Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label umno-pas. Show all posts
Showing posts with label umno-pas. Show all posts

Thursday, May 30, 2019

TRAUMA AKAN KEKALAHAN, MALAYSIAKINI DIGUNAKAN UNTUK LAGA-LAGAKAN PEMIMPIN UMNO AGAR KERJASAMA UMNO-PAS TIDAK JADI KENYATAAN!!!



Berbanding PAS, UMNO merupakan parti yang paling mudah dilaga-lagakan dan dikacau bilaukan. Selain kerana bilangan ahlinya, sebahagian besar yang menyertai UMNO terutama sekali pada zaman kebelakangan ini didorong oleh keinginan besar mendapatkan projek. Justeru apabila UMNO dan Barisan Nasional kelihatan hampir kalah, mereka beramai-ramai menyeberang ke PPBM. Malah apabila UMNO dan BN benar-benar kalah pada 9 Mei 2018, lebih ramai lagi termasuklah pemimpin-pemimpin kanan UMNO yang bertindak keluar parti untuk menyertai PPBM khususnya.

Golongan oportunis di dalam UMNO itulah yang menjadi modal dan aset utama parti-parti lawan, khususnya DAP dan PKR selain PPBM dan PAN. Tanpa golongan oportunis tersebut, UMNO sukar digugat dan sukar dikalahkan. 

Bukan cerita rahsia bilamana kawasan yang sepatutnya menang, tetapi disebabkan oleh pemimpin setempat terentak hati dan kecewa kerana pelbagai sebab, akhirnya berlaku sabotaj yang menyaksikan pihak lawan menang.

Kalau zaman sebelum Internet menjadi medium utama, surat layang, buku hantu dan sebagainya adalah senjata utama. Kini, dengan kemudahan Internet, kerja-kerja penghancuran UMNO jauh lebih mudah dan lebih berkesan, terutama sekali apabila menggunakan portal-portal berita seperti Malaysiakini yang sentiasa istiqamah dalam perjuangannya untuk melupuskan UMNO. 

Cara yang paling senang untuk menghancurkan UMNO adalah dengan melaga-lagakan pemimpin. Dan perkara ini nampaknya sedang rancak dilakukan. Dirancang oleh orang luar UMNO, disokong oleh golongan oportunis dalam parti dan disemarakkan serta ditularkan pula oleh golongan pencari makan. 


Malaysiakini dalam laporannya pada 30 Mei 2019 bertajuk, 'Mat Hasan Dalang Mahu Singkir Zahid, Najib', yang memetik Straits Times kononnya Muhamad Hasan, pemangku Presiden UMNO serta Khaled Nordin sedang melobi pindaan perlembagaan UMNO yang bertujuan untuk menyingkirkan Presiden parti, Zahid Hamidi dan bekas Presiden, Najib Abdul Razak. 

Laporan berkenaan turut mendakwa bahawa niat tersebut dilakukan menerusi cadangan pindaan Fasal 9.9 Perlembagaan UMNO. 

Khaled Nordin dalam kenyataan menerusi Facebooknya menegaskan, kenyataan itu tidak benar sama sekali dan bersifat fitnah. Tiada sebarang cadangan pindaan Fasal 9.9 seperti yang didakwa. Malah  dia turut melahirkan kehairanan, dari mana sebenarnya Malaysiakini mendapat maklumat sedemikian dan tidak menamakan sumber.


Ironinya, Khaled Nordin sekadar mendesak agar Malaysiakini menurunkan laporan tersebut yang disifatkannya sebagai tidak beretika. Tiada sebarang ancaman untuk mengambil tindakan sivil seperti saman fitnah seperti yang sering dilakukan oleh para pemimpin DAP, khususnya Lim Guan Eng mahupun Mujahid Yusof apabila mereka dalam keadaan yang sama. 

Serangan-serangan seperti ini semakin kerap dan adakalanya langsung tidak berasas ekoran gabungan UMNO-PAS semakin menunjukkan persefahaman yang baik, apatah lagi semakin aktif bergerak bersama-sama di seluruh Semenanjung. Kenyataan Presiden PAS bahawa UMNO dan PAS akan menandatangani Piagam Kerjasama UMNO-PAS, telah membuatkan para pemimpin Pakatan, khususnya DAP dan PKR cuba menjadikan PAS sebagai sasaran serangan bagi membolehkan berlakunya perpecahan antara UMNO dan PAS. (RUJUK SINI)


Kerjasama antara UMNO dan PAS telah dimulakan pada peringkat pemimpin atasan oleh Najib Abdul Razak dan Abdul Hadi Awang tidak lama sebelum PRU-14. Bagiamanapun, disebabkan reaksi akar umbi kedua-dua parti, kerjasama dalam PRU-14 tidak dapat direalisasikan yang akhirnya menyaksikan UMNO dan PAS kecundang apabila persaingan sesama mereka, memberikan kemenangan tipis kepada banyak Pakatan terutama sekali di Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor.

Selepas Najib meletakkan jawatan, Zahid Hamidi yang mengambilalih jawatan Presiden bertindak lebih agresif dan aktif bersama-sama Presiden PAS untuk menggabungkan kerjasama kedua-dua parti itu. Bagaimanapun, Zahid Hamidi lebih banyak melakukannya secara senyap-senyap dan kurang diperkatakan. 

Muhamad Hassan bagaimanapun melakukannya secara terang-terangan dan akhirnya memimpin 3 PRK yang memberikan kemenangan kepada UMNO-BN menerusi kerjasama padu dengan PAS.


Dengan sambutan akar umbi, bahkan orang Melayu di Semenanjung untuk kerjasama kedua-dua parti itu, Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP terpaksa menggiatkan usaha untuk menghasut, melaga-lagakan dan memecah belahkan para pemimpin UMNO dan PAS. Beberapa siri skandal seperti Wang UMNO RM90 juta cuba dipopularkan oleh Pakatan, namun tidak mendapat sambutan. Begitu juga dengan isu 'pendedahan dedak' oleh menantu Presiden PAS, juga kurang mendapat sambutan. 

Persoalannya kini, mampukah para pemimpin dan akar umbi bertahan dengan cubaan melaga-lagakan pemimpin oleh Malaysiakini dan jentera-jentera saraf Pakatan memandangkan dalam beberapa kes sebelum ini, UMNO mudah kecundang sehingga akhirnya berpecah dan memberikan kemenangan kepada pihak lawan.


Saturday, April 27, 2019

HIMPUNAN PERPADUAN UMMAH UMNO-PAS WAJAR DIBUAT DI BANDARAYA KUALA LUMPUR!!!



Ukhuwah merupakan satu konsep Islam yang menyatakan bahawa setiap Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara. Banyak ayat-ayat al Quran mahupun hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang memperkatakan dan mempertegaskan landasan konsep ini. Bahkan dalam beberapa keterangan, kerap kali perkataan 'ukhuwah' atau sealirannya dengannya digandingkan dengan perkataan 'iman', 'Islam' atau 'mukmin'. 

Sekaligus ini menunjukkan bahawa ukhuwah merupakan salah satu ukuran utama keimanan dan keislaman seseorang. 


Malahan sebenarnya, ukhuwah merupakan salah satu daripada tiga unsur kekuatan yang menjadi ciri-ciri utama masyarakat Islam pada zaman Rasulullah s.a.w iaitu pertama, kekuatan iman dan akidah. Kedua, kekuatan ukhuwah dan ikatan hati. Ketiga, kekuatan kepimpinan dan senjata. 


Dengan gabungan ketiga-tiga kekuatan inilah, Rasulullah s.a.w membangunkan sebuah masyarakat ideal, memperluaskan Islam, mengangkat tinggi bendera tauhid, bahkan mengangkat martabat umat Islam di muka bumi ini dalam tempoh kurang dari setengah abad sahaja.

UMNO dan PAS merupakan dua buah parti terbesar orang Melayu dan umat Islam di Malaysia. Selama berdekad-dekad, kedua-dua parti tersebut saling bermusuhan dan saling berebutan siapa yang lebih benar antara mereka, terutama selepas perpecahan PAS dari UMNO pada tahun 1951 selain faktor kewujudan Dr. Mahathir Mohamad yang banyak melakukan tindak tanduk permusuhan terhadap PAS walaupun pada tahun 1969 selepas dia dibuang dari UMNO, pentas PAS jugalah yang dia panjat untuk mencari pengaruh.


PRU-14 sepatutnya menyaksikan penyatuan UMNO dan PAS secara lebih sistematik dan rasmi. Malangnya, percaturan politik yang silap akhirnya menyaksikan baik UMNO apatah lagi PAS terlepas peluang yang sangat besar sehingga memberikan kemenangan dan kelebihan kepada pakatan parti lawan. 

Namun kekalahan pada PRU-14 juga telah menerbitkan dan memuncakkan semangat ukhuwah yang sepatutnya sudah lama terjalin antara kedua-dua parti kerana kebersamaan mereka dalam banyak hal, terutama sekali yang melibatkan akidah dan bangsa. 


Ada hikmahnya kekalahan PRU-14 kepada UMNO-BN dan PAS sendiri. Kalau tidak kerana kekalahan tersebut, UMNO-BN masih lagi bersikap sombong bodoh dan susah ditegur. PAS masih lagi kembang serban dan jubah mereka kerana kononnya mereka lebih Islamik dari kumpulan-kumpulan politik yang lain. 

Perhimpunan Anti ICERD beberapa bulan lalu menjadi titik tolak kepada penyatuan dan kerjasama yang sebenarnya. Sebelum itu, Perhimpunan RUU355 sudah pun berlangsung. Dan ramai yang mengharapkan perhimpunan RUU355 itu membolehkan PAS dan UMNO bekerjasama dalam PRU-14. Malangnya. PAS dan UMNO memilih taktik TIGA PENJURU yang menyaksikan kedua-duanya lebih banyak kalah walaupun kalau digandingkan jumlah undi yang diperolehi oleh kedua-dua parti pada setiap kerusi Parlimen dan DUN, PAS dan UMNO hari ini sepatutnya menjadi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. 


Semalam, satu lagi himpunan diadakan di Padang MPK Kuantan. Perhimpunan Perpaduan Ummah nampaknya sangat berjaya. Di sebalik pelbagai serangan terhadap UMNO dan PAS, malahan dilabelkan dengan pelbagai label negatif, akar umbi nampaknya sangat menyambut baik perpaduan antara kedua-dua parti tersebut. 

DAP dan PPBM mempertingkatkan serangan peribadi ke atas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang selepas serangan ke atas para pemimpin UMNO nampaknya tidak begitu menggalakkan. Dibantu PAN malahan Anwar Ibrahim sendiri, usaha giat DAP dan PPBM itu nampaknya lebih kepada makan diri. 


Semakin ramai yang menzahirkan sokongan kepada perpaduan UMNO dan PAS. Semakin ramai yang berazam untuk memilih UMNO dan PAS para PRU-15 akan datang. Hujah kononnya kerjasama dan perpaduan UMNO-PAS akan menyebabkan kaum lain dan penganut agama lain teraniaya, tertolak memandangkan rekod sudah menunjukkan kerana kerjasama PAS-UMNO suatu ketika dahulu, berjuta orang bukan Melayu dan bukan beragama Islam diberikan status kewarganegaraan. Malahan kerana PAS dan UMNO jugalah, orang bukan Islam bebas mengamalkan adat, budaya dan agama mereka. Malahan kalau diperhatikan pun, jumlah tokong dan kuil jauh mengatasi jumlah surau dan masjid di seluruh negara. Lebih daripada itu, kerana UMNO dan PAS jugalah, orang Cina dan orang India mempunyai sekolah aliran mereka sendiri!

11 bulan sudah berlalu. Pakatan Harapan semakin rapuh dan semakin ramai yang menolak Kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui serta diketuai oleh DAP ini walaupun Perdana Menterinya adalah Dr. Mahathir dan Timbalan Perdana Menterinya adalah Wan Azizah Wan Ismail. 


Semakin ramai yang tidak menaruh keyakinan langsung terhadap kewibawaan Pakatan Harapan terutama membabitkan polisi Pakatan Harapan yang sangat memusuhi aset-aset umat Islam dan Melayu-Bumiputera di negara ini apabila pesta jualan aset-aset dilakukan secara terang-terangan dan besar-besaran. 

Namun PAS dan UMNO sendiri perlu memperkukuhkan kerjasama mereka. Perlu mengenalpasti kekuatan dan kelebihan serta kekurangan mereka di mana-mana kerusi Parlimen atau DUN yang menjadi sasaran. 

Pastinya, sekiranya dilaksanakan dengan berkesan PRU-15 yang dijangkakan bakal diadakan lebih awal dari tarikh sepatutnya mandat berakhir, akan menyaksikan perubahan besar-besaran dengan UMNO dan PAS adalah tonggaknya!


Sunday, February 17, 2019

PRK SEMENYIH JADI TITIK MULA PENGGEMPURAN KUBU KEBAL PAKATAN DI SELANGOR LIBATKAN UMNO-PAS!!!



PRU-14 lalu mencatatkan prestasi yang paling buruk untuk PAS dan UMNO di Selangor. Pada PRU-13 tahun 2013, PAS berjaya menguasai 15 kerusi DUN setelah bertanding di 21 kerusi DUN. Manakala UMNO pula menguasai 12 kerusi DUN setelah bertanding di 56 kerusi DUN Selangor.

Namun pada 9 Mei 2019, jumlah yang diperolehi pada PRU-13 bukan sahaja gagal dipertahankan, bahkan UMNO dan PAS hampir 'pupus' di Selangor.

UMNO hanya berjaya memperolehi 4 kerusi DUN walaupun meletakkan calon di semua kerusi DUN di Selangor. Manakala PAS pula hanya tinggal 1 sahaja kerusi DUN setelah meletakkan calon di 49 kerusi DUN. 

Menariknya, UMNO dan PAS kalah di kebanyakan kerusi-kerusi yang mana mereka bertembung. Perpecahan undi antara PAS dan UMNO telah memberikan kelebihan kepada Pakatan Harapan yang berlogokan Mata Lebam PKR. 


DUN Sabak contohnya, perbezaan antara ketiga-tiga calon yang bertanding terlalu kecil. DUN Sabak pada PRU-14 lalu ditandingi oleh Ahmad Mustain Othman mewakili Pakatan, Sallehudin Mohd Iskan mewakili Barisan Nasional dan Sallehin Mukhyi mewakili PAS.

Keputusannya ialah, Ahmad Mustain Othman berjaya memperolehi 6981 undi, manakala Sallehudin Mohd Iskan memperolehi 6851 dan Sallehin Mukhyi memperolehi 6183 undi. Pemenangnya adalah Ahmad Mustain Othman dengan majoritinya 130 undi. 

Begitu juga dengan DUN Sementa. Dr. Daroyah Alwi berjaya memenangi kerusi tersebut dengan 17,867 undi mengalahkan calon BN, Saroni Judi yang memperolehi 12,497 undi dan Wan Hasrina Wan Hassan yang memperolehi undi 7696 undi. Daroyah Alwi menang dengan 5,370 undi.

PRK Cameron Highland yang baru lepas, telah membuktikan sesuatu biarpun dua pilihanraya kecil di Selangor sebelum itu, gabungan PAS dan UMNO yang baru bekerjasama ketika itu, kalah. Namun di Cameron Highland di mana Barisan Nasional berjaya mengekalkan kemenangan ke atas kerusi Parlimen berkenaan dengan jumlah majoriti yang lebih besar, menunjukkan kerjasama serius antara PAS dan UMNO boleh membuahkan hasil yang lebih baik.

Justeru di PRK DUN Semenyih, PAS dan UMNO bergerak lebih awal mempamerkan kerjasama erat antara mereka walaupun cuba digoyang oleh Pakatan termasuklah oleh DAP, PKR dan Dr. Mahathir sendiri. 

Ramai yang menaruh keyakinan, berdasarkan kepada sambutan pengundi dan orang ramai di Semenyih, calon muda PPBM dilihat tidak mampu mengekalkan kemenangan arwah bapa mertuanya sebelum ini.


Berdasarkan perkembangan semasa itulah juga, seharusnya PAS dan UMNO sudah mula bergerak secara bersama-sama dengan mensasarkan kerusi-kerusi DUN di seluruh Selangor yang berpotensi untuk mereka rebut dan menangi pada PRU akan datang. UMNO boleh belajar dari PAS bagaimana penyusupan akar umbi dilakukan tanpa perlu mendabik dada atau bermegah-megah. PAS juga boleh belajar dari UMNO bagaimana menggunakan kelebihan media bagi mendapatkan liputan atau persepsi yang baik.

Kerusi-kerusi bermajoriti Melayu seperti di Lembah Jaya, Bukit Antarabangsa dan Gombak Setia sebenarnya cukup kritikal kepada Pakatan tetapi pertembungan antara PAS dengan Barisan Nasional (UMNO) pada PRU-14 lalu telah memberikan kelebihan kepada Pakatan. 

Kerosakan yang dilakukan oleh Pakatan setelah memenangi PRU-14, seharusnya menjadi modal yang cukup besar kepada PAS dan BN (UMNO). Bahkan ia juga seharusnya menjadi titik persamaan kepada kedua-dua induk Melayu itu untuk bekerjasama merampas semula negeri Selangor kalau tidak pun mengurangkan majoriti penguasaan Pakatan di Selangor.

Tiada yang rugi bagi PAS dan BN (UMNO) di Selangor kerana Selangor merupakan kubu kuat Pakatan, terutama sekali Azmin Ali dan konco-konconya.

Namun perlu diingatkan juga, Azmin Ali dan PKR-DAP berjaya menguasai Selangor bermula dari tahun 2008 lalu hasil daripada kerjasama dengan PAS. 

Orang Melayu-Islam sebenarnya tersangat ingin melihat kerjasama antara PAS dan UMNO (BN)!

Thursday, December 21, 2017

JUAK-JUAK DAP KETAKUTAN, SOLIDARITI SELAMATKAN BAITUL MAQDIS BOLEH BERTUKAR JADI SOLIDARITI TALKINKAN PAKATAN HARAPAN!!!



Semakin kalut para penyokong dan pendukung Pakatan Harapan, khususnya penyokong DAP dan PPBM serta PAN apabila PAS menerusi Presidennya telah dijemput untuk bersama-sama Perdana Menteri dalam Himpunan Solidariti Palestin di Putrajaya pada 22 Disember nanti.

Kempen-kempen daripada mereka untuk mengingatkan PAS agar membatalkan penyertaan dalam himpunan yang dilabelkan sebagai himpunan UMNO itu sedang aktif dan giat dijalankan menerusi media-media sosial, khususnya group WhatsApp.

Antara hujah yang diberikan ialah, PAS akan kehilangan sokongan daripada ahli-ahli dan pengundi di atas pagar jikalau berterusan menyokong UMNO dan Najib Abdul Razak. Dikatakan juga bahawa PAS sedang berhadapan dengan krisis sokongan apabila Presidennya, Abdul Hadi Awang dilihat semakin rapat dengan Najib Abdul Razak.

Umum mengetahui, selepas PAS diterajang keluar dari Pakatan Rakyat dan Pakatan Rakyat dibubarkan bagi penubuhan Pakatan Harapan yang diterajui oleh DAP, PAS terus diserang oleh DAP dengan hebatnya.


PAS dituduh mengkhianati Pakatan walaupun hakikatnya, PAS yang ditendang oleh DAP menerusi kenyataan-kenyataan Lim Guan Eng selain penentangan keras DAP terhadap RUU355 yang diusulkan oleh PAS di Parlimen.

Sehingga ke hari ini, juak-juak DAP memperolok-olokkan RUU355 yang bertujuan memperkasakan undang-undang syariah di Malaysia. Undang-undang syariah di Malaysia pula hanya tertakluk kepada orang-orang Islam, manakala warga negara bukan beragama Islam, tidak terjejas apa-apa. Bagaimanapun, DAP berjaya menanamkan persepsi bahawa RUU355 adalah permulaan kepada hukuman hudud yang menurut mereka sudah terlalu kuno dan ketinggalan zaman.

Apabila PAS mengumumkan tahaluf siyasi antara parti itu dengan parti-parti yang menyokong PAN diputuskan, yang paling kuat melompat adalah DAP dan juak-juak mereka. Sekalipun DAP sebenarnya yang mengeluarkan PAS dari Pakatan Rakyat, bahkan cuba menghalau PAS dari Kerajaan Negeri Selangor kalau tidak kerana titah KDYMM Sultan Selangor yang jadi halangannya, tetapi akhirnya yang dipersalahkan adalah PAS.

Semuanya kerana PAS memiliki kekuatan yang boleh digunakan oleh DAP, PKR, PPBM dan PAN. Kewujudan PAN oleh DAP ternyata tidak banyak membantu walaupun pada masa yang sama, DAP berjaya mengeluarkan mereka yang dikatakan sebagai golongan profesional dari PAS untuk parti serpihan tersebut, tetapi kewujudan mereka tidak mampu menarik ahli-ahli PAS seramai mungkin seperti yang diharapkan. Malahan PAN berhadapan dengan kepayahan, bukan sahaja untuk mengumpulkan orang mendengar ceramah, tetapi juga untuk mengumpulkan derma dan punca pendapatan sehingga akhirnya terpaksa terus merengek dengan DAP.


Pelbagai usaha digunakan untuk mengugut dan mengancam PAS termasuklah kempen-kempen saraf terutama sekali menerusi laporan-laporan kajiselidik seperti yang dikeluarkan oleh INVOKE Rafizi Ramli beberapa hari lepas.

Hakikatnya, kebimbangan pengulangan Sejarah 1970 yang menyaksikan bagaimana PAS bekerjasama dengan UMNO sehingga menghasilkan kekuatan dan kestabilan politik Melayu, benar-benar mengancam kewujudan DAP sendiri. Itu yang ditakuti dan itulah sebenarnya yang cuba dielakkan sangat-sangat.

Himpunan Solidariti Rakyat Palestin di Putrajaya hanyalah pemangkin kepada PRU-14 nanti. Berjaya menggagalkan himpunan tersebut, bererti berjaya juga menggagalkan dominasi Melayu-Bumiputera-Islam di negara ini dalam pentadbiran negara.

Dan yang pasti, DAP kekal dominan kalau semuanya berjaya!!!


Sunday, December 17, 2017

MINGGU DEPAN, NAJIB DAN ABDUL HADI AWANG AKAN BERSOLIDARITI DI PUTRAJAYA... PAN DAN DAP AKAN KUAT TOHMAH, PAS DAH KENA DEDAK UMNO!!!



Benar seperti yang dikatakan oleh Presiden PAS. PAS tidak boleh bergantung kepada ahli-ahli dan penyokong parti itu sahaja untuk menang, sebaliknya perlu mendapatkan sokongan daripada pengundi-pengundi atas pagar termasuklah ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO.

Oktober lalu, Majlis Syura PAS menentang usul bekerjasama antara parti itu dengan UMNO dengan alasan, kerjasama tersebut akan melemahkan PAS.

Berbanding parti serpihan PAS iaitu PAN, kekuatan PAS yang mempunyai 195 Bahagian atau Kawasan di 222 kawasan Parlimen, tampak tidak terjejas walaupun PAS telah memutuskan hubungan dan kerjasama politik atau lebih dikenali sebagai tahaluf siyasi dengan Pakatan yang terdiri daripada PKR dan DAP.

Antara kelebihan PAS berbanding parti-parti lain ialah gerakan anak muda yang mendominasi akar umbinya. Malahan berbanding UMNO yang masih lagi membariskan kepimpinan yang sudah tua dan renta, PAS sudah mula mentransformasi dan meremajakan parti mereka semenjak beberapa tahun kebelakangan ini bertujuan untuk menarik pengundi-pengundi muda.

Nyata, aktiviti parti yang berterusan telah memberikan kesan yang lebih baik kepada PAS apabila rata-rata akar umbinya yang boleh dikerah secara sukarela, bahkan sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk kepentingan parti, adalah golongan anak muda. Terlalu berbeza berbanding UMNO!

Secara tidak langsung dan secara tidak keterlaluan, jikalau UMNO masih mengekalkan gaya dan taktik seperti sekarang, PAS akan mengatasi mereka dalam tempoh terdekat. Lebih-lebih lagi apabila PAS lebih banyak dibarisi dan dipimpin oleh golongan yang mempunyai latarbelakang akademik yang jauh lebih baik termasuklah golongan profesional.

Tidak seperti tahun-tahun 2013 dan sebelumnya, PAS kali ini lebih senyap walaupun gerak kerja mereka berterusan dan bersifat mikro. Sesekali PAS muncul dengan gerakan makro menerusi Fastaqim, Himpunan RUU355 dan sebagainya.

Kenyataan terbaharu yang dikeluarkan oleh Presiden PAS, sebenarnya mempunyai signifikan yang amat besar. (RUJUK DI SINI)

Sudah pasti yang akan bertepuk tangan dan menyorak adalah puak-puak PAN dan DAP yang pada setiap masa melabelkan PAS sebagai pemakan dedak UMNO. Presiden PAS sendiri pun dituduh sebagai pemakan dedak Najib. Bahkan ditohmah kononnya telah dirasuah RM90 juta oleh Najib Abdul Razak hanya kerana PAS enggan bekerjasama dan menyediakan segala keperluan untuk DAP dan PKR seperti PRU-12 dan PRU-13.

Terbaharu ialah, pada minggu hadapan, Presiden PAS dijangka akan bersolidariti bersama-sama Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden UMNO untuk menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin yang sedang tertindas di Putrajaya.

Program tersebut dijangka akan dilangsungkan pada 22 Disember.

Dilaporkan Najib akan bersama-sama Abdul Hadi Awang untuk mengecam pengiktirafan Amerika Syarikat yang mengiktiraf BaitulMaqdis sebagai ibu negara, negara haram Zionis Israel. Keputusan yang dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump itu telah mencetuskan kemarahan dan kecaman daripada umat Islam seluruh dunia.

Dalam perhimpunan tersebut, Perdana Menteri akan turut membangkitkan keputusan sidang luar biasa Pertubuhan Kerjasama Negara-Negara Islam (OIC) yang telah berlangsung di Istanbul berhubung perkara berkenaan.

Perdana Menteri sekarang masih berada di Manama dalam lawatan rasminya ke Bahrain.

Sunday, February 19, 2017

KESIAN PUAK-PUAK LIBERAL UMNO YANG SEKARANG JADI PENTAKSUB MAHATHIR... MACAM BERUK KENA GIGIT KERENGGA GARA-GARA RUU355!!!



Era UMNO di bawah pentadbiran dan pengaruh Mahathir kian hilang ekoran ramai pentaksub-pentaksub Mahathir, bakan pemimpin-pemimpin UMNO ternakan Mahathir, menyeberang untuk bersama-sama Mahathir dalam Cap Bunga bagi menggulingkan Najib, sekaligus meneruskan dasar Mahathir yang mengagih-agihkan kekayaan negara kepada sekelompok kecil proksi, anak-anak dan kaum keluarganya sahaja.

Namun yang paling penting, era UMNO dilihat sebagai penentang apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Islam yang dibawa oleh PAS, sedikit demi sedikit dihakis menerusi pentadbiran dan sikap lebih terbuka Presiden UMNO yang baru.

Walaupun di sebalik pelbagai tohmahan dan fitnah, kepimpinan utama PAS yang sekarang ini diketuai oleh Abdul Hadi Awang tanpa bayangan Allahyarham Nik Abdul Aziz yang dibayangi pula oleh Husam Musa, mula membuka pintu kepada kerjasama bahkan sikap mesra yang tidak pernah wujud pada zaman pentadbiran 22 tahun Mahathir.

RUU355...


Ia adalah salah satu daripada beberapa himpunan sebelum ini yang menggandingkan UMNO dan PAS walaupun tidak dibuat atau diisytiharkan secara rasmi. Malah ianya jauh lebih besar berbanding pertemuan antara Mahathir dan Allahyarham Fadhil Noor hampir dua dekad lalu dalam isu Palestin. Himpunan kali ini jauh lebih berjaya kerana ia melibatkan akar umbi berbanding hanya dua orang pemimpin tertinggi bergambar di hadapan wartawan dan jurugambar.

Maka sudah pastilah, bekas-bekas pemimpin UMNO yang memperlekehkan Najib, tidak senang dengan kejayaan Najib menyatupadukan umat Islam daripada dua fikrah politik yang berbeza. Di sebalik hujah kononnya, orang PAS mahupun orang UMNO akan kekal bermusuhan dengan undi yang tidak berpihak kepada mana-mana parti selain parti sendiri, kemesraan antara pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS hanyalah bersifat plastik.

Bahkan mereka cuba mempertahankan LEGASI MAHATHIR yang menentang apa-apa sahaja berkaitan memperkukuhkan dan memperkasakan kedudukan Islam di negara ini dengan gambaran gandingan NAJIB-HADI cuba mengislamkan Malaysia dan membawa Malaysia untuk menjadi sebuah negara 'SAUD' yang menggunakan hukum pancung, rejam dan potong tangan sekaligus merosakkan struktur negara ini yang dikatakan terdiri daripada himpunan pelbagai kaum dan agama walaupun asasnya adalah TOLERANSI masyarakat Melayu-Bumiputera (Islam mahupun bukan Islam) terhadap golongan bukan Melayu yang hanya memperolehi kerakyatan mereka pada tahun 1957 bagi tujuan kemerdekaan negara ini, selain kegagalan majoriti bukan Melayu untuk mendapatkan kerakyatan United Kingdom.



Jadi, tidak hairanlah bilamana golongan liberal dalam UMNO yang selama ini cukup takut dengan Islam dan bersembunyi di sebalik fahaman liberalisme dan kemudian hanyut bersama-sama Mahathir dalam fahaman mereka, mengeluarkan pelbagai kenyataan sehingga ada yang memalukan mereka sendiri.

Himpunan RUU355 seperti jarum yang mencucuk mata dan hati mereka. Tanpa sedar, mereka mempamerkan asbab sebenar mereka 'dikeluarkan' dari UMNO - sama ada mereka sendiri yang keluar atau disingkirkan - sama seperti yang berlaku di dalam PAS apabila sebilangan besar pemimpin PAS yang berhati serigala keluar parti untuk bersama-sama DAP di bawah PAN.

Dunia telah berevolusi namun para pentaksub Mahathir masih lagi berkhayalkan tentang masa silam mereka yang tidak mungkin akan kembali!


Wednesday, November 11, 2015

PARTI AMANAH NEGARA CUBA RAMPAS KELANTAN DARI PAS DENGAN SKRIP 16 SEPTEMBER ANWAR IBRAHIM!!!



Pada PRU-13 lalu, PAS dan Pakatan Rakyat berjaya memperolehi 33 kerusi DUN Kelantan berbanding 12 oleh UMNO-BN. 

Daripada 33 kerusi DUN itu, PKR hanya memperolehi 1 kerusi DUN iaitu di Guchil.

11 September lalu, Ahli Parlimen Tumpat yang juga merupakan bekas Setiausaha Agung PAS, Kamaruddin Jaafar akhirnya menyertai PKR walaupun dia sepatutnya menyertai parti itu pada tahun 1999 lagi.

Wan Abdul Rahim merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu yang telah memecat Takiyuddin Hassan, Ahli Parlimen Kota Bharu yang juga merupakan Setiausaha Agung PAS masakini. Wan Abdul Rahim juga merupakan Pengerusi PASMA Kelantan. Kini, walaupun tidak keluar dari PAS secara rasmi, dia merupakan penyokong kuat Parti Amanah Negara yang diketuai oleh Mat Sabu. 


Husam Musa pula adalah ADUN Salor, bekas Exco yang amat berkuasa pada zaman pentadbiran Allahyarham Nik Abdul Aziz tetapi kehilangan segala-galanya apabila Allahyarham Nik Abdul Aziz dilantik sebagai Menteri Besar pada penghujung hayatnya dan terus kehilangan apabila Ahmad Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Allahyarham Nik Abdul Aziz. 

Walaupun dilihat memberikan sokongan kepada PAN, terutama menerusi pelbagai tindakannya untuk memalukan Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin oleh Ahmad Yaakob, termasuklah isu-isu pembalakan yang sebenarnya bermula pada zaman dia menjadi Exco Kanan lagi, Husam Musa belum mengisytiharkan keluar dari PAS.

Parti Amanah Negara dilihat semakin terdesak sekarang dalam usaha untuk membuktikan yang pelaburan besar DAP ke atas mereka, berbaloi. Beberapa kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang dilihat seakan-akan menyebelahi Najib Abdul Razak dan UMNO pula, telah digunakan secara meluas oleh PAN dan para penyokong parti tersebut di dalam PAS sendiri untuk terus menekan PAS agar akur kepada DAP atau akan diserang secara bertali arus dengan pendedahan demi pendedahan yang akhirnya melemahkan pegangan parti itu ke atas kawasan-kawasan yang telah ditawan sebelum ini.

Justeru apabila timbul cerita kononnya, PAN akan merampas Kelantan dari PAS menerusi perpindahan besar-besaran ADUN-ADUN PAS ke PAN, ianya sesuatu yang akan mengingatkan kita kepada usaha-usaha Anwar Ibrahim dengan Drama Tragedi 16 September 2008nya apabila mengumumkan dia sudah mempunyai jumlah Ahli Parlimen yang mencukupi untuk merampas Putrajaya daripada UMNO-BN. 

Tidak sahaja UMNO bermasalah dengan parasit dalaman yang sedang cuba menumbangkan Kerajaan Pusat dan menyerahkannya kepada DAP, tetapi juga nampaknya PAS mempunyai lebih ramai parasit yang sanggup bekerja untuk DAP dan Lim Kit Siang.

Ada persamaan antara PAS dan UMNO dalam isu ini... jadi, jangan terkejut sekiranya akan ada gerakan lebih besar yang tidak disangka-sangka daripada kedua-dua parti dalam pertembungan politik ini walaupun para penyokong masing-masing masih sukar untuk menerima bayangan tersebut.

33 - 10 = 23 + 12 UMNO-BN, jumlahnya tetap 2/3 majoriti di DUN Kelantan!

Agak-agaknya apa helah yang akan diatur selepas ini?



Monday, June 8, 2015

DAP LAGI SUSAH HATI APABILA NAJIB PULA MENYATAKAN SETUJU UNTUK BERBINCANG DENGAN PAS!!!



SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedia berbincang dengan PAS selepas golongan ulama berjaya mendominasi kepimpinan parti dalam pemilihan yang diadakan minggu lalu.

Najib dilaporkan berkata, PAS membuat keputusan jelas dengan memilih kepimpinan ulama dan diharapkan rundingan 2 parti Melayu itu akan membawa kepada kemaslahatan umat Islam di Malaysia.

"Perwakilan (PAS) membuat keputusan jelas. Mereka memihak kepada calon ulama. Kita berharap kepimpinan ulama akan membawa kepada sesuatu yang positif.

"Umno bersedia untuk mengadakan perbincangan demi kemaslahatan umat Islam," katanya seperti dilaporkan akhbar itu.

Najib juga menggesa semua pihak agar tidak membuat kesimpulan awal yang rundingan di antara Umno dan PAS ialah bagi mewujudkan kerajaan perpaduan.

"Kita jangan membuat sebarang rumusan spesifik dalam hal ini. Apa yang penting ialah perpaduan umat Islam," beliau dipetik Berita Harian hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat antara kumpulan yang bergegas keluar meninggalkan sebuah bangunan di Taman Kinabalu di Kundasang, Sabah selepas satu gegaran kecil berlaku.

Muhyiddin, Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berada di situ bagi mengikuti taklimat operasi menyelamat mangsa gempa bumi yang melanda negeri itu Jumaat lalu.

Bagaimanapun, kehadiran Hadi dan turut kelihatan, Ketua Pemuda PAS Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, tidak diketahui umum atas urusan apa.

Hadi ketika menyampaikan ucapan penangguhannya pada hari terakhir Muktamar Tahunan pada Sabtu menyelar pihak tertentu yang memandang negatif pertemuan yang diadakan PAS bersama Umno kerana katanya, pandangan serupa itu bukan pendekatan parti Islam itu.

Katanya, walaupun ada pihak yang mencemburui pertemuan di antara 2 parti itu, beliau menegaskan, parti Melayu itu tidaklah seburuk Firaun yang digambarkan dalam Al-Quran.



Saturday, February 14, 2015

UMNO-BN TIDAK BERTANDING DI CHEMPAKA SEBAGAI MENGHORMATI ALLAHYARHAM NIK AZIZ?



Kalau betullah berita ini, pastinya akan ada pihak yang cukup menggelinjang kepanasan, kepedihan dan keresahan. Sudahlah Nik Abduh dikatakan menjadi agen penyatuan UMNO-PAS, kini Mustafa Mohamad pula memberikan pandangan peribadinya yang UMNO-BN tidak sewajarnya bertanding di Chempaka.

Sebaliknya menurut Mustafa, UMNO-BN khususnya di Pengkalan Chepa membantu kerajaan negeri Kelantan menyelesaikan masalah banjir bulan lepas, terutama sekali membabitkan kebajikan rakyat.

Bagaimanapun, pandangan Mustafa Mohamad itu belum diajukan kepada UMNO Bahagian Pengkalan Chepa untuk dimesyuaratkan dan diputuskan. Bagaimanapun, ramai yang menyambut baik usul Mustafa Mohamad itu. Ditambah pula dengan UMNO Kelantan sendiri yang tidak cukup bersedia untuk bertarung di luar kubu kuat mereka seperti Chempaka. Kemenangan di Pangkalan Kubur tidak boleh dijadikan ukuran kerana UMNO sekadar mengekalkan kemenangan pada PRU-13.

Berbanding di Permatang Pauh yang dikuasai oleh Dinasti Anwar Ibrahim, UMNO-BN mempunyai tanggungjawab yang jauh lebih besar dan lebih utuh untuk mengerahkan semua kekuatan bagi membebaskan Permatang Pauh daripada kongkongan Anwar Ibrahim dan keluarganya.

Sekiranya benar ia berlaku, yang paling marah adalah DAP. DAP sedang dalam usaha untuk mengapi-apikan PAS-UMNO memandangkan gerakan menggulingkan Abdul Hadi Awang daripada jawatan Presiden PAS untuk digantikan dengan Mat Sabu yang ditaja oleh chauvinist tersebut sudah pun terdedah.

Walaupun tidak mengumumkan atau mengisytiharkannya secara rasmi, petunjuk amat jelas, ada perkembangan yang baik melibatkan PAS-UMNO. Petunjuk jelas itu ialah apabila DAP menjadi terlalu kalut mencampuri urusan dan halehwal PAS sambil menunjukajar serta mengeluarkan pelbagai arahan yang perlu dipatuhi oleh kepimpinan PAS.


 
Blogger Templates