Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label mat sabu. Show all posts
Showing posts with label mat sabu. Show all posts

Saturday, September 10, 2016

MAT SABU KATA, PARTINYA TELAH DIPINGGIRKAN OLEH PKR DAN DAP KERANA CAP BUNGA!!!


Kesian sungguh Mat Sabu...

Mengeluh-ngeluh dia kerana dia dan parti pimpinannya tidak mendapat perhatian sewajarnya terutama sekali daripada PKR. Bahkan, kehadiran PAN di dalam Pakatan Harapan, seumpama malukut tepian gantang. Ada tidak berguna, tiada pun tidak dirasa.

PAN ditubuhkan dengan bantuan kewangan dan taktikal DAP selepas barisan kepimpinan pilihan Lim Guan Eng kecundang dalam pemilihana agung PAS yang lepas. DAP menerusi Lim Guan Eng telah menunjukkan permusuhan keterlaluan terhadap Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dan Harun Din, Mursyidul Am PAS.

Penubuhan PAN diharapkan dapat menggantikan PAS di dalam Pakatan Harapan. Pakatan Harapan pula ditubuhkan oleh Lim Guan Eng bagi menggantikan Pakatan Rakyat setelah DAP memutuskan hubungan dengan PAS.

Walau bagaimanapun, PKR di Selangor tidak  memutuskan hubungan dengan PAS dan Pakatan Rakyat juga masih wujud walaupun secara rasminya, Pakatan Rakyat telah dibubarkan manakala DAP dan PKR di luar dari Selangor telah memutuskan hubungan dengan PAS.

Kehilangan jawatan dan kuasa di Selangor, menyebabkan Azmin Ali yang mengetuai Kerajaan Negeri Selangor terus mempertahankan hubungan dengan PAS dan kewujudan Pakatan Rakyat dengan DAP sekali masih salah satu komponennya.

PAN sudah beberapa kali melahirkan perasaan tidak puas hati kerana PKR dan Azmin Ali bahkan DAP masih tidak menghalau dan memutuskan hubungan dengan PAS, selain merampas kedudukan serta bahagian PAS untuk diserahkan kepada PAN.

Kewujudan Cap Bunga mendapat lebih perhatian daripada PKR dan DAP berbanding PAN yang telah bertungkus lumus untuk mempertahankan ketuanan DAP. Malahan, terdapat ura-ura untuk menyerahkan kerusi-kerusi Parlimen dan DUN untuk ditandingi oleh Cap Bunga pada PRU akan datang yang sebelum ini ditandingi oleh DAP dan PKR.

PAN pula terus melopong.

Justeru apabila Mat Sabu, Presiden PAN menyatakan yang partinya seperti terpinggir, memang ada benarnya. Selain kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PKR dan DAP, sebahagiannya akan diserahkan kepada Cap Bunga, kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PAS pada PRU lepas juga, akan diserahkan kepada Cap Bunga. PAN dilihat tidak menarik perhatian kepimpinan tertinggi PKR dan DAP sungguhpun dalam Pilihanraya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, PAN mencatatkan keputusan yang agak cemerlang walaupun baru sahaja ditubuhkan.

Pada masa yang sama, ketakutan dan kebimbangan DAP serta PKR terhadap PAS semakin membuatkan PAN terasing dan tidak digantung harap. Dari tahun 1999 lagi, sama ada DAP mahupun PKR, kekuatan mereka sebenarnya sangat kuat bersandar kepada PAS. Terserlah dalam setiap demonstrasi jalanan yang dianjurkan, penyertaan PAS telah menyebabkan ratusan ribu orang berarak di jalan-jalanraya di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Tanpa PAS seperti yang berlaku dalam BERSIH 4.0 serta Gerakan Tangkap MO1, jumlah pendemonstran sekadar boleh dibanggakan di dalam media-media sosial seperti FB dengan gembar-gembur yang sangat melucukan.

Kesian Mat Sabu... kesian PAN... makin meneballah benci Mat Sabu kepada Cap Bunga dan Mahathir sendiri!


Sunday, July 3, 2016

USAHA MENGHEROKAN LIM GUAN ENG BELA GADIS MELAYU KONONNYA, BUATKAN MAT SABU BAKAL DISAMAN OLEH RAHIM THAMBY CHIK!!!



Hanya golongan bangang yang buta perut sahaja yang akan mengatakan dan percaya bahawa Lim Guan Eng dipenjarakan selama dua tahun kerana menyelamatkan dan membela seorang gadis bawah umur Melayu serta neneknya pada tahun 2003.

Lim Guan Eng pada waktu itu, sedang memburu kedudukan sebagai Ketua Menteri Melaka dari DAP yang pertama.

Kemudian, Setiausaha Agung DAP itu diheret masuk ke penjara. Dan DAP pun mewuar-wuarkan cerita kononnya Lim Guan Eng dipenjarakan kerana cuba menyelamatkan seorang gadis Melayu bawah umur setelah dirogol oleh Rahim Thamby Chik yang pada waktu itu adalah Ketua Menteri Melaka.

Hakikatnya, Lim Guan Eng tidak pernah dipenjarakan kerana dia berjuang untuk seorang gadis Melayu sebagaimana yang dikatakan dan popular, tetapi kerana dia melakukan fitnah dan cuba mencetuskan kebencian yang memperlihatkan akhirnya LIM GUAN ENG DAN DAP MEMOHON MAAF KEPADA RAHIM THAMBY CHIK.

Malahan, Lim Guan Eng sekiranya tidak merayu, menghina hakim dan hanya menerima hukuman denda, dia tentu tidak akan ke penjara langsung.

Menariknya, kaum zombi amat percaya, dan mereka termasuklah Mat Sabu yang mengulangi pembohongan dan fitnah tersebut di luar pejabat SPRM Pulau Pinang.

Rahim Thamby Chik menegaskan bahawa dia akan menyaman Mat Sabu kerana fitnah tersebut.


Pada tahun 2003, Lim Guan Eng dan DAP telah memohon maaf kepada Rahim Thamby Chik dalam mahkamah selepas bekas Ketua Menteri Melaka itu menyaman mereka kerana membuat fitnah ke atasnya kononnya dia telah merogol seorang gadis di bawah umur di dalam buku dan poster kempen 'Lim Guan Eng - Ahli Parlimen Dalam Penjara."

Dalam permohonan maafnya, Lim Guan Eng dan DAP menyatakan gadis itu dan keluarganya telah menarik kembali kenyataan mereka terhadap Rahim dan kesemua tuduhan yang dibuat oleh Lim Guan Eng dan DAP dalam buku tersebut tidak berasas.

Rahim Thamby Chik dalam Twitternya pada hari Sabu telah memberikan reaksi dengan kes tersebut.

"Saya tidak pernah didakwa di mana-mana mahkamah kerana kesalahan seksual dan saya akan pastikan Mat Sabu diheret ke mahkamah," kata Rahim.


Kes lama itu muncul semula apabila Mat Sabu menyebutnya pada malam Khamis selepas Lim Guan Eng ditahan atas dua tuduhan rasuah. Mat Sabut dilaporkan memberitahu orang ramai bahawa kes Lim Guan Eng adalah 'ulang siar' kejadian pada tahun 1998 yang berakhir dengan Lim Guan Eng dipenjarakan kerana mempertahankan seorang gadis Melayu di bawah umur.

Tuduhan-tuduhan tersebut telah dibuat ke atas Abdul Rahim yang pada waktu itu, telah mengambil cuti bagi memudahkan siasatan dijalankan. Pada tahun 1994, Peguam Negara menyatakan, tidak terdapat sebarang bukti untuk mendakwa Rahim.

Bagaimanapun, Lim Guan Eng kemudiannya didakwa dan dihukum penjara selama 18 bulan di bawah Akta Hasutan dan Akta Cetak dan Penerbitan kerana mencetak semua tuduhan tersebut di atas risah yang mengandungi maklumat-maklumat yang menyeleweng.


MAT SABU MEMBARUAKAN PDRM DAN SPRM KERANA TANGKAP DAN DAKWA LIM GUAN ENG... KESIAN, OTAKNYA TERUS BERTERABUR BILA TOKEYNYA KENA DAKWA!!!




Kesian Mat Sabu....

Kalaulah Lim Guan Eng disabitkan dengan dua kesalahan rasuah yang dihadapinya di mahkamah, bermakna Mat Sabu dan PAN akan kehilangan pendana terbesar mereka. Jadi, mahu tidak mahu terpaksalah Mat Sabu melalak-lalak sambil dikelilingi oleh golongan zombie yang tidak berotak.

Gambaran yang diberikan oleh Mat Sabu kepada Lim Guan Eng sememangnya sudah boleh dijangka. Mat Sabu mengibaratkan Lim Guan Eng sebagai kain putih yang tidak tercemar langsung dengan sebarang kekotoran.

Dia kemudiannya mengungkit, mengapa hanya Lim Guan Eng yang didakwa, sedangkan Najib yang melakukan rasuah RM2.6 bilion serta kehilangan RM50 bilion wang 1MDB tidak diheret dan didakwa di mahkamah.

Di sinilah menunjukkan, walaupun telah lama berada di dalam dunia politik, malah pernah bergelar Ahli Parlimen sebelum tiga kali dia gagal dalam tiga PRU berturut-turut, Mat Sabu tetap gemar menggunakan fakta-fakta fitnah yang dia sendiri tidak dapat membuktikannya, seperti dalam tuduhannya bahawa Najib mengamalkan rasuah malah mengakui menerima rasuah sebanyak RM2.6 bilion pada ketika 1MDB katanya kerugian RM50 bilion.

Sedangkan faktanya ialah, PAC dan SPRM tidak akan mendakwa kalau sekadar mendengar cakap-cakap, apatah lagi dengan pengakuan daripada pihak berkuasa Arab Saudi yang mereka telah menyalurkan bantuan atau derma politik kepada Najib untuk kemenangan BN pada PRU-13 lalu.

Derma politik dari Arab Saudi yang tidak mempunyai sebarang kaitan, boleh pula dikatakan sebagai rasuah? Adakah rasuah itu sama seperti rasuah Lim Guan Eng yang menggunakan syarikat bekas rakan kongsi dan pemilik banglo yang dibelinya secara murah-murah untuk tanah kerajaan?

Kita boleh faham mengapa Mat Sabu meroyan sebegitu rupa dan kecenderungannya seperti juga lain-lain para pemimpin pembangkang serta Tun Dr. Mahathir untuk membuatkan rakyat percaya bahawa derma politik daripada Arab Saudi untuk kemenangan BN pada PRU-13 lalu adalah rasuah selain 1MDB telah rugi besar walaupun hakikatnya, 1MDB tidak mampu langsung dibuktikan telah rugi dan perlu ditutup serta dibail-out sepertimana yang Mahathir lakukan terhadap syarikat perkapalan anak lelakinya atau MAS yang dipaksa serah kepada Tajuddin Ramli.

Yang tidak difahami ialah, mengapa pula SPRM dan PDRM diserang hanya kerana mengheret Lim Guan Eng ke muka pengadilan kerana amalan rasuah? Mengapa tohmahan, fitnah dan acuman dibuat terhadap kedua-dua entiti tersebut hanya kerana mahu mempertahankan Lim Guan Eng dan menuduh mereka akan membunuh Lim Guan Eng sepertimana terbunuhnya Teoh Beng Hock, walaupun di mahkamah koroner, Teoh Beng Hock berkonfrontasi dengan salah seorang Ahli Majlis Perbandaran Kajang yang memprovokasinya kerana bekerjasama dengan SPRM untuk mendakwa Ean Yong Hin Wah, pemimpin DAP Selangor yang pada waktu itu merupakan ADUN Seri Kembangan.


Lebih malang lagi ialah apabila Mat Sabu membuat tuduhan melulu dengan menyatakan Rahim Thamby Chik telah merogol seorang budak perempuan Melayu bawah umur, tetapi yang dipenjarakan adalah Lim Guan Eng.

Rahim tidak pernah dibuktikan di mahkamah melakukan perbuatan tersebut, manakala Lim Guan Eng pula dipenjarakan kerana melakukan hasutan dan menyalahi akta hasutan ketika dia cuba untuk menjadi Ketua Menteri Melaka yang pertama.

Justeru memang elok benarlah Rahim Thamby Chik mengheret Mat Sabu ke mahkamah dan menyamannya sampai Mat Sabu papa kedana dan tidak boleh mengangkat muka lagi kerana kegemarannya melakukan fitnah dari zaman muda sehinggalah ke zaman dia hampir ke liang lahad.

Dan harap-harap jugalah, jangan diberikan kemaafan kepada Mat Sabu sebagai option atas kesnya. Biarkan dia bersusah payah, mengemis dan terus menjadi anjing yang menjilat lubang dubur para pemimpin DAP untuk membayar saman malu yang bakal dibuat oleh Rahim Thamby Chik.

Yang ingin ditanya ialah apa maksud Mat Sabu apabila mengungkapkan ayat berikut:

"NAJIB AKAN MATI TAK LAMA  LAGI."

Ayat tersebut diungkapkannya pada minit 1:36 dalam klip video di atas.


Saturday, September 19, 2015

AMANAH KEPALA HOTAK APA... MENCURI DAN MENIPU SAHAJA KERJA PUAK-PUAK MAT SABU NI!!!


Kalau hati dah busuk, perangai dah memualkan, memang sampai bila-bila pun ianya tidak boleh diubah dan diubat. Ia samalah seperti Anwar Ibrahim dipecat dan disingkirkan dari UMNO dan kerajaan, berjuang di jalanan sambil melaung-laungkan keadilan, amanah, bersih dan anti-rasuah tetapi hakikatnya perjuangannya adalah untuk menghalalkan seks melalui lubang dubur dan sesama jantan.

Begitulah juga dengan Mat Sabu dan konco-konconya yang didalangi dan khabarnya menerima 'penajaan' daripada DAP untuk menumbangkan pucuk pimpinan PAS semasa pemilihan lepas, tetapi kesemua mereka kecundang teruk, menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk keluar dari PAS dan menubuhkan parti baru yang kemudian diberi nama Parti Amanah Negara, walaupun ada juga pihak yang menambah perkataan 'Tanah Air Tercinta' di belakangnya.

Parti Amanah Negara (PAN) belum pun diluluskan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan. Namun disebabkan puak-puak ini tidak ada undang-undang melainkan undang-undang mak bapak dan tok nenek mereka sahaja, maka peraturan dan undang-undang tersebut dilanggar sesuka hati.

Pendek kata, kalau ada kaitan dengan DAP, apa-apa sahaja pun boleh dilanggar. Samalah seperti DAP yang mesyuarat CECnya sampai ke hari  ini tidak selesai, tetapi Lim Kit Siang terlalu menyibuk dengan UMNO yang menangguhkan pemilihan.

PAN secara asasnya adalah parti pencuri, pencilok dan penipu.


Walaupun mereka cuba mempermain-mainkan hukum sumpah dan takliq mereka sendiri dengan penebusan ciptaan sendiri iaitu Kenduri Kafarah dengan memberi makan anak-anak yatim dan orang miskin, hakikat yang tidak boleh diubah ialah, puak-puak ini sanggup melakukan apa-apa sahaja demi menyukakan hati para pemimpin DAP.

Sebab itulah, tiada seorang pun pemegang jawatan selaku ADUN atau Ahli Parlimen di kalangan para pemimpin PAN, yang meletak jawatan selepas memenangi DUN dan Parlimen atas tiket PAS. Sebaliknya mereka pula yang menyalahkan PAS kerana memaksa mereka bersumpah takliq ketika pencalonan. Malah disebut pula, PAS akan hancur kerana terus mengamalkan sistem sumpah takliq yang mengelakkan ADUN-ADUN atau Ahli-Ahli Parlimen yang menang atas tiket PAS, melompat masuk ke parti lain.

Terbaru, bekas model yang memeluk agama Islam pada tahun lepas, Felixia Yeap mengamuk sakan apabila gambarnya telah digunakan untuk mempromosikan PAN. Felixia dalam kenyataan ringkasnya memberitahu, dia tidak berminat dengan mana-mana atau kegiatan politik. Justeru, dia meminta agar gambarnya tidak digunakan sewenang-wenangnya untuk tujuan publisiti untuk PAN.

PAN mencuri dan merompak...

Itu adalah hakikatnya.


Asalnya mereka menggunakan bendera kedua PAS yang telah diubah warna menjadi warna jingga. Tetapi kemudian menukarkannya menjadi bendera yang menyerupai bendera parti sosialis rakyat pada tahun 1950-an yang dibezakan dengan cangkul dan warna hijau.

Terkantoi kerana menciplak dan tidak kreatif, PAN menukar logonya. Bagaimanapun, sama seperti sifatnya yang suka mencuri, kali ini PAN mencuri pula logo sebuah stesen televisyen yang berpangkalan di Chennai, India iaitu INAYAM.

Menariknya, walaupun sudah terkantoi, masih juga dipertahankan bahawa logo dan bendera itu adalah ciptaan mereka tanpa menciplak mana-mana medium. Semuanya SECARA KEBETULAN.

SECARA KEBETULAN kepala hotak depa!

Kalau dah jenis mencuri tu, apa dibuat pun, mencuri sajalah kerja mereka!




Tuesday, July 14, 2015

PARTI HARAPAN BARU CIPTAAN MAT SABU KONONNYA TIDAK DIDORONG EMOSI, SENTIMEN DAN SLOGAN TAPI KEWUJUDANNYA TERHASIL SELEPAS KECEWA RAIH JAWATAN DALAM PAS!!



AKHIRNYA segala penafian dan dolak-dalik sebelum ini menjadi kenyataan apabila kumpulan progresif dalam PAS menzahirkan impian untuk bergerak dalam sebuah entiti berasingan.

Dalam suasana penuh ceria dan bersemangat, bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengumumkan untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu - yang dikatakan sedia untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR dalam pembentukan Pakatan Rakyat 2.0.

Jawatankuasa penaja parti baharu itu dikenali sebagai Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru).

Harapan Baru dipelopori oleh barisan bekas kepimpinan PAS yang tewas pada pemilihn parti itu pada awal Jun lalu.

Menariknya, penubuhan satu lagi parti politik pembangkang ini dilihat sebagai cerminan kepada PAS apabila menjadikan Islam sebagai teras utama.

Kata Mohamad yang lebih lebih dikenali sebagai Mat Sabu, prinsip Islam yang didokong Harapan Baru tidak didorong oleh emosi, sentimen atau slogan semata-mata.

Sebaliknya jelas beliau, ia adalah satu tawaran untuk memberi 'rahmat dan keadilan' kepada rakyat.

Namun kurang 24 jam selepas Mohamad mengisytiharkan laluan dan hala tuju masa depan politiknya, beliau menerima pandangan yang pelbagai. (SUMBER)


Saturday, April 18, 2015

DEMI SELAMATKAN DIRI, MAT SABU KATA PASMA HANYALAH SERPIHAN KECIL PAS YANG DIKETUAI PHAHROLRAZI ZAWAWI!!!



Perpecahan yang berlaku dalam Pas sehingga tertubuh Pasma hanya melibatkan serpihan kecil ahli.

Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu yakin keadaan itu tidak menjejaskan sokongan rakyat terhadap Pas.

“Dalam sejarah perjuangan Pas, ini hanyalah perpecahan kecil. Cuma saya nasihatkan kepada generasi muda supaya jangan panik dan bimbang.

“Kalau nak dibandingkan perpecahan paling besar yang pernah berlaku adalah pada tahun 1978 apabila tertubuhnya sebuah parti serpihan Pas iaitu Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa),” katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Padang Terap kali ke-40 di Kompleks Pas Kawasan, Kampung Barokas, di sini, hari ini.

Menurutnya, perpecahan terbesar itu berlaku melibatkan beberapa pimpinan kanan Pas Pusat dan Kelantan.

“Dalam situasi sekarang, perpecahan yang berlaku hanya melibatkan seorang bekas Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kedah dan Adun Pengkalan Kundor, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi sebagai Presiden Pasma.

“Jadi perpecahan itu hanya melibatkan serpihan kecil ahli Pas kalau nak dibandingkan dengan sejarah perpecahan sebelum ini,” katanya.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, sejarah kerjasama (Tahaluf) Pas sejak 1951 mengalami pelbagai peristiwa politik dari semasa ke semasa.

“Pada tahun 1959, kita buat kerjasama dengan Parti Negara pimpinan Datuk Onn Jaafar yang membolehkan kita menguasai Terengganu dan Kelantan.

“Kemudian Pas bertanding secara bersendirian pada tahun 1964 dan hilang kerajaan Kelantan. Menjelang 1990, kita bekerjasama dengan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang membolehkan kita kembali menguasai Kelantan bawah pimpinan bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya.

Mat Sabu berkata, apabila berlaku perpecahan dalam Umno, Pas mengadakan kerjasama dengan barisan alternatif yang membolehkan parti itu menguasai semula Terengganu dan mengekalkan Kelantan.

“Menjelang PRU 2008, Pas mengadakan kerjasama politik dengan PKR dan DAP. Hasil kerjasama itu, kita berjaya menguasai lima negeri iaitu Kelantan, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

“Apa yang saya nak sampaikan ialah, setiap kali berlaku kerjasama politik, maka satu lonjakan penguasaan kerusi Dun dan parlimen akan berlaku,” katanya.

Mengulas mengenai perpecahan terbesar Pas, beliau berkata ia berlaku apabila parti itu mengambil keputusan menyertai BN.

“Sejarah perpecahan Pas agak besar apabila Pas mengambil keputusan menyertai BN melalui Muktamar Pas pada tahun 1973.

“Dari sudut organisasi jemaah, penyertaan Pas dalam BN adalah sah kerana ia melalui keputusan majoriti muktamar Pas,” katanya.

Bagaimanapun, Pas keluar dari BN pada 1977 setelah berlaku krisis besar dalam kerjasama itu apabila seorang bekas Menteri Besar Kelantan yang dilihat lebih rapat dengan pimpinan Umno berbanding pimpinan Pas Pusat.

Berikutan itu, berlaku undi tidak percaya terhadap kepimpinan bekas Menteri Besar Kelantan tersebut dan terbentuknya sebuah parti Berjasa.

“Selepas kejadian itu, Pas menonjolkan pula kepimpinan ulama melalui muktamar pemuda di Bukit Mertajam,Pulau Pinang pada tahun 1982 dan muktamar menerima usul tersebut,” katanya.

Mengenai kemungkinan Pasma mengubah statusnya sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kepada sebuah parti politik, beliau enggan mengulas. (sumber)


Sunday, March 15, 2015

LETIH BERKEMPEN YER, BANG MAT, SAMPAI TERKANGKANG TIDUR ATAS KERUSI!!!



Semalam, Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS yang telah dinamakan sebagai salah seorang calon untuk Presiden PAS selain Husam Musa, telah merasmikan Muktamar PAS Zon Sandakan, Sabah.

Perasmian tersebut dilakukan di Ballroom Tingkat 7, Hotel Pavillion, Batu 7, Sandakan. Lebih kurang 70 orang hadir dan mereka terdiri daripada ahli-ahli PAS, DAP, PKR dan Unit Amal PAS Sandakan.

Antara yang turut hadir, termasuklah,

(a) Hamzah Abdullah - YDP PAS Sandakan.
(b) Ustaz Zaidi - YDP PAS Kinabatangan
(c) Sahar Majid - PAS Sandakan
(d) Hajah Zubaidah - Wakil DAP P.186 Sandakan.
(e) Anne Bensali - Wakil PKR P.185 Batu Sapi



Sesuatu yang amat menarik dalam muktamar ini ialah hadirin, rata-ratanya adalah golongan GURU di Daerah Sandakan!

Muktamar itu juga dipergunakan oleh Hamzah Abdullah untuk menonjolkan dirinya terutama menerusi tayangan walkabout yang dibuatnya. Malah tempat perasmian itu juga didaftarkan atas nama Hamzah Abdullah.

Mat Sabu dalam ucapan perasmiannya menceritakan bagaimana dia sanggup ke luar negara seperti London semata-mata untuk mengutip derma pasca banjir. Bagaimanapun, jumlah derma dan dana yang diperolehinya tidak dinyatakan. Bahkan ke mana dana tersebut disalurkan, juga tidak diceritakan sebaliknya Mat Sabu sekadar mahu mempromosi dirinya sebagai orang yang kuat bekerja untuk parti dan negara.



Selain itu, Mat Sabu turut memuji politik luar negara yang menurutnya lebih bebas bersuara berbanding Malaysia. Namun tanpa disedarinya, dia turut menyanggah kata-katanya sendiri apabila menyatakan kesedihannya berhubung kematian Karpal Singh yang baginya seorang yang tegas mempertahankan Perlembagaan Malaysia walaupun menentang hudud dan mengancam PAS yang sepatutnya diterima secara demokrasi sepertimana yang dimaksudkan dalam kenyataannya tentang kebebasan bersuara. Mat Sabu secara tidak langsung menyatakan bahawa PAS tidak mempunyai hak bersuara dan hanya perlu akur kepada keputusan dan arahan DAP semata-mata.

Mat Sabu turut kesal dengan pemenjaraan Anwar Ibrahim bermula pada 10 Februari walaupun dia merupakan antara orang yang paling lantang mendedahkan perilaku buruk Anwar Ibrahim sebagai seorang pengamal homoseksual dan seks songsang pada pertengahan 90-an. Sebaliknya, Mat Sabu terlupa tentang kempen-kempennya ke atas Anwar Ibrahim dengan menyatakan rakyat perlu bersatu untuk menguasai Putrajaya dan membebaskan Anwar Ibrahim apabila Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan.


Barangkali kerana terlalu banyak bercakap bohong, terutama membabitkan isu kemiskinan di Kelantan, kekayaan di Pulau Pinang dan Selangor yang sebenarnya sudah tidak wujud lagi kecuali bersandarkan kepada kerja-kerja Kerajaan Negeri di bawah Barisan Nasional dahulu, 1MDB, ROSMAH MANSOR, perkauman yang kononnya diwujudkan oleh Barisan Nasional serta isu Koperal Sirul di Australia, membuatkan Mat Sabu kepenatan.

Almaklumlah, bukan senang hendak menonjolkan diri sebagai orang yang serba tahu, serba pandai dan serba menyelesaikan masalah walaupun hakikatnya, Mat Sabu tidak pernah menyelesaikan walau satu masalah pun dalam hidupnya sebaliknya lebih banyak menimbulkan masalah.

Mungkin atas sebab itulah, dia tertidur sementara menunggu kapal terbang pada jam 4:20 petang untuk ke Kuala Lumpur sampaikan terkangkang tanpa sedar dengan mulut ternganga luas!

Susah juga nak naik jadi Presiden PAS, kan?





Thursday, February 26, 2015

MAT SABU SEMAKIN GELABAH APABILA SUARA RAKAMANNYA MAHU MENGGULINGKAN HADI AWANG TERSEBAR LUAS!!!





Akhirnya, barua utama Lim Guan Eng, Mat Sabu bersuara dan memberikan reaksi berhubung rakaman suara yang membuktikan wujudnya perancangan tahap tinggi untuk menggulingkan Hadi Awang dan melenyapkan kepimpinan PAS sekarang untuk digantikan dengan PASMA yang dibiayai oleh DAP.

Berikut adalah kenyataan rasmi Mat Sabu:

KENYATAAN AKHBAR:
TIMBALAN PRESIDEN PAS MALAYSIA,
TUAN HAJI MOHAMMAD SABU
1. Berkenaan isu rakaman suara yang dimainkan dalam media-media sosial serta lain-lain Media Perdana, saya hanya akan memberi kenyataan kepada jawatankuasa khas (siasatan) yang dipengerusikan oleh Presiden PAS berkenaan segala tuduhan kepada saya, kerana ianya masaalah dalaman parti, sekiranya diminta.
2. Berkenaan kedudukan saya dalam Parti, saya serahkan kepada Muktamar serta kebijaksanaan Perwakilan.
3. Berkenaan tindakan saya keatas TV3, UTUSAN MALAYSIA serta lain-lain Media saya serahkan kepada Peguam YB Hanipa Maidin.
Sekian
Tn Hj Mohammad Sabu
Timbalan Presiden PAS
26hb Feb 2015/9.30pg

Mat Sabu cuba mengalihkan perbuatannya dengannya menyalahkna media-media elektronik dan media-media cetak arus perdana. Secara jelas, dalam kenyataannya itu, dia cuba menggambarkan penyiaran rakaman suara itu sebagai satu fitnah ke atasnya. 

Kempen untuk menjadikan Mat Sabu sebagai Presiden PAS menggantikan Hadi Awang sekarang ini sedang giat dijalankan oleh pasukan PASMA. Selain menjadikan Mat Sabu sebagai Presiden PAS, PASMA juga memberikan tumpuan penuh ke atas Johor yang merupakan kubu Melayu terbesar di Pantai Timur bagi membolehkan DAP menguasai pentadbiran negeri itu pada PRU akan datang. 



DAP telah meletakkan sasaran besar dengan kerusi Parlimen yang cuba ditawan oleh DAP adalah 17 manakala DUN pula adalah 32 kerusi. 

Untuk mencapai sasaran tersebut, DAP memerlukan bantuan daripada PASMA yang akan bertindak menikam PAS memandangkan PAS akan bertanding merebut beberapa kerusi Melayu dengan UMNO.

Jadi, tidak menghairankan apabila Mat Sabu menunjukkan kegelabahannya memandangkan tempoh pemilihan kepimpinan PAS sudah tidak lama lagi. Di sebalik dana pembiayaan yang diberikan oleh DAP, akar umbi PAS sendiri kurang meyakinkan Mat Sabu walaupun golongan muda yang kagum tahaluf siyasi PAS dengan DAP akan berpihak kepadanya.



Monday, February 23, 2015

MAT SABU BAKAL SAMAN TV3? MAT SABU BAKAL KELUAR KENYATAAN, 'ITU BUKAN SAYA, BUKAN SUARA SAYA, SUARA SAYA TAK BURUK MACAM TU!"



Rakaman audio membabitkan Mat Sabu dalam rancangan besar menggulingkan dan menerajang keluar Abdul Hadi Awang daripada jawatan Presiden PAS, telah terdedah dan menjadi viral menerusi media sosial.

Kematian Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS telah mencetuskan panik di kalangan kaum PASMA yang mula membariskan nama AHMAD AWANG, bekas Pesuruhjaya PAS Perak untuk jawatan tersebut, sekaligus menolak Harun Din Al-Hafiz yang jauh lebih berkelayakan dari segi keilmuwan dan disiplin ilmu sebagai Mursyidul Am.

Ahmad Awang adalah individu utama yang menjadikan DAP begitu berkuasa di Perak dan Selangor menerusi kerajaan campuran pada tahun 2008. Dia juga merupakan antara yang paling awal bergegas mengacum dan menghasut Allahyarham Nik Abdul Aziz agar membenci kerjasama antara PAS-UMNO walaupun ketika Abdul Hadi Awang mengutarakan usul Kerajaan Perpaduan, Allahyarham Nik Abdul Aziz turut bersetuju dan meraikan pendapat itu.

Walaupun telah didedahkan modus operandi PASMA yang berhasrat untuk menjadikan PAS sebagai Biro Agama Islam bagi DAP, sekaligus mengukuhkan kekuatan dan kedudukan Lim Guan Eng dan DAP, namun para pemimpin PASMA yang selama mereka berada dalam PAS, berjaya mengaut keuntungan besar daripada pelbagai projek kerajaan negeri khususnya di Kelantan, selain bantuan dana daripada DAP, mempunyai kekuatan kewangan yang membolehkan mereka membayar gaji dan mengupah tukang propaganda.

Disebabkan itulah, kita dapat melihat bagaimana bercelarunya PAS dengan semua pihak mengaku, mereka mewakili PAS walaupun pada masa yang sama, sebahagian besar daripada mereka yang mengaku PAS itu adalah PASMA yang menyembah dan memberhalakan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Bukti suara Mat Sabu sepertimana yang disiarkan oleh Buletin Utama TV3 jam 8:00 malam tadi, sudah tentu akan mencorakkan satu lagi drama politik di negara ini. Selepas Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim, adakah Mat Sabu akan mengambil tindakan saman dan dengan 'bantuan pihak tertentu', Mat Sabu akan menang dalam saman fitnah sebagaimana yang keistimewaan yang diberikan kepada Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim dalam kes-kes saman fitnah?

Saturday, February 21, 2015

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN, KEMAMPUAN MAT SABU YANG BARU INI TERSERLAH!!!


Kalau sebelum ini, jin dan bunian sekadar dikaitkan dengan Harun Din, Ismail Kamus dan Darul Syifa tetapi kini dengan bukti yang boleh dilihat, sebenarnya yang berkemampuan berkomunikasi dengan jin adalah Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS merangkap barua dan balaci utama Lim Guan Eng yang sedang diperkirakan untuk menjadi Presiden Pas dengan cara menggulingkan Hadi Awang.

Kejadian berlaku di tapak bangunan Markas PAS Seremban di Lot 1137 Mukim Ampangan-Jelebu, Ampangan, Seremban.

Upacara pameran bercakap dengan jin yang didemonstrasikan oleh Mat Sabu berjaya menarik minat dan perhatian seramai 60 orang.

Antara yang turut enggan melepaskan peluang menunjukkan skil bercakap dengan jin adalah Taufek Abdul Ghani, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan; Norazman Mohamad, Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan; M.K Ibrahim Abd Rahman, YDP PAS Kawasan Seremban; Khairil Anwar  Mohd Wafa, YDP PAS Kawasan Rasah dan Khairi Zainuddin, Ketua Fewan Ulama Negeri Sembilan.



Dalam program bercakap dengan jin itu, sebanyak 7 khemah kosong telah didirikan dan 4 buah pembesar suara yang suaranya boleh didengar lebih 500 meter telah dipasang. Memandangkan ini adalah program bercakap dengan jin pihak penganjur berasakan dan mengandaikan permit dan kebenaran polis tidak diperlukan.

Menariknya dalam program yang sama, Mat Sabu telah melancarkan tabung derma atas nama Bangunan PAS Seremban menerusi jualan wakaf RM50 bagi sekaki persegi.


 
Blogger Templates