPUTERA yang hidup kaya meliana bermula pada zaman 22 tahun pemerintahan, terutama sekali anak beranak dan kaum puaknya yang banyak menjadi vendor dalam GLC. Dan elok juga puak ProTun mendapatkan penjelasan daripada Mahathir mengapa agaknya, sepanjang 22 tahun pentadbirannya, kekayaan negara hanya berkisar di kalangan orang yang sama sahaja, terutama sekali yang membabitkan Ananda Krishnan, YTL dan Berjaya Group.



Ni tidak... mereka terlalu teruja untuk menjadikan Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor sebagai bangkai yang menjijikkan dan hina sehingga akhirnya menggunakan kaedah fitnah untuk melaksanakan tujuan tersebut. Dan lebih menakutkan lagi ialah, fitnah tersebut turut membabitkan KDYMM Sultan Pahang.

Adat manusia dan makhluk baru, tidak sempurna dari semua segi. Tetapi melakukan fitnah untuk tujuan meraih persepsi jahat ke atas orang-orang tertentu, hanya menunjukkan kelemahan individu pembuat fitnah itu sendiri.


Beberapa laporan polis telah dibuat ke atas si pembuat fitnah. Ada pembuat fitnah yang sudah pun u-turn. Ada yang terpaksa memadamkan posting asal dan memuatnaikkan posting baru sambil bertanya tang mana yang dia buat fitnah. Ada yang masih beranggapan, mereka akan terselamat selepas beberapa nama akan dipanggil oleh pihak berkuasa untuk sesi temuramah dan bual mesra. Malah ada yang sudah mula terkesot sambil mencari-cari helah untuk memberi alasan kononnya akaun Facebook mereka kena godam oleh orang-orang tertentu yang bertujuan untuk menfitnah mereka.

Ada juga yang cuba menghalalkan perbuatan tersebut dengan mengejek-ngejek, kononnya sebarang kata-kata negatif terhadap Rosmah Mansor akan dibela dan dikenakan hukuman. Malah ada yang berkata, si pembuat fitnah tidak boleh dipersalahkan kerana kebencian melampau ke atas Rosmah Mansor dan Najib Abdul Razak membuatkan walaupun mereka tidak bercakap pun, 'rakyat' akan membuat fitnah ke atas mereka.

Kalau nak bermain politik sekalipun, tak payahlah buat benda-benda mengarut macam ni. Tumpukan sahaja kepada isu-isu sebenar, isu-isu yang lebih besar membabitkan kepentingan rakyat - tak kiralah sama ada ianya betul atau sebaliknya. Ini tidak, Rosmah Mansor yang dijadikan bahan sedangkan Rosmah Mansor bukannya mana-mana Ahli Parlimen atau ADUN mahupun Senator.




Bercakap kononnya Rosmah Mansor adalah Perdana Menteri sebenar Malaysia, siapa pun boleh bercakap. Lidah memang tidak bertulang. Jari memang tidak berotak. Tetapi menuduh sesuatu, perlu disertakan dengan bukti-bukti kukuh, bukan setakat 'kau tengoklah', 'orang kata', 'Tun kata'... dan sebagainya.

Kepada mereka yang berkenaan, berani buat beranilah tanggung. Anda boleh mendapatkan sokongan daripada sesiapa pun, tetapi yang pasti, apabila anda berada di bilik soal jawab, anda akan bersendirian bersama-sama dengan tukang soal. Semasa di mahkamah, para penyokong sekadar boleh mendengar dan mengadakan mahkamah di Facebook, tetapi mereka tidak boleh membuat keputusan TIDAK BERSALAH dengan pintu dan lantai penjara.

Maka, bersedialah untuk makan ditanggung oleh rakyat Malaysia di balik tirai besi...


ISTANA PAHANG BAKAL BUAT LAPORAN POLIS EKORAN GAMBAR FITNAH ROSMAH MANSOR BERPELUKAN DENGAN DYMM SULTAN PAHANG?



Ilusi optik digunakan secara meluas dalam filem dan fotografi untuk menimbulkan kesan yang lebih ketara. Dan ilusi itulah juga yang digunakan untuk siri serangan terbaharu ke atas Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri setelah barangkali 'penat' menyerang Najib Abdul Razak tetapi muka Najib Abdul Razak tetap selamba dan tenang walaupun para penyerangnya yang diketuai oleh Mahathir, berwajah tegang dan tertekan.

Semalam, Facebook menjadi medan terbaik untuk menyebarkan fitnah dan tohmahan tersebut. Dengan mengambil gambar dari bahagian belakang, Rosmah diperlihatkan sebagai berpelukan dan bermanja dengan DYMM Sultan Pahang di khalayak ramai.



Sekeping gambar dari bahagian hadapan dan sisi telah disiarkan untuk menyanggah fitnah yang dibuat oleh ProTun yang cukup aktif bergiat di Facebook menyebarkan fitnah tersebut. Jurugambar yang telah merakamkan gambar tersebut bagi tujuan fitnah juga telah dikenalpasti dan gambarnya juga telah dirakamkan.

Khabarnya, laporan polis akan dibuat oleh pihak-pihak terbabit terutama apabila pihak yang sebelum ini berhadapan dengan perbicaraan kerana melakukan fitnah di mahkamah dan masih dalam jaminan, begitu teruja menyebarkan gambar tersebut bagi tujuan menimbulkan fitnah dan sentimen kemarahan terhadap Rosmah Mansor.


Takdak fasal cara fasal. Demi membela Mahathir dan anak-anaknya malah saudara maranya yang sudah kaya raya, hasil pentadbiran 22 tahun menerusi konsensi dan kontrak berat sebelah seperti yang berlaku kepada PROTON, pihak penfitnah sekali lagi berhadapan dengan natijah undang-undang dan bakal kehilangan kebebasannya.

Yang pastinya, pihak yang kena fitnah dikatakan sudah bersedia dengan gambar-gambar di lokasi membabitkan Rosmah Mansor dan DYMM Sultan Pahang selain gambar jurugambar yang kononnya telah menghantar gambar-gambar rakamannya kepada pihak yang menyiarkannya bagi tujuan fitnah.

Nak sokong siapa pun, sokonglah. Ini negara demokrasi, bukannya negara komunis. Tapi kalau sampai akhirnya dipenjara kerana menyiarkan gambar-gambar fitnah, memang tak berbaloi langsung malah terlalu keji untuk dikatakan sebagai PERJUANGAN.

Sebaliknya, ia adalah TINDAKAN BODOH sembrono yang menyusahkan diri sendiri.


 
Blogger Templates