Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label kemelut pakatan. Show all posts
Showing posts with label kemelut pakatan. Show all posts

Tuesday, November 19, 2019

17 AHLI PARLIMEN UMNO-BN JUMPA AZMIN ALI, ANWAR IBRAHIM YANG KEPANASAN TAKUT TAK SEMPAT JADI PERDANA MENTERI!!!



Berita pertemuan beberapa orang Ahli Parlimen UMNO-BN dengan Azmin Ali di kediaman rasminya di Putrajaya, membuatkan media sosial menjadi hangat. Kebanyakan yang memberikan reaksi adalah para penyokong UMNO sendiri.

Kegembiraan menyambut kemenangan Wee Jeck Seng di Tanjung Piai dengan majoriti lebih 15,000 masih lagi dirasakan dan masih lagi diperkatakan. Rata-rata berpendapat, formula Muafakat Nasional sudah berjaya dan formula yang sama perlu digunakan dalam PRK-PRK atau PRU-15 akan datang.


Apabila berita melaporkan 17 orang Ahli Parlimen UMNO-BN bertemu Azmin yang motifnya lebih kepada menyelamatkan Mahathir dan kedudukannya, ramailah yang bingkas marah. Kebanyakannya berpendapat, untuk apa Mahathir diselamatkan selepas apa yang dilakukannya terhadap UMNO, BN, para pemimpin UMNO khususnya Najib, dan negara secara keseluruhannya.

Keputusan PRK Tanjung Piai sememangnya dinanti-nantikan memandangkan ia adalah petunjuk kepada populariti Mahathir dan partinya di kalangan rakyat. Walaupun DAP dan PKR dilihat menyokong kempen PPBM di Tanjung Piai, namun dengan lebih 11,000 orang pengundi tidak keluar mengundi, mengesahkan bahawa PKR dan DAP terutama dari fraksi Anwar Ibrahim, sememangnya membiarkan Mahathir dan PPBM terkontang-kanting. Manakala PKR fraksi Azmin Ali pula, tidaklah sekuat dan segah mana sepertimana yang diuwar-uwarkan.


Justeru, apabila viral berita Ahli-Ahli Parlimen UMNO berkumpul di kediaman rasmi Azmin Ali di Putrajaya malam tadi, pelbagai tanggapan dan persepsi boleh dibuat. Walaupun tidak kesemua Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang datang, tapi digembar-gemburkan, 30 orang Ahli Parlimen UMNO bersama-sama Azmin.

Apa sebenarnya yang berlaku dan sedang berlaku?

Senarai yang hadir dalam pertemuan dengan Azmin melibatkan Ahli-Ahli Parlimen UMNO-BN:

1. Ahmad Hamzah - Ahli Parlimen Jasin
2. Shahidan Kassim - Ahli Parlimen Arau
3. Ismail Mohd Said - Ahli Parlimen Kuala Krau
4. Hasbullah Osman - Ahli Parlimen Gerik
5. Shahar Abdullah - Ahli Parlimen Paya Besar
6. Ismail Abdul Mutalib - Ahli Parlimen Maran
7. Hishamuddin Hussein Onn - Ahli Parlimen Sembrong
8. Azalina Said - Ahli Parlimen Pengerang
9. Mastura Mohd Yazid  - Ahli Parlimen Kuala Kangsar
10. Ahmad Nazlan Idris - Ahli Parlimen Jerantut
11. Adham Baba - Ahli Parlimen Tenggara
12. Nizar Hj Zakaria - Ahli Parlimen Parit
13. Abdul Rahman Mohamad - Ahli Parlimen Lipis
14. Salim Sharif - Ahli Parlimen Jempol
15. Ramli Mohd Nor - Ahli Parlimen Cameron Highlands
16. Jalaluddin Alias - Ahli Parlimen Jelebu
17. Zahidi Zainul Abidin - Ahli Parlimen Padang Besar
18. Noraini Ahmad - Ahli Parlimen Parit Sulong

Selain Azmin Ali, Ahli-Ahli Parlimen PKR yang turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah:

1. Zuraidah Kamaruddin - Ahli Parlimen Ampang
2. Kamaruddin Jaafar - Ahli Parlimen Bandar Tun Razak
3. Mansor Othman - Ahli Parlimen Nibong Tebal
4. Maria Chin Abdullah - Ahli Parlimen Petaling Jaya
5. Mohd Rashid Hasnon - Ahli Parlimen Batu Pahat


Umum mengetahui, Anwar sudah tidak sabar-sabar lagi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kekalahan besar parti pimpinan Mahathir di Tanjung Piai, menambahkan lagi keterujaan Anwar untuk menggulingkan Mahathir.

Justeru, nyawa kerjaya Perdana Menteri Mahathir sudah sampai ke hujung tanduk.

Azmin Ali walaupun dikatakan kuat, tetapi fraksinya dalam PKR, tidaklah sekuat mana. Perpecahan sokongan untuk Azmin Ali dan Anwar Ibrahim, mengecilkan jumlah penguasaan kerusi Parlimen PKR. Sedangkan Anwar Ibrahim pula, memperolehi sokongan solid dari DAP yang menguasai 40 kerusi Parlimen.

Satu-satunya cara untuk menyelamatkan Mahathir dan Azmin Ali adalah dengan meraih sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan PAS. PAS awal-awal lagi telah menyatakan akan memberikan sokongan kepada Mahathir bagi mengelakkan Anwar Ibrahim yang disifatkan sebagai rakan akrab DAP daripada diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Pada PRU-14 lalu, Mahathir telah menggunakan strategi manipulasi dan persepsi untuk mengalahkan Najib Tun Razak dan BN. Ternyata, dia menang. Namun kemenangannya itu turut diikuti dengan kesilapan terbesar kerana yang berkuasa bukannya Mahathir, sebaliknya Mahathir yang memberikan kuasa besar kepada DAP.

Semua jawatan penting negara, termasuklah Peguam Negara, Ketua Hakim Negara dan Menteri Kewangan diserahkan kepada DAP. Pada masa yang sama, keadaan ekonomi dan kewangan negara, semakin merudum dan merosot. Bursa saham Malaysia menjadi bahan ejekan dan lawak jenaka seluruh dunia.


Bloomberg melaporkan, tiada pelabur yang mahu membeli saham-saham di BSKL walaupun harga saham Malaysia semakin hari semakin murah. Dengan kata lain, sekalipun dijual lelong timbang kati, para pelabur asing tetap tak mahu terlibat dengan pasaran modal Malaysia kerana ketidakyakinan mereka terhadap Kerajaan dan dasar-dasar serta polisi-polisi Kementerian Kewangan yang diketuai oleh Lim Guan Eng DAP. (RUJUK SINI).


Ironinya, pertemuan antara Azmin Ali dengan Ahli-Ahli Parlimen UMNO-BN itu, membuatkan Anwar Ibrahim melompat sakan. Anwar dalam satu kenyataan, telah mengarahkan Azmin Ali agar bersemuka dengannya. Atau lebih tepat lagi, hadir dalam mesyuarat Biro Politik PKR untuk menjelaskan berhubung pertemuannya dengan Ahli-Ahli Parlimen UMNO-BN. (RUJUK SINI)

Sementara itu, The Coverage menyiarkan senarai nama Ahli-Ahli Parlimen pelbagai parti yang menuntut agar Mahathir meletakkan jawatan. (RUJUK SINI)


Senarai ahli parlimen yang sokong supaya Tun Mahathir letak jawatan

PERLIS (tiada)

KEDAH (8)

Kulim Bandar Baharu – Menteri (PKR)
Kubang Pasu – Timbalan Menteri (PPBM)
Pokok Sena – Timbalan Menteri (AMANAH)
Sungai Petani – Pengerusi BBC (PKR)
Merbok (PKR)
Alor Setar (PKR)
Kuala Kedah (PKR)
Padang Serai (PKR)

PENANG (10)

Bagan – Menteri (DAP)
Tanjong – KM Pulau Pinang (DAP)
Bukit Mertajam (DAP)
Batu Kawan (DAP)
Bukit Bendera (DAP)
Jelutong (DAP)
Bukit Gelugor (DAP)
Bayan Baru (PKR)
Balik Pulau (PKR)
Permatang Pauh (PKR)

PERAK (14)

Parit Buntar – Menteri (AMANAH)
Gopeng – Timbalan Menteri (PKR)
Lumut – Timbalan Menteri (AMANAH)
Teluk Intan – Timbalan Speaker (DAP)
Bagan Datuk – Ketua Pembangkang (PPBM)
Taiping (DAP)
Padang Rengas (UMNO)
Sungai Siput (PKR)
Batu Gajah (DAP)
Ipoh Barat (DAP
Ipoh Timur (DAP
Beruas (DAP)
Kampar (DAP)
Tanjung Malim (PKR)

SELANGOR (17)

Pandan – Timbalan Perdana Menteri (PKR)
Shah Alam – Menteri (AMANAH)
Kuala Selangor – Menteri (AMANAH)
Kota Raja – Menteri (AMANAH)
Puchong – Menteri (DAP)
Subang – Menteri (PKR)
Sungai Buloh – Timbalan Menteri (PKR)
Sepang – Timbalan Menteri (AMANAH)
Damansara (DAP)
Hulu Selangor (PKR)
Selayang (PKR)
Hulu Langat (AMANAH)
Bangi (DAP)
Subang (PKR)
Petaling Jaya (PKR)
Kapar (PKR)
Klang (DAP)

WILAYAH (7)

Seputeh – Menteri (DAP)
Segambut – Timbalan Menteri (DAP)
Cheras (DAP)
Kepong (DAP)
Setiawangsa (PKR)
Bukit Bintang (DAP)
Lembah Pantai (PKR)

MELAKA (2)

Tangga Batu (PKR)
Kota Melaka (DAP)

NEGERI SEMBILAN (5)

Port Dickson – Bakal PM (PKR)
Seremban – Menteri (DAP)
Rasah (DAP)
Rembau (UMNO)
Tampin (AMANAH)

JOHOR (12)

Simpang Renggam – Menteri (PPBM)
Kulai – Timbalan Menteri (DAP)
Iskandar Puteri (DAP)
Segamat (PKR)
Sekijang (PKR)
Labis (DAP)
Ledang (PKR)
Bakri (DAP)
Kluang (DAP)
Tebrau (PKR)
Pasir Gudang (PKR)
Johor Bharu (PKR)

PAHANG (4)

Raub – Timbalan Menteri (DAP)
Kuantan – Timbalan Menteri (PKR)
Temerloh – Timbalan Menteri (AMANAH)
Bentong (DAP)
TERENGGANU (1)

Besut (UMNO)

KELANTAN (1)

Gua Musang (UMNO)

SABAH (8 )

Kota Kinabalu (DAP)
Putatatn (PKR)
Keningau (STAR)
Ranau (PKR)
Tenom (DAP)
Sandakan (DAP)
Tawau (PKR)

SARAWAK (12)

Selangau – Menteri (PKR)
Mas Gading (DAP)
Kuching (DAP)
Sibu (DAP)
Stampin (DAP)
Puncak Borneo (PKR)
Lubok Antu (PKR)
Saratok (PKR)
Sarikei (DAP)
Julau (PKR)
Lanang (DAP)
Miri (PKR)


Sementara itu, Malaysiakini melaporkan, selepas pertemuan dengan 17 orang Ahli Parlimen UMNO di kediaman rasminya malam tadi, petang ini, Azmin Ali didakwa melakukan pertemuan lagi dengan sejumlah Ahli-Ahli Parlimen dari PKR pula. (RUJUK SINI)

Kita tunggu kesudahan 'drama' ini. Namun sesuatu yang sangat pasti ialah, tuntutan dan desakan majoriti rakyat Malaysia agar Mahathir membubarkan Parlimen agar rakyat boleh memberikan mandat baru kepada kerajaan baru semakin kuat. Ini kerana masalah ekonomi dan kewangan negara semakin meruncing di bawah pentadbiran Pakatan Harapan dan tanda-tanda penyelesaian langsung tidak kelihatan kerana Pakatan Harapan terlalu banyak bermain politik.












Sunday, November 17, 2019

KALAH DI TANJUNG PIAI, MAHATHIR DAN PPBM DIPERSALAHKAN OLEH DAP DAN PKR... MACAMLAH ANWAR IBRAHIM DAN LIM GUAN ENG BOLEH SELAMATKAN NEGARA NI!!!



Sememangnya keputusan PRK Parlimen Tanjung Piai ditunggu-tunggu. Bukan sahaja oleh UMNO-PAS dan BN secara keseluruhannya, bahkan di kalangan Pakatan Harapan sendiri terutama sekali melibatkan DAP dan PKR.

Orang yang paling menunggu-nunggu keputusan tersebut sudah tentulah Anwar Ibrahim dan konco-konconya. Kekalahan besar PPBM di Tanjung Piai bermakna Mahathir dan partinya, PPBM bukan sahaja sudah tidak relevan malahan telah menjadi liabiliti kepada Pakatan Harapan.


Sebab itulah, sejurus selepas berita kekalahan besar PPBM di Tanjung Piai, sekutu Anwar Ibrahim yang paling rapat, Syed Husin Ali membuat ciapan di Twitter dengan menyalahkan Mahathir sepenuhnya atas kekalahan tersebut. Malahan Syed Husin Ali dalam ciapannya juga berkata, Mahathir seharusnya sedar diri dan mengambil langkah segera berundur selain menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim sebagaimana yang dijanjikan.

Anwar Ibrahim sendiri dalam statusnya di FB berkata, majoriti yang diperolehi oleh calon BN merupakan satu kejutan besar, sekaligus memberikan mesej yang sangat jelas kepada seluruh kepimpinan Pakatan. Menurutnya lagi, Pakatan harus mengambil pengajaran dan iktibar daripada keputusan tersebut.

Isyarat yang diberikan oleh Anwar Ibrahim hampir senada dengan kata-kata Syed Husin Ali bahawa Mahathir perlu berundur dan melepaskan jawatan Perdana Menteri selain bertanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan yang ditanggung oleh PPBM di Tanjung Piai.


Dari kem DAP, antara terawal yang menyambut gembira kekalahan PPBM adalah Lim Lip Eng, Ahli Parlimen Kepong yang memberitahu dengan megahnya, sejurus selepas dia mengumumkan kekalahan besar PPBM di Tanjung Piai, orang yang mendengar ceramahnya dalam satu majlis makan, bertepuk tangan dan bersorak dengan gembira.

Kenyataan Lim Lip Eng itu adalah yang paling berterus-terang. Sekaligus menggambarkan pendirian sebenar DAP terhadap Mahathir dan PPBM.


Begitu juga dengan kenyataan yang dibuat oleh Ng Wei Aik yang sekarang ini merupakan Penyelaras Khas kepada Menteri Kewangan atau dalam bahasa lebih mudah, Pegawai Khas Lim Guan Eng. Ciapan ringkas Ng Wei Aik adalah yang paling keras.

"It's time for Mahathir to go." (Sudah sampai masanya Mahathir berundur)


Namun yang paling mengejutkan ialah apabila Rais Yatim, Pengerusi PPBM Negeri Sembilan sendiri turut memberikan bayangan menyalahkan Mahathir dan PPBM sendiri atas kekalahan di Tanjung Piai. Menurut Rais, kekalahan tersebut adalah disebabkan kehadiran 'MENTERI-MENTERI TIGASUKU' yang tidak menghiraukan keluhan dan jeritan rakyat, membuatkan rakyat menjadi muak dan akhirnya memberikan tamparan besar kepada PPBM di Tanjung Piai. 

Semua kesalahan akibat kekalahan tersebut kini ditudingkan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad. PKR dan DAP secara khusus menuduh, Mahathir adalah faktor utama kekalahan tersebut walaupun sebenarnya rakyat tidak buta, tidak pekak dan tidak bodoh sebagaimana sangkaan mereka. 



Kesalahan sepatutnya ditanggung oleh semua kepimpinan Pakatan Harapan yang membentuk Kerajaan Persekutuan kerana masalah yang ditanggung oleh rakyat sekarang adalah disebabkan oleh kelemahan dan ketidakpedulian yang menjadi dasar serta polisi Kerajaan Pakatan Harapan terutama sekali melibatkan Lim Guan Eng dan Menteri-Menteri DAP dalam Kabinet. 

Majoriti 15,086 yang diperolehi oleh calon BN itu memberikan isyarat jelas dan lantang dari rakyat kepada kerajaan agar memperkemaskan kembali pentadbiran negara atau melepaskan jawatan kerana rakyat sudah tidak boleh bertoleransi lagi dengan kebodohan demi kebodohan yang ditunjukkan oleh kerajaan. 


Selain daripada pelbagai janji-janji dan manifesto yang tidak ditunaikan, rakyat juga mahu memberitahu kerajaan Pakatan agar bersedia dengan pelan menyelamatkan rakyat, bukannya pelan menjual harta-harta negara dan kemudian memberi alasan dengan menyalahkan Najib serta pentadbiran lepas. 

Isu sebenar rakyat adalah membabitkan kocek, perut, tembolok dan dompet. 

Itu masalah sebenar, bukannya masalah Anwar tak jadi Perdana Menteri. Bukan masalah, Lim Guan Eng memerlukan Anwar Ibrahim untuk terus bermaharajalela dalam pentadbiran negara!

Naik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekalipun, sekiranya kekal Lim Guan Eng dan DAP dalam pentadbiran negara, keadaan akan menjadi lebih teruk berbanding terus mengekalkan Mahathir sebagai PM. 



Sunday, March 3, 2019

PPBM AKAN BEKERJA LAGI KUAT MENGUMPULKAN UNDI MELAYU-BUMIPUTERA-ISLAM SELEPAS TERUK DIMAKI HAMUN PENYOKONG DAP!!!



Tiba-tiba tona suara para pemimpin Pakatan Harapan terutama dari PPBM berubah sebaik-baik berita kekalahan calon PPBM di DUN Semenyih malam tadi.

Tiba-tiba sahaja PPBM diselimuti keinsafan berhubung nasib orang Melayu, Bumiputera dan Islam. Dan tiba-tiba sahaja PPBM ingin memperbaiki kesilapan dan kelemahan mereka.




Namun di ruang-ruang komen, Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir dihentam teruk oleh penyokong-penyokong DAP kerana kegagalan menawan kerusi Melayu. PPBM disifatkan sebagai gagal menterjemahkan sokongan Melayu kepada Pakatan. Malahan penyokong-penyokong PPBM yang sebelum itu cukup gah, cukup sombong dan cukup takabbur, menyalahkan pucuk pimpinan yang enggan mendengar suara mereka yang kononnya lebih tahu.

Drama menyalahkan pucuk pimpinan masa UMNO hilang kuasa pada 9 Mei 2018, kini berulang dalam PPBM. Bezanya, UMNO hilang kuasa semasa PRU-14, PPBM pula hilang maruah kerana PRK DUN Semenyih.


Dan seandainya, PPBM kalah lagi di Parlimen Jasin sekiranya Mahkamah Persekutuan mengeluarkan perintah agar pilihanraya diadakan semula dan calon PPBM adalah Khairuddin Abu Hassan, sama seperti PRU-14 yang lepas, besar kemungkinan ramailah pemimpin-pemimpin PPBM yang akan mula berkira-kira hendak melompat parti.

Hari ini, tidak sampai 24 jam selepas kekalahan calon PPBM di DUN Semenyih, kita diperlihatkan sikap tawadduk dan mengaku bersalah di kalangan pemimpin Pakatan, khususnya PPBM dan PKR. Sentimen 'SEDAR KESILAPAN' digunakan untuk memperdaya rakyat, khususnya orang Melayu walaupun sebenarnya pemimpin-pemimpin Melayu PKR dan PPBM itu sedikit pun tidak peduli dengan sensitiviti orang Melayu yang telah terguris semenjak Pakatan menjadi Kerajaan Persekutuan.


Dan disebabkan itulah juga, DAP kita dapat lihat tidak memberikan sebarang respons kerana DAP sudah berada dalam keadaan yang sangat selamat. 12 Saluran Undi Cina, semuanya berpihak kepada Pakatan yang Cina lihat diketuai dan dikuasai oleh DAP. Biarpun peratusan Cina dan India yang menyokong Barisan Nasional meningkat sedikit berbanding pada PRU lepas, namun peratusan kecil itu berjaya ditenggelami majoriti yang menyokong ketuanan DAP dalam Pakatan.

Keputusan PRK DUN Semenyih ini sudah pastilah memberikan kesan yang besar kepada PPBM khususnya dalam menarik sokongan Melayu dan Bumiputera untuk Pakatan Harapan. Untuk itu, orang Melayu, Bumiputera dan umat Islam perlu diambil hati. Cara termudah dan termurah untuk mengambil hati orang Melayu, Bumiputera dan umat Islam di negara ini adalah dengan MEMINTA MAAF dan MENGAKUI KESILAPAN.

Sebab itulah, sebaik-baik sahaja kalah, orang pertama yang meminta maaf adalah Syed Saddiq, Ketua Armada yang juga Menteri Belia dan Sukan. Selepas itu menyusul Mukhriz Mahathir yang mengakui kekalahan PPBM dan mengucapkan tahniah kepada UMNO-PAS sambil menyatakan, PPBM akan memperbaiki prestasi parti itu untuk PRK akan datang.



Dan sebab itulah juga, Dr. Mahathir yang sebelum ini lantang mengkafirkan UMNO dan menyatakan UMNO sudah 'Innalillah', sebaik-baik sahaja calonnya kalah dalam PRK DUN Semenyih, segera menyalahkan kerjasama UMNO-PAS dan menggunakan Hutang Negara sebagai modal utama mengapa calonnya kalah.

Sesuatu yang pasti ialah, orang Melayu, Bumiputera dan umat Islam di Malaysia tidak akan melupakan bagaimana aset-aset dan ekuiti-ekuiti mereka sedang dilelong murah-murah dan mudah-mudah oleh Kerajaan Pakatan yang diketuai oleh DAP. Umat Islam Malaysia tidak dapat melupakan bagaimana pembohongan dan fitnah tentang kerugian Tabung Haji membolehkan Lim Guan Eng menggunakan SPV untuk merampas dan merompak RM19.9 bilion kekayaan Tabung Haji untuk dibahagi-bahagikan sesama mereka. Malah orang Melayu dan Bumiputera tidak lupa bagaimana FELDA digambarkan sebagai merugikan untuk membolehkan aset-aset FELDA dilelong dan dijual kononnya untuk membayar hutang dan memastikan aliran kewangan entiti yang lebih stabil.

Begitu juga nasib yang menimpa FELCRA, PNB, LTAT malah lebih tersusun lagi ialah 1MDB yang sehingga ke hari ini, tidak ada satu aset 1MDB yang dicairkan, bahkan 1MDB sendiri terus wujud dengan orang-orang pro Kerajaan Pakatan dimasukkan, sebaliknya pelaburan entiti seperti Tabung Haji di pusat pelaburan utama 1MDB seperti TRX, dirampas untuk dijual murah kepada kroni kerana prospek keuntungan beratus kali ganda.



PPBM dan PKR akan berusaha mendapatkan sokongan Melayu-Bumiputera untuk DAP. Namun rakyat juga pasti akan ingat, bahawa kerana Kerajaan Pakatan Harapan terlalu lemah dan bodohlah, maka ekonomi dan kewangan negara berada dalam keadaan yang sangat meruncing. Semenjak 9 Mei 2018, beratus bilion pelaburan asing di Malaysia telah keluar dari negara ini. Tidak satu sen pun pelaburan asing berjaya dibawa masuk. Malah lebih teruk lagi, segala komoditi yang menjadi nadi utama pendapatan negara, kini menjadi beban sehinggakan Menteri Perusahaan Utama dari DAP, Teresa Kok mengeluarkan cadangan agar menggantikan tanaman kelapa sawit dengan buluh.

Ironinya, ekonomi dan kewangan yang terjejas itu majoritinya melibatkan Melayu, Bumiputera dan umat Islam.

Tak guna meminta maaf atau mengakui kesilapan semata-mata untuk terus memperdayakan orang Melayu, Bumiputera dan umat Islam di negara ini supaya terus memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan tetapi pada masa yang sama, yang terus ditekan, dihina dan dipersiakan adalah Melayu, Islam dan Bumiputera!


Saturday, January 6, 2018

TAK ADA HARAPAN LAGI!!! SELEPAS AGM PPBM, KECURIGAAN TERHADAP PPBM SEMAKIN KUAT DI KALANGAN PAKATAN HARAPAN!!!



Walaupun para penyokong Tun Dr. Mahathir dan ahli-ahli PPBM begitu seronok serta berharap, segala-galanya berjalan lancar terutama membabitkan persekongkolan parti tersebut dengan DAP, PAN dan PKR, namun hakikatnya jauh berbeza daripada harapan besar mereka.

Selain PKR, DAP dan PAN tidak yakin langsung dengan PPBM terutama yang membabitkan pendaftaran parti tersebut,turut mendatangkan masalah kepada persyarikatan kumpulan tersebut adalah ego besar serta berlagak PPBM. Bukan itu sahaja, PPBM yang berasakan Dr. Mahathir jauh lebih baik berbanding para pemimpin parti-parti persekongkolan mereka juga mendatangkan masalah.

Bukan cerita baru bagaimana orang PPBM enggan menghadiri mesyuarat Pakatan Harapan sekiranya Pengerusi mesyuarat tidak dilantik dari kalangan orang PPBM. Bukan juga cerita baru bagaimana perasannya orang-orang PPBM kononnya Dr. Mahathir dan Mukhriz adalah penyelamat Pakatan Harapan.

Jawatan Perdana Menteri menjadi titik tolak kepada permuafakatan tersebut. Pakatan Rakyat berkubur apabila jawatan Perdana Menteri yang sepatutnya mencalonkan Anwar Ibrahim dari PKR, gagal mencapai kata sepakat. Walaupun PAS pada ketika itu menyokong pencalonan Anwar Ibrahim tetapi akhirnya DAP yang membuat kata putus. Kegagalan dalam PRU-13 akhirnya menyaksikan DAP menyingkirkan PAS dari Pakatan Rakyat dan Pakatan Rakyat juga berkubur.

Tepat sebagaimana yang dikatakan oleh Salahuddin Ayub. Siapa calon Perdana Menteri dari Pakatan Harapan perlu ditampilkan dan diperkenalkan kepada umum. Setakat ini, hanya PPBM yang mahukan Dr. Mahathir sebagai bakal Perdana Menteri ke-7 sekiranya Pakatan menang pada PRU-14 dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Mukhriz Mahathir pula digambarkan akan bertanding di Selangor. Lebih tepat lagi di Shah Alam. Namun berita terbaharu ialah PKR menerusi Azmin Ali turut berkira-kira hendak bertanding di kerusi Parlimen Shah Alam. Namun Khalid Samad, penyandang di kerusi tersebut berkata, Shah Alam akan kekal di tangan PAN. Dengan kata-kata lain, parti-parti lain tidak boleh kacau kerusi Parlimen Shah Alam kerana PAN akan mewakili Pakatan Harapan di erusi berkenaan.

Perlu diingat, PAN 'merampas' kerusi yang telah dimenangi oleh PAS pada PRU lalu. Sudah pasti juga, PAS turut akan meletakkan calon mereka di kerusi berkenaan bersama-sama dengan UMNO-BN.

Diam tak diam, Menteri Besar Selangor yang sedang berhadapan dengan pelbagai skandal dan penyelewengan, Azmin Ali menjadi saingan utama Dr. Mahathir mahupun Mukhriz. PKR melihat Azmin Ali sebagai calon Perdana Menteri yang jauh lebih layak. Walaupun fraksi di dalam PKR yang anti-Azmin Ali turut melancarkan gerakan untuk menghalang Azmin Ali daripada berebut jawatan lebih besar,

Bibit-bibit masalah buat PPBM sudah mula kelihatan terutama selepas AGM yang tidak patuh kepada Perlembagaan parti itu sendiri. PKR, PAN dan DAP sudah menampakkan rasa cuak dan curiga mereka terhadap PPBM. Malah ada yang berterus-terang mengatakan, PPBM tidak mempunyai masa hadapan sebaliknya, ahli-ahli PPBM akan kembali semula ke dalam UMNO seperti yang berlaku kepada Semangat 46.

Lebih ramai pula yang percaya, PPBM tidak akan sempat mencalonkan sesiapa pun dari parti mereka untuk bertanding dalam PRU-14 kerana peraturan dan undang-undang pertubuhan. Justeru, kita akan menyaksikan adakah keegoan dan ebongkakan ahli-ahli PPBM akan mengendur apabila mereka terpaksa memilih PKR, PAN atau DAP untuk turut serta dalam PRU-14 nanti.


Sunday, December 17, 2017

TEAM KARTEL VS TEAM PORNOROGO DI SELANGOR BIKIN KEPALA LIM KIT SIANG MIGRAIN!!!!



Kalau ikutkan kepada akar umbi, memang parti-parti yang membentuk Pakatan Harapan kecuali PAN, berada dalam keadaan yang sangat kuat. Ini adalah kerana kebanyakan ahli dan penyokong akar umbi sudah terlalu lama didakyah dan didoktrinkan agar membenci UMNO dan Barisan Nasional. Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan UMNO dan Barisan Nasional akan dianggap sebagai penyelewengan, rasuah dan salahguna kuasa. Jadi tidak hairanlah jikalau mereka mempunyai pemikiran, 'SEMUA SALAH UMNO'.

Namun bukan juga rahsia bila mana pertelingkahan dalaman melibatkan PKR, PPBM, DAP dan PAN sedang meruncing. Pertelingkahan tersebut berpunca daripada perebutan kerusi-kerusi DUN dan Parlimen antara parti-parti berkenaan. Sehingga ke hari ini, pembahagian kerusi-kerusi antara parti-parti berkenaan masih belum selesai.

PPBM yang dipengerusikan atau lebih tepat lagi diketuai oleh Dr. Mahathir mahu menjadi dominan dengan menguasai Pakatan Harapan dengan matlamat sekiranya Pakatan menjadi penguasa Putrajaya pada PRU-14 nanti, PPBM yang akan menjadi tulang belakang sepertimana UMNO di dalam Barisan Nasional. Dengan kata lain, jawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan beberapa jawatan Menteri Kabinet kanan selain kedudukan dalam GLC akan dipegang oleh orang-orang dari PPBM.

Bagaimanapun, berdasarkan kepada keadaan semasa, PPBM sendiri sedang bergelut untuk menempatkan calon-calon mereka di kerusi-kerusi DUN dan Parlimen. Yang pasti, PPBM akan bertanding di kerusi UMNO. Pada masa yang sama, mereka juga bakal berhadapan dengan PAS kerana sudah menjadi tradisi, di mana UMNO meletakkan calonnya, pencabarnya adalah PAS.

Sedangkan pada masa yang sama, PAN yang ditubuhkan lebih dahulu berbanding PPBM sudah berikrar, mereka akan meletakkan calon di mana PAS akan bertanding. Dengan kata-kata lain, akan wujud sekurang-kurangnya tiga penjuru dengan UMNO mewakili BN, PAS dan PAN merebut kerusi DUN dan Parlimen. Seandainya PPBM juga campurtangan bermakna akan berlaku pertandingan empat penjuru. Sekaligus peluang untuk Pakatan Harapan menang amat tipis.

DAP dan PKR sudah pasti tidak akan sama sekali merundingkan kerusi-kerusi yang mereka tandingi untuk ditawarkan kepada PAN dan PPBM yang dilihat hanya wujud di atas kertas tetapi tidak mempunyai kekuatan.

Sementara itu, Team Kartel yang diketuai oleh Azmin Ali di Selangor sedang giat mengadakan sesi pertemuan dan perbincangan dengan PAS menerusi Gagasan Sejahtera bagi merundingkan tentang agihan kerusi dan bagi mengelakkan pertembungan 3 penjuru di Selangor yang bakal mengakibatkan PKR akan kehilangan lebih banyak kerusi majoriti Melayu.

Rundingan yang dilakukan oleh Team Kartel telah menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan Team Ponorogo yang diketuai oleh Rafizi Ramli. Team Ponorogo buat kali pertama 'diperkenalkan' oleh Latheefa Koya ketika tercetus polemik antaranya dengan Rafizi Ramli. Latheefa Koya secara berterus-terang menuduh Rafizi Ramli merupakan anasir parasit yang sedang menyalahgunakan PKR untuk tujuan peribadinya, terutama menerusi penubuhan INVOKE yang merupakan entiti berasingan dan pesaing kepada AMK dan PKR sendiri.

Team Pornorogo seperti yang diketahui merupakan pro-DAP dan PAN. Team tersebut dikatakan mahu meletakkan alon dan proksi mereka di beberapa kerusi DUN Selangor, sekaligus bakal menyebabkan perpecahan di kalangan kepimpinan PKR.

Kebetulan pula, Azmin Ali sendiri terbabit dalam skandal penyalahgunaan kuasa dan rasuah terutama selepas anak saudara, ipar dan saudara-saudaranya ditahan SPRM kerana skandal pasir Selangor, selain beberapa skandal tanah dan penyelewengan serta rasuah yang lain, yang didedahkan oleh kem PKR sendiri.


Sementara itu, di Kedah, PPBM dilihat cuba merapati dan berkawan dengan PAS Kedah dan telah mengadakan beberapa pertemuan sulit bagi tujuan yang sama. PAS Kedah merupakan kuasa politik kedua terbesar dan terkuat selepas UMNO malah pernah menjadi Kerajaan Negeri pada tahun 2008 selepas berjaya mengalahkan UMNO-BN dalam PRU-12. Bagaimanapun, pada PRU-13, setelah pelbagai skandal dan salahlaku melibatkan kepimpinan negeri yang diterajui oleh PAS, selain kelemahan-kelemahan yang tidak diperbaiki oleh PAS, akhirnya PAS Kedah menerima kekalahan pada tahun 2013 dan kembali menjadi pembangkang sebelum berpecah kepada dua kumpulan utama iaitu PAN dan PASMA.

Pertembungan 3 penjuru di Kedah, sudah pasti tidak akan memihak kepada PPBM, walaupun mereka mungkin dapat mengurangkan majoriti kemenangan sama ada calon PAS atau UMNO. Sebaliknya, PPBM akan gagal menawan mana-mana kerusi serta pengaruh seandainya mereka gagal meraih kemenangan yang meyakinkan pada PRU-14 selepas bercakap besar dan sangat yakin, boleh menumpaskan UMNO dan PAS.

Bagaimanapun, difahamkan siri-siri pertemuan dan rundingan tersebut, tidak mendapat restu daripada DAP dan PAN. Perbalahan pada peringkat kepimpinan Pakatan Harapan mulai tercetus. Team Pro-Mahathir mahukan kerusi DUN di Kedah ditandingi oleh mereka sepenuhnya tetapi Team Pro-Muhyiddin yang turut mahu meletakkan kroni dan proksi mereka setelah mereka 'kalah' dalam percaturan kuasa di Perak.

Seperti yang diperkatakan awal-awal tadi, walaupun perpecahan pada peringkat atasan Pakatan Harapan amat teruk, mereka masih bernasib baik kerana penyokong-penyokong mereka mempunyai satu persamaan iaitu 'SEMUA SALAH UMNO'. Perpecahan dan pergaduhan pada peringkat kepimpinan setakat ini tidak memberikan banyak impak negatif kepada sokongan penyokong kepada Pakatan Harapan.

Justeru, UMNO dan Barisan Nasional tidak boleh terlalu gembira dan meraikan 'kejayaan' itu kerana yang bakal mengundi nanti adalah akar umbi yang jumlah mereka jauh lebih ramai berbanding jumlah pemimpin yang akan bercakar sesama sendiri!!!


 
Blogger Templates