Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label kerajaan pakatan rakyat selangor. Show all posts
Showing posts with label kerajaan pakatan rakyat selangor. Show all posts

Friday, April 14, 2017

PKR SELANGOR BUAT U-TURN SOKONG RUU355 SEBAB TAKUT HILANG KUASA PADA PRU AKAN DATANG!!!



PKR Selangor sudah dapat merasakan bahang kekalahan sekiranya PAS mengambil pendekatan kekal pada prinsip dan enggan berganjak daripada keputusan memutuskan hubungan dengan PKR kerana faktor PAN dan DAP.

Pujukan agar PAS kekal di bawah kuasa DAP telah ditolak mentah-mentah. Malah 'nasihat' Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali langsung tidak dihiraukan. Sebaliknya RUU355 membuatkan DAP semakin dimusuhi oleh PAS.

Bimbang PRU akan datang, PKR tidak lagi berkuasa di Selangor dan para pemimpin PKR Selangor yang sekarang ini begitu selesa dengan perubahan besar setelah berjaya menguasai Selangor selama dua penggal berturut-turut, PKR Selangor mengambil keputusan yang amat mengejutkan.

Shuhaimi Shafie yang merupakan Ketua Penerangan PKR Selangor merangkap ADUN Sri Muda telah mengumumkan bahawa PKR Selangor MENYOKONG RUU355 yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang minggu lepas. Malahan, Shuhaimi menyeru agar RUU355 disokong oleh sesiapa sahaja yang beragama Islam, sambil menekankan bahawa undang-undang berkenaan tidak ada kena-mengena dengan yang bukan Islam. Sekaligus kenyataan Shuhaimi Shafie itu bercanggah dengan keputusan menentang RUU355 yang dibuat oleh Wong Chen dua minggu lepas.


Keputusan 'ganjil' PKR Selangor itu sudah pasti didorong oleh kebimbangan PKR terhadap masa hadapan parti itu di Selangor pada PRU akan datang. Ketiadaan PAS mahupun jentera pilihanraya PAS, akan membuatkan PKR lumpuh sepenuhnya.

Sekalipun semasa retreat AMK tempoh hari di Kuala Langat, Ketua AMK menyatakan PAS tidak lagi diperlukan, bahkan PKR tidak perlu mengharapkan bantuan dan tenaga daripada PAS seperti yang biasa mereka lakukan, tetapi pemimpin-pemimpin PKR Selangor sendiri tahu, retorik kata-kata seperti yang dituturkan termasuklah oleh Zuraidah Kamaruddin dalam program retreat tersebut, hanya untuk syok sendiri.

Demi memujuk ahli-ahli PAS supaya tidak memulaukan PKR, menyebabkan PKR Selangor mengambil keputusan yang telah membuatkan DAP Selangor mengamuk.


Salah seorang pemimpin DAP Selangor yang juga merupakan bekas Exco, Ronnie Liu mengecam sekeras-kerasnya keputusan PKR Selangor itu. Ronnie Liu menegaskan bahawa RUU355 akan diaplikasikan kepada bukan Islam dan RUU355 akan menjadi undang-undang hudud yang menzalimi bukan Islam.

Ronnie Liu tidak berselindung menyatakan kebenciannya apabila PKR dan DAP Selangor masih duduk semeja dengan PAS dalam Kerajaan Negeri.

Dalam posting Facebooknya pada hari Rabu, Ronnie memuatnaikkan petikan akhbar yang tentang kenyataan Shuhaimi Shafie menyokong RUU355.


Bagaimanapun selepas teruk dikecam oleh netizen dalam ruang komen pada posting berkenaan, tidak sampai 24 jam, Ronnie Liu menyalahkan laporan akhbar. Ronnie Liu mendakwa, dia tidak pernah meminta DAP Selangor memutuskan hubungan dengan PAS bahkan mendakwa dia adalah antara orang terawal yang membuat inisiatif menjalinkan kerjasama antara DAP dengan PAS.




Sunday, April 9, 2017

SEMAKIN RAMAI DESAK PIHAK BERKUASA SEGERAKAN SIASATAN SKANDAL DAN PENYELEWENGAN DI SELANGOR DAN PULAU PINANG!!!



Tidak seperti isu-isu yang membabitkan Kerajaan Persekutuan atau lebih tepat lagi UMNO-BN, isu-isu penyelewengan membabitkan PKR dan DAP agak 'suram' dan kurang diperkatakan. Kalaupun ianya diperkatakan, PKR dan DAP sangat bijak mengalihkan isu dan langsung tidak menjawab sebarang persoalan tentang perkara berkenaan. Malah lebih bijak lagi ialah bagaimana Excell, perakaunan dan pengauditan dimanipulasi, khususnya oleh DAP yang diketuai oleh Lim Guan Eng untuk membuktikan betapa bijaknya mereka menyembunyikan segala kohong, kokak, bisul, nanah dan kudis di dalam pentadbiran masing-masing.

Darul Ehsan Investment Group (DEIG) misalnya berlegar-legar dengan angka lebih RM30 bilion yang diuruskan oleh syarikat 2 ringgit. Walaupun dibangkitkan oleh ADUN Sungai Panjang merangkap Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Zohdi, isu tersebut 'mati' begitu sahaja.

Begitu juga dengan isu Wetland yang didedahkan oleh Chegu Bard. Walaupun Chegu Bard berjaya mencuri sedikit perhatian dengan persoalan penyelewengan dan salahguna kuasa membabitkan Menteri Besar, tetapi sama seperti DEIG, isu Wetland juga akhirnya sepi.

Di Pulau Pinang, selepas Ahli Parlimen Tasek Gelugor Shabudin Yahya menggunakan pendedahan yang dibuat oleh netizen tentang salahguna kuasa dan rasuah membabitkan pembelian hartanah dan penukaran status tanah untuk kroninya yang juga merupakan rakan kongsi niaga isterinya, ianya mengambil masa untuk pihak berkuasa bertindak. Mungkin kerana isu tersebut semakin hangat dan pendedahan demi pendedahan dibuat, termasuklah dokumen-dokumen yang menyokong pendedahan tersebut, barulah SPRM masuk campur dan akhirnya Lim Guan Eng dan Phang Li Koon dibawa ke mahkamah.

Sekarang, Lim Guan Eng dan Phang Li Koon sedang giat berusaha untuk melengah-lengahkan perbicaraan termasuklah dengan menfailkan permohonan agar Akta SPRM dianggap sebagai tidak berperlembagaan.

Isu-isu puncak bukit yang dibotakkan, isu Terowong Dasar Laut yang kemudian ditukarkan menjadi Jambatan Ketiga Pulau Pinang apabila jumlah wang RM305 juta yang dibayar hanya untuk Laporan Kebolehlaksanaan kepada sebuah syarikat yang baru ditubuhkan, penambakan laut yang projek tersebut kemudiannya dikonsesikan dan Kerajaan Negeri masih membayar dan sebagainya, sehingga setakat ini belum ada sebarang kemajuan di pihak SPRM.

Jamal Mohd Yunos, meskipun kewujudannya tidak disenangi, bahkan ramai yang melihat keberadaannya sebagai pak lawak yang kononnya membodohkan diri terutama hadir di hadapan pintu bangunan SUK, Shah Alam dengan hanya bertuala, gayung dan berus gigi diselit di cuping telinga, bising kerana perkhidmatan bekalan air yang sangat tidak terurus dan lemah menyaksikan banyak kawasan di Lembah Kelang dan Selangor khususnya, putus bekalan air berhari-hari lamanya. Kemudian, dia muncul lagi dengan kereta jenazah dan keranda.

Namun, gimik politik yang dibuat oleh Jamal Mohd Yunos itu mempunyai asas. Bersilat Azmin Ali dan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor terutama sekali SYABAS memberi alasan mengapa bekalan air di Selangor, negeri yang paling padat dan telah dimajukan oleh Kerajaan BN terdahulu melebihi negeri-negeri yang lain, selain di Selangor jugalah, terletaknya pusat pentadbiran negara dan infrastruktur-infrastuktur penting lain, putus. Projek Langat II yang dilengahkan dan cuba dibatalkan oleh Kerajaan Negeri di bawah Pakatan hanya kerana tamakkan kontrak pembinaan dan dikatakan tidak penting, akhirnya dirayu agar Kerajaan Persekutuan percepatkan pembinaannya. Padahal ketika Pakatan membuat keputusan untuk membatalkan projek infrastruktur penting air itu, mereka memberi alasan, bekalan air di Selangor sangat-sangat mencukupi.

'Projek keranda dan van jenazah' Jamal Mohd Yunos akhirnya mendedahkan skandal dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS). Banyak laporan polis telah dibuat terhadap yayasan itu baru-baru ini oleh pelbagai pihak.


Tiga nama telah disebut oleh Jamal iaitu Teresa Kok, Yeo Bee Yin dan Ng Suee Lim. Kelam-kabut Teresa Kok dan Yeo Bee Yin memanggil media dan orang ramai untuk memberikan penjelasan walaupun kes mereka telah dilaporkan kepada SPRM dan mereka hanya perlu menjawab serta bekerjasama dengan SPRM, bukannya berceramah dan berkempen kononnya mereka tidak bersalah. Segala bukti yang mereka bawa, sepatutnya diserahkan kepada SPRM, bukannya diusung untuk dibentangkan kepada orang ramai.

Justeru, tindakan pihak berkuasa khususnya polis dan SPRM dituntut untuk menyegarakan siasatan ke atas skandal-skandal ini. Hanya siasatan pihak berkuasa sahaja yang boleh menentukan sama ada terdapat penyelewengan atau tidak dana-dana awam itu apatah lagi banyak dokumen telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan.

Kepincangan dalam proses pengeluaran dana tersebut juga sudahnampak ada yang tidak kena terutama sekali bagaimana wakil rakyat boleh diberikan kemudahan pengeluaran wang tunai tanpa rekod dan kelulusan.

Setakat ini, hanya pejabat Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok sahaja yang diserbu ekoran laporan polis oleh Jamal terhadap Teresa Kok 14 Mac lalu.

Friday, February 17, 2017

BLOGGER DAKWA KEKAYAAN 'PROKSI' AZMIN ALI HASIL MENYAMUN PERBENDAHARAAN SELANGOR!!!



Satu persatu tembelang rasuah pembangkang terbuka. Akhirnya Adam Rosly Disneyland Ketua AMK Ampang diseret ke SPRM. Luar biasa pengamal rasuahnya adalah kalangan muda-muda. Kelam Kabut Azmin sehingga terpaksa membuat tweet palsu. Rasuah Hilman Idham Pegawai Khasnya pula terus didedah membuka pula kisah selebriti penyampai berita Astro Awani Hans Yusoff. Kalau SPRM tidak membuka semula kertas siasatan memang benarlah mereka memilih-milih!. Sudah lama pihak membicarakan "Geng Sariman" atau budak Hilman. Lama-lama pasti ditemui juga.


Terbaru pada 14 Februari 2017 ketika Dato' Sri Jamal Md Yunos membuat gimik baru dengan membawa 15 van jenazah, keranda dan berpakaian seperti penggali kubur di depan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di Shah Alam. Ia pendedahan penyalahgunaan dana untuk Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Wang Khairat Kematian Negeri Selangor berjumlah RM200 juta.


Zulfahimin Mahadzir pula memang budak Hilman setia. Kemana saja Hilman Idham, Azmin atau YB Amirudin Shari ada biasanya mereka ini ada. Kenyang dengan projek-projek Selangor Kutipan Sampah dibawah Syarikat Hebat Abadi Sdn Bhd anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), projek bersih Sungai Klang dan apa saja yang boleh dirembat melalui Hilman maka tidak logiklah kalau Zulfahimin ini tak mahu tampil di pintu pagar jadi penghalang Dato' Sri Jamal. Kredit politik harus dikutip untuk meneruskan kerjasama jangka panjang bersama Azmin Ali dan Hilman Idham!.


Azmin Ali melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) bukan sahaja telah memonopoli pengurusan air di Selangor, pembelian SPLASH (termasuk rasuah SPLASH) yang belum lagi selesai malah turut memonopoli projek Pengurusan Sisa Pepejal semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui KDEB Waste Management dan Hebat Abadi Sdn Bhd anak syarikat KDEB.


Peranan inilah yang dimainkan oleh Hilman Idham selalu orang kanan kesayangan Azmin Ali untuk menguasai projek-projek kutipan sisa pepejal. Jika dahulu semua PBT melaksanakan sendiri dan melantik kontraktor sendiri kini jika KDEB mengambil alih maka kuasa itu akan berpusat kepada Azmin Ali selaku Pengerusi Syarikat. Ini cara Azmin mengkayakan anak-anak buahnya. Melalui Presiden KDEB Suhaimi Kamaralzaman dan Ramli Mohd Tahir Pengurus Besar Hebat Abadi Sdn Bhd semua dalam telunjuk Azmin dan Hilman sahaja.



Wednesday, February 15, 2017

EKSYENNYA... PKR SELANGOR DAN AZMIN ALI NAK HALAU PAS SEBAB KONFIDEN DENGAN CAP BUNGA DAN PAN!!!



Adakah benar seperti yang dikatakan, PKR sudah sedia menarik handbrake di Selangor? Adakah benar, PKR sudah bersedia untuk memecahkan kerjasama dengan PAS, sekaligus menyingkirkan PAS daripada Pakatan seperti yang dimahukan oleh DAP di Selangor? Adakah PKR sudah bersedia untuk berhadapan dengan kemungkinan hilang banyak kerusi DUN dan Parlimen di Selangor, termasuklah kerusi panas Menteri Besar Selangor apabila PAS sudah tidak membantu parti itu lagi?

Sama ada diperakui atau sebaliknya PKR sudah dua penggal di Selangor dengan bergantung harap kepada kekuatan PAS semata-mata. PKR tidak mempunyai kekuatan sendiri walaupun seringkali mendabik dada, mereka mampu berdiri di atas kaki sendiri.

Dengan hanya 14 kerusi yang dimiliki oleh PKR pada PRU lalu, kedudukan PKR sebenarnya lebih 'rendah' berbanding PAS. Tanpa PAS, gabungan PKR-DAP tidak boleh menjadi kerajaan negeri dan Azmin Ali tidak boleh menjadi Menteri Besar Selangor.

Kekuatan manakah yang menjadi keyakinan PKR sekarang, terutama sekali Azmin Ali selaku pengemudi kepimpinan negeri?

Adakah kerana Cap Bunga dan DAP telah memberikan jaminan bahawa PKR akan berjaya tanpa PAS?

Atau adakah kerana kehadiran PAN yang diharapkan dapat menggantikan PAS di Selangor terutama apabila beberapa orang pemimpin kanan PAS suatu ketika dahulu, beramai-ramai berhijrah ke PAN seperti Dr. Mariah dan Khalid Samad?

Walaupun mungkin dinafikan, tetapi berdasarkan matematik mudah, Selangor hanya dikuasai oleh PAS, UMNO, PKR dan DAP. Berbanding DAP dan UMNO, PKR amat mengharapkan PAS bagi sokongan di kerusi-kerusi Melayu seperti Gombak, Ampang, Bukit Antarabangsa dan sebagainya.

Manakala PAN dan Cap Bunga pula masih tidak terbukti keberkesanan mereka di Selangor.

Cap Bunga adalah serpihan UMNO. UMNO pada dua penggal PRU menghadapi kegagalan teruk. Pengaruh UMNO dikatakan semakin menurun. Perpecahan UMNO kepada Cap Bunga, tidak menambah kekuatan Cap Bunga, sebaliknya Cap Bunga hanyalah sebuah parti serpihan yang kelihatan terlalu asing di Selangor. Manakala PAN pula bukan sahaja tidak mampu bersaing dengan PAS bahkan teruk terpinggir.

Penghakisan sokongan dan undi Melayu kepada PKR bakal menyaksikan parti itu tertungging dalam PRU akan datang. Para penyokong PAS seperti yang diketahui, amat tegar dan tidak akan beralih sokongan, sebaliknya akan patuh kepada apa-apa sahaja permintaan pucuk pimpinan. Manakala para pengundi UMNO Selangor pula yang terdiri daripada orang Melayu, di sebalik sakit hati kepada pucuk pentadbiran UMNO Selangor, paling teruk pun akan mengambil sikap 'berkecuali' atau memindahkan undi mereka kepada PAS yang diharapkan akan bergabung dengan UMNO untuk mentadbir Selangor.

Cap Bunga?

Mereka hanya boleh menelan asap!

Manakala DAP, masih kekal dengan momentum sokongan pengundi-pengundi Cina apatah lagi kerusi-kerusi bandar dan pinggir bandar seperti di Selangor sememangnya dikuasai oleh mereka.

PKR?

Azmin Ali sudah sepatutnya belajar bagaimana mahu melarikan diri seperti Lim Guan Eng sebelum kembali mengangkat dirinya sebagai pemimpin agung!


Monday, January 2, 2017

PERTUNJUKAN BUNGA API PAKATAN TIDAK ADA PERMIT, SALAH SIAPA? POLIS JUGA?



Pertunjukan bunga api di Kelang, telah berakhir dengan tragedi membabitkan kecederaan orang ramai. Bagaimanapun, memandangkan insiden ini berlaku di Selangor, dan Selangor pula berada di bawah pentadbiran Pakatan yang diketuai oleh Azmin Ali, maka kecohnya tidaklah besar. Bahkan beritanya pula sekadar berita, tidak viral dan meluas. Malah sepi setelah dua hari berlalu. 

Bayangkanlah seandainya insiden pertunjukan bunga api itu melibatkan negeri-negeri di bawah Barisan Nasional kalau tidak pun melibatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. 

Sudah pasti, gegak gempita seluruh negara dan timeline tidak akan berhenti-henti dengan pelbagai serangan, tohmahan, fitnah malah pelbagai teori oleh 'pakar-pakar tidak bertauliah'. 

Tetapi insiden tersebut berlaku di Kelang. 

Majlis Perbandaran Kelang (MPK) berada di bawah Kerajaan PKR Selangor dilaporkan tidak mempunyai permit untuk pertunjukan bunga api yang telah mencederakan seramai 14 orang pada malam Tahun Baru. MPK juga telah melantik operator bunga api yang tidak berlesen. 

Namun di sebalik berfungsi sebagai sebuah entiti berkuasa yang sepatutnya menguatkuasakan undang-undang, lesen dan permit di wilayah mereka sendiri, MPK sepatutnya memohon permit dari polis dan tidak melantik pihak yang tidak berlesen untuk mengendalikan projek mereka sendiri. 

Bagaimanapun MPK tetap tidak bertanggungjawab, tetap juga menganjurkan acara tersebut dan mengajak orang ramai datang walaupun mereka sedar bahaya dan risiko yang akan berlaku. 

Hasilnya ialah, pertunjukan bunga api tersebut gagal. Bahkan pertunjukan tersebut telah mencederakan 14 orang yang hadir termasuklah kanak-kanak. 

Bukan sahaja tidak bertanggungjawab tetapi juga melanggar undang-undang. 

Kalaulah MPK itu adalah DBKL, sekurang-kurangnya tiga orang pemimpin utama Pakatan sama ada Teresa Kok, Lim Lip Eng atau Rafizi Ramli, bahkan Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang akan mendesak agar Datuk Bandar Kuala Lumpur meletak jawatan. 

Ironinya, ketika semua perhatian diberikan kepada kadar kenaikan harga minyak yang menimbulkan pelbagai teori, tiada satu kemarahan pun dihamburkan kepada MPK yang mengenepikan kepentingan awam walaupun telah berlaku kecederaan di kalangan orang ramai. 

Dilaporkan sekurang-kurangnya 15,000 orang telah hadir di acara tersebut. Bunga api yang gagal diselia itu boleh mencetuskan tragedi besar-besaran dengan jumlah kematian yang tinggi. 

Untunglah kerana ianya berlaku di Negeri Selangor, negeri yang ditadbir oleh Pakatan PKR-DAP-PAS dan diketuai pula oleh Azmin Ali!


Thursday, December 22, 2016

MARAH KERANA JAMAL MOHD YUNOS 'BERTUALA' DI PINTU SUK, PENTADBIRAN AZMIN ALI BARU JUMPA PREMIS PERNIAGAAN JAMAL DI SEKINCHAN TIDAK BERLESEN DAN DIARAH TUTUP!!!



Jamal Mohd Yunos, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar telah buat gimik bertuala dan membawa perkakas mandi di hadapan pintu pagar bangunan SUK semalam. Gimiknya ekoran gangguan bekalan air di Selangor dan Lembah Kelang dalam tempoh yang terdekat akibat kegagalan dan kepincangan pentadbiran serta pengurusan air Selangor yang telah diambilalih oleh Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Azmin Ali.

Tahun ini sahaja, sudah lebih tujuh kali gangguan bekalan air yang paling minima adalah tiga hari bagi setiap sesi gangguan di seluruh Selangor dan Lembah Kelang.

Soal sama ada Jamal melakukan stunt bodoh atau tindakannya adalah simbolik kepada kritikan terhadap kegagalan pentadbiran Azmin Ali menguruskan masalah air Selangor, terpulang kepada persepsi masing-masing.



Tetapi hakikatnya, masalah bekalan air di Selangor semakin hari semakin teruk. Itu hakikat yang tidak boleh dinafikan sama sekali. Sebarang cubaan untuk menyalahkan pihak lain, hanya sekadar cubaan untuk menutup kelemahan pentadbiran Azmin Ali-DAP.

Rupa-rupanya tindakan Jamal Mohd Yunos membuat stunt-politik itu, menimbulkan 'kemaharan' yang luar biasa kepada pentadbiran Azmin Ali sehingga perlu dicari, dikorek dan dibalas dendam dengan berselindung di sebalik undang-undang.

Satu arahan sita premis atas alasan TIDAK BERLESEN telah dikeluarkan pada sebelah pagi, dan pada sebelah petang hari yang sama, tindakan sita dan roboh dilakukan membabitkan premis milik Jamal Mohd Yunos di Sekinchan.


Menariknya, terdapat banyak hotel-hotel murah di seluruh kawasan tersebut, bahkan di Selangor yang lebih dilihat sebagai pusat 'pembersihan' tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pentadbiran Azmin Ali. Tidak pernah pula ada operasi dan pengeluaran perintah sita atau perobohan premis kerana tiada lesen atau kelulusan.

Barangkali kewujudan lesen dan kebenaran, hanya akan berlaku sekiranya pemilik-pemilik premis tersebut 'memalukan' Kerajaan Negeri.





Semalam, di Pulau Pinang, tindakan pentadbiran Lim Guan Eng menghantar perintah mahkamah agar Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang tutup mulut dan tidak memperkatakan lagi tentang tanah Pulau Jerejak yang telah diselewengkan oleh pentadbiran Lim Guan Eng dibuat.

Hari ini, di Selangor, pentadbiran Azmin Ali yang 'Residennya' adalah DAP, juga melakukan tindakan yang sama, tetapi lebih kejam dengan menyita dan memusnahkan binaan milik Jamal Mohd Yunos.



Friday, June 24, 2016

ANTARA KARTEL JENAYAH DAN KARTEL RASUAH, AZMIN ALI SEMAKIN HILANG SEKUTU DI SELANGOR AKIBAT PERBUATAN RAFIZI RAMLI!!!



Penangkapan S.Manikavasagam kerana menerima rasuah, serta berita membabitkan cubaannya mengugut saksi dengan menggunakan samseng seperti yang dilaporkan oleh Netizen, sebenarnya bukan sahaja melibatkan jenayah, tetapi juga melibatkan pergelutan politik di Selangor dan PKR khususnya.

Kes yang lebih mengejutkan melibatkan Pengerusi sebuah NGO yang kononnya anti rasuah, perjudian, kongsi gelap, salah guna kuasa polis dan jenayah yang dipengerusikan oleh seorang lagi pemimpin PKR, turut mencalarkan PKR. Kes tersebut sebenarnya sudah berlarutan lama dan desas-desus sebelum ini di mana, Pengerusi NGO tersebut dikatakan memeras ugut kartel-kartel jenayah sebagai pendapatan mewahnya, kini seperti terbukti benar ekoran penangkapannya dan laporan yang dibuat oleh saksi.

Azmin Ali cuba bergantung kepada Tun Mahathir untuk meneruskan nyawa dan hayatnya selepas Rafizi Ramli mencetuskan perdebatan dan polemik tentang kegiatan rasuah di dalam pentadbiran Azmin Ali sebelum ini. Kemuncak daripada polemik tersebut ialah ketidakhadiran Wan Azizah bersama-sama Azmin Ali ketika berkempen di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Malahan, Azmin Ali turut menarik semua jentera PKR Selangor dari Sungai Besar sebagai protes terhadap partinya sendiri.

Tun Mahathir sendiri pun tidak mampu menyelamatkan Azmin Ali apabila Nurul Izzah secara tegas menolak pembabitan bekas Perdana Menteri itu di dalam PKR. Kenyataannya bahawa PKR perlu meminta beberapa syarat sebelum boleh Tun menyertai mereka, dilihat sebagai penolakan secara halus walaupun pada masa yang sama, Tun Mahathir sendiri telah menyatakan berulang-ulang kali bahawa dia tidak akan menyertai mana-mana parti politik walaupun dia akan terus menentang Najib Abdul Razak.


Pendedahan tentang kekayaan Ahli Parlimen Ampang yang merupakan sekutu kuat Azmin Ali, Zuraidah Kamaruddin, ibarat menyimbah cuka di atas luka kepada Azmin Ali. Zuraidah yang latar belakangnya bukannya rahsia, sehingga kini masih tidak dapat menjawab bagaimana dalam masa yang singkat dia mampu mengumpulkan kekayaan luar biasa walaupun hakikatnya, dia hanyalah bekas seorang migran yang mendapat kerakyatan negara ini. Sebaliknya Zuraidah sekadar memekik-mekik dan menyalak-nyalak meminta bukti dia telah menyeleweng wang rakyat.

Azmin Ali sudah pun bermain api dengan PAS. PAS ternyata tidak senang dengan tingkahlakunya, terutama sekali yang membabitkan sokongannya kepada PAN semasa PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar walhal PAN hanyalah sebuah parti dua kerusi yang dicuri dari PAS, manakala PAS adalah parti yang membolehkan Azmin Ali menjadi Menteri Besar.

Usaha-usaha penyelamatan bukannya kerja mudah buat Azmin Ali. Dia sedang berhadapan dengan musuh-musuh dari kalangan kawan-kawannya sendiri. Sekutu-sekutu utamanya mula diserahkan kepada pihak berkuasa seperti SPRM dan PDRM kerana terlibat dalam kegiatan jenayah. Manakala sekutu politik utamanya di Selangor, PAS pula semakin hampir untuk meninggalkan Pakatan Rakyat Selangor.

Apakah benar seperti yang dikatakan kononnya, sebelum dia jatuh, Azmin Ali pula akan membuat pendedahan yang lebih mengejutkan tentang Rafizi Ramli dan kem Wan Azizah yang menjadi musuhnya kini?

Apakah benar, sebelum benar-benar kehilangan jawatan Menteri Besar dan kawalannya ke atas Kerajaan Negeri Selangor, Azmin Ali akan mengumpulkan kekuatannya sendiri, mengenepikan kumpulan pro Wan Azizah dan kemudian membubarkan DUN Selangor?

Kalut dan terus kalut... kekalutan itu menariknya, cuba disembunyikan dengan copy-cat langkah Lim Guan Eng di Pulau Pinang, iaitu berlagak seperti sebuah kerajaan yang benar-benar kaya untuk kakitangan awamnya menerusi pemberian bonus dan duit raya, walaupun hakikatnya, peruntukan-peruntukan daripada Kerajaan Pusat seperti untuk PBT dan MARIS, tidak dibelanjakan sebagaimana sepatutnya, sebaliknya dijadikan sebagai sebahagian daripada pendapatan negeri.


Friday, May 20, 2016

ADAKAH SKANDAL RASUAH BETINA DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR YANG DIDEDAHKAN RAFIZI, AKAN MEMPERDAYAKAN PEMIMPIN UMNO?!!!



Kebocoran transkrip WhatsApp Rafizi Ramli yang mendedahkan tentang gejala rasuah di dalam Kerajaan Negeri Selangor termasuklah umpan 'perempuan' menarik perhatian ramai, termasuklah dari kalangan pemimpin PKR sendiri.

Pendedahan di dalam transkrip WhatsApp Rafizi Ramli tentang kegiatan dan kegilaan rasuah di dalam Kerajaan Negeri Selangor membabitkan wang dan wanita, mencetuskan satu lagi pergolakan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri terutama sekali membabitkan pergelutan kuasa antara Azmin Ali dengan kepimpinan utama PKR pro-Wan Azizah.

Kenyataan Rafizi Ramli bahawa dia telah menerima beberapa aduan berkenaan tuntutan-tuntutan tersebut, menimbulkan pelbagai reaksi daripada Exco-Exco Kerajaan Negeri Selangor seperti Amiruddin Shaari.


Amiruddin Shaari bagaimanapun enggan memberikan sebarang ulaasan berhubung dakwaan tersebut, sebaliknya meminta agar Rafizi Ramli yang memberikan penjelasan lanjut bahkan membawa kes tersebut ke pengetahuan pihak berkuasa yang berkenaan berserta dengan butiran yang ada.

Menurutnya lagi, dia tidak pernah mendengar atau mendapat aduan sebegitu.

Rafizi Ramli sendiri enggan memberikan komen atau menafikan pembocoran perbualan tersebut. Bagaimanapun, Rafizi Ramli mengakui memang terdapat elemen-elemen tersebut di dalam partinya tetapi enggan menerangkan secara lebih lanjut.


Adakah ini merupakan satu lagi 'LANGKAH KAJANG' yang diinisiatifkan oleh Rafizi Ramli untuk menyingkirkan Azmin Ali yang dilihat bukan sahaja derhaka kepada Anwar Ibrahim, tetapi juga kerana mengagung-agungkan Tun Dr. Mahathir yang menjadi pemangkin kepada kewujudan dan perjuangan PKR?

Sesuatu yang menarik ialah, adakah UMNO-BN akan memberi reaksi kepada isu sebegini menjelang PRK Sungai Besar? Adakah pemimpin-pemimpin UMNO akan 'terperangkap' dengan isu yang cuba dicetuskan oleh Rafizi Ramli itu sekaligus mengesahkan bahawa para pemimpin UMNO mudah diperdayakan?


Tuesday, May 10, 2016

AZMIN PUJUK PAS BERSAMA DAP-PKR SEMATA-MATA NAK LETAKKAN CALON PAN DI PRK SUNGAI BESAR?



Taktik dan helah Azmin Ali meminta agar PAS kembali menyertai Pakatan sebenarnya mudah dibaca. Apatah lagi dengan pergayutan kuasa PKR di Selangor yang semakin longlai walaupun masih lagi didokong oleh DAP dan PAS dalam pentadbiran negeri.

Berbanding negeri-negeri lain, PKR tidak memutuskan hubungan dengan PAS di Selangor. Walaupun beberapa kerusi PAS kini telah bertukar menjadi kerusi PAN, namun penguasaan dan pengaruh PAS tetap kuat sehingga kini.

Justeru, Azmin Ali melihat satu persekitaran yang lebih baik menerusi kerjasama dengan PAS seperti yang pernah mereka nikmati sebelum ini. Tanpa PAS, PKR tidak akan berkuasa di Selangor. Dan tanpa PAS juga, DAP akan kehilangan pengaruh yang lebih besar.

PAS menerusi Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man, menolak tawaran tersebut, sebaliknya mengusulkan tawaran yang 'lebih baik'.

Kata Tuan Ibrahim, PKR sepatutnya meninggalkan DAP dan PAN untuk menyertai PAS, bukannya membawa PAS untuk menyertai mereka.

Walaupun ada yang tergedik ekor seperti Mahfuz Omar yang berbadan hijau berhati oren menyatakan, PAS lebih baik menyertai Pakatan Harapan, namun akar umbi pula menunjukkan indikasi sebaliknya. Akar umbi PAS yang selama ini pasif, menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada saranan Tuan Ibrahim Tuan Man sekaligus mematuhi arahan Presiden PAS yang meminta agar segala tumpuan diberikan untuk menentang dan menghalang DAP.

PRK Sungai Besar merupakan medan terbaik buat Azmin Ali untuk menjadi pengatur yang terbaik. PAS awal-awal lagi sudah menyatakan yang mereka akan bertanding di kerusi tersebut. PAN pula bersuara sayup-sayup untuk turut mencalonkan diri dala PRK Sungai Besar.

Azmin Ali memerlukan PAS tetapi pada masa yang sama, Azmin Ali juga didesak oleh PAN yang merupakan proksi DAP dalam usaha DAP untuk mengurangkan pengaruh PAS di Selangor.

Jadi, apa yang akan Azmin Ali lakukan?


Thursday, November 26, 2015

SUDAH HAMPIR PASTI, PAS DIISYTIHARKAN PEMBANGKANG DI SELANGOR BERSAMA-SAMA UMNO-BN!!!



Majlis Presiden Pakatan Harapan sebentar tadi difahamkan telah membuat keputusan mengisytiharkan PAS sebagai parti pembangkang di Selangor di samping BN dan wakil bebas.

Keputusan ini bagi menunjukkan solidariti Pakatan Harapan sebagai satu komponen setelah Penang mengambil tindakan yang sama minggu lepas. Ia telah dipersetujui dan mendapat restu semua Menteri Besar/Ketua Menteri terlibat.

Disamping itu, ia juga bagi mengelakkan pilihanraya negeri Selangor diadakan lebih awal seperti mana yang dirancang DAP sebelum ini.

Serentak dengan itu juga, seorang wakil PKR di DUN Kelantan juga akan menjadi pembangkang seperti mana wakil PAS di Penang.

Berkuatkuasa minggu depan, semua ahli majlis PAS di Selangor akan dipecat dari jawatan itu, melainkan mereka menukar parti dengan menyertai mana-mana parti komponen Pakatan Harapan seperti PKR atau PAN mahupun DAP.

Ahli-ahli PAN yang telah dikenalpasti akan mengambil alih jawatan dan semua kemudahan yang dinikmati ahli majlis dari PAS.

3 Exco PAS dalam kerajaan Selangor turut akan dipecat dengan semua urusan berkaitan, termasuk mendapat perkenan pihak Istana juga akan disegerakan. Tempat mereka akan digantikan oleh 2 ADUN PAN iaitu Saari Sungip (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib).

Jika semuanya berjalan dengan lancar, majlis angkat sumpah akan diadakan seawal-awalnya Rabu minggu hadapan.

Setelah semua ini selesai, Pakatan Rakyat secara rasmi akan berkubur dan era Pakatan Harapan yang sebenarnya akan bermula. (SUMBER)


Thursday, August 27, 2015

PEJABAT OPERASI DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG) TIDAK WUJUD!!!



Pejabat operasi Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang bakal menguruskan aset negeri Selangor berjumlah RM30 bi­lion ‘tidak ada’ seperti mana alamat yang tertera dalam pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Pejabat yang sepatutnya berdaftar dengan menggunakan alamat tingkat tujuh, Menara Milenium, Jalan Damanlela, Pusat Bandar Damansara di sini tidak wujud, malah, tidak mempunyai sebarang papan tanda me­ngenainya, sebaliknya hanya terdapat syarikat-syarikat lain.

Tinjauan Utusan Malaysia ke alamat tersebut hari ini mendapati hanya dua buah syarikat terdapat di tingkat yang sama iaitu Securities Services (Holdings) Sdn. Bhd.(SSH) dan Zaid Ibrahim & Co.

Ruang pejabat di tingkat itu pula sempit dan tidak boleh memuatkan ramai kakitangan.

Seorang kerani penyambut teta­mu SSH ketika ditemui mengakui DEIG sememangnya berdaftar de­ngan SSM menggunakan alamat di situ, tetapi segala urusan surat-menyurat dan hal-hal berkaitan adalah di Shah Alam.

“Ya, di sini memang pejabat DEIG. Berdaftar sahaja dengan SSM menggunakan alamat di sini, tetapi di sini pejabat setiausaha. Di sini tidak ada urusan surat-menyurat. Apa-apa hal kamu kena pergi ke Shah Alam,” katanya.

Tindakan kerajaan PKR Selangor menubuhkan DEIG menjadikan isu paling panas di negeri itu berikutan syarikat bernilai RM2 tersebut didakwa akan menguruskan kira-kira RM30 bilion nilai aset yang kini di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor.

Sebuah portal be­­ri­­ta kelmarin mendedahkan rekod terkini SSM menunjukkan kedua-dua saham bernilai RM1 DEIG itu didakwa dipegang oleh dua individu iaitu Ketua Pegawai Eksekutif MBI Sela­ngor, Raja Shahreen Raja Othman dan Ketua Pegawai Operasi MBI Selangor, Soffan Affendi Aminuddin.

Menurut portal tersebut, pe­gangan saham itu dilihat bertenta­ngan dengan struktur pegangan yang dipaparkan di laman web DEIG yang menunjukkan DEIG merupakan 100 peratus milik penuh MBI Se­langor.

Sementara itu, seorang kerani keselamatan di Menara Milenium pula memberitahu, dia tidak pernah mengetahui atau dimaklumkan bahawa wujudnya syarikat DEIG di tingkat tujuh, bangunan itu. (SUMBER)


Monday, August 24, 2015

BUDIMAN ZOHDI SELAR AZMIN ALI YANG TIDAK BERANI MENJAWAB TENTANG DEIG DAN KEHILANGAN RM7.65 BILION WANG RAKYAT SELANGOR WALAUPUN SEPATAH!!!



“Kenapa persoalan mudah yang saya lontarkan bagi pihak rakyat tidak boleh dijawab MB?” - Budiman Zohdi

Sikap Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mengelak segala pertanyaan berhubung keputusannya menubuhkan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) memperlihatkan ada sesuatu yang cuba disorok olehnya.

Setiausaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Selangor, Budiman Mohd. Zohdi berkata, beliau hairan keadaan itu berlaku kerana persoalan yang diajukannya di dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) mengenai DEIG sebelum ini sebenarnya boleh dijawab dengan fakta.

Jelas beliau yang juga ADUN Sungai Panjang, persoalan yang dilontarkannya juga adalah berdasarkan fakta yang Mohamed Azmin sendiri huraikan dalam sidang DUN.

“Seperti ada udang di sebalik batu. Kenapa persoalan mudah yang saya lontarkan bagi pihak rakyat tidak boleh dijawabnya?

“Saya lontarkan persoalan berdasarkan fakta yang dia hurai. Dia kena jawab bukan sahaja kepada saya yang mewakili BN tetapi juga rakyat perlu diberikan penjelasan kerana aset berjumlah RM30 bilion itu bukan kecil nilainya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Kelmarin, Mohamed Azmin cuba mengalih perhatian kepada isu dana politik apabila disoal oleh wartawan berhubung kontroversi penubuhan DEIG.

Mohamed Azmin dalam sidang akhbar selepas merasmikan satu majlis di sini sebaliknya membidas kenyataan Pengarah Strategik Komunikasi BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mahu beliau memberi penjelasan kepada rakyat berhubung kontroversi DEIG yang menguruskan aset bernilai RM30 bilion berbanding isu dana politik RM2.6 bilion.

Budiman menambah, sebagai Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin tidak sepatutnya menolak pertanyaan wartawan kerana tugas pihak media melaporkannya kepada orang ramai.

“Apabila ditanya media, Menteri Besar tidak boleh mengelak untuk menjawab dengan memberikan alasan tidak mahu komen.

“Sebagai orang yang bertanggungjawab mencetuskan penubuhan DEIG, rakyat berhak tahu. Ini melibatkan isu moral,” ujarnya.

- Selangor Post


Friday, August 21, 2015

HEBAT!!! KETIKA RM2.6 BILION DERMA DISIASAT BNM, PDRM DAN SPRM, RM7.65 BILION DEIG PULA TIDAK BOLEH DIAUDIT!!!



Bangunan UMNO Selangor di Shah Alam Khamis penuh ketika ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi mengadakan taklimat mengenai isu paling panas di Selangor Darul Ehsan Investment Group Berhad (DEIG).

Memang ramai yang hendak tahu letak duduk cerita DEIG ini… sejak awal minggu ini, macam-macam cerita kita dengar mengenai entiti baru pelaburan Selangor itu dan yang paling membangkitkan kemusykilan adalah syarikat berkenaan bebas daripada diaudit apabila boleh membuat pinjaman pelaburan tanpa perlu melaporkan laporan kewangannya kepada kerajaan atau di DUN.

Hampir semua pemimpin NGO di negeri itu, selain aktivis politik dan juga media turut serta dalam taklimat bertajuk ‘Darul Ehsan Investment Group Berhad (DEIG)- Kebimbangan Kita’

Menurut Budiman, DEIG bukannya isu politik, sebaliknya ia adalah kebimbangan semua wakil rakyat di Selangor, tidak kira pembangkang mahupun kerajaan.

Jelasnya, kebimbangan terhadap keperluan dan ketelusan sayap pelaburan negeri itu, telah disuarakan wakil rakyat di dalam dan luar Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sentimen yang ditunjukkan wakil rakyat kerajaan dan pembangkang adalah sama, iaitu semua mahu aktiviti DEIG ditangguhkan untuk sekurang-kurangnya enam bulan.

“Penubuhan entiti pelaburan ini nampaknya sama dengan syarikat-syarikat lain, di mana mereka tertakluk kepada Akta Syarikat 1967.

“Bagaimanapun, di bawah akta itu, DEIG bebas daripada diaudit pihak lain, termasuk dipersoalkan DUN.

“Jika penubuhan DEIG perlu, ia boleh menjadi anak syarikat MBI yang berperanan sebagai juru perunding untuk memberi nasihat komersial kepada anak-anak syarikat MBI, bukannya sebagai sebuah entiti yang mempunyai bidang kuasa untuk mengawal operasi semua anak syarikat MBI,” katanya dalam taklimat lebih sejam itu.

Disebabkan DEIG membabitkan aset-aset kerajaan, Kerajaan Selangor yang diketuai Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali perlu terlebih dahulu menyediakan satu laporan yang boleh dibentang dan diteliti semua Adun, ujar beliau.

Keperluan menubuhkan DEIG dipersoalkan pelbagai pihak, memandangkan sudah wujud Menteri Besar Incorporated (MBI) yang memainkan peranan sama.

Katanya, Mohamed Azmin sepatutnya mengkaji cara supaya MBI sedia ada boleh berfungsi lebih baik, bukannya menubuhkan entiti baru yang akan menambahkan lagi kos dan memaksa kerajaan memperuntukkan sejumlah wang yang boleh digunakan untuk projek lain dan lebih bermanfaat untuk Selangor.

Beliau memberi contoh, untuk meningkatkan ketelusan MBI, kerajaan negeri boleh mewajibkan perbadanan itu menyerahkan laporan kewangan tahunan untuk diaudit jabatan audit negeri.

Sementara itu, seorang lagi pemimpin muda UMNO Selangor,Datuk Irmohizam Ibrahim berkata langkah menubuhkan DEIG untuk menstruktur pelaburan 12 entiti di bawah MBI dipersoalkan kerana tidak mempunyai ketelusan dan terdedah kepada risiko penyelewengan.

Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, terma pinjaman DEIG sangat ‘pelik’ dan mengelirukan selain syarikat berkenaan bebas daripada diaudit apabila boleh membuat pinjaman pelaburan tanpa perlu melaporkan laporan kewangannya kepada kerajaan atau di DUN.

Menyifatkan penubuhan DEIG sebagai ‘ada udang di sebalik batu’ Irmohizam turut meminta Mohamed Azmin mendedahkan nama dua individu yang menjadi pemegang saham DEIG dan bebas menguruskan aset milik rakyat Selangor itu.

“DEIG dalam konteks ini diberi kuasa mutlak yang boleh mengu­ruskan semua anak syarikat di bawah MBI tanpa ada semak dan imbang yang seterusnya dapat menyebabkan masalah ketelusan dan akauntabiliti.

“Saya juga khuatir DIEG ini adalah cubaan untuk dijadikan sebagai saluran mendapatkan sumbangan politik, maka sengaja ditetapkan supaya tiada mekanisme audit yang sewajarnya untuk melakukan audit syarikat berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas mengenai kekecohan dalam sesi perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor apabila bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempersoalkan tujuan sebenar kerajaan negeri mewujudkan DEIG bagi menguruskan pelaburan anak-anak syarikatnya.

Abdul Khalid mempertikaikan kewujudan DEIG yang didakwa ditubuhkan tanpa sebarang enakmen dan tidak mempunyai kelulusan DUN.

Mengulas lanjut, Irmohizam turut mempersoalkan apa rasional­nya DEIG perlu didaftarkan di bawah Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menstruktur anak-anak syarikat kerajaan negeri sedangkan perkara itu boleh dilakukan MBI.

Tambahnya, satu undang-undang perlu ada untuk mengawal DEIG kerana syarikat berkenaan akan mengawal operasi dan me­ngurus aset rakyat Selangor yang bernilai RM6.3 bilion.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) juga perlu menyiasat akaun syarikat itu kerana penubuhannya menimbulkan pelbagai persoalan dan pertuduhan serius.

“Jika Menteri Besar tidak setuju dengan cadangan yang diberikan oleh semua pihak dan terus mempertahankan pendiriannya berkaitan penubuhan entiti ini, maka sudah pasti ‘ada udang di sebalik batu’ yang rakyat sendiri akan dapat menilainya,” katanya. (MALAYSIA TODAY)


CHEGU BARD PERSOALKAN KEHILANGAN RM7.65 BILION DAN SYARIKAT RM2 UNTUK SAKAU DUIT RAKYAT SELANGOR!!!



Pelan Penstrukturan air yang dirombak Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali lebih mahal berbanding dengan yang dibuat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam kenyataannya mempersoalkan jumlahnya yang mencecah RM9.65 bilion, sedangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dimaklumkan, ia hanya melibatkan kos RM2 bilion.

Pegasasnya, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard membangkitkan persoalan ke mana perginya RM7.65 bilion.

“Azmin perlu menjelaskan ini, jika tidak ia tidak dapat mengelakkan persepsi ada ‘kick back’ dalam urus niaga ini.

“Kegusaran rakyat lebih lagi apabila Kerajaan Selangor melupakan janji di mana rakyat Selangor boleh memiliki saham syarikat air tetapi kini janji itu telah bertukar kepada kemungkinan kenaikan tarif tidak dapat dielak dan kemungkinan tiada lagi skim air percuma,” katanya.

Sementara itu, mengulas isu lain, Chegubard berkata kewujudan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang merupakan sebuah syarikat baru di luar Menteri Besar Incoperated (MBI) bukan sahaja mengundang kritikan daripada pembangkang tetapi sekutu parti itu sendiri iaitu, Pas dan DAP.

“Diteliti dari daftar Syarikat, DEIG diterajui oleh dua orang yang terlibat di dalam MBI, maka ini makin pelik kenapa orang yang sama di dalam MBI membuka sebuah syarikat lain untuk menguruskan pelaburan Selangor.

“Dua kemungkinan wujud ialah Azmin ingin mewujudkan sebuah entiti perniagaan tanpa audit langsung dari kerajaan negeri untuk mudah melakukan ‘sesuatu’ atau dia bersikap paranoid melampau dan mahu dilihat berbeza dengan Menteri Besar sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, jika hanya untuk melihat kedua-dua syarikat itu berbeza, Azmin membazirkan wang rakyat dengan membuka satu lagi syarikat dan ia merupakan satu kebiadapan selaku pemimpin.

“Kenyataan Azmin menyalahkan konon serangan ini ada pihak luar yang arah tidak ubah seperti perangai pemimpin UMNO, BN. Mengelak dengan menyalahkan orang lain. Ia cukup berbunyi seperti (Datuk Seri) Najib (Tun Razak),” tegasnya. (FMT)


RM2.6 BILION GEGAK GEMPITA TAPI RM30 BILION SENYAP SUNYI MACAM TELUR MASUK KE PERUT!!!



Setakat ini, golongan yang paling kuat memekak tentang RM2.6 bilion yang masuk ke akaun atas nama Najib Abdul Razak, terus menyepikan diri seolah-olah mereka naif, dan sangat lurus apabila isu Darul Ehsan Investment Group (DEIG) ditimbulkan oleh bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dan beberapa orang pemimpin DAP Selangor.

Menariknya juga, orang seperti Tony Pua dan Rafizi Ramli seperti tidak wujud lagsung di dunia ini walaupun dalam sebarang isu yang membabitkan Najib, UMNO dan Barisan Nasional, merekalah yang paling ke hadapan dan paling hebat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir juga tidak membuat sebarang entri di blognya berhubung kehilangan lebih RM7 bilion hasil penstrukturan air Selangor sepertimana yang dibangkitkan oleh Khalid Ibrahim.

Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng juga tidak memberikan sebarang ulasan tentang DEIG. Lim Kit Siang sebaliknya masih lagi sibuk dengan pelbagai teori dan konspirasinya untuk menjatuhkan Najib Abdul Razak dan UMNO-BN seolah-olah jumlah RM2.6 bilion itu jauh lebih kecil berbanding RM30 bilion yang membabitkan Kerajaan DAP-PKR Selangor.

Namun yang paling menarik sudah tentulah para pemimpin UMNO dari peringkat atasan sehinggalah ke ahli biasa, yang sebelum ini sibuk menyalahkan Najib dan menuduh Presiden UMNO itu sebagai penyonglap, tidak langsung mendapat ilham untuk memperlihatkan dan membuktikan mereka benar-benar seperti yang diperkatakan iaitu berjuang untuk rakyat.

Hanya apabila membabitkan serangan sesama sendiri sahaja, otak cukup ligat untuk merangka pelbagai strategi dan helah untuk menewaskan pesaing tetapi apabila berhadapan dengan lawan sebenar, masing-masing tidak ubah seperti pondan yang pembedahan menukar jantinanya tidak jadi.

Semuanya jadi penakut, pengecut dan bacul. Semuanya tiba-tiba sahaja menjadi bodoh, benak dan bengap. Terlalu bengong dan tersangatlah naif sehinggakan bahasa tubuh mereka boleh dilihat ketara yang telur mereka sedang menggigil di dalam seluar.

Walaupun sudah terhidang isu besar namun nampaknya mereka langsung tidak tertarik dengan isu ini sebaliknya kalau kita perhatikan di dada media sama sama media massa, elektronik mahupun media sosial, ada lagi yang seronok bercakap tentang 1MDB dan RM2.6 bilion sehingga ada pula yang sanggup ke Switzerland.

Begitu juga dengan golongan yang cuba membuktikan kepada Presiden UMNO mereka adalah orang Najib, masih ada lagi yang sempat memikirkan hujah untuk menyerang orang UMNO yang sudah pasti kalau mengundi, mereka tetap akan memangkah lambang Barisan Nasional atau paling teruk, mereka akan memulaukan pilihanraya itu.

Namun, kalau diperhatikan, orang yang sama jugalah langsung tidak bersuara, tidak berani bersuara, bodoh bebal dan tidak mempunyai sebarang idea untuk menyerang pihak lawan apabila ada isu besar yang boleh digunakan untuk melakukan serangan.


Disebabkan itulah, setelah dua hari isu DEIG, yang paling lantang hanyalah YB BAJU PETAK RAMBUT BELAH TENGAH dari DUN Sungai Panjang, Budiman Zohdi. Manakala yang lain-lain masih lagi bercakap tentang sama ada Najib akan letak jawatan atau sebaliknya.

Agak aneh jugalah kerana masih ada lagi yang sangat berkeyakinan, UMNO lebih kuat sekarang ini sedangkan isu sebesar ini pun, tidak mampu digunakan untuk melakukan serangan hendap ke atas PKR dan DAP khususnya di Selangor!!!

Ini isu-isu asas DEIG yang menimbulkan banyak persoalan Netizen:

DEIG:
Jun 2015 - Daftar di ROS
July 2015 - Bayar zakat 5 juta seluruh Malaysia
2016 - Dijangka beroperasi (MB umum dlm DUN 20/8/2015)

* DEIG belum mula berniaga dah bayar zakat seluruh Malaysia?

* Darul Ehsan Investment GROUP? Berapa & apa anak2 syarikat yg dinaunginya dlm GROUP?

* DEIG bermodal RM2 ada asset RM30 Billion. Kayanya!

* 2 pemegang saham berdaftar DEIG bila2 masa boleh tendang MB, SUK dan Peg Kewangan Negeri dari 'pengarah syarikat' dan bawa lari asset kerana ketiga2 mrk TIDAK berdaftar di ROS sbg 'Pengarah'

* 2 Pemegang saham DEIG boleh bila2 masa cagarkan RM30 Bil asset utk dptkan berbillion pinjaman bank dan cabut lari tanpa sbrg kerugian.

* DEIG digunakan sbg dana politik PKR. Guna harta kerajaan negeri utk parti

* DEIG berdaftar dengan ROS sbg syarikat perniagaan tapi yang diniagakan adalah asset2 rakyat Sgor. Hasil mana2 kerajaan adalah dari cukai dan hasil bumi, dan pulang kpd rakyat dlm bentuk kemudahan bukan niagakan hak rakyat.

* Pendapatan asas mana2 kerajaan didunia ialah dari royalti atau cukai dari mana2 perniagaan dlm negara/negerinya tapi bukan berisiko dengan berniaga. DEIG bangkrap, seluruh negeri bangkrap.- SUMBER


Wednesday, August 19, 2015

RM30 BILION ASET SELANGOR DILETAKKAN DI BAWAH SYARIKAT RM2? APA HUBUNGAN PEMILIK SYARIKAT DUA RINGGIT ITU DENGAN AZMIN?



Mohamed Azmin Ali berkata Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) Sdn Bhd berbeza dengan syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sarat dengan hutang.

Jelas Menteri Besar Selangor itu, DEIG tidak memberi kesan langsung kepada negeri memandangkan syarikat itu hanya bertanggungjawab soal pelaburan, manakala dasarnya akan diputuskan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dan kerajaan negeri.

“1MDB adalah syarikat berasingan dan tidak menerima arahan langsung daripada Kementerian Kewangan, tetapi peranan DEIG bukan pihak tengah seperti yang didakwa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,” katanya di lobi Dewan Negeri Selangor pada Selasa.



Tambah ADUN Bukit Antarabangsa itu, DEIG adalah untuk meningkatkan hasil keuntungan dan mengurangkan risiko pelaburan selain masih tertakluk di bawah enakmen MBI.

Katanya, kerajaan berpotensi menanggung risiko sekiranya DEIG diasingkan sepenuhnya dari MBI.

“MBI yang mempunyai aset bernilai RM6.3 bilion mempunyai 12 anak syarikat di bawahnya dan DEIG tidak bertindak sebagai pesaing mereka.

“Dari struktur modal, DEIG tidak ada buat pinjaman modal, tiada aset dan anak syarikat yang dikendalikan yang mula beroperasi pada suku pertama 2016,” katanya

Penubuhan DEIG telah menimbulkan kekeliruan di kalangan ADUN baik dari kerajaan atau pembangkang.

Wakil Barisan Nasional (BN) Selangor, Budiman Zohdi mendakwa entiti baru di bawah MBI itu akan memberi kesan negatif apabila kedudukannya lebih istimewa kerana tidak perlu melaporkan terus kepada kerajaan negeri selain operasinya tidak akan diaudit.

Sementara itu ADUN DAP dari Damansara, Yeo Bee Yin pula menggesa Menteri Besar tampil memberi penjelasan yang konkrit untuk menggelak berlakunya kekeliruan di kalangan ADUN. (SUMBER)


Menariknya juga...

Rekod di Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan syarikat DEIG milik individu bernama Raja SHhahreen Raja Othman Dan Soffan Afendi. Apakah hubungan mereka dengan Azmin sehinggakan syarikat bernilai RM2 dapat derma RM30 Billion?

Rakyat Selangor tertipu, wang sudah dipindahkan RM30 Billion, Dan Azmin akan menghapuskan pemberian air percuma!

Ini sudah gila! Betul-betul gila! Memanglah DAP sedang berusaha nak gantikan Azmin kepada Wan Azizah, tetapi kenapa curi wang rakyat RM30 Billion? (MYMASSA)


Thursday, August 6, 2015

PKR KATA ISU PENGAGIHAN ZAKAT YANG DIBUAT MENERUSI KETUA-KETUA CABANG ADALAH ISU REMEH-TEMEH!!!



Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Shuhaimi Shafiei menempelak Penyelaras Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Selangor, Mat Nadzari Ahmad Dahlan yang mempersoalkan tindakan kerajaan negeri menyalurkan bantuan zakat ke negeri lain tanpa melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Katanya, isu yang dibawa ADUN Batang Kali itu merupakan perkara remeh dan penyelaras BN Selangor itu tidak mempunyai isu lain yang ingin dibawakan.

“Mat Nadzari tu takde isu nak bawak. Terlalu naif. Benda-benda yang kita katakan remeh temeh dia bawak.

“Kalau nak tunjukkan kemampuan sebagai penyelaras BN, carilah isu lain,” katanya kepada pemberita pada majlis Hi-Tea Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor Bersama Media pada Khamis.

Dia yang juga Ketua Penerangan PKR Selangor berkata pihaknya akan memberikan jawapan berkenaan perkara itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

“Biar Menteri Besar yang jawab,” katanya.

Baru-baru ini, Barisan Nasional (BN) Selangor mempersoalkan tindakan kerajaan negeri menyalurkan bantuan zakat ke negeri lain tanpa melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Penyelaras BN Selangor, Mat Nadzari Ahmad Dahlan, berkata tindakan kerajaan Selangor memperuntukan bantuan zakat berjumlah RM5 juta yang didakwa disalur menerusi ketua-ketua cabang PKR amat meragukan.

Dia membangkitkan persolan kerana kerajaan negeri menerusi anak syarikatnya, Darul Ehsan Investment Group (DEIG) tidak menyalurkan bantuan zakat itu menerusi LZS atau secara terus kepada kerajaan negeri yang terlibat. (SUMBER)


Wednesday, July 1, 2015

KERANA MASALAH AIR, KILANG JVC DI SHAH ALAM, AKHIRNYA DITUTUP DAN MELAYU JADI MANGSA TERBESAR HILANG PEKERJAAN!!!



Dengan ketibaan Aidilfitri dalam tempoh dua minggu dari sekarang, dengan peningkatan kos kesan daripada kenaikan harga minyak, sudah tentulah bekas kakitangan kilang JVC Shah Alam adalah golongan yang paling terkesan dengan apa yang mereka terpaksa hadapi kini.

Kilang tempat mereka mencari rezeki telah ditutup dan dihentikan operasi. Sekaligus menjadikan mereka kehilangan sumber pendapatan.

Tetapi berita ini tidak mendapat tempat langsung, bahkan langsung tidak diperkatakan. Para penyokong Pakatan Rakyat yang mendabik dada mereka adalah pejuang rakyat, senyap sunyi. Para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya DAP dan PKR, juga tidak keluar beramai-ramai, bersalam-salaman dan kemudian mengutuk Barisan Nasional, UMNO dan Najib Abdul Razak.

Sebabnya, kejadian malang ini berlaku di Selangor, di sebuah negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Di sebuah negeri yang telah ditinggalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebagai negeri terkaya di seluruh Malaysia. Yang mempunyai semua fasiliti dan infrastruktur sebagai kawah emas Malaysia.

Malangnya selepas Pakatan Rakyat mengambilalih Selangor pada 2008, satu persatu masalah menimpa Selangor. Selangor hilang kredibiliti sebagai negeri yang paling aktif menarik pelaburan kerana para pemimpinnya leka bermain politik dan retorik. Para pemimpin Kerajaan Negeri Selangor memandang mudah kepentingan bekalan air bersih di seluruh Selangor dengan harapan, Kerajaan Persekutuan yang pusat pentadbirannya di Putrajaya tidak ada kaedah lain, melainkan terpaksa membantu Selangor, yang kemudian akan didabik dadakan sebagai usaha keras dan kepandaian mereka.


Projek Langat II telah dijadikan bahan politik dan tuduh-menuduh. Akhirnya projek yang sepatutnya siap pada tahun 2009 dan menjadi jaminan bekalan air di seluruh Selangor dan Lembah Kelang, kekal menjadi polemik untuk Kerajaan Negeri Selangor terus mengugut Kerajaan Persekutuan.

Masalah air di Selangor sudah enam tahun diperkatakan tetapi Pakatan Rakyat yang cukup pandai berdalih, menyatakan rakyat Selangor dan penduduk Lembah Kelang boleh menggunakan air banjir dan air lombong. Projek Langat II dikatakan sebagai perkakas UMNO hendak mencuri duit rakyat.

Nah, kerana masalah air, satu persatu kilang-kilang yang sudah berpuluh tahun bertapak di Selangor, keluar dan meninggalkan negeri ini. Beratus-ratus rakyat Selangor dan penduduk Selangor yang sebelum ini gah dengan kemenangan Pakatan Rakyat, khususnya DAP, kehilangan sumber pendapatan.


Namun yang paling ramai sudah tentulah Melayu yang bertugas di bahagian pengeluaran di kilang-kilang, selain vendor-vendor serta pembekal-pembekal yang majoriti mereka bukan Melayu.

Hebat sangat DAP, hebat sangat PKR kan?

Tak payah mengeluh... terima sahajalah perubahan yang diimpikan...

BERUBAH DARIPADA BERPENDAPATAN KEPADA PENGANGGURAN!!!

Kilang mana pulak lepas ni akan ditutup di Selangor?

Kelantan tidak banyak kilang walaupun kononnya bumi rahmat kerana dipimpin ulama kerana masalah air.

Kedah yang mempunyai Kulim Hi-Tech, ketika zaman pentadbiran PAS, kehilangan lebih separuh daripada kilang-kilang yang telah bertapak di kawasan tersebut dari zaman Mahadzhir Khalid, juga kerana masalah air.

Banyak juga kilang di Pulau Pinang, berhenti beroperasi kerana masalah air sehingga Guan Eng terpaksa sauk apa-apa sahaja kilang, termasuklah kilang yang mengeluarkan bahan bahaya seperti Jinko Star semata-mata untuk menutup kelemahannya.

Selangor pula, semakin sunyi daripada kilang-kilang yang berpindah operasi kerana masalah air yang berterusan...

TAHNIAH PENYOKONG PAKATAN RAKYAT!!!



Monday, June 29, 2015

AMACAM BUDAK-BUDAK UKM? NAK UBAH SANGAT, KAN? PAKATAN HEBAT SANGAT, KAN? NAH... PASAL APA MENGARUK SEBAB TAKDER AIR?



Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), antara yang terjejas teruk akibat krisis air yang melanda Negeri Selangor.

Hampir kesemua kolej kediaman pelajar mengalami masalah bekalan air terutama Kolej Kediaman Ungku Omar yang paling terjejas.

Pelajar mendakwa, mereka keliru kerana tiga pihak bertanggungjawab gagal memberikan jawapan munasabah untuk menyelesaikan masalah ketiadaan bekalan air yang sudah berlanjutan sejak Mac lalu.

Speaker Gabungan Mahasiswa UKM, Muhammad Syahmi Rahimi berkata, pentadbiran UKM, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dan Kerajaan Selangor memberikan jawapan berbeza dan tidak telus terhadap permasalahan itu.

“Pihak UKM mengatakan tekanan air rendah menyebabkan tidak ada air, SYABAS pula mengatakan tidak ada masalah manakala Kerajaan Negeri memberikan respon positif dan sudi untuk membantu,” katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Beliau berkata, pihaknya tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh ketiga-tiga pihak terbabit.

Sehubungan itu, Syahmi berkata pihaknya mahukan satu jawapan dan penyelesaian yang terbaik dari ketiga-tiga pihak bagi menyelesaikan masalah air yang melanda UKM. (sumber)


Tuesday, June 23, 2015

SAH!!! AZMIN ALI MENGHADAP DYMM SULTAN SELANGOR... TAPI APA CERITA AKHIRNYA?



Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dilaporkan mengadakan perjumpaan tertutup dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan selama dua jam.

Ia berlangsung selepas istiadat pengurniaan watikah pelantikan Hakim Syarie Selangor, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Selangor, Hakim-hakim Mahkamah Rendah Syariah Se­langor dan para Pendaftar serta Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor pada Isnin.

Bagaimanapun tiada pengesahan rasmi berhubung intipati pertemuan yang berlangsung.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengesahkan pertemuan tertutup yang diadakan, tetapi tidak mengiakan butir perbincangannya.

“Saya tak tahu butir perbincangan antara Menteri Besar dan Tuanku, mungkin sekadar perjumpaan rutin mingguan.

“Tuanku tidak pula beritahu saya butir perbincangan baginda dengan Azmin dalam tempoh dua jam itu,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian Online.

Khamis lalu, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, Azmin akan menghadap Sultan Selangor dalam masa terdekat bagi menjelaskan keadaan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan PKR itu susulan krisis dalam Pakatan Rakyat (PR). (SUMBER)

 
Blogger Templates