Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label mualaf. Show all posts
Showing posts with label mualaf. Show all posts

Tuesday, July 14, 2015

PERSATUAN KEBAJIKAN MUALAF SELANGOR TERKILAN DENGAN SIKAP SAMBIL LEWA PEGAWAI MAIS DI DAERAH KELANG!!!



Persatuan Kebajikan Mualaf Selangor pada isnin melahirkan rasa kecewa terhadap pegawai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang didakwa menunjukkan sikap negatif terhadap saudara baharu.

Presiden persatuan itu, Mikhael Iskhandaar berkata ini berikutan pegawai MAIS yang ditempatkan di daerah ini mengambil sikap sambil lewa dan kurang mesra terhadap golongan itu sehingga menimbulkan persepsi tidak baik terhadap jabatan berkenaan.

"Saya kecewa kerana petugas MAIS daerah Klang seakan tidak mempedulikan mualaf yang datang berurusan di pejabat mereka dan memberi pelbagai alasan jika sesuatu soalan diajukan untuk penjelasan lanjut.

"Kami sebagai mualaf menjadikan MAIS sebagai tempat rujukan apabila berdepan sebarang masalah terutamanya berkaitan agama namun respons yang diberi langsung tidak membantu," katanya kepada pemberita di sini.

Menurutnya, sudah menjadi lumrah saudara baharu bertanyakan pelbagai soalan mengenai Islam, namun tenaga pengajar kelas Fardu Ain yang dilantik oleh MAIS tidak membenarkan mereka untuk bertanyakan soalan dan menyebabkan proses pembelajaran terbantut.

"Saya sudah menghantar surat memaklumkan masalah yang dihadapi kepada pihak pengurusan MAIS pada 6 Julai lepas namun sehingga kini tiada sebarang maklum balas diterima.

"Jika tiada sebarang respons daripada mereka (MAIS), saya bersama rakan mualaf lain akan mengutuskan surat kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya satu tindakan segera diambil bagi membela nasib kami," kata Mikhael yang memeluk Islam sejak Januari lepas.

-- BERNAMA


Sunday, July 5, 2015

NIAT HATI NAK MARAH SEBAB BOLA JATUH ATAS BUMBUNG KERETA, TAPI BERTUKAR HATI KERANA MUALAF BUTA!!! JOM BANTU!!!



Nak dijadikan cerita. Allah Maha Agong..

Aku ni dah seminggu angin satu badan dgn famili tingkat 4.. hari2 buang sampah dari beranda hingga mengotorkan kereta aku... ptg tadi nak dijadikan cerita, sebaik saja masuk parking, tiba2 sebiji bola betul2 jatuh atas bumbung kereta.. nasib baik tak kemek atau calar.. tapi kereta baru dua bulan keluar kedai tentulah sayangkan..
Tanpa lengah, aku terus bergegas naik ke tingkat 4 dan ketuk pintu.. budak lelaki buka pintu.. aku tanya.. 

"ayah ada?.. 

budak tu geleng.. 

"mak ko ada?.. 

"ada..ama.." sambil panggil ibunya... 

tiba2 aku lihat kelibat seorg wanita teraba-raba dtg ke pintu.. 

"ada apa? tanyanya dlm pelat india.. aku pun cerita dari A sampai Z... dia kemudian marah2kan anaknya sambil nangis... rupanya dia mualaf..baru 4 bulan peluk Islam. Suaminya meninggal dunia. Tinggal dia bersama 4 anak. 3 darinya muslim, yg sulung masih beragama hindu.. dia miskin.. anak2nya anak yatim. Hidup tak menentu.. tiba2 saja aku insaf dan minta maaf kerana berkasar... tiga anaknya budak baik.. mereka tak tahu apa2..
Masa aku jumpa mereka jam dah kol 5.30 ptg. Aku tanya puasakah? Mereka kata, puasa. Aku tanya berbuka puasa dgn apa? Dia jawab, nasi sama ikan kering. Kemudian aku minta izin nak bawa tiga anaknya keluar ke bazar Ramadan. 

Dia nangis terharu.. sejam aku ke bazar Ramadan..beli lauk, minuman dan kuih muih..seronok tengok anak2nya pilih lauk dan kuih.. sampai di rumah, aku hulurkan sikit wang ringgit atas niat sedekah.. makin kuat ibu tunggal ini menangis. Dia adalah OKU cacat penglihatan. 

Kalau ada sesiapa nak bantu..boleh hubungi saya.. saya ambik tiga anaknya sebagai anak angkat... minggu depan nak bawa mereka beli baju raya.. ini raya pertama mereka sbg Muslim. Lepas peluk Islam, keluarga ni berpindah berjiran dgn aku sbb dicemuh dan dihalau oleh jiran2 sebangsanya yg marah dia tukar agama. 

Dia tinggal menyewa di sini dgn kadar RM700 sebulan, tapi mampu bayar RM50 sebulan je.. selebihnya Majlis Zakat bayar.. sama2lah kita pakat bantu keluarga baru ini.. yg ada duit lebih tu hulur2lah utk ringan keluarga ini. 

Mereka perlu dibimbing dan aku akan cuba sebaik mungkin utk keluarga ini terus menjalani kehidupan. Alamat rumah sewanya Blok F4-12, Apartmen Golden Villa, Jalan Temenggong, Taman Sejahtera, Klang Selangor. 



Saturday, December 13, 2014

BILA GEREJA AJAK UMAT ISLAM MURTAD, RAMAI MARAH, TAPI BILA PUSAT DAKWAH ISLAMIAH TAK BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS MUALAF, SEMUA TUTUP MATA!!!


Sekurang-kurangnya 10 keluarga saudara baru sekitar Seremban melahirkan rasa kesal dengan pentadbiran Unit Ukhuwah di Pusat Dakwah Islamiah Paroi yang mereka sifatkan sebagai lemah.

Mereka mendakwa Unit Ukhuwah di Pusat Dakwah Islamiah tersebut tidak proaktif dalam membantu menyelesaikan masalah kewangan mereka.

Bercakap kepada Free Malaysia Today pada sidang media, aktivis mualaf, Mohd Suhib Mohan Abdullah, 49, berkata, unit itu tidak dapat memberikan bantuan segera ketika keadaan amat mendesak.

Jelasnya, kebelakangan ini pentadbiran unit semakin tidak proaktif dan terlalu terikat dengan kerenah birokrasi sehingga tidak cekap.

“Permasalahan utama yang sering dihadapi oleh golongan mualaf ini ialah apabila memohon bantuan kewangan. Mereka yang datang memohon bantuan segera atau kecemasan adalah mereka yang menghadapi masalah kewangan yang tenat sekali.

“Malangnya ada masanya pemohon terpaksa menunggu dari pagi hingga ke petang dan adakalanya kena datang lagi pada esok hari, untuk mengetahui status kelulusan permohonan mereka,” keluhnya.

Mohd Suhib memberitahu, antara masalah yang dihadapinya ialah ketiadaan kakitangan pada waktu bertugas dengan pelbagai alsan seperti cuti dan berkursus.

“Jika ada pegawai bercuti atau berkursus, sepatutnya tempatkanlah pegawai lain untuk memproses permohonan bantuan kecemasan itu. Sikap Unit Ukhuwah yang tidak proaktif ini benar-benar menyulitkan golongan mualaf yang datang memohon bantuan kecemasan,” kata beliau.

Pesakit Jantung, Jamaludin Abdullah, 61, mendakwa kebanyakkan golongan saudara baru bukan sahaja menghadapi masalah kewangan tetapi juga tekanan mental.

“Kebanyakkan dari kami telah dipulaukan oleh keluarga kami selepas kami memeluk agama Islam. Keluarga dah buang. Sanak-saudara sudah tidak melayan lagi. Kami tidak ada pilihan melainkan memohon bantuan daripada Unit Ukhuwah di Pusat Dakwah Islamiah Paroi,” jelas beliau.

Beliau menambah: “Jika Unit Ukhuwah dan Pusat Dakwah tidak buat sesuatu untuk tolong kami, siapa lagi nak tolong?”

Wednesday, October 22, 2014

MUALAF LUAHKAN PERASAANNYA APABILA DIHERDIK DAN MUKANYA DILUDAH KERANA MENGINTAI ORANG BERSOLAT DI MASJID!!!


"Suatu ketika dahulu, hidup saya kosong setelah anak saya dibawa lari bekas isteri. Saban hari, arak menjadi teman melepaskan tekanan. Sehingga segala kerja saya terbengkalai", ujar Adnan atau nama asalnya Anantha Raj A/L S.E Rajah berasal dari Machang, Kelantan.

Benci masjid

Pemuda bertubuh sasa ini membesar dalam keluarga yang berpegang kukuh kepada kepercayaan Hindu.

“Dahulu, saya tinggal dalam komuniti Melayu. Jadi, agama Islam bukan asing bagi saya. Hendak dikatakan keputusan saya menganut Islam hasil pengaruh persekitaran, saya tidak rasa begitu. Semasa berumur enam tahun, kami telah berpindah ke Kuala Lumpur kerana ibu berkhidmat sebagai doktor di sana,” kata Adnan.

Beliau akui sejak kecil dia bukanlah berminat dengan Islam. Bahkan beliau amat membenci Islam disebabkan beberapa peristiwa yang dialaminya daripada sikap umat Islam sendiri.

“Saya membesar dengan melihat kebaikan dan keburukan orang Islam di depan mata. Saya pernah ponteng sekolah dan bersiar-siar di kota raya. “Saya hendak pulang tapi wang dah habis. Tiada siapa sudi bantu hulur sedikit wang walaupun beberapa syiling untuk menelefon mama.

“Tiba-tiba seorang lelaki tua berbangsa Melayu menyapa saya. Setelah mengetahui kesulitan yang dihadapi, dia membawa saya makan dan menghulurkan RM50 untuk tambang teksi. Alhamdulillah, dengan pertolongan itu saya berjaya mengelakkan mama tahu saya ponteng sekolah,” ujar Adnan yang masih mengingati wajah lelaki budiman itu.

Namun, pengalaman buruk dengan segelintir orang Islam lebih mempengaruhi diri Adnan. Beliau memberitahu sikap ingin tahu ketika zaman persekolahan telah mendorong beliau mengintai jemaah masjid bersolat.

“Saya lihat di kuil, gereja dan tokong, dari luar kita boleh lihat mereka beribadah. Tetapi, saya tidak tahu langsung bagaimana orang Islam beribadah.

“Jadi, saya mengintai mereka dari tingkap masjid. Apa yang saya dapat ketika itu? Saya diherdik dihalau. Pernah juga muka saya diludah oleh seorang jemaah masjid kerana duduk memerhatikan orang solat dari tangga masjid. “Sejak itu, masjid adalah tempat yang saya paling benci. Saya pernah berjanji tidak akan sesekali masuk masjid lagi,” katanya.

Bagaimanapun, perancangan ALLAH SWT tidak siapa boleh mengubahnya. Adnan bekerja dengan seorang majikan beragama Islam. Setiap kali bekerja di luar, mereka kerap singgah di masjid berdekatan. Namun, biarpun dipelawa berkali-kali, Adnan lebih rela menanti di kereta daripada melangkah ke tempat paling dibencinya.

Tuhan memanggil saya

“Ketika itu di Masjid Kapitan Ke.ling, Pulau Pinang. Majikan saya menunaikan solat manakala, saya pula asyik menghisap rokok sambil memandang jelik rumah ibadah umat Islam ini. Tiba-tiba, saya terlihat satu papan tanda tertulis 'Non-Muslim are Most Welcome' di dinding masjid tersebut.

“Tidak semena-mena kaki saya ringan melangkah ke pintu masjid. Saya disambut dengan mesra oleh pemandu pelancong masjid dan dibawa menjelajah ke seluruh masjid. Alangkah puas dan tenangnya hati dapat melihat keindahan masjid dan orang bersolat. Sejak itu, saya sering melawat masjid-masjid besar demi melepaskan hajat yang pernah tertahan dahulu,” cerita Adnan lagi.

Adnan tidak lagi membenci Islam. Bahkan, semakin ingin tahu dan melihat mereka beribadah. Suatu hari, majikannya yang bertugas sebagai pendakwah di Hidayah Centre meminta pertolongannya. “Saya diminta membantu menyelesaikan masalah seorang lelaki India yang ingin memeluk Islam.

“Pada hari yang dinantikan, kami menunggu lelaki itu di sebuah kedai. Dalam penantian itu, saya bersama majikan dan teman-temannya berbual mengenai pelbagai perkara hinggalah kepada hal berkenaan Islam. Pada satu detik, saya ditanya apakah bersedia menjadi seorang Muslim. Lalu, tanpa berfikir saya jawab ‘Ya, saya sedia’.

“Selesai melafazkan syahadah, saya rasa terbit satu kekuatan dalam hati ini. Ketika itu, saya masih tertekan dengan hal keluarga. Apabila memeluk Islam, masalah itu seolah-olah hilang begitu sahaja,” ujar beliau tersenyum.

Setelah dua minggu bergelar Muslim, perkara itu dikhabarkan kepada ibunya.

“Ketika saya menghulurkan kad pengenalan Islam saya, mama terdiam agak lama. Saya sangka dia akan menangis dan mengamuk. Saya terkejut apabila dia tanya, senang ke masuk Islam?”. “ALLAH SWT sahaja yang tahu betapa gembiranya apabila mengetahui mama memang sudah lama berhajat memeluk Islam, hanya tidak tahu kepada siapa harus dia pergi,” ceritanya.

Matanya bergenang. “ALLAHuakbar, mama meninggal dunia dalam Islam pada 2011. Itu yang saya paling syukuri,” katanya.

Serah pada ALLAH

Ditanya tentang anaknya, beliau hanya berserah pada ALLAH SWT.

“Isteri saya curang dengan sepupu saya sendiri. Kami bercerai sebelum saya masuk Islam lagi dan mereka berdua bawa anak saya lari. Sehingga hari ini, saya tidak berjumpa dengannya.

“Insya-ALLAH, saya percaya andai ALLAH ingin ketemukan saya dengan anak saya, kami akan bertemu jua satu hari nanti. Kini, saya hanya berdoa dan berserah kepada-Nya,” ujar Adnan lembut mengusap-usap parut di tangannya kesan torehan pisau sepupunya sewaktu ingin berbincang hak penjagaan anaknya.

Kini, Adnan turut bertugas separuh masa di Hidayah Centre bagi membantu golongan insan yang ingin memeluk Islam.
Sumber mymediahubonline.blogspot.com
 
Blogger Templates