Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label penjawat awam. Show all posts
Showing posts with label penjawat awam. Show all posts

Monday, November 25, 2019

KERAJAAN PAKATAN BUAT OPEN TENDER, MENTERI TULIS SURAT BATALKAN KEPUTUSAN, PERDANA MENTERI SETUJU... BILA TERKANTOI, KSU PULA YANG DIPERSALAHKAN?!!!



E-siar tentang gantung kerja atau dalam bahasa lunaknya, kerjanya ditanggung membabitkan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian, Dato' Salehhuddin Hassan sudah tular dan tidak dinafikan oleh Kementerian Pertanian, mahupun oleh menterinya, Salahuddin Ayub.

Sebaliknya Salahuddin Ayub bertaici dan meminta orang ramai bertanya kepada Ketua Setiausaha Negara, mengapa Salehhuddin Hassan dan beberapa orang KSU serta TKSU yang lain dipindahkan atau digantung tugas. (RUJUK SINI)

Menurut Salahuddin, dia tidak tahu menahu berhubung penggantungan tugas Dato' Salehhudin Hassan itu. Bercakap kepada para wartawan selepas Kongres Benih Asia 2019 yang diadakan di Kuala Lumpur, Salahuddin berkata, dia juga tidak mengetahui kedudukan sebenar KSU Kementerian Pertanian itu atau sebarang tindakan telah diambil terhadap pegawai-pegawai kanan kerajaan yang lain.

"Anda sepatutnya bertanya kepada KSN). Saya tidak ada sebarang maklumat tentangnya," katanya.


Semalam, beberapa orang pemimpin PAN yang kelihatan sakit hati selepas terbarainya skandal RM1.4 bilion membabitkan NAFAS yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Ayer Hitam, Wee Ka Siong di Parlimen, menuduh KSU itu telah mensabotaj Salahuddin Ayub dan kerajaan.

Salah seorang anggota jemaah pengarah NAFAS yang juga merupakan pemimpin PAN, Normah Yusof dalam status Facebooknya, menuduh Dato' Salehhudin Hassan telah mensabotaj menteri serta telah memberikan tender serta kontrak NAFAS kepada kontraktor-kontraktor Cina sekaligus boleh menjejaskan kedudukan ribuan pekerja yang berkaitan NAFAS.

Sebelum Jun 2018, NAFAS mengamalkan runding terus bagi pembekalan dan perolehan terutama sekali membabitkan baja dan kerja-kerja pengapuran. Bagaimanapun, sistem runding terus seperti yang diamalkan oleh NAFAS di bawah pentadbiran Barisan Nasional seringkali dikatakan tidak adil serta banyak dipengaruhi oleh korupsi dan salahguna kuasa serta kedudukan.

Jadi pada 24 Julai 2019, satu tender terbuka telah dibuat untuk pembekalan tersebut. NAFAS turut masuk bertanding. Malangnya, panel pemilih telah memilih syarikat-syarikat kontraktor lain yang sudah pasti menawarkan harga yang lebih fleksibel serta perkhidmatan dan jangka masa yang lebih baik.

Dengan kata lain, NAFAS gagal.


Kegagalan NAFAS tersebut telah menyebabkan Salahuddin selaku Menteri Pertanian, telah menulis surat kepada Perdana Menteri untuk meminta campurtangan pada 7 November 2019 bagi membatalkan keputusan tender terbuka yang gagal dimenangi oleh NAFAS. Sebaliknya, Salahuddin meminta agar kontrak tersebut yang bernilai RM1.4 bilion diberikan kepada NAFAS yang telah menjadi sarang PAN melalui perlantikan politik, secara runding terus.

Dan Perdana Menteri yang diketahui tidak ada kuasa melainkan sebagai boneka dan proksi semata-mata itu pun bersetuju untuk memberikan kontrak secara runding terus kepada NAFAS. (RUJUK SINI)

Salahuddin dalam kenyataan terbarunya mengatakan, isu RM1.4 bukanlah skandal. Menurutnya lagi, dana tersebut masih lagi berada pada Kementerian Kewangan dan tidak dimasukkan ke akaun-akaun lain sebaliknya masih berada dalam Akaun Perbendaharaan. (RUJUK SINI)

Salahuddin juga menolak sebarang siasatan kerana isu tersebut bukanlah skandal.


Yang megah nak buat tender terbuka, Kerajaan Pakatan.
Yang batal direct award tender kepada NAFAS... kerajaan Pakatan
Yang henti sementara operasi NAFAS... Kerajaan Pakatan
Yang janji nak buat tender terbuka... Kerajaan Pakatan
Yang buat tender terbuka... Kerajaan Pakatan
Yang batal kemenangan pembida tender... Menteri Pakatan
Yang nak direct award semula... Menteri Pakatan

Syarikat yang menang open tender itu adalah menerusi portal My Procurement Perbendaharan Kementerian Kewangan. Masakan KSU boleh meminta proses open tender Kementerian Kewangan?

Dan seandainya betul KSU melakukan kesalahan tersebut, sepatutnya tindakan diambil terhadapnya kerana pecah amanah dan rasuah. Bukannya sembunyikan KSU itu dalam peti sejuk seperti yang dilakukan sekarang!

Thursday, February 21, 2019

BALA BUAT PENJAWAT AWAM DATANG LAGI... ANDA BAKAL DIPECAT DAN DIBUANG KERJA OLEH KERAJAAN!!!



'Perjuangan' untuk membuang penjawat awam atau dalam bahasa yang lebih lunak, mengecilkan saiz perkhidmatan awam di Malaysia telah dilancarkan oleh DAP bermula dari tahun 2011 lagi. Tony Pua yang sekarang merupakan Pegawai Khas Menteri Kewangan telah menyuarakan saranan tersebut pada 1 November 2011. Kenyataannya agar kakitangan awam dipecat dan saiz perkhidmatan awam dikecilkan, dibuat ketika Datuk Seri Najib Abdul Razak yang merupakan Perdana Menteri waktu itu mengumumkan kenaikan gaji dan elaun penjawat awam.

Ketika itu Tony Pua menjawat jawatan sebagai Ketua Publisiti DAP.

Saranan Tony Pua kemudiannya disanggah oleh Setiausaha MCA Selangor, Wong Koon Mun yang mencabar DAP untuk melaksanakannya terlebih dahulu di Selangor dan Pulau Pinang, iaitu dua buah negeri yang berada di bawah cengkaman DAP pada waktu itu.


Isu tersebut kemudiannya senyap seketika tetapi pada 25 Oktober 2016, sekali lagi Tony Pua membangkitkan keperluan kerajaan mengecilkan saiz perkhidmatan awam. Malahan kali ini, Tony Pua tampil dengan saranan yang lebih kritikal iaitu penjawat awam dipecat atau mereka diberikan gaji tapi tidak perlu datang bekerja kerana penjawat awam adalah 'biawak hidup' kepada kerajaan. (RUJUK SINI)

Ketika Tony Pua, Lim Guan Eng dan Lim Lip Eng semakin berjaya menukarkan kompleks Kementerian Kewangan sebagai sebuah 'pasar Cina' dengan lambakan lulusan UEC yang tidak tahu apa-apa tentang negara tetapi berlagak seperti terlalu pandai, Perdana Menteri yang sedang berhadapan dengan ancaman Undi Tak Percaya cuba mengambil hati DAP dengan mengulangi saranan Tony Pua.

Pembuangan dan pemecatan penjawat awam telah pun dilakukan dalam fasa pertama sebaik-baik sahaja Pakatan Harapan yang kementerian-kementerian utama negara ini dijajah dan ditakluk oleh DAP. Berpuluh-puluh ribu orang penjawat awam dibuang atas alasan lantikan politik. Namun pada masa yang sama, lebih ramai yang dibawa masuk oleh Kerajaan Pakatan walaupun mereka hanyalah lulusan UEC, bahkan ada yang tidak ada kelulusan dan pengalaman langsung tetapi diberikan jawatan-jawatan utama terutama sekali melibatkan Melayu-Melayu yang boleh ditampar tengkuk dan punggung mereka.


Kini saranan yang sama, nampaknya datang dari Perdana Menteri yang sedang tersepit dan terdesak.

Timbul pertanyaan, berapa ramai lagikah kakitangan awam yang akan menjadi mangsa sedangkan pada PRU-14 lalu, begitu ramai penjawat awam yang kuat menyokong Pakatan. Malahan, ada yang secara terang-terangan berkempen untuk memenangkan Pakatan Harapan menggunakan kedudukan dan jawatan mereka. Dan tidak kurang juga yang berusaha menjadi penyalur maklumat-maklumat sulit yang boleh dimanipulasi oleh Pakatan termasuklah projek-projek prasarana negara yang kemudian dikatakan sebagai projek penyonglapan wang rakyat.

Tapi kalau difikir-fikirkan pun, memang elok sangatlah... nak juga tengok penjawat-penjawat awam yang bercakap pandai sangat. Bila dah kena buang kerja dan kena kat batang hidung sendiri, kita nak tengok sejauh mana pula pandainya nanti.

Namun yang pasti, keputusan dan rancangan Kerajaan Pakatan Harapan yang dimotivasikan daripada saranan Tony Pua itu akan melibatkan penjawat awam Melayu, Bumiputera dan sebahagian besarnya beragama Islam.



Wednesday, April 4, 2018

SELEPAS MUKHRIZ MAHU PECAT PENJAWAT AWAM, MAHATHIR PULA PERLECEH TENTERA DAN POLIS!!!



Dulu anaknya, Mukhriz Mahathir pernah menyatakan Pakatan Harapan akan memecat pegawai-pegawai tertinggi kerajaan yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) jika gabungan itu memerintah negara. Namun selepas dikecam hebat, Mukhriz mendakwa kenyataannya diputar belit.

Kini bapanya pula, Mahathir Mohamad memperlekeh dan mengkritik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyatakan sokongan dan kesetiaan kepada kerajaan.

Ternyata Mahathir selaku Pengerusi Pakatan Harapan (PH) amat takut dan gelabah bila Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menyatakan ATM akan setia kepada kerajaan dan Perdana Menteri.

Apabila Raja Mohamed Affandi berkata demikian, Mahathr mendakwa Perdana Menteri kini mempunyai tentera sendiri. Dalam hal ini, Mahathir tidak menggunakan asas yang kukuh berlandaskan undang-undang Malaysia walhal setiap anggota polis dan tentera di Malaysia termaktub di dalam sumpah setianya terhadap Raja dan Negara (selari dengan Rukun Negara).

Ini juga menepati manifestasi komitmen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu melalui misi memartabatkan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar dan membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara.

Ini juga dipegang sebagai objektif penubuhan polis iaitu mempertingkatkan kecekapan serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam.

Maka tiada salahnya apa yang Perdana Menteri seru iaitu meminta polis dan tentera terus menyokong serta membantu kerajaan sedia ada.

Bukankah ketika Mahathir perintah negara selama 22 tahun dahulu, polis dan tentera juga memberikan memberi sepenuh taat setia kepada beliau selaku Ketua Kerajaan?

Kenapa apabila Mahathir sudah bersama dengan Pakatan Harapan, beliau boleh menukar nada pula? Kenapa agaknya penjawat awam menjadi sasaran?

Adakah kita mahu mereka ini menjadi pemimpin negara? Belum pegang negara, sudah berangan mahu mengecilkan saiz penjawat awam. Bukan itu sahaja, tentera dan polis juga diperlekehkan.

Tolaklah pemimpin seperti ini. Mereka begitu berbeza dengan corak pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan Najib. Banyak faedah dan manfaat diberikan kepada penjawat awam malah hari ini, Perdana Menteri telah mengumumkan khabar gembira kepada penjawat awam.

Kerajaan bersetuju memberikan kenaikan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion ringgit berkuatkuasa mulai 1 Julai 2018 kepada 1.6 juta penjawat awam. Ia menunjukkan betapa Perdana Menteri begitu prihatin dan tidak pernah mengabaikan penjawat awam.

Tulisan:
Beruang Biru
BB852, Rabu
4 April 2018

Saturday, December 17, 2016

DOKTOR KURANG AJAR MENGHINA DYMM YANG DI-PERTUAN AGONG!!!



Sedang viral di Facebook...

Dia hanyalah seorang doktor pelatih di sebuah hospital kerajaan. Lebih tepat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Kelang sebagaimana yang tercatat dalam profil FBnya.

Maknanya, dia masih belum sah dalam perjawatannya. Sebelum boleh menjadi doktor berdaftar penuh, dia perlu sah dalam perkhidmatan. 

Namun...

Melihat dan membaca tulisan-tulisannya membuatkan kita terfikir, apakah ini penjawat awam yang diperlukan oleh masyarakat?



Statusnya terlalu banyak memaki hamun pemimpin negara dan terkini kurang ajar dan biadap pula dalam mempertikaikan keabidan DYMM Yang Di-Pertuan Agong, bahkan disarankannya agar meletakkan jawatan sebagai Yang Di-Pertuan Agong. 

Tulisan-tulisannya yang berani menentang arahan-arahan majikannya termasuklah arahan KSN agar penjawat awam tidak menyertai perhimpunan haram, boleh dibaca dengan ejlas. Sattusnya memaki hamun ketua-ketua jabatan dan pakar-pakar hospital kononnya pilih kasih dan mengutamakan 'VAGINA' (pilih jantina), juga amat menjengkelkan apatah lagi dia hanyalah seorang doktor pelatih.


Apa masalah dia sebenarnya?

Benci betul nampaknya dia dengan keabidan DYMM Yang Di-Pertuan Agong. Tetapi pada masa yang sama, sayang benar dia dengan golongan peliwat dan LGBT. Bukan main kuat lagi dia membela kemungkaran yang dikatakannya sebagai kebenaran!

Kita tunggu tindakan daripada KSN dan JPA. Adakah dia akan dilepaskan, menjadi doktor, jadi kaya-raya dengan lari ke sektor swasta dan berterusan memaki hamun kerajaan yang telah membiayai pengajiannya di Mesir berbanding tindakan tegas, pantas dan keras yang telah diambil terhadap kakitangan awam yang setia menjelaskan dasar-dasar serta menangkis dakyah-dakyah palsu terhadap kerajaan.


Wednesday, November 30, 2016

LAGI RAMAI JERUNG RASUAH DITANGKAP SPRM, LAGI KUAT PENJAWAT AWAM SALAHKAN KERAJAAN SEBAB TAKUT TERKANTOI!!!



Amukan SPRM masih belum berhenti, bahkan semakin menjadi-jadi...

Kerajaan rasuah, kata mereka.

Pemuka-pemuka parti politik Kerajaan penyeleweng dan makan rasuah, kata mereka lagi...

Penjawat-penjawat awam pun bukan main menceceh tentang rasuah yang berleluasa. Pelbagai dokumen didedahkan untuk membuktikan memang berlaku rasuah dan penyelewengan dalam sektor masing-masing.

Laporan Ketua Audit Negara pula saban tahun, mengesahkan memang ada penyelewengan dan rasuah dalam setiap entiti kerajaan.

Dahulu, isu-isu rasuah dan penyelewengan, tersimpan kemas di bawah karpet. Cerita-cerita tentang rasuah hanyalah cerita-cerita taboo yang kemudian ditutup dengan penangkapan ikan-ikan bilis yang tidak memberikan sebarang impak pun.

Zaman telah berubah. BSN kemudian BPR dan kini SPRM juga sudah jauh berubah.

Kebelakangan ini, kita menyaksikan bagaimana SPRM melakukan operasi melibatkan ramai jerung-jerung yang selama ini hidup selesa dengan bertongkatkan rasuah. Mereka yang berkuasa dalam entiti-entiti kerajaan yang mudah berselindung kerana mudah menyalahkan orang lain, terutama sekali Menteri dan anggota-anggota peringkat bawahan, menjadi sasaran.

Terbaharu ialah penangkapan seorang pegawai tanah dan daerah di Johor. Begitu juga dengan tangkapan melibatkan penyelewengan kontrak dan pemberian tender di Labuan selain berita menggemparkan tentang rasuah bernilai ratusan juta ringgit di Sabah.

Berita-berita seperti ini tidak muncul pada zaman pentadbiran sebelum-sebelum ini.

Namun ada pihak yang tidak senang atau barangkali menganggap mudah. Kata mereka, penangkapan dan operasi-operasi besar yang dibuat oleh SPRM menunjukkan dan membuktikan bahawa pentadbiran negara ini penuh rasuah. Dan mereka cuba membandingkan dengan pentadbiran-pentadbiran sebelum ini yang menunjukkan tiada atau kurangnya jerung-jerung rasuah ditangkap.

Yang mereka barangkali tidak faham ialah, bagaimana pentadbiran masakini sedang berusaha memerangi rasuah dan tidak lagi mensasarkan ikan-ikan bilis, sebaliknya menjadikan jerung-jerung yang selama ini terselamat sebagai sasaran.

Syabas SPRM dan pentadbiran terkini.

Jerung-jerung semakin kepanasan dan sekarang semakin ramai yang menentang kerajaan selain menyalahkan majikan mereka, hanya semata-mata kerana mereka bimbang aktiviti jenayah rasuah dan penyelewengan mereka terbuka.




Sunday, November 20, 2016

BERSIH 5.0 DAH HABIS... KSN MANA HILANG?



16 November lalu, Ketua Setiausaha Negara, Dr. Ali Hamsa mengikrarkan kononnya tindakan disiplin termasuklah buang kerja, gantung tugas atau potong gaji akan dikenakan kepada penjawat-penjawat awam yang menyertai Himpunan BERSIH 5.0.

Dan seperti biasa, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ali Hamsa sebenarnya tidak lebih daripada sekadar satu retorik semata-mata memandangkan setakat ini, tindakan tatatertib yang diambil ke atas penjawat-penjawat awam yang terlibat dalam mana-mana perhimpunan haram, apatah lagi yang sudah bertukar menjadi 'PEGAWAI-PEGAWAI PEMBANGKANG' yang cuba menimbulkan persepsi dan kegemparan kepada rakyat, sekaligus menimbulkan menghapuskan keyakinan kepada perkhidmatan awam, langsung tidak dikenakan sebarang tindakan....TERUSKAN BACAAN DI BULETIN 247

Wednesday, November 16, 2016

ASYIK-ASYIK AMARAN... TINDAKAN MANA? TAKKAN BANGUNAN KEMENTERIAN DAH RANAP, BARU BUKA BIJI MATA?



Dah naik jelak dengar AMARAN, AMARAN, AMARAN... baik Amaran Keras, Amaran Separuh Keras, atau Amaran Tak Keras-Keras..

Dalam semua perkara, hanya mampu bagi amaran tetapi tindakan yang boleh menimbulkan ketakutan atau membetulkan semula masalah yang berlaku, hampir tidak ada. Kalau ada pun, sekadar untuk melepaskan batok di tangga.

Dari satu menteri ke satu menteri, malah menjangkit ke Ketua Polis Negara, tidak habis-habis dengan amaran.

Hakikatnya, tak ada sesiapa pun yang peduli dengan amaran tersebut, bahkan amaran itu pula dijadikan bahan lawak jenaka.

Bukan tidak ada peraturan, dan bukannya juga tidak ada undang-undang, tetapi mereka yang memberikan amaran itu tidak lebih sebagai memenuhi kuota semata-mata. Sekadar untuk mahu dilihat sedang bertindak tegas, hakikatnya tidak ada tindakan kerana kuasa yang ada pada mereka, telah 'dirampas' oleh ketua-ketua jabatan termasuklah pengarah-pengarah yang pro pihak yang mahu diberi amaran itu.

Maka sebab itulah, sebarang pendedahan tentang salahlaku penjawat awam, terutama sekali yang seronok sangat berpolitik dalam media sosial, dipandang sepi. Malah dianggap hanyalah mewakili segelintir kecil sahaja daripada lebih 1.4 juta penjawat awam di negara ini. Dan untuk menyedapkan hati, dikatakan majoriti penjawat awam adalah 'pengundi senyap'.

Tidak ada masalah dan bukan satu kesalahan bagi mana-mana penjawat awam untuk mengundi mana-mana parti politik pilihan mereka. Tetapi apabila mereka menggunakan kedudukan mereka, bagi mendapatkan pengaruh untuk parti-parti politik pilihan mereka, dan pada masa yang sama, menjijikkan majikan mereka sendiri, rakyat awam amat menantikan tindakan tegas yang membolehkan keyakinan rakyat kepada pemerintah untuk menjaga keselamatan dan kerahsiaan negara ini benar-benar terjamin.

Namun yang dihidangkan pula adalah sebaliknya.

Contoh terbaik ialah Page Facebook, 'KAMI GURU MALAYSIA' di mana admin-adminnya yang pro-pembangkang begitu rakus menerajang mana-mana guru yang cuba menyanggah mereka yang pro-pembangkang, malah yang cuba menerangkan perkara sebenarnya juga turut diterajang keluar.

Anehnya, tidak ada tindakan walaupun difahamkan keberadaan page tersebut yang dianggotai oleh guru-guru pro-pembangkang yang begitu seronok menjadi ahli politik dengan fitnah dan bahan-bahan ulah yang diputarbelit atau dibuat-buat tidak faham, terus wujud.

Cuba baca PENDEDAHAN YANG DIBUAT DI SINI.

Semakin ramai yang meluat dengan sikap LEMBIK TENGKUK dan TOLERANSI yang bukan-bukan yang ditunjukkan oleh Kerajaan terhadap kakitangannya sendiri!

Takkan nak tunggu bangunan kementerian dibakar dan dimusnahkan oleh kakitangan awam sendiri, barulah nak buka biji mata dan baru tergesa-gesa nak ambil tindakan?


Thursday, October 6, 2016

SELEPAS PENGARAH DAN TIMBALAN PENGARAH JANS DENGAN WANG RASUAH RM50 JUTA DITANGKAP, JERUNG RASUAH DALAM PERKHIDMATAN AWAM MANA PULAK SELEPAS INI BAKAL TERJERAT?!!!



Berita penangkapan Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) sememangnya amat menggemparkan. Angka wang tunai yang didedahkan, berubah daripada RM50 juta menjadi RM117 juta dengan pantas dan itu tidak termasuk berpuluh-puluh kereta mewah, hartanah serta barangan kemas.

Ada yang bercakap besar terutama sekali puak Cap Bunga, kononnya, zaman Najib sebagai Perdana Menteri, rasuah bermahajaralela dan terbukti apabila SPRM berjaya membuat tangkapan-tangkapan jerung berbanding zaman Mahathir.

Yang mereka tidak pernah cuba melihat sejarah ialah, pada zaman Mahathir pun, memang ada tangkapan anti rasuah, baik oleh Biro Siasatan Negara (BSN) kemudian Biro Penyiasatan Rasuah (BPR) sebelum zaman Abdullah Badawi ditukar namanya menjadi Suruhanjaya Pencegahan Anti Rasuah (SPRM). Bagaimanapun, tangkapan hanyalah melibatkan bilis-bilis dan ikan-ikan kecil membabitkan penjawat-penjawat awam berpangkat rendah tetapi membiarkan yang berpangkat besar bermaharajalela mengumpul kekayaan secara keji. Malah operasi anti rasuah tersebut bolehlah dikategorikan sebagai 'BERSKALA HIBURAN'.


Hanya selepas rombakan jawatan membabitkan jawatan-jawatan tertinggi SPRM dibuat, barulah jerung-jerung dan paus-paus besar rasuah di kalangan penjawat awam, mula dibawa ke muka pengadilan.

Dan ianya berlaku pada zaman Najib Abdul Razak, bukan zaman Abdullah Badawi dan jauh sekali dari zaman Mahathir!

Sesuatu yang menarik yang mungkin masih cuba disangkal oleh sebilangan pihak di negara ini ialah - zaman maklumat di hujung jari ini - sekadar penafian tidak dapat menghilangkan keraguan apatah lagi semakin ramai yang memperkatakannya secara terbuka tentang amalan dan perlakuan rasuah sedangkan pada masa yang sama, bukti mata pula adalah sebaliknya.

Kalau dahulu, cerita rasuahnya sekadar bernilai kecil tetapi zaman di mana Facebook menjadi medium utama, rasuah-rasuah yang didedahkan pula sangat besar. Dan walaupun terdapat keterbukaan tentang laporan yang perlu dibuat kepada pihak berkuasa, khususnya SPRM, namun ianya tidak menjadi penghalang kepada orang awam untuk terus menghebahkan 'industri' berkenaan menggunakan medium media sosial.


Pendatang dan pekerja asing yang jumlahnya seperti tidak terkawal, sebagai contohnya, juga membuka mata dan pengertian kepada masyarakat awam bahawa ianya mempunyai kaitan dengan rasuah. Apatah lagi dengan penglibatan SPRM dalam penangkapan pegawai-pegawai imigresen daripada pegawai tinggi sehingga ke pegawai bawahan dalam skandal MyIMMs yang amat memalukan pada Mei lalu (RUJUK SINI)

Turut ditimbulkan juga adalah tentang sejumlah pendatang asing yang diberikan status PR dan warganegara sungguhpun sebahagian daripada mereka, bukan sahaja tidak boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Kebangsaan sebagaimana syarat yang tertulis dalam Perlembagaan Malaysia, bahkan tidak boleh langsung faham Bahasa Kebangsaan.

Dalam tempoh terdekat ini sahaja, sudah ada beberapa penangkapan 'besar' yang dilakukan oleh SPRM melibatkan penjawat awam dan jerung besar dalam GLC termasuklah Bank Rakyat. Sekaligus tindakan SPRM selepas rombakan jawatan yang dibuat pada zaman Najib ini telah mengesahkan cakap-cakap selama ini bahawa rasuah telah berakar umbi dalam perkhidmatan awam.


Menariknya, kebanyakan penjawat awam, terutama sekali yang begitu kuat menentang kerajaan, menuduh dan menyalahkan pemimpin-pemimpin politik walhal ternyata amalan sebenar berakar umbi di pihak mereka. Menyalahkan kepimpinan politik sedangkan yang melakukannya adalah pihak mereka sendiri, tidak akan menutup cerita sungguhpun mereka mungkin berjaya menimbulkan persepsi bahawa KERAJAAN MELAKUKAN RASUAH biarpun hakikatnya yang menikmati rasuah itu adalah KAKITANGAN KERAJAAN.

Tidak dinafikan, memang ada campurtangan politik terutama sekali kalau kita rajin mendengar dan keluhan daripada anggota-anggota rendah kakitangan awam yang menguruskan pemberian visa, permit kerja mahupun dokumen diri selain membabitkan pemberian atau penjualan tanah. Namun sekiranya, jerung-jerung besar di lubuk-lubuk sensitif tersebut berpegang teguh kepada integriti dan menjunjung kedaulatan undang-undang, apa yang berlaku di Sabah semalam, tidak akan berlaku!

Zaman di mana HEAR-SAY orang itu rasuah, orang ini rasuah, sudah tidak terpakai kerana sebarang tindakan undang-undang tidak memerlukan teori atau laporan daripada media-media asing menggunakan teknik HEAR-SAY, sebaliknya ia memerlukan pembuktian yang cukup untuk mensabitkan pengamal rasuah agar peguam-peguam mereka tidak boleh memanipulasikan undang-undang sewenang-wenangnya.

Dan itulah nampaknya dilakukan oleh SPRM dalam tangkapan-tangkapan 'mega' kali ini.

Walaupun mungkin agak terlewat tetapi tindakan SPRM menangkap JERUNG-JERUNG RASUAH adalah sesuatu yang perlu dipuji dan disokong. Cuma, banyak juga cakap-cakap yang mempersoalkan, mengapa yang menerima sahaja yang ditangkap dan didakwa, manakala pemberi rasuah pula seperti terlindung dek undang-undang.

SPRM dan kerajaan perlu memperbetulkan 'jurang' ini dengan kadar segera!

Beruntung benarlah, pengamal dan pemberi rasuah di Malaysia sekadar dihukum 'ringan' dan bukannya dijatuhi hukuman mati seperti di China...

Tuesday, June 21, 2016

KETIKA SEBILANGAN PENJAWAT AWAM MENCERCA EKONOMI DAN KEWANGAN NEGARA SEBAGAI MUFLIS, MEREKA NIKMATI KENAIKAN GAJI DAN BONUS HARI RAYA!!!



Untung betul penjawat-penjawat awam, tak kiralah sama ada mereka bekerja untuk kerajaan negeri, mahupun untuk kerajaan persekutuan. Dalam setahun, beberapa kali mereka mendapat bonus dan kenaikan gaji.

Tak kiralah sama ada mereka benar-benar berkhidmat kepada masyarakat sebagaimana amanah yang dipertanggungjawabkan atau penjawat-penjawat awam tersebut atau pun mereka sekadar bekerja untuk mendapatkan gaji bulanan serta kemudahan-kemudahan lain. Yang pastinya, mereka merupakan segolongan rakyat Malaysia yang amat beruntung.

Kerajaan-Kerajaan Negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang cuba membuktikan mereka adalah penjana ekonomi dan kewangan negeri walaupun hakikat ekonomi dan kewangan negeri masing-masing tidaklah sebaik mana seperti Pulau Pinang yang bergantung kepada penjualan tanah-tanah kerajaan kepada syarikat-syarikat proksi yang kemudian perlu pula ditanggung oleh rakyat.

Manakala Selangor pula mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2015, mengalami penguncupan ekonomi dan kemasukan FDI yang terlalu kecil.

Namun demi politik, wang digunakan untuk memunculkan persepsi yang lebih baik dan positif terhadap Kerajaan Negeri.


Kenaikan gaji dan bonus hari raya atau musim persekolahan, telah lama diamalkan oleh Kerajaan Persekutuan terutama di bawah pentadbiran Najib Abdul Razak. Tetapi memandangkan kekerapan dibuat oleh Najib Abdul Razak membuatkan pemberian dan penganugerahan tersebut dipandang mudah serta tidak penting.

Tangga gaji penjawat-penjawat awam terutama yang bekerja untuk Persekutuan telah naik berkali-kali ganda. Malah berbanding gaji yang dinikmati oleh penjawat-penjawat awam negeri, penjawat-penjawat awam Persekutuan sepatutnya lebih bersyukur dan mempergiatkan tanggungjawab serta amanah mereka.

Namun, terdapat banyak kes membabitkan keciciran membabitkan tanggungjawab serta amanah penjawat-penjawat awam sepertimana yang terbukti dalam setiap PRK dan PRU yang berlangsung di negara ini.

Untung betul jadi penjawat awam di negara ini.... yang kena bertungkus lumus, macam di barisan hadapan hospital-hospital awam, bertungkus lumuslah, tetapi yang mengempang kaki, bersila lunjur sambil bercakap pung-pang-pung-pang pasal politik negara, untuk besarlah mereka!!!


Monday, February 16, 2015

PENJAWAT AWAM DITANGKAP MENCULAS, MEMONTENG DAN BERSUKARIA WAKTU BEKERJA.. MALANGNYA, MEREKA SEMUA ADALAH MELAYU NEGERI PAKATAN!!!



SELANGOR – Beberapa penjawat awam ditangkap minum pagi dan membeli belah di waktu berkerja di bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (SSAAS) pada 13 Februari yang lalu.

Lawatan mengejut (spot check) yang dilakukan oleh Dato’ Haji Mohammed Khusrin Haji Munawi dan Unit Integriti SUK Selangor di bangunan SSAAS itu mendapati masih ramai kakitangan awam melakukan kesalahan itu di waktu berkerja.

“Unit Intergriti SUK Selangor akan memantau aktiviti ini dan tindakan tatatertib boleh diambil,” jelas kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook beliau.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik, pemantauan mengejut itu berjaya ‘menangkap’ 4 orang pegawai audit 5S yang sedang bersarapan pagi di Kafe Dewan Jubli Perak.

Beberapa penjawat awam yang lain juga turut dilihat membeli belah di gerai-gerai kecil di bangunan terbabit.

“Diharapkan semua penjawat awam dapat mengubah budaya ini demi nama baik perkhidmatan awam,” jelas kenyataan itu.








Monday, January 12, 2015

KES MEJAR ZAIDI: NAK KATA KESIAN, TAPI MASA DIA BUAT KELMARIN, TAK PULAK DIA FIKIRKAN 'MAHKAMAH ALLAH'!!!


Telah banyak contoh yang boleh dilihat kalau kita mempunyai akal yang waras dan otak yang sihat.

Asalkan kakitangan awam atau penjawat awam itu mempunyai kecenderungan politik ke arah Pakatan Rakyat, mereka bukan sahaja pandai mengelat, pemalas, kuat berpolitik, malahan mereka juga suka menimbulkan masalah. Amanah dan tanggungjawab yang digalas, tidak dipikul dengan sewajarnya tetapi mereka lebih sibuk dengan hendak mengIslamkan negara ini mahupun hendak meliberalkan Malaysia dengan nilai-nilai kuat berbohong ala Anwar Ibrahim.

Pergilah ke mana-mana. Tengoklah siapa yang paling banyak melepak dan mengelat tetapi sangat mudah naik pangkat apabila KIPAS pegawainya jauh lebih besar berbanding kipas Wan Azizah, pastinya mempunyai fikirah politik Pakatan Rakyat. Tidak cukup kipas, diletakkan pula alat pendingin hawa di punggung pegawai yang biasanya satu aliran dan satu fikrah dengan mereka, sekalipun akhirnya yang benar-benar buat kerja, kurang berpolitik dan enggan mengampu, tetap tidak juga naik pangkat.

Dan mereka ini mempunyai alasan yang cukup standard iaitu 'BUKAN UMNO ATAU BARISAN NASIONAL YANG BAYAR GAJI', walaupun kerajaan semasa adalah Barisan Nasional yang tunjang utamanya adalah UMNO.

Ingat lagi BLACK 505? DAKWAT KEKAL? BANGLA 40K?

Semua itu tidak ada satu pun petisyen yang dibawa ke mahkamah untuk menggugahkan kemenangan UMNO-BN pada PRU-13 lepas. Kalau ada pun, cuma di pentas-pentas ceramah. Walaupun ada kes yang dibawa terutama HANYA MEMBABITKAN DAKWAT KEKAL, telah gagal kerana mereka tidak menyediakan bukti sebagai sandaran, sebaliknya hanya tohmahan dan kata-kata untuk dijadikan bukti.

Pada ketika itulah, segelintir penjawat awam telah dipergunakan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat untuk mempopularkan idea dan fitnah mereka, kononnya dakwat kekal itu boleh dibasuh dan dicuci serta pengundi boleh mengundi berulang-ulang kali walaupun mereka tidak mampu untuk mendatangkan walau seorang pun pengundi yang telah mengundi lebih dari sekali.

Mejar Zaidi, seorang pegawai kanan TUDM juga tidak terkecuali. Tidak diketahui secara jelas ke mana fikrah dan kecenderungan politiknya tetapi kesudiannya untuk 'bekerjasama' dengan PKR terutama sekali Nurul Izzah, akhirnya memakan diri.

Hari ini, di Mahkamah Tentera, Mejar Zaidi sekadar mampu berkata, 'DIA TUNGGU MAHKAMAH ALLAH' untuk membuktikan kebenarannya. Mahkamah Tentera telah memutuskan dia bersalah atas dua kesalahan melanggar protokol ketenteraan.

Sebelum menjatuhkan hukuman Hakim Mahkamah Tentera Kolonel Saadon Hasnan berkata, hukuman ke atas Mejar Zaidi bukanlah kerana Zaidi mengutarakan isu dakwat kekal tetapi kerana dua kesalahan yang telah dilakukannya dan bertentangan dengan dua Akta Angkatan Tentera 1972.

Puak-puak penyokong Pakatan Rakyat sekarang ini sedang bergembira dan mengangkat Mejar Zaidi sebagai WIRA NEGARA kerana 'berani' menyatakan perkara sebenar.

Mejar Zaidi kini telah kehilangan jawatan serta faedah-faedah daripada pekerjaannya selama ini. Mungkin tiada apa-apa baginya kerana seperti katanya, dia tidak takut kerana dia hanya menyuarakan kebenaran dan tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.

Namun berdasarkan kepada rekod, kebanyakan yang pada mulanya menyatakan mereka tidak cenderung kepada mana-mana parti politik, akhirnya menunjukkan belang mereka yang sebenar sepertimana yang berlaku kepada beberapa orang pegawai tinggi tentera yang terlibat dalam masalah penyelewengan dan sebagainya termasuklah dalam kes kehilangan enjin jet dan penyelewengan peruntukan logistik yang akhirnya berada dalam saf PKR.

Penggunaan dakwat kekal telah ditentang kerana tiada lagi negara maju di dunia yang menggunakan sistem dakwat kekal. Bagaimanapun, Pakatan Rakyat terutama menerusi BERSIH berkempen siang malam sehingga sanggup berguling-guling dan meniarap-niarap di atas jalanraya di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur, malah PAS sendiri menghantar rombongan ke Makkah dan Masjidil Nabawi untuk menuntut SPR menggunkaan dakwat kekal yang sebenarnya tidak akan kekal dan tidak boleh kekal memandangkan Malaysia turut mengambil kira faktor syariah menjadikan dakwat kekal yang digunakan adalah berasaskan air.

SPR asalnya mahu menggunakan sistem biometrik yang lebih efisien terutama sekali dalam memastikan yang akan membuang undi nanti benar-benar rakyat Malaysia, bukannya kelihatan seperti rakyat Malaysia tetapi tidak boleh bertutur, memahami atau menulis dan membaca tulisan dalam Bahasa Kebangsaan. DAP menjadi penentang utama penentang sistem biometrik dan menghalang bancian umum yang dilakukan sebelum itu.

PRU-13 menyaksikan, terlalu ramai warganegara yang langsung tidak boleh berbahasa Kebangsaan, gagal faham, datang secara berkelompok dan dijaga pula oleh seorang gembala yang bertutur dalam Bahasa Cina dan sangat takut sekiranya kad pengenalan mereka diperiksa. Anehnya, DAP terlalu sibuk hendak mengawasi pengundi-pengundi dari Bangladesh yang telah mereka uwar-uwarkan lebih awal walaupun beberapa 'tangkapan' yang mereka buat, ternyata memalukan mereka sendiri kerana yang ditangkap, JAUH TERLALU DAN TERLEBIH FASIH berbahasa Kebangsaan berbanding Cina DAP yang menangkap mereka!!!!
 
Blogger Templates