Aidana Baizieva disahkan sebagai warga Kyrgystan, berusia dalam lingkungan 20-an dan berwajah jelita.
Bagaikan sudah terpateri dalam otak masing-masing, apabila ada kelibat wanita jelita, muda pula tu, mulalah teori-teori skandal seks mula diperkatakan dan diriuhkan. Apatah lagi, proses pengecaman pula mengambil masa selain penafian yang mangsa adalah juruterbang pembantu dan keluarga mangsa, belum tiba, semakin menyuburkan dakyah serta teori-teori yang cukup sensasi sebegitu.
Akhirnya, pagi tadi, jenazah Aidana dituntut oleh ahli keluarganya. Kedutaan Kyrgystan telah mengesahkan Aidana Baizieva adalah warganegara mereka dan turut mengesahkan bahawa Aidana sudah setahun lebih bekerja di Malaysia.
Daripada majikannya pula, Aidana disahkan bertugas di Cempaka Aviation, pemilik sebenar helikopter malang itu.
Apa sudah jadi dengan otak rakyat Malaysia? Apakah kerana keselesaan keterlaluan yang mereka nikmati di negara ini, walaupun pada masa yang sama merungut-rungut tentang kenaikan kos hidup, membuatkan mereka tidak perlu berfikir panjang sebaliknya terlalu minat dengan idea-idea sensasi yang berbaur seks?
Bila sebut sahaja wanita'misteri' dan berwajah jelita serta muda pula, mulalah membayangkan wanita tersebut adalah GUNDIK atau PEREMPUAN SIMPANAN mana-mana individu.
Tidak keterlaluan kalau dikatakan, rakyat Malaysia sudah terlalu korup otak mereka. Atau mereka sebenarnya memang membayangkan asal orang kaya, asal pemimpin politik, asal orang korporat, mesti simpan gundik?
