Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label bersih. Show all posts
Showing posts with label bersih. Show all posts

Thursday, November 24, 2016

UNTUK TUTUP CERITA MARIA CHIN DITAHAN KERANA PENEMUAN DOKUMEN SUBVERSIF, PUAK PAKATAN KATA KERAJAAN TAKUT DENGAN DEMONSTRASI MARIA CHIN!!!



Kalau diperhatikan kempen-kempen simpati untuk Maria Chin, yang pasti, gambaran diberikan ialah kerajaan sedang ketakutan kerana seorang suri rumah, ibu tunggal yang sudah tua menggerakkan gerakan mendedahkan kejahatan kerajaan, membuatkan kerajaan bertindak menggunakan undang-undang untuk mengurung dan menahannya.

Sekaligus membolehkan 'kejahatan' kerajaan terus ditutup. 

Dari Dr. Mahathir sehinggalah kepada para pemimpin DAP dan PKR, itu sahajalah modal mereka. 

Hakikatnya, intipan ke atas Maria Chin Abdullah telah dibuat lama oleh pihak berkuasa. Kaitan Maria Chin Abdullah dengan OSF dan George Soros telah diperakui sendiri oleh Maria Chin. 

Dan dia akhirnya ditahan selepas dokumen-dokumen yang membuktikan ancaman terhadap demokrasi berparlimen di negara ini, ditemu di dalam pejabatnya. 

Sekaligus menafikan tuduhan golongan terbabit bahawa Maria Chin ditahan kerana demonstrasi. Sebaliknya dia ditahan dan diletakkan di bawah SOSMA bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan tentang pembabitan dan kaitannya dengan agen asing untuk mengganggu gugat negara ini. 


"Penahanannya tiada kena mengena dengan demonstrasi BERSIH. Dia telah ditahan di bawah Seksyen 124 (c) Kanun Keseksaan kerana aktiviti-akviti yang mengancam demokrasi berparlimen," kata Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara. 

Menurut Ketua Polis Negara lagi, penahanan Maria di bawah SOSMA selama 28 hari adalah bagi membolehkan polis membuat siasatan dan mengambil keterangan sewajarnya dari dia, terutama sekali yang membabitkan dana dan pembiayaan BERSIH 2.0.

Pada 18 November lalu, sepasukan anggota dan pegawai polis telah menyerbu pejabat BERSIH dan menemui beberapa dokumen yang polis syaki sebagai pembabitan BERSIH dalam usaha mengancam demokrasi berparlimen di Malaysia, iaitu kesalahan yang tertakluk di bawah Seksyen 124 (c) Kanun Keseksaan.

Khalid turut menegaskan SOSMA boleh digunakan untuk menyiasat jenayah terancang, pemerdagangan manusia dan jenayah ke atas negara, dan tidak hanya terrorisme. 


"Orang ramai berkata, kerajaan berjanji akan hanya menggunakan SOSMA untuk teroris. Malangnya mereka keliru antara SOSMA dengan POTA (Akta Pencegahan Terroris)."

Menurut Khalid lagi, Maria Chin sendiri mengakui telah menerima dana daripada OSF yang dibiayai oleh George Soros. 

"Kita tahu apa itu OSF dan berapa banyak negara yang telah mereka gulingkan supaya mengikut cara mereka. Ini adalah tanggungjawab polis untuk memastikan, keselamatan negara tidak diancam oleh sesiapa pun. Kita tahu sejarah OSF. Kita telah mengambil langkah-langkah perlu agar negara ini tidak jatuh ke dalam tangan orang yang mahu menjahanamkan Malaysia," kata Khalid lagi. 

Monday, November 21, 2016

SEPERTI UMNO, PAS JUGA AKAN AMBIL TINDAKAN TERHADAP AHLI YANG SERTAI DEMONSTRASI BERSIH 5.0!!!



Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, merangkap Setiausaha Agung BN, Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung tindakan yang akan dikenakan kepada ahli-ahli UMNO yang telah menyertai demonstrasi Gerakan Baju Merah, telah menimbulkan kemarahan segelintir ahli UMNO yang menyarung Baju Merah.

Namun, pada masa yang sama, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang juga turut mengeluarkan kenyataan yang sama. Tindakan tatatertib akan dikenakan kepada ahli-ahli PAS yang terlibat menghadiri demonstrasi BERSIH 5.0.

Antara pemimpin PAS yang hadir menyarung baju Kuning BERSIH 5.0 adalah Mahfuz Omar, bekas Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman dan Abby Abadi, pelakon yang menjadi penceramah selebriti.

Abdul Hadi dalam kenyataannya yang dipetik oleh BERNAMA memberitahu tindakan merujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti akan diambil sekiranya terdapat aduan dan bukti.


Sementara itu, anggota Majlis Syura PAS, Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali menolak dakwaan bahawa jumlah penyertaan demonstrasi BERSIH 5.0 lebih ramai berbanding demonstrasi-demonstrasi sebelum ini. Malah menurutnya, jumlah penyertaan orang Melayu dalam demonstrasi BERSIH 5.0 juga semakin berkurang. (RUJUK SINI)

PAS telah mengeluarkan arahan tidak membenarkan ahli-ahlinya turut serta dalam Himpunan BERSIH 5.0 yang diadakan pada 19 November. Manakala Jabatan Amal yang merupakan unit kawalan keselamatan yang seringkali menjadi entiti utama dalam setiap demonstrasi juga telah mengeluarkan kenyataan mereka tidak terlibat dalam demonstrasi BERSIH 5.0.


BUKAN SOSMA TETAPI MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS YANG DI-PERTUAN AGONG... ITU YANG SEPATUTNYA DIHADAPI OLEH MARIA CHIN!!!



DAP dan para pemimpinnya sedang memeriahkan Twitter dengan menggambarkan negara ini sedang mengalami kekacauan. Individu-individu penyokong anarki dan golongan yang kononnya pejuang, tetapi makan hasil dari pihak yang mereka tentang seperti A. Samad Said pula menggambarkan polis dan lokap yang menahan Maria Chin dan para pemimpin BERSIH sebagai LAMBANG KUASA JAHAT.

SOSMA, akta yang menggantikan ISA, dikatakan telah disalahguna oleh pemerintah. Hanya kerana SOSMA telah digunakan ke atas Maria Chin, maka melalaklah sekalian angkatan DAP dan balaci-balaci mereka kerana dari awal lagi, DAP telah menggambarkan sahaja apa-apa sahaja yang membabitkan mereka adalah 'perjuangan rakyat', walaupun telah terbukti, DAP memang menentang Perlembagaan Malaysia terutama sekali yang membabitkan Artikel 3, 152 dan 153.


Bermodalkan, SOSMA tidak harus digunakan terhadap golongan politik, malah menggambarkan bahawa Maria Chin bukanlah pengganas yang perlu disosmakan, DAP, PKR dan para penyokong mereka tidak sahaja memperlekehkan pihak berkuasa, bahkan berikrar untuk menghapuskan SOSMA.

Maria Chin ditahan di bawah SOSMA bagi membolehkan siasatan berhubung pengakuannya menerima dana asing bagi tujuan menggulingkan kerajaan. Maria Chin secara relatifnya bukanlah pemimpin politik. BERSIH merupakan sebuah entiti yang didaftarkan sebagai syarikat perniagaan walaupun bergerak sebagai sebuah NGO.


Pemberontakan tidak sahaja dilakukan membabitkan senjata dan kekerasan, tetapi pada masa ini, pemberontakan dan usaha menimbulkan kekacauan serta sabotaj ekonomi dilakukan dengan menggunakan media atau tulisan mahupun kempen lisan.

Dalam sejarah Islam, pemberontakan pertama adalah melibatkan Abdullah bin Ubai.. .dia tidak melancarkan serangan bersenjata kepada Nabi Muhammad s.a.w sebaliknya melakukan hasutan agar orang Islam lebih menerima puak dan fahaman Yahudi serta musuh-musuh Islam. Daripada peristiwa Uhud sehinggalah ke Perang Siffin, akhirnya gerakan Abdullah bin Ubai, akhirnya umat Islam berpecah kepada Syiah dan Sunnah... selepas itu, perpecahan semakin besar dan pelbagai daulah terbentuk yang berakhir dengan Daulah Uthmaniyyah.

Daulah Uthmaniyyah yang merupakan Daulah Islamiyyah terakhir, runtuh kerana dana dan isme asing yang menggunakan isu kebebasan dan anti penyelewengan.


28 hari Maria Chin dalam kurungan SOSMA, sudah pasti akan dijadikan modal untuk meraih simpati dan sokongan, sama ada dari dalam negeri apatah lagi dari luar negara. Dana asing akan semakin melimpah-limpah, menyusup untuk membantu meruntuhkan 'MALAY RULING' sebagaimana yang diikrarkan oleh George Soros dan OSF yang merupakan pendana dan pembiaya utama BERSIH serta beberapa entiti lain, termasuklah SUHAKAM dan Majlis Peguam.


Saturday, November 19, 2016

LAAAA... HISHAMUDDIN MENANGIS DAN MINTA IZIN UNTUK KENCING MASA DALAM KERETA POLIS LEPAS DITANGKAP!!!



Jam 10:30 pagi tadi, Hishamuddin Rais, si pengecut yang selalunya berjaya melarikan diri setiap kali polis membuat penguatkuasaan, tidak menjangkakan, dia akan tertangkap lebih awal. Jangkaannya bahawa polis hanya bertindak sebelah petang, ternyata meleset.

Ketika dia selesai berucap di hadapan sebuah restoran di Jalan Kemuja, Bangsar, enam orang anggota polis berpakaian biasa telah merapatinya dan menahannya. Ketika itu, Hisham sedang cuba mengeluarkan garam dan sapu tangan dari sebuah kereta.

Sebelum diheret masuk ke kereta polis, sempat lagi Hisham sampaikan pesan agar 'para peminatnya' meneruskan 'perjuangan' sepeninggalannya. Berlagak berani sebab banyak mata yang memerhati dan kawan-kawan di sekelilingnya, merupakan sifat semulajadi Hishamuddin Rais.

Tetapi di dalam kereta polis, lain pula ceritanya.... TERUSKAN BACAAN DI BULETIN 247

AKHIRNYA, MAHATHIR JADIKAN BERSIH 5.0 SEBAGAI MILIKNYA DAN MUKHRIZ!!!



Nak harapkan ahli Cap Bunga yang kononnya akan turun lebih 3000, atau terpesona dengan sembang-sembang mereka di media sosial tentang BERSIH yang buat kali pertama mereka sertai setelah keluar atau dipecat dari UMNO, memang tak adalah...

PAN yang sentiasa bercakap besar kononnya lebih hebat dari PAS pun, tidak mampu menerbitkan barisan pendemonstran tegar yang sanggup berhujan berpanas, malah boleh membentuk pagar yang kukuh.


Kalau ramai Melayu yang hadir pun bagi pihak Kuning, mereka adalah geng-geng PKR tegar yang memang tidak akan melepaskan peluang untuk berdemonstrasi walaupun geng-geng Otai Reformasi 98 sudah tidak lagi terbabit, bahkan telah diketepikan langsung biarpun banyak berjasa kepada PKR ketika parti itu masih 'miskin' dan 'papa kedana'.

Selebihnya adalah pengikut dan ahli-ahli DAP.

Terselit juga segelintir ahli UMNO, malah yang turut memegang jawatan dalam UMNO Bahagian yang menyokong BERSIH sepertimana yang diperakui oleh seorang 'orang nombor dua' di satu Bahagian di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Selepas polis menjalankan operasi semalam ke atas Maria Chin serta beberapa orang pemimpin BERSIH termasuklah pemimpin DAP yang terlibat secara langsung dengan BERSIH 5.0, hampir kesemua pemimpin DAP tidak turun ke lapangan. Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang selama ini cukup berlagak seolah-olah mereka sangat berani, hari ini diam menikus tetapi bersorak di hadapan komputer menonton siaran secara langsung yang dibawa oleh beberapa portal termasuklah Malaysiakini.


Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin PKR seperti Nurul Izzah yang selalunya tidak pernah melepaskan peluang untuk berucap dan mengingatkan para peserta BERSIH yang PAPA JAHATNYA masih di dalam penjara dan meminta mereka berjuang untuk membebaskan PAPA JAHATnya. Baik Nurul Izzah mahupun ibunya yang merupakan Presiden PKR, kelibat dan batang hidung mereka tidak kelihatan langsung.

Hanya lewat petang, Pengerusi, Presiden dan Timbalan Presiden serta AJK Cap Bunga, muncul di Bangsar dan terus MERAMPAS BERSIH 5.0 untuk  mereka.


Ahli-ahli BERSIH 5.0 yang berarak dari pagi, ada yang meluahkan perasaan jijik dengan perbuatan Mahathir dan juak-juaknya, tiba-tiba sahaja muncul dan kemudian menjadikan BERSIH 5.0 sebagai hak milik mereka.

Itulah yang dinamakan POTONG TANG KONA!

Dan ciri-ciri Mahathir yang BERKULIT MUKA TEBAL, terserlah pada petang tadi... sama seperti dia tidak rasa bersalah langsung melakukan pembohongan dan melonjakkan dirinya sebagai manusia suci dengan menyalahkan orang lain!


TANPA PENYERTAAN PAS, JUMLAH BERSIH 5.0 SEMAKIN MENGECIL SAMPAI MALAYSIAKINI TERPAKSA MENIPU!!!



Malaysiakini melaporkan jumlah peserta Kuning adalah 14 ribu orang, manakala jumlah Merah pula hanyalah 4 ribu orang.

Maka seronoklah para penyokong BERSIH sambil berbangga-bangga dengan jumlah yang dilaporkarn. Malah lebih  menarik ialah apabila mereka turut melaporkan, kononnya para peserta Merah di Padang Merbok hanya tinggal tidak lebih 100 orang sahaja.


Kuning banyak menggunakan gambar-gambar yang diperolehi di Jalan Tun Perak dan di bawah LRT Bangsar untuk menunjukkan jumla mereka yang ramai.

Manakala Merah pula menggunakan gambar-gambar mereka di Jalan Tunku Abdul Rahman dan Padang Merbok untuk menunjukkan jumlah serta sokongan terhadap mereka bersifat raksasa.



 Seperti yang dikatakan sebelum ini, jumlah penyertaan teramai adalah Melayu. Berbeza dengan BERSIH 4.0, para pendemonstrasi Cina pada kali ini, jauh amat berkurangan. Dan walaupun DAP menghantar 'pasukan keselamatan' mereka sendiri yang berbaju ungu, tetapi barisan hadapan pasukan keselamatan tersebut yang membentuk rantaian dan cuba menghalang Merah adalah budak-budak Melayu. Manakala budak-budak Cina pula tidak dibenarkan berada di barisan hadapan. Sebaliknya sekadar untuk selfie dan mahu menunjukkan bahawa BERSIH 5.0 membabitkan penyertaan pelbagai kaum.




Ketika artikel ini ditulis, jaminan keselamatan telah diperketatkan dan diambil oleh pihak berkuasa. Dan pada ketika inilah, Mahathir serta juak-juaknya telah turun menyertai BERSIH 5.0 di Stesen LRT Bangsar.

Yang pasti, walaupun Mahathir dan juak-juak pengampu serta penasihatnya turun, jumlah penyertaan tidak bertambah, sebaliknya lebih ramai yang pulang selepas puas berselfie dan tercangak-cangak tanpa mengetahui motif sebenar mereka menyertai demonstrasi tersebut.

Semuanya kerana PAS tidak membenarkan ahli-ahlinya turun menyertai BERSIH 5.0. Bahkan penyokong serta golongan HARUMANIS seperti Mahfuz Omar dan Tuan Ibrahim Tuan Man juga nampaknya tidak 'berani' melanggar arahan!


BERSIH 5.0: YEAAA... MAHATHIR SUDAH MARI DARI SUDAN!!!



Mungkin setelah diberitahu, kehadiran BERSIH 5.0 tidak seramai mana yang diharapkan, Mahathir akhirnya 'memendekkan' percutiannya di luar negara dan bergegas pulang. Rancangan untuk ke Sweden telah dibatalkan setelah rahsia berkenaan dibocorkan oleh media sosial.

Namun menurut sumber, George Soros yang sedang berhadapan dengan masalah besar selepas kemenangan Donald Trump selepas calon pembiayaannya, Hillary Clinton kalah mengejut dalam Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat minggu lepas, ditambah pula dengan pendedahan demi pendedahan tentang OSF dan gerakan George Soros menimbulkan huru-hara di benua Eropah dengan gerakan menentang 'Nasionalis', membuatkan penyangak matawang tersebut membatalkan pertemuannya dengan Mahathir di Sweden.

Mahathir mengisi 'kekosongan' tersebut dengan cuba menampilkan dirinya sebagai daya tarikan baru BERSIH 5.0.

Dia pulang ke Malaysia dengan jet peribadi dan mengacah-ngacah serta mencabar undang-undang dan penguatkuasa undang-undang Malaysia. Harapannya agar dia ditahan dan kemudian dilokapkan.

Jikalau itu yang berlaku, Mahathir akan berjaya menarik simpati yang sangat besar daripada rakyat Malaysia, khususnya mereka yang masih tidak menunjukkan sikap berpihak kepadanya dan masih lagi 'di atas pagar'.

Demonstrasi BERSIH 5.0 akan menjadi lebih 'meriah' dan disertai lebih ramai kerana sentimen dan simpati terhadap Mahathir yang ditahan oleh pihak berkuasa.

Mahathir dijangkakan akan menyertai demonstrasi BERSIH 5.0 pada sebelah petang dan berharap demonstrasi tersebut akan berlarutan sehingga esok selain berpanjangan selama seminggu sekurang-kurangnya, sepertimana yang berlaku di negara-negara lain, termasuklah Thailand.


BERSIH 5.0!!! JUMLAH MERAH NAMPAKNYA MENGATASI JUMLAH KUNING!!!



Bermulalah sudah acara pencak silat sesama Melayu yang sedang berlangsung di tengah-tengah Kuala Lumpur tetapi sehingga kini masih dapat disagang oleh PDRM yang mengawal kedua-dua kumpulan Melayu - Merah yang Melayu secara keseluruhannya dan Kuning yang di belakang mereka adalah Soros - daripada bertempur.



Awal-awal lagi tukang propaganda Kuning cuba menggambarkan keganasan yang bakal dilakukan oleh para peserta MERAH dengan gambar-gambar batang buluh dan kayu disiarkan di media sosial. Gambar-gambar tersebut disiarkan dengan harapan, sentimen akan dibangkitkan dan pergaduhan besar boleh dicetuskan oleh para peserta Kuning ke atas Merah.

Sedangkan pada masa yang sama, sehingga artikel ini ditulis, di Padang Merbok yang menjadi tempat himpunan utama Merah, jumlah Merah jauh lebih besar berbanding Kuning.



Menariknya, kawalan ke atas Kuning dipantau oleh 'pasukan keselamatan' yang dihantar khas oleh DAP, tuan BERSIH untuk demonstrasi kali ini.


Friday, November 18, 2016

SYABAS!!! ESOK KITA BAKAL MENYAKSIKAN MELAYU-MELAYU KUNING DAN MERAH BERTEMPUR, MANAKALA TAUKEH-TAUKEH BERSENANG LENANG DENGAN KELUARGA MEREKA YANG SUDAH SEDIA KAYA!!!



Baik Merah mahupun Kuning... yang pasti, ramai yang turun esok adalah orang Melayu...

Ada Melayu miskin...

Ada Melayu papa...

Ada Melayu pening fikir nak bayar hutang kereta..

Ada Melayu yang duk pening, kenapa taukeh Cinanya tak naikkan gajinya lagi...

Dan pelbagai jenis Melayu...

Mereka inilah yang akan menyarung Baju Merah dan Baju Kuning.

Pemimpin-pemimpin mereka sudah kaya-raya. Yang menimbunkan kekayaan hasil daripada keberadaan mereka dalam politik parti, tak kiralah apa parti pun, terlebih-lebih lagi parti yang menjadi kerajaan... baik kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat.

Melayu-Melayu dari serata ceruk akan dipanggil untuk berhimpun dan berdemonstrasi di tengah-tengah Kuala Lumpur. Yang konon-kononnya mempertahankan idealisme masing-masing, yang kononnya berjuang menentang korupsi dan penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan. Yang sebenarnya, disorak oleh taukeh-taukeh di belakang mereka!

Kita tengoklah esok kerana demonstrasi pasti berlaku melibatkan Baju Merah dan Baju Kuning...

Adakah anak-anak para pemimpin yang begitu bersemangat menyalakan sentimen kepada para pengikut mereka akan membawa anak masing-masing?

Adakah mereka sendiri akan berpeluh, berpanas, bermandi air pancutan FRU atau menghidu wasap pemedih mata yang kali ini difahamkan, tindakan lebih tegas akan diambil oleh pihak berkuasa berbanding siri BERSIH sebelum ini?

Atau adakah mereka sudah pun lari ke luar negara bersama anak isteri dan cucu serta menantu atau 'diselamatkan' oleh polis menerusi pemanipulasian akta dan undang-undang yang digunakan untuk menarik simpati dan menaikkan sentimen?

Yang pasti, Melayu-Melayu yang berdemonstrasi esok, bahkan akan saling berbalas-balas serangan, akan pulang ke rumah masing-masing dengan perut kosong dan keletihan, manakala taukeh-taukeh besar serta perancang-perancang utama seperti Lim Guan Eng dan bapanya, akan tergelak-gelak besar sambil membelek-belek fail tanah mana yang perlu mereka ambil dan rampas.

Manakala taukeh-taukeh kartel pula mengekek-ngekek ketawa kerana peluang untuk mereka menaikkan harga barangan, semakin terbuka luas!

Syabas!!!


Thursday, November 17, 2016

SERU ORANG RAMAI SERTAI DEMONSTRASI BERSIH 5.0 TAPI MAHATHIR LAGI BIJAK... DIA LARI KE LUAR NEGARA DULU, MACAM DULU-DULU JUGAK!!!



Aik... beria-ia Mahathir berkempen supaya orang ramai turun berdemonstrasi BERSIH 5.0 di jalan raya pada musim hujan dan banjir ni di Kuala Lumpur.

Malah, Zaid Ibrahim pun siap mencabar orang ramai supaya menyahut seruan Mahathir. Katanya, kalau Mahathir pun sokong BERSIH 5.0, mengapa pula orang ramai tidak berani menyokong Ambiga, Maria Chin dan Soros.

Tapi Mahathir tetap Mahathir...

Mahathir seperti dalam Operasi Memali, Operasi Lalang, Operasi Kenari dan sebagainya, akan melarikan diri terlebih dahulu ke luar negara dengan pelbagai alasan, termasuklah menjalankan tugas yang telah dirancang lebih awal. Baik semasa dia berkuasa dan berjawatan, mahupun selepas dia bersara.

Barangkali apa yang berlaku kepadanya pada tahun 1969 dahulu, sudah cukup untuk membuatkan dia serik. Kalau bukan kerana Tun Abdul Razak dan Haron Idris, atau kerana kematian Tun Dr. Ismail, harus Mahathir menginap lama di Kamunting, tempat yang menjadi kesukaannya untuk menutup mulut sesiapa sahaja yang menentangnya sepanjang dia berkuasa di Malaysia.

Nampaknya kali ini juga, Mahathir mengulangi amalan yang serupa... LARI DULU sebelum jadi apa-apa.


Cuma tertanya-tanya juga, adakah kali ini Mahathir turut mengangkut kesemua anak-anaknya, atau pun meninggalkan Boboi sebagai wakilnya untuk melihat sebarang perubahan sebelum turut lari bersama anak-anak isteri dengan alasan bercuti hujung tahun seperti yang dilakukannya semasa jadi MB Kedah dahulu?

DAP dah mula bising pasal Monash University tidak membenarkan pelajar-pelajarnya turut serta dalam demonstrasi BERSIH 5.0. Tapi langsung tidak bercakap apa-apa tentang New Era College University milik penuh Dong Zhong yang turut menjadi markas utama DAP yang turut mengeluarkan arahan serupa kepada para pelajarnya.




Saturday, November 5, 2016

SURAT TERBUKA BALAS KEPADA SYED SADDIQ 'BUDAK SURUHAN PEMIMPIN NYANYOK'!!!



Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq menulis surat terbuka kpd DYMM SULTAN JOHOR menyanggah larangan demonstrasi jalanan.... TINDAKAN BELIAU DI SANGGAH SEORANG MAHASISWA UKM MOHD FARHAN ...

SURAT TERBUKA SEORANG MAHASISWA KEPADA KETUA PEMUDA PARTI BERSATU, SDR. SYED SADDIQ

Assalamualaikum W.B.T saudara,

Sebagai seorang rakyat dan orang muda sama seperti saudara, saya tertarik kepada surat terbuka yang ditulis oleh saudara kepada DYMM Tuanku Sultan johor. Sepintas lalu saya nampak saudara sebagai seorang anak muda yg berani,namun bila saya berfikir dgn masak sebagai ilmuan dan intelektual melayu,saya tertanya tanya apakah ini satu langkah yg bijaksana atau lebih berupa satu kebiadapan orang politik mencari publisiti atau mungkin juga ianya berupa tindakan terancang "orang tua" yg sengaja menggunakan "Budak Suruhan".

Bagi saya anak muda menulis surat terbuka kepada seorang Sultan Yg Memerintah dan menyanggah titah baginda secara terbuka dan "in public"ADALAH SATU KEBIADAPAN YANG NYATA.Ia bukan saja menyalahi adat malah boleh di tafsirkan sebagai penderhakaan dan percubaan mencari pengaruh kearah membenci dan menolak titah sultan.Saudara berhak menyembah pendapat,Tapi apabila ia dibuat secara terbuka bererti saudara cuba bermain politik sambil mengadu kekuatan dan pengaruh dgn SEORANG RAJA YG MEMERINTAH .. Kita tau PENGERUSI PARTI SAUDARA adalah seorang yg mempunyai rekod pernah menggunakan cara ini utk MENJATUHKAN seseorang dan hari ini saudara mewarisinya.

Di zaman politik tidak lagi menyanjungi kebiadapan dan tindakan barbaric dan sebaliknya menghargai kebijaksanaan,daya ilmu,diplomasi,kesopanan dan kesusilaan saya merasakan saudara bukanlah CERMIN Anak MUDA MELAYU yg berilmu dan bijaksana...Ini kerana:-

1) Tindakan saudara menulis surat terbuka sememangnya tindakan yang sengaja mengundang rasa tidak selesa rakyat kepada institusi kesultanan yang sepatutnya dihormati oleh rakyat.Justeru saudara punya niat MENGHASUT DAN MENDERHAKA..

2) Tindakan komentar yang dititahkan oleh DYMM Tuanku Sultan Johor adalah tindakan yang berpelembagaan dan tidak langsung dilihat salah di sudut undang-undang negara oleh kerana Sultan adalah ‘ De Jure head’ yang mempunyai hak untuk menitahkan segala apa yang difikirkan perlu oleh Baginda.Adalah silap kiranya saudara menganggap DYMM SULTAN JOHOR tidak memahami perlembagaan dan hak rakyatnya.Dan lagi besar silapnya jika saudara GAGAL MEMAHAMI maksud titah baginda.Ia menggambarkan saudara seorang Anak muda yang sangat cetek pemikiran serta sombong dengan sikap sendiri..

3) Tindakan saudara melalui surat terbuka ini tidak lari dengan skema kelakuan Tun Dr Mahathir yang menulis surat terbuka kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman yang akhirnya membangkitkan rasa benci rakyat kepada Tunku. Maka, tindakan saudara menyebabkan kami terfikir bahawa saudara menjadi boneka Tun M dlm menghala kemarahannya kpd DYMM SULTAN JOHOR.Sedangkan saudara tentunya tidak lupa FATWA Tun M tentang demonstrasi jalanan waktu beliau menjadi PM DAN MENTERI DALAM NEGERI.Saudara juga tidak harus lupa apa yg PENGERUSI PARTI saudara itu lakukan sewaktu beliau menjadi MENTERI PELAJARAN dgn memperkenalkan AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIV 1974.

4) Saya bersetuju bahawa Perlembagaan Persekutuan memberikan hak untuk rakyat untuk bercakap, berhimpun dan berpesatuan melalui perkara 10 perlembagaan. Tetapi, tindakan DYMM Tuanku Sultan Johor menyeru rakyat untuk tidak terlibat dengan demonstrasi jalanan adalah untuk mengelakkan kejadian-kejadian perhimpunan haram yang dilihat banyak mendatangkan kekacauan dan keadaan huru-hara seperti mana yang berlaku ketika perhimpunan Bersih sebelum ini.

5) Tindakan saudara menyentuh peruntukan perkara 10 perlembagaan persekutuan secara cetek,tidak menyeluruh ,adalah satu tindakan populis dan tidak berhemah..ia memalukan Komuniti ilmuan para siswazah khususnya SISWAZAH melayu Seharusnya peruntukan undang-undang ‘fundamental’ seperti ini perlu dikupas secara menyeluruh agar maksud undang-undang itu dapat difahami secara tuntas. Perkara 10 perlembagaan persekutuan sememangnya memberikan hak kepada rakyat untuk bercakap,berhimpun dan berpesatuan seperti yang dipetik oleh saudara melalui peruntukan perkara 10 (1)(a), 10 (1)(b) dan 10 (1)(c). Namun begitu peruntukan perlembagaan melalui perkara yang sama juga memperuntukan sekatan-sekatan yang boleh diambil terhadap hak-hak yang disebut di dalam peruntukan perkara 10 melalui perkara 10 (2),10 (3) dan perkara 10 (4) apabila hak yang diberikan itu didapati mengancam ketenteraman,keselamatan serta melanggar prinsip moral. Sudah pasti saudara juga sedar dan tahu akan asas perhimpunan BERSIH yang jelas memperjuangkan LGBT yang melanggar prinsip moral di negara ini.

7) Seharusnya, sebagai seorang rakyat yang berlatar belakangkan pelajar undang-undang serta seorang rakyat Bangsa Johor, saudara melihat komentar DYMM Tuanku Sultan Johor ini sebagai keperluan untuk difikirkan oleh rakyat tambahan pula saudara adalah figura yang mempunyai populariti dalam kalangan masyarakat. saudara telah menyentuh perkara skandal rasuah berskala besar dan salah guna kuasa. Disini saya mohon saudara Saddiq menjawab dalam kadar segara iaitu bagaimana anak2 Pengerusi Parti saudara Tun Mahathir iaitu Mirzan, Mokhzani dan Mukhriz boleh menjadi multi-billionaire dalam masa yang bagitu sengkat. Bagaimana pula Pemimpin parti rakan kongsi saudara bergelumang dgn kes rahsuah di Mahkamah .Bagaimana pula senior dalam Pakatan saudara berkali kali di hukum di Mahkamah kerana MEMFITNAH ..Jikalau saudara enggan menjawab soalan ini maka saya rasa saudara Saddiq tidak layak untuk menasihati YAM Sultan Johor mengenai isu rasuah dan salah guna kuasa. Saya juga memperingatkan Saudara Syed Saddiq agar beristiqamah dalam setiap tindakan dan tidak terburu-buru mengikut telunjuk individu tertentu yang sudah sekian lama mempunyai masalah dengan institusi kesultanan terutamanya Sultan Johor. Tindakan saudara Syed Saddiq ini telah mencerminkan bahawa cengkaman Tun Dr Mahathir telalu kuat keatas dirinya sehinggakan rasa hormat dan kesetiaan kepada Kesultanan Johor mampu dikorbankan.

Hormati dan lindungilah sistem Raja Berpelembagaan, Demokrasi Beparlimen di negara ini. Sedarlah bahawa keegoan dan ketaksuban manusia seperti saudaralah yang telah menamatkan riwayat pemerintahan islam di Libya, Mesir yang akhirnya mendatangkan kekesalan sepanjang hayat kepada rakyat di sana. Sedarlah tindakan perhimpuan BERSIH 5 yang kononnya ingin mendesak Perdana Menteri Meletak Jawatan adalah sekada tajuk cerita tetapi plot dan skripnya telah dirancang dan di ambil melalui skrip karangan orang yahudi seperti Gene Sharp dan lain-lain agar pemerintahan melayu islam di bumi ini dapat dihentikan.

Farhan Khairuddin 
Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan

Tuesday, November 1, 2016

HIPOKRASI TAHAP GABAN.... CAMPURTANGAN GEORGE SOROS DIHALALKAN BAHKAN DITAGIH SEBAB NAK JATUHKAN NAJIB DAN UMNO-BN!!!



George Soros...

Nama yang pertama kali diperkenalkan dan dijaja-jaja oleh Mahathir Mohamad, yang pada waktu itu merupakan Perdana Menteri Malaysia dan Malaysia bukan sahaja sedang berhadapan dengan kejatuhan nilai Ringgit yang sangat teruk sehingga hampir tiada nilai, pasaran saham merudum sehingga urusniaga digantung, Indeks merosot sangat teruk dan saham-saham blue-chip bertukar menjadi saham-saham tidak berkualiti berharga rendah. Malah perbankan mengalami unjuran negatif manakala syarikat-syarikat multinasional milik kroni dan anak Mahathir terpaksa disuntik dengan wang rakyat terutama daripada Petronas, KWSP, Tabung Haji dan sebagainya untuk terus hidup.

Bagi memastikan syarikat-syarikat kroni yang banyak beroperasi di luar negara, Mahathir memutuskan untuk mengikat nilai Ringgit dengan US Dollar pada nilai USD1.00 = RM3.80.

Ekonomi mikro terpaksa disempitkan dan disukarkan. Rakyat diarahkan untuk mengikat perut dengan kadar faedah yang sangat tinggi tanpa diberi sebarang pilihan atau bantuan untuk menstimulasikan ekonomi dan kecairan. Syarikat-syarikat IKS banyak gulung tikar dan hutang pun menimbun-nimbun sehingga beberapa berita pembunuhan diri kerana kecewa dengan pengurusan ekonomi dan kewangan negara turut bertukar menjadi berita-berita sensasi.

Semua itu berlaku antara tahun 1998 sehingga awal 1999.

Berbanding menyalahkan fundamental dalam negeri, Mahathir sebaliknya menyalahkan George Soros dan melabelkan George Soros sebagai PENYANGAK MATAWANG.

Namun selepas keadaan agak reda dan ramai yang sudah mulai lupa, Mahathir bertemu dengan George Soros, mereka bersalaman dengan erat, berbual dengan mesra dan merakamkan gambar sambil tersengih-sengih lebar.

Amaran George Soros ketika kemuncak pertelingkahannya dengan Mahathir, 'SEE YOU AT 5' yang merujuk kepada nilai Ringgit berbanding US Dollar, terus dilupakan, malah cuba dilabelkan oleh para pentaksub Mahathir sekarang sebagai SATU DONGENGAN.

Kini nama George Soros muncul lagi selepas beberapa tahun dahulu, pendedahan dibuat oleh pelbagai pihak dalam portal serta media sosial yang mengaitkan George Soros dengan usaha-usaha menghancurkan negara ini menerusi pembiayaan ke atas entiti-entiti politik, separuh politik yang menyamar sebagai NGO mahupun entiti yang memperjuangkan hak asasi, selain portal berita seperti Malaysiakini dan sebagainya.

Pendedahan terbaharu dibuat oleh DC Leaks yang turut mendedahkan tentang skandal kewangan Hillary Clinton dalam kempen presidensi Amerika Syarikat yang sedang berlangsung. Setakat ini, golongan yang cukup kuat menyalak tentang dana asing yang diderma ke akaun peribadi Najib, langsung tidak bersuara. Tiada langsung kritikan, kutukan, bahkan menyebutnya pun mereka tidak bernafsu.

Campurtangan asing melibatkan George Soros meneruskan Yayasan miliknya membabitkan BERSIH dan Malaysiakini, khususnya tidak dianggap sebagai sesuatu yang penting berbanding RM2.6 bilion yang melibatkan Najib Abdul Razak.

Memandangkan George Soros membiayai usaha-usaha menggulingkan Najib Abdul Razak sekaligus memberikan kelebihan kepada DAP yang mewakili golongan minoriti, maka lelaki yang pernah dilabelkan sebagai PENYANGAK MATAWANG itu dilihat sebagai penyelamat.


Dan di sebalik cakap-cakap kononnya BERSIH dan DAP mendesak agar pilihanraya di negara ini diadakan secara adil dan saksama selain penentangan ke atas derma politik yang diterima oleh Najib Abdul Razak, pembiayaan oleh George Soros pula diterima dan cuba disorokkan, bahkan cuba untuk tidak dihiraukan walaupun telah didedahkan oleh DC Leaks.

Hipokrasi seperti ini barangkali boleh diterima selagi mana ia dilihat boleh menumbangkan kerajaan.

Barangkali elok juga UMNO dan BN mendapatkan pembiayaan daripada George Soros atau individu sejenisnya untuk menumbangkan Azmin Ali dan PKR di Selangor serta Lim Guan Eng dan DAP di Pulau Pinang.


SUDAH-SUDAHLAH SEMBANG PASAL NAK AMBIL TINDAKAN TEGAS... SEMUA ITU HANYALAH POYOOO SEMATA-MATA!!!



Desakan agar kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas golongan yang digunakan oleh pihak asing untuk mencampuri dan menghancurkan negara ini sebagai sebuah negara koloni kapitalis tertentu, sudah lama dibuat. Desakan-desakan itulah yang membuatkan tindakan yang dilihat sebagai tindakan populis dengan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan digantikan dengan SOSMA yang tidak efektif, menjadikan pentadbiran Najib sebagai sasaran kecaman sehingga ke saat ini.

BERSIH sebagai contoh...

Beberapa pendedahan sama ada melibatkan dalam negeri atau di luar negara menunjukkan entiti tersebut dibiayai oleh dana asing bagi tujuan menimbulkan ketidakpercayaan dan ketidakstabilan negara, seperti dibakulsampahkan dan langsung tidak dipedulikan.

Tiada tindakan dari pihak berkuasa ke atas BERSIH sebaliknya yang dilihat sekarang adalah tindakan ke atas penentang BERSIH.

Dan kini BERSIH yang pada mulanya sebuah pertubuhan haram, telah menjadi sebuah syarikat perniagaan yang teras perniagaannya masih kabur.

Pendedahan DC Leaks mengundang komen dan reaksi pihak berkuasa Malaysia. Dan seperti biasalah, lagu-lagu lama kembali didendangkan untuk menyedapkan telinga dan menenangkan hati.

Daripada Menteri sehinggalah Ketua Polis Negara bahkan segelintir pemimpin politik yang mencari nama agar muka dikenali dan tempat terjamin sebagai calon PRU, kembali kedengaran cerita kononnya siasatan perlu dilakukan. Tindakan perlu dibuat. Negara ini perlu dipertahankan daripada campurtangan asing dan sebagainya.

Hakikatnya yang berlaku ialah, semua ikrar  dan desakan tersebut hanya untuk mengisi ruang-ruang pemberitaan dalam media semata-mata. Yang pasti tiada tindakan yang lebih tegas untuk merealisasikan ucapan berapi-api yang mahu menghalang campurtangan asing ke atas negara ini.

Zaman di mana kuasa besar menggunakan senjata untuk mengawal dan menguasai sesebuah negara sudah mula berlalu. Sebaliknya yang berlaku masakini adalah penjajahan yang dimulakan menerusi media dan persepsi.

Malaysia sudah lama berhadapan dengan 'serangan' tersebut. Tetapi Malaysia tidak langsung kelihatan cuba untuk menanganinya. Bahkan sebahagian besar rakyat Malaysia pula menjadi bidak-bidak pihak asing untuk menjadikan negara ini neraka dunia dengan label-label muluk seperti 'Selamatkan Malaysia', 'anti rasuah', 'pilihanraya adil dan saksama' mahupun 'hak samarata' dan 'hak asasi kemanusiaan'.

Pentadbiran lemah lembut dan gentleman yang ditunjukkan oleh pentadbiran Najib masakini akan hanya mengundang masalah lebih besar pada masa akan datang. Pentadbiran Najib sudah perlu untuk mengubah gaya ke arah kaedah yang lebih tegas dan tidak bertolak ansur keterlaluan terutama sekali yang membabitkan keselamatan dan kestabilan negara.

Terlalu mengikut kata puak-puak peguam yang berasakan mereka lebih tinggi dari undang-undang akan hanya menjadikan negara ini sebagai sebuah lagi negara Pakistan. Puak-puak peguam seharusnya ditunjukkan bahawa mereka yang bekerja untuk undang-undang bukan undang-undang bekerja dan menghasilkan laba untuk mereka!


Saturday, October 29, 2016

SAH, BERSIH, MALAYSIAKINI DAN HUMAN RIGHT WATCH TERIMA DANA DARIPADA GEORGE SOROS!!!



Berbanding 'pendedahan' yang dibuat oleh Sarawak Report atau Wall Street Journal dan New York Times, pendedahan yang dibuat oleh sekumpulan aktivis penggodam yang dikenali sebagai DC Leaks, kurang mendapat perhatian, malah cuba dipejam mata oleh mereka yang sangat sensitif dengan laporan-laporan negatif antarabangsa membabitkan Malaysia.

Barangkali kerana pendedahan tersebut melibatkan figura-figura dan entiti-entiti utama yang terbabit dalam konspirasi menggulingkan Kerajaan Malaysia dan Najib Abdul Razak, maka ia perlu disenyapkan begitu sahaja. Bahkan perlu disokong dan diberikan bantuan.



DC Leaks berjaya menggodam dokumen-dokumen dari Open Society Foundation (OSF) milik George Soros. DC Leaks juga merupakan organisasi sama yang telah menggodam e-mel Hillary Clinton yang mendapat liputan media dan kini sedang disiasat oleh FBI. 

Menerusi dokumen-dokumen yang digodam dari OSF, nama Malaysia dan 'Malaysia Program' kerap disebut. Namun yang paling menarik ialah membabitkan kegiatan George Soros yang sangat aktif ke arah 'pilihanraya yang bebas dan adil' di Malaysia sekaligus mengesahkan bahawa George Soros membiayai BERSIH, Merdeka Center dan Malaysiakini.


Dokumen itu juga mengesahkan George Soros mempunyai kepentingan peribadi di Malaysia dan mahukan pembangkang menang tetapi tidak begitu berani untuk menunjukkan sokongan ketara. (RUJUK SINI)

Namun, sesuatu yang menarik ialah terdapat satu nama yang amat menarik, yang mempunyai kaitan secara langsung dengan George Soros dan Malaysia. Orang tersebut adalah John Pang. John Pang dilaporkan bekerja di bawah George Soros di mana kedua-duanya menggunakan pengaruh Soros untuk melobi Kerajaan Amerika Syarikat bagi menyingkirkan Najib. 

John Pang juga merupakan orang yang telah memberikan input dan maklumat-maklumat yang salah kepada Raja Petra Kamaruddin, sebagaimana yang diperakui oleh blogger tersebut dalam usaha memburuk-burukkan dan menganiayai Rosmah Mansor. (BACA DI SINI)

John Pang adalah salah seorang ahli lembaga pengarah dalam Open Society Foundation. (RUJUK SINI)

George Soros dan John Pang saling berkait menerusi OSF dan NED. Kedua-dua entiti tersebut merupakan dalang utama di sebalik kewujudan BERSIH, Maria Chin, Ambiga dan DAP secara keseluruhannya.

OSF memulakan operasinya di Malaysia pada tahun 2010 dengan andaian PRU akan diumumkan pada tahun 2011, dua tahun sesudah Najib menggantikan Ahmad Badawi. Pelobian aktif George Soros ke atas ahli-ahli politik Amerika Syarikat untuk menggulingkan Najib, menunjukkan konco-konconya di Malaysia bekerja untuk 'mengubah' Malaysia dengan perancangan rapi dan pembiayaan besar. 

Dalam dokumen itu juga, OSF mengakui bahawa sokongan mereka adalah untuk membolehkan pembabitan awam dan menyokong usaha-usaha masyarakat sivil selain menggerakkan ratusan ribu anak-anak muda bagi tujuan menggulingkan kerajaan. 

Sekaligus, OSF telah mengesahkan apa yang didakwa selama ini iaitu GEORGE SOROS adalah dalang di sebalik demonstrasi BERSIH.

Seperti yang diketahui, George Soros merupakan individu utama di sebalik banyak revolusi atau penggulingan kuasa di seluruh dunia termasuklah menerusi parti-parti politik. Pendedahan yang dibuat oleh DC Leaks adalah bukti jelas tentang pembabitan serta campurtangan serius George Soros ke atas politik di Malaysia. 

Dan apabila memperkatakan tentang George Soros, bermakna, banyak jugalah wang tunai yang dialirkan. Berbilion wang telah disalurkan kepada NGO-NGO berkenaan sama ada secara langsung mahupun dalam bentuk membiayai projek-projek mereka, termasuklah dalam projek di Sarawak dan Sabah membabitkan sebuah parti politik pembangkang yang turut terlibat secara langsung dengan BERSIH.

Malaysiakini, portal berita yang dibiayai oleh George Soros, dalam usaha mengalihkan perhatian terhadap DAP, turut melaporkan bahawa Wikileaks telah mendedahkan e-mel-e-mel rahsia yang menunjukkan Geoge Soros dan OSF miliknya bekerjasama dengan individu-individu tertentu di Malaysia yang melobi Kerajaan Amerika Syarikat untuk menyingkirkan Najib Abdul Razak. 

Soros memiliki kepentingan sebanyak 29% dalam MalaysiaKini. Dan Soros membiayai 100% Human Right Watch yang sentiasa menghentam Malaysia. 

Perlu juga diberikan perhatian ialah, Ambiga dan Maria Chin sebelum ini telah mengakui BERSIH telah menerima wang daripada dua organisasi Amerika Syarikat iaitu National Democratic Institute (NDI) yang menerima dana secara langsung daripada US National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute milik George Soros. 

Laman sesawang NED sendiri sebelum ini merekodkan yang mereka telah membiayai BERSIH secara langsung. (RUJUK SINI)


Beberapa tahun dahulu, Mahathir telah menuduh Soros cuba menggunakan agenda Yahudinya untuk menukar rejim pentadbiran di Malaysia bagi membolehkan semuanya berada di bawah kawalan Soros. Tetapi Mahathir sudah pun diserang penyakit lupa yang sangat teruk atau barangkali tidak peduli langsung asalnya, matlamat Boboi untuk menjadi Perdana Menteri terhasil.

Soros bekerjasama dengan salah satu daripada entiti CIA iaitu NED yang terlibat dalam penggulingan kuasa di seluruh dunia. NED diharamkan di Russia dan China.

Saturday, October 22, 2016

KENYATAAN BISHOP KHATOLIK KALAU DIBALAS SERUPA OLEH MUFTI DAN MAJLIS FATWA, BOLEH MENCETUSKAN PERTUMPAHAN DARAH!!!



Kenyataan yang dibuat oleh Bishop Katholik yang mengetuai kelompok rakyat minoriti di negara ini, seandainya dibalas dengan nada yang serupa oleh penguasa umat Islam Malaysia, sudah pasti akan menghasilkan sesuatu yang sangat dahsyat dalam bentuk bencana.

Bishop Katholik Kristian Bernard Paul yang pernah menyertai BERSIH 4.0 tahun lepas, menggesa rakyat Malaysia agar menyertai BERSIH 5.0 yang bakal diadakan pada 19 November nanti. Bahkan dia juga akan mengambil bahagian dalam demonstrasi tersebut.

Bishop Paul yang mengetuai gereja Katholik Melaka-Johor berkata, BERSIH adalah hak rakyat. Katanya lagi, para peserta BERSIH telah memperjudikan nyawa mereka. Konvoi penyokong BERSIH telah dipukul dan undang-undang menurutnya, berat sebelah. Selain itu, rakyat perlu lantang bersuara berbanding bersikap pasif sekaligus menyedarkan rakyat bahawa mereka perlu melakukan sesuatu untuk  menjadikan Malaysia lebih baik. (RUJUK SINI)


Ironinya, Bishop Paul yang dengan bangganya menyatakan kehidupan agama dan kehidupan normal tidak terpisah barangkali terlupa sejarah agamanya sendiri dan tentang kelahiran SEKULARISME yang membawa kepada keruntuhan kuasa gereja Katholik di Eropah bermula di Perancis pada abad ke-16 dahulu.

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Bishop Paul, dia sebenarnya memberikan isyarat tentang kecenderungan Katholik khususnya 'kariah' Melaka-Johor kepada DAP dan BERSIH. DAP merupakan dalang kepada BERSIH dan BERSIH sendiri mendapat dana dari luar yang bertujuan mahu menggulingkan Kerajaan Malaysia menerusi demonstrasi jalanan. 

Apabila BERSIH wujud buat kali kelima, maka wujudlah pula BAJU MERAH yang dipimpin oleh Jamal Mohd Yunos.

Bertentangan dengan BERSIH, BAJU MERAH diwujudkan untuk mempertahankan kerajaan yang wujud hasil daripada keputusan demokrasi yang berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan yang sudah tentu mahu mempertahankan Artikel 3, 152 dan 153.


Bayangkanlah kalau para mufti dan majlis fatwa pula membuat keputusan untuk menyokong BAJU MERAH secara terbuka dan kemudian sebahagian daripada mereka menyertai KONVOI MERAH yang akan turun pada 19 November bagi berhadapan dengan KUNING (BERSIH).

Apa yang akan terjadi?

Isyarat apakah yang akan diberikan?

Bukankah ia akan membawa isyarat atau lebih tepat lagi pengisytiharan PERTUMPAHAN DARAH secara besar-besaran di negara ini?

Pemimpin-pemimpin minoriti seperti Bishop Paul seharusnya lebih berhati-hati untuk tidak menjadikan agama sebagai bahan dagangan bagi membolehkan parti politik pujaannya berkuasa di Malaysia. 

Sejarah telah pun membuktikan, selama ratusan tahun Perang Salib dilancarkan di BaitulMaqdis. Beberapa kali juga tentera-tentera Salib Khatolik berjaya menawan BaitulMaqdis dan memerintah di kota ketiga tersuci dalam Islam itu, tetapi akhirnya yang menang pada 1948 adalah Zionis yang menjadikan umat Islam, bahkan Kristian tanpa mengira mazhab di kota tersebut sebagai hamba tebusan sehingga ke hari ini. Sedangkan Zionis tidak berada di barisan hadapan dalam setiap Perang Salib kecuali sebagai penghasut dan pembiaya. Dan Zionis menikmati kehidupan selesa semasa zaman pentadbiran Islam apatah lagi Kristian di kota tersebut.

Adakah Bishop Paul terlalu BODOH untuk melihat konsekuens tersebut semata-mata kerana mata dan fikirannya terlalu buta dengan dogma DAP?


Thursday, October 20, 2016

MARIA CHIN TOTOK DAP YANG ULANGI HELAH 'DISIMBAH CAT MERAH' BILA TERDESAK!!!



Taktik meraih simpati gaya DAP, kini dipraktikkan pula oleh Maria Chin.

Seperti biasa, apabila sudah terkantoi, mulalah keluar cerita CAT MERAH DISIMBAH. Kalau dah terkantoi teruk pula, cerita tentang 'KIRIMAN PELURU' pula akan digembar-gemburkan.

Ramai pemimpin DAP yang menggunakan kaedah ini. Salah seorang daripada mereka yang paling popular adalah Teresa Kok apabila Pusat Khidmatnya di Seputeh, dilaporkan telah disimbah cat merah dan dihadiahkan ayam mati. 


Menariknya, jeriji besi yang menutup tangga yang dikatakan dibaling cat tersebut, bersih daripada sebarang percikan cat, kecuali pada bahagian dalam. Jeriji itu juga berkunci dan bertutup. Sebaliknya pangkal cat merah tersebut adalah pada anak tangga paling atas. Rakaman CCTV pula, tidak pernah ditunjukkan walaupun Teresa Kok kata, ianya adalah perbuatan orang UMNO!

Siapalah yang memberikan idea kepada Maria Chin untuk mencipta cerita kononnya, kereta anaknya dibaling cat merah sebagai ancaman ke atas nyawanya dan anak-anak serta keluarganya?

Maria Chin sebenarnya tidak cuba mendapatkan simpati daripada golongan yang terdedah kepada pembohongan DAP, tetapi lebih kepada masyarakat yang tertutup dan hanya bergantung sepenuhnya kepada media-media pro-DAP yang berbahasa Inggeris dan terutamanya berbahasa Cina.


Ini adalah kerana, budaya baling cat merah, lebih dikaitkan dengan mereka, berbanding masyarakat-masyarakat lain di negara ini. Kalau ada pun masyarakat lain, mereka hanyalah meniru MO puak-puak pro-DAP itu. 

Selepas Maria Chin menyiarkan gambar editing yang menunjukkan dia diancam sembelih oleh IS, kini Maria Chin muncul pula dengan cerita kereta anaknya dibaling cat merah.  Dan dia membuat laporan polis atas dakwaan-dakwaan tersebut.

Peliknya, siapa anak lelakinya? Ada sesiapa yang kenal memandangkan Maria Chin tidak pernah memperkenalkan anak-anaknya kepada media sebelum ini? Siapakah yang lebih kenal Maria Chin dan keluarganya sehingga memudahkan mereka mengenalpasti kereta anak lelaki Maria Chin?

Pihak polis seharusnya melakukan siasatan terperinci berhubung kes ini. Tangkap dan hukum mereka yang bertanggungjawab, dan termasuklah jikalau laporan-laporan polis yang dibuat itu, sengaja dibuat untuk pemanipulasian undang-undang. 

Atau dalam bahasa yang lebih mudah, memperlekeh-lekehkan undang-undang Malaysia sepertimana yang dilakukan oleh BERSIH dan Maria Chin sendiri membabitkan Akta Perhimpunan Aman dan Akta Polis.






Wednesday, October 19, 2016

TENGKORAK KAULAH, MARIA CHIN... PROVOKASI GANAS BIADAP TERHADAP ROSMAH MANSOR APASAL KAU TAK REPORT POLIS?



PENULIS: RIZAL MANSOR

Adalah jelas bahawa Maria Chin langsung tidak kesal mengenai sikap biadap peserta BERSIH yang menjalankan upacaran pengebumian, walaupun olok-olok tetapi lengkap dengan batu nesan, perarakan dan wang neraka mengikut kepercayaan sebuah agama.

Mereka ini juga bertindak memijak dan menyapu gambar beberapa pemimpin, tetapi Maria tetap mempertahankan mereka dengan mengatakan ianya adalah hak mereka untuk menyuarakan amarah dan rasa tidak puas hati.

Saya tertanya-tanya samada Maria Chin adalah seorang rakyat Malaysia kerana nampaknya beliau tidak tahu kaitan penyapu dalam sesebuah budaya.

Beliau juga nampaknya tidak mengerti bahawa rakyat Malaysia merupakan masyarakat yang mengamalkan sikap hormat-menghormati dan toleransi.


Di luar kebiasaan, beliau juga tidak mengetahui atau sedar bahawa tindakan penyokong BERSIH telah menyebabkan kemarahan dan rasa jijik sebilangan besar rakyat Malaysia yang menolak sebarang tindakan menggunakan tradisi perkauman untuk menghina mana-mana pemimpin.

Kenyataan Maria hari ini yang mengatakan bahawa perlakuan melampau tersebut tidak menjadi kesalahan atas alasan kebebasan menyuarakan kemarahan - dilihat seperti mempertahankan tindakan mereka yang telah melukakan hati dan mencetuskan kemarahan ramai pihak.

Dengan ini, beliau secara tidak langsung menghalalkan perbuatan melampau tersebut pada masa hadapan asalkan ianya berlandaskan hak kebebasan menyuarakan ketidakpuasan hati.

Adakah ini bermakna bahawa kenyataan Ahli Parlimen DAP, Jeff Ooi baru-baru ini ketika pemergian seorangan ahli agama juga boleh diterima atas alasan yang sama?

Apa akan terjadi jika seseorang marah kepada kaum atau agama yang lain? Adakah ianya juga dibenarkan atas alasan yang sama?

Kejahilan melampau yang ditunjukkan oleh Maria kerana kebebasan menyuarakan sesuatu tetap mempunyai had. Lebih-lebih lagi dalam negara seperti Malaysia yang mempunyai pelbagai etnik dan agama.


Pendapat Maria merupakan sesuatu yang sangat berbahaya untuk Malaysia.

Kegagalan Maria untuk memahami prinsip asas kehormonian rakyat Malaysia inilah yang menyebabkan sesetengah pihak bangkit menentang BERSIH.

Sikap seperti beliau ini lah yang menjadi punca sikap biadap semakin menular di kalangan masyarakat.

Saya mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menghargai keharmonian negara dan bersatu menolak BERSIH. Sokongan kepada BERSIH merupakan satu tanda bahawa anda bersetuju dengan kebiadapan yang dihalalkan oleh Maria pada hari ini.

RIZAL MANSOR

JAMAL DIGARI, AMBIGA DAN MARIA CHIN TAK PERNAH PUN WALAU MEREKA MENGHASUT DAN MENCETUSKAN KEGANASAN!!!



Kalau dengar sembang puak-puak pro DAP, BERSIH tu baik sahaja. Mereka membuat demonstrasi aman. Mereka patuh kepada Perlembagaan Persekutuan terutama sekali yang membabitkan Perhimpunan Aman. Malah mereka menyalahkan polis kerana 'melanggar' Akta Perhimpunan Aman walaupun sebahagian daripada peruntukan dalam Akta Perhimpunan Aman tersebut, memberi kuasa kepada PDRM untuk menyekat, menghalang, menasihati, membubarkan bahkan menahan sebarang perhimpunan.

Baju Kuning (BERSIH) akhirnya disaingi oleh Baju Merah. Tetapi berbanding Baju Kuning, Baju Merah menggunakan hak-hak orang awam 'untuk menyekat' demonstrasi aman.


Setelah berkali-kali berdemonstrasi dan bermaharajalela dengan demonstrasi jalanan yang mereka sangat bangga-banggakan bertujuan menggulingkan kerajaan yang telah dipilih secara sah oleh rakyat Malaysia, BERSIH yang kerap melaung-laungkan dan melabelkan PDRM dan anggota-anggota polis sebagai ANJING UMNO, memilih untuk menggunakan polis sebagai pelindung mereka.

Penahanan Jamal Mohd Yunos disambut gembira oleh para penyokong BERSIH dan DAP. Gambar Jamal Mohd Yunos digari tangan, kini sedang viral di FB dengan pelbagai ulasan.

Namun yang paling menarik ialah, ulasan tentang persoalan mengapa hanya Jamal Mohd Yunos sahaja yang digari, sedangkan Ambiga Sreevenasan, Maria Chin, Hishamuddin Rais dan para pemimpin BERSIH tidak pula pernah digari walaupun kerja mereka adalah menghasut bagi melakukan kekacauan di negara ini, bertujuan menimbulkan ketidakstabilan politik dan seterusnya menjayakan penggulingan kuasa di negara ini.



Mengapa hanya penentang BERSIH pula yang dikenakan tindakan pencegahan, sedangkan subversif sebenar seperti Ambiga dan Maria Chin, masih bebas begitu sahaja. Bahkan secara bermahajaralela memanipulasikan undang-undang di negara ini?

Atau sebenarnya ada isu lain yang membabitkan Jamal Mohd Yunos sehingga dia perlu ditangkap dan digari sebaik-baik sahaja dia mendarat dari Dubai?


 
Blogger Templates