Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label akta ISA. Show all posts
Showing posts with label akta ISA. Show all posts

Thursday, October 27, 2016

DEMI JATUHKAN NAJIB, ADAKAH MAHATHIR AKAN MINTA MAAF SEBAB TAHAN PEMIMPIN DAP DALAM OPERASI LALANG BAWAH ISA?



DAP sedang cuba mencari kesempatan dan mendapatkan pengiktirafan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bahawa penangkapan ahli-ahli serta pemimpin-pemimpin DAP, menggunakan ISA merupakan satu kesilapan dan kezaliman.

Dr. Mahathir yang sekarang ini merupakan Pengerusi Parti Cap Bunga merupakan sekutu kuat Lim Kit Siang dan DAP walaupun sebelum Cap Bunga diwujudkan, Mahathir merupakan musuh utama Lim Kit Siang dan DAP.

Berbanding Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Abdul Razak dan Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir merupakan Perdana Menteri yang paling banyak menangkap dan menahan tanpa bicara golongan politik berbanding anggota subversif PKM dan kongsi gelap. Sesiapa sahaja yang dilihat melawannya, akan berkampung di Kamunting selama dua tahun tanpa bicara.

DAP walaupun tidak seramai PAS yang ditangkap tanpa bicara oleh Mahathir, memekak dan paling kuat berkeriau tentang Akta Dalam Negeri yang telah disalahguna oleh Mahathir bagi mengekalkan kuasanya walaupun pada  masa yang sama, dilihat mampu menstabilkan politik negara ini.

Kua Kia Soong merupakan antara mereka yang cuba mengherotkan sejarah Tragedi Berdarah 13 Mei 1969 menerusi buku tulisannya yang menuduh, tragedi tersebut berpunca daripada persaingan dalaman UMNO yang kemudian memberikan reaksi kepada perarakan penghinaan DAP kepada orang Melayu sebagai punca tragedi berdarah itu. (RUJUK SINI)

Justeru, apabila dia menulis lagi dan mengingatkan Mahathir akan 'dosa-dosa silamnya' tentang ISA, Kua Kia Soong sebenarnya cuba menghalalkan perbuatan DAP yang mahu menentang Perlembagaan Persekutuan. Kebencian DAP kepada Artikel 152 dan Artikel 153 serta Artikel 3 Perlembagaan Malaysia, dianggap sebagai satu hak dan tidak salah sama sekali.

Kua Kia Soong menyebut tentang Operasi Lalang 1987 yang menyaksikan Lim Kit Siang dan beberapa orang pemimpin DAP ditahan dan disumbatkan ke Kamunting. Katanya, sudah sampai masanya untuk Mahathir meminta maaf atas perbuatannya itu.

Sedangkan pada masa yang sama, berbanding DAP, jumlah para pemimpin UMNO yang ditangkap dan ditahan di bawah ISA di Kamunting jauh lebih tinggi dan ramai. Malah, Najib Abdul Razak yang pada waktu itu adalah Ketua Pemuda UMNO juga, hampir-hampir sahaja disumbatkan ke Kamunting kerana insiden ucapannya di Stadium TPCA Kampung Bharu.

Hanya kerana Mahathir sedar, dia akan menjahanamkan kedudukannya sendiri sekiranya Najib ditahan, membuatkan Najib terpaksa dilepaskan. Pengaruh Najib di kalangan Pemuda UMNO pada waktu itu, sangat besar sehinggakan pada ketika Mahathir hampir digulingkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah, Najib merupakan satu-satunya pemimpin UMNO yang menjadi 'kunci' kepada pengekalan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang dipegang oleh Mahathir.

Apa yang dilakukan oleh Kua Kia Soong dan anak perempuan P.Patto, Kashturi agar Mahathir mengakui perbuatannya dan meminta maaf, sebenarnya tidak lebih daripada sekadar mahu membersihkan DAP daripada label rasis dan penentang Perlembagaan Persekutuan.

Dalam bahasa yang lebih mudah, Kua Kia Soong yang terlibat dalam perang saraf DAP dari zaman 13 Mei sedang menjadikan DAP sebagai sebuah parti yang suci murni dan sentiasa dizalimi oleh UMNO.

Sekarang, Mahathir sudah keluar dari UMNO. Mahathir sudah menentang UMNO. Mungkin elok juga sekiranya, Mahathir membantu DAP menyucikan parti tersebut dengan meminta maaf dan mengakui kesalahannya menahan para pemimpin DAP yang maksum di bawah ISA.

Mampukah Mahathir berbuat begitu?

Mungkin... sebab kalau bercakap tentang Mahathir, segalanya berkemungkinan...


Monday, March 30, 2015

HINA DAN ANTI LEE KUAN YEW, KERAJAAN SINGAPURA ISA KAN SEORANG REMAJA BERUSIA 17 TAHUN!!!



Di Malaysia, Pakatan Rakyat begitu membangkang dan bencikan Akta Keselamatan Dalam Negeri sehingga mereka menganjurkan demonstrasi dan pelbagai ancaman. Alasan yang diberikan ialah, negara sudah tidak mempunyai ancaman komunis lagi walaupun 'pengganas komunis' sedia ada bukan lagi berbaju khaki bertopi bucu lima dengan tampalan tiga bintang pada topi mereka dan membawa raifal warisan Perang Kedua, sebaliknya berpakaian kemas, bercampur dengan orang awam malah ada yang berkot dan menjadi Ahli Parlimen dan ADUN.

Bila Akta Keselamatan Dalam Negeri dilupuskan, terus negara jadi huru-hara dan berlaku peningkatan jenayah dan huru-hara politik seperti yang dihadapi sekarang. Fitnah dan tohmahan bermaharajalela dan kemudian mereka mempersoalkan pula mengapa PDRM mengambil tindakan undang-undang dengan menangkap mereka atas alasan mereka melakukannya kerana kebebasan bersuara dan berhimpun tanpa sedikit pun memperkatakan tentang dalam Artikel yang sama, wujudnya kuasa polis untuk menahan, membubarkan perhimpunan dan menguatkuasakan undang-undang larangan berhimpun.

Dalam banyak hal, DAP dan para balaci mereka akan membandingkan 'kemajuan dan progresifnya ekonomi serta kewangan Singapura' dengan Malaysia. Tetapi tidak pula mereka membandingkan penguatkuasaan undang-undang di Singapura yang sangat ketat bagi mengekalkan kemajuan dan progresif pencapaian negara kecil itu.

Ini sebagai contohnya yang tidak akan disebut oleh para macai dan pecacai Pakatan Rakyat.

Seorang remaja berusia 17 tahun yang pada minggu lepas telah memuatnaikkan video YouTube bagaimana dia meraikan kematian Lee Kuan Yew serta mengkritik kerjaya politik Lee Kuan Yew, telah ditangkap semalam. Dalam video berkenaan, dia telah mencabar Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Long untuk menyamannya. Selain itu, dia turut membuat kenyataan sensitif berhubung agama Kristian.

Sekurang-kurangnya 20 laporan polis telah dibuat terhadap Amos Yee semenjak 27 Mac lalu sebaik-baik sahaja dia dipercayai memuatnaikkan klip video berdurasi lapan minit.

Semalam, seorang pembaca telah membuat satu lagi laporan polis ke atas remaja tersebut, dan kali ini membabitkan posting di blognya yang mengandungi bahan lucah. Klip video tersebut telah dikecam oleh netizen dan tiada lagi di saluran YouTube. Blognya juga telah disekat. (SUMBER)

Macam mana pula dengan di Malaysia?

Tidakkah anda hairan apabila orang yang sama, yang menentang dan mendesak penghapusan ISA, kini bertanya mengapa Kerajaan gagal menjana pendapatan untuk rakyat Malaysia?



Friday, December 12, 2014

BEKAS HAKIM DESAK KERAJAAN WUJUDKAN SEMULA AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI GANTIKAN SOSMA YANG GAGAL!!!


Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah menyifatkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) kurang berkesan dan tidak digeruni berbanding Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menurutnya, akta baharu tersebut hanya merangkumi beberapa kesalahan sahaja berbanding ISA.

“Kesalahan dibawah SOSMA hanya terhad melibatkan kesalahan seperti pemerdagangan wanita dan melakukan keganasan sedangkan banyak lagi kesalahan yang kita mahu tangani tapi tidak termasuk dalam SOSMA,” katannya lapor Sinar Harian.

Jelas beliau, kerajaan seharusnya mengekalkan ISA dan meminda undang-undang itu dengan memberi kuasa kepada mahkamah untuk melakukan semakan dan mengkaji sebarang keputusan sama ada berpatutan dan adil.

“Jika itu dilakukan, saya percaya, rakyat tidak membantah atau memberontak. Punca utama ISA dipertikai adalah kerana mahkamah tiada bidang kuasa untuk semakan kehakiman,” jelasnya.

Mohd Noor menambah, di bawah ISA menteri diberi kuasa menahan seseorang yang melakukan kesalahan mengikut undang-undang tersebut mereka akan ditahan selaman dua tahun dan boleh dilanjutkan lagi.

Sementara itu, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) semalam terus mengesa kerajaan Malaysia melalui Menteri Dalam Negeri (KDN) supaya memansuhkan SOSMA kerana akta itu jelas sekali mencabuli hak asasi manusia secara berterusan.

Penyeleras SUARAM, Syukri Razab berkata SOSMA tidak wajar digunakan kerana peruntukan dalam akta tersebut jelas mencabuli hak asasi manusia termasuklah penahanan tanpa bicara selama 28 hari.

“Apa yang dilakukan SOSMA lebih kurang sama dengan ISA,” katanya ketika hadir menyerahkan memorandum di pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan polis Bukit Aman menahan 14 individu yang didakwa bersubahat terlibat dengan kumpulan pengganas Negara Islam Syria (IS) yang sedang berkumpul di sebuah restoran di Shah Alam pada 13 Oktober lalu.

Dua orang daripadanya ditahan dibawah Seksyen 130 (G) kerana bersubahat dengan IS, lima di bawah Seksyen 130 (J) kerana dituduh menyokong IS manakala tujuh daripada mereka dibebaskan selepas ditahan 28 hari.

Jelas Syukri dengan penahanan tersebut pihaknya juga turut mendedahkan penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis seperti menampar, menarik rambut dan tahanan wanita pula diarahkan duduk mencangkung kerana enggan memberi kerjasama kepada polis.

SUMBER
 
Blogger Templates