Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label hannah yeoh. Show all posts
Showing posts with label hannah yeoh. Show all posts

Thursday, March 15, 2018

YEO BEE YIN PINDAH KE JOHOR SEBAB DIA LAGI KRISTIAN DARI HANNAH YEOH?!!!



Apabila PPBM dikatakan dilancar untuk menawan Johor dari Barisan Nasional, sebenarnya pelancaran tersebut adalah untuk DAP mula bersarang, berkubu dan berhabitat di Johor, sama seperti yang berlaku di Pulau Pinang.

Seperti Pulau Pinang dan Selangor, Johor juga adalah sebuah negeri kaya hasil daripada pentadbiran dan penyusunan urustadbir cekap dan berkesan Barisan Nasional. Kekayaan itulah yang menarik perhatian DAP untuk menjarah dan seterusnya menjajah sepertimana yang dilakukan di Pulau Pinang apabila perbendaharaan negeri dimufliskan dan tanah-tanah negeri dijual kepada pihak asing.

Pencarian DAP untuk memburu negeri-negeri kaya di Malaysia termasuklah di Sabah dan Sarawak sebenarnya turut didorong oleh semangat lain yang lebih penting.

Seperti kata Dr. Kamarul Yusof dalam muatnaiknya yang terbaharu berkenaan 'perpindahan' ADUN Damansara Utama Yeo Bee Yin ke Johor untuk terlibat dalam 'perubahan besar politik Malaysia' bermula di Johor.


EVANGELIS DAP BAKAL MENYERANG JOHOR
Oleh: Kamarul Yusoff

Malam tadi, di Starling Mall, Damansara Uptown, telah berlangsung satu majlis pelancaran buku ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin, bertajuk “Reimagining Malaysia”.

Majlis pelancaran buku ini telah dihadiri oleh begitu ramai sekali pembesar DAP, termasuk Lim Kit Siang, Tony Pua, Zairil Khir Johari, Hannah Yeoh dan Steven Sim.

Turut hadir ialah paderi beliau, Pastor Timothy Loh dari Gereja Eaglepoint, yang beliau pernah dedahkan memainkan peranan penting di dalam kemasukan beliau ke dalam DAP.

Tajuk buku ini, “Reimagining Malaysia”, sama dengan tajuk khutbah Yeo Bee Yin di Every Nation Church Malaysia pada 10 September 2017, saya belum tahu kandungan sebenarnya.

Saya berminat untuk membaca buku ini kerana, mengikut ucapan Yeo Bee Yin malam tadi, penulisannya adalah berinspirasikan pembacaan beliau ke atas buku Hannah Yeoh.

Lebih menarik daripada pelancaran buku ini adalah pengumuman beserta tangisan Yeo Bee Yin beliau akan bertanding di negeri kelahiran beliau, Johor, dalam PRU 14.

Kata Yeo Bee Yin, perpindahan kerusi beliau akan bertanding dari Selangor ke Johor ini adalah penting untuk membolehkan perubahan berlaku di dalam politik Malaysia.

Yeo Bee Yin ini adalah evangelis yang namanya pernah saya timbulkan bila secara tiba-tiba sahaja, walaupun sangat baru menyertai DAP, dilantik ke CEC pada 12 November 2017.

Susulan tulisan saya yang mendedahkan sekurang-kurangnya 7 daripada 10 orang ahli tambahan CEC DAP adalah penganut Kristian tegar, Hannah Yeoh pun menarik diri.


Bagaimanapun, jika diteliti kembali tulisan dan ucapan Yeo Bee Yin maka akan didapati bahawa tahap keKristianan beliau adalah lebih tinggi berbanding dengan Hannah Yeoh.

Dalam khutbah beliau di Damansara Utama Full Gospel Businessmen (FGB) Fellowship pada 13 Jun 2013, Yeo Bee Yin mendedahkan Tuhan bercakap terus dengan beliau.

Dedah Yeo Bee Yin di dalam gereja itu: “I told God that I am not going far. But He told me, ‘isn’t it the same for you if you go to Singapore? Why don’t you just stay overseas?’”.

Yeo Bee Yin juga berkata: “Everything would fall into place in the right timing. We just need to pray, work hard and wait patiently for his Sovereign Will to be done in this nation”.

Saya tertanya-tanya apakah yang Yeo Bee Yin maksudkan dengan “everything would fall into place in the right timing” dan “for his Sovereign Will to be done in this nation”.

Saya juga tertanya-tanya apakah yang Yeo Bee Yin maksudkan dengan “It took 52 days to rebuild the walls of Jerusalem instead of 100. All it takes is one person to answer the call”.

Rakyat Johor, sila beringat-ingat dengan Yeo Bee Yin dan DAP.

Saturday, July 29, 2017

SUDAHLAH GILA DENGAN UPACARA POTONG RIBEN, ASAL DI BAWAH DAP SAHAJA, MESTI HARGA BERKALI-KALI GANDA!!!



Serata alam dicanang tentang kejayaan membina sebuah parkir bertingkat di SS15, Subang Jaya. Hannah Yeoh, Ahli Parlimen Subang Jaya yang sebelum ini gagal menjawab tentang tugasannya selaku evangelist, merasmikan pembukaan parkir bertingkat tersebut dengan upacara potong riben.

Memang upacara perasmiannya kenalah gah kerana setelah hampir sepuluh tahun, itulah satu-satunya projek untuk rakyat yang mampu direalisasikan walaupun pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui oleh PKR kerap mendabik dada kononnya mereka berjaya memajukan negeri itu sepanjang pentadbiran mereka.

Semuanya gara-gara kejayaan beberapa projek Kerajaan Pusat melibatkan Kuala Lumpur Greater yang banyak memberi manfaat kepada penduduk serta rakyat Selangor. Daripada jajaran ketiga LRT sehinggalah yang terbaharu, MRT, Pakatan Harapan Selangor kelihatan terlalu terdesak untuk membuktikan mereka juga boleh berbuat perkara yang sama.

Bagaimanapun, satu perkara yang tidak dapat disembunyikan oleh Pakatan Harapan Selangor ialah, semua projek yang dijayakan oleh Pakatan Harapan, terutama yang membabitkan DAP, pasti akan berharga lebih mahal!

Kalau di Pulau Pinang, laporan kebolehlaksanaan Terowong Dasar Laut Pulau Pinang mencecah harga yang tidak munasabah, parkir bertingkat MPSJ di SS15 itu juga turut berhadapan dengan isu yang sama.

Bayangkanlah, projek pembinaan parkir MPSJ itu menelan kos 32% lebih tinggi daripada projek-projek DBKL berdasarkan ukuran sekaki persegi.


Kompleks parkir tersebut yang hanya berkeluasan 62,749 kaki persegi menelan kos sebanyak RM11.78 juta dan kos berkenaan ditanggung sepenuhnya oleh MPSJ. Kompleks berkenaan hanya mengandungi ruang untuk parkir kenderaan sahaja serta tanpa lif.

Di Taman Segar, Cheras, DBKL turut membina parkir 6 tingkat yang berkeluasan 245,888 kaki persegi dan menelan kos sebanyak RM34.89 juta. Selain parkir turut terdapat dalam bangunan tersebut adalah pejabat, dewan serbaguna, gelanggang badminton, gerai, surau dan kawasan permainan kanak-kanak serta lif.

Dengan kata lain, kos bagi setiap kaki persegi untuk projek MPSJ adalah RM188 manakala projek DBKL pula hanyalah RM142 bagi sekaki persegi.

Nama sama, tetapi kos yang berbeza. Dari pandangan, projek MPSJ memang kelihatan murah tetapi tawaran yang lain, hampir tidak ada dengan keluasan yang lebih kecil berbanding projek DBKL.

Wednesday, May 17, 2017

DR. KAMARUL DEDAH BAGAIMANA DIA DISERANG BERTALU-TALU OLEH PENYOKONG DAP DAN PAN SERTA PKR SELEPAS DEDAH OPERASI HANNAH YEOH!!!!



Bertalu-talu nampaknya serangan yang dibuat terhadap diri saya ekoran laporan polis yang saya buat terhadap Hannah Yeoh. Bermacam-macam kata nesta yang keluar khususnya daripada mulut pemimpin dan penyokong DAP dan AMANAH, termasuk juga PKR, terhadap saya.

Apa yang tidak keluar dari mulut mereka hari ini? Bodoh,  bongok, bangang, dungu, kangkung, paranoid, pathetic, hampir semua kata-kata buruk yang biasa digunakan dihamburkan kepada saya. Sungguh pelik saya begitu bersungguhnya mereka, khususnya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, hingga sanggup menghina saudara sendiri semata-mata kerana mahu membela Hannah Yeoh.

Banyak daripada komen negatif yang diberikan, termasuk oleh beberapa orang peguam yang agak terkenal, antaranya daripada AMANAH, berkisar di sebalik dakwaan bahawa tidak munasabah untuk dibayangkan bahawa buku Hannah Yeoh boleh mendorong pembacanya menganut agama Kristian atau cenderung kepada agama Kristian, yang disertakan dengan hinaan mengenai lemahnya tahap iman saya dan penganut agama Islam lain di Malaysia.

Hujjah ini jugalah yang digunakan oleh Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng, yang menyebut secara spesifik kononnya dakwaan saya bukan sahaja menghina kebijaksanaan rakyat Malaysia pelbagai agama, tetapi juga menunjukkan tahap kualiti ahli akademik di negara ini. Kata beliau, seperti kata yang lain, “Umat Islam, Hindu, Buddha dan bukan Kristian lain di negara ini tidak akan memeluk agama Kristian dengan hanya membaca buku Hannah”.

Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, pula dilaporkan membela Hannah Yeoh dengan bertanya, “Sejak bila bukan Islam tidak dibenarkan bercakap tentang agamanya sendiri?” Begitu juga Timbalan Presiden AMANAH, Salahudin Ayub, yang mendakwa Hannah Yeoh diberi kebebasan di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mengamalkan agama pegangan beliau dengan aman dalam negara kita.

Bagi saya, semua hujah yang diberikan ini melambangkan kebodohan penuturnya, baik Lim Lip Eng, Lim Guan Eng, Salahudin Ayub atau siapa saja yang berpandangan sama.

Selaku ahli politik atau selaku peguam, takkanlah mereka tidak tahu bahawa Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa “Undang-undang Negeri dan, berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam”?

Sebab itulah maka Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam diwujudkan di peringkat negeri di mana salah satu daripada seksyen kecilnya memperuntukkan bahawa “Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seseorang lain yang beragama Islam supaya menjadi penganut atau anggota suatu agama bukan Islam atau supaya cenderung kepada agama itu”.

Jelas diperuntukkan di dalam satu seksyen kecil lain (4) bahawa “Adalah tidak menjadi suatu pembelaan terhadap pertuduhan di bawah seksyen kecil (1) bahawa orang lain itu telah tidak terpengaruh oleh apa-apa perkara yang diperkata atau dilakukan oleh orang yang dituduh itu kepadanya”.

Maksudnya adalah, sama ada orang beragama Islam yang dipujuk, dipengaruhi atau dihasut “supaya menjadi penganut atau anggota suatu agama bukan Islam atau supaya cenderung kepada agama itu” benar-benar menjadi penganut atau anggota agama itu atau benar-benar cenderung kepada agama itu adalah tidak berbangkit.

Bila anda atau rakan anda didapati memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seseorang lain yang beragama Islam supaya menjadi penganut atau anggota suatu agama bukan Islam atau supaya cenderung kepada agama itu, maka ia adalah tetap satu kesalahan walaupun usaha anda atau rakan anda itu menemui kegagalan.

Jika anda benar-benar mengakui kedaulatan undang-undang, anda cabar sajalah enakmen ini di mahkamah jika anda tidak berpuas hati dengannya. Usahlah jadi bangang dengan mengaitkannya dengan kelemahan tahap iman saya dan penganut agama Islam lain di Malaysia pula.

Dr Kamarul Zaman Yusoff


Monday, May 15, 2017

SELEPAS TERDEDAH ISI KANDUNGAN BUKU TULISANNYA SENDIRI, HANNAH YEOH BUAT LAPORAN POLIS!!!!



Selepas pendedahan yang dibuat oleh Dr. Kamarul Zaman Yusoff, seorang pensyarah di Universiti Utara Malaysia membabitkan buku tulisan Hannah Yeoh, Speaker DUN Selangor yang kemudian menjadi tular, hari ini telah dilapor polis oleh Hannah Yeoh dan Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Zaidi Ahmad yang merupakan bekas pegawai TUDM yang dibuang kerja kerana melanggar protokol dan peraturan Angkatan Tentera Malaysia.

Hannah Yeoh dalam sidang medianya menafikan tulisan Kamarul Yusoff yang bertajuk, "Hannah Yeoh Contoh Hipokrasi Terbesar DAP' yang mempersoalkan kejujuran Hannah Yeoh di sebalik misi kristianisasinya yang terkandung di dalam buku tulisan Hannah, BECOMING HANNAH yang dilancarkan pada tahun 2015 dan boleh dibeli secara atas talian mahupun kedai-kedai buku utama.

Dr. Kamarul Zaman Yusoff bagaimanapun tidak gentar dengan laporan-laporan polis yang dibuat sebaliknya mengesahkan tulisan itu adalah tulisannya dan dia mengambil tanggungjawab penuh ke atas tulisannya itu. Dia juga sanggup dipanggil oleh pihak berkuasa untuk membantu siasatan berhubung tulisannya yang mengulas buku Speaker DUN Selangor itu.

Selain berani mengakui kesahihan tulisannya di Facebook, Dr. Kamarul juga berkata, dia akan mengemukakan bukti-bukti lanjut yang belum didedahkan tentang agenda Kristianisasi Hannah Yeoh di dalam bidang politik.


Sementara itu, Hannah Yeoh menyatakan buku tersebut adalah catatan-catatan peribadinya bukannya wujud agenda tersembunyi olehnya dan DAP. Katanya lagi, buku itu menceritakan kisah cinta dan perkahwinannya serta peranan baru sebagai isteri dan ibu.

"Dan kerana itulah buku itu berjudul 'Becoming Hannah' (Menjadi Hannah) dan bukannya 'Becoming DAP (Menjadi DAP' atau 'Becoming a Christian' (Menjadi Seorang Kristian)," kata Hannah dalam kenyataan medianya.

Kata Hannah Yeoh lagi, dia tidak faham mengapa DAP disabitkan dengan buku tulisannya itu seangkan dia hanya mahu lebih ramai rakyat Malaysia yang taat beragama dapat kembali ke Malaysia dan berbakti kepada negara sementara  masalah aliran keluar kepandaian atau brain drain ini masih lagi merupakan masalah besar negara. Bahkan katanya lagi, dengan masa kritikal yang Malaysia benar-benar memerlukan individu dalam sektor awam yang tidak mementingkan diri dan penuh integriti, terluah di dalam buku tersebut.

Dr. Kamarul dalam tulisannya mendedahkan tentang tulisan Hannah Yeoh pada MUKA SURAT 23, MUKA SURAT 89, MUKA SURAT 108, MUKA SURAT 110.


MUKA SURAT 23

This is why, today, when I am asked to describe who I am and what I do, I say, “Hannah Yeoh, lives for God.”

Terjemahan: Inilah sebab mengapa, hari ini, bila saya diminta untuk menerangkan siapa saya dan apa saya buat, saya berkata, “Hannah Yeoh, hidup untuk Tuhan.”

MUKA SURAT 89

I do not measure my self-worth as a politician by votes or by how popular I am with constituents. I measure my self-worth by the fact that I am a child of God.

Terjemahan: Saya tidak mengukur harga diri saya sebagai seorang ahli politik dengan undi atau dengan populariti saya di kalangan pengundi. Saya mengukur harga diri saya dengan fakta bahawa saya adalah seorang anak Tuhan.

MUKA SURAT 108

I also felt that politics took me away from my true longing, which was to be a preacher. But had I not obeyed God’s call, I would not have had the opportunity to preach at churches, to world leaders and to young people, like I am able to do now. God knew the desire of my heart to preach and serve Him. And He made it happen through my political office.

Terjemahan: Saya juga merasakan bahawa politik membawa saya jauh dari impian sebenar saya, iaitu untuk menjadi seorang pendakwah. Tetapi jika saya tidak mematuhi panggilan Tuhan, saya tidak akan mempunyai peluang untuk berdakwah di gereja-gereja, kepada pemimpin-pemimpin dunia dan kepada orang-orang muda, seperti apa yang saya mampu buat sekarang. Tuhan tahu hasrat hati saya untuk berdakwah dan berkhidmat kepada-Nya. Dan Dia membuat ia berlaku melalui jawatan politik saya.

MUKA SURAT 110

It is here that I want to specially address the OCFers (Overseas Christian Fellowship), wherever you are now, to never forget the mission of being trained and equipped and returning home to serve... We want to encourage fellow OCFers to come home. There is much work to be done to rebuild this beautiful nation. Just like Nehemiah overseeing the reconstruction of Jerusalem’s walls, everyone has to be at it, working. God wants to reclaim politics and public service in Malaysia for righteousness’ sake. He is looking for God-fearing men and women who are willing to roll up their sleeves and labour in this very demanding field. No experience in politics? Remember, I had none. No finances? I had none. Not a good time yet? I just got married when I ran my first campaign. He uses very ordinary vessels to do extraordinary things. He does this so His Name is glorified.

Terjemahan: Di sini saya ingin bercakap secara khusus kepada ahli-ahli Felo Kristian Seberang Laut, di mana saja kamu berada sekarang, untuk tidak lupa misi dilatih dan dilengkap dan pulang untuk berkhidmat... Kami ingin menggalakkan kawan-kawan Felo Kristian Seberang Laut untuk pulang. Terdapat banyak kerja perlu dibuat untuk membina semula negara yang indah ini. Seperti Nehemiah mengawasi pembinaan semula tembok-tembok Jerusalem, setiap orang perlu terlibat, bekerja. Tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia demi untuk membetulkannya. Dia sedang mencari lelaki dan wanita bertaqwa yang sanggup menggulung lengan baju mereka dan bekerja dalam bidang yang sangat mencabar ini. Tiada pengalaman dalam politik? Ingat, saya tidak ada pengalaman. Tiada wang? Ingat, saya tidak ada wang. Masa sesuai belum tiba? Saya baru berkahwin bila saya pertama kali berkempen. Dia menggunakan saluran-saluran sangat biasa untuk membuat perkara-perkara luar biasa. Dia membuatnya supaya Nama-Nya diagungkan.


Sementara itu, Ketua Eksekutif IKSIM, Dato' Prof Hj Mahamad Naser bin Disa, menyatakan dia sudah dimaklumkan tentang perkembangan tuduhan yang dilemparkan oleh Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Zaidi Ahmad. Prof Hj Mahamad Naser juga turut memaklumkan bahawa dia sendiri telah menghubungi Zaidi Ahmad bagi menyatakan fakta berhubung fitnah yang dibuat oleh Zaidi.

Zaidi Ahmad membuat fitnah kononnya IKSIM menyalahgunakan wang awam bagi tujuan politik. Ekoran tuduhan itu, Prof. Hj Mahamad Naser mengeluarkan kenyataan berikut:

"Dia (Zaidi) ada buktikah yang IKSIM menerima dana awam? Kita bukan seperti dia yang makan gaji daripada wang rakyat Pulau Pinang. Matlamat dan perjuangan IKSIM adalah untuk mendaulatkan Islam agama negara selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Sesiapa sahaja yang memperjuangkan sesuatu yang bercanggah dengan Perlembagaan, memang mereka tidak akan boleh duduk selesa dengan usaha IKSIM. Oleh kerana perjuangan mereka bercanggah dengan Perlembagaan, maka konco-konco mereka akan bertindak ganas bagi melakukan KEGANASAN PERSEPSI terhadap IKSIM."

IKSIM juga menurutnya sedang meneliti langkah-langkah terbaik dari segi tindakan undang-undang bagi membendung tuduhan berbaur fitnah yang disebarkan oleh Zaidi.

"Jika perlu saman, bukan hanya Zaidi sahaja akan dinamakan sebagai penerima saman ini."


Saturday, November 21, 2015

HANNAH YEOH KOMPLEN TAK DIBENARKAN HADIR MAJLIS ANJURAN SEKOLAH LAMANYA!!!



LARANGAN TERSEBUT KEKAL SAMPAI KE HARI INI. 

IKUTI PENDEDAHAN YANG DIBUAT OLEH RAKAN BLOGGER, HELEN ANG berhubung Evangelist yang cuba menjadi seorang penyanyi yang mana suaminya telah dipenjarakan selama 8 tahun kerana menyelewengkan wang tabung gereja sendiri.

Apa kaitannya Hannah Yeoh dengan Gereja Evangelist City Harverst yang berpusat di Singapura itu?




Tuesday, May 26, 2015

ANTARA TIKUS KENCING DENGAN HANNAH YEOH KENCING... MANA SATU LEBIH BAHAYA?!!!



Ke hadapan YB DAP Hannah Yeoh...

ADUN Pulau Pinang dari PKR, Dr. Norlela Ariffin sekarang ini terkedang di atas katil hospital di Selangor semenjak minggu lepas dan terlepas untuk menghadiri Sidang DUN Pulau Pinang.

Belum dapat dipastikan di hospital manakah di Selangor memandangkan berita tentangnya tidak melaporkan secara spesifik. Mungkin juga Hannah Yeoh boleh memeriksa berita itu seandainya Norlela Ariffin ditempatkan di Subang Jaya Medical Centre yang merupakan hospital kegemaran para pemimpin DAP.

Norlela telah disahkan positif leptospirosis atau lebih dikenali sebagai KENCING TIKUS keran amengambil makanan atau minuman yang tercemar dengan kencing tikus.

Tidakkah Puan YB DAP mengetahui yang Norlela dijangkiti penyakit tersebut daripada tikus di Pulau Pinang atau dari Selangor?

Adakah dia mendapat penyakit tersebut daripada kencing TIKUS GERGASI atau sebaliknya tetapi masih lagi merupakan tikus besar?

Sementara itu Hannah Yeoh, tidakkah anda tahu, Selangor merupakan satu-satunya negeri dalam Malaysia yang mencatatkan rekod terburuk KENCING TIKUS dengan 1,832 kes pada tahun 2014. Bandingkan pada tahun 2004, Selangor hanya mencatatkan kessebanyak 15 manakala pada tahun 2009 iaitu setahun selepas Pakatan memerintah Selangor, kesnya telah meloncat menjadi 209 kes.

Selangor juga merupakan RAJA PENTERNAK DENGGI dan telah mencatatkan kes sebanyak 26,235 kes untuk tahun ini sahaja!!!

Kalau Hannah Yeoh dan para penyokong beranggapan ianya berita palsu, bolehlah BACA DI SINI.

Kalau ada yang beranggapan, bahaya KENCING TIKUS dan KENCING PEMIMPIN DAP hanyalah momokan penentang mereka, bolehlah BACA DI SINI.

lim sian see

Sunday, May 24, 2015

KEJAYAAN TERBESAR HANNAH YEOH, SI PASTOR PEREMPUAN... SIMPAN DAN BELA TIKUS BESAR!!!



Lim Lip Eng, Ahli Parlimen Segambut baru-baru ini memekak sebab DBKL sibuk nak buang duit nak buat beg dan sofa besar sehingga boleh mencatat dalam Malaysian Book of Records (BACA DI SINI). Katanya, DBKL seharusnya mencari jalan untuk menghapuskan dan memusnahkan tikus-tikus yang berhabitat dengan bebas di Bandaraya Kuala Lumpur.

Perkara ini sudah lama dibangkitkan dan ianya bukan dibangkitkan oleh DAP. Lim Lip Eng sekadar mencuri kredit kerana penghapusan tikus dari Bandaraya Kuala Lumpur bererti akan mengganggu banyak aktiviti serta perniagaan para penyokong DAP. Malah akan ada banyak penyokong DAP yang akan disaman kerana terlibat dalam sumbangan kepada pembiakan tikus.

Bukankah DAP yang paling kuat memekak sewaktu DBKL menjalankan pelbagai operasi di Petaling Street tidak lama dahulu dengan alasan, operasi-operasi tersebut akan menghalang aktiviti perniagaan di situ?

Sama macam dalam kes Rohingya yang kemudian ditepis oleh Guan Eng dan DAP sebelum dihalakan kes tersebut kepada Kerajaan Persekutuan, Lim Lip Eng tak teringin ke untuk menegur KEJAYAAN MENANGKAP TIKUS SEBESAR ANAK HANNAH YEOH di Subang Jaya?

Subang Jaya berada di bawah kuasa MPSJ yang ahli-ahli Majlisnya dikuasai oleh DAP dan PKR. Manakala kontraktor pembersihan dan sisa pepejal pula terdiri daripada para penyokong PKR serta DAP.

Gambar TIKUS RAKSASA di atas berjaya ditangkap dan dirakamkan di hadapan Thiagan and Kumar Dental Surgery di Jalan USJ 11/1J, 47650 Subang Jaya, Selangor.


Ke mana perginya Hannah Yeoh yang sebelum ini dilaporkan pernah memohon permit penduduk tetap di Hobart, Australia tetapi ditolak dan memaksanya masuk ke Malaysia, sebelum memilih kerjaya sebagai ahli politik di bawah jenama DAP?

Sibuk lagi ke dia mencungkil kegagalan para pemimpin UMNO-BN? Sibuk lagi ke dia mencari carik dan koyak kain orang lian sedangkan koyak dan carik kain sendiri dibuat-buat buta? Takkan setakat selfie di hadapan kamera semata-mata dan berlakon seolah-olah sentiasa sibuk nak membersihkan Subang Jaya dari wabak tikus?

Barangkali ada penyokong dan pencinta Hannah Yeoh cuba menyatakan gambar tersebut adalah EDIT Photoshop semata-mata. Cuba BACA DI SINI.


 
Blogger Templates